Tinjauan Literatur Kesan Obesiti Ke Atas Psikososial Remaja

3y ago
178 Views
6 Downloads
778.85 KB
14 Pages
Last View : 7d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Duke Fulford
Transcription

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 18 (Jun) 2015: 117–130Tinjauan Literatur Kesan Obesiti ke atas PsikososialRemaja(Literature Review on the Psychosocial Effect of Obesity among Adolescents)NORFADILAWATI ALIAS & FUZIAH SHAFFIEPusat Pengajian Pembangunan SosialUniversiti Utara MalaysiaE-mel: norfadilawatialias@gmail.comAbstrakObesiti merupakan masalah kesihatan yang mengancam seluruh aspekkehidupan manusia. Walaupun peningkatan kadar obesiti yang melibatkangolongan remaja tidak menunjukkan peningkatan yang begitu drastik, perkaraini tidak harus dipandang remeh. Selain bergelut dengan isu perkembanganremaja, remaja obes akan turut berhadapan dengan masalah kesihatan fizikal,sosial dan psikologi yang disebabkan oleh obesiti. Sekiranya isu ini tidakditangani dengan intervensi yang sewajarnya, remaja obes akan mempunyaikualiti dan kesejahteraan kehidupan yang tidak memuaskan dan menganggukefungsian mereka dalam masyarakat. Oleh yang demikian, makalah iniakan cuba membincangkan mengenai kesan kesihatan psikologi dan sosial(psikososial) yang dialami oleh remaja obes berdasarkan tinjauan literaturserta cadangan intervensi yang sesuai digunakan untuk membantu mereka.Kata kunci: Obesiti, remaja, psikologi, sosial, psikososial.AbstractObesity is a health problem that threatens all aspects of human life. Whilerising rates of obesity involving adolescents do not show such a drasticincrease, this problem should not be underestimated. In addition to grapplingwith the issue of adolescent development, adolescent obesity is also facing withthe problem of physical health, social and psychological caused by obesity. Ifthe issue is not addressed with appropriate intervention, obese adolescent willhave the quality of life and well-being of poor and disrupt their functioningin society. Therefore, this paper will try to discuss about the health effectsof psychological and social (psychosocial) experienced by obese adolescentsbased on the literature review and proposed interventions that can be used tohelp them.Keywords : Obesity, adolescents, psychology, social, psychosocial.

118Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 18PengenalanObesiti merupakan masalah yang sedang rancak melakari peta dunia danmengancam pelbagai aspek kehidupan manusia. Kini, kelaziman kes obesititurut mula mengancam negara yang sedang mengalami fasa pembangunantermasuklah Malaysia dan melibatkan sejumlah besar golongan kanak-kanakdan remaja (Mohd Ismail Noor, 2002; Pearce & Witten, 2010). Walaupunepidemik obesiti di Malaysia tidak menunjukkan corak peningkatanyang drastik dalam kalangan remaja, akan tetapi perkara ini wajar diberiperhatian kerana menurut Dietz (1994), fasa perkembangan obesiti palingkritikal adalah semasa zaman remaja. Remaja obes didapati lebih terdedahdengan pelbagai cabaran dan pengalaman negatif yang boleh menjejaskanfungsi fizikal, psikologi dan sosial seterusnya mengurangkan kualiti dankesejahteraan kehidupan mereka. Kesan obesiti ke atas aspek kesihatan fizikalsering dibincangkan secara terperinci oleh penyelidik lalu. Namun begitu,masih kurang penelitian khusus kesan obesiti ke atas kesihatan sosial remajaseperti ejekan dan buli, penolakan dan pengasingan sosial dan kemunduranakademik. Manakala kesan kesihatan psikologi meliputi kemurungan,penghargaan kendiri dan imej tubuh yang negatif, gangguan pemakanan dankualiti kehidupan. Oleh yang demikian, artikel ini akan cuba mengupas danmembincangkan pengalaman remaja obes dari sudut psikososial berdasarkanbeberapa kajian terpilih.Kesan Kesihatan SosialBerdasarkan tinjauan literatur, obesiti didapati meninggalkan impak negatifkepada kesihatan sosial remaja (Puhl & Latner, 2007). Kesihatan sosial yangnegatif yang disebabkan oleh obesiti boleh mempengaruhi dan membebankankesejahteraan remaja dari pelbagai sudut aspek kehidupan. Bahagian iniakan membincangkan dan meneroka isu berkaitan kesihatan sosial sepertiejekan berkaitan berat badan, buli, pengasingan dan penolakan sosial sertakemunduran akademik.Ejekan dan BuliRemaja obes sering dilaporkan mempunyai pengalaman diejek mengenai beratbadan dan terlibat dengan masalah buli. Berdasarkan 4,747 sampel daripadaProject EAT (Eating Attitude Teens), 63 peratus remaja perempuan obesdan 58 peratus remaja lelaki obes dilaporkan pernah menjadi sasaran ejekanmengenai berat badan oleh rakan mereka (Neumark-Sztainer, Falkner, Story,Perry, Hannan & Mullert, 2002). Selain itu, mereka turut diancam secara lisandan diganggu secara fizikal semasa berada di sekolah menyebabkan mereka

