STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA PELAJAR PRASISWAZAH

2y ago
74 Views
2 Downloads
437.41 KB
12 Pages
Last View : 1d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Maleah Dent
Transcription

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 1-121Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA PELAJAR PRASISWAZAH PENGAJIANBAHASA MELAYU DI PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY, PATTANIBERDASARKAN JANTINA, TAHUN PENGAJIAN DAN TAHAP PENCAPAIAN(Language Learning Strategy among Undergraduates Students in Malay LanguageProgram in Prince of Songkhla University, Pattani Based on Gender, Yearsof Studies and Achievements Level)NUR SYAFINA MOHD SABRIUniversiti Kebangsaan Malaysiabentlygak@gmail.comDihantar pada:21 Julai 2018Diterima pada:30 Oktober 2018Koresponden:bentlygak@gmail.comAbstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumatmengenai tahap penguasaan strategi pembelajaranbahasa (SPB) yangdigunakan dalam kalangan pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu diPrince of Songkhla University, (PSU) Pattani. Secara khusus, kajian inibertujuan untuk mengenal pasti perbezaan SPB Melayu pelajar berdasarkanjantina, tahun pengajian dan tahap pencapaian. Kajian tinjauan ini dijalankanterhadap seramai 100 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah untukdijadikan responden kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik. Datadianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi23.0 bagi menganalisis statistik inferensi.Hasil kajian menunjukkan bahawatidak terdapat perbezaan faktor jantina dan tahun pengajian dengan SPBmengikut kemahiran bahasa. Dari segi hubungan pula, tidak terdapat hubunganantara SPB mengikut kemahiran bahasa dengan tahun pengajian dan tahappencapaian pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkanbahawa SPB yang digunakan oleh pelajar tidak mempengaruhi pembelajaranpelajar berdasarkan jantina, tahun pengajian dan pencapaian Bahasa Melayupelajar Pengajian Bahasa Melayu di PSU. Implikasi kajian ialah pensyarahBahasa Melayu PSU perlu mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pelajardapat mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan mudah danberkesan.Kata kunci: Strategi pembelajaran bahasa, pendidikan Bahasa Melayu,jantina, tahun pengajian, tahap pencapaian, pelajar prasiswazahAbstract: This study was conducted to obtain information on the level of mastering thelanguage learning strategy (LLS) used among undergraduate students of MalayLanguage Studies at Prince of Songkhla University, (PSU) Pattani. Specifically, thisstudy aims to identify differences in SPB Malay students based on gender, years ofstudy and achievement levels. This survey study was conducted on 100 students whowere randomly selected to be used as respondents by using questionnaire instruments.The data were analyzed using Statistical Package For Science (SPSS) version 23.0 toanalyze the inference statistic. The results showed that there were no differences ingender factors and years of study with LLS according to language skills. In terms ofrelationships, there is no relationship between LLS according to language skills withyears of study and the level of student achievement in learning Malay. This suggeststhat the LLS used by the students did not affect the learning of the students based ongender, years of study and achievement of Malay Language students at PSU. Theimplication of the study is that the PSU Malay lecturer needs to diversify teachingmethods so that students can learn and master the Malay language easily andeffectively.Keywords: Language learning strategy, Malay Language education language skill,gender, year of study, achievements, students undergraduateFakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2018

