PENATARAN FORMAT BAHASA MELAYU KERTAS 2 - (1103/2)

2y ago
306 Views
7 Downloads
3.65 MB
63 Pages
Last View : Today
Last Download : 2m ago
Upload by : Baylee Stein
Transcription

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021PENATARAN FORMATBAHASA MELAYUKERTAS 2 - (1103/2)

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021FORMAT INSTRUMEN SPM MULAI TAHUN 2021 MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU (1103)Jenis Instrumen Ujian Bertulis 1103/2 Subjektif Respons TerhadJenis Item Subjektif Respons Terbuka Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa : 5 soalan (35 markah) Bahagian B – Pemahaman : 3 soalan (35 markah)Bilangan Soalan Bahagian C – Rumusan : 1 soalan (30 markah)Jumlah : 9 soalan(Jawab semua soalan)Jumlah Markah 100 markahWajaran

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021FORMAT INSTRUMEN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARANBAHASA MELAYU (1103)KonstrukKemahiran membaca memahami mengaplikasi menganalisis menilai menciptaPengetahuan sistem bahasa dan NilaiTempoh UjianCakupan KonteksAras kesukaranKaedah Penskoran2 jam 30 minitMencakupi semua standard kandungan & standardpembelajaran yang terdapat dalam DSKP Rendah : Sederhana : Tinggi ( 5 : 3 : 2 ) Analitik

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021BAHASA MELAYU KERTAS 2Bahagian A – Sistem dan Aplikasi BahasaSoalan 1 - MorfologiSoalan 2 – SintaksisSoalan 3 - PenyuntinganSoalan 4 - Bahasa Melayu StandardSoalan 5 - PeribahasaBahagian B – PEMAHAMANSoalan 6 - Petikan UmumSoalan 7 - Petikan Sastera ----- (Soalan 6 Dan 7 : 25 Markah]Soalan 8 - Novel -- (10 Markah)Bahagian C – Soalan 9 - RUMUSA N

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Bahagian A – Sistem dan Aplikasi BahasaJumlah markah : 35 markahBoleh diubah suai markah dalam setiap ceraianCadangan masa : 45 a Melayu StandardPeribahasa

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 1 : MORFOLOGI Bina ayat berdasarkan arahan soalan yang berkaitan denganpetikan atau bahan yang diberi mengikut tema Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah perkataan Bina ayat sendiri : tidak boleh mengambil ayat dalam petikan ataudalam keseluruhan kertas soalan. Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan dalam soalan. Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan Bentuk skema pemarkahan : analitik

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Soalan 1 : MORFOLOGI (Contoh 1)Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendakimembina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akanmaksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataanitu sebagai peribahasa atau nama khas.Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baiksahsiah diri dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid. Jikadiberi pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang normal.Inovasi berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja memudahkan pengurusan danmeringankan beban pendidikan sepanjang proses pembelajaran di sekolah, malah dapatmewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapatmelahirkan murid yang sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.Dipetik dan diubah suai daripadaInovasi Kreatif Memacu Kejayaan Pendidikan KhasOleh Hayati Adlin Mohd Abdul MajidDewan Siswa, Bil 1/2019[8 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Soalan 1 : MORFOLOGI (Contoh 2)Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayatanda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud danpenggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagaiperibahasa atau nama khas.Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnyaterletak pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telahditerapkan sejak bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapatsegelintir rakyat yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melaluilaman sosial. Oleh itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibatkerana setiap rakyat Malaysia perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialahtanggungjawab kita bersama.Dipetik dan diubah suai daripadaKesetiaan Kepada Raja dan Negaraoleh Nurul MuhaminahDewan Masyarakat, bil 2/2017[6 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 2 : SINTAKSIS Skop item / soalan : Susunan ayat, binaan ayat, ragam ayat(subjek - predikat, pola ayat, ayat susunan biasa - songsang, aktif- pasif, ajuk - pindah dll) Soalan terdapat dalam petikan dan mengikut tema. Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah perkataan Jumlah soalan bergantung pada arahan dalam soalan. Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan Bentuk skema pemarkahan : analitik

