PANDUAN KERJA PROJEK KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH .

3y ago
112 Views
2 Downloads
1.37 MB
36 Pages
Last View : Today
Last Download : 3m ago
Upload by : Gia Hauser
Transcription

PANDUAN KERJA PROJEKKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAHREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)TINGKATAN 3Kementerian Pendidikan MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum2019

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 31

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3KANDUNGANHalamanPENGENALAN1OBJEKTIF1PELAKSANAAN KERJA PROJEK2PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB2Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran2Guru Kanan Mata Pelajaran3Ketua Panitia4Guru Mata Pelajaran4Murid5JADUAL KERJA PELAKSANAAN6FORMAT PENULISAN10PENTAKSIRAN KERJA PROJEK11PENUTUP13Lampiran 1 - Syarat dan Peraturan Jika Murid MemilihMelaksanakan Projek Secara Berkumpulan14Lampiran 2 – Contoh Surat Pelantikan Ketua Pentaksir/PenolongKetua Pentaksir15Lampiran 3 – Proses Kerja Pelaksanaan Projek16Lampiran 4 – Penjaminan Kualiti17Lampiran 5 – Rubrik Projek19Lampiran 6 – Borang Pentaksiran Individu25Lampiran 7 – Borang Penskoran Keseluruhan Projek26Lampiran 8 – Arahan Kepada Guru28Lampiran 9 – Arahan Kepada Murid29Lampiran 10 – Contoh Templat PBD30

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3PENGENALANKerja projek Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk danTeknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam Standard Kandungan Penghasilan Produkmerupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajibdilaksanakan oleh murid tingkatan 3 tahun semasa. Kerja projek ini memerlukanmurid memilih sekurang-kurangnya dua bidang ilmu dalam aplikasi teknologi yangtelah dipelajari. Pada akhir pelaksanaan projek, murid dikehendaki menyediakandokumentasi dan membentangkan bersama projek mereka mengikut kreativitimurid dengan bimbingan guru. Tahap Penguasaan (TP) murid hendaklahdirekodkan dalam templat pelaporan PBD dan skor murid hendaklah dihantarkepada Lembaga Peperiksaan (LP) untuk tindakan selanjutnya.OBJEKTIFKerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 membolehkan murid:a)Mendapat kemahiran menggunakan peralatan, bahan dan perisian komputeryang sesuai dalam menghasilkan produk.b)Memerihal kepentingan perkembangan reka bentuk pembangunan produkdengan kehidupan murid.c)Menghasilkan produk yang direka bentuk berasaskan budaya fikir lestariselaras dengan prinsip Kelestarian Global.d)Membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah menggunakanteknologi yang bersesuaian.e)Mengaplikasikan Jujukan Reka Bentuk (Design Cycle) dalam proses rekabentuk projek.f)Membangunkan produk melalui proses reka bentuk yang menggunakanteknologi.g)Menghasilkan laporan bertulis dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuksecara kreatif dan inovatif.h)Mengamalkan nilai murni yang relevan dalam mereka bentuk produk yanglebih ergonomik, mesra pengguna, berkualiti tinggi dengan kos yang efisien.i)Mengamalkan sikap bekerjasama dan berintegriti.1

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3PELAKSANAAN KERJA PROJEKKerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 ditaksir secara individu. Namun begitu, muridboleh menghasilkan projek mereka secara individu atau berkumpulan. Sekiranyamurid memilih menghasilkan projek secara berkumpulan, murid mestilah mengikutsyarat dan peraturan seperti di lampiran 1. Projek ini dilaksanakan dalam tempohdari bulan Mac hingga Julai selama 22 minggu. Murid dikehendaki memilih duaatau lebih bidang ilmu aplikasi teknologi yang dipelajari bagi menghasilkan projekmereka. Pentaksiran dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) dijalankan.PERANAN DAN TANGGUNGJAWABBagi memastikan kerja projek RBT dapat dijalankan dengan sempurna, semuapihak terutamanya Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan MataPelajaran (GKMP), Ketua Panitia, guru mata pelajaran dan murid perlu memainkanperanan dan tanggungjawab masing-masing. Antara peranan dan tanggungjawabyang perlu dijalankan seperti:Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbirana)Menerima surat makluman.b)Melantik Guru Kanan Mata Pelajaran sebagai Ketua Pentaksir peringkatsekolah untuk penjaminan kualiti pelaksanaan kerja projek KSSM RBTTingkatan 3.c)Memastikan Ketua Panitia RBT mengadakan mesyuarat panitia untukmenetapkan tarikh pelaksanaan dan membina jadual kerja pelaksanaan.Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Kanan Mata Pelajaran mesti hadirbersama semasa mesyuarat.d)Memastikan semua murid Tingkatan 3 tahun semasa mendapat taklimat kerjaprojek KSSM RBT daripada guru mata pelajaran RBT.e)Memastikan setiap aplikasi teknologi yang dipilih telah diajar oleh guru dalamPdP.2

