FAUZIAH HANIM BT MD YUSOF - Universiti Sains Malaysia

3y ago
18 Views
2 Downloads
517.24 KB
38 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Aydin Oneil
Transcription

PENGGUNAAN PEMODELAN PERSAMAANBERSTRUKTUR UNTUK MERAMAL TINGKAH LAKUAKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN GURUSEKOLAH RENDAH DI PERAKFAUZIAH HANIM BT MD YUSOFUNIVERSITI SAINS MALAYSIA2016

PENGGUNAAN PEMODELAN PERSAMAANBERSTRUKTUR UNTUK MERAMAL TINGKAH LAKUAKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN GURUSEKOLAH RENDAH DI PERAKolehFAUZIAH HANIM BT MD YUSOFTesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagiIjazah Doktor FalsafahSEPTEMBER 2016

PENGHARGAANBersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNya maka tesis ini berjaya dihasilkan.Kajian ini telah dapat saya hasilkan dengan bimbingan, bantuan, sokongan dankerjasama daripada pelbagai pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan ribuan terima kasih kepada Penyelia Utama saya, iaitu ProfesorMadya Dr. Ahmad Tajuddin Othman dan Penyelia Bersama, iaitu Profesor Madya Dr.Mohd Ali Samsudin atas segala nasihat, bimbingan, panduan dan tunjuk ajar secarailmiah serta profesional secara berterusan sehingga terhasilnya tesis ini. Penghargaandan terima kasih juga saya tujukan kepada Dekan, Timbalan Dekan dan staf di PusatPengajian Ilmu Pendidikan.Penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua individu daninstitusi yang turut membantu saya dalam menyempurnakan kajian dan tesis ini. Sayaamat berterima kasih dan berhutang budi kepada keluarga terutamanya ayahanda Hj.Md Yusof bin Hj. Ahmad dan Almarhumah bonda Hjh. Che Nah bt. Hj. Jaafar, makcik,kakak, abang-abang dan rakan-rakan. Jasa, sokongan dan kerjasama tuan-puan amatsaya hargai. Penghargaan yang paling istimewa ditujukan kepada kelima-lima anaksaya yang sentiasa sabar, memberi dorongan dan menjadi sumber inspirasi untuk sayaterus belajar sehingga sempurna pengajian ini.Fauziah Hanim binti Md YusofSeptember 2016ii

KANDUNGANMuka SuratPENGHARGAANiiKANDUNGANiiiSENARAI JADUALixSENARAI RAJAHxiABSTRAKxiiABSTRACTxivBAB SATU: PENGENALAN1.1Pendahuluan11.2Latar Belakang Kajian61.3Latar Belakang Masalah101.4Penyataan Masalah121.5Objektif Kajian131.6Soalan Kajian141.7Pernyataan Hipotesis151.8Kerangka Teori171.8.1Kerangka Kajian171.8.2Kesan Perancangan201.8.3Pengaruh Indeks Jisim Badan (BMI)211.8.4Kesan Tingkah Laku Lampau21iii

1.8.5Kesan Pengaruh Ilmu Pengetahuan221.9Rasional kajian231.10Kepentingan Kajian261.11Batasan kajian291.12Definisi konsep dan operasional kajian301.13Rumusan35BAB DUA: TINJAUAN LITERATUR2.1Pendahuluan362.2Aktiviti fizikal dan keobesan382.2.141Aktiviti fizikal dan keobesan dalam kalangan guru2.3Aktiviti fizikal dan Kecergasan442.4Pendekatan teori472.4.1Teori Tingkah laku Terancang(TPB)47i)Sikap dan tingkah laku terhadap aktiviti fizikal50ii)Norma subjektif terhadap niat.51iii)Tanggapan kawalan tingkah laku terhadap niat53iv)Tingkah laku terhadap aktiviti fizikal542.5Teori Tingkah laku Terancang dan aktiviti fizikal542.6Kerangka Konsep Kajian562.7Kepentingan Perancangan dalam komponen TPB572.8Kepentingan pengalaman lampau dalam komponen TPB592.9Perhubungan Indeks Jisim Badan (BMI) dalam aktiviti fizikal602.10Rumusan61iv

