BAHAGIAN 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN - UM

3y ago
112 Views
2 Downloads
746.86 KB
37 Pages
Last View : 14d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Ronan Garica
Transcription

BAHAGIAN 1PENGENALAN KEPADA KAJIAN1.1PendahuluanKehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dankekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yangmenyerang manusia iaitu tekanan. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom(2002) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagitanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Tekanan bukanlah suatuperkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan biasa dialami oleh semua manusiaapabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Secara umumnya, perkataantekanan telah digunakan secara meluas dalam beberapa konteks yang berbeza.Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang,faktor keluarga, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembanganpemodenan yang mendadak. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkandengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatanmental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Tekanan di tempat kerja merupakan tindak balas emosi dan fizikal yang terjadiapabila berlaku konflik di antara kehendak pekerjaan terhadap pekerja dan kebolehanpekerja memenuhi kehendak dan jangkaan tersebut. Secara amnya, kombinasipermintaan tinggi kerjaya dan jumlah kawalan yang rendah terhadap sesuatu situasiboleh mengakibatkan tekanan.1.2Pernyataan MasalahKebelakangan ini, hampir setiap orang bercakap mengenai tekanan. Kita bukan hanyadapat mendengarnya melalui perbualan harian tetapi juga dapat mendengar danmengetahuinya melalui televisyen, radio, surat khabar dan di dalam mesyuaratmesyuarat, badan Kerajaan, Swasta dan NGO yang menjurus ke arah topik tekanan.Pernyataan ini disokong oleh ramai para ilmuan yang menyatakan tekanan adalahmerupakan satu realiti yang tidak dapat dielak dalam kebanyakan persekitaranpekerjaan. Tekanan sudah dianggap sebahagian daripada perkara yang harus1

ditempuhi di dalam kehidupan dan ada yang mengatakan tekanan adalah rempah ratuskehidupan pada masa kini.Tekanan kerja telah menjadi satu perkara atau bidang keutamaan yang perlu diberiperhatian kerana impaknya amat besar. Impaknya tekanan boleh dilihat dari duaaspek iaitu keatas individu dan organisasi. Dari aspek individu, kesan stress mungkinberlaku ke atas fizikal, tingkah laku, atau mental seseorang. Kesan fizikal adalahseperti mengidap penyakit serius seperti sakit jantung, darah tinggi atau gangguansistem penghadaman. Kesan mental pula adalah seperti gangguan perasaan, emosi dansentimen. Dari aspek organisasi, kesan yang paling jelas adalah seperti peningkatanpusing ganti pekerja, ponteng kerja tanpa sebab, rasa tidak puas hati terhadap kerja,dan penurunan prestasi kerja.1.3Persoalan kajianBerdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian seperti berikut telahdikemukakan.1) Bagaimana seriusnya tekanan yang dialami oleh Kakitangan Awam yangbertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor?;2) Apakah faktor yang mempengaruhi tekanan bagi Kakitangan Awam diIbupejabat Polis Kontinjen Selangor?;3) Apakah kesan yang diakibatkan oleh tekanan kepada individu dan jabatanPolis Kontinjen Selangor?; dan4) Apakah cadangan atau tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalahtekanan kerja ini?1.4Objektif KajianSecara umumnya, objektif penyelidikan ini boleh dihuraikan seperti berikut:-1) Mengukur tahap tekanan yang dialami oleh Kakitangan Awam di IbupejabatPolis Kontinjen Selangor;2) akitangan Awam di Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor;2dikalangan

