Persepsi Mahasiswa Terhadap Isu-Isu Perpaduan: Kajian Ke .

3y ago
199 Views
6 Downloads
770.53 KB
10 Pages
Last View : 15d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Wren Viola
Transcription

15Jurnal Personalia Pelajar 16 (2013): 15-24Persepsi Mahasiswa Terhadap Isu-Isu Perpaduan: Kajian ke Atas Pelajar-pelajar Rangkaian UniversitiTeknikal Malaysia (MTUN)(Students’ Perception on Unity Issues: A Study on Students in The Malaysian Technical UniversityNetwork (MTUN)RAZLI AHMAD, HANUM HASSAN & AZUDDIN BAHARIABSTRAKSejak akhir-akhir ini, negara berhadapan dengan pelbagai isu seperti kelembapan ekonomi, perpaduan kaum yangdikatakan semakin rapuh di samping isu mengenai perkembangan politik dalam negara. Isu-isu ini muncul selepasPilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada tahun 2008 yang lalu. Pelbagai tafsiran diberikan antaranya mengaitkankesan pilihan raya sebagai punca kerapuhan hubungan antara kaum di Malaysia. Menariknya, keadaan ini jugadikaitkan dengan pola pemikiran generasi muda iaitu kesukaran untuk memahami pemikiran mereka sehinggamenghasilkan keputusan pilihan raya 2008 yang luar biasa. Sehubungan itu, satu kajian dilaksanakan dalamkalangan mahasiswa khususnya mahasiswa dalam bidang kejuruteraan untuk melihat tahap kesedaran merekaterhadap isu-isu perpaduan. Seramai 506 orang responden yang terdiri daripada empat buah universiti berasaskanteknikal di Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP),Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Teknoligi Tun Hussin Onn (UTHM). Objektifutama kajian ini ialah (i) mengkaji tahap kesedaran terhadap isu-isu mengenai perpaduan kaum, politik, ekonomidan konsep 1 Malaysia dalam kalangan mahasiswa bidang kejuruteraan berasaskan universiti yang berbeza, ii)mengkaji tahap kesedaran mahasiswa daripada universiti berbeza terhadap konsep 1 Malaysia, iii) mengkajipersepsi pelajar dari jantina yang berbeza dengan kesedaran terhadap perpaduan kaum di Malaysia.Kata kunci: Perpaduan, mahasiswa, kesedaran, isu semasaABSTRACTMalaysia lately is confronted with issues such as the economic downturn, racial unity which is alleged increasinglyfragile and in addition to the issue of political developments in the country. These issues emerged after the 12thGeneral Election (GE-12) in 2008. Various interpretations on the fragility of race relations in Malaysia were made,which among them relate to the impact of elections. Amazingly, this belief is also associated with the thoughtpatterns of the younger generations, which is difficult to understand their thinking until the 2008 remarkableelection results. Consequently, a study was conducted among students especially those engineering students togauge their awareness level on the issues of unity. A total of 506 respondents consisting of students from fourtechnical-based universities in Malaysia (MTUN) i.e. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti MalaysiaPahang (UMP), Technical University of Malaysia Melaka (UTEM) and University Teknologi Tun Hussein Onn(UTHM) were selected. The main objective of this study are: i) to examine the level of awareness of the issuesof unity, politics, economics and the concept of 1 Malaysia among the engineering students from the differentuniversities, ii) examine the level of awareness of students from the different universities on 1 Malaysia concept,iii) examine the perceptions of students from different gender on the awareness of racial unity in Malaysia.Keywords: Solidarity, students, awareness, current issues