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Soalan 2 : SINTAKSIS (Contoh 1)Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepadaayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidikremaja menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remajamenceburi bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi jugaboleh menceburi bidang tersebut. Oleh hal yang demikian para remaja yang berminat dalambidang ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. Ibubapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.Dipetik dan diubah suai daripadaAyuh, Jadilah Usahawan!Oleh Syed Mahadzir bin Syed IbrahimDewan Siswa, Bil 7/2019[6 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Soalan 2 : SINTAKSIS (Contoh 2)Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakankata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yangberhuruf condong.Perhimpunan rasmi biasanya dijalankan di dewan sekolah pada hari pertamapersekolahan setiap minggu. Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunanrasmi. Perhimpunan rasmi sekolah dapat memupuk disiplin dalam kalangan murid.Perhimpunan ini dapat menanam semangat patriotik melalui nyanyian lagu Negaraku. Paraguru dan murid wajib berdiri tegak ketika menyanyikan lagu kebangsaan. Selain itu,perhimpunan rasmi diadakan untuk membudayakan kemahiran mencatat dan kemahiranmendengar ketika guru menyampaikan amanat.Dipetik dan diubah suai daripadaManfaat Perhimpunan Sekolah terhadap Pelajaroleh Teo EileenDewan Siswa, bil 12/2018[6 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Soalan 2 : SINTAKSIS (Contoh 3)Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang andapilih seperti yang berikut:SubjekPredikat::Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat berpotensidi Asia. Industri pelancongan ini menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacupertumbuhan ekonomi negara. Industri-industri lain pula berperanan sebagai wahana dalampembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industripelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usahamembangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya.Dipetik dan diubah suai daripadaINDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIAtourismahmadzamane.wordpress.com[6 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 3 : PENYUNTINGAN Soalan penyuntingan mengikut teks tunggal, teks bersambungatau teks pelbagai (petikan, dialog, iklan, kad ucapan dll) Panjang teks : antara 50 hingga 80 patah perkataan Jumlah kesalahan bahasa bergantung pada jumlah markah dalamsoalan. Jenis kesalahan yang diuji : ejaan, imbuhan, tanda baca, istilah,frasa dll Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan Bentuk skema pemarkahan : analitik

