Keberkesanan Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Melayu: Tindak .

3y ago
77 Views
2 Downloads
267.04 KB
15 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Halle Mcleod
Transcription

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 6 BIL 1 (2019)e-ISSN: 2289-8042Keberkesanan Penggunaan Bahasa dalam Akhbar Melayu: Tindak BalasStrategik Terhadap Literasi Kesihatan dalam Kalangan PembacaTempatanThe Effectiveness of Language Use in Malay Newspapers: A StrategicResponse to The Health Literacy among the Local ReadersMohd Hazreen Shah Hassan1, Sharil Nizam Sha’ri2 & Nor Azuwan Yaakob3Terima26 JANUARI 2019Wasit29 MAC 2019Muat Naik e-Jurnal16 JULAI 2019ABSTRAKMedia dan masyarakat disatukan melalui bahasa, justeru strategi penggunaan bahasa yangberkesan akan memastikan proses penyampaian maklumat dalam rencana kesihatanberlangsung dengan lancar. Namun begitu, kesalahan dan kesilapan berbahasa dalamrencana kesihatan menyekat kelancaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untukmengenal pasti strategi penggunaan bahasa penulisan rencana kesihatan dalam akhbar.Dari segi metodologi, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisisdata kajian. Dalam pada itu, data kajian diperolehi daripada dua buah akhbar berbahasaMelayu, iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia yang telah diterbitkan pada 01 Oktober2016 sehingga 30 November 2016 yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan duabelas (12) ciri bahasa penulisan kewartawanan yang dikemukakan oleh Waterhouse (1989).Hasil kajian mendapati bahawa strategi penggunaan kata dalam rencana kesihatan adakalanya mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan dan ada kalanya tidak mematuhiciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan seperti yang disarankan oleh Waterhouse (1989)seperti penggunaan kata/istilah jargon, kesalahan ejaan dan penggunaan kata yangmenunjukkan ketidakpastian. Strategi pembentukan ayat dalam rencana kesihatan jugadidapati panjang dan melebihi jumlah maksimum patah perkataan yang disarankan. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa strategi penggunaan bahasa yang berkesanditentukan oleh pemilihan perkataan yang tepat, mudah difahami, berpengaruh; danpembentukan ayat yang pendek dan jelas walaupun gaya penulisan rencana kesihatanbergantung kepada topik kesihatan dan terikat dengan gaya penerbitan akhbar (house style).Kata kunci: rencana kesihatan, bahasa penulisan kewartawanan, strategi kata, strategi ayatdan strategi bahasa.ABSTRACTMedia and audiences are united through a language; therefore, the effective strategies oflanguage usage will ensure the process of delivering information in health-article goes1Mohd Hazreen Shah Hassan, Siswazah, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,Universiti Putra Malaysia, mohdhazreenshahputra@gmail.com2Sharil Nizam Sha’ri, Ph.D, Pensyarah Kanan, , Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden danKomunikasi, Universiti Putra Malaysia, sharil@upm.edu.my3Nor Azuwan Yaakob, Ph.D, Pensyarah Kanan, , Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden danKomunikasi Universiti Putra Malaysia. azuwan@upm.edu.my95