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN3.1Pendahuluan623.2Reka bentuk kajian623.3Sampel kajian643.4Instrumen kajian663.4.1Instrumen 1: Sikap terhadap aktiviti fizikal683.4.2Instrumen 2: Norma subjektif683.4.3Instrumen 3: PBC693.4.4Instrumen 4: Niat703.4.5Instrumen 5: Perancangan703.4.6Instrumen 6: Tingkah laku lampau703.4.7Instrumen 7: GAPQ713.5Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen733.6Kajian Rintis743.6.175Dapatan kajian rintis instrumen3.7Prosedur kajian803.8Prosedur analisis data kajian813.8.1Structural Equation Modelling (SEM)813.8.2Statistik Deskriptif833.93.8.3. Pengukuran dan Pengiraan aktiviti fizikal84Rumusan87BAB EMPAT:DAPATAN KAJIAN4.1Pendahuluan884.2Analisis Data Demografi88v

4.34.2.1Taburan sampel mengikut Indeks Jisim Tubuh (BMI)914.2.2Taburan sampel mengikut tahap aktiviti fizikal91Analisis data menggunakan SEM92Fasa 1 Spesifikasi model93Fasa 2 Identifikasi model94Fasa 3 Anggaran model95Fasa 4 Model ujian964.4Analisis hipotesis dari SEM1084.5Analisis Perbezaan Model pengukuran Kumpulan Obes danKumpulan Bukan Obes4.5.1110Perbandingan dua kumpulan dilakukan pada model strukturalantara kumpulan obes dengan bukan obes4.6Perbandingan antara dua kumpulan dilakukan pada model struktural116125BAB LIMA: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN5.1Pendahuluan1285.2Demografi latar belakang1285.3Ringkasan dapatan kajian1305.3.15.3.25.3.35.3.45.3.5Hubungan Sikap, Norma Subjektif dan Tanggapan KawalanTingkah Laku dengan Niat131Hubungan Sikap, Norma Subjektif dan Tanggapan KawalanTingkah Laku dengan Aktiviti Fizikal133Hubungan Perancangan dengan Sikap, Norma Subjektif danKawalan Tingkah Laku134Hubungan Tingkah Laku Lampau dengan Sikap, NormaSubjektif dan Tanggapan Kawalan Tingkah laku135Hubungan Perancangan dengan Aktiviti Fizikal136vi

5.45.55.3.6Hubungan Tingkah Laku Lampau dengan Aktiviti Fizikal1375.3.7Hubungan Niat dengan Aktiviti Fizikal139Perbandingan Model antara Kumpulan Bukan Obes dengan KumpulanObes140Implikasi Kajian1485.5.1Implikasi kepada teori dan penggunaan SEM1485.5.2Implikasi kepada guru1495.5.3Implikasi kepada pihak IPG1525.5.4Implikasi kepada polisi1535.6Cadangan Kajian Lanjutan1535.7Rumusan1575.8Kesimpulan158SENARAI RUJUKAN160LAMPIRAN173Lampiran A:Plot ScreeLampiran B: Dapatan data hilangLampiran C: Dapatan normalitiLampiran D: Soal selidikLampiran E: Surat perakuan sebagai siswa USMLampiran F:Surat permohonan mendapat maklumat di sekolahvii