3) Meneliti kesan tekanan terhadap individu dan jabatan Polis KontinjenSelangor; dan4) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani gejalatekanan tersebut.1.5Skop KajianKakitangan Awam merupakan sebahagian daripada pasukan Polis DiRaja Malaysia(PDRM), antara lainnya adalah terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan AnggotaPangkat Rendah. Kakitangan Awam adalah nadi kepada tonggak pengurusan danpentadbiran di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Prospek utama KakitanganAwam adalah memastikan kelancaran tugas pentadbiran dan perkeranian di setiapjabatan IPK Selangor. Kajian ini dijalankan di IPK Selangor, Shah Alam. Kajianhanya melibatkan Kakitangan Awam yang bertugas di Ibupejabat Polis KontinjenSelangor sahaja. Skop jawatan Kakitangan Awam yang dikaji terdiri daripadaPenolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan), Pembantu Tadbir (Kewangan), Juruteknik dan Pegawai KhidmatPelanggan.1.6Kepentingan KajianTujuan utama kajian ini adalah bagi mengenalpasti tahap tekanan, faktor yangmempengaruhi dan kesannya terhadap kakitangan tersebut serta jabatan PolisKontinjen Selangor. Secara tidak langsung, hasil kerja kajian ini diharapkan dapatmenjadi panduan dan rujukan bagi menangani masalah tekanan ini. Malahandiharapkan, Kakitangan Awam yang sering tertekan dapat menjadikan kajian inisebagai panduan untuk mengelakkan penurunan prestasi kerja mereka. Diharapkan,dengan berpeluang membaca kajian ini, Kakitangan Awam berpeluang membebaskandiri mereka daripada tekanan dan memperlihatkan khidmat yang cemerlang bagimeningkatkan mutu perkhidmatan dalam pasukan PDRM. Secara tidak langsung, iadapat meningkatkan imej pasukan PDRM dimata masyarakat, selari dengan hasratpucuk pimpinan yang mahukan pemantauan serta pemeriksaan kesihatan mentalanggotanya dipertingkatkan bagi memastikan mereka yang mengalami tekananperasaan dapat dibantu dari peringkat awal.3

1.7Struktur LaporanLaporan ini dipersembahkan dalam enam bahagian seperti yang berikut:Bahagian 1: Pengenalan kepada kajianBahagian 2: Latar Belakang OrganisasiBahagian 3: Ulasan teori dan penemuan kajian yang terdahuluBahagian 4: Kaedah KajianBahagian 5: Analisis kajianBahagian 6: Kesimpulan dan cadangan4

BAHAGIAN 2LATAR BELAKANG ORGANISASI2.1Sejarah penubuhanMenyusuri sejarah awal pembentukan pasukan polis bermula pada tahun 1874 apabilaDavidson dilantik sebagai Residen British. Pembentukan pasukan polis diserahkankepada seorang pegawai muda bernama Harry Syers. Dalam bulan Julai 1875, beliaudilantik sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor. Menjelang Oktober 1878anggota Pasukan Polis Selangor meningkat ke angka 270 dan kesemuanya adalahmelayu. Balai-balai polis juga didirikan di Klang, Kuala Lumpur, Damansara, KubuLama, Sungai Pelong, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Jugra, Kancing, Krian dan HuluLangat. Pasukan polis tersebut dikenali sebagai Pasukan Polis Tentera Selangor(Selangor Military Police Force).Bermula tahun 1882, IPK Selangor dipindahkan dari Klang ke Kuala Lumpur yangsedang pesat membangun ketika itu. Balai Polis Central terletak di persimpanganJalan Pudu dan Jalan Cross tetapi pusat pentadbiran polis Selangor yang diketuai olehH.C Syers, terletak di jalan Bluff dimana terletaknya pejabat Polis Bukit Amansekarang. Pasukan Polis Selangor dibawah pimpinan Syers terus berkembang pesatterutamanya pada akhir tahun 1880-an dan membentuk sebuah pasukan polis yangcekap di Selangor.2.2Perkhidmatan OrganisasiDasar utama PDRM menurut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 telah menggariskanperkara berikut dan ia merupakan kewajipan asasi anggota PDRM demi menjagakedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan.1) Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman;2) Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia;3) Mencegah dan Mengesan Penjenayah;4) Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan5) Mengumpul Risikan Keselamatan.5