Tinjauan Literatur Kesan Obesiti119sering mengelak untuk menjalani sesi aktiviti fizikal.Tambahan lagi, remajaobes melaporkan mereka sering tidak dihiraukan dan dikecualikan dalamaktiviti fizikal dan sosial (Puhl, Luedicke & Heuer, 2011). Selain ejekanmengenai berat badan, ejekan juga berlaku disebabkan oleh penampilan diriremaja obes. Malahan, mereka turut mengalami kesunyian, aktiviti sedentaridan pengasingan sosial (Hayden-Wade, Stein, Ghaderi, Saelens, Zabinski, &Wilfely, 2005).Remaja obes cenderung menjadi mangsa buli terutamanya bulisecara lisan dan fizikal. Perbuatan memanggil dengan gelaran nama yangtidak menyenangkan merupakan antara contoh buli secara lisan manakalaperbuatan menendang, memukul dan menolak merupakan buli secarafizikal. Manakala buli dalam perhubungan juga boleh berlaku dengan caramemutuskan hubungan persahabatan, menyebarkan cerita negative danpenipuan (Janssen, Carig, Boyce dan Pickett, 2004). Selain menjadi mangsabuli, remaja obes turut dilaporkan cenderung berperanan sebagai pembuli.Kajian Bergh, Simmonsson, Ringqvist (2005) turut mendapati bahawa remajaobes mempunyai tingkah laku sebagai pembuli berdasarkan kajian keratanrentas dalam kalangan 989 remaja lelaki yang berusia 15 tahun di Sweden.Berbanding remaja lelaki yang mempunyai berat badan normal, remaja lelakiobes dilaporkan dua kali ganda lebih cenderung diejek, ditendang atau dipukulmalahan mempunyai pengalaman dibuli. Remaja lelaki obes juga cenderunguntuk menjadi pembuli, 33 peratus melaporkan mereka pernah ditendang ataudipukul oleh rakan sebaya dan 40 peratus melaporkan mereka pernah membulirakan sebaya.Selain daripada pengalaman diejek dan dibuli, remaja obes juga turutdilaporkan mengalami gangguan kesihatan psikologi yang membebankankesejahteraan kehidupan. Ejekan berkaitan berat badan bukan sahajadiasosiasikan dengan tahap kebimbangan mengenai berat badan yang tinggimalahan dikaitkan dengan tahap aktiviti sedentari dan keyakinan penampilanfizikal yang rendah serta penurunan kualiti kehidupan sosial (Kutob, Senf,Crago, & Shisslak, 2010; Stern, Mazzeo, Gerker, Porter, Bean, & Laver, 2007;Hayden,Wade, Stein, Ghaderi, Saelens, Zabinski, & Wilfely, 2005). KajianStorch, Milsom, DeBraganza, Lewin, Geffken, & Silverstein (2007) jugamendapati remaja berlebihan berat badan (8 hingga 18 tahun) yang pernahdianiayai oleh rakan sebaya mengalami peningkatan tahap kemurungan,kebimbangan, kesunyian dan menunjukkan tahap penglibatan aktiviti fizikalyang rendah. Selain itu, remaja yang mengalami ejekan berkaitan berat badandidapati turut terlibat dengan kaedah mengurangkan berat badan yang tidaksihat dan makan secara berlebihan (binge eating) berdasarkan kajian ke atas4,746 remaja gred 7 hingga 12 dalam Project EAT (Neumark-Sztainer et al.,2002; Eisenbergh, Neumark-Sztainer,& Story, 2003). Kajian longitunidal dariProject EAT menunjukkan ejekan berkaitan berat badan dalam kalangan 2,516

120Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 18remaja mempunyai hubungan dengan gangguan pemakanan dan kesejahteraanemosi yang buruk ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang (Haines,Neumark-Sztainer, Eisenberg dan Hannan, 2006; Eisenbergh, NeumarkSztainer, Haines dan Wall, 2006).Ejekan berkaitan berat badan bukan sahaja diterima daripada rakansebaya semata-mata, sebaliknya turut diterima dari pelbagai sumber lainseperti ibu bapa dan ahli keluarga. Keery, Boutelle, Bergh dan Thompson(2005) melaporkan 23 peratus remaja obes sering diejek oleh ibu bapamereka mengenai penampilan diri dan 12 peratus lagi mengenai berat badanmereka. Manakala Hayden-Wade et al., (2005) mendedahkan remaja obesturut menerima ejekan mengenai berat badan daripada adik-beradik. Terdapatperbezaan kesan psikologi yang dialami oleh remaja obesiti berdasarkanrespon ejekan yang diterima dari ibu bapa dan adik beradik. Merekadilaporkan mengalami kemurungan manakala gangguan pemakanan (bulimia),penghargaan kendiri dan imej tubuh yang rendah serta kemurungan dikaitkandengan ejekan daripada bapa (Hayden-Wade et al., 2005; Keery et al., 2005).Manakala kajian Eisenbergh et al., (2003) pula mendapati ejekan mempunyaihubungan dengan idea dan cubaan membunuh diri dan remaja yang diejekberkaitan berat badan 2 hingga 3 kali lebih cenderung mempunyai idea untukmembunuh diri berbanding mereka yang tidak diejek. Lebih membimbangkan,Neumark-Sztainer et al., (2002) telah mendedahkan 50 peratus remajaperempuan obes yang menjadi mangsa ejekan oleh ahli keluarga dan rakansebaya mempunyai idea untuk membunuh diri.Penolakan dan Pengasingan SosialPenolakan dan pengasingan sosial merupakan antara pengalaman yangdilaporkan oleh remaja obes berdasarkan tinjauan literatur. Puhl et al., (2011)mendapati kira-kira 66 hingga 77 peratus remaja obes melaporkan diri merekasering dikecualikan oleh rakan-rakan daripada menyertai aktiviti sosial lalulebih cenderung melibatkan diri mereka dengan rangkaian sosial (Strauss danPollack, 2003). Manakala dari sudut perhubungan, remaja lelaki obes duakali lebih sukar mendapat rakan baru dan tiga kali ganda dilaporkan tidakmempunyai rakan karib (Bergh, Simmonsson, & Ringqvist, 2005). Masalahberkaitan hubungan dengan rakan bukan sahaja dialami oleh remaja, malahanturut dilaporkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak seawal usia 5 hingga 6tahun. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kesan stigma masyarakat yangsering mengganggap kanak-kanak obesiti sebagai pemalas, bodoh, hodoh, jahatdan tidak gembira (Puhl & Latner, 2007). Berdasarkan jantina, didapati remajaperempuan obes lebih berisiko mengalami penolakan dan pengasingan sosialberbanding remaja lelaki obesiti (Boneberger, von Kries, Milde-Bush, Bolte,Rochat, & Ruckinger, 2009). Manakala dari sudut perhubungan romantik,

Tinjauan Literatur Kesan Obesiti121didapati remaja perempuan obes kurang terlibat dengan hubungan seperti iniberbanding rakan sebaya yang mempunyai berat badan yang normal (Pearce,Boergers, & Prinstein, 2002). Selain daripada itu, perkara yang membuatkanremaja obes sering mengelakkan diri dari melibatkan daripada dengan aktivitifizikal di sekolah adalah disebabkan oleh sering menerima komen negatif dariguru yang menyebabkan mereka sedih dan kecewa (Jodkowska, Oblacinska,Tabak,& Radiukiewicz, 2010).AkademikObesiti turut meninggalkan kesan negatif ke atas pengalaman dan prestasiakademik dalam kalangan remaja obes. Kajian keratan rentas ke atas 9,957remaja mendapati remaja lelaki dan perempuan yang mempunyai berat badanberlebihan dijangkakan mempunyai masa hadapan pendidikan yang rendah.Malahan, remaja lelaki obes mempunyai pencapaian akademik di sekolahyang rendah berbanding remaja lelaki yang tidak mengalami masalah beratbadan berlebihan (Mellin, Neumark-Sztainer, Sory, Ireland, & Resnick, 2002).Kajian oleh Falkner, Neumark-Sztainer, Story, Jeffery, Beuhring dan Resnick(2001) telah membuat perbandingan antara remaja perempuan yang memilikiberat badan yang normal dan obesiti. Didapati remaja perempuan obes 1.5 kalilebih cenderung mengulang satu tahun di sekolah dan 2.1 kali lebih cenderungmenjadi pelajar yang corot. Manakala remaja lelaki obes pula 1.5 kali lebihcenderung menjadi pelajar yang corot dan 2.2 kali lebih cenderung berhentibelajar berbanding remaja lelaki yang mempunyai berat badan yang normal.Beberapa kajian mendapati bahawa kanak-kanak obesiti lebih banyakketinggalan dari segi kehadiran ke sekolah berbanding kanak-kanak yang tidakobesiti. Kajian Geir, Foster, Womble, McLaughlin, Borradaile dan Nachmani(2007) mendapati kanak-kanak yang berlebihan berat badan mempunyai rekodketidakhadiran ke sekolah dengan purata 12 hari dalam setahun berbanding10 hari dalam kalangan kanak-kanak yang tidak obesiti berdasarkan kajian keatas 1069 orang kanak-kanak dari sembilan buah sekolah rendah awam.Hal iniberkemungkinan disebabkan oleh faktor kanak-kanak obesiti sering dianggappemalas, bodoh, jahat dan tidak gembira (Puhl dan Latner, 2007) atau masalahkesihatan yang disebabkan oleh obesiti (Daniels, 2006). Tambahan lagi, obesitisemasa remaja turut dikaitkan dengan kecenderungan yang rendah dalammendapat ijazah dari kolej berdasarkan kajian ke atas populasi sampel diAmerika Syarikat (Fowler-Brown, Ngo, Phillips, & Wee, 2010). Dalam kajianlain di Amerika Syarikat mengenai remaja, Crosnoe (2007) mendapati remajaperempuan obes 50 peratus kurang cenderung untuk mendapat peluang belajardi kolej berbanding rakan sebaya yang tidak obesiti.

122Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 18Kesan Kesihatan PsikologiTinjauan literatur mengenai hubungan antara obesiti dan faktor psikologikaltelah dijalankan secara meluas dan menemui hasil dapatan kajian yangtidak konsisten. Malahan para pengkaji lalu mendapati remaja obesiti lebihcenderung mempunyai pengalaman kesihatan psikologikal yang lebih burukberbanding remaja yang tidak mengalami obesiti (Wardle & Cooke, 2005).Oleh yang demikian, bahagian ini akan membincangkan kesan psikologi yangdialami oleh remaja akibat masalah obesiti seperti penghargaan kendiri danimej tubuh badan yang rendah, kemurungan, gangguan pemakanan dan kualitikehidupan.KemurunganObesiti dan kemurungan merupakan masalah kesihatan yang lazim dikenalpastidalam kalangan remaja. Malahan, kedua-duanya mempunyai hubung kaitdengan pelbagai komplikasi kesihatan yang boleh mengurangkan jangka hayatseseorang (Daniels, 2006). Luppino, de Wit, Bouvy, Stijnen, Cuijpers, Penninxdan Zitman (2010), Merten, Micheal dan Wickram (2008) telah bersetujubahawa obesiti mempunyai hubungan dengan kemurungan. Namun begitu,terdapat beberapa kajian telah menyangkal dan berpendapat bahawa obesitibukan merupakan penyebab kepada simptom kemurungan dalam kalanganremaja (Daniels, 2005; Kim & Kim, 2001). Daniels (2005) melaporkan bahawaBMI bukanlah faktor penentu kepada kemurungan dalam kalangan remaja (16hingga 18 tahun). Sebaliknya, simptom kemurungan mempunyai hubungandengan kebimbangan mengenai berat badan dan tingkah laku diet. Hasildapatan yang sama turut diperoleh oleh Kim dan Kim (2001) yang mendapatiBMI bukan faktor yang bertanggungjawab menyebabkan kemurungan akantetapi faktor persepsi mengenai masalah berat badan didapati mempunyaihubungan dengan peningkatan simptom kemurungan dalam kalangan sampel303 remaja perempuan Korea.Obesiti dan kemurungan bukan sahaja mengganggu kesihatanfizikal dan psikologikal seseorang, malahan turut memberi kesan kepadakesejahteraan kehidupan manusia dan ekonomi (Finkelstein, Ruhm, & Kosa,2005). Kajian meta analisis oleh Luppino et al., (2010) dan Daniels (2005)menemui bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara obesiti dankemurungan dalam kalangan remaja (Erermis, Cetin, Tamar, Bukusoglu,Akdeniz dan Gokses, 2004) mendedahkan bahawa remaja yang menderitamasalah obesiti mempunyai kadar kemurungan yang tinggi berbandingremaja yang tidak mengalami obesiti. Tambahan lagi, kajian oleh Merten,Michael dan Wickram (2008) menunjukkan remaja perempuan obes lebihbanyak mengalami simptom kemurungan berbanding remaja perempuan yangmempunyai berat badan yang normal. Remaja obes juga didapati mempunyai

Tinjauan Literatur Kesan Obesiti123lebih banyak terlibat dengan masalah tingkah laku dan emosional berbandingremaja yang tidak obes (Erermis et al., 2004).Penghargaan KendiriSelain daripada kemurungan, tinjauan literatur turut mendapati obesitimempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri. Beberapa kajian telahmengenalpasti hubungan antara obesiti dan penghargaan kendiri dalamkalangan remaja obes. Kajian oleh McClure, Tanskiand, Sargent (2010)melalui temubual telefon mendapati remaja obesitii dua kali lebih cenderungmempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Lebih buruk, penghargaankendiri yang rendah semasa remaja meramalkan kemurungan selepas 20 tahun(Steiger, Allemand, Robins dan Fend, 2014). Beberapa kajian melaporkanbahawa remaja perempuan obes lebih tinggi berisiko mempunyai masalahpenghargaan kendiri yang rendah berbanding remaja lelaki obes (Gitau,Midklesfield, Pettifor dan Norris, 2014; Stradmeijar, Bosh, Koops danSeidell, 2000). Ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan berdasarkanjantina antara obesiti dan penghargaan kendiri. Wang dan Veugelers (2008)turut mendapati status berat badan seseorang mempengaruhi penghargaankendiri. Remaja obesiti dilaporkan mempunyai 1.44 kali lebih rendah tahappenghargaan kendiri berbanding remaja yang memiliki berat badan normal.Manakala, status pendidikan ibu bapa, ekonomi keluarga dan penglibatanfizikal yang positif merupakan faktor pelindung kepada masalah penghargaankendiri yang rendah. Namun begitu, beberapa kajian menemui hasil kajianyang sebaliknya mengenai obesiti dan penghargaan kendiri. Israel danIvanova (2002) mendedahkan tiada hubungan antara obesiti dan penghargaankendiri sebaliknya faktor umur lebih bertanggungjawab menjelaskan tahappenghargaan kendiri seseorang.Imej Tubuh BadanImej tubuh badan merupakan persepsi atau sikap seseorang kepada penampilandiri sendiri (Weinshenker, 2002). Imej tubuh badan yang ideal ditentukanberdasarkan budaya masyarakat setempat yang akan memberi kesan kepadakeinginan seseorang memiliki bentuk badan yang bersesuaian (Martin, 2010).Fasa perkembangan yang dilalui oleh remaja menyebabkan mereka lebih prihatinmengenai penampilan fizikal dan penerimaan diri mereka oleh rakan sebaya(American Pyschology Association, 2002). Kajian keratan rentas menyokongdapatan kajian bahawa kanak-kanak obesiti lebih cenderung dengan signifikanuntuk menunjukkan imej tubuh badan yang negatif berbanding rakan sebayayang memiliki berat badan yang normal. Bergh et al., (2005) telah menjalankankajian bagi mengenalpasti imej tubuh badan remaja lelaki dan mendapati 44

124Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 18peratus remaja lelaki obesiti tidak berpuas hati dengan berat badan mereka dan21 peratus tidak berpuas hati dengan penampilan wajah berbanding 13 peratusdan 9 peratus remaja lelaki yang memiliki berat badan yang normal. Remajayang tidak berpuas hati dengan badan mereka berisiko tinggi mengalamiperkembangan gangguan pemakanan dan pengurangan berat badan yangtidak sihat, kemurungan dan penghargaan kendiri yang rendah (Martin, 2010).Neumark-Sztainer et al., (2003) telah mengakses tingkah laku dan perhatianmengenai berat badan dalam populasi sampel Project EAT sejumlah 4, 756orang remaja. Dapatan kajian mendapati 66 peratus remaja prempuan obesdan 47.8 peratus remaja lelaki obes mempunyai imej tubuh badan yang rendah.Tambahan lagi, kajian longitunidal menunjukkan obesiti merupakan petunjukkepada imej tubuh badan yang negatif dan perhatian mengenai berat secaraberlebihan terutamanya dalam kalangan remaja perempuan (Sweeting, Wright,& Minnis, 2005).Gangguan PemakananBeberapa kajian telah mendapati remaja obes lebih cenderung untuk terlibatdengan amalan diet dan pelbagai cara mengurangkan berat badan yangtidak sihat berbanding remaja yang tidak mengalami masalah berat badanberlebihan. Dalam kajian yang melibatkan 4,746 remaja dalam Project EAT,remaja yang berlebihan berat badan dan obes dilaporkan 1.5 hingga 3 kalilebih cenderung mengamalkan diet (Crow, Eisenbergh, Story, & NeumarkSztainer, 2006), manakala 76 peratus remaja perempuan dan 56 peratus remajalelaki yang mengalami obesiti dilaporkan sedang berusaha menurunkan beratbadan berbanding 34 peratus remaja perempuan dan 8 peratus remaja lelakiyang mempunyai berat badan normal (Neumark-Sztainer, Wall, Guo, Story,Haines, & Eisenbergh, 2006). Dapatan kajian longitunidal dari Project EATyang dijalankan selama 5 tahun ke atas 2,526 remaja menunjukkan remajayang berlebihan berat badan mengal

Kesan Kesihatan Sosial Berdasarkan tinjauan literatur, obesiti didapati meninggalkan impak negatif kepada kesihatan sosial remaja (Puhl & Latner, 2007). Kesihatan sosial yang negatif yang disebabkan oleh obesiti boleh mempengaruhi dan membebankan kesejahteraan remaja dari pelbagai sudut aspek kehidupan. Bahagian ini

Related Documents:

kesihatan awam di Malaysia. Tinjauan kajian literatur yang dijalankan ini dirujuk sebagai amat penting untuk dilaksanakan supaya gabungan literatur sedia ada dapat dijadikan sebagai bahan rujukan saintifik berguna bagi kajian-kajian masa hadapan dalam ruang lingkup bidang komunikasi kesihatan.

BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1. Literatur Review Literatur Review berisi uraian tentang teori, temuan, dan bahan penelitian lain yang diperoleh sebagai bahan acuan untuk dijadikan landasan penelitian. Dalam hal ini literatur review diperlukan sebagai pembanding dari peneliti

Malaysia merupakan negara kedua tertinggi bagi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara Asia. Polemik ini secara tidak langsung . disalahgunakan boleh memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak (Salmah & Malisah, 2015). . Kajian ini dijalankan dalam bentuk kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik .

Journal Design Built Fasiliti Kediaman Bertingkat Volume 4, 2011 32 ISSN: 1985-6881 TINJAUAN KESAN FASILITI K

Na Klar Kapitel 1: Lektion 1 Aufgaben 1 – 13 machen. Na Klar Kapitel 1: Lektion 2 Aufgaben 1 - 3 machen. Literatur: Die Weiße Rose: Seiten 4 5 machen. Vokabeln Seite 49 lernen (D-N) 35. 27. – 31. August Literatur: Seiten 4 5 besprechen Grammatik: C D erläutern Lektion 2: Aufg. 4 – 11 machen Literatur die Weiße Rose: Fragen des 1.

Faust in der Literatur vor Goethe Thema Faust, seit Goethe eine der bekanntesten Figuren der deutschen Literatur, hat eine nicht unbedeutende Geschichte. Es ist umstritten, ob es sich bei dem historischen Faust um Georg Helmstetter oder um (Johann) Georg Faust handelte. Greifbar wird der Erzzauberer erst im Verlauf des 16. Jahr-

Datenbanksysteme II - Ergänzende Literatur zur Vorlesung Benjamin Schnaidt - 24.07.03 - DBSystemeII001.doc 1 / 34 αα DATENBANKSYSTEME II ββ Ergänzende Literatur zur Vorlesung [30.04.03]-G G. ardanri Relational Databases and Knowledge Bases.

ASME Materials Division 2019 Fall News 5 2019 Awards Nadai Medalist: The Nadai Medal is awarded in recognition of significant contributions and outstanding achievements which broaden the field of materials engineering. The 2019 Nadai Medalist is Ellen M. Arruda, Tim Manganello/ Borg Warner Department Chair of Mechanical Engineering, and the Maria Comninou Collegiate Professor of Mechanical .