16PENGENALANPeta Kebahagiaan Global 2006 meletakkan Malaysiadi kedudukan ke 17 yang diiktiraf antara negarayang bahagia di dunia ini. Berbanding dengan negaraDenmark menduduki tempat pertama dalam PetaKebahagiaan Global 2006 yang mempunyai 5.5 jutarakyat. Manakala Malaysia yang mempunyai jumlahpenduduk yang ramai iaitu 26 juta sudah pasti Malaysiasukar ditadbir kerana rata-rata penduduknya terdiridaripada pelbagai kaum, bahasa dan agama (Wan MohdNor, 2011). Namun untuk mengekalkan kedudukanke 17 bukanlah perkara yang mudah kerana pelbagaicabaran seperti pembangunan ekonomi, pemerintahandan kestabilan politik, hubungan antara kaum terpaksadihadapi oleh pemerintah.Cabaran-cabaran ini muncul selepas PilihanRaya Umum ke 12 (PRU 12) yang diadakan padatahun 2008 yang lalu. Pelbagai tafsiran telah diberikanantaranya dengan mengaitkan kesan pilihan rayasebagai punca kerapuhan hubungan antara kaum dinegara kita. Keputusan ‘tsunami’ politik ketika itu jugahasil dari tindakan majoriti pengundi bukan Melayu dansebahagian besar pengundi Melayu yang menzahirkanrasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu dan tanggapanyang bersangkut paut dengan Dasar Ekonomi Baru(DEB) seperti isu bukan Melayu sebagai warganegarakelas kedua, rasuah, pembahagian kontrak, hubunganinter-etnik dan intra-etnik (Shamsul Amri, 2010).Menariknya, keadaan ini juga dikaitkan puladengan pola pemikiran generasi muda yang dikatakanbahawa pemikiran mereka sukar difahami sehinggamenghasilkan keputusan pilihan raya 2008 yang luarbiasa. Mereka, generasi yang unik di mana gaya hidupdan pemikiran ekoran ledakan teknologi maklumatyang luar biasa sehingga mentransformasikan sesebuahmasyarakat tradisi kepada moden. Malah, generasikini berada dalam zaman dan lingkungan yang serbakompleks yang membawa kepada kewujudan jurangsama ada dari segi pengalaman, pengetahuan, pemikirandan juga persepsi.Pemikiran generasi muda mudah terdedahkepada ledakan maklumat di internet dan menyebabkanmereka mudah percaya kepada cerita-cerita negatif diinternet tanpa mahu membuat kajian atau pemikirantambahan. Ini menjadikan golongan ini amat mudahdiracuni pemikiran mereka. Kemunculan cabarancabaran ini telah mendesak pihak pemerintah untukmemperbaiki keadaan-keadaan negatif yang timbulkerana perpaduan yang harmonis antara kaum adalahkunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomidan kestabilan sesebuah negara. Namun begitu, pihakpemerintah masih lagi mencari rentak untuk mengatasikekalutan yang timbul selepas PRU 12 dan ia masihkelihatan belum cukup stabil sehingga hari ini.PERNYATAAN MASALAHMenurut Shamsul Amri (2010), antara masalah yangdihadapi oleh Malaysia pada ketika ini bersangkutpaut kepada kesilapan meletakkan persamaan apabilamenyatakan perpaduan sosial itu sama denganperpaduan ekonomi. Sifat-sifat utama perpaduangagal difahami dan tidak disentuh, antaranya elemenasimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi.Andaian sering diberi jika pembahagian kek ekonomiseperti yang dirancang melalui DEB berhasil, makasecara automatik Malaysia mampu mencapai perpaduanbersifat nasional. Namun, hasilnya tidak seperti yangdiharapkan. Perpaduan nasional telah ditafsirkandengan fahaman sempit dan berubah menjadi satubentuk pertandingan untuk merebut hak milik ekonomi.Dan isu ini menjalar menjadi ‘perebutan nasional’antara kelompok etnik.Oleh itu bagaimana masyarakat menerima danmenyerap isu-isu yang timbul ini akan menentukan kesanjangka panjang kepada negara. Terlalu sensitif denganisu ini juga akan menyaksikan masyarakat berada dalamtekanan, namun sikap tidak mempedulikan isu-isu yangtimbul dalam negara sudah pasti akan mewujudkanmasyarakat yang jumud yang akhirnya merugikanNegara (Michael Backman, 2008). Malah menurutJoseph Stiglitz (dalam Shamsul Amri, 2007), sekiranyahubungan etnik yang harmonis ini tergugat makasurvival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa jugaturut tercabar biarpun kadar pertumbuhan ekonominyamemuaskan dan kestabilan politik kelihatan terbaik.Selain itu satu perkara yang menarik untukditeroka ialah persepsi para mahasiswa universititerhadap isu-isu yang wujud dalam negara. Sering kaliisu yang dinyatakan di atas tertumpu kepada kumpulantertentu sahaja dalam kelompok masyarakat. Kitajuga perlu mengetahui dan cuba meneroka apakahyang difikirkan oleh mahasiswa berkaitan dengan isuisu ini. Sebagai golongan yang bakal mengambil alihkepimpinan negara di masa hadapan, kita wajar melihatapakah persepsi mereka berhubung dengan tiga isuutama dalam negara pada masa kini (Mohd Tajuddin,2010).Namun begitu, dalam kalangan mahasiswa yangberlatarbelakangkan pengajian sains sosial, merekamungkin mudah memahami isu ini dan mempunyaipersepsi tersendiri. Tetapi bagi kumpulan mahasiswauniversiti yang berasaskan bidang sains tulen sepertikejuruteraan dan perubatan mungkin agak berbeza