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 3 : PENYUNTINGAN (Contoh 1)Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat limakesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikananda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalamarahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.Petikan 1Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah mencipta bagimenggantikan kenderaan kovensional sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan awamyang moden itu pula mampu memainkan tugas yang penting kepada sesebuah negara untukmencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu menggerak ekonominegara. Di antara contoh kenderaan awam ialah monorel, komuter, bas, teksi dankapalterbang.[6 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Petikan 2Wawancara gaya hidup sihat.Munirah: Selamat pagi Doktor Aidil. Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa untukdiwawancara pagi ini.Doktor Aidil: Selamat pagi.Munirah: Saya Munirah daripada Kelab Majalah Intan SMK Cempaka, ingin mewawancarakan doktorberkaitan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Doktor, apakah yangdimaksudkan dengan amalan gaya hidup sihat?Doktor Aidil: Gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang kita perlu lakukan bagi mewujudkankehidupan yang selesa dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Dalam hal ini, seseoranghendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman setiap hari danmenjaga persekitaran untuk sentiasa bersih.Munirah: Terima kasih doktor di atas penerangan tentang gaya hidup sihat itu.Doktor Aidil: Sama-sama[5 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 3 : PENYUNTINGAN (Contoh 2)Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak bolehmenyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.Campur tangan di Perak bermula akibat masalah perlumbaan takhta kerajaan Perak antara SultanAbdullah dan Sultan Ismail. Sultan Abdullah telah bertindak dengan cuba meminta tolong dan sokongandaripada pihak British. Perjanjian Pangkor berjaya ditandatangani pada 20 Januari 1874 dan SultanAbdullah dilantik sebagai Sultan Perak. Kesannya Sistem Residen diperkenal oleh pihak British yangkononnya bertindak sebagai penasihat kepada Sultan Perak di dalam urusan pentadbiran negeri.Residen pertama yang pihak British lantik untuk menjawat jawatan residen ialah JWW Birch. SirAndrew Clark menyatakan bahawa Birch merupakan calun yang paling layak kerana beliau pernahbertugas sebagai pegawai British di Ceylon sebelum ini. Malangnya kemasukan Birch di Perak sebagairesiden tidak di senangi dalam kalangan orang Melayu. Hal ini berpunca daripada pertukaran yangdilakukan oleh beliau di Perak seperti isu dihambakan dan peraturan tanah.Dipetik dan diubah suai daripadaPerancangan Pembunuhan JWW Bircholeh Wan Mohd Rahimi RahimDewan Siswa, Januari 2016[13 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 4 :BAHASA MELAYU STANDARD Menukarkan bahan teks klasik atau lama kepada bahasa MelayuModen / Standard Bahan diambil daripada teks Komsas Tingkatan 4 dan 5 Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 60 patah perkataan Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan /bahan (contoh : cakap ajuk tidak ditukar kepada cakap pindah) Bentuk skema pemarkahan : holistik Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 4 : BAHASA MELAYUSTANDARD (Contoh)Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalambahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung,tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orangberkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurititu.”Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”Dipetik daripadaKepimpinan Melalui Teladandalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,Kementerian Pendidikan Malaysia[6 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 5 : PERIBAHASA Pelbagai bentuk - berdasarkan gambar situasi, karikatur, dialog,ilustrasi, petikan dan sebagainya Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah perkataan Jumlah peribahasa bergantung pada arahan dalam soalan. Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 5 : PERIBAHASA (Contoh 1)Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lainyang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.Datuk Ismail : Kamal, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini. Kamudatang, ya. Ajak anak-anak sama.Kamal: Maaflah Datuk. Saya ada hal lain.Datuk Ismail : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga kawasan perumahan kitakerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah tugas yang dilakukan itu dapatdiselesaikan dengan cepat dan berkesan.Kamal: Betul, Datuk. Saya setuju bahawa kita saling memerlukan seperti aur dengan tebing dalamhidup bermasyarakat. Tapi kami sekeluarga akan pergi menziarahi kakak saya yang sakit dihospital pada hari Sabtu ini. Suaminya pun baru sahaja meninggal duniaDatuk Ismail : Oh, saya bersimpati atas penderitaan yang ditanggung oleh kakak awak, sudah jatuh ditimpatangga.[4 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 5 : PERIBAHASA (Contoh 2)Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalampetikan tersebut.“Dahlah emak dan ayah saya sakit, sampai hati Mak Liah pula buat saya begini. Sayasudah berusaha sedaya upaya untuk membantu anaknya dalam pelajaran, tetapi dia bukansahaja tidak menghargai pertolongan saya, malah menuduh saya tidak pandai mengajaranaknya,” luah Hasnun dengan nada sedih.“Bersabarlah Hasnun,” pujuk Syafik kepada rakan karibnya yang bukan sahajaemaknya dirawat di hospital, malah ayahnya juga ditahan di hospital kerana mengalamikeracunan makanan. “Jangan fikirkan sangat cakap Mak Liah itu. Perkara penting yang haruskamu utamakan sekarang ialah teruskan usaha supaya cita-cita kamu tercapai,” nasihat Syafik.[6 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021BAHAGIAN B : PEMAHAMAN[35 MARKAH]CADANGAN MASA : 60 MINITSOALAN 6 - PETIKAN UMUMSOALAN 7 - PETIKAN SASTERA(Soalan 6 dan 7 : 25 Markah]SOALAN 8 - NOVEL(10 Markah)

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021BAHAGIAN B : PEMAHAMANSoalan 6 : Petikan Umum Petikan soalan mengikut tema DSKP. Lebih daripada satu bahanakan diberikan (2 hingga 3 bahan) Panjang petikan antara 120 hingga 140 patah perkataan sahaja.

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021 Bahan boleh terdiri daripada pelbagai bentuk (berita, rencana,jadual dan lain-lain) dan sumber (majalah, Internet, ensiklopediadan lain-lain). Pecahan soalan tidak ditetapkan (3 atau 4 soalan) Cadanganpecahan soalan:i.Maksud literalii. Beza banding semua bahan - pemindahan maklumatiii. KBAT/ pemikiran kritisiv. KBAT/ penyelesaian masalah

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021SOALAN 6 - Contoh ItemBaca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawabsoalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Bahan 1Teknik Meja Bulat antara strategi pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) abad ke-21 yang dapat digunakan dalam semua mata pelajarankhususnya dalam kemahiran menulis. Teknik ini bermaksud muridperlu duduk dalam kumpulan. Guru akan mengedarkan kertas kepadasetiap ahli dalam kumpulan dan memberikan satu tajuk kepada mereka.Secara bergilir-gilir setiap ahli kumpulan mencatat idea menggunakanpen dan kertas yang sama. Hasil dapatan murid akan dibentangkanuntuk dibincangkan di dalam kelas.

