FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRES DALAM KALANGAN .

3y ago
514 Views
196 Downloads
649.92 KB
25 Pages
Last View : 9d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Luis Wallis
Transcription

i“FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRES DALAM KALANGANPELAJAR KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS) BIDANG KEJURUTERAANDI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)”SITI NUUR HAZIRATUL BINTI GHAZALI“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat PenganugerahanIjazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kejuruteraan Elektrik)”Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi MalaysiaJANUARI 2012

ii“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.Tandatangan:Nama Penulis :Tarikh:SITI NUUR HAZIRATUL BINTI GHAZALI

iiiDEDIKASIDengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha PengasihSegala pujian atas limpah kurnia Allah S.W.T. Tuhan seluruh alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.Istimewa buat Ayahanda dan BondaEn. Ghazali Bin Arifin dan Pn. Rokiah Binti SaatDorongan dan pengorbanan mu tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kataMaafkan segala salah dan silap dari anakmu ini.Tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain daripada mendapat keredhaanmu.Buat kakakku serta adikku, Ikatan kasih sayang kita selamanyaBuat teman-teman seperjuangan, semoga kita bersama-masa mencapai kejayaan,Terima kasih untuk segalanya.

ivPENGHARGAANSegala puji-pujian Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, rahmat sertahidayah-Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawatdan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah S.W.T yang amatdikasihi.Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya Pn. Sanitah Mohd. Yusof atasbimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta perbincangan yang telah diberikan sepanjangpenyelidikan projek sarjana muda ini. Tanpa bantuan dan dorongan beliau, penyelidikanini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Selain itu, ribuan terima kasih kepadapensyarah-pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alamyang sudi memberikan kerjasama yang amat bermakna buat diri ini. Tiada kata yangmampu diungkapkan setelah menerima layanan yang baik dari pihak Politeknik SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam serta kerjasama daripada pelajar KSS diPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. Tidak lupa juga buatDr. Roslee Bin Ahmad, yang sudi meluangkan masa beliau untuk mengesahkan borangsoal selidik, serta memberi nasihat dan tunjuk ajar semasa menyediakan soal selidik.Akhir kata, jutaan terima kasih kepada yang membantu serta memberi kerjasama,rakan-rakan seperjuangan yang turut terlibat dalam membantu dari segi nasihat danperbincangan, serta membantu dalam penyediaan Projek Sarjana Muda ini.Sekian. Wassalam.

vABSTRAKKajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap faktor-faktorpersekitaran pembelajaran, persekitaran pekerjaan, pengurusan masa dan kewanganyang mempengaruhi stres dalam kalangan pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS)bidang kejuruteraan di Politenik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Selainitu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yangsignifikan antara faktor-faktor yang mempengaruhi stres berdasarkan jantina danstatus perkahwinan. Kajian ini melibatkan seramai 105 orang responden yangmengikuti bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan KejuruteraanMekanikal. Data dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan perisianStatistical Package for Social Science for Windows Version 18 (SPSSv18). Kaedahanalisis deskriptif dan inferensi seperti kekerapan, peratusan, skor min dan ujian-Tdigunakan untuk menjawap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawafaktor paling dominan mempengaruhi stres dalam kalangan pelajar KSS ialah faktorpengurusan masa (min 4.02) dan diikuti oleh faktor kewangan (min 3.69), faktorpersekitaran pembelajaran (min 3.03) dan akhir sekali faktor persekitaran pekerjaan(2.56). Ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktorfaktor stres yang mempengaruhi stres berdasarkan jantina dan status perkahwinan.Secara keseluruhannya masalah stres dalam kalangan pelajar KSS adalah beradapada tahap sederhana.

