SIKAP DAN KEUPAYAAN PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL DALAM .

3y ago
150 Views
2 Downloads
378.48 KB
12 Pages
Last View : 21d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Joanna Keil
Transcription

SIKAP DAN KEUPAYAAN PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL DALAMMENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIKNor Azwanis Zainurin, Effandi ZakariaUniversiti Kebangsaan MalaysiaABSTRAKPenyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sikap dankeupayaan pelajar aliran vokasional dalam menyelesaikan masalahmatematik. Kajian ini berbentuk kualitatif diskriptif di mana ia merupakansatu kajian tinjauan yang dilakukan di salah satu institut latihanperindustrian di Malaysia. Untuk mengukur sikap pelajar aliranvokasional terhadap menyelesaikan masalah matematik, pengkajimenggunakan borang soal selidik yang di adaptasi daripada kajian EfandiZakaria (2005). Bagi mengukur keupayaan pelajar aliran vokasionaldalam menyelesaikan masalah matematik pula, pengkaji menggunakanujian pencapaian matematik yang di ambil dari ujian peperiksaansemester akhir mereka. Seramai 60 orang pelajar yang terdiri daripadapelajar bengkel Fabrikasi Logam (FAB), Teknologi Plastik (TP), Tool andDie Maker (TDM) dan Mekatronik (MEKA) terlibat sebagai responden didalam kajian ini. Statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkanmaklumat dalam bentuk frekuensi dan peratus bagi pembolehubah profilpelajar, sikap terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaanpelajar dalam menyelesaikan masalah matematik serta pemerhatian dalambilik darjah. Manakala, nilai min dan sisihan piawai pula digunakan untukpembolehubah pencapaian matematik pelajar. Bagi mengenalpastihubungan sikap dan keupayaan pelajar terhadap penyelesaian masalahmatematik, pengkaji melakukan ujian korelasi Pearson dengan penetapanaras keertian .01, bagi menentukan sama ada wujud hubungan antarapembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Hasil kajian menunjukkanpelajar lebih cenderung dalam menyelesaikan masalah matematik padaaspek Afektif.Kata Kunci : sikap pelajar, keupayaan pelajar, menyelesaikan masalah1.0 PENGENALANPelajar yang mempunyai sifat yang positif terhadap matematik mempunyai tanggapanyang positif takan pentingnya subjek tersebut (Ruffell, Mason & Allen, 1998). Inibertepatan dengan kajian Schreiber (2002); & Papanastasiou (2002), bahawa terdapathubungan yang positif terhadap sikap dan prestasi pelajar. Menurut Schreiber (2002) lagi,sikap pelajar yang negatif terhadap matematik akan menghasilkan prestasi yang rendah.Dengan adanya sikap yang positif di dalam penyelesaian masalah, dapat meningkatkankeyakinan murid dalam menyelesaikan masalah matematik. Proses penyelesaian masalahadalah satu proses pendidikan yang membenarkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiranberfikir secara kritikal berdasarkan satu topik yang diberikan (Thomas, 2000).

1.1 LATAR BELAKANGMatematik adalah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional dimana ia adalah wajib bagi setiap pelajar mempelajari subjek itu. Matematik juga adalahsatu bidang ilmu yang memerlukan pelajar mempelajari dan melatih minda mereka dalammenyelesaikan permasalahan yang dihadapai secara sistematik dan teratur sekali gusmembuat keputusan dengan berkesan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sikappelajar akan minat dan pencapaian mereka dalam subjek matematik matematik. Rajecki(1989) adalah seorang ahli psikologi sosial berpendapat bahawa sikap meliputi komponenyang utama iaitu afektif, tingkah laku dan kognitif seseorang individu. Perasaan seseorangterhadap sesuatu sama ada ia positif atau negatif adalah tergolong di dalam komponenafektif, manakala tingkah laku adalah satu perlakuan di mana individu mempunyaikecenderungan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara. Komponen kognitif pulamerujuk kepada kepercayaan dan pegangan seseorang individu terhadap sesuatu. Ketigatiga komponen ini berhubung kait dan mempunyai fungsi dalam pembangunan modalinsan seseorang individu.1.2 PENYATAAN MASALAHKeberkesanan pembelajaran matematik di kalangan pelajar sering dititik beratkan oleh parapendidik. Ini tidak ketinggalan juga dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepertiyang dinyatakan oleh Wan Zah, Sharifah Kartini, Habsah, Ramlah, Mat Rofa, Mohd Majiddan Rohani (2005), matematik dianggap satu mata pelajaran yang tidak menarik, kering,sukar dan membosankan. Masalah ini berpunca daripada sikap pelajar terhadap matematikdilihat sebagai mata pelajaran yang tidak bermakna dan tidak mempunyai perkaitan secaralangsung dengan kehidupan seharian.Matematik merupakan satu mata pelajaran teras di dalam kurikulum kebangsaan Malaysia.Kerangka kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) adalahsalah satu hasrat yang telah dilaksanakan untuk mendukung Falsafah PendidikanKebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSKV juga bertujuan untuk melahirkanpelajar yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh iaitu dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi abad 21(Ali Ab Ghani, 2010).Untuk merealisasikan lagi hasrat ini, satu Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 –2025 telah dibentuk untuk menyediakan pelajar bersumberkan alaf 21. Terdapat 11anjakan di dalam PPPM 2013-2025 yang perlu di ambil berat oleh sekalian pendidik.Untuk menyediakan pelajar ke arah permodenan, pelbagai inisiatif yang telah dilakukanKementerian Pelajaran Malaysia agar produk yang akan dihasil mengikut acuan negaraberkualiti dan mampu berdaya saing.Pelajar perlu berfikir dan membuat keputusan dengan menggunakan strategi yang sesuaiuntuk menyelesaikan masalah matematik (Effandi & Normah, 2009). Sikap yang positifboleh mempengaruhi fikiran pelajar supaya pelajar terbabit minat akan sesuatu topik yangberkaitan dengan penyelesaian masalah matematik sekaligus membolehkan pelajarmenunjukkan pencapaian matematik yang tinggi. Motivasi yang tinggi terhadap matematikadalah bergantung pada sikap yang positif seseorang pelajar (Bandura, 1994).

Sukar untuk memberi tafsiran akan sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. MenurutHogg & Vaughan (2005), sikap sering kali dikaitkan dengan keyakinan, perasaan, dankecenderungan melakukan sesuatu yang bermakna, kelompok, peristiwa atau simbol.Dalam kajian Arsaythamby (2006), kebolehan afektif adalah kesan daripada sikap,kebimbangan dan tabiat dalam pembelajaran matematik. Kebolehan kognitif bolehdidorong dengan adanya kebolehan afektif sebagai pencetus dan boleh merangsang pelajardalam menyelesaikan masalah.Penyelesaian masalah dalam matematik adalah satu kemahiran yang rumit, yang berkaitrapat dengan sikap individu itu sendiri. Dalam penyelesaian masalah memerlukan pelajaruntuk menjadi kreatif dan inovatif dalam merancang strategi penyelesaian masalah. Olehitu, sikap yang merangkumi kognitif, afektif dan perilaku perlulah berada di posisi yangpositif agar penyelesaian masalah matematik yang perlu dihadapi dapat di selesaikandengan mudah. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar kurang berminat dankeupayaan dalam penyelesaian masalah juga tidak menunjukkan hasil yang positif. Jesteru,satu kajian tentang sikap penyelesaian masalah perlu dijalankan untuk mengenal pastiaspek-aspek yang perlu dititik beratkan agar dapat membantu pelajar meningkatkanperasaan minat dan suka terhadap penyelesaian masalah matematik secara terancang danberkesan1.3 TUJUAN KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap dan keupayaan pelajar aliranvokasional terhadap penyelesaian masalah matematik.1.4 OBJEKTIF KAJIAN1.4.1 Mengenal pasti sikap terhadap penyelesaian masalah matematik di kalangan pelajaraliran kolej vokasional1.4.2 Mengenal pasti keupayaan menyelesaikan masalah matematik di kalangan pelajaraliran kolej vokasional1.4.3 Mengenal pasti hubungan sikap dan keupayaan pelajar aliran kolej vokasionaldalam penyelesaian masalah matematik.1.5 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIANKerangka konseptual ini diolah berdasarkan teori yang berkaitan dengan sikap. Breckler(1984) dalam Model ABC mengutarakan aspek-aspek sikap iaitu kognitif, afektif dantingkahlau yang merupakan satu sistem di mana komponen-komponen itu berhubung rapatdan dapat diukur pada tiap-tiap satu seperti yang digambarkan di jadual di bawah.SIKAP- Kogniti- AfektifKeupayaanmenyelesaikanmasalah- Tingkah LakuRajah 1.1 : Kerangka Konseptual KajianPenyelesaianmasalah (Polya,1957)

Berdasarkan Rajah 1.1, rangka teoritikal yang digunakan untuk melihat sikap pelajarterhadap penyelesaian masalah matematik adalah berpandukan kepada skima konseptualyang telah disarankan oleh Breckler (1984). Di dalam skima tersebut, sikap dilihat sebagaimempunyai tiga aspek iaitu Kognitif, Afektif dan Tingkah Laku.2.0 KAJIAN LITERATUR2.1 TEORI SIKAPBrown (1973), mendefinasikan manusia menuju kepada perhubungan yang tekal dan sikapyang dipengaruhi oleh organisasi kognitif yang boleh berubah-ubah dalam prosespercubaan untuk kembali kepada keadaan yang seimbang. Teori ini terbahagi kepada tigajenis teori iaitu Teori Persamaan (Congruity Theory), Teori Keseimbangan (BalanceTheory) dan Teori Percanggahan Kognitif (Cognitive Dissorance Theory).2.2 MODEL PENYELESAIAN MASALAHModel Polya di asaskan oleh George Polya (1957). Menurut beliau, terdapat empatlangkah di dalam penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang strategipenyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak jawapan. Peringkatpertama iaitu memahami masalah. Di peringkat ini, pelajar perlu mengenal pasti masalahdengan membaca secara teliti dan membuat analasis dan memberi penekanan kepadamengenal pasti maklumat yang diberi, andaian yang perlu dibuat dan matlamat soalan yangperlu dijawab. Peringkat kedua pula adalah peringkat merancang strategi penyelesaian.Menurut Polya, terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan untuk menyelesaikanmasalah. Antaranya adalah cuba jaya, membuat senarai yang tersusun, mengenal pastikemungkinan, menggunakan simetri dan pelbagai lagi strategi yang boleh dan dapatdigunakan dalam penyelesaian masalah.Pada peringkat ketiga iaitu melaksanakan strategi penyelesaian masalah. Peringkat iniadalah peringkat yang paling mudah untuk dilaksanakan. Dengan bahan mencukupi yangdikumpul pada peringkat satu dan peringkat dua, pelajar dapat melaksanakan strategipenyelesaian masalah dengan mudah. Peringkat ini memerlukan pelajar tekun dan berhatihati dalam melaksanakannya. Jika pelajar tersalah langkah, mereka perlu berpatah semulake peringkat satu. Peringkat terakhir adalah peringkat keempat, iaitu menyemak jawapan.Menurut Polya, adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak semula jawapandan membuat refleksi. Dengan semakan jawapan, dapat membuat pelajar tersebut yakindan mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan masalah akan datang.Penyelesaian masalah melibatkan pemikiran kreatif, kritis dan membuat keputusan.Pemikiran kreatif melibatkan proses mengembangkan daya imaginasi dan kreativitiberasaskan maklumat yang diberikan, diperlukan pelajar untuk merancang penyelesaianiaitu untuk menjana idea akan heuristik penyelesaian yang mungkin. Pemikiran kritis pulamelibatkan proses menganalisis dan menilai maklumat untuk mencapai kefahaman yangbermakna dan diperlukan pelajar untuk menyelesaikan masalah. Akhirnya membuatkeputusan, melibatkan proses menjana pilihan alternatif, menentukan akibat sesuatupilihan dan membuat pilihan terbaik, diperlukan pelajar untuk memilih heuristikpenyelesaian yang sesuai dalam merancang penyelesaian dan juga untuk menyemakjawapan.

2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS2.3.1 KAJIAN DALAM NEGARAKajian Abu Bakar dan Salbiah (1991), pelajar yang mencapai tahap pencapaian yang tinggidi dalam sesuatu mata pelajaran mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajarantersebut. Antara tanda-tanda sikap positif adalah pelajar terbabit mempunyai tahapkesediaan dan kesanggupan yang tinggi jika diberikan kerja yang berkaitan dengan matapelajaran yang diminati. Dalam dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian mengikutjantina dan status sosioekonomi tidak mempengaruhi sikap pelajar terhadap sesuatu matapelajaran tersebut.Shukri (2002), menyatakan bahawa terdapat dua faktor yang telah dikenal pasti dalammempengaruhi sikap pelajar terhadap aktiviti pembelajaran iaitu berdasarkan pengalamandan proses sosiolisasi. Proses sosiolisasi termasuklah peranan guru, rakan sebaya danminat dikenal pasti dalam mepengaruhi minat pelajar terbabit.Zulzana Zulkarnain, Mohamed Saim & Roslina Abd Talib (2011) membuat kajian untukmelihat hubungan antara minat, sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus cc301 bagitajuk pengukuran kuantiti (quantity measurement) mendapati bahawa untuk meningkatkanminat dan sikap yang positif pelajar terhadap sesuatu subjek dan guru itu sendiri perlumenerapkan sesi pembelajaran dan pengajaran berpusatkan murid.2.3.2 LUAR NEGARASikap adalah satu reaksi individu yang wujud sama ada suka atau tidak terhadap seseorangatau pun objek (Husen & Postlethwaite, 1985). Istilah suka atau tidak adalah salah sastuciri-ciri sikap. Perasaan suka boleh membuat seseorang individu mempunyai keyakinandan semangat dalam jiwa individu berkenaan. Perasaan tidak suka pula adalah satu sikapnegatif yang mempu membunuh perasaan seseorang terhadap sesuatu. Ini memberi ertibahawa, perasaan suka atau tidak suka memberi kesan kepada sikap individu terbabit.Menurut Gulliford (1991), guru sering menunjukkan sesuatu dalam menyelesaikanmasalah, tetapi ia bukan dalam kaedah generik. Kaedah ini hanya membantu pelajar dalammenyelesaikan masalah dalam kaedah tertentu sahaja dan kemungkinan pelajar terbabittidak mampu untuk memindahkan pengetahuan kepada masalah yang lain. Antara sebabsebab sikap pelajar kurang dalam memahami konsep dan kemahiran asas dalam matematikadalah kerana kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal jarang digunakandalam proses pembelajaran dan pengajaran (Koe, 1994).Dalam kajian yang dilakukan oleh Iuliana Marchis (2013) mendapati bahawa sikap pelajarterhadap penyelesaian masalah matematik memberi kesan kepada pencapaian dalam matapelajaran tersebut. Pelajar yang minat matematik lebih cenderung dalam membantu rakanrakan yang lain dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi oleh guru. Ini akanmembolehkan pelajar mempelajari dan menghadapi soalan yang berkaitan denganpenyelesaian masalah dengan berkesan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN3.1 REKA BENTUK KAJIANKajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah kajian kuantitatif yang bersifat kajiantinjauan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan ujian pencapaianmatematik.3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIANPopulasi dalam kajian ini merujuk kepada 60 orang pelajar di salah satu institut latihanperindustrian di Malaysia yang berada di aliran kolej vokasional. Ia merupakan satu setindividu yang padanya wujud masalah dan sekaligus merupakan sasaran bagi penyelesaianmasalah.Melalui kaedah persampelan rawak berstrata, pelajar distratakan kepada beberapa bengkeliaitu Fabrikasi Logam (FAB), Teknologi Plastik (TP), Tool and Die Maker (TDM) danMekatronik (MEKA). Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan institut ini di pilih.Antaranya adalah institut terbabit menggunakan strategi penyelesaian masalah dalampengajaran dan pembelajaran Matematik. Matlumat ini diperoleh daripada temubualpenyelidik dengan guru matematik di institut terbabit.3.3 INSTRUMEN KAJIANKajian ini menggunakan soal selidik yang dibahagiakan kepada dua bahagian iaitubahagian A mengenai profil responden pelajar yang mengandungi lima item tentang profilresponden iaitu jantina, agama, bangsa, program, dan keputusan matematik akhir semester.Sebahagian daripada maklumat tentang latar belakang pelajar digunakan untukmenyediakan profil responden. Bahagian B pula ini mengandungi item-item yangberkaitan dengan sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah matematik. Instrumentuntuk sikap ini di adaptasi daripada kajian Effandi Zakaria (2005). Untuk melihatkeupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik, penyelidik telahmenggunakan satu ujian iaitu ujian pencapaian matematik. Bahagian ini mengandungiitem-item yang berkaitan dengan keupayaan pelajar untuk menyelesaikan masalahmatematik. Berdasarkan item-item tersebut, penyelidik dapat mengetahui keupayaanpelajar dalam menyelesaikan masalah matematik yang diberi. Majid Konting (1998)menyatakan bahawa ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur penguasaan dankemahiran pelajar melalui penyampaian guru.3.5 STATISTIK DESKRIPTIFStatistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan maklumat dalam bentuk frekuensi danperatus bagi pembolehubah profil pelajar, sikap terhadap penyelesaian masalah matematikdan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik serta pemerhatian dalambilik darjah. Manakala, nilai min dan sisihan piawai pula digunakan untuk pembolehubahpencapaian matematik pelajar.3.6 STATISTIK INFERENSIBagi mengenalpasti hubungan sikap dan keupayaan pelajar terhadap penyelesaian masalahmatematik, pengkaji melakukan ujian korelasi Pearson bagi menentukan sama ada wujudhubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.

4.0 DAPATAN KAJIAN4.1 PROFIL RESPONDENItem an 6.740.015.03.3Jadual 4.1 : Profil RespondenBerdasarkan Jadual 4.1, bahagian A dirangka untuk mendapatkan maklumat mengenailatar belakang murid iaitu dari aspek program, jantina, agama, bangsa dan keputusanMatematik Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seramai 60 orang responden kajianmerupakan pelajar Diploma Vokasional Malaysia semester dua sesi 1/2016 (DVM 2) disalah satu kolej vokasional di Malasia. Daripada jumlah tersebut, seramai 41 orangresponden (68.3 %) adalah lelaki dan 19 orang responden iaitu (31.7 %) adalahperempuan. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden adalah lelaki.Terdapat beberapa program yang dikenalpasti iaitu Fabrikasi Logam (FAB), TeknologiPlastik (TP), Tool and Die Maker (TDM) dan Mekatronik Teknologi (MEKA). Seramai 18orang responden (30.0 %) adalah pelajar FAB, 18 orang responden (30.0 %)pelajar TP, 13orang responden (21.7 %) pelajar TDM dan 11 orang responden (18.3 %) adalah pelajarMEKA.Majoriti pelajar di institusi ini adalah mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islamiaitu 57 orang responden (95.0 %), seramai dua orang responden berbangsa Cina danberagama Buddha (3.3 %), manakala hanya seorang sahaja pelajar yang berbangsa Indiadan beragama Hindu (1.7 %).Dari segi keputusan PMR, hanya sembilan orang sahaja yang memperoleh gred A (15.0%). Bagi gred B pula seramai 16 orang responden (26.7 %). Gred C adalah seramai 24orang respoden (40%) dan ini adalah gred paling tinggi yang responden peroleh di dalampencapaian Matematik semasa PMR. Selebihnya adalah gred D iaitu seramai sembilanorang pelajar (15.0 %) dan gred E seramai dua orang pelajar (3.3 %).

4.2 OBJEKTIF 1 : MENGENAL PASTI SIKAP TERHADAP PENYELESAIANMASALAH MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN KOLEJVOKASIONALJadual 4.2 : Jadual Skor Mib Keseluruhan Bagi Aspek Sikap Kognitif, Afektif dan TingkahLakuAspekSkorSisihanTahap naLakuJumlah3.0231.132SederhanaBerdasarkan jadual 4.2, secara keseluruhan mendapati ia berada pada tahap sederhana iaitu3.02. Setiap aspek sikap iaitu kognitif, afektif, dan tingkah laku berada pada tahapsederhana. Aspek yang mencatat nilai min paling tinggi adalah aspek Afektif berada dinilai min pada 3.30 di ikuti dengan aspek kognitif iaitu 2.94 dan di akhiri dengan aspektingkah laku iaitu 2.83.4.3 OBJEKTIF 2 : MENGENAL PASTI KEUPAYAAN MENYELESAIKANMASALAH MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN KOLEJVOKASIONALJadual 4.3 : Keupayaan menyelesaikan masalah matematik di kalangan pelajar aliran kolejvokasionalAspek Penyelesaian MasalahSkor MinSisihan PiawaiTahap InteprestasiMemahami Masalah4.201.48TinggiMerancang Strategi3.491.69SederhanaMelaksanakan Strategi2.901.62SederhanaMembuat Semakan4.372.99TinggiJumlah3.741.945TinggiJadual 4.3 menjawab objektif ke dua kajian iaitu untuk mengenal pasti keupayaanmenyelesaikan masalah matematik di kalangan pelajar kolej vokasional. Skor min bagiobjektif ini berada pada tahap tinggi iaitu 3.74. dua aspek

Dengan adanya sikap yang positif di dalam penyelesaian masalah, dapat meningkatkan keyakinan murid dalam menyelesaikan masalah matematik. Proses penyelesaian masalah adalah satu proses pendidikan yang membenarkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal berdasarkan satu topik yang diberikan (Thomas, 2000).

Related Documents:

1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN KEGIATAN PELAJAR 1.0 TUJUAN Garis panduan menerangkan tatacara pengurusan kewangan kegiatan pelajar. 2.0 GLOSARI HEP-UKM Pusat Hal Ehwal Pelajar iSTAR Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti & Resume Pelajar UKPEL Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari PTJ Pusat Tanggungjawab – HEP-

min, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajar terhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskan

hidrograf, yaitu grafik hubungan antara waktu dan debit aliran. Skema sistem daerah aliran sungai Sistem DAS . Peristiwa banjir atau aliran besar pada sungai pada terkaitdenganperistiwa hujandan parameterDAS . dan karakteristik parameterDAS.

aliran permukaan (Kr), waktu jeda, kecepatan aliran jaringan hidrografi, dan kecepatan aliran lereng. Tujuan dari penelitian adalah untuk, 1) menguji akurasi hasil hidrograf aliran permukaan pada Model MAPDAS pada metode penentuan hujan efektif; dan 2) melakukan kajian karakteristik hidrologi DAS mikro khususnya

DAS Pada Seksi Evaluasi Pengelolaan Daerah Aliran Sungai Wilayah I Sub Direktorat Evaluasi Pengelolaan Daerah Aliran Sungai Direktorat Perencanaan dan Evaluasi Pengendalian Daerah Aliran Sungai Direktorat Jenderal Pengendalian Daerah Aliran Sungai dan Hutan Lindung 4153 III/b III/c 01/

Penyelesaian masalah matematik bukan rutin merupakan satu bentuk penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran proses beraras tinggi dan strategi-strategi tertentu yang diintegrasikan dengan fakta dan maklumat. 1.1 LATAR BELAKANG Perkembangan dari segi sains dan teknologi menuntut bidang pendidikan negara untuk

mengetahui karakteristik hidrograf aliran pada 2 titik aliran sungai serta. Pengukuran hidrograf aliran dilakukan pada tiga kali pengamatan banjir dan mencatat perubahan tinggi muka air (TMA) pada setiap 30 menit dimana data TMA pada 2 titik aliran sungai diambil secara bersamaan. Hasil penelitian

Artificial intelligence (AI) represents vast opportunities for us as individuals and for society at large. AI can lead to new, more effective business models and to effective, user-centric services in the public sector. Norway is well positioned for succeeding with artificial intelligence. We have: a high level of public trust in both the business and public sectors a population and business .