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 1-12PENGENALANPenguasaan sesuatu bahasa amat penting dalamkehidupan manusia terutamanya dalam bidangpendidikan, perniagaan, pekerjaan dan sebagainyayang memerlukan komunikasi untuk berhubungdengan lebih mudah dengan pelbagai pihak.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,strategi pembelajaran merupakan teknik ataulangkah yang diambil oleh pelajar dalam merangkaatau menyusun cara pembelajaran mereka.Menurut Zamri (2015), langkah-langkahdalam pembelajaran akan membantu para pelajarmemahami apa yang mereka belajar denganmudah, cepat dan mewujudkan persekitaran yangmenyeronokkan. Di samping itu juga, ia turutmemberi peluang kepada pelajar untuk menjadilebih matang, lebih berdikari, dan cekap dalammengaplikasikan pelbagai strategi pembelajaranyang diketahui mengikut situasi terutamanyadalam proses pembelajaran mereka.Zamri, Nik Mohd Rahimi dan Mohamed Amin(2010) menyatakan bahawa strategi pembelajaranadalah cara-cara atau teknik yang digunakan olehpelajar bagi membantu proses pembelajaranmereka. Penggunaan strategi pembelajaran yangpelbagai dapat membantu pelajar mempelajaribahasa dengan lebih baik. Kamarul Shukri danMohamed Amin (2010) menyatakan, pelajarbahasa yang mampu menggunakan pelbagaistrategi pembelajaran bahasa dengan baik danbetul dapat meningkatkan kemahiran berbahasamereka kerana mereka lebih bersedia denganstrategi yang telah dipelajari.Bagi menggunakan strategi pembelajaranbahasa dengan baik, seseorang pelajar itu perludibimbing. Mereka memerlukan bantuan untukbelajar bagaimana cara berkesan dalammempelajari bahasa. Oleh yang demikian, gurubahasa memainkan peranan penting dalam hal inidan guru perlu bertindak membantu pelajar denganmemperkenalkan pelbagai komponen bahasa yangbetul. Hal ini sekali gus dapat melancarkan prosespembelajaran dan dapat mempertingkan kemahiranberbahasa pelajar.PENGAJIAN BAHASA MELAYU DITHAILANDDi Thailand, bahasa Thai merupakan bahasa utamapenduduk di Thailand. Namun di kawasan Selatan2Thai, bahasa Melayu menjadi bahasa perhubunganpenduduk Selatan Thai khususnya di kawasanPattani, Yala, Narathiwat dan Satun. WilayahSelatan Thai ini merupakan wilayah Melayu danbahasa Melayu merupakan bahasa perhubungandalam segala urusan dan kehidupan seharian.Menurut Worawit Baru (1999) mengatakansebelum 1808, iaitu zaman kerajaan MelayuPattani belum dihapuskan oleh kerajaan Siam,wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala inimerupakan antara wilayah-wilayah yang berada dibawah kekuasaan kerajaan Melayu Pattani. Padamasa dahulu kerajaan Melayu Pattani inimerupakan sebuah negeri yang berdaulat dansebelum abad ke-15 dikenali dengan namaLangkasuka.Sehubungan itu, masyarakat yang merupakanpenduduk pribumu kawasan ini pada zamandahulu ialah orang Melayu yang beragama Islamdan rata-ratanya bertutur dalam bahasa Melayu.Wilayah-wilayah Selatan Thai ini merupakanwilayah yang bersempadan dengan Malaysia yangmerupakan sebuah negara yang majoritipenduduknya orang Melayu, berbahasa Melayu,beragama Islam dan hidup mengikut adat istiadatMelayu.Jelas Worawit Baru (1999), orang Melayu diThailand masih menggunakan bahasa Melayu danmengamalkan adat dan budaya Melayu, khususnyabagi yang tinggal di kawasan sempadan SelatanThai yang seiring berhubung dengan kan wilayah-wilayah tersebut menjadibenteng yang kukuh yang selalu menerima saluranbahasa Melayu dan budaya Melayu daripadanegara jirannya secara berterusan.Pattani masih lagi memainkan peranan pentingsebagai pusat pengajian Islam yang secara tidaklangsung mengukuhkan status bahasa Melayu dikawasan tersebut. Bahasa Melayu diajar di tadika,iaitu di kelas-kelas khas untuk masyarakat Islambelajar tentang Islam, sama ada di surau, masjidatau sekolah-sekolah tertentu pada sebelah petangatau hari minggu.Peringkat pengajian tinggi pula menunjukkanbahasa Melayu ditawarkan sebagai salah satukrusus bahasa asing, dan bagi pelajar yangmengikuti bidang Pengajian Islam, krusus bahasaMelayu merupakan salah satu mata pelajaranpenting. Bahasa Melayu yang diajar di sekolah danuniversiti agak berbeza dengan bahasa Melayu

