BAB 1 : PENGENALAN 1.1. LATAR BELAKANG

3y ago
238 Views
7 Downloads
7.45 MB
150 Pages
Last View : 6d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Jenson Heredia
Transcription

BAB 1 : PENGENALAN1.1.LATAR BELAKANGOrnamentasi merupakan sebahagian kecil dalam muzik di mana kebiasaanya ianya tidakdidokumentasikan serta ianya berbeza mengikut genre muzik, era dan budaya (Pratyush,2010). Ianya juga boleh membezakan antara sesuatu budaya seperti Irish, Scottish &Cape Bretton muzik atau gaya ornamentasi muzik barat atau muzik Hindustan dsb.Muzik Melayu Asli merupakan muzik yang kaya dengan ornamentasi yang dipanggilsebagai lenggok, gerenek, cengkok, bunga atau air lagu dan salah satu instrumen yangberada di dalam ensemble Muzik Melayu Asli dan mampu menerokai gaya ornamentasitersebut adalah instrumen Violin. Di Malaysia, tiada spesifikasi atau garis panduanterhadap penyampaian bagi setiap panggilan ornamentasi tersebut, sebaliknya ianya lebihkepada bermain mengikut hati (by heart) dan mengimprovisasi dengan cara pembelajarandari guru ke murid atau melalui pendengaran sahaja. Demikian, penyelidikan ini adalahuntuk mengkaji gaya ornamentasi yang terdapat di dalam Muzik Melayu Asli bagiinstrumen violin dan ikon yang digelar sebagai Raja Biola bagi Muzik Melayu Asli olehsurat khabar News Straits Times (1998) layak dijadikan sebagai rujukan sehingga kiniiaitu Hamzah Dolmat. Sebagai pengenalan bagi kajian ini, terdapat tiga perkara utamayang perlu dihuraikan mengenai latar belakang yang berhubung kait dengan tajuk kajianini iaitu latar belakang Muzik Melayu Asli, Ornamentasi dan Hamzah Dolmat.1.1.1.Latar Belakang Muzik Melayu AsliTerdapat banyak gelaran bagi Muzik Melayu Asli sebagai contoh yang terdapat padakamus seni muzik (2009) menjelaskan ‘Asli’ atau ‘Muzik Asli’ atau ‘Melayu Asli’ adalahsinonim dengan lagu dan rentak asli iaitu bertempo lambat, bermeter kuardrupel danberentak lapan bit. Manakala gelaran Muzik Melayu Asli di Sumatera, Indonesia dikenali1

sebagai ‘Sinandung’. Selain itu, Matusky dan Beng (2012) pula mengelarkan MuzikMelayu Asli sebagai ‘lagu melayu asli’ yang dipersembahkan oleh sekumpulan pemuzikyang dipanggil ‘Ensemble Melayu Asli’ bagi mengiring tarian sosial. Bagi memudahkanpenyampaian untuk penyelidikan ini, pengkaji mentakrifkan terminologi ‘Muzik Asli’ /‘Melayu Asli’ / ‘lagu Melayu Asli’ atau ‘Sinandung’ sebagai Muzik Melayu Asli yangmembawa gaya asli.Menurut Matusky dan Beng (2012), Muzik Melayu Asli dikategorikan sebagai muzikrakyat iaitu muzik ensemble sosial dan popular ketika zaman kebangkitannya dan jikadilihat dari sudut muzikaliti, Muzik Melayu Asli merupakan muzik sinkretik kerana hasilgabungan dari kepelbagaian pengaruh luar seperti muzik Barat, Arab, Cina dan Parsi.Pendapat ini disokong oleh Nurmaisara Za’Ba, Nursuriati Jamil, Salwa Salleh, HamimiRahman (2011) dengan tajuk kajiannya ‘Investigating ornamentation in Malaytraditional, Asli Music’ menjelaskan bahawa Muzik Melayu Asli ialah muzik sinkretiktradisional Melayu di Malaysia yang berkembang pada zaman post-Portugis pada abadke-16. Melalui perspektif muzik pula, perkataan 'Asli' dikategorikan sebagai sejenismuzik tradisional di Malaysia kerana gaya nyanyian dan struktur corak irama rebanayang tersendiri (Nasuruddin, 2003). Erti kata lain, Muzik Melayu Asli merupakan muzikrakyat yang sinkretik dan ianya popular ketika zaman kebangkitannya, namun kiniianya dianggap sebagai muzik tradisi Melayu.Muzik Melayu dipercayai wujud lebih kurang 2000 tahun lalu (Ahmad, 2001, ms.10)dan Muzik Melayu Asli yang wujud di Malaysia adalah muzik sinkretik hasil gabungandari muzik tempatan (melayu) dengan kepelbagai seni budaya luar seperti India, TimurTengah, Arab dan Barat mengikut permintaan semasa (Matusky & Beng, 2012, ms.361).2

Walaupun pengaruh-pengaruh luar ini dikatakan mempengaruhi Muzik Melayu Asli dinegara kita, namun, tiada bukti dokumentasi yang sahih akan kewujudan Muzik MelayuAsli, yang ada hanya teks melayu lama pada abad ke-17 atau ke-18 ‘Hikayat hang Tuah’dan Tuhfat Al-Nafis’ mengenai nyanyian pantun diiringi rebana, gong dan kecapi(Matusky dan Beng, 1997, ms.359). Bagaimanapun, kenyataan ini tidak dapatmembuktikan bahawa muzik tersebut adalah Muzik Melayu Asli, kerana persamaannyahanya dari segi nyanyian pantun serta instrumen rebana dan gong. Menurut Nasuruddin(2003), mengetahui sejarah amat penting bagi memperjelaskan sifat interaksisocial-budaya yang membawa kepada kepelbagaian sesuatu genra muzik sebagai satudasar. Erti kata lain, pentingnya mengetahui serba sedikit mengenai sejarah danperkembangannya yang membawa pengaruh kepada Muzik Melayu Asli.Malaysia mempunyai kedudukan laut yang strategik untuk para pedagang dan penjajah.Oleh itu, Tanah Melayu telah dijajah samada dari segi fizikal (pemerintahan) ataupunmental (seperti pemikiran/budaya/seni). Buktinya terdapat pada pengaruh agama sepertidari abad ke-7 hingga ke abad ke-14, agama Hindu1 dan Buddha memasuki TanahMelayu, kemudian abad ke-15, kedatangan pedagang dari Timur Tengah dan India yangmembawa islam2 ke Melaka (Ahmad, 2001, ms.13). Pedagang dan penjajahan inibukan sahaja mempengaruhi sosiobudaya masyarakat tempatan, malah seni juga turutdiikuti. Pada abad ke-15 pedagang dari Timur Tengah telah datang ke Melakamemperkenalkan muzik mereka seperti persembahan ‘Kumpulan Nasyid’, rentak muzikiaitu masri, instrumen muzik iaitu rebana dan gambus (ud) (Ahmad, 2001, ms.13) dangaya nyanyian vokal yang melankolik3 yang mepengaruhi Muzik Melayu Asli seperti1Pengaruh Hindu paling awal berada di Malaysia berbanding dengan agama Islam. Pengaruh Hindu/bahasa Sanskrit dapat dikesandalam bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Bukti yang menyatakan orang Melayu Candi Lembah Bujang di Kedah, KualaKedah pernah menganut agama Hindu-Buddha. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduisme di Malaysia)2Islam yang pertama datang ke Terengganu. Buktinya batu bersurat bertarikh 1303 Masihi dengan anggaran bahawa SultanMuzaffar Shah I (dari Kedah) raja melayu yang pertama memeluk Islam.3Nyanyian seperti keadaan sedih3

cara pembacaan Al-Quran dan Azan (Nurmaisara Za’Ba et al., 2011, ms.46 & Matuskydan Beng, 2012).Tahun 1511 sehingga 1641 merupakan jajahan Portugis di Melaka yang memberi kesanbesar pada seni budaya melayu dengan memperkenalkan instrumen iaitu ‘violin’ dan‘rebana’, tarian, muzik dan lagu seperti tarian Branyo 4 kepada orang-orang Melayu(Ahmad, 2001, ms.14-15). Kemudian Belanda dan British mempengaruhi sistempembelajaran seni muzik barat dalam pembelajaran Muzik di Malaysia kini.Kesan daripada jajahan di Kepulauan Melayu telah membahagikan rantau Melayukepada 6 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, dan RepublikDemokratik Timur-Leste, oleh itu, secara ethnografik terdapat banyak persamaan darisegi budaya, bahasa, dan kesenian. Salah satu bentuk ekspresi kebudayaan dan kesenianwarisan dari Kepulauan Melayu yang mempunyai kesamaan adalah Muzik Melayu Aslidi Malaysia dan Singapura, atau dikenali irama Senandung/Melayu Deli di Indonesia dan‘musik gamat’ bagi melayu Minangkabau (dirujuk dari artikal pada laman web olehRizaldi, 2010). Selain itu, struktur corak irama, alat muzik, himpunan, lirik dan Bahasajuga hampir sama, contohnya ialah lagu Sri Mersing atau ensemble Melayu Asli diMalaysia yang menggunakan instrumen violin, akordian, rebana dan gong, manakalamelayu minangkabau menggunakan instrumen violin, akordian, gitar dan gendangpanjang (dua muka) (Rizaldi, 2010). Demikian pada akhir abad ke-19 dan awal 20-anmerupakan pengaruh seni muzik dari negara-negara jiran (Asia) ke Malaysia.Kebanyakkan lagu-lagu melayu asli berasal dari Sumatera seperti ‘Damak’, ‘KualaDeli’, ‘Serampang Laut’ dan lain-lain yang dibawa oleh kumpulan bangsawan padaabad ke-20, awal 30-an (Ariff Ahmad, 2001, ms.14). Selain itu, China juga4Branyo ialah sejenis seni persembahan gabungan muzik dan tarian yang telah memberi pengaruh pada tarian 'Ronggeng' iaiturentak ‘joget’. Muzik ini menggunakan instrumen violin dan Rebana dan rentaknya adalah sama seperti Joget. Lagu yang terkenalsehingga kini ialah Jingkli Nona.4

memperkenalkan muzik mereka ke Semenanjung dari segi bentuk melodi dan peralatanmuzik cina iaitu skala pentatonic Slendro dan alat muzik ‘gong’.Hasil adaptasi daripada unsur luar ini berjaya menaikkan Muzik Melayu Asli pada tahun1930an dan 40an di Tanah Melayu dan Singapura sebagai muzik untuk hiburan.Manakala pada tahun 1950-an hingga 60-an beberapa agensi kerajaan telah menaikanseni muzik tradisional melayu melalui rancangan dan persembahan muzik tersebut. (iBitms.16).1.1.2.OrnamentasiOrnamentasi di dalam muzik merupakan perhiasan pada melodi yang biasanya tidakdidokumentasikan dan ianya lebih kepada memberi sentuhan ekspresi pada perjalananmelodi muzik (Pratysuh, 2010).“According to Elliot, the relationship of text and music, pitch,instruments and ornamentation in the seventeenth century werepracticed differently in different geographical areas.”Elliot, M. (2006)Menurut Elliot (2006) menjelaskan bahawa pada abad ke-17, hubungan antara teks,muzik, nada, instrumen dan ornamentasi yang diamalkan adalah berbeza berdasarkanbentuk geografi. Sebagai contoh, menurut terminalogi muzik barat daripada kamusoxford ‘concise dictionary of music’ (2007), ornamentasi merupakan perhiasan pada5

melodi melalui penambahan nota kecil atau simbol khas seperti Acciaccutura,Appoggiatura, Mordent, Trill, Turn, dan Glissando. Berbeza pula dengan muzikHindustani, ornamentasi memainkan peranan penting dalam membezakan perjalananmod melodi pada struktur melodi yang hampir sama (Pratsduh, 2010, ms.1). Perbezaanantara budaya sosiologi juga terkesan hasil permainan gaya ornamentasi para pemuzikyang sama seperti muzik Ireland, Scotland & Cape Breton. Demikian, istilah danpenggunaan ornamentasi dalam muzik berbeza bergantung kepada genre muzik, budayadan zaman (Pratysuh, 2010, ms.1).Di Malaysia pula, Muzik Melayu Asli merupakan sebahagian daripada seni muzikmelayu yang kaya dengan ornamentasi (Matusky & Beng, 2012, ms.359). Tanpaornamentasi, melodi bagi lagu-lagu asli boleh dikatakan kaku atau kosong (Suflan, 2015dan Nurmaisara Za’Ba et al., 2011). Terdapat pelbagai jenis atau gelaran bagiornamentasi dalam Muzik Melayu Asli di Malaysia seperti ‘lenggok’, ‘gerenek’, ‘bungalagu’, ‘air lagu’, ‘patah lagu’ dan ‘cengkok’. Ada juga yang berpendapat ‘patah lagu’adalah ornamentasi dalam Muzik Melayu Asli, namun pendapat ini terdapat banyakpercanggahan yang akan dibincangkan pada literatur, bab 2. Hasil temubual secara sparaformal dengan Razli Ayub (2015) dari Istana Budaya menyatakan bahawa di Malaysia,ramai penyanyi atau pemuzik tidak dapat meletakkan maksud sebenar pada istilahornamentasi Muzik Melayu Asli dengan jelas dan kenyataan ini juga disokong olehSulfan (2015, ms.29) kerana sistem pembelajaran Muzik Melayu Asli berlaku secaralisan iaitu dari guru ke murid. Oleh itu, setiap penyanyi atau pemuzik mempunyai gayapenyampaian yang berbeza tetapi corak penyampaian gaya asli itu mencapai satu rasayang ketara melambangkan sifat kemelayuan.6

Dalam ‘Ensemble Ronggeng Asli’, violin merupakan instrumen yang memainkanperanan penting samada sebagai pembawa melodi, pembuka atau penutupan lagu danianya kaya dengan ornamentasi terutamanya dalam Muzik Melayu Asli. Terdapatbeberapa tokoh pemain violin muzik asli yang terkenal seperti Hamzah Dolmat, IdrisSardi, Razli Ayob dsb. Sehingga kini, pemainan violin sering diberi perhatian dandiperdebatkan terutamanya dari segi alunan melodi iaitu ornamentasi, namunperbincangan ini akan terhenti apabila pemainan violin oleh Hamzah Dolmat dijadikancontoh.1.1.3.Hamzah DolmatDi kalangan pengemar, pemuzik dan peminat Muzik Melayu Asli, Hamzah Dolmat(1923 - 12 Julai 1987), anak kelahiran Kalang Batin, Singapura merupakan satu namayang besar dan cukup terkenal. Apabila nama Hamzah Dolmat sebutkan, tentu ianyadikaitkan dengan pemainan violin beliau yang merupakan pemuzik tersohor dan diseganidalam dunia muzik melayu asli. Tumpuan pada pemainan violin beliau yang unik dalammuzik melayu asli telah menaikkan taraf beliau kepada peringkat yang tinggi bagi genretersebut sehinggakan digelar sebagai Raja Biola (New Straits Times, Julai 11, 1998).Berikut adalah kenyataan dan petikan oleh tokoh-tokoh dan majalah yang menyokongkenyataan kekuatan Hamzah Dolmat dalam Muzik Melayu Asli :Raja Biola kita, truly a king at the violin, Hamzah Dolmat was one ofmodern Malaysian music history’s most celebreated musicians . Hisversatility in traditional based music (he could play keroncong, asli, inang,masri, zapin, joget, ghazal, dondang saying) is undisputed.Artikal yang diambil dari surat khabar New Straits Times (Julai 11, 1998)7

Petikan ini menyatakan bahawa Hamzah Dolmat merupakan pemuzik yangberkebolehan dengan asas muzik tradisi sebagai sokongan dan beliau layak digelarsebagai ‘Raja Biola’ seperti yang ditunjukan pada Gambar Rajah 1.1.Gambar Rajah 1.1 : Surat Khabar New Straits Times, Julai 11, 1998 yangmengelar Hamzah Dolmat sebagai ‘Raja Biola’.Selain itu, sebuah artikal yang diambil daripada utusan online menyatakan bahawaAllahyarham Idris Sardi (7 Jun 1983 - 28 April 2014) yang merupakan pemain violinyang dikenali ramai di Indonesia, Malaysia dan Singapura turut mengiktirafkan bakatHamzah Dolmat selaku pemuzik violin yang layak beliau terkilan akan seniman sepertiHamzah Dolmat tidak di iktirafkan ke tempat yang selayaknya (Itar, A. A. 2008).8

Melalui buku Nik Mustapha ada menyatakan bahawa Hamzah Dolmat sertakumpulannya terkenal dengan Muzik Melayu Asli.Tahun 50-an Kumpulan Hamzah Dolmat dan rakan-rakan terkenaldengan membawa rentak muzik asli seperti rentak joget, masri,inang, asli dan zapin.Nik Mustapha Salleh (2009).Nama Hamzah Dolmat bersinar semenjak kecemerlangan muzik melayu sehingga dankini dijadikan sebagai ikutan. Kecemerlangan beliau merangkumi dunia melayu iaitu diMalaysia, Singapura (Latifah, 1984/85, ms.1), Jerman, Thailand (ms.8) dan Indonesia(ms.10). Selain terkenal sebagai pemain violin, beliau juga dikenali sebagai D Hamzahhanya ketika sebagai penyanyi dan beliau juga merupakan seorang composer sertamengetuai kumpulan ensemble asli (Latifah, 1984/85).Hamzah Dolmat memperlajari violin pada usia seawal 12 tahun. Selain daripadamempelajari muzik melalui mendengar dari piring hitam, beliau bergurukan ayahnya,Dolmat Haji Abdul Fatah yang juga merupakan pengaruh kuat bagi Hamzah Dolmatdalam pendedahan awal dalam Muzik Melayu Asli (Latifah, 1984/85, ms.3). DolmatHaji Abdul Fatah merupakan seorang pemain violin dan komposer bagi lagu-laguberentak joget di Singapura. Manakala ibunya, Fatimah bte. Ali merupakan bekaspenyanyi makyong iaitu Seri Panggung Kumpulan Mak Yong dari Riau (ms.1). Bakpepatah melayu pernah berkata ‘Mana nak tumpahnya lauk kalau bukan ke nasi.’9

Hamzah Dolmat telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1959 apabila perdanaMenteri, Tengku Abdul Rahman waktu itu menjemput beliau untuk menubuhkan satukumpulan muzik melayu asli di Kuala Lumpur (Latifah, 1984/85 ms.6). Dato’ JohariSalleh, Pengubah dan pencipta, 2014 mengesahkan bahawa sebelum beliau dijemput keKuala Lumpur dari Singapura, Hamzah Dolmat terlebih dahulu di jemput bagimengiring dan menubuhkan kumpulan muzik asli di Kuala Lumpur. PengalamanHamzah Dolmat selaku pengesek violin semakin meluas setelah itu. Beliau membuatpersembahan di Muzik Radio Malaysia (kini dikenali Radio Television Malaysia) padatahun 1961 dibawah pimpinan Alphonso Soliano serta Hamzah Dolmat danrakan-rakannya merupakan kumpulan pemuzik yang pertama membuat persembahan dikaca TV RTM pada tahun 1960an (ms.7). Beliau juga membuat rakaman bagi soundtract filem-filem melayu antaranya Mahsuri, Hang Tuah dan Raja Bersiung (ms.6).Beliau pernah bermain dengan beberapa kumpulan terkenal seperti Kumpulan BluesGang yang mengambil langkah inisiatif dengan menjemput Hamzah Dolmat sebagaipemuzik undangan dalam lagu ‘Khatulistiwa’ dan ‘Tudung Periuk’ (ms.20). Beliau jugatelah membuat persembahan di Thai, Jerman, England, Filipina, Indonesi, Mesir danKuwait bagi menggiringi Kumpulan Penari-Penari Badan Kebudayaan Melayu (ms.8).Pada tahun 1974, Hamzah berkhidmat di Sabah bagi memperkenalkan Muzik MelayuAsli di Sabah. Segala sumbangan Hamzah Dolmat atas jasa-jasanya dalam bidanghiburan dan muzik melayu asli terhasil dengan dianugerahkan Pingat Ahli MangkuNegara (1964) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung serta IjazahKehormat Sarjana Sastera daripada Universiti Malaya (ms.16). Universiti Malaya telahmengiktirfkan beliau sebagai seniman genre kemelayuan traditional dengan merakam250 buah lagu dengan kumpulan gamelan Universiti Malaya yang kini disimpan sebagaikajian dan rujukan bagi menjaga seni muzik warisan melayu. Beliau juga mendapatanugerah Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Selangor pada tahun 1980 (Latifah,10

1984/85, ms.17). Berikut di bawah adalah rumusan yang diambil daripada projek pelajarUniversiti Malay, Latifah Bt. Omar dari Jabatan Pengajian Melayu (KursusEthnomuzikology Melayu) pada tahun 1984/85 bertajuk “Profail seorang pemuzikmelayu traditional Hamzah Dolmat”.Pendengar sering menganggap Hamzah Dolmat mempunyai violin yang ‘keramat’kerana mempunyai sentuhan jiwa melayu yang amat terkesan, tetapi pandangan sepertiini merupakan pandangan tidak realistik dari sudut akademik. Namun, hasil dari kajianrintis, pengkaji percaya sentuhan permainan violin beliau pada lagu-lagu melayu asliadalah terletak pada pemilihan serta olahan gaya ornamantasi yang dimainkan. Oleh itu,gaya ornamentasi Hamzah Dolmat di dalam permainan violin menerusi irama MuzikMelayu Asli menjadi fokus bagi kajian ini.1.2.PERMASALAHAN KAJIANKaedah pembelajaran Muzik Melayu Asli sehingga kini lebih kepada cara mendengardan meniru atau meniru dari guru-guru tanpa memahami disebalik gaya ornamentasitersebut seperti susunan pemilihan nota muzik, pengayaan ornamantasi dan kesesuaianmengikut lagu. Hasil kajian secara rintis melalui kaedah tembual dengan beberapapemain violin serta penggubah, majoriti berpendapat agak sukar untuk bermain lagumelayu asli menggunakan violin. Terdapat juga berpendapat boleh meniru tetapimemahaminya kemungkinan tidak. Ini boleh menghadkan teknik pemainan tersebut padasesebuah lagu sahaja, bukan pada lagu yang lain. Oleh itu, Hamzah Dolmat dipilih atassebab kredibiliti Hamzah Dolmat yang dinyatakan pada latar belakang. PermainanHamzah Dolmat bukan sahaja mengenai violin atau dirinya, dari pengamatan pengkaji,ianya mengenai pemilihan susunan not muzik dalam ornamantasi yang menjadikannyasebagai satu identiti Hamzah Dolmat. Bermain dengan cara meniru sahaja tidak11

mencukupi tanpa pengetahuan, ini kerana apabila bemain lagu lain mereka tidak dapatmengaplikasikan gaya permainan Hamzah Dolmat. Berdasarkan huraian di atas, terdapattiga permasalahan kajian untuk dikaji, iaitu :(i)Hamzah Dolmat dijadikan sebagai ikon dalam permainan violin muzik asli.Ramai yang cuba meniru gaya beliau tanpa memahami teori dalam pemainantersebut.(ii)Kekurangan bahan-bahan bertulis dan dokumentasi dalam permainan HamzahDolmat.(iii)Terdapat banyak pendapat yang bercanggah dalam permainan Hamzah Dolmat.Ini berlaku kerana di antara pemainan tersebut tidak ada satu format yangstandard yang boleh membuktikan identiti permainan Hamzah Dolmat.1.3.OBJEKTIF KAJIANSecara umum, tujuan penelitian kajian ini adalah untuk mencari satu kesimpulan bagiobjektif yang ditentukan; sebagai penyelesaian daripada pemasalahan kajian diatas.Objektif kajian ini adalah seperti berikut :(i)Menyusun serta mengkategorikan ketelitian corak ornamentasi permainan violinoleh Hamzah Dolmat pada lagu-lagu Melayu Asli.(ii)Menganalisa corak susunan notasi muzik pada ornamentasi tersebut bagimembawa kepada gaya Hamzah Dolmat.(iii) Menerapkan satu format pada ornamentasi tersebut yang menjurus kepadaidentiti Hamzah Dolmat.12

1.4.SOALAN KAJIANBagi mencapai objektif bagi pemasalahan kajian ini, beberapa persoalan perlu ditanyabagi mencapai kesimpulan kajian ini seperti berikut :(i)Apakah corak ornamentasi yang dimainkan oleh Hamzah Dolmat dalamlagu-lagu Melayu Asli?(ii)Bagaimana notasi-notasi muzik yang dimainkan oleh Hamzah Dolmat dapatmengutaraka

1 BAB 1 : PENGENALAN 1.1. LATAR BELAKANG . Terdapat pelbagai jenis atau gelaran bagi . 1.1.3. Hamzah Dolmat Di kalangan pengemar, pemuzik dan peminat Muzik Melayu Asli, Hamzah Dolmat (1923 - 12 Julai 1987), anak kelahiran Kalang Batin, Singapura merupakan satu nama .

Related Documents:

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .

bab ii penerimaan pegawai . bab iii waktu kerja, istirahat kerja, dan lembur . bab iv hubungan kerja dan pemberdayaan pegawai . bab v penilaian kinerja . bab vi pelatihan dan pengembangan . bab vii kewajiban pengupahan, perlindungan, dan kesejahteraan . bab viii perjalanan dinas . bab ix tata tertib dan disiplin kerja . bab x penyelesaian perselisihan dan .

Bab 24: Hukum sihir 132 Bab 25: Macam macam sihir 135 Bab 26:Dukun,tukang ramal dan sejenisnya 138 Bab 27: Nusyrah 142 Bab 28: Tathayyur 144 Bab 29: Ilmu nujum (Perbintangan) 150 Bab 30: Menisbatkan turunnya hujan kepada bintang 152 Bab 31: [Cinta kepada Allah]. 156 Bab 32: [Takut kepada Allah] 161

bab iii. jenis-jenis perawatan 7 . bab iv. perawatan yang direncanakan 12 . bab v. faktor penunjang pada sistem perawatan 18 . bab vi. perawatan di industri 28 . bab vii. peningkatan jadwal kerja perawatan 32 . bab viii. penerapan jadwal kritis 41 . bab ix. perawatan preventif 46 . bab x. pengelolaan dan pengontrolan suku cadang 59 . bab xi.

BAB 1 Akuntansi Keuangan & Standar Akuntansi Keuangan 1 BAB 2 Laporan Laba Rugi, Neraca dan Arus Kas 11 BAB 3 Pengawasan Terhadap Kas 25 BAB 4 P i u t a n g 33 BAB 5 Wesel dan Promes 47 BAB 6 Persediaan Barang Dagang 53 BAB 7 Penilaian Persediaan Berdasarkan Selain Harga Pokok 71 BAB 8 Amortisasi Aktiva Tak Berwujud 81 . Modul Akuntansi Keuangan 1 Dy Ilham Satria 1 1 AKUNTANSI KEUANGAN DAN .

Pemrograman Web dengan PHP dan MySQL Achmad Solichin (achmatim@gmail.com) 7 Bab 1 Pengenalan Web Server dan Server Side Scripting Pengenalan Web Server Instalasi dan Konfigurasi Web Server Instalasi dan Konfigurasi PHP Testing Web Server dan PHP Web Server Web Server merupakan sebuah perangk

FISIKA DASAR I (Edisi Revisi) Oleh Dr.Eng. MIKRAJUDDIN ABDULLAH, M.Si. PROGRAM STUDI FISIKA . Daftar Isi Bab 1 Gerak Dua Dimensi 1 Bab 2 Gerak Peluru 17 Bab 3 Gerak Melingkar 36 Bab 4 Hukum Newton dan Dinamika 50 Bab 5 Hukum Gravitasi 81 Bab 6 Usaha Energi 99 Bab 7 Elastisitas Bahan 131 .

Pembangunan Rusun ASN Pemkab Malang)" dengan membuat Bab I samapi Bab V. Bab I berisi Pendahuluan, Bab II berisi Tinjauan Pustaka, Bab III berisi Metodologi Penelitian, Bab IV berisi Analisa dan Pembahasan, Bab V berisi Kesimpulan dan Saran. Penulis menyadari sepenuhnya, bahwa tugas akhir ini jauh dari sempurna.