17dari segi pemikiran mereka ataupun mereka langsungtidak ambil peduli terhadap isu-isu ini. Hal ini keranakumpulan mahasiswa sains tulen ini dikatakan agaksibuk dengan tuntutan pembelajaran sehingga tidak adamasa untuk berfikir mengenai hal-hal yang dinyatakandi atas. Sehubungan itu, satu kajian yang melibatkanmahasiswa universiti berasakan kejuruteraan perludilakukan untuk melihat persepsi mereka terhadap tigaisu-isu yang muncul dalam negara.Hal ini juga amat berkait rapat dengan isuPembangunan Menyeluruh Mahasiswa yang diberiperhatian oleh kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPT). Kesedaran mahasiswa dalam isu-isu utamadalam negara dilihat dapat membantu membangunkanmereka secara menyeluruh kerana secara realitinyamereka akan menyertai dan berada bersama masyarakatwalau dalam apa sekalipun bidang pengajian mereka.Memahami isu-isu semasa dalam masyarakat akanmematangkan mereka sebagai persediaan untuk beradadi tengah masyarakat nanti. Tidak dinafikan, ini jugamerupakan aspek kemahiran insaniah yang diperlukanoleh mahasiswa di universiti.OBJEKTIF KAJIANPada umumnya kajian yang dilaksanakan dalamkalangan mahasiswa khususnya mahasiswa dalambidang kejuruteraan ini adalah untuk melihat tahapkesedaran serta kefahaman mereka terhadap isuisu perpaduan di Malaysia. Secara khususnya kajianobjektif kajian ini ialah;1. Mengkaji tahap kesedaran terhadap isu-isumengenai perpaduan kaum, politik, ekonomi dankonsep 1 Malaysia dalam kalangan mahasiswabidang kejuruteraan berasaskan universiti yangberbeza.2. Mengkaji tahap kesedaran mahasiswa daripadauniversiti berbeza terhadap konsep Satu Malaysia.3. Mengkaji persepsi pelajar dari jantina yang berbezadengan kesedaran terhadap perpaduan kaum diMalaysia.KEPENTINGAN KAJIANKajian yang dilaksanakan diharap dapat membantupihak universiti yang berkaitan bagi memahami polapemikiran pelajar-pelajar bidang kejuruteraan khususnyadalam aspek melibatkan perpaduan kaum di Malaysia.Tindakan susulan yang sesuai dapat dilaksanakandengan tujuan untuk meningkatkan perpaduan dalamkalangan pelajar. Hal ini penting kerana hampir semuauniversiti di negara kita mempunyai pelajar tempatanyang terdiri daripada pelbagai kaum. Kefahaman pihakpentadbir universiti dalam hal ini pastinya akan dapatmembantu universiti dalam berhadapan dengan isuisu yang melibatkan kaum. Dalam masa yang samauniversiti dapat memainkan peranan untuk memajukannegara ini sebagaimana yang diharapkan oleh pihakpihak pemegang taruhnya.METODOLOGI KAJIANKajian ini menggunakan kaedah tinjauan bagi melihattahap kesedaran serta kefahaman mahasiswa terhadapisu-isu perpaduan di Malaysia. Kajian ini melibatkanresponden seramai 600 orang pelajar yang terdiridaripada pelajar-pelajar di universiti berasaskanteknikal atau dikenali sebagai MTUN (MalaysiaTeknikal University Network), yang terdiri daripadaUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP), UniversitiMalaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal MalaysiaMelaka (UTEM) dan Universiti teknologi Tun HussinOn) UTHM. Sebanyak 150 borang soal selidikdiedarkan kepada responden di setiap universiti yangterlibat. Namun, hanya 506 borang soal selidik sahajayang dikembalikan.Soalan yang dikemukakan terdiri daripada duabahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A soalanberkaitan demografi responden manakala bahagian Bpula menjurus kepada pembolehubah yang berkaitandengan isu-isu perpaduan kaum iaitu kesedaranterhadap perpaduan kaum, politik,ekonomi dan jugakonsep 1 Malaysia. Soalan dikemukakan menggunakanskala interval 1- 7 (1 sangat tidak setuju, 2 tidaksetuju, 3 kurang setuju, 4 tidak pasti, 5 sederhanasetuju, 6 setuju dan 7 sangat setuju). Kajian rintisjuga dilakukan bagi melihat kebolehpercayaan dankesahihan soalan dari setiap pembolehubah yang dikaji.Berikut adalah dapatan kajian rintis yang dilakukan;JADUAL 1. Nilai Cronbach’s Alpha kajian rintisPembolehubah (n 40)Nilai AlphaPerpaduan Kaum.8065Politik.7260Ekonomi.6465Konsep 1 Malaysia.9026