SENARAI JADUALMuka SuratJadual 1.1Tahap Aktiviti Fizikal32Jadual 3.1Sumber Instrumen Yang Diadaptasi67Jadual 3.2Ringkasan Instrumen Kajian72Jadual 3.3Dapatan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Rintis76Jadual 3.4Kriteria Nilai-Nilai bagi Sesuatu Model PengukuranBoleh Diterima78Jadual 3.5Bilangan Instrumen Kajian Sebenar79Jadual 3.6Klasifikasi Indeks Jisim Badan (BMI)84Jadual 3.7Nilai MET dalam Tiga Domain Yang Diukur86Jadual 4.1Maklumat Demografi89Jadual 4.2Laporan Kendiri Responden90Jadual 4.3Maklumat Sampel Berdasarkan BMI91Jadual 4.4Maklumat Sampel Berdasarkan Aktiviti Fizikal92Jadual 4.5Muatan Faktor, Pengukuran Kesahan danKebolehpercayaan bagi Semua Item101Jadual 4.6Kolerasi antara Faktor dalam Model Pengukuran102Jadual 4.7Rumusan Goodness of Fit bagi Model Pengukuran103Jadual 4.8Rumusan Goodness of Fit bagi Model Struktural106Jadual 4.9Keputusan Analisis SEM108Jadual 4.10Keputusan Pengujian Hipotesis/Alternatif109Jadual 4.12Rumusan Goodness of Fit bagi Perbandingan antaraKumpulan Obes dengan Kumpulan Bukan Obesviii112

Jadual 4.13Nilai Nisbah Kritikal Perbezaan bagi Variabelantara KumpulanJadual 4.14116Rumusan Goodness of Fit Model Struktural antaraKumpulanJadual 4.15117Nilai Nisbah Kritikal Perbezaan bagi VariabelAntara KumpulanJadual 4.16118Nilai Nisbah Pekali Regresi Piawai (C.R.) danKesignifikanan antara Kumpulan Bukan ObesJadual 4.17dengan Kumpulan Obes119Kesan Piawaian Kausal Terhadap Model Struktural125ix

SENARAI RAJAHMuka SuratRajah 1.1Penyebab-penyebab obesiti.2Rajah 1.2Kerangka teori tingkah laku terancang (TPB) (Ajzen,1985).18Rajah 1.3Kerangka kajian.20Rajah 2.1Teori tingkah laku terancang (TPB) (Ajzen, 1985).50Rajah 2.2Kerangka konsep kajian.57Rajah 2.3Model The Health Action Process Approach (HAPA)(Schwarzer, 1995).Rajah 2.459Dapatan kajian rintis model pengukuran menggunakananalisis SEM dan perisian AMOS.77Rajah 3.1Rumusan prosedur kajian yang akan dijalankan.72Rajah 3.2Enam langkah dalam proses SEM.85Rajah 4.1Model pengukuran.99Rajah 4.2Model struktural.105Rajah 4.3Laluan menggambarkan hipotesis.107Rajah 4.4Model laluan nilai nisbah kritikal bagi kumpulan obesdan kumpulan bukan obes.114x

PENGGUNAAN PEMODELAN PERSAMAAN BERSTRUKTUR UNTUKMERAMAL TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGANGURU SEKOLAH RENDAH DI PERAKABSTRAKMelakukan aktiviti fizikal yang berterusan dapat menghalang kebanyakanpenyakit kronik sebagai akibat gaya hidup sedentari pada masa kini. Jumlah rakyatMalaysia yang melakukan aktiviti fizikal secara teratur masih rendah. Kajian sebelumini menunjukkan bahawa 55.4 peratus daripada guru sekolah rendah di Perak didapatimengalami masalah kegemukan dan obes. Hal ini amat berkaitan dengan tahap aktivitifizikal yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yangberkaitan dengan tingkah laku aktiviti fizikal dalam kalangan guru sekolah rendah dinegeri Perak. Seramai 509 subjek yang terdiri daripada 168 lelaki dan 341 perempuantelah menjawab soal selidik. Satu kajian perbandingan antara kumpulan guru yangmengalami kegemukan dan obes dengan kumpulan guru yang mempunyai BMI normaljuga dilakukan. Teori yang menjadi asas kajian adalah Teori Tingkah laku Terancang(TPB) dan analisis kajian menggunakan Structural Equation Modeling (SEM) atauPermodelan Persamaan Berstruktur dengan perisian SPSS@AMOS. Keputusanmenunjukkan model struktural yang dihasilkan dapat memberi penambahbaikanmaklumat yang dikaji. Faktor sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkahlaku mempunyai hubungan positif terhadap niat. Manakala faktor perancangan dantingkah laku lampau mempunyai hubungan positif terhadap melaksanakan aktivitifizikal tahap sederhana ke tahap aktif. Peramal utama dalam menentukan kejayaanataupun kegagalan melaksanakan tingkah laku aktiviti fizikal ini adalah faktor sikap,xi