viABSTRACTThe purpose of this study is to identify stress level of engineering students inKursus Secara Sambilan (KSS) at Politenik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(PSA) that is caused by learning environment, work environment, time managementand financial. Furthermore, this study is conducted to identify if there is anysignificant difference between factors that is causing stress based on gender andmarital status. This study involves 105 sample of students from Civil Engineering,Electrical Engineering and Mechanical Engineering. Set of questionnaire has beendistributed to collect data and then data was analyzed by using the Statistical Packagefor Social Sciences for Windows Version 18 (SPSS). Descriptive method andinferential statistic such as score mean, frequency, percentage and T-test is used toanalyze the data. The main cause that contributes to stress among KSS students istime management factor (mean 4.02), followed by financial factor (mean 3.69),learning environment factor (mean 3.03) and lastly working environment factor(mean 2.56). From the T-test, there is no significant difference between factors that iscausing stress based on gender and marital status. Finding research indicates thatstress levels among KSS students from engineering field in PSA are at the averagelevel.

viiSENARAI KANDUNGANBABPERKARAMUKA SURATPENGESAHAN STATUS TESISPENGESAHAN PENYELIABAB ABSTRACTviSENARAI KANDUNGANviiSENARAI JADUALxiSENARAI SINGKATANxiiiSENARAI LAMPIRANxivPENDAHULUAN1.1Pengenalan11.2Latar Belakang Masalah31.3Pernyataan Masalah81.4Persoalan Kajian8

viiiBAB 2BAB 31.5Objektif Kajian91.6Hipotesis Kajian101.7Rational Kajian111.8Skop Kajian121.9Batasan Kajian131.10Definisi Terminilogi13KAJIAN LITERATUR2.1Pengenalan162.2Definisi Stres172.3Kajian-kajian Luar Negara182.4Kajian-kajian Dalam Negara232.5Penutup28METODOLOGI KAJIAN3.1Pengenalan293.2Reka Bentuk kajian303.3Kerangka Operasi313.4Lokasi Kajian323.5Sampel dan Populasi323.6Kaedah Mengumpul Data333.7Instrumen Kajian333.7.1Bahagian A353.7.2Bahagian B35Kaedah Menganalisis Data363.8.1373.83.9Cara PemarkatanKajian Rintis37

ix3.9.1BAB 4Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 383.10Jangka Masa Kajian393.11Penutup39DAPATAN KAJIAN4.1Pengenalan414.2Analisis Bahagian A424.2.143Taburan RespondenMengikut Ciri Demografi4.3Analisis Bahagian B464.3.1Dapatan Kajian464.3.2Analisis Deskriptif Terhadap46Item-Item Soal Selidik4.4Persoalan Kajian 1 : Analisis Tahap55Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres4.5Persoalan Kajian 2 : Analisis Faktor-Faktor56Yang Mempengaruhi Stres Berdasarkan Jantina4.5.1Analisis Faktor Persekitaran57Pembelajaran Berdasarkan Jantina4.5.2Analisis Faktor Persekitaran58Pekerjaan Berdasarkan Jantina4.5.3Analisis Faktor Pengurusan Masa59Berdasarkan Jantina4.5.4Analisis Faktor Kewangan60Berdasarkan Jantina4.6Persoalan Kajian 3 : Analisis Faktor-FaktorYang Mempengaruhi Stres BerdasarkanStatus Perkahwinan61

x4.6.1Analisis Faktor Persekitaran61Pembelajaran BerdasarkanStatus Perkahwinan4.5.2Analisis Faktor Persekitaran62Pekerjaan BerdasarkanStatus Perkahwinan4.5.3Analisis Faktor Pengurusan63Masa BerdasarkanStatus Perkahwinan4.5.4Analisis Faktor Kewangan64Berdasarkan Status Perkahwinan4.6BAB 5Penutup65RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.1Pengenalan665.2Rumusan Kajian675.3Perbincangan685.3.1Perbincangan Persoalan Kajian 1685.3.2Perbincangan Persoalan Kajian 2725.3.3Perbincangan Persoalan Kajian 3735.4Cadangan735.5Cadangan Kajian Lanjutan765.6Penutup78REFENRENCES79LAMPIRAN83

xiSENARAI JADUALNO. JADUALPERKARAJadual 3.1Bilangan Populasi BerdasarkanMUKA SURAT32Bidang KejuruteraanJadual 3.2Taburan Item Dalam Set Borang34Soal Selidik KajianJadual 3.3Skala Likert35Jadual 3.4Kaedah Menganalisis Data36Jadual 3.5Pengkelasan Skor Min37Jadual 3.6Kadar Kebolehpercayaan Instrumen38Jadual 4.1Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden43Mengikut Ciri DemografiJadual 4.2Faktor Persekitaran Pembelajaran47Jadual 4.3Faktor Persekitaran Pekerjaan49