18Berdasarkan jadual diatas, nilai alpha kajianrintis berada pada tahap yang meyakinkan. Keempatempat pembolehubah yang dikemukakan itu mempunyainilai .6 keatas. Nunnally (1978), menyarankan bahawanilai 0.6 hingga 0.8 adalah ukuran nilai yang lazimnyaditerima, manakala nilai 0.8 ke atas adalah terbaik.Menurut Kerlinger (1973), satu kajian yang amat tinggikebolehpercayaannya akan mempunyai ciri-ciri yangstabil, ketekalan, keramalan dan ketepatan.KAJIAN LITERATURBanyak kajian-kajian yang berkaitan dengan isu-isuperpaduan kaum telah dilakukan di Malaysia. Namun,selari dengan perubahan masa dan keadaan, isu-isu yangberkaitan dilihat cepat berubah kerana dipengaruhi olehperkembangan semasa. Dua perkara utama yang dilihatcepat memberi suntikan perubahan kepada isu tersebutialah faktor ekonomi dan politik. Malah dua isu inisering menjadi asas kepada perhubungan kaum sertaperpaduan di Malaysia.Kajian mengenai isu-isu ini bermula sejaktahun 1970an lagi. Hirschman (1972), Rabuska (1968)misalnya telah menulis hubungan diantara kaum diMalaysia serta kedudukan stratifikasi sosial masyarakatmengikut etnik di Malaysia. Perbezaan pendapatanyang tinggi diantara orang Melayu dengan orang Cinadan India di katakan agak ketara. Hal ini menyumbangkepada kecenderungan konflik diantara mereka.Kajian yang dilakukan oleh Ibrahim (1980),yang menumpukan kepada soal penghayatan identitinasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaumantara lain mendapati kebanyakkan kaum bukanMelayu kurang mempunyai sikap positif dalamproses pembinaan negara bangsa. Lebih mengejutkankajian tersebut juga mendapati kaum Melayu jugamenunjukkan sikap negatif terhadap bangsa atauelemen-elemen kebangsaan bila mana menyifatkanHari Kebangsaan adalah hari cuti umum semata-mata.Manakala Tan Chee Beng (1982) melihatperspektif hubungan etnik di Malaysia berfokus kepadadua kelompok utama yang dilihat signifikan iaitumasyarakat Cina dan Melayu. Hubungan andara duakumpulan masyarakat ini sering dilihat turun naik,tetapi sangat penting dalam menentukan keseimbanganpolitik dan sosio ekonomi Malaysia. Kedudukan yangsetara akan menimbulkan rasa saling menghormatiantara mereka jesteru akan menjamin kesentosaandalam kehidupan dan negara.Thock Ker Pong dalam Sarjit dan Lee (2008),menyatakan bahawa meskipun Malaysia memilikisatu model politik yang ampuh untuk masyarakatmajmuk bertunjangkan gabungan parti-parti politik,namun hakikatnya stabiliti yang wujud dalam negarasebenarnya rapuh. Hal ini dikatakan menepati kajianyang pernah dilakukan oleh Arend Lijphart (1977)iaitu keseimbangan yang dicapai dalam negara majmuktanpa penguasaan akan bersifat sementara dan bakalmembahayakan hubungan etnik dimasa hadapan. Initelah dibuktikan apabila berlaku peristiwa 13 Mei1969 dahulu. Selepas itu muncul pula situasi hagemoniMelayu iaitu satu hakikat yang sukar diterima olehorang-orang Cina di Malaysia. Hal ini masih dirasakansehingga sekarang dan dikatakan antara menjadi puncakemenangan banyak kerusi parti pembangkang Cinaterutama DAP semasa pilihanraya umum tahun 2008.Pandangan yang lebih jelas terhadap strukturperkongsian kuasa semakin ditekankan akhir-akhir inisupaya ianya dapat menyumbang kepada keamanan,perpaduan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.Misalnya Kartini dan Suhana, (2010), menekankanbahawa perkongsian kuasa politik yang melibatkan lebihdari dua kumpulan etnik akan mampu menghasilkankesan yang baik. Ianya akan memastikan bahawagabungan tersebut tidak akan meminggirkan manamana kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyainilai daya saing secara positif untuk menyumbangkepada kesejahteraan. Hal ini sangat penting diamalkandalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakatmajmuk seperti Malaysia.Denison Jayasuria (2010), menekankanbahawa perpaduan nasional merupakan ‘temautama’ dalam pembinaan negara terutamanya setelahnegara merdeka. Dengan mempunyai masyarakatyang pelbagai, sekali lagi topik berkaitan denganperkongsian kuasa dikatakan sebagai antara mekanismautama untuk mencapai perpaduan tersebut. Dikatakanbahawa peranan kerajaan yang memerintah adalahpenting untuk menganjur atau menggerakkan programmerangsang minda rakyat supaya rakyat faham denganjelas matlamat sesuatu dasar atau program. Hal inimungkin boleh dikaitkan dengan pengamalan Konsep1Malaysia sekarang.Dalam hubungan ini, Sivamurugan Pandian(2010), menyatakan bahawa generasi muda negaraperlu lebih memahami aspirasi negara, sanggupberkorban dan memberi fokus untuk mengisi erapembangunan negara dimasa akan datang. Kumpulanini mesti menghayati prinsip-prinsip rukun negara,perlembagaan serta dasar-dasar yang dilaksanakanoleh kerajaan yang dilihat ingin membawa negara inikearah yang lebih baik. Mempunyai nilai-nilai patriotikmerupakan sesuatu yang sangat dituntut daripadagenerasi muda ini. Beliau menegaskan bahawa tidakdapat disangkal lagi, generasi muda Malaysia adalah