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN pertiyangdijadualkan.g)Memastikan prosedur operasi standard keselamatan murid dipatuhi semasaproses penghasilan projek.h)Memastikan murid menghantar kerja projek kepada guru mata pelajaran RBTpada tarikh yang ditetapkan.i)Memastikan guru mata pelajaran RBT menyemak serta menilai projek danpembentangan projek.j)Memastikan guru mata pelajaran RBT merekod TP dalam templat pelaporanPBD dan skor projek.k)Memastikan penjaminan kualiti pemarkahan dijalankan di peringkat sekolaholeh Guru Kanan Mata Pelajaran.l)Menandatangani borang skor keseluruhan projek.m)Memastikan Setiausaha Peperiksaan merekod skor ke aplikasi PT3 yangdisediakan.Guru Kanan Mata Pelajarana)Menerima surat pelantikan (Lampiran 2) sebagai Ketua Pentaksir kerja projekKSSM RBT Tingkatan 3 peringkat sekolah.b)Memastikan Ketua Panitia RBT mengadakan mesyuarat panitia untukmenetapkan tarikh pelaksanaan, membina jadual kerja pelaksanaan projek.c)Mempengerusikan mesyuarat panitia untuk menetapkan tarikh pelaksanaandan membina jadual kerja pelaksanaan peringkat sekolah.d)Memberi taklimat penataran tentang proses kerja pelaksanaan Kerja ProjekKSSM RBT Tingkatan 3 (Lampiran 3) kepada semua guru mata pelajaranRBT bagi membantu meningkatkan pemahaman semua pihak yang terlibatsemasa menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing.e)Memastikan penjaminan kualiti atau moderasi (Lampiran 4) dibuat sepertiyang dijadualkan dengan memastikan pelaksanaan projek mengikut proseduroperasi standard yang ditetapkan.f)Menyerahkan skor akhir murid kepada pengetua untuk disahkan.g)Menyerahkan salinan skor keseluruhan kepada Setiausaha Peperiksaanuntuk tindakan seterusnya.3

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Ketua Panitiaa) Menerima surat pelantikan (Lampiran 2) sebagai Penolong Ketua PentaksirSekolah untuk membantu GKMP menjalankan penjaminan kualiti ataumoderasi.b) Mengadakan mesyuarat panitia untuk menetapkan tarikh pelaksanaan danmerangka jadual kerja pelaksanaan projek.c) Memastikan taklimat tentang kerja projek diberikan kepada semua calon PT3tahun semasa oleh guru mata pelajaran RBT.d) Memastikan proses penghasilan kerja projek dilaksanakan mengikut jadualyang dirancang.e) Memastikan prosedur operasi standard keselamatan calon dipatuhi.f)Memastikan calon menghantar kerja projek dan dokumentasi kepada gurupada tarikh yang ditetapkan.g) Memastikan guru mata pelajaran RBT menyemak serta menilai projek danpembentangan.h) Memastikan guru mata pelajaran RBT merekod TP dan skor dalam borangpentaksiran individu.Borang penskoran keseluruhan projekdan templatpelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).Guru Mata Pelajarana) Menghadiri mesyuarat panitia untuk menetapkan tarikh pelaksanaan danmerangka jadual kerja pelaksanaan.b) Membaca dan memahami arahan kepada guru dan melaksanakannya sepertiyang telah ditetapkan.c) Memberi taklimat tentang kerja projek kepada semua murid PT3 tahun semasadi sekolah masing-masing serta mengedarkan surat makluman kepada ibubapa.d) Membimbing murid untuk memilih dua atau lebih aplikasi teknologi yang telahdipelajari dalam penghasilan projek.e) Membimbing murid dalam membuat perancangan dan menyusun atur proseskerja penghasilan produk berdasarkan senarai semak yang disediakan.f)Berperanan sebagai pemudah cara dalam penghasilan produk.4

