Topik 1 6XSistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu

2y ago
297 Views
4 Downloads
409.81 KB
22 Pages
Last View : 11d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Lee Brooke
Transcription

Topikȱ6 X Sistem EjaanJawi BahasaMelayuHASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:X1.Memperihalkan perkembangan sistem tulisan Jawi bahasa Melayu;dan2.Menghuraikan peraturan ejaan Jawi bahasa Melayu.PENGENALAN Apakah yang anda faham tentangtulisan dan sistem tulisan? Tulisanialah sejenis tanda atau isyarat, samaseperti bahasa itu sendiri. Tandamerupakan sesuatu yang mewakilisesuatu yang lain, iaitu maknanya.Kajian ke atas sistem tanda inidinamakan semiotik atau semiologi.Kajian ke atas sistem tulisan inidinamakan epigrafi atau palaeografi;epigrafi mengkhusus kepada tulisanyang dicatat dengan dakwat, manakalapalaeografimengkhususkepadatulisan yang dipahat, diukir atauditoreh di atas permukaan yang keras.Tulisan merupakan lambang yangberbentukcoretan/loretanbagibahasa.Rajah 6.1: Utusan Melayu menggunakantulisan JawiSumber:http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 10 Julai 2008.

112 X6.1TOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUSEJARAH PERKEMBANGANTULISAN JAWIPada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturanmanusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan olehsatu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pulalahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikirandan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yangdimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenalijuga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orangMelayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagaiJawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggaraterkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistemtulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolahmanakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkajinaskhah Melayu lama.Sebelum bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudahmempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitusempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripadaaksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisanRencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu danPalembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yangmemiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebihtinggi berbanding dengan yang lain.Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tigabahasa, iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Jawa dan bahasa Arab. Pengaruh pertamaterhadap bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagangpedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India.Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Parasarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14,iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. BahasaSanskrit dianggap asas kepada bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini.Tulisan bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosakatanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenalisebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah bahasa Melayuterus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongancendekia Melayu mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak terdapatdalam bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilihhuruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tandapada huruf Arab yang sedia ada.

TOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUW113Rajah 6.2: Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruhIslam di Tanah Melayu.Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan jawi. Dipetik pada 10 Julai 2008Batu bersurat (Rajah 6.2) memperlihatkan pengaruh bahasa Arab mula menjalarmasuk ke dalam bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkansatu perubahan radikal terhadap bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurattersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi.Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkanbahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu dengan agak lengkap.Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurattersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain.Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersuratKuala Berang itu hanya huruf Âq,v,x, dan zÊ sahaja yang tidak ditemui. Namundemikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf ÂqÊ dan ÂzÊ tidak ada padazaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab,iaitu ÂQafÊ dan ÂZaiÊ. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupunkesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaanyang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dankesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa.Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mulamendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu.Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialahbahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agamaIslam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India

114 XTOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUbertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi inibermaksud Âorang JawaÊ atau Âberasal dari tanah JawaÊ. Penulis-penulis Arabpada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya „al-Rehlah‰menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arabmemanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yangmenggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkandengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahanbukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arabyang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ̧ ), Nga (ֶ), Pa (ϕ), Ga (̱), dan Nya( ) ؗ . Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazimdisebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arabyang seakan-akan sama bentuknya.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudiandisebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya BatuBersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumiyang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkantulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu TidakBersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusanagama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkanperanan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantarapenting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihakdi-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lainjuga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).

TOPIK 66.1.1SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUW115AbjadBerikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi. ϲ ם ΎΑ ϝ ϭΪΟ Ϫϟ Ω ΕϮ̰ϳήΑϱϭΎΟ ϦδϴϟϮΗ Ϣϟ Ω ϑϭήΣ. (Wikipedia, 2008)Jadual 6.1: Jadual Huruf dalam Tulisan JawiBentuk hurufNamaTunggalAwalkataTengahkataAkhirkataPadanan RumiΎaAlif BaΏΑΒ ΐ bTaΕΗΘ Ζ tSaΙΛΜ Κ s, (th)JimΝΟΠ Ξ jHaΡΣΤ h, ( )ف Ca̧̩̪ ̨ cKhaΥΧΨ Φ khDalΩΪ dZalΫά z, (dh)Raέή rZaiίΰ zSinαγδ β sSyinεηθ ζ sySadιλμ κ s, ( )ٿ Dadνοπ ξ d, ( )ة Taρστ ς t, ( )ډ Zaυχψ φ z, ( )ک Ainωϋ ό ϊ awal: a, i, u; akhir: k,(‘)GhainύϏ ϐ ώ ghNgaֶ ָ ֹ ַ ng

116 XTOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUFaϑϓϔ ϒ fPa ׃ ׅ ׆ ׄ pQafϕϗϘ ϖ k, q, (q)KafϙϛϜ Ϛ kGa כ ם מ ל gLamϝϟϠ Ϟ lMimϡϣϤ Ϣ mNunϥϧϨ ϦnWauϭϮ w, u, oVa ظ ع vHaϩϫϬ ϪhYaϱϳ ϴ ϲy, i, e talingYeϯϰ e pepet hujungNya ؗ ؘ nyHamzah awal: gugur; akhir: k,(’)TamarbutahΓΔ t, h, ( )ڋ 6.1.2 ̡ ̢ Sistem Ejaan JawiSistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Melayu. UnsurArab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama,ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashafsuci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betultetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyaktanda diakritik yang digunakan. Pada tahap kedua tanda baris tersebutdihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yangbaharu belajar jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai danmenggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versiMelayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal,iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of theMalayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawaterdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada tahun1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara

TOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUW117berasingan. Antaranya ialah Mejar DatoÊ Haji Mohd Said bin Haji Sulaimandaripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B.DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan panggilanZaÊba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaanJawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor(P. Bm. P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha yangdibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) padatahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagaiurusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba(seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939.Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yangberjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi.Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu sukukata dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabilawujud imbuhan pada kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat peraturanejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmikerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.Sistem Ejaan ZaÊba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah bukuberjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaandengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yangdiberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI.Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakandalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolahsemula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawiyang Disempurnakan. Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut(Ismail Dahman, 1991):(i)Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemas kiniyang sekali gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidakseragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986).(ii)Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekuranganyang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaituSistem Ejaan Jawi Za'ba.(iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembanganejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannyamenjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskanciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembanganbahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 danseterusnya.

118 XTOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUPada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yangdilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "SistemEjaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuahbuku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkandengan segera". Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa danPustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawipada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan JawiDBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yangmewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap BahasaMalaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan. Bidang TugasJawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba(Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, danDaftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi Dian (MajalahDian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitanSyarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.)Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalamKonvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan DewanBahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu.Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasukmereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiridaripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi danbadan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negaraIndonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan yangdikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baikoleh peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dandisusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkanpada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yangDisempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuandan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetujumembuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYDtahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas danditerbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.6.1.3Pedoman Ejaan Jawi Yang diSempurnakan(PEJYD)Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yangtermuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkansecara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua.1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang

TOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUW119digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yangdigunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi ZaÊba (sebagaimanayang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). PedomanEjaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusanKonvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemasdengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuranPusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan JawiPeringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dandisahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasadan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayuyang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaanJawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yangtelah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yangdiselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut:1(i)Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka,Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.(ii)Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasaArab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil sepertitulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruftertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatuperkataan. Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuktunggal yang tersusun seperti di Jadual 6.2.Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa MelayuHuruf JawiPadanan Rumi alifaΏbabΕtatta marbutaht/hΙsa [tha]s, (th)ΝjimjΓ1NamaDipetik daripada http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp jawi/pengenalan/301 latarbelakang.htm pada 10 Julai 2008.

120 XTOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU̧cacΡa] ha [h) h, (hΥkha [khO]khΩdaldΫzal [dhal]z, (dh)έra [rO]rίzaizαsinsεsyinsy, (sh)ιOd] sad [s) s, (sνOd] dad [d) d, (dρO] ta [t) t, (tυO] za [z) z, (zωain [ain]awal: a, i, uakhir: k, (‘)ύghainghֶngangϑfaf ׃ paPϕqafk, q, (q)ϙkafk כ gagϝlamlϡmimm

TOPIK 6ϥSISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUnunnϭwauw, u, o ظ vavϩhah hamzahawal: gugurakhir: k, (’)ϱyay, i, e talingϯye [ye]e pepet akhir ؗ nynyW121Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi hurufArab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripadabahasa Arab.Catatan 2: Huruf 3 (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dant bagi padanan transliterasi.6.1.4Daftar Ejaan Melayu Jawi-RumiDaftar ejaan Melayu Jawi Rumi yang awal diusahakan oleh ZaÊba. Buku inimengandungi huraian perinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaanJawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan olehZainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZaÊba dan diterbitkan olehPejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), TanjungMalim pada tahun 1946 yang tergolong dalam „The Malay School Series No. 31‰.Bahagian awal buku ini menghuraikan tentang tulisan Jawi dan Rumi. Daftar inidisusun mengikut kaedah Jawi-Rumi, iaitu ejaan Jawi dahulu disusun mengikutsususnan abjad Jawi-Rumi, kemudian diberikan ejaan Rumi setentang denganperkataan tersebut. Kaedah ejaan yang digunakan ialah kaedah ejaan Jawimenurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu sertakecenderungan sebilangan penulis Melayu. Kaedah ejaan Jawi ini menurutkaedah yang diatur oleh jawatankuasa merumikan tulisan Melayu yang telahditubuhkan oleh kerajaan negeri Persekutuan pada awal abad ke-19. Bahagianakhir buku ini menjelaskan sistem atau peraturan ejaan kata bahasa Melayu yangmenggunakan tulisan Rumi dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi ZaÊba.

122 XTOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUBerdasarkan PEJYD (1987), Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun DaftarEjaan Rumi-Jawi (Rajah 6.3) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senaraikata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar EjaanDaftar ejaan Rumi-Jawi kini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftarejaan ini memuatkan senarai perkataan umum dan istilah dalam bahasa Melayudibuat menurut abjad Rumi dan panduan Jawi diberikan sebelahnya. Hampirkeseluruhan Daftar ini menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata terbitan atau kataberimbuhan diterangkan di dalam pendahuluan yang lengkap dengan contohcontohnya. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yangmenekankan huruf saksi (vokal): Alif, Wau dan Ya. Antara sistem ejaan jawi yangterkenal ialah Ejaan P.Bm P.B. diRaja, Sistem Ejaan ZaÊba, Sistem Ejaan Jawi YangDisempurnakan dan Sistem Ejaan Dian. Penyemakan dan rujukan ejaan Jawi daftarini dibuat berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dansumber lain, iaitu Daftar Ejaan Melayu ZaÊba (1949), daftar Ejaan Rumi BahasaMalaysia DBP (1982), Istilah Agama Islam DBP (1986); Pedoman Transliterasi Arabke Huruf Rumi DBP (1984) dan Kamus Dewan (1984).Rajah 6.3: Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan DBP.Sumber: http://www.dawama.com/index.php?ch 15&pg 471&ac 3968&tpt id 11#Dipetik pada 10 Julai 2008.Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pendahuluan danbahagian daftar kata. Bahagian pendahuluan menerangkan panduan bagimenggunakan daftar dan kaedah penyusunan daftar yang meliputi penggunaanabjad dan huruf Jawi, perkataan yang dimasukkan (terdiri daripada kata dasarsatu suku kata, kata dasar dua suku kata, kata dasar tiga suku kata atau lebih,kata pinjaman, kemasukan kata ulang); penulisan imbuhan, penulisan partikel;dan penulisan kata singkat. Bahagian kedua daftar ini memuatkan pula

TOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUW123perkataan yang disusun mengikut abjad Rumi serta padanan Jawi. Keseluruhandaftar menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata berimbuhan atau kata terbitandijelaskan dalam bahagian pendahuluan.AKTIVITI 6.1Bincangkan kaedah penulisan ejaan Jawi bagi kata berimbuhan dan katapinjaman berdasarkan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan terbitanDBP.SEMAK KENDIRI 6.1(a)Bincangkan penggunaan abjad dalam tulisan Jawi.(b)Huraikan perkembangan penghasilan Daftar Ejaan Rumi-JawiBahasa Melayu.6.2GAGASAN MEMARTABATKANTULISAN JAWIRajah 6.4: Penerbitan Warta Melayu.Sumber:http://hids.arkib.gov.my/doc/jilidv /mac/23 03 1898 1981.htm Dipetikpada 15 julai 2008Pada 23 Mac 1898, keluaran pertamaakhbar berbahasa Melayu dalam tulisanJawi 'Warta Melayu' telah diterbitkan(Rajah 6.4). Akhbar ini diterbitkan dandicetak di Singapura oleh AmericanMachine Press Singapura. Akhbartersebut diterbit dalam 8 halaman danmenyiarkan pelbagai berita luar dandalam negeri. Berita-berita itu disiarkanmengikut kumpulan negeri iaitu KhabarNegeri Asing, Khabar Negeri Melayu,Khabar Singapura dan Khabar PulauPinang. Berita-berita yang berkaitanmeliputi peperangan dan pergolakanpolitik di negara-negara asing. Soal-soalagama dan cerita-cerita penglipur laraterjemahan daripada bahasa Cina isoleh

124 XTOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUpengarangnya. Mulai keluaran bulan Ogos dalam tahun yang sama, suratkhabar inimula bercorak komersial dengan tersiarnya iklan-iklan. Walaupun terbitnya tidaktetap kemunculan akhbar ini dalam arena persuratkhabaran Melayu telah dapatmembuka sedikit sebanyak pandangan dan pemikiran segolongan orang-orangMelayu terhadap perubahan-perubahan semasa.2Dengan kehendak Kerajaan-Kerajaan Melayu Bersekutu penerbitan akhbar iniditeruskan dalam tulisan rumi. Ini telah mengubah bentuk akbar daripadasebuah akhbar biasa menjadi akhbar rasmi bagi Kerajaan Negeri-negeri MelayuBersekutu. Warta Rasmi ini mengandungi perkara-perkara seperti perlantikandalam jabatan, undang-undang dan peraturan-peraturan am kerajaan dansebagainya. Perkembangan selanjutnya mengenai akhbar ini tidak dapat dikesankerana penerbitannya telah terhenti tanpa diketahui, manakala keluaran yangtersimpan di Arkib Negara hanya setakat 30 September 1904.Pada hari ini 13 Julai 1946, Pejabat Perhubungan Raya di Kuala Lumpur telahmenerbitkan naskah pertama akhbar harian tulisan Jawi yang mengandungi 4halaman. Akhbar Cermin Malaya merupakan sebuah akhbar yang diterbitkanoleh Pejabat Perhubungan Raya yang kemudiannya dikenali dengan namaPejabat Penerangan. Akhbar Cermin Malaya diterbitkan bertujuan untukmenerangkan mengenai dasar-dasar dan usaha kerajaan Inggeris pada masa itu.Ini termasuklah dasar-dasar kerajaan dalam usaha menghapus, menyekat danmembasmi pengaruh komunis di Tanah Melayu, serta pembentukanPersekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union. Akhbar CerminMalaya memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat dan penyampaiberita tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial tanahair. Pada bulanDisember 1948 akhbar Cermin Malaya telah diberhentikan penerbitannya dankemudiannya telah digantikan dengan Panduan Rakyat.Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya yang pertamatelah didakan di Singapura. Persidangan itu telah dihadiri oleh kira-kira 200orang wakil pertubuhan persuratan seperti Ikatan Bahasa Melayu, PersuratanBuku Di Raja dari negeri Johor, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru MelayuSemenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan lain-lain persatuan dari seluruhTanah Melayu. Persidangan itu membincangkan dengan terperinci sertamembahaskan berkenaan penggunaan tulisan Rumi dan Jawi dalam persuratanMelayu. Angkatan Sasterawan 50 berpendapat bahawa sudah sampai masanyatulisan Rumi diiktiraf secara rasmi tetapi tulisan Jawi juga hendaklah dipakai.Enam buah badan persuratan lain telah menyokong syor Angkatan Sasterawan50 itu, manakala Lembaga Bahasa Melayu berpendapat bahawa tulisan Jawi danRumi adalah sama banyak digunakan dalam persuratan Melayu. Akhirnyapersidangan telah bersetuju dengan keputusan mengiktiraf kedua-dua huruf2Roseline Mapong Sabai http://hids.arkib.gov.my/doc/2005/mac/23 03 1898 2005.htm dipetik pada 15 Julai 2008.

TOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUW125Jawi dan Rumi sebagai huruf rasmi dalam persuratan Melayu. Sesungguhnyakeputusan yang diambil oleh Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya untukmengiktiraf tulisan Jawi dan Rumi sebagai tulisan rasmi dalam persuratanMelayu menunjukkan suatu langkah untuk memelihara kedua-dua tulisantersebut khasnya tulisan Jawi daripada luput ditelan zaman.Pada hari 6 Februari 1958, bangunan Syarikat Utusan Melayu di Jalan Chan SowLin, Kuala Lumpur dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor,Tuanku Hishamuddin Alam Shah. Dengan pembukaan bangunan baru itu,akhbar Utusan Melayu rasmilah dicetak dan diterbitkan di Kuala Lumpur,setelah 19 tahun, iaitu semenjak pemindahannya dalam tahun 1939 dariSingapura. Perpindahan tempat percetakan dan penerbitan ini merupakan satukemajuan bagi Syarikat Utusan Melayu yang kini mempunyai bangunannyasendiri yang dilengkapkan dengan alat-alat jentera yang moden. Akhbar UtusanMelayu merupakan satu akhbar yang terulung yang dipunyai dan diusahakansepenuhnya oleh orang-orang Melayu. Utusan Melayu ialah satu-satunyaakhbar nasional yang diterbitkan dalam tulisan Jawi. Oeh yang demikian,Utusan Melayu merupakan akhbar yang sangat popular terutamanya dalamkalangan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar di mana tulisan Jawimasih lagi difahami dan digunakan dengan meluas. Semenjak mula ditubuhkan,Utusan Melayu telah banyak menyedarkan dan menyuarakan kepentingan danperjuangan orang-orang Melayu dalam hal-hal ekonomi, politik dan sosialsupaya mereka tidak ketinggalan di belakang dari bangsa-bangsa lain di negaraini.Pada 1 Januari 2003, akhbar Utusan Melayu, satu-satunya akhbar bertulisan Jawiyang bersalut 1001 sejarah perjuangan bangsanya boleh dikatakan memasuki era kelumpuhan' yang serius dan mungkin akan terus berkubur tanpa nisan jikatiada sebarang usaha untuk menyelamatkannya dilakukan.3 Berikut dipetikkeluhan dan rintihan terhadap hidup mati tulisan Jawi dalam era globalisasi hariini.‰AWANG setuju dengan semua yang diperkatakan oleh SaudaraTajuddin Saman, kecuali satu. Beliau yakin tidak ada seorang punMelayu yang tidak sanggup tampil untuk menyelamatkan UtusanMelayu sekiranya mereka tahu peranan akhbar ini. Di sini beliausilap. Pengurusan Utusan Melayu telah melakukan bermacam-macamusaha untuk menghidupkan akhbar ini sebagai akhbar hariantermasuk meminta sokongan Melayu daripada orang seperti HamidOthman (Tan Sri), kepimpinan Pusat Islam serta orang politik.Pencinta-pencinta tulisan Jawi juga berusaha dengan mengadakan3Awang ?y 2003&dt 0119&pub utusan malaysia&sec rencana&pg re 01.htm&arc hive ). Dipetik pada 18 Julai 2008

126 XTOPIK 6SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYUbengkel dan sebagainya untuk mencetuskan minat terhadap tulisanJawi. Tapi semuanya berakhir begitu sahaja. Pernah diminta supayawakil-wakil rakyat membeli dan mengedarkannya kepada muridsekolah di kawasan masing-masing. Pun tidak ke mana. Kini, apabilaUtusan Melayu terpaksa dijadikan akhbar mingguan danmenghadapi kemungkinan ditutup terus, terdengarlah suara-suarayang bertanya kenapa dan mengapa. Ahad lalu, Penolong PengarangMingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menulis tentang nasibUtusan Melayu di bawah tajuk Melayu Matikan Utusan Melayu.Beliau mengakhiri tulisannya dengan menyatakan: Ironiknya, ketikaakhbar harian Jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan olehorang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembiramenyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental DailyNews. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orangorang Cina.'' Awang mahu bertanya, sanggupkah orang nyokongnya sebagaimana orang Cina menyokong akhbar Cina?‰Daripada petikan di atas, kita dapat mengandaikan bahawa pemartaban tulisanJawi dalam bahasa Melayu perlu diberikan perhatian serius. Menurut MohdHussein Baharuddin, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan tekanandalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu kini, iaitupendirian orang Melayu itu sendiri. Dalam mengharungi era globalisasi, orangMelayu seolah-olah lupa akan kewujudan unsur dalam bahasa Melayu yangpaling penting, iaitu tulisan. Penggunaan tulisan Rumi telah menenggelamkansejarah kepentingan tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu sewaktuperkembangan agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak diberikanpenekanan penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelasagama. Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi dapatdikekalkan dalam persada hari ini.Selanjutnya juga perlu difikirkan peranan pihak perancang bahasa, khususnyabadan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif yanglebih inovatif dalam mempertahankan tulisan Jawi dalam masyarakat hari ini.Malah sebenarnya tulisan Jawi dapat dimantapkan melalui bidang pendidikan.Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah bermula daripada Tahun 1 lagi akanmemberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk belajar menulisdalam tulisan Jawi. Pendidikan bukan sahaja bersifat satu hala atau satu lawansatu dalam kelas tetapi perkembangan multimedia dapat membantuperkembangan tulisan Jawi dalam pendidikan melalui perisian kursus dalam CDatau VCD yan

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU W117 berasingan. Antaranya ialah Mejar DatoÊ Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor) dan

Related Documents:

GRI topik spesifik untuk pelaporan mengenai topik materialnya. Standar-standar ini diatur menjadi tiga seri: 200 (Topik ekonomi), 300 (Topik lingkungan), dan 400 (Topik sosial). Setiap Standar topik termasuk pengungkapan khusus untuk

Peranan Kitab Jawi Tasawuf Sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam kepada Masyarakat Melayu Nusantara The Role of Kitab Jawi in Sufism as a Medium of Islamic Knowledge Transmission to the Malay Archipelago Faudzinaim Hj. Badaruddin1 ABSTRACT Kitab Jawi has b

Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. 4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. 5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca: ( ) Kesalahan isi/fakta _ Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

coope1·ation of HRD Korea and POEA (hereinafter referred to as 'both parties') for the smooth conducting of EPS-TOPIK administered by HRD Korea. ARTICLE 2 (Basic Principles) 1. Both parties shall, in the spirit of cooperation, endeavor to implement EPS-TOPIK under the principle of transparency and fairness. 2.

Petunjuk praktikum Fisiologi Tumbuhan Lanjut edisi revisi pertaama, disusun untuk mendukung perluasan dan pendalaman penguasaan materi kuliah Fisiologi II. Kegiatan ini diharapkan dapat memberi pengalaman memecahkan masalah-masalah fisiologi lanjut untuk mahasiswa S-1. Topik-topik kegiatan merupakan topik yang

Rendah) dan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik terhadap topik tertentu.

Perencanaan Pembangunan dan Penganggaran Daerah dapat diterbitkan meskipun masih dalam bentuk dan konten yang sederhana. Topik bahasan dalam buku ini merupakan topik-topik terpenting terkait dengan perencanaan dan penganggaran dalam rangka upaya pencapaian efektifitas penyelenggaraan otonomi daerah.

Alfredo López Austin). Co-Edited Volume: Art and Media History –––Modern Art in Africa, Asia and Latin America: An Introduction to Global Modernisms. Boston: Wiley-Blackwell, 2012 (Elaine O’Brien, editor; Everlyn Nicodemus, Melissa Chiu, Benjamin Genocchio, Mary K. Coffey, Roberto Tejada, co-editors). Exhibition Catalogs ––– “Equivocal Documents,” in Manuel Álvarez Bravo (c