diikuti dengan tanggapan kawalan tingkah laku dan norma subjektif. Faktorpengalaman lampau dan perancangan perlu diambil kira dalam menggalakkan golonganguru sekolah rendah ini untuk melaksanakan aktiviti fizikal tahap sederhana untukmencapai 600 MET-min/minggu.xii

USAGE OF STRUCTURAL EQUATION MODELING FOR PREDICTINGPHYSICAL ACTIVITY BEHAVIOUR AMONG PRIMARY SCHOOLTEACHERS IN PERAKABSTRACTDoing regular physical activity can prevent many chronic diseases as a result ofa sedentary lifestyle nowadays. The number of Malaysians who do regular physicalactivity is still low. Previous study showed that 55.4 percent of primary school teachersin Perak were found to be overweight and obese. It is strongly associated with lowlevels of physical activity. This study aims to identify factors related to physical activitybehaviour among primary school teachers in the state of Perak. A total of 509 subjectsconsisted of 168 men and 341 women responded to a questionnaire. A comparativestudy between groups of teachers who are overweight and obese with a group ofteachers who have a normal BMI also was done. The theory underlying the study is thetheory of Planned Behaviour (TPB) and analytical studies using the Structural EquationModelling (SEM) with the SPSS@AMOS software. Results showed that the structuralmodel generated can improve the information studied. Attitude, subjective norm andperceived behavioural control has a positive relationship with intention. While planningfactors and past behaviour has a positive correlation to perform moderate levels ofphysical activity to the active stage. The main predictor in determining the success orfailure to perform physical activity behaviour are attitude, followed by perceivedbehavioural control and subjective norm. Past experience and planning factors shouldbe considered in encouraging primary school teachers to perform moderate levels ofphysical activity to reach at least 600 MET-min / week.xiii

BAB SATUPENGENALAN1.1PendahuluanAktiviti fizikal yang berterusan merupakan perkara penting dalam menghalangkebanyakan penyakit terutama penyakit kronik disebabkan gaya hidup sedentari padamasa kini. Malaysian Adults Nutrition Survey (MANS) yang dijalankan dari Oktober2002 hingga Disember 2003 mendapati hanya 14 peratus orang dewasa di Malaysiayang terlibat dengan senaman (MANS, 2003). Manakala dalam sehari, 74 peratusorang dewasa di Malaysia menghabiskan masa dengan aktiviti sedentari sepertimenonton televisyen, tidur ataupun hanya berbaring.Tambahan pula sekarang ini dengan pelbagai kemudahan yang ada, orang ramailebih memilih untuk menaiki lif walaupun hanya ke Tingkat Satu berbanding menaikitangga. Mereka berkereta atau bermotosikal ke kedai walaupun kedai hanya beberapameter dari rumah berbanding berjalan. Apabila berada di rumah pula, segala-galanyahanya memerlukan alat kawalan jauh, tidak perlu lagi turun dari kereta untukmembuka pintu pagar, menukar siaran televisyen mahupun memperlahan kipas angin.Kecanggihan teknologi masa kini menjadikan manusia kurang melakukan aktivitifizikal yang sepatutnya. Aktiviti fizikal yang lazimnya dilakukan telah diganti denganpertolongan alat moden berteknologi terkini. Oleh itu, aktiviti fizikal perlu diberipenekanan untuk masyarakat terus bergerak aktif dan dilakukan tanpa berasa malas.Sebagai akibat ketidakcergasan dan ditambah dengan kehidupan sedentari masa kini,1