Menurut Seksyen 20 Akta Polis 1967 pula menyenaraikan tugas-tugas anggota PDRMadalah seperti berikut:1) Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untukditangkap;2) Memproses risikan keselamatan;3) Menjalankan pendakwaan;4) Memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang5) berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen danpendaftaran;6) Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan danlapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturanperaturan kelautan dan pelabuhan;7) Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proseslain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yangkompeten;8) Mempamerkan maklumat;9) Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;10) Menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalamkandang awam;11) Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;12) Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak; dan13) Menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamahsivil, dan menjaga ketenteraman didalamnya dan mengiring dan menjagabanduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.2.3Pengurusan OrganisasiPasukan PDRM di IPK Selangor terbahagi kepada tujuh jabatan utama yang terdiridaripada Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan SiasatanJenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri &Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan JenayahKomersil (JSJK). Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan yang berpangkatSenior Assisten Komisioner Polis dan Assisten Komisioner Polis.6

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusandan pentadbiran PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah pula memainkan peranan dalampenyiasatan kes-kes jenayah serta menjalankan tangkapan dan pendakwaan pesalahpesalah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memikul tanggungjawab dalampenyiasatan dan pendakwaan kes-kes yang berhubung dengan masalah pengedarandan penyalahgunaan dadah. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah menjalankanpenyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih, Jabatan Logistiksebagai jabatan yang menyokong PDRM dari segi kewangan, bekalan, persenjataandan lain-lain, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berperanansebagai 'operational wing' PDRM, dan Cawangan Khas sebagai jabatan yangbertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat dan risikan keselamatan. Strukturpengurusan organisasi di IPK Selangor dapat dilihat seperti rajah 2.1.Rajah 2.1 : Carta Organisasi Ibupejabat Polis Kontinjen SelangorKETUA POLIS SELANGORTIMBALAN KETUA POLISSELANGORKETUACAWANGANKHASKETUA ABATANKETENTERAMAN KOMERSIALKETUAJABATANLOGISTIKSumber : Bahagian Pengurusan Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor(Dilukis semula)2.3.1VisiAgensi Penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komited untukbekerjasama dengan masyarakat.2.3.2MisiPasukan Polis DiRaja Malaysia komited untuk berkhidmat dan melindungi negara danbekerjasamadenganmasyarakatdalamketenteraman awam.7mengekalkanundang-undangdan

2.4Perjawatan di IPK SelangorSecara keseluruhannya, kakitangan yang bertugas di IPK Selangor adalah seramai2,065 orang. Kekuatan keanggotaan Pegawai Kanan seramai 260 orang yangberpangkat inspektor, Assisten Superintenden Polis, Deputi Superintenden Polis,Superintenden Polis, Asisten Komisioner Polis, Senior Komisioner Polis, DeputiKomisioner Polis dan Senior Deputi Komisioner Polis. Bagi Anggota Pangkat Rendahpula seramai 1672 orang terdiri daripada Konstabel, Lans Koperal, Koperal, Sarjan,Sarjan Mejar dan Sub-Inspektor. Kekuatan keanggotaan bagi Kakitangan Awam pulaadalah seramai 133 orang terdiri daripada jawatan Pembantu Am Rendah, PegawaiKhidmat Pelanggan, Pembantu Tadbir (Perkaranian/ Operasi) Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan), Pembantu Tadbir (Kewangan), Pegawai Sistem Maklumat,Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Hal EhwalIslam dan Pegawai Hal Ehwal Islam. Pecahan peratusan perjawatan adalah seperti dirajah 2.2.Rajah 2.2: Peratusan Perjawatan di IPK Selangor6.4%12.6Anggota Pangkat RendahPegawai81%Kakitangan AwamSumber : Bahagian Pengurusan IPK Selangor2.5Prestasi OrganisasiPasukan Polis Kontinjen Selangor telah memperlihatkan hasil yang positif dalamusaha menurunkan indeks jenayah, khususnya untuk tempoh tiga bulan pertama tahun2014. Indeks jenayah tahunan Selangor berakhir 31 Mac 2014, telah turun 6.05peratus yang mencatatkan 9,713 kes pada tahun 2014 berbanding 10,338 kes padatahun 2013 dengan penurunan 625 kes dalam tempoh kajian. Terdapat sembilan8