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3g) Memantau hasil kerja murid dan membuat tindak susul jika ada keperluan.h) Memastikan murid menyiapkan projek mengikut masa yang ditetapkan.i)Menyemak laporan dan pembentangan dokumen projek dan memberi skor.j)Menyerahkan salinan borang skor keseluruhan projek kepada Ketua Pentaksiruntuk penjaminan kualiti.k) Menyimpan salinan skor akhir murid yang telah disahkan oleh pengetuasetelah melalui penjaminan kualiti peringkat sekolah.Murida) Mendapat taklimat tentang kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 dan rangkakerja projek daripada guru mata pelajaran.b) Memerihal produk yang hendak dihasilkan berdasarkan kajian keperluanpelanggan dan projek brief.c) Memilih sekurang-kurang dua aplikasi teknologi yang sesuai dalampenghasilan produk.d) Merancang konsep, elemen dan prinsip reka bentuk dalam bentuk lakaran.e) Menghasilkan lakaran produk yang hendak dihasilkan.f)Menyediakan jadual kerja.g) Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk.h) Menghasilkan produk mengikut jadual yang ditetapkan.i)Membuat pengujian, penilaian fungsi dan kesesuaian produk.j)Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusanujian.k) Membentangkan laporan penghasilan produk secara individu.5

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3JADUAL KERJA PELAKSANAAN PROJEK(Rujuk DSKP KSSM RBT Tingkatan 3)TarikhPelaksanaanLangkah 1: Menyatakan produk yang hendakdihasilkan berdasarkan kajian keperluan pelanggandan projek brief.Guru membimbing murid:a)Mengenal pasti keperluan pelanggan dan maklumatproduk melalui kajian keperluan pelanggan.b)Mengenal pasti jenis produk berdasarkan projekbrief.c)Mengadaptasikan produk yang hendak dihasilkandengan penyelesaian masalah secara inventif.Langkah 2: Mengenal pasti asas teknologi yangsesuai.Guru membimbing murid:a)Menjana idea reka bentuk produk secara individu.b)Memilih dan menggabungkan sekurang-kurangnyadua bidang ilmu yang telah dipelajari untuk produkyang akan dihasilkan.Langkah 3: Merancang konsep, elemen dan prinsipreka bentuk.Guru membimbing murid :a)Merancang konsep reka bentuk produk kepada fungsiatau fungsi kepada reka bentuk produk.b)Memastikan konsep mempunyai elemen dan prinsipreka bentuk dengan membuat analisis dalam bentukjadual.6Catatan

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3TarikhPelaksanaanLangkah 4: Menghasilkan lakaran produkGuru membimbing murid :a)Menghasilkan lakaran yang mengandungi elemen danprinsip yang dipersetujui.b)Lakaran yang dihasilkan menggunakan skala penuhatau nisbah.c)Membuat rendering jika perlu.d)Menghasilkan beberapa lakaran reka bentuk yangsesuai dengan mengintegrasikan asas teknologi yangdipilih.Langkah 5: Menyediakan jadual kerjaGuru membimbing murid :a)Membuat jadual kerja mengikut ketetapan sekolah.b)Memastikan murid mengikut jadual seperti yangdirancangkan.Langkah 6: Membuat senarai bahan, peralatan danbajet produkGuru membimbing murid:a)Mengenal pasti bahan produk yang dihasilkanberdasarkan perbincangan yang telah dipersetujui.b)Mengenal pasti peralatan yang digunakan untukmenghasilkan produk.c)Membuat bajet produk yang menasabah.7Catatan