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 6 BIL 1 (2019)e-ISSN: 2289-8042smoothly. However, errors and mistakes in language in the health-article slightly restrictedthe smoothness. Thus, this study was conducted to identify the strategies of the languageusage in writing newspaper-health-article. In terms of methodology, researcher use thecontents analysis method to analyse the data. Besides that, the research data is obtained fromtwo Malay newspapers which are Berita Harian and Utusan Malaysia which had beenpublished on 01 October 2016 till 31 November 2016 and then had been analysed with twelve(12) features of language of journalism writing by Waterhouse (1989). The research findingsshown that the strategies of word usage in health-article sometimes follows and sometimesdid not follow the features of language of journalism writing as suggested by Waterhouse(1989) like use of jargon terms, spelling mistakes and use of words that indicate uncertainty.Strategies of formatting sentences in the health-article are also appear long and exceed themaximum number of words suggested. However, this study finds that the effective languagestrategies of language usage determined by the chosen accurate word, easy-to-understandand influential; and the formation of short sentences and clear even though the writing styleof health-article depends on the topic of health and bound with the style of newspaperpublishing (house style).Keywords: health-article, language of journalism writing, word strategy, sentence strategyand language strategy.PendahuluanAkhbar menggunakan bahasa untuk mengungkapkan sesuatu maklumat kepada khalayak.Keupayaan penulis memanipulasikan bahasa dengan sebaik mungkin akan menghasilkanpenulisan yang berupaya memberi impak positif dan mempengaruhi pembaca. Arba’ie Sujud(2010) menjelaskan bahawa bahasa mempunyai kuasa kata, iaitu bahasa mempunyaikeupayaan untuk membentuk nilai estetik yang tersendiri kepada pembaca. Oleh hal yangdemikian, penulisan yang baik dan berkesan haruslah mempunyai unsur kebahasaan yangjelas, padat, tepat, menarik dan mudah difahami oleh pembaca. Umum mengetahui bahawa,penulisan kewartawanan dalam akhbar adalah pelbagai. Sulaiman Masri dan Razali Ayob(2002) menyatakan bahawa penulisan kewartawanan terdiri daripada penulisan berbentukwawancara, penulisan berita, ulasan, laporan dan rencana. Setiap penulisan kewartawanan inimempunyai fungsinya yang tersendiri dan gaya penulisannya berbeza antara satu sama lain.Penulisan rencana dalam akhbar terbatas penulisannya berbanding penulisan beritayang dilihat lebih dominan, tetapi penulisan rencana mempunyai fungsinya yang tersendiriuntuk mengembangkan sesuatu berita. Penulisan rencana merujuk kepada berita atau kisahyang disusun secara deskriptif dengan menulis kata-kata yang menyentuh perasaan parapembaca sehingga timbul rasa kagum, takjub, hairan, geli, terharu, hiba, senang dan perasaanyang lain-lain (Faridah Ibrahim et al., 2016). Penulisan rencana dalam akhbar lebih tertumpukepada perbincangan yang lebih menyeluruh dan berpengaruh, termasuklah penulisanrencana kesihatan. Rencana kesihatan dalam akhbar Berita Harian (BH) dan UtusanMalaysia (UM) mempunyai sisipannya yang tersendiri. Akhbar BH memperkenalkan sisipanSihat yang diterbitkan pada setiap hari Sabtu, manakala akhbar UM mewujudkan sisipanKesihatan yang diterbitkan pada setiap hari Ahad. Oleh itu, penggunaan bahasa yang jelasdan mudah difahami dalam penulisan rencana kesihatan akan menentukan sejauh manakahkelancaran kandungan rencana kesihatan tersebut untuk menyampaikan maklumat denganbaik atau sebaliknya kepada khalayak.96