xiiJadual 4.4Faktor Pengurusan Masa51Jadual 4.5Faktor Kewangan53Jadual 4.6Tahap Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres55Jadual 4.7Analisis Faktor Persekitaran Pembelajaran57Berdasarkan JantinaJadual 4.8Analisis Faktor Persekitaran Pekerjaan58Berdasarkan JantinaJadual 4.9Analisis Faktor Pengurusan Masa59Berdasarkan JantinaJadual 4.10Analisis Faktor Kewangan60Berdasarkan JantinaJadual 4.11Analisis Faktor Persekitaran Pembelajaran61Berdasarkan Status PerkahwinanJadual 4.12Analisis Faktor Persekitaran Pekerjaan62Berdasarkan Status PerkahwinanJadual 4.13Analisis Faktor Pengurusan Masa63Berdasarkan Status PerkahwinanJadual 4.14Analisis Faktor KewanganBerdasarkan Status Perkahwinan64

xiiiSENARAI SINGKATANαalpha cronbachffrekuensi%PeratustNilai ujian-TSTSSangat tidak setujuTSTidak setujuKSKurang SetujuSSetujuSSSangat setujuSPSSStatistical Packages for the Social Science (SPSS) v18.0 For WindowsNBilangan RespondenKSSKursus Secara SambilanPSAPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahIPTAInstitusi pengajian tinggi awam

xivSENARAI LAMPIRANLAMPIRANPERKARAMUKA SURATLampiran ABorang Soal Selidik83Lampiran BSurat Permohonan Kebenaran91Mendapatkan MaklumatLampiran CSurat Pengesahan Soal Selidik95Lampiran DAnalisis Kebolehpercayaan Soal Selidik97(Reliability Analysis)

1BAB 1PENDAHULUAN1.1PengenalanStres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorangterhadap perubahan atau tuntutan. Sebagai manusia biasa, pastinya setiap daripadakita pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan seharian. Samaada kita suka atau tidak, hampir setiap hari yang dilalui kita perlu berhadapan dengansituasi atau perkara tertentu yang boleh mencetuskan stres.Sesuatu pengalaman atau kejadian yang sering dialami individu olehseseorang individu juga boleh menyebabkan stres. Menurut kajian yang dijalankanoleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1990 dalam Zulkifli(1997), mendapati bahawa dua daripada sepuluh penduduk Malaysia atau satudaripada lima penduduk terdedah kepada stres.Nyata sekali bahawa stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Stres bolehmendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian individu.Lebih memburukkan keadaan, stres banyak berlaku dalam kalangan pelajar IPT.

2Lessard (1998) dalam Mohd Zaid (2007), mendapati bahawa stres bukan sahajadialami oleh orang dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini keranauniversiti merupakan satu tempat yang mempunyai persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar mengimbangi pelbagai peranan dan tugas yang perludilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan mudah mengalamistres yang berpunca daripada perasaan kecewa, bimbang, dan putus asa.Stres menurut Kamus Dewan bermaksud keadaan resah, cemas, dan tegangakibat tekanan mental dan fizikal. Oleh itu, golongan yang banyak menghadapiperasaan resah dan cemas adalah mangsa stres. Pelajar universiti pada awal tahunpengajian, amat mudah terdedah kepada stres disebabkan oleh proses transisikehidupan mereka di universiti (Towbes dan Cohen, 1996).Senario beginilah yang bakal berlaku sekiranya pelajar tidak dapatmenyesuaikan diri dengan perubahan besar apabila bergelar mahasiswa di IPTAyang mana memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperolehikeputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Persaingan yang sengit dalammengejar kecemerlangan akademik akan memberikan tekanan yang tinggi kepadapelajar dalaam merealisasikan impian dan wawasan mereka. Sistem penentuan gredbagi setiap subjek yang diambil tidak bergantung kepada markah dalam peperiksaanakhir semata-mata. Inilah yang menjadi satu pembaharuan besar bagi pelajar yangmemasuki alam kampus.Kehidupan sebagai pelajar dalam menuntut ilmu dan memperolehi pelbagaikemahiran di IPTA berkait rapat dengan stres. Golongan ini akan berasa stres keranamereka dihujani dengan pelbagai tugasan yang diberi oleh para pensyarah dan padamasa yang sama, mereka terpaksa mengulangkaji pelajaran bagi setiap subjek yangdiambil untuk persediaan menghadapi ujian-ujian dan kuiz-kuiz yang biasa diadakanpada setiap sesi kelas.