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3TarikhPelaksanaanLangkah 7: Menghasilkan produk berfungsi atauberfungsi sebahagianGuru membimbing murid:a)Mengenal pasti langkah-langkah kerja yangbersesuaian dengan produk yang dihasilkan.b)Sentiasa mematuhi langkah keselamatan sepertidalam prosedur operasi standard semasamelakukan kerja amali.c)Memastikan bahan dan peralatan mencukupisemasa melakukan kerja amali.d)Melakukan kerja-kerja penyudahan (finishing)produk.Langkah 8: Pengujian, penilaian kefungsian dankesesuaian produkGuru membimbing murid:a)Membuat pengujian produk yang dihasilkanberfungsi atau berfungsi sebahagian.b)Membuat pengujian dan penilaian produk dari sudutobjektif, keselamatan, elemen dan prinsip rekabentuk produk.c)Membuat ujian parameter bergantung kepada jenisproduk yang dihasilkan.d)Menyediakan keputusan ujian dalam bentuk jadual.Langkah 9: Membuat cadangan penambahbaikanGuru membimbing murid:a)Membuat rujukan yang sesuai untuk kerjapenambahbaikan.b)Membuat kerja penambahbaikan terhadap produkjika perlu.8Catatan

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3TarikhPelaksanaanLangkah 10: Menyediakan dokumentasiGuru membimbing murid untuk menyediakan laporanprojek RBT PT3 merangkumi:a)b)Kulit hadapani.Nama mata pelajaranii.Tajuk produkiii.Gambar/Lakaran produkiv.Gabungan teknologiv.Nama sekolahvi.Nama calonvii.Nombor kad pengenalan calonviii.Angka giliran peperiksaanix.Nama penilaix.Tarikh dihantarKandungani.Pendahuluanii.Penentuan gabungan teknologiiii.Perancangan konsepiv.Lakaran akhirv.Jadual kerjavi.Pengurusan kewanganvii.Penghasilan produkviii.Pengujian dan penilaianix.Cadangan penambahbaikanx.Penutupxi.Lampiran9Catatan

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3TarikhPelaksanaanCatatanLangkah 11: PembentanganGuru membimbing murid menyediakan pembentangandalam bentuk :a)Pembentangan Powerpointb)Kertas sebakc)Video/ Animasid)Komike)Pengucapan awamf)dan lain-lain bentuk laporan yang difikirkan sesuaiFORMAT PENULISANa)Laporan kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 hendaklah ditulis tangan ataubertaip dalam kertas saiz A4 bersaiz huruf 12 pt dan jenis tulisan times newroman / times roman / jenis yang mudah dan sesuai dibaca.b)Penerangan grafik muka hadapan laporan projek adalah seperti berikut:i.Muka hadapan laporan mengikut format yang diberi.ii.Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding.iii.Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam laporan.10

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3PENTAKSIRAN KERJA PROJEKKerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 ditaksir secara individu walaupun projek itudilaksanakan secara berkumpulan. Pentaksiran kerja projek adalah berdasarkanrubrik yang disediakan. Guru perlu membuat pentaksiran dengan merujuk proseskerja pentaksiran seperti berikut:a) Guru membuat pentaksiran berdasarkan dimensi mengumpul maklumat,merancang, aplikasi, membuat refleksi, berkomunikasi serta etika dankerohanian.b) Guru mentaksir kerja projek murid dengan berpandukan Rubrik Projek KSSM RBTTingkatan 3 (Lampiran 5).c) Guru menjumlahkan skor semua dimensi yang telah dinilai bagi menentukan TPsecara keseluruhan dengan merujuk Jadual 1.d) Guru boleh merujuk tafsiran TP Keseluruhan untuk mengetahui pencapaian muridsepanjang menjalankan tugasan (Jadual 2).e) Guru Kanan Mata Pelajaran berbincang dan membimbing guru mata pelajaranuntuk melaksanakan proses moderasi terhadap TP keseluruhan murid(Lampiran 4)f)Guru merekodkan TP murid bagi setiap dimensi dengan menggunakan BorangPentaksiran Individu (Lampiran 6).g) Guru perlu merekodkan TP Keseluruhan dan Skor Keseluruhan murid di dalamBorang Skor Keseluruhan mengikut kelas (Lampiran 7).11

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Jadual 1: Tahap Penguasaan Mengikut 651015202530Aplikasi12345661218243036Membuat 8Etika dan Kerohanian12345624681012Mengumpul MaklumatMerancang12