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 1-12yang digunakan dalam pertuturan seharian. Diuniversiti, krusus Bahasa Melayu yang ditawarkanialah Bahasa Melayu Standard, iaitu BahasaMelayu yang formal seperti mana yang diajar disekolah-sekolah di Malaysia. Tulisan rumi danjawi diperkenalkan kepada pelajar dalammempelajari bahasa Melayu.Di Prince of Songkhla University, Pattani(PSU) kursus atau pengajian Bahasa Melayu yangditawarkan ialah Asas Bahasa Melayu, BahasaMelayu Umum, Perbualan dalam Bahasa Melayu,Membaca dalam Bahasa Melayu, Penulisan dalamBahasa Melayu, Tatabahasa Bahasa Melayu,Kajian Sastera Melayu, Ucapan dalam BahasaMelayu, Puisi, Cerpen dan Novel Bahasa Melayu,Gubahan Puisi dan Penerbitan Bahasa Melayu.Norizah (2005) dalam dapatan tembualbersama pensyarah yang mengajar bahasa Melayudi PSU menyatakan mereka mengajar kedua-duabentuk sistem tulisan tersebut kepada pelajar.Namun bagi bidang pengajian bahasa Melayu,sistem tulisan rumi lebih diberi keutamaan. BukuTatabahasa Dewan yang diterbitkan oleh DewanBahasa dan Pustaka, Malaysia menjadi bahanrujukan utama pensyarah dan pelajar di universititersebut. Di universiti ini juga, kebanyakan bahanrujukan dan majalah-majalah dalam bahasaMelayu yang menjadi bahan bacaan pelajar adalahdibeli dari Malaysia atau diberi secara percumaoleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Untuk memartabatkan bahasa Melayu diSelatan Thai, pihak Dewan Bahasa dan Pustakatelah memberi kerjasama dan bantuan kepadahampir semua universiti di Thailand yangmenawarkan Pengajian Bahasa Melayu. Programini dilakukan melalui Majlis Antarabangsa BahasaMelayu yang dilancarkan pada 21 Ogos 2000.Penubuhan majlis ini adalah untuk melaksanakandan menyelaraskan segala kegiatan yang menjuruskepada perkembangan bahasa dan persuratanMelayu di peringkat antarabangsa.Kegiatan majlis tersebut meliputi kerjasamadalam penubuhan dan pengukuhan pusat PengajianMelayu di institusi pengajian di peringkatantarabangsa; kurikulum dan bahan/pembelajaran;program pertukaran sarjana/pelajar/penyelidikpengajian Melayu dalam kalangan negara anggota;skim pertukaran/pemberian bahan berbahasaMelayu atau bahan tentang peradaban Melayudalam kalangan negara anggota; penyediaan bahanpelajaran berbahasa Melayu dalam han rujukan yang releven dan terikini;pertemuan bahasa dan persuratan Melayu diperingkat antarabangsa dan program galakanperkembangan bahasa dan persuratan Melayuanugerah, hadiah, sumbangan dan sebagainya.Bahasa Melayu yang diajar di pusat pengajiantinggi Thailand adalah bahasa Melayu Standardsama seperti bahasa Melayu yang diajar di sekolahatau pusat pendidikan di Malaysia. Bahasa MelayuStandard ini agak berbeza dengan dialek Melayuyang digunakan dalam pertuturan harian di SelatanThai dari beberapa segi, terutamanya dari segisebutan dan perbendaharaan kata. Kajian inidijalankan bertujuan melihat strategi pembelajaranbahasa yang digunakan oleh pelajar prasiswazahPengajian Bahasa Melayu di PSU dalammeningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayumereka.PENYATAAN MASALAHKajian tentang strategi pembelajaran bahasa dalambidang Bahasa Melayu di universiti Thailand yangberfokus kepada strategi pembelajaran mendengar,bertutur, membaca dan menulis adalah suatu yangbaru. Kebanyakan kajian mengenai SPB adalahberkaitan dengan kajian mengenai strategipembelajaran Bahasa Inggeris antaranya olehKasma Suwaranak (2012), Nisakorn Prakongchati(2010),Nisakorn Prakongchanti (2007), danOrawee Pannak dan Thanyapa Chiramanee (2011).Pernyataan tersebut telah mendorong ran bahasa Melayu di Thailand denganmemilih PSU, Pattani sebagai lokasi kajian. Kajianyang dijalankan ini adalah untuk melihatpenggunaan strategi pembelajaran bahasa dalamkalangan pelajar prasiswazah pengajian bahasa diPSU selatan Thailand. Selain itu, kajian ini jugadiharap dapat membuka ruang dan peluang kepadapengkaji-pengkaji lain untuk meneroka danmemperbanyakan kajian mengenai strategipembelajaran bahasa Melayu di Thailand.Kajian-kajian mengenai bahasa Melayu sudahbanyak dijalankan di Thailand, namun kajianmengenai strategi pembelajaran bahasa Melayutidak pernah dijalankan. Hal ini telah menarikminat pengkaji kerana ia adalah suatu perkarayang baharu yang perlu dikaji bagi meningkatkanpengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu di