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 6 BIL 1 (2019)e-ISSN: 2289-8042Dewasa ini, masyarakat di Malaysia dilanda dengan pelbagai masalah kesihatanterutamanya kencing manis, obesiti, darah tinggi dan buah pinggang. Menurut statistik yangdikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (2016), kadar kematian bagi rakyatMalaysia semakin meningkat saban tahun dan faktor utama peningkatan kadar kematiantersebut disebabkan oleh masalah kesihatan yang dialami oleh masyarakat tanpa mengiralapisan umur. Justeru, dalam usaha masyarakat untuk mengetahui maklumat berkaitankesihatan, akhbar merupakan salah satu medium yang tepat untuk mendapatkan maklumatberkenaan. Peranan yang dimainkan oleh akhbar itu sendiri sebagai penyebar maklumatmelalui paparan rencana kesihatan akan menggalakkan dan membantu masyarakat untukmemupuk gaya hidup sihat. Oleh itu, strategi penggunaan bahasa dalam penulisan rencanakesihatan dalam akhbar amat penting bagi memastikan pembaca dapat memahami kandunganrencana yang diterangkan dengan baik sekali gus mempengaruhi tingkah laku pembaca.Namun begitu, salah satu permasalahan penggunaan bahasa yang sering berlakudalam penulisan kewartawanan akhbar, termasuklah penulisan rencana adalah berkaitandengan kesalahan dan kesilapan berbahasa. Azean Idruwani Idrus dan Zaitul Azma ZainonHamzah (2011) menyatakan bahawa, bukan semua penulisan dalam surat khabar didapatimemenuhi kehendak rumus tatabahasa Melayu, malah masih berlakunya kesilapan dankesalahan berbahasa dalam penulisan kewartawanan yang dihasilkan. Dalam pada itu,masalah ini juga secara tidak langsung akan memusnahkan nilai kegramatisan dalam bahasaMelayu (Illias Zaidi, 2010) walaupun pihak media cuba untuk mempertahankan laraslaporannya.Menurut Mior Kamarul Shahid (2015) dan Jeniri Amir (2005), kekerapan kesalahanberbahasa yang dilakukan oleh media dan disiarkan secara berterusan kepada khalayak akanmenyebabkan pembaca menerimanya sebagai sesuatu yang betul. Sharil Nizam Shari (2010)pula menyatakan bahawa, dalam penulisan kewartawanan termasuklah rencana, didapatiberlakunya pembaziran bahasa, khususnya dalam aspek tatabahasa, leksikal dan ortografi.Hal ini secara tidak langsung memperlihatkan berlakukan kelewahan bahasa dalam penulisankewartawanan, sekali gus, ia turut mengundang kepada kekaburan dan kekeliruan maknakepada khalayak pembaca. Menyedari hakikat tersebut, kajian ini dijalankan untuk menelitistrategi penggunaan bahasa dalam penulisan rencana kesihatan dalam akhbar dalammenggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pembaca.Sorotan KajianKajian yang dilakukan oleh Sharil Nizam Sha’ri dan Mohd Hazreen Shah Hassan (2016)menyatakan bahawa akhbar berupaya mencambah pengetahuan dan mempertingkatkematangan pembacanya, termasuklah akhbar kampus. Hasil kajian Sharil Nizam Sha’ri danMohd Hazreen Shah Hassan (2016) mendapati bahawa bahasa yang digunakan di dalampenulisan berita kampus bersifat mudah untuk difahami dalam memaparkan berita berkaitandengan peristiwa di kampus, program-program anjuran universiti, kejayaan para pelajar danstaf Universiti Putra Malaysia (UPM), malah kandungan beritanya pula mampu merangsangminda pelajar dan staf UPM.Bagi Kartini Abd. Wahab dan Zulkifley Hamid (2015), dalam komunikasi sehari-hari,sama ada dalam konteks lisan mahupun tulisan, sering kali berlaku hambatan atau halanganberbahasa yang boleh merencatkan proses penyampaian sesuatu maklumat kepada golongansasaran. Terdapat empat kategori aspek kebahasaan yang menghambat pemahaman ke atas97