31.2Latar Belakang MasalahInstitusi pengajian tinggi di negara ini semakin banyak menawarkan programprogram pengajian separuh masa khususnya kepada mereka yang sedang bekerja.Matlamat utama program pengajian separuh masa diadakan adalah bagimembolehkan seseorang individu melanjutkan pelajaran ke paringkat yang lebihtinggi tanpa perlu berhenti bekerja atau mengambil cuti belajar. Pelajar yangmengikuti program pengajian ini mampu memperoleh keputusan peperiksaan yangmemuaskan tanpa menjejaskan prestasi kerja mereka dengan majikan masingmasing.Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Malaysia adalah satu unityang diberi tanggungjawab untuk memperluaskan kemudahan pengajian diplomaseparuh masa kepada industri dan masyarakat. Dalam mengejar arus persaingan ilmuyang tinggi, maka Kursus Secara Sambilan (KSS) diadakan demi membantu pelajarlepasan sijil politeknik yang bekerja untuk memperolehi diploma melalui pengajiansaparuh masa. KSS ditawarkan di politeknik seluruh Malaysia dengan pelbagaibidang diploma. Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti Diploma KejuruteraanAwam (DKA), Diploma Ukur Bahan (DUB), Diploma Kejuruteraan Elektronik(DKE), Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan juga Diploma KejuruteraanMekanikal (DKM).Sesi pengajian pelajar separuh masa adalah sama seperti pelajar sepenuhmasa. Bezanya ialah pelajar KSS mengikuti kuliah pada setiap hujung minggu. KSSdijalankan dalam empat semester minimum (2 tahun) dan enam semester maksimum(3 tahun). Pengajian KSS adalah mengikut modul yang telah diselaraskan dengansistem diploma politeknik sepenuh masa. Dengan ini, pelajar KSS akan memperolehidiploma setaraf dengan pelajar sepenuh masa seterusnya membolehkan merekamenggunakan diploma tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebihtinggi atau untuk tujuan kenaikan pangkat.

4Kadar yuran yang dikenakan kepada pelajar KSS untuk memperolehi diplomasetaraf dengan pelajar sepenuh masa ialah di antara RM1000 sehingga RM2000mengikut bidang pengajian. Walaupun kadar yuran bagi KSS adalah berpatutan,tetapi ianya masih dikategorikan agak mahal bagi mereka yang mempunyaipekerjaan dengan gaji yang sederhana. Tambahan pula, terdapat juga golonganpelajar KSS yang telah berkeluarga dan ini akan menambahkan beban merekamemandangkan kos sara hidup pada masa kini juga semakin meningkat. Ini adalahkerana pendapatan mereka perlu diagihkan untuk kegunaan sendiri, keluarga,pembelajaran, pelaburan dan juga simpanan. Kajian Ramli (1998) di UTM terhadapfaktor-faktor yang mendorong guru-guru yang telah berkeluarga melanjutkanpelajaran, mendapati 24.6% pelajar yang telah berkeluarga menganggap masalahkewangan sebagai masalah utama dalam kehidupan mereka manakala 31.5%responden yang bujang juga mempunyai anggapan yang sama.Sumber kewangan merupakan asset penting bagi seseorang pelajar dalammenuntut ilmu dan melenjutkan pelajaran. Wang diperlukan untuk pembayaranyuran, keperluan pengajian yang selesa dan sempurna serta kos sara diri pelajar.Kesempitan wang boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan. Kajian Yunus(1984) mendapati kesempitan wang menjadi punca berlakunya tekanan di seseorangindividumenangguhkan untuk melanjutkan pelajaran. Situasi ini diakui oleh kajian AbdulJalil (1993) yang mendapati faktor kewangan merupakan salah satu permasalahanbagi seseorang guru untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Faridah(1976) dalam Ismeehan (2002) juga memperolehi hasil yang sama dalam kajiannyaiaitu pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran merasa bimbang dengan masalahkewangan. Perasaan runsing dan bimbang yang berterusan akan menyebabkan strespada diri seseorang.Pelajar KSS akan menghadapi perubahan apabila kembali bergelar pelajarsetelah lama meninggalkan alam pengajian. Selain itu, mereka juga berhadapandengan sistem pengajian yang berbeza iaitu kuliah pada setiap hujung minggu.Semestinya, persekitaran pembelajaran bagi pelajar separuh masa adalah berbeza