19mereka yang akan mewarisi negara ini dimasa hadapanjesteru pemikiran dan tindakan yang bertul olehgenerasi ini amat dituntut supaya pengharapan bolehterus diletakkan ketas mereka.Justeru beberapa pendekatan kerajaanseperti transformasi politik, transformasi kerajaan,plan transformasi ekonomi, konsep Satu Malaysiadisarankan untuk dihayati oleh generasi muda ini. Iamemerlukan penghayatan, penghormatan, keyakinanserta pengetahuan terhadap semua pendekatanpendekatan ini bagi membolehkan generasi mudamudah memainkan peranan serta tanggungjawabmereka. Ini akan membina satu keyakinan generasidewasa kepada generasi muda kita khususnya merekayang terpelajar dan berada di institusi pengajian tinggi.David dan Robin (2002), menyatakan bahawa dalammengurus sesebuah organisasi yang mempunyaikepelbagaian (boleh dikaitkan dalam bernegara),tidak sahaja memerlukan kawalan tetapi dalam masayang sama perlu melakukan gerakan yang dapatmengembangkan potensi ahli atau rakyat. Merekamenyarankan perlu ada sepuluh perkara untuk kearahitu iaitu, jelaskan motivasi, jelaskan visi, kembangkanfokus organisasi, semak nilai-nilai utama kita, buatperubahan terhadap penilaian kita, buat perubahankepada sistem, lakukan perubahan kepada model sediaada,bantu mereka yang berkebolehan dan terakhir ialahteruskan tindakan-tindakan penambahbaikkan secaraberterusan. Jika sepuluh perkara ini diteliti secaramendalam kita rasa ianya mempunyai kaitan denganpolisi kerajaan Malaysia sekarang khususnya dalamperlaksanaan Konsep Satu Malaysia.Justeru perpaduan dan hubungan kaummerupakan agenda penting negara supaya situasi negarasentiasa dalam keadaan terjamin. Isu utama disiniialah apakah generasi muda kita khususnya golonganterpelajar di universiti mampu menghayati keperluan iniuntuk di galas sehingga tiada penghujungnya. Merekakini dilihat masih terperangkap dengan pelbagaisegmentasi samada sengaja dibuat atau memang benarkewujudannya. Tetapi sebagai seorang terpelajarmereka perlu lihat dimensi baru dalam semua aspekitu. Sebahagiannya hanya berminat mengembangkanpersepsi yang sememangnya telah lama wujud dalamsoal-soal hubungan kaum dan perpaduan ini. Oleh itu,soal kajian hubungan kaum dan perpaduan di institusipengajian tinggi dinegara kita masih kekal relevan sertaperlu dilihat sebagai elemen yang penting dan perludiberi perhatian secara berterusan (Mansor et. al,2005).JADUAL 2. Demografi respondenJantinaLelaki206 (40.7%)Perempuan300 (59.3%)KeturunanMelayu346 (68.4%)Cina87(17.2%)India44(8.7%)Bumi S/S26 (5.15)Lain-Lain3 (.6%)Umur18-2099 (19.6%)21-23322 (63.6%)24-26(13.8%)27-3014 (2.8%)31 ke atas1 kan jadual di atas didapati responden kajianagak seimbang antara lelaki dan perempuan. Manakaladari segi keturunan kaum didapati, responden Melayumendominasi kajian ini dengan jumlah melebihi 346orang (68.4%) diikuti oleh Cina 87 orang (17.2%) sertaIndia 44 orang (8.7%), Bumiputra Sabah Sarawak danlain-lain kaum sekitar