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 6 BIL 1 (2019)e-ISSN: 2289-8042teks berita dalam kalangan khalayak pembaca, iaitu perbezaan perbendaharaan kata bagikedua-dua bahasa, kelainan penggunaan imbuhan, kelainan akronim dan kelainan katapinjaman. Selain itu, Agu (2015) menjelaskan bahawa penggunaan kata dan frasa berbungabunga (flowery words) dalam penulisan berita, malah penggunaan istilah jargon jugamenyebabkan mesej yang ingin disampaikan sukar difahami oleh pembaca sekali gusmenyebabkan kandungan berita menjadi sia-sia.Menerusi kajian yang dijalankan oleh Ehineni (2014) menunjukkan bahawa aspeklinguistik (leksikal dan struktur ayat) dalam media cetak seperti akhbar perlu menitikberatkanaspek kesederhanaan dan kejelasan (simplicity and clarity) agar ianya mudah difahami olehkhalayak. Menurutnya lagi, pemilihan leksikal khususnya penggunaan singkatan dan akronimdalam penulisan perlulah bersifat umum, malah singkatan dan akronim yang tidak diketahuiumum perlu dielakkan penggunaannya. Pembentukan ayat melalui proses pengguguran danpenggantian perlulah tepat bagi mengelakkan berlakunya kekaburan makna terhadap mesejyang ingin disampaikan (Ehineni, 2014).Di samping itu, unsur kelewahan dalam penulisan kewartawanan perlu dielakkan bagimemberi pemahaman yang menyeluruh kepada pembaca (Hamidah Abdul Wahab, 2012).Antara aspek kelewahan yang telah dikenal pasti oleh Hamidah Abdul Wahab (2012) adalahseperti imbuhan, perkataan, frasa dan ayat, malah terdapat juga kelewahan dari segipengulangan idea dalam penulisan kewartawanan. Dalam pada itu, Azean Idruwani Idrus danZaitul Azma Zainon Hamzah (2011) turut menjelaskan bahawa penulis berita gagal untukmembezakan setiap fungsi yang didukung oleh setiap penggolongan kata yang digunakanyang akhirnya menyebabkan berlakunya kesilapan dalam penggunaannya.Seterusnya, Nor Azuwan Yaakob (2008) menjelaskan bahawa aspek retorikmerupakan aspek penting bagi memastikan keberkesanan penyampaian maklumat kepadakhalayak. Penelitian Nor Azuwan Yaakob (2008) terhadap aspek retorik dinilai dalam tigaaspek, iaitu aspek leksikal (kata), sintaksis (ayat) dan juga wacana. Hasil kajian Nor AzuwanYaakob (2008) mendapati bahawa penggunaan kata dalam akhbar BH memenuhi kekuatanretorik kewartawanan dan dari segi pembentukan ayat pula, sebahagian besar menunjukkanbahawa ianya memenuhi ciri kesatuan gagasan dan sesetengahnya pula tidak sekali gusmenjejaskan keberkesanan penyampaian maklumat.Menurut Mohd Rajib Ab Ghani dan Faridah Ibrahim (1987), bagi mengelakkan dariberlakunya kekeliruan dan kemungkinan salah bahasa dalam penulisan kewartawanan,penulis tidak boleh menggunakan ungkapan atau kata-kata yang tidak difahami olehpembaca. Namun begitu, kajian oleh Mohd Rajib Ab Ghani dan Faridah Ibrahim (1987)mendapati bahawa, terdapat penulis yang mencipta ungkapan dan kata-katanya sendiriapabila menghadapi masalah untuk memilih diksi yang tepat bagi menggambarkan sesuatusituasi yang ingin dijelaskan. Mohd Rajib Ab Ghani dan Faridah Ibrahim (1987) turutmenjelaskan bahawa kata-kata atau ungkapan yang telah dicipta didapati tidak membawapengertian yang tepat terhadap perkara yang ingin disampaikan oleh penulis, malah ia bolehdisalah erti sehinggakan membawa maksud yang negatif.Oleh hal yang demikian, bahasa yang digunakan dalam penulisan kewartawananperlulah bersifat jelas dan mudah untuk difahami oleh golongan sasaran. Penggunaan kataatau pembentukan ayat yang kabur akan menyukarkan pembaca untuk memahami kandunganpenulisan kewartawanan dengan baik. Menurut Sharil Nizam Sha’ri (2010), penggunaan98

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 6 BIL 1 (2019)e-ISSN: 2289-8042bahasa yang tepat, standard dan segar akan menghasilkan penulisan yang berpengaruh,diminati dan sukar dilupakan oleh pembaca.Metodologi KajianKajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandunganuntuk menganalisis data kajian. Pengkaji memilih rencana kesihatan sebagai sampel kajianyang diperolehi daripada dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu BH dan UM yang telahditerbitkan daripada 01 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016. Pemilihan rencanakesihatan dalam akhbar sebagai sampel kajian kerana sifat akhbar itu sendiri sebagaipenyebar maklumat dan paparan rencana kesihatan yang diperuntukkan akan membantupembaca memperoleh pengetahuan untuk memahami konsep gaya hidup sihat. Oleh itu,penelitian terhadap aspek bahasa dalam penulisan rencana kesihatan dilihat begitu pentingagar maklumat yang disampaikan dapat difahami oleh pembaca. Secara statistiknya, jumlahrencana yang dikaji adalah sebanyak 28 buah rencana (14 BH: 14 UM). Jadual 1menunjukkan senarai tajuk rencana kesihatan yang dikaji.Jadual 1: Tajuk Rencana Kesihatan bagi Akhbar UM dan BHUMHepatitis C Pembunuh SenyapKepentingan diet ketogenikAplikasi senaman 7 minitFaedah dan khasiat Ganoderma LucidumRahsia berat badan idealRawatan tepat pesakit kanserSakit jantung tidak kenal usiaKetahui ancaman influenzaAmalan cuci tangan bantu lindungi kesihatanGaya hidup tidak sihat punca sakit belakangBunuh diri dan kesihatan mentalRotavirus ancam bayi dan kanak-kanakPanduan mengurangkan masa sedentariAduh! Sakitnya bunion.BHKurangkan risiko serangan darah tinggiGangguan mental jejas kualiti hidupDiabetes serangan remaja gemukNafas terhenti ketika tidurTangani serangan paru-paru progresifSaluran air mata tersumbatMakanan ringan jejas fungsi otakHarapan baru penerima organGangguan saraf mukaKawal tahap lemak abdomenNutrien bantu atasi komplikasi diabetesNatrixam kawal hipertensiGenerasi muda turut hidap diabetesPendakap gigi palsu boleh meragut nyawaSeterusnya, sampel kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan yang dikemukakanoleh Waterhouse (1989), iaitu ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan. Pendekatan inimengemukakan 12 ciri bahasa penulisan kewartawanan yang perlu dijadikan panduan dalamkalangan penulis rencana untuk menghasilkan penulisan yang baik dan mudah difahami.Berikut merupakan 12 ciri bahasa penulisan kewartawanan yang disarankan oleh Waterhouse(1989):1.2.3.4.5.6.menggunakan kata yang khusus, bukan yang umum;menggunakan kata yang konkrit, bukan yang abstrak;menggunakan kata yang biasa, bukan kata tidak lazim;menggunakan pernyataan secara positif, bukan secara nafi;elakkan penggunaan kata yang emotif dan dramatik;elakkan penggunaan perkataan yang berangkaian untuk menyatakan sesuatu maksudyang mudah;7. elakkan penggunaan perkataan yang membawa makna yang sama;99