daerah berjaya melepasi sasaran penurunan ‘Key Performance Index’ (KPI) limaperatus yang didahului dengan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sebanyak25 peratus. IPD Ampang Jaya sebanyak 2.57 peratus. Walaupun berjaya menurunanIndeks Jenayah tapi belum dapat melepasi sasaran KPI. Bagi IPD Hulu Selangormasih tiada penurunan Indeks Jenayah dan tidak pula mencatatkan kenaikan jenayah.Namun, prestasi tempoh ini semakin lebih baik berbanding tahun 2013. IPD Kajangsebanyak 54.44 peratus dan IPD Sepang pula sebanyak 39.25 peratus mecatatkanpeningkatan jenayah yang sangat ketara. Diperingkat Nasional (PDRM) penurunanindeks jenayah yang bertambah baik telah meletakkan Kontinjen Selangor padakedudukan nombor sembilan berbanding nombor 14 pada tempoh sama tahun 2013lalu. Namun, menjelang pertengahan Mac 2014, penurunan Indeks Jenayah Selangorsemakin lagi bertambah baik yang kini telah mencecah 7.43 peratus yang merupakanluar dari jangkaan awal tahun. Penurunan indeks jenayah Selangor tempoh ini adalahyang terbaik sejak beberapa tahun kebelakangan. Adalah pasti bahawa disebalikkejayaan ini adalah kerana komitmen dan kesedaran yang tinggi oleh semua KetuaJabatan dan Ketua Polis Daerah diperingkat masing-masing dalam melaksanakanPelan Perancangan Strategik PDRM Selangor yang bermula pada awal tahun 2014.Pastinya, PDRM Selangor semakin terarah dan terus bekerja dengan 'Semangat SatuSelangor' selaras slogan 'Tiada Hari Tanpa Operasi - Tiada Hari Tanpa Tangkapan'dan tetap dengan iltizam serta semangat 'Just Do It' . 'Towards a safer Selangor'.2.5.1Pelaksanaan sdikenalisebagaiAMANITA dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yangtidak dilapor di kalangan masyarakat. Ia merupakan salah satu inisiatif dibawah “National Blue Ocean Strategy (NBOS)” bermatlamat menjadikan golongansurirumahtanggasebagairakanpolismenerusi “EngageHousewivesinNeighbourhood Safety” dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasankejiranan mereka.“Peace Lady” (AMANITA) merupakan pendekatan terbaik dalam memperolehmaklumat jenayah yang tidak dilapor dan akan menghubungkan polis wanita denganpersatuan penduduk terutama suri rumah. Dengan adanya hubungan erat dan aktif9