5dengan pelajar sepenuh masa. Aziz et al. (1995) dalam kajian Hisamudin (1997)mendapati bahawa sememangnya wujud masalah bagi pelajar yang telah lamameninggalkan alam persekolahan untuk kembali menjadi pelajar. Oleh yangdemikian persediaan awal penting untuk memudahkan proses adaptasi kepadapersekitaran yang baru.Persekitaran pembelajaran yang negatif akan memberikan impak kepadatahap stres seseorang pelajar. Kajian stres dalam persekitaran pembelajaran yangdijalankan oleh Deckro et al. (2002), menunjukkan bahawa stres memberi kesankepada pencapaian akademik, perasaan kekecewaan, kemorosotan kesihatan fizikaldan kecenderungan membunuh diri. Kesan negatif dari stres ini akan menghalangseseorang pelajar daripada mencapai keputusan yang cemerlang. Pelajar yang lemahdalam pelajaran akan mengalami stres yang membimbangkan. Jika stres tersebuttidak ditangani dengan baik, pelajar ini didapati akan memilih aktiviti yang salah danakan lebih kerap gagal berbanding pelajar lain (Brewster, 2001).Kekangan masa memang cabaran utama bagi mereka yang menjadi pelajarKSS. Situasi ini mungkin lebih berat bagi mereka yang berkeluarga kerana merekaperlu membahagikan komitmen antara akademik, pekerjaan dan juga keluarga.Pelajar KSS terpaksa mengorbankan hujung minggu mereka bagi mengejar masadepan yang lebih baik. Dalam situasi tertentu kemungkinan mereka terpaksamendahulukan pelajaran daripada meluangkan masa bersama keluarga.Rutin harian yang sibuk dan tuntutan tugasan yang banyak serta kekuranganmasa untuk diri sendiri dan keluarga akan menyebabkan seseorang individumengalami stres. Bertepatan dengan kajian Fakrul Radzi (2002) terhadap 260responden yang menyatakan beban kerja dan masa merupakan punca stres dikalangan Mahasiswa Pendidikan Teknikal Dan Vokasional di UTM.

6Kelayakan diploma yang bakal diperolehi boleh digunakan untuk kenaikanpangkat dan gaji. Kajian Omar Latif (1998) terhadap pelajar institusi pengajian tinggiyang telah berkeluarga mendapati 83.9% responden bersetuju bahawa denganmemiliki ijazah adalah tiket untuk mendapatkan gaji yang lebih baik. Secara tidaklangsung mereka dapat menaikkan taraf hidup masing-masing. Perkara ini diakuibenar kerana menurut kajian Zulkarnain (1998) yang mendapati 78% respondenmelanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah untuk meningkatkantaraf hidup.Memandangkan pelajar KSS adalah terdiri daripada mereka yang bekerjasambil belajar, mereka perlu membahagikan perhatian mereka terhadap lebihdaripada satu perkara dalam satu masa contohnya seperti pelajaran dan pekerjaan.Bagi yang telah berkahwin pula mereka perlu memikirkan dan memberi perhatianterhadap keluarga masing-masing. Berbeza dengan pelajar sepenuh masa yangmempunyai kelebihan untuk fokus sepenuhnya terhadap pelajaran. Persekitaranpekerjaan mempunyai kesannya tersendiri terhadap seseorang individu. MengikutPerson Environment Fit Theory yang dipelopori oleh French, Rogers, dan Cobb(1978) dalam Robbins (1998), apabila persekitaran kerja tidak memenuhi keperluandan keupayaan pekerja, maka pekerja tersebut akan mengalami distress. Senario inimenunjukkan pelajar separuh masa menanggung beban yang lebih berbandingpelajar sepenuh masa dan berkemungkinan mereka lebih cenderung untukmengalami stres.Perbezaan stres dalam kalangan pelajar sepenuh masa dan pelajar separuhmasa adalah berbeza. Namun begitu, terdapat pelajar yang berupaya berhadapandengan stres tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negatifsebaliknya boleh memotivasikan diri. Terdapat juga pelajar yang tidak berupayamenguruskan stres apabila berada dalam pengajian di alam kampus.