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 1-12Thailand. Kebanyakan kajian bahasa Melayusebelum ini lebih tertumpu kepada leksikal bahasa,penguasaan bahasa Melayu, sikap dan penggunaanbahasa Melayu, penggunaan dialek dansebagainya.Antara kajian mengenai bahasa Melayu yangtelah dijalankan di Thailand khususnya di kawasanselatan Thailand adalah seperti kajian yangdijalankan Ab. Razak dan Saiful Haq (2011) yangberkaitan tahap penguasaan bahasa Melayu,Norizah (2005) berkaitan tentang sikap danpenggunaan bahasa Melayu dalam kalanganpelajar universiti di Selatan Thai, FathiyahChapakiya (2008) amalan pengajaran bahasaMelayu di sekolah agama rakyat, Phaosan Jehwae(2004) mengkaji morfologi bahasa Melayu Pattani,Kamaruddin Esayah (1998) mengkaji aspekfonologi Dialek Melayu Satun dengan DialekMelayu Pattani, Ruslan Uthai (2005) membuatkajian tinjauan ciri-ciri istimewa Dialek MelayuPattani, Worawit Baru (1990) dengan kajianpengaruh bahasa Thai dalam bahasa MelayuPattani, dan Suraiya Chapakia (2010) dengankajian mengenai pengaruh leksikal bahasa Thaidalam Dialek Pattani. Berdasarkan pernyataan diatas, jelas dapat dilihat tidak ada satu pun kajianmengenai strategi pembelajaran bahasa Melayudijalankan di Thailand.Kajian yang melihat kepada perbandinganpenguasaan bahasa Melayu berdasarkan jantina,tahun pengajian dan pencapaian bahasa Melayudalam kalangan pelajar Thailand juga amat kurangdikaji. Kajian-kajian sebelum ini lebih berfokuskepada sosiologi bahasa Melayu. Kajian-kajianlain juga lebih tertumpu kepada dialek bahasaMelayu Pattani berbanding kajian mengenaibahasa Melayu standard yang perlu dikuasai olehpelajar khususnya bagi membantu pelajarmenguasai bahasa Melayu dengan lebih baik.Penguasaan bahasa Melayu standard dalamkalangan pelajar adalah perlu bagi membantumereka untuk menggunakannya dengan baikmemandangkan penggunaan bahasa Melayustandard adalah penting dalam sistem pentadbirandan pendidikan kawasan Selatan Thailand.Pengkaji-pengkaji sebelum ini pernahmembuktikan bahawa kajian mengenai strategipembelajaran bahasa (SPB) amat penting semasamempelajari bahasa kedua atau bahasa asing.Terdapat beberapa pengkaji yang pernahmembuktikan tentang kepentingan memahami4proses dan kaedah dalam mempelajari bahasakedua atau bahasa asing. Kurang kepada kajianyang mengkaji bagaimana seseorang pelajar ituberjaya menguasai sesuatu aspek bahasa tersebut.Oleh demikian, kajian-kajian mengenai strategipembelajaran dan penguasaan bahasa Melayu yangkurang dijalankan ini perlu dipandang serius dandiperlukan dalam bidang bahasa Melayu bagimeningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalamkalangan pelajar PSU selatan Thailand.OBJEKTIF KAJIANSecara am, kajian ini dijalankan bertujuan untukmelihat penggunaan SPB yang digunakan olehpelajar prasiswazah Pengajian Bahasa MelayuPSU berdasarkan jantina, tahun pengajian danpencapaian dalam bahasa Melayu. Secara khusus,objektif kajian SPB dalam kalangan pelajarprasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di PSU,Pattani adalah untuk:1. Mengenal pasti perbezaan SPB yangdigunakan dalam kalangan pelajar prasiswazahPengajian Bahasa Melayu PSU berdasarkanjantina dan tahun pengajian.2. Mengenal pasti hubungan antara SPB dengantahap pencapaian Bahasa Melayu dalamkalangan pelajar prasiswazah PengajianBahasa Melayu PSU.3. Mengenal pasti sama ada terdapat hubunganantara SPB dengan tahun pengajian dalamkalangan pelajar prasiswazah PengajianBahasa Melayu PSU.METODOLOGIReka Bentuk KajianKajian ini bertujuan mengenal pasti SPB pelajarprasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince ofSongkhla University, Pattani (PSU). Kajian inimenggunakan kaedah kajian yang berbentukkuantitatif deskriptif, iaitu melalui kaedahtinjauan. Dalam kajian ini, maklumat pelajar yangterlibat akan dikumpul melalui penggunaaninstrumen borang soal selidik. Menurut MohdMajid (2000), kaedah tinjauan merupakan kaedahyang seringkali digunakan oleh para pengkajiterutamanya dalam kajian yang berkaitan bidangpendidikan.

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 1-12Populasi dan Sampel KajianDalam konteks kajian ini, pemilihan saiz sampelkajian adalah berdasarkan pensampelan rawakmudah yang dilakukan terhadap 430 orang pelajarPengajian Bahasa Melayu di PSU. Daripadajumlah tersebut, pengkaji menetapkan untukmemilih seramai 100 orang sampel sahaja.Seramai 25 orang pelajar Pengajian BahasaMelayu PSU yang mewakili tahun pengajian(tahun 1 hingga tahun 4) telah dipilih.Instrumen KajianDalam kajian ini, instrumen soal selidik sebagaialat pengumpulan data. Soal selidik merupakankaedah pengumpulan data yang paling kerapdigunakan dalam kajian semasa mengenai SPB.Menurut Mohamed Amin (2000), dikan SPB menggunakan instrumen soalselidik bagi menganalisis faktor-faktor yangdigunakan.Instrumen soal selidik yang digunakan olehpengkaji diadaptasi daripada Mohamed Amin(2000) dan Zamri (2004) dan diubah suaibersesuaian dengan tajuk,elemen serta persekitaranlokasi yang dikaji. Soal selidik ini mengandungidua bahagian. Bahagian A berkaitan demografimaklumat diri responden. Bahagian B merupakaninventori soal selidik berkaitan dengan strategipembelajaran bahasa berdasarkan kemahiranmendengar, membaca, menulis dan bertutur.Bahagian B borang soal selidik ini diberi pilihanjawapan menggunakan lima skala Likert, iaituSangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS),Tidak Pasti (TP), Setuju (S), dan Sangat Setuju(SS).Analisis DataData soal selidik dianalisis menggunakan perisianStatistical Package for Science (SPSS) versi 23.0.Data dianalisis secara inferensi. Analisis infrensidigunakan bagi menguji hipotesis kajian yangtelah dibina. Pemboleh ubah bebas dalam kajianadalah seperti lokasi kajian, jantina, dan tahunpengajian. Pemboleh ubah bersandar pula ialahstrategi-strategi utama yang terdapat dalamkomponen SPB.Statistik utama yang digunakandalam kajian ini ialah ANOVA sehala, korelasi5Pearson dan ujian-t dengan menggunakan SPSS23.0. Dalam analisis yang dijalankan, nilai arassignifikan yang dipilih ialah tahap signifikanp 0.5.Ujian kolerasiPearson ‘r’ digunakan bagimelihat hubungan SPB dengan tahap pencapaiandan hubungan SPB dengan tahun pengajian. Ujianini digunakan bagi menguji hipotesis Ho3 danHo4. Ujian kolerasi dalam kajian ini melihatperkaitan antara pemboleh ubah yang ditafsirkanberdasarkan indeks yang telah dinyatakanolehSherry (2006). Nilai kolerasi yang berlainanmenunjukkan makna yang berbeza. Indeks kolerasiyang dinyatakan Sherry (2006) adalah sepertidalam Jadual 1.JADUAL 1. Tingkat hubungan kolerasiPekali Korelasi (r) 0.70 hingga 1.00 0.30 hingga 0.69 0.00 hingga 0.29Kekuatan HubunganHubungan yang kuat (-/ )Hubungan yang sederhana (-/ )Hubungan yang lemah (-/ )DAPATAN KAJIANProfil Responden KajianDalam kajian ini, analisis deskriptif digunakanbagi menganalisis profil demografi respondenkajian berdasarkan nilai kekerapan dan peratusdari segi jantina, tahun pengajian, dan keputusanpencapaian dalam subjek Bahasa Melayu.Sampelkajian yang terlibat dalam kajian ini terdiridaripada 100 orang pelajar prasiswazah PSU, yangmengikuti krusus pengajian bahasa Melayu. Parapelajar terdiri daripada pelajar tahun satu hinggatahun empat.Jadual 2 menunjukkan profil atau maklumatyang jelas mengenai responden kajian. Jumlahpelajar lelaki yang terlibat dalam kajian ini adalahseramai 33 orang iaitu sebanyak (33.0%),manakala pelajar perempuan pula terdiri daripada67 orang (66.0%). Responden kajian terdiridaripada 25 orang (25.0%) pelajar yang mewakilitahun 1 hingga 4.Keputusan akhir semester bagi subjek BahasaMelayu pula menunjukkan seramai 40 orangpelajar (40.0%) mencatat keputusan gred A, 47orang pelajar mendapat keputusan atau gred B(47.0%) dan 13 orang pelajar mencatat keputusanC (13.0%).

6ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 1-12JADUAL 2. Profil responden lakiPerempuanTahun 1Tahun 2Tahun 3Tahun 4ABCBilangan336725252525404713Perbezaan Strategi Pembelajaran Bahasamengikut Kemahiran Bahas

Bahasa Melayu PSU perlu mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan. Kata kunci: Strategi pembelajaran bahasa, pendidikan Bahasa Melayu, jantin

Related Documents:

audara pokok bahasan Hakikat Strategi Pembelajaran Bahasa ini merupakan materi awal pengajaran keterampilan berbahasa. Pokok bahasan ini mencakup: (1) konsep umum strategi pembelajaran, (2) pendekatan pembelajaran, (3) metode pembelajaran, (4) teknik pembelajaran, dan (5) teori yang melandasi berbagai strategi pembelajaran bahasa.

1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN KEGIATAN PELAJAR 1.0 TUJUAN Garis panduan menerangkan tatacara pengurusan kewangan kegiatan pelajar. 2.0 GLOSARI HEP-UKM Pusat Hal Ehwal Pelajar iSTAR Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti & Resume Pelajar UKPEL Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari PTJ Pusat Tanggungjawab – HEP-

menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelbagai strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall 1989). Pendapat in

Laras bahasa adalah kesesuaian antara bahasa itu sendiri dengan pemakainya. Laras bahasa dapat ditemukan dalam kehidupan sehari-hari, yakni laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus. Laras bahasa biasa digunakan oleh masyarakat luas, sedang laras bahasa khusus dalam pemakaian khusus. Contoh dalam penulisan berita menggunakan laras bahasa .

STRATEGI PENGEMBANGAN SUMBER DAYA MANUSIA (SDM) A. Strategi 1. Pengertian Strategi Kata strategi secara etimologi berasal dari bahasa Yunani “strato” yang artinya pasukan dan “agenis” yang artinya pemimpin. Jadi strategi berarti hal yang berhubungan dengan pasukan perang (Ali Moertopo,1971:24). Strategi

13 BAB II STRATEGI PENGEMBANGAN USAHA A. Strategi 1. Pengertian Strategi Secara bahasa strategi berasal dari kata strategic yang berarti menurut siasat atau rencana dan strategy yang berarti ilmu siasat.1 Menurut istilah strategi adalah rencana yang cermat mengenal kegiatan untuk mencapai sasaran khusus.2 Strategi adalah bagaimana menggerakkan pasukan ke posisi paling

B. Pembelajaran Bahasa Arab di Madrasah Aliyah Muhammadiyah 1 Ponorogo 1. Apa tujuan diadakan pembelajaran bahasa arab? 2. Hal apa yang mendasari pembelajaran bahasa arab? 3. Media apa yang digunakan untuk menunjang proses pembelajaran bahasa arab? 4. Apa metode yang digunakan dalam mengajar bahasa arab? 5.

Counselling Micro Skills Chapter 1 - Introduction In this course you will briefly consider the core communication skills of counselling: those fundamental skills that alone or together can help a client to access their deepest thoughts or clarify their future dreams. The skills we will examine here are attending skills, basic questioning skills, confrontation, focusing, reflection of meaning .