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Jadual 2: Tahap Penguasaan 09-120TPKeseluruhanTafsiran TPKeseluruhan1Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkanetika kerohanian secara terhad serta laporan tugasan yang tidaksempurna.2Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkanetika kerohanian yang kurang berkesan serta menghasilkan projekyang kurang sempurna.3Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkanetika kerohanian yang betul serta menghasilkan projek sempurnatetapi tidak tersusun.4Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkanetika kerohanian yang betul dan berkesan serta menghasilkanprojek sempurna dan tersusun.5Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkanetika kerohanian yang betul, berkesan dan beradab sertamenghasilkan projek yang sempurna, tepat, tersusun dan realistik.6Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi, mengamalkanetika kerohanian yang betul, berkesan, beradab dan boleh dicontohiserta menghasilkan projek yang sempurna, tepat, tersusun,realistik, menunjukkan keaslian dan boleh dicontohi.PENUTUPPelaksanaan kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 membolehkan muridmengaplikasi ilmu dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam kontekskehidupan sebenar. Selain pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telahdipelajari di dalam bilik darjah, penerapan nilai juga berlaku dalam kalangan muridsemasa melaksanakan projek. Pentaksiran projek juga membolehkan usahapenambahbaikan dilaksanakan secaraberterusan ke arah meningkatkanpenguasaan dalam pembelajaran mereka.13

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Lampiran 1Syarat dan Peraturan Jika Murid Memilih Melaksanakan Projek SecaraBerkumpulan*1. Satu kumpulan tidak melebihi 2 orang murid.2. Langkah pertama hingga keempat dan penyediaan dokumentasi, tetapdilakukan secara individu walaupun projek dilakukan secara berkumpulan.3. Langkah kedua dan ketiga, ahli kumpulan boleh memilih asas teknologi,perancangan konsep, elemen dan prinsip reka bentuk yang berbeza atausama.4. Langkah keempat semua ahli kumpulan menghasilkan gabungan idealakaran akhir produk yang sama untuk menghasilkan satu projek.5. Langkah kelima hingga kelapan adalah amali yang dilakukan secaraberkumpulan. Murid menghasilkan satu projek dalam satu kumpulan.6. Dokumentasi dihasilkan secara individu. Penyediaan dokumentasi bagisetiap ahli kumpulan adalah berbeza walaupun mengikut format yang sama.(Sila rujuk jadual di halaman 9 iaitu langkah 10, Menyediakan dokumentasi).7. Pembentangan adalah secara individu mengikut gaya dan persembahanmasing-masing.* Langkah-langkah yang perlu dipatuhi adalah merujuk kepada Jadual KerjaPelaksanaan Projek, halaman 6 hingga halaman 10.14

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Lampiran 2Contoh Surat Pelantikan Ketua Pentaksir / Penolong Ketua PentaksirNama sekolahAlamat sekolahRuj. Tuan:Ruj. Kami:Tarikh:Tuan/ Puan,PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PENTAKSIR/ PENOLONG KETUA PENTAKSIRKERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah berbesar hati melantikTuan/ Puan . sebagai Ketua Pentaksir/ Penolong KetuaPentaksir sekolah bagi Kerja Projek KSSM RBT Tingkatan 3.3.Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan pelantikan ini pihak Tuan/ Puan dapatmemberi khidmat profesional kepada sekolah dan menjalankan tugas yang telahdiamanahkan untuk memastikan pelaksanaan serta pentaksiran Kerja Projek KSSM RBTmengikut prosedur yang telah ditetapkan.4.Penerimaan tugas ini serta kerjasama dan perhatian Tuan/ Puan didahului denganucapan terima kasih.Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menjalankan amanah,.(Nama Pengetua dan Cop Sekolah)15

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Lampiran 3Proses Kerja Pelaksanaan ProjekMULATerima Surat MaklumanMengadakanMesyuarat PenyelarasananitiaAwal TahunTaklimat Kepada CalonPelaksanaan ProjekPenghantaran ProjekPembentanganPentaksiran Projek(Guru Mata pelajaran)TidakMac – JulaiPenjaminanKualiti/ModerasiYaPengurusan MarkahTAMAT16(Pentaksiran bermulaapabila pelaksanaankerja projek bermula)

PANDUAN KERJA PROJEK KSSM RBT TINGKATAN 3Lampiran 4Penjaminan Kualiti(Berdasarkan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah)ModerasiModerasi adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran. Dalamproses moderasi, guru berkongsi pengalaman, pengetahuan, pemahaman kurikulum(Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi), strategipengajaran serta pentaksiran bagi melaksanakan pertimbangan profesional. Prosesini melibatkan membuat keputusan yang konsisten di dalam mentaksir tahappenguasaan murid. Moderasi dilaksanakan oleh guru mata pelajaran yang sama ataudalam panitia yang sama. Moderasi penting bagi mengurangkan jurang pertimbanganprofesional antara seorang guru dengan guru yang lain. Moderasi ju

Kerja projek Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam Standard Kandungan Penghasilan Produk merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid tingkatan 3 tahun semasa. Kerja projek ini memerlukan

Related Documents:

3.2 Skop Projek 12 3.3 Ciri ciri Projek 16 4. Bab 4 Kertas Cadangan (Proposal) 4.1 Susunan Kandungan Kertas Cadangan 17 4.2 Format Kertas Cadangan 22 4.3 Penilaian Kertas Cadangan 22 4.4 Proses Perolehan dan Penerimaan Bahan PTA 23 5. Laporan Projek Ta

kerja terlalu padat, lingkungan kerja kurang bersih, berisik, tentu besar pengaruhnya pada kenyamanan kerja (Tanjung, 2016). Dari uraian mengenai beban kerja dan lingkungan kerja, dapat saya simpulkan bahwa pengaruh beban kerja dan lingkungan kerja terhadap kinerja karyawan sangat berpengaruh, dimana pemberian beban kerja

kerja tinggi, dan 4 orang pegawai termasuk dalam kategori beban kerja sedang. Kata kunci: beban kerja, IFRC, kelelahan kerja, NASA-TLX, SSRT 1. Pendahuluan Beban kerja adalah salah satu permasalahan yang dihadapi pada setiap pegawai. Beban kerja dapat dibagi kedalam beban secara fisik maupun mental. Rizqiansyah (2017), menganalisis beban kerja .

Pengaruh Komitmen Kerja, Motivasi Kerja, Stres Kerja, Lingkungan Kerja Non Fisik, dan Disiplin Kerja Terhadap Kinerja Guru SMA Kartika I-5 Padang . penulisan skripsi yang telah memberikan bantuan, kritik dan saran dalam . menengah maupun tinggi.Menggagas persoalan pendidikan pada dasarnya adalah menggagas persoalan kebudayaan dan peradaban. .

B Pengembangan Kurikulum 2013 C Uji Publik 2 E Rencana Impelementasi Kurikulum 2013 D Alternatif Struktur Kurikulum A Rasional Pengembangan Kurikulum 2013. Rasional Pengembangan Kurikulum A 3. Tantangan Internal 1a 4-Rehab Gedung Sekolah-Penyediaan Lab dan Perpustakaan-Penyediaan Buku Kurikulum 2013

Judul Skripsi : Analisis Pengaruh Kepuasan Kerja dan Stres Kerja terhadap Kinerja Karyawan dengan Beban Kerja sebagai Variabel Moderating Studi Pada RSUD Pangkep Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh kepuasan kerja dan stres kerja terhadap kinerja karyawan yang dimoderasi oleh beban kerja pada

antara lain: motivasi kerja, kemampuan kerja, dan disiplin kerja. Dalam rangka meningkatkan kinerja karyawan, motivasi kerja, kemampuan kerja dan disiplin kerja memiliki peran penting. Widodo (2015: 187) mengemukakan bahwa motivasi adalah kekuatan yang ada

Anatomi Olahraga 6 Fisiologi Sistem Tulang 52 Sel Penyusun Tulang 53 BAGIAN IV ARTHROLOGI 64 Klasifikasi Sendi 64 A. Berdasrkan Tanda Struktural Yang Spesifik 64 B. Berdasrkan Jumlah Aksisnya 71 C. Berdasarkan Bentuk Permukaan Tulang 72 D. Berdasarkan Komponen Penyusun Kerangka 74 E. Berdasarkan Luas Gerakan 74 BAGIAN V MIOLOGY 76 Fibra Otot Seran Lintang 79 Fibra Otot Polos 84 Fibra Otot .