antara AMANITA dengan masyarakat, ia mampu mengurangkan tahap kebimbanganterhadap jenayah dan pada masa yang sama mengubah persepsi masyarakat terhadapkualiti pasukan PDRM.Perlaksanaan program ini telah dapat mengubah persepsi dan memenangi hatimasyarakat terhadap tahap kebimbangan keselamatan mereka dengan mewujudkanjalinan hubungan yang lebih erat. Secara tidak langsung, kaedah yang dilakukan inimenunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai sektor di negara ini,termasuk suri rumah dalam pembentukan modal insan. AMANITA secara umumnyamenjadi perantara bagi mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang berunsurjenayah daripada golongan suri rumah. Maklumat terkumpul kemudiannya disalurkankepada jabatan atau unit berkaitan di balai polis bagi membolehkan tindakanselanjutnya diambil. AMANITA telah menggerakkan ahlinya menemui komuniti disetiap kampung atau taman perumahan untuk mendampingi dan beramah mesradengan masyarakat khususnya suri rumah. Melalui pertemuan seperti ini, komunikasidua hala boleh berlaku di mana AMANITA yang bertanggungjawab menyampaikandan menjelaskan berkaitan aspek-aspek keselamatan kepada golongan sasaran padamasa yang sama menerima maklumat yang disalurkan oleh golongan suri rumahtersebut. Ini adalah kerana kebanyakan kes jenayah yang menjadi bualan suri rumahmenerusi ''mesyuarat tingkap'' mereka, tidak dilaporkan kerana mereka tidak mahumencampuri dan merosakkan hubungan sesama jiran terutamanya jika sesuatu perkaraitu melibatkan anak di kawasan kejiranan mereka. Masyarakat hari ini harusmenghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang, sebaliknya mengambil tahuhal di sekeliling mereka terutama yang melibatkan keselamatan. Dalam konteks ini,kerjasama dan peranan masyarakat bersama PDRM akan dapat mengurangkan kadarjenayah di kawasan masing-masing.10

BAHAGIAN 3TINJAUAN TEORI DAN PENEMUAN LEPAS3.1TakrifanDalam bekerja hampir setiap orang mempunyai tekanan yang berkaitan denganpekerjaan mereka. Menurut Beer dan Newman (dalam Luthans, 1998), tekanan kerjaadalah suatu keadaan yang muncul akibat interaksi antara individu dengan pekerjaanmereka, di mana terdapat percanggahan ciri-ciri dan perubahan-perubahan yang tidakjelas yang berlaku dalam organisasi. Gibson dkk (1996), menyatakan bahawa tekanankerja adalah suatu tanggapan penyesuaian diperantarai oleh kedua-dua perbezaanindividu dan atau proses psikologi yang merupakan suatu akibat dari setiap tindakandari luar (persekitaran), keadaan, atau peristiwa yang menetapkan permintaanpsikologi dan atau fizikal berlebihan kepada seseorang.Tekanan kerja menurut Kahn, dkk (dalam Cooper, 2003) merupakan suatu prosesyang kompleks, berubah-ubah, dan dinamik dimana stressor, pandangan tentangtekanan itu sendiri, respon singkat, kesan kesihatan, dan perubahan variabelnya salingberkaitan. Selye (dalam Rice, 1992) menyatakan bahawa tekanan kerja bolehdiertikan sebagai sumber atau stressor kerja yang menyebabkan reaksi individuberupa reaksi fisiologi, psikologi, dan tingkah laku.Definisi tekanan kerja menurut Morgan & King (1986) adalah suatu keadaan yangbersifat dalaman, yang boleh disebabkan oleh tuntutan fizikal, atau persekitaran, dansituasi sosial yang berpotensi merosakkan dan tidak terkawal. Cooper (1994) jugamengatakan bahawa tekanan kerja juga ditakrifkan sebagai tanggapan atau prosesdalaman atau luaran yang mencapai tahap ketegangan fizikal dan psikologi sampaipada batas atau melebihi batas kemampuan pegawai.3.2Ulasan TeoriDi dalam membincangkan mengenai apa itu tekanan, terdapat pelbagai teori yangboleh dikaitkan dengan memberi pandangan yang lebih mendalam bagaimana tekananitu terhasil. Berikut merupakan beberapa teori yang yang boleh dikaitkan dengantekanan.11

1) Sindrom Penyesuaian UmumTeori Sindrom Penyesuaian Umum (General Adaptation Syndrome – GAS) iniadalah berdasarkan kepada tiga tahap asas perkembangan yang berlaku ketikastres iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (alarm reaction), tahap penentangan(stage of resistance) dan tahap kelesuan (stage of exhaustion). Seperti rajah3.1. Pada peringkat amaran (alarm stage), individu mula menyedari danmengenalpasti ancaman yang wujud daripada penyebab stress. Peringkatpenentangan (resistance stage) pula menunjukkan individu bingkas menahantekanan yang disebabkan oleh ancaman asal. Jika pendedahan berterusankepada ancaman penyebab stres, seseorang individu akan mencapai peringkatkeletihan (exhaustion stage).Rajah 3.1: Teori sindrom Penyesuaian UmumSumber: InternetTekanan kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan,sumber, dan kehendak pekerja. Ia boleh memberi kesan ke atas psikologi danfisiologi manusia. Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja yangdilakukan akan menunjukkan kemurungan yang berpanjangan. Jika tekananini terus berulang dan tidak diatasi dengan segera, ia boleh meninggalkankesan yang buruk terutamanya dari aspek keselamatan dan kesihatan. Apabilarasa tertekan, psikologi akan terganggu dan pekerja gagal membuat keputusandengan baik. Pekerja mudah berasa bimbang, takut dan cepat marah. Ini boleh12

menjejaskan prestasi kerja mereka dan boleh menggugat produktivitiorganisasi.2) Teori Perawakan GenetikTeori ini merupakan teori yang diperkenalkan oleh Selye (1974) dalam Gan(2000). Ia menerangkan bahawa kebolehan untuk bertahan terhadap stressbergantung kepada strategi yang digunakan untuk menghadapi keadaan itu.Beberapa faktor yang dikaitkan dengan sejarah genetik itu dikenali sebagaifaktor pra sedia yang mem

pengurusan organisasi di IPK Selangor dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 : Carta Organisasi Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor Sumber : Bahagian Pengurusan Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor (Dilukis semula) 2.3.1 Visi Agensi Penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerjasama dengan masyarakat.

Related Documents:

sK0r6,2 ARAHAN KEPADA CALON: Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B' Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan mf,tra-mana dua soalan dalam Bahagian B' Hanya dua jawapan pertama di Bahagian B akan diperiksa' Jawapan kepada kedua-dua bahagian ini hendaklah ditulis pada buku jawapan yang disediakan. Gunakan muka surat baru bagi nombor soalan yangberbeza'

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Jawapan kepada Bahagian A hendaklah ditulis dalam ruang jawapanyang disediakan 3. Jawab dua soalan dari Bahagian B dan jawapan kepada Bahagian B hendaklah ditulis dalam ruang bergaris yang disediakan dibahagian akhir kertas soalan. Anda diminta menjawab dengan lebih terperinci untuk Bahagian B,

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa . 45. minit untuk menjawab soalan . Bahagian A. dan . 50. minit untuk . Bahagian B. Instructions . 1. This question paper consists of two sections: Section A and Section B . 2. Answer all questions.

Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua bahagian.Bahagian A mengandungi 20 soalan. Jawab setiap soalan dengan menghitamkan ruangan yang betul di halaman 9 dalam kertas soalan ini. 3. Bahagian B mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Jawapan anda hendaklah di tulis pada ruangan jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. 4.

Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian. 4. Jawab SEMUA soalan dalam BAHAGIAN A. 5. Jawab SEMUA soalan dalam BAHAGIAN B. 6. Pastikan semua jawapan soalan-soalan dijawab di dalam kotak jawapan (BAHAGIAN A) dan di ruang kosong (BAHAGIAN B) yang disediakan. 7. Buku sifir dan mesin hitung TIDAK BOLEH digunakan.

Jawab semua soalan di Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B. 4. Jawapan bagi Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. 5. Jawapan bagi Bahagian B hendaklah ditulis dalam kertas jawapan. 6. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. Ikat kertas jawapan bersama-sama kertas soalan ini

MODUL PENINGKATAN TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. 3.

TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat Bahagian A Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Bercukai 3 Bahagian B Cukai Kena Dibayar / Dibayar Balik Dan Kedudukan Cukai 6 Bahagian C Maklumat Berkaitan Pengiraan Cukai 8 Bahagian D Maklumat Badan Amanah 12 Bahagian E Maklumat Pemegang Amanah 12 .