gejala obesiti semakin meningkat dalam masyarakat Malaysia (Third National Healthand Morbidity Survey – NHMS III, 2008).Masalah obesiti mengganggu kehidupan sebagai akibat pengambilan jumlahmakanan yang sama tetapi kurang menggunakan tenaga untuk aktiviti-aktiviti fizikal(Salbe & Ravussin, 2000). Keobesan jelas menunjukkan bahawa seseorang itu sangatkurang melakukan aktiviti fizikal. Rajah 1.1 menunjukkan pelbagai penyebab obesitiyang mempengaruhi pengumpulan lemak dan menjadikan seseorang itu obes. Hal initermasuklah aras aktiviti fizikal yang juga menjadi penyebab kepada kejadian obesjika tidak dilakukan secara berterusan. Faktor genetik Faktor metabolik &endokrin Statussosioekonomi Aras aktivitifizikal Pemakanan MerokokOBESITI Ras Gender Umur KehamilanRajah 1.1. Penyebab obesiti (diubahsuai daripada Salbe & Ravussin, 2000).Untuk menghalang obesiti berlaku pada peringkat dewasa maka peringkatremaja dan kanak-kanak adalah masa yang paling sesuai untuk diberi kesedarankepentingan menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih bermakna dengan2

mengamalkan gaya hidup sihat (Dehghan, Akhtar-Danesh & Merchant, 2005;Parsons, Power, Logan & Summerbell, 1999; Chan & Woo, 2010). Dapatan kajianmenunjukkan 10.5 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengalami kegemukan dan6.0 peratus obes. Manakala bagi golongan 18 tahun ke atas, NHMS III (2008)mendapati masalah lebihan berat badan adalah tinggi iaitu 28.6 peratus berbanding16.6 peratus sebelumnya (NHMS II, 1996) dan dibandingkan juga yang dilaporkanoleh MANS (2003) iaitu 27.4 peratus. Manakala masalah obesiti juga telah meningkatdari semasa ke semasa iaitu dari 4.4 peratus pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 12.7peratus dalam tahun 2003 (MANS, 2003) dan sekarang ini pada tahap 14.2 peratus.Masalah obesiti abdominal, pada keseluruhannya tinggi iaitu 17.4 peratus.Pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak dan remaja dalam pendidikankesihatan dan aktiviti fizikal yang diikuti sepatutnya merangkumi dorongmerekalebihbertanggungjawab dalam membuat keputusan yang berteraskan tingkah laku dansikap kendiri. Fungsi individu berasaskan kepada tabiat yang dibangunkan dandikembangkan. Pembinaan tabiat yang sihat ini perlu untuk menjamin kesihatan yangbaik sepanjang hayat. Tujuan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan PendidikanKesihatan (PJPK) memfokus kepada membentuk insan yang seimbang secarakeseluruhannya dari segi emosi, rohani, jasmani, dan intelektual selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan.Kemahiran asas dapat diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran matapelajaran PJPK ini. Kemahiran asas dalam melakukan senaman perlu dikuasai olehmurid agar lebih berkeyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih terancang3