diterima, manakala nilai 0.8 ke atas adalah terbaik. Menurut Kerlinger (1973), satu kajian yang amat tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai ciri-ciri yang stabil, ketekalan, keramalan dan ketepatan. KAJIAN LITERATUR Banyak kajian-kajian yang berkaitan dengan isu-isu perpaduan kaum telah dilakukan di Malaysia. Namun,

Related Documents:

terhadap persepsi masyarakat. Sedangkan secara parsial . tingk. at pelayanan . pengaruhnya tidak signifikan terhadap persepsi masyarakat pada perbankan syariah, sehingga hipotesis ke-1 pada penelitian ini tidak teruji kebenarannya. Tingkat . fasilitas berpengaruh . signifikan. terhadap persepsi masyarakat pada perbankan . syari

persepsi dan sikap, ruang lingkup dari teori yang digunakan adalah berasal dari teori perbankan syariah dan ilmu sosial. Teori ini mencakup tentang persepsi-persepsi masyarakat Kelurahan Pasar Muarasipongi terhadap perbankan syariah yang berbeda-beda, dan akan dibahas sesuai dengan persepsi yang ditemukan peneliti dilapangan.

Persepsi Masyarakat Terhadap Bank Syariah (Studi Pada Desa Bakti Kecamatan Ponrang Selatan Kabupaten Luwu), Skripsi Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam (di Bimbing oleh Dr. Rahmawati, M.Ag dan Hendra Safri, SE.,M.M) Kata Kunci: Persepsi, Masyarakat, Bank Syariah Penelitian ini membahas tentang Persepsi Masyarakat Terhadap Bank

3.3.2 Pengaruh Persepsi Masyarakat terhadap Minat Nasabah dalam Memilih Menabung pada Bank Syariah Variabel persepsi masyarakat berpengaruh terhadap minat nasabah dalam menabung pada bank syariah. Hal ini ditunjukkan pada nilai t hitung t tabel (3,378 1,985 yang menunjukkan bahwa terdapat pengaruh antara persepsi masyarakat terhadap

menunjukan bahwa persepsi masyarakat terhadap produk perbankan syariah masyarakat masih sangat kurang. Adapun Faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap produk perbakan syariah adalah faktor pengetahuan, sikap, minat dan kebutuhan. Kata Kunci: Persepsi, Masyarakat, Produk-Produk Perbankan syariah di Bank BNI Syariah.

BAB II TINJAUAN PUSTAKA A. Persepsi 1. Pengertian persepsi Persepsi merupakan suatu proses dimana individu melakukan pengorganisasian terhadap stimulus yang diterima dan menginterpretasikan, sehingga seseorang dapat menyadari dan mengerti apa yang diterima dan hal ini juga dapat di pengaruhi oleh pengalaman-

sistem pendidikan akuntansi (Dian, 2012). Mengingat pentingnya PPAk bagi mahasiswa akuntansi maka diperlukan motivasi dari dalam diri mahasiswa terhadap minat untuk mengikuti PPAk. Minat merupakan keinginan yang timbul dari dalam diri mahasiswa untuk mengikuti pendidikan profesi, di mana minat setiap mahasiswa sangatlah beragam hal tersebut tergantung pada pribadi masing-masing mahasiswa .

Anatomi dan Fisiologi Sistem Muskuloskeletal 2.1.1. Sistem Otot (Muscular System) 2.1.1.1. Otot (Musculus) 2.1.1.1.1. Definisi Otot adalah sebuah jaringan yang terbentuk dari sekumpulan sel-sel yang berfungsi sebagai alat gerak. Jaringan otot sekitar 40% dari berat tubuh. Otot melakukan semua gerakan tubuh. Otot mempunyai sel-sel yang tipis dan panjang yang mengubah energi yang tersimpan dalam .