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Menurut Kagan (1990) teknik Meja Bulat merupakan teknik yangsederhana dalam pembelajaran koperatif. Walau bagaimanapunteknik ini kurang popular dalam kalangan guru kerana bilanganpelajar yang ramai dalam sesebuah kelas dan ruang bilik darjahyang terhad. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya sentiasamenggalakkan pelaksanaan pelbagai kaedah dalam PdPc keranaaktiviti yang dijalankan itu memberikan banyak faedah kepadamurid.Dipetik dan diubah suai daripada‘Teknik Meja Bulat Untuk Kemahiran Menulis’oleh Nabiha Yusof,Pelita Bahasa bil 7/2019Dewan Bahasa dan Pustaka

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Bahan 2Pada hari ini, aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkandi dalam bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalahseperti tiada ruang di dalam bilik darjah dan ketiadaan alatserta bahan yang berkaitan. Dalam konteks penghasilanproduk pengajaran dan pembelajaran inovasi, permainanbahasa ini sebenarnya cukup penting jika kita mengambil kiramurid yang lambat menerima pengajaran dan pembelajaranbahasa di kelas.

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Antara aktiviti dalam permainan bahasa termasuklah katabersilang, teka sinonim, teka silang kata, sisip vokal, lingkarankata, silang sinonim, teka teki bentuk kata, sisip suku kata,jejak kata, ganda huruf, delapan kata, awal kata dan atursinonim. Aktiviti-aktiviti ini sesuai digunakan pada semuaperingkat pembelajaran bahasa iaitu daripada peringkat sekolahrendah hingga peringkat sekolah menengah.Dipetik dan diubah suai daripada‘Permainan Bahasa dalam Pengajaran’oleh Hasan Baseri Budiman,Pelita Bahasa bil 10,2017Dewan Bahasa dan Pustaka

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021(i)Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting.[2 markah](ii)Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaanfaktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat danPermainan Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas.[3 markah](iii) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran abadke-21 banyak memberikan faedah kepada murid.Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut?[3 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan oleh guruanda dengan menggunakan teknik permainan bahasa padamasa yang ditetapkan. Namun, tugasan tersebut tidak berjayadiselesaikan.Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untukmenyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang ditetapkan,cadangkan langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebutdapat diselesaikan.[4 markah]

FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021Soalan 7 : Petikan Sastera Bahan mesti berasaskan unsur karya kreatif sama adadaripada antalogi yang dipelajari di sekolah (komsastingkatan 4 atau 5) at

Bilangan Soalan Bahagian A –Sistem dan Aplikasi Bahasa : 5 soalan (35 markah) Bahagian B –Pemahaman : 3 soalan (35 markah) Bahagian C –Rumusan : 1 soalan (30 markah) Jumlah : 9 soalan (Jawab semua soalan) Jumlah Markah 100 markah Wajaran

Related Documents:

KERTAS BAHASA MELAYU SPM (KERTAS 1103/1) JENIS-JENIS KARANGAN . dan format karangan Gagal menghuraikan isi karangan dengan sempurna . Title: TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR (KERTAS 02/1) Author: Badrul Hisham Hilal Created Date: 5/3/2016 8:42:59 AM .

Bahasa Melayu 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010 BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Melayu 1103/2 mengandungi empat soalan: Soalan 1 - Rumusan Soalan 2 - Pemahaman Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Soalan 4 - Novel Calon diberi masa dua jam tiga puluh minit dan wajib menjawab semua soalan.

1.2 Bahasa Melayu Kuno 1.2.1 Konsep Bahasa Melayu Kuno Berkembang di Nusantara Penuturnya tinggal Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit pada abad ke-7 hingga di sekitar kerana : abad ke-13 Semenanjung Tanah i) pengaruh Hindu- Buddha Melayu, Kepulauan ii) bahasa Sanskrit ialah Riau, dan Sumatera bahasa bangsawan yang bertamadun tinggi

Pada tahun 1983, bahasa Melayu telah menjadi bahasa penghantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi secara berperingkat sehingga hari ini. Bahasa Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia Perkara 152, Fasal 1(a) dan Fasal 3 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Kertas soalan ini adalah dalam dwibahasa. 2. Soalan dalam bahasa Inggeris mendahului soalan yang sepadan dalam bahasa Melayu. 3. Calon dibenarkan menjawab keseluruhan atau sebahagian soalan sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. 4. Kertas soalan ini mengandungi 33 soalan. 5. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A .

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) . Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM401B-1 7 Program Bahasa Melayu Edubest. Pelan Lokasi @ Pusat Tuisyen Didikan Genius No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tingkatan 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos/ 2017 2 1/2 Jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Bahasa Melayu PSU perlu mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan. Kata kunci: Strategi pembelajaran bahasa, pendidikan Bahasa Melayu, jantin