7Stres yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkanpelbagai masalah kepada seseorang individu (Romas dan Sharma, 2004).Kebiasaannya, stres akan dia

pengurusan masa (min 4.02) dan diikuti oleh faktor kewangan (min 3.69), faktor persekitaran pembelajaran (min 3.03) dan akhir sekali faktor persekitaran pekerjaan (2.56). Ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor stres yang mempengaruhi stres berdasarkan jantina dan status perkahwinan.

Related Documents:

Skripsi yang berjudul ―Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Minat Masyarakat untuk Menabung (Studi Kasus pada Nasabah BMT An-Nur Rewwin Sidoarjo)‖ menggunakan Penelitian Kuantitatif untuk menjawab Rumusan Masalah mengenai Faktor-Faktor yang dapat mempengaruhi minat dan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi minat.

2.5 Pengurusan Stres 38 2.5.1 Model Pengurusan Stres: Diagnosis dan Intervensi 40 2.5.2 Mekanisme Menghadapi Stres 41 2.5.3 Dimensi Untuk Pengurusan Stres 44 2.6 Pengurusan Stres dan Peranannya Dalam Prestasi 46 2.7 Kesan Pengurusan Stres dalam Hubungan antara Persaingan Kerja Kompetitif dan Prestasi 48

mempengaruhi pemilihan tersebut. Faktor yang mempengaruhi pilihan tersebut adalah faktor finansial, pelatihan profesional, nilai-nilai sosial, lingkungan kerja, pertimbangan pasar kerja dan personalitas. Penelitian yang dilakukan oleh Chan (2012) menemukan terdapat 8 faktor yang mempengaruhi seseorang memilih karir sebagai akuntan publik tidak

Astuti, Anita.2014. “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mahasiswa Akuntansi Dalam Memilih Karir Sebagai Akuntan Publik Pada Mahasiswa Akuntansi Universitas Kristen Satya Wacana Salatiga”.Jurnal Akuntansi Vol III No.2. Aulia, Ulva.2016.“Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mahasiwsa Akuntansi Di Kota

Dari analisis faktor-faktor yang mempengaruhi siswa dalam pemilihan sekolah, faktor sekolah mempunyai pengaruh paling besar kemudian diikuti oleh faktor lokasi dan paling kecil pengaruhnya adalah faktor ekonomi. Sementara berdasarkan hasil analisis statistik Crosstab diketahui bahwa terdapat hubungan

SKRIPSI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERILAKU MASYARAKAT TERHADAP PEMBUATAN JAMBAN TANPA SEPTIC TANKDI RT 03 RW 04 KELURAHAN POLEHAN . bagi setiap orang agar terwujud derajat kesehatan masyarakat yang optimal. Beberapa faktor dapat mempengaruhi derajat tingkat kesehatan masyarakat di antaranya tingkat seperti ekonomi, pendidikan, keadaan .

akan di riview yang telah sesuai dengan kriteria inklusi dan eksklusi. E. Pembahasan 1. Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Ketidakteraturan Siklus Menstruasi berdasarkan hasil analisis Chi Square Analisis faktor – faktor yang mempengaru

The BTEC International Level 2 Extended Certificate extends the work-related focus from the BTEC International Level 2 Certificate and covers the key knowledge and practical skills required in the appropriate vocational sector. Through optional units, the BTEC International Level 2 Extended Certificate offers flexibility and a choice of .