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 6 BIL 1 (2019)e-ISSN: 2289-80428. elakkan penggunaan perkataan yang menunjukkan ketidakpastian;9. elakkan penggunaan perkataan yang tidak jelas kuantitinya;10. elakkan penerangan yang berlebihan;11. menggunakan perkataan yang betul ejaan dan maknanya; dan12. elakkan penggunaan perkataan yang jargon dan klise.Namun begitu, kesemua ciri bahasa penulisan kewartawanan yang dikemukakan olehWaterhouse (1989) telah diubah suai supaya bertepatan dengan data kajian yang diperolehi.Nor Azuwan Yaakob (2008) menjelaskan bahawa pengubahsuaian terhadap sesuatu kerangkakajian dilakukan supaya kajian yang dijalankan tidak bersifat memaksa data untuk menurutkerangka yang dikemukakan, sebaliknya pendekatan yang digunakan selari dengan korpusdata kajian. Oleh hal yang demikian, aspek bahasa yang difokuskan dalam kajian ini ialahdibahagikan kepada dua strategi berdasarkan saranan Waterhouse (1989), iaitu strategipenggunaan kata (penggunaan kata atau istilah jargon, penggunaan kata tidak lazim,kesalahan ejaan dan juga penggunaan kata yang menunjukkan ketidakpastian) dan jugastrategi pembentukan ayat (penerangan ayat yang panjang).Dapatan KajianHasil kajian mendapati bahawa strategi penggunaan kata dalam rencana kesihatan adakalanya mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan dan ada kalanya tidak mematuhiciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan seperti yang disarankan oleh Waterhouse (1989)seperti penggunaan kata atau istilah jargon, penggunaan kata tidak lazim, kesalahan ejaan danjuga penggunaan kata yang menunjukkan ketidakpastian. Strategi pembentukan ayat dalamrencana kesihatan pula didapati panjang dan melebihi jumlah maksimum patah perkataanyang disarankan. Jadual 1 menunjukkan perbandingan kekerapan terhadap fokusperbincangan bagi strategi penggunaan kata/ayat dalam akhbar BH dan UM yang tidakmenepati ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan seperti mana yang disarankan olehWaterhouse (1989).Jadual 1: Jumlah Keseluruhan Data Kajian bagi Kedua-dua Buah AkhbarPerkaraABCDEJumlahKeseluruhanAkhbar BHPeratusan Akhbar BH (%)Akhbar UMPeratusan Akhbar UM (%)Jumlah Keseluruhan DataPeratusan Keseluruhan Data 0100Petunjuk:A Penggunaan istilah jargonB Penggunaan kata tidak lazimC Penggunaan kata yang menunjukkan ketidakpastianD Kesalah ejaanE Penerangan ayat yang berlebih-lebihanBerdasarkan analisis data dalam Jadual 1, jumlah keseluruhan data yang diperolehibagi kajian ini adalah sebanyak 165 penggunaan bahasa yang tidak menepati sarananWaterhouse (1989). Daripada jumlah tersebut, akhbar UM mencatatkan jumlah tertinggi,100