dan tidak malu melakukannya. Manakala pengetahuan berkaitan diet seimbang bolehdipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Berkeyakinan dengankebolehan diri sendiri dalam melakukan senaman merupakan peramal dalammenentukan aktiviti fizikal dalam kalangan remaja (Sallis, Haskell, Wood, Fortmann,& Vranizan, 1986; Wilcox et al., 2009). Pendidikan melalui fizikal ini juga adalahpenting untuk memperlihatkan perlakuan jasmani yang merupakan matlamat asaspendidikan. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan yang progresif, iaitu untukmemberi kesedaran terhadap masyarakat tentang kehidupan yang lebih bermakna danjuga demokratik. Matlamat Pendidikan Jasmani adalah untuk meningkatkankecergasan jasmani murid sementara Pendidikan Kesihatan tertumpu kepadapenjagaan kesihatan asas.Keberkesanan penyampaian pelajaran terletak kepada ilmu pengetahuan sertasikap dan kreativiti guru tentang cara sesuai untuk menyatupadukan kedua-dua matapelajaran ini (Ayvazo, Ward & Stuhr, 2010). Pengalaman guru sendiri dalammengamalkan gaya hidup sihat dan terlibat secara langsung dalam aktiviti fizikaldapat memberi input yang lebih berkualiti dalam pengajaran pembelajaran berkaitan(Pearman III et al., 1997). Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai pendidikanmelalui pergerakan dan hendaklah dikendalikan sedemikian rupa mengikutpengertiannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996). Aktiviti fizikal dari tahapsederhana ke tahap aktif jelas dikenal pasti dapat mengekalkan tahap kesihatan yangbaik bagi seseorang individu jika ia mencapai tahap 600 MET-min/minggu (WHO,2002).4

Penyakit berkaitan kardiovaskular, hipertensi, diabetes, kanser kolon danpenyakit yang berkaitan psikiatri seperti mengalami tekanan perasaan dankemurungan merupakan penyakit yang ada kaitan dengan ketidakaktifan dalammelakukan aktiviti fizikal (Kaplan, Sallis & Patterson, 1993). Mereka yang sentiasamelakukan aktiviti fizikal secara konsisten telah dapat mengurangkan risiko penyakitkardiovaskular, hidup lebih lama dan sentiasa bersemangat dalam menjalanikehidupan yang berkualiti (Kaplan et al., 1993; Sallis et al., 1986). Aktiviti fizikalyang sentiasa dilakukan dapat menolong mencegah pembentukan lemak badan,membantu membina dan mengekalkan tulang dan sendi yang kuat serta sihat. Aktivitifizikal juga dapat membaiki kekuatan dan daya tahan otot dan memberi pemantapandari segi psikologikal (Goldfield et al., 2010; Vincent & Pangrazi, 2000).Hockey (1993) menyatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan fizikalyang dapat membantu seseorang melakukan aktiviti harian dengan pantas dan cepat,tanpa berasa penat. Kecergasan juga dapat mengurangkan segala masalah kesihatanyang berkaitan dengan kurangnya aktiviti bersenam. Kecergasan akan juga menjadiasas kepada penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti fizikal tanpa berasa kekok danseterusnya dapat meningkatkan jati diri dan bermasyarakat. Seseorang yang cergasjuga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik (Chomitz et al., 2010).Masyarakat perlu melibatkan diri dalam aktiviti fizikal agar lebih cergas dan lebihsihat dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam erti kata lain, amalan gaya hidupsihat dan aktif merupakan kunci dalam menangani penyakit kronik masa kini.Semua orang telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti fizikal melalui matapelajaran PJPK secara formal yang mula diperkenalkan semenjak prasekolah lagi.5

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengadakan pelbagai kempen dalammembimbing masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Pelbagai aktivitidiperkenalkan agar masyarakat dapat hidup cergas dan mempunyai tahap kesihatanyang berkualiti. Banyak kemudahan awam seperti taman permainan dan gelanggangpelbagai guna dibina bagi kemudahan orang awam melakukan aktiviti fizikal. Malahkerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan tersebut. Tetapi yang menjadiPersoalannya, kenapa masih ramai yang tidak dapat mengamalkan gaya hidup sihatini?1.2Latar Belakang KajianMasyarakat di Malaysia masih rendah dalam melakukan aktiviti fizikal secarateratur. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dijalankan ke atas warga kota di KualaLumpur (Wan Rabiah, Patterson & Pegg, 2010). Wan Rