AKHLAK, ETIKA DAN MORAL - UTM OpenCourseware

2y ago
116 Views
2 Downloads
452.05 KB
32 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Josiah Pursley
Transcription

UICI 2022: SAINS, TEKNOLOGI DAN MANUSIAAKHLAK, ETIKA DAN MORALPensyarah:Akmaliza AbdullahTamar Jaya NizarOthman Napiah

ETIKA DAN NILAI MANUSIAKehidupan manusia tidak boleh lari dari nilai akhlakdan etika. Setiap perbuatan tidak akan terlepasdaripada nilai baik mahupun buruk serta dosa danpahala.Etika dan nilai yang lahir daripada diri seseorangmenjadi ukuran baik atau buruknya seseorang individu.Bahkan bagi mereka yang tidak berpegang kepadamana-mana agama menjadikan akhlak dan etikasebagai piawai bagi balasan yang bakal mereka terimadi akhirat kelak.

ETIKA DAN NILAI MANUSIACuma bezanya ialah, dalam Islam, akhlak dan etikayang ada pada manusia hendaklah bersumberkankepada wahyu dan tidak semata-mata bergantungkepada akal sahaja.

Manusia dan akhlak atau moral merupakan dua entitipenting yang membentuk kemanusiaan dan menentukaneksistensinya, sama ada dihormati atau dihina. Manusia tanpa akhlak tidak akan menjadi manusia yangmanusiawi. Walaupun manusia mungkin boleh dipisahkandaripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga mungkinboleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, bolehhidup tanpa wang dan harta, boleh hidup tanpa pasangantetapi manusia tidak boleh hidup tanpa atau dipisahkandaripada akhlak dan moral.

Rasa bermoral atau berakhlak adalah sifat semulajadidan selama berabad-abad telah menjadi ukuran bagimembenarkan sifat-sifat tertentu dan mencela sifatsifat lainnya (al-Maududi, 1974:42). Sememangnya diakui, moral yang baik sepertikeadilan, kebenaran, keberanian, kejujuran, danketaatan tetap mendapat sanjungan. gkiran janji tetap tidak boleh diterima walau dimana-mana pun manusia itu berada. Demikian jugakeadaannya dalam hal kriteria baik buruk tingkah lakukolektif masyarakat.

Ukuran-ukuran moral manusia pada hakikatnyaadalah universal dan telah diketahui benar olehmanusia sepanjang masa. Baik dan buruk bukanrekaan yang harus dicari-cari. Semua itu adalahrealiti yang cukup dikenal dan difahami oleh semuaorang. Perasaan tentang baik dan buruk adalah inherendalam watak manusia. Lantaran, al-Quran cukupdengan menggunakan terminologi al-ma’ruf untukmenerangkan sesuatu yang baik lagi terpuji dan almunkar untuk sesuatu perbuatan yang tercela.

Ukuran-ukuran moral yang telah berada secarainheren dalam diri manusia telah dinyatakan dalamal-Quran:Terjemahan: “Maka diilhamkan pada dirinya tentangjahatnya dan taqwanya”. (al-Syams, 91: 8)

Jika nilai moral atau akhlak dikatakan sebagai bersifatuniversal, lantas timbullah persoalan-persoalan yangantaranya; Mengapa masih terdapat juga konfliktingkah laku sesama manusia?, Mengapa munculfalsafah-falsafah moral yang sedemikian banyak danberbeza antara satu sama lain?, Apakah yangmendasari perbezaan-perbezaan itu?, Apa pulakeunikan akhlak Islam di tengah-tengah sistem etikayang ada?, Atas dasar apakah Islam dikatakanmempunyai sistem moral yang sempurna?, Apakahsebenarnya sumbangan Islam dalam bidang etikamanusia?

Dalam menjawab persoalan-persoalan tersebutmenurut al-Maududi (1967) sebab-sebab utamanyaantara lain ialah:i- Sistem moral ciptaan manusia gagal mengintegrasikanpelbagai perkara makruf atau nilai-nilai kebaikan dannorma-norma akhlak dalam menetapkan konsep danaplikasinya untuk kehidupan.ii-Perbezaan juga berpunca pada kriteria asas bagimenilai perbuatan-perbuatan baik atau buruk.Demikian juga terdapat perbezaan pada menentukanfaktor-faktor yang mendorong sesuatu perbuatandilakukan.

iii- Perkara lain yang tidak kurang pentingnya menjadipenyebab perbezaan ialah terdapat pelbagaipandangan semesta atau world view tentang peranandan hakikat manusia, tujuan hidup, hakikat ketuhanandan alam.

Pandangan Barat tentang Moral ManusiaThomas Hobbes (1588-1679), seorang ahli falsafah Baratabad ke 16M dan penganut faham hedonisme atauepicureanisme mengatakan bahawa semua perbuatanmanusia bertujuan untuk mendapatkan kenikmatan dankeinginan berseronok serta menjadi motivasi utama yangmendorong manusia melakukan sesuatu perbuatan.Hobbes juga berpendapat bahawa yang dinamakan baik ituapabila memenuhi kehendak nafsu manusia. Ia sama sekalitidak ada kaitan dengan kepercayaan-kepercayaan agamaatau metafizik

Setiap kebaikan mesti dikaitkan dengan kehendakseseorang.Berdasarkan pandangan beliau ini,Hobbes juga dikenal sebagai ahli falsafah moralsubjektivisme.Ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804)yang lahir di Königsberg, Prussia berpendapatbahawa setiap perbuatan manusia yang dikatakanbermoral ialah apabila bertujuan untuk menunaikansuatu tugas demi tugas itu sendiri.

Baginya melakukan perbuatan sebagai tugas termasukdalam amalan moral semua manusia yang menjadikanrasional akal sebagai asas moral manusia. MenurutKant, kebaikan sesuatu perbuatan dinilai berdasarkanpada hukum atau norma-norma moral atau nilai-nilaiuniversal bukan pada akibat atau kesan perbuatan.Falsafah etika Kant digolongkan dalam etikadeontologi.Sebenarnya terdapat bermacam-macam falsafah moralyang menjadi pegangan masyarakat Barat. Tetapiumumnya kerana pengaruh ajaran sekularisme,mereka mengenepikan kepercayaan kepada Tuhan danhari akhirat sebagai sebahagian daripada kod etikamereka dalam aktiviti-aktiviti sosial.

Mereka lebih cenderung membataskan ajaran agamapada kehidupan peribadi semata-mata dan tidak adakaitan dengan kehidupan sosial.Falsafah moral Barat boleh dikategorikan kepada duaasas. Pertama, sistem falsafah moral yang berasaskansekularisme yang membataskan aplikasi nilai moralpada urusan individu sahaja. Kedua, sistem falsafahmoral yang menolak kepercayaan agama dan hariakhirat.

AKHLAK DALAM ISLAM Kata akhlak diambil daripada bahasa Arab yangberbentuk kata jamak atau plural, kata mufrad atausingularnya ialah khuluq yang diertikan oleh parasarjana sebagai perangai, tabiat, kebiasaan, maruahdan sebagainya. Dari segi istilah menurut Ibn Miskawayh (1030M),akhlak ialah keadaan kejiwaan seseorang yangmendorongnya melakukan suautu perbuatan atautingkah laku tanpa memerlukan pertimbangan fikiran.

Perkataan lain yang sering digunakan dengan ertiakhlak ialah etika dan moral. Etika berasal daripadakata Greek ethos. Perkataan etika dan moral dalambahasa Inggeris selalu berlaku tukar gantipenggunaannya. Etika adalah falsafah moral itu sendiri, iaitu suatudisiplin ilmu falsafah yang membincangkan hakikatperbuatan baik dan buruk, benar atau salah danmerangkumi pembahasan tentang sistem, teori,prinsip, dan nilai-nilai moral. Dewasa ini, perkataan etika lebih sering digunakanmenggantikan perkataan moral yang berarti perbuatanyang mengikut piawai tingkah laku yang baik.

Jika ditinjau dari segi perbezaan ketiga-tiga perkataanakhlak, etika, dan moral, didapati bahawa akhlaklebih menumpukan kepada aspek kejiwaanberbanding aspek luaran yang dilihat sebagai buktimencerminkan gambaran hati seseorang. Manakala moral atau etika melihat tingkah-lakuluaran sebagai aspek perbincangan atau kajian.Kemudian akhlak juga lebih menggunakan autoritiwahyu sebagai neraca atau sumber nilai di sampingakal rasional sementara moral dan etika banyakberpandukan kepada rasional akal semata-mata.

MATLAMAT AKHLAKIslam telah meletakkan usaha mencari keredhaanAllah sebagai matlamat akhir setiap tingkah-lakumanusia baik zahir maupun batin, sesuai denganworld viewnya tentang peranan atau tugas manusiadan kehidupan.Standard of judgment atau piawai penilaian yangberpusat pada keredhaan Allah merupakan inti ataunucleus yang di sekelilingnya berputar seluruhtindakan dan perbuatan manusia.

SUMBER AKHLAK Al-Quran dan Sunnah adalah rujukan danperbendaharan bagi nilai-nilai murni Islam yanguniversal dan kekal sepanjang zaman dalam segalakeadaan. Hadis Rasulullah s.a.w menegaskan:Terjemahan: “Sesungguhnya aku diutuskan hanyasemata-mata untuk menyempurnakan akhlak yangmulia”. (Riwayat al-Baihaqi)

SUMBER AKHLAK Allah S.W.T telah memuji Rasulullah kerana akhlaknyayang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran.Firman Allah S.W.T :Terjemahan: “Sesungguhnya engkau seorang yangmemiliki peribadi yang agung (mulia)”.(Al-Qalam, 68:4)

SKOP AKHLAK ISLAM Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenapperkara yang berkaitan dengan kehidupan manusiasama ada hubungan manusia dengan Allah, hubunganmanusia dengan manusia dan hubungan manusiadengan makhluk lain.1- Akhlak dengan Allah*Beriman kepada Allah tanpa mensyirikannya;*Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat danpatuh hanya kepada Allah;

*Sentiasa bertaubat kepada Allah;*Sentiasa mencari keredhaan Allah dalam segalakeadaan;*Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dansunat-sunat yang merupakan amalan yang dicintaiAllah.2- Akhlak dengan manusia*Akhlak dengan Rasulullah; iaitu beriman dengan penuhkeyakinan bahawa nabi Muhammad adalah benarbenar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalahkepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnahyang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.

*Akhlak dengan ibubapa; iaitu berbuat baik (berbakti)ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungierti meliputi dari segi perbuatan, perkataan, dantingkah laku. Contohnya, berkata dengan sopan danhormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanyadan menjaga keperluan hidupnya apabila merekatelah uzur dan sebagainya.

3- Akhlak kepada jiran tetangga*Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jirantetangga, tidak menyusahkan atau mengganggu merekaseperti membunyikan televisyen kuat-kuat, tidakmembuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakitihati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidaksopan dan sebagainya.4- Akhlak dengan anak-anak*Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Antarayang ditekankan ialah disembelih aqiqahnya, diberi namadengan baik-baik, dihindarkan ia daripada perkara-perkarayang memudharatkan, dan diberi pengajaran danpendidikan akhlak yang baik.

5- Akhlak dengan kaum kerabat*Berbuat baik kepada keluarga terdekat merupakanperbuatan terpuji yang sangat digalakkan. FirmanAllah:Terjemahan: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamuberlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberikepada kaum kerabat. (al-Nahl, 16:90)

6- Akhlak terhadap makhluk selain manusia:*Malaikat: Akhlak Islam menuntut seseorang muslimsupaya menghormati para malaikat dengan menutupkemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada oranglain yang melihat.*Jin: Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullahs.a.w. melarang membuang hadas kecil di dalamlubang-lubang yang terdapat najis dan tulang-tulangyang dibuang kerana ia adalah makanan jin.

* Haiwan ternakan: Haiwan yang digunakan untukmembuat kerja tidak boleh dibebani di luarkesanggupan. Malah ketika hendak embelihan dilakukan dengan cara yang palingbaik.* Haiwan bukan ternakan: tidak menganiayai haiwanhaiwan bukan ternakan seperti mencederakannyadengan menggunakan batu dan sebagainya. Islammenetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemaridengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupanmanusia dan kehidupan lainnya.

MORAL DAN PERATURAN UNDANG-UNDANGUntuk menegakkan pelaksanaan nilai-nilai akhlakdalam kalangan masyarakat manusia dalam semuaaspek kehidupan, Islam di samping menggunakanpenguatkuasaan undang-undang Syariahnya, tetapiyang lebih diutamakan adalah dorongan batin ataudalaman manusia yang berasaskan keimanan kepadaAllah dan hari akhirat.Lantaran itu, keimanan yang teguh perlu diterap dandihayati oleh umat Islam dengan cara meyakinibahawa:

i- Tingkah-lakunya sentiasa dilihat Allah dalam segalawaktu dan tempat.ii- Dia dapat menyembunyikan dirinya daripada seluruhdunia tetapi tidak sekali-kali daripada Allah.iii- Dia dapat menipu setiap orang tetapi ia tidak dapatmenipu Allah.iv- Dia dapat lari daripada genggaman manusia tetapidaripada genggaman Allah tidak sama sekali.

v-Dunia hanya dapat melihat kehidupan luar daripadadirinya tetapi Allah mengetahui segala niat dan citacita batinnya.vi-Ia boleh sementara hidupnya melakukan apa sajayang disukai, tetapi betapapun ia mesti mati danberdepan dengan pengadilan Allah di alam akhiratyang mana tidak berlaku semua kezaliman,penipuan, sogok, simpati dan penyelewengan kuasatetapi yang berlaku adalah keadilan sepenuhnya.

Dengan keimanan yang teguh seperti di atasmasyarakat Islam akan tetap berada pada jalan danlandasan makruf dan terhindar daripada terjerumusdalam lumpur dosa maksiat.Tentunya semua penguatkuasaan hukum syariah disamping pendidikan yang berkesan amat membantudalam menegakkan pelaksanaan nilai-nilai akhlakdalam kehidupan yang penuh cubaan dan dugaan ini.

RUJUKAN Ibn Maskawayh. 1966. Tahzib al-Akhlaq. Beirut.American University of Beirut Mohd. Nasir Omar. 1986. Falsafah Etika:Perbandingan Pendekatan Antara Islam dan Barat.Kuala Lumpur. Bheis. Jabatan Perdana Menteri. al-Maududi. 1967. Ethical Viewpoint of Islam.Speech Translated to English by Islamic ReachAcademy, Karachi.

(Al-Qalam, 68:4) SKOP AKHLAK ISLAM Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubunga

Related Documents:

Etika Bisnis Etika Etika Umum Etika Khusus Etika Individual Etika Sosial Etika Lingkungan Hidup Etika terhadap sesama Etika Keluarga Etika Politik Etika Profesi . Keraf, A. Sonny. 1998. Etika Bisnis Tuntutan dan Relevansinya. Yogyakarta: Kanisius 2. Muslich. 1998. Etika Bisnis, Pendeka

HTTPS Sophos UTM Manager IP Address 192.168.2.200 Sophos UTM (UTM01) Port 4433 Ext. IP Address 65.227.28.232 WebAdmin Port 4444 Port 4433 InternetInte Sophos UTM (UTM03) Sophos UTM (UTM04) Sophos UTM (UTM02) Sophos UTM (UTM06) Sophos UTM (UTM07) Sophos UTM (UTM05) Sophos UTM (UTM08) Customer/Of ce 1 Customer/Of ce 2 Port 4422 Gateway Manager

A. Pengertian Akhlak, Moral, Etika, dan Adab 1. Pengertian Akhlak Kata akhlaq berasal dari bahasa Arab, yakni jama' dari "khuluqun" yang berarti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat, tata krama, sopan santun, adab, dan tindakan. Kata akhlak juga berasal dari kata khalaqa atau .

etika politik, Pancasila sebagai nilai dasar fundamental bagi bangsa dan negara Re-publik Indonesia, nilai-nilai Pancasila seba-gai sumber etika, dan tulisan akan diakhiri dengan pelaksanaan etika politik Pancasila. Pengertian Etika, Nilai, Moral, dan N. orma 1. Etika. Etika secara etimologi berasal dari kata Yu-nani . ethos. yang berarti watak .

Jadi, filsafat etika adalah cabang ilmu filsafat yang mempelajari tingkah laku manusia yang baik dan buruk. Dasar filsafat etika yaitu etika individual sendiri. Menurut hukum etika, suatu perbuatan itu dinilai dari 3 tingkat, yaitu : a. Tingkat pertama: semasa belum lahir menjadi perbuatan, yakni berupa rencana dalam hati atau niat. b.

Beberapa Pengertian Dasar 1 . etika dan tujuannya, etiket, moral, perbedaan dan persamaan etika dan etiket, dan etika dalam perkembangan IPTEK. B. Pengertian Etika Dalam setiap aspek kehidupan manusia, manusia berkeinginan untuk hidup pantas dan teratur, oleh karena itu maka timbul peraturan-peraturan yang

Sifat setia (al-amanah), pemaaf (al-afwu), benar (ash . Menunjukkan manifestasi kesempurnaan iman. d) Menjadi unsur penolong di hari kiamat kelak. d. Hubungan Akhlak, Etika, Moral dan Susila . Pengertian etika lebih lanjut dikemukakan oleh Ki Hajar Dewantara. Menurutnya etika adalah ilmu yang mempelajari soal

GENERAL MARKING ADVICE: Accounting Higher Solutions. The marking schemes are written to assist in determining the “minimal acceptable answer” rather than listing every possible correct and incorrect answer. The following notes are offered to support Markers in making judgements on candidates’ evidence, and apply to marking both end of unit assessments and course assessments. Page 3 .