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 6 BIL 1 (2019)e-ISSN: 2289-8042iaitu sebanyak 86 penggunaan bahasa yang tidak menepati ciri-ciri bahasa penulisankewartawanan bersamaan dengan 52% berbanding akhbar BH yang mencatatkan jumlahkeseluruhan sebanyak 79 penggunaan bahasa yang tidak menepati ciri-ciri bahasa penulisankewartawanan, iaitu sebanyak 48% daripada jumlah keseluruhan data yang di temui.Bagi akhbar UM, jumlah tertinggi bagi penggunaan bahasa yang tidak menepati ciriciri bahasa penulisan kewartawanan ialah penerangan ayat yang berlebihan, iaitu sebanyak 28penggunaan, bersamaan dengan 33% daripada jumlah keseluruhan, diikuti denganpenggunaan istilah jargon sebanyak 18 penggunaan bersamaan dengan 21%. Penggunaankata tidak lazim pula mencatatkan jumlah sebanyak 15 penggunaan, iaitu 17%. Bagipenggunaan kata yang menunjuk

Keberkesanan Penggunaan Bahasa dalam Akhbar Melayu: Tindak Balas . Universiti Putra Malaysia, mohdhazreenshahputra@gmail.com 2 Sharil Nizam Sha’ri, Ph.D, Pensyarah Kanan, , . membezakan setiap fungsi yang didukung oleh setiap penggolongan kata yang digunakan

Related Documents:

Penggunaan Bahasa Pada Label Penggunaan bahasa untuk cetakan label mestilah mematuhi perkara- perkara seperti berikut: Penggunaan bahasa Melayu mestilah betul dalam semua aspek tatabahasa, ejaan, tanda bacaan (punctuations) dan laras bahasa (expressions); Terjemahan ke dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksud yang sama dengan maklumat yang asal dalam Bahasa Melayu; dan

Laras bahasa adalah kesesuaian antara bahasa itu sendiri dengan pemakainya. Laras bahasa dapat ditemukan dalam kehidupan sehari-hari, yakni laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus. Laras bahasa biasa digunakan oleh masyarakat luas, sedang laras bahasa khusus dalam pemakaian khusus. Contoh dalam penulisan berita menggunakan laras bahasa .

melalui komunikasi verbal, nonverbal, dan atau paralinguistic. Strategi pesan . abel 21 Penggunaan Bahasa Jawa Dalam April 2011 79 abel 22 Penggunaan Bahasa Prokem Dalam disi April 2011 80 abel 23 Penggunaan Bahasa Asing Dalam " Edisi April 2011 80 abel 24 Penggunaan Bahasa Serapan Dalam .

Penggunaan Bahasa Prokem dalam Komunikasi Bahasa Jawa Siswa SMP N 1 Purbalingga. Skripsi. Jurusan Bahasa dan Sastra Jawa, Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Semarang. Pembimbing I: Drs.Widodo, Pembimbing II: Dra. Esti Sudi Utami, M. Pd. Kata kunci: prokem, komunikasi bahasa Jawa. Basa prokem asring dianggo lan disenengi dening para mudha.

satu ke dalam bahasa lainnya yang disebut interferensi leksikal bahasa Indonesia dalam bahasa Jawa. Masalah yang dibahas dalam penelitian ini, adalah (1) apa saja wujud interferensi leksikal bahasa Indonesia ke dalam bahasa Jawa yang terdapat pada teks berita Pawartos Jawi Tengah di Cakra Semarang TV?, (2) faktor-faktor apa saja yang .

manusia. Selain berfungsi sebagai alat komunikasi, bahasa juga memiliki beberapa fungsi lain. Bahasa gaul merupakan salah satu ragam bahasa, sehingga penggunaan bahasa gaul juga memiliki fungsi tersebut. Jacobson (dalam Suparno, 2013: 18) membagi fungsi bahasa menjadi enam fungsi, yaitu: fungsi emotif,

bersifat universal. Dalam penggunaan bahasa terdapat perbedaaan‐ perbedaan penggunaan bahasa yang dikenal dengan sebutan ragam bahasa. Penggunaan ragam bahasa dipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya adalah faktor geografis dan sosial. Fishman (1972:2‐3) menyebutkan

can distort the roof of a cone roof tank can exceed the design pressure of the tank maximum rateofflowinoroutrate of flow, in or out atmospheric or temperature changes size vent per API 2000 or approved standard min 1 ¼ in. (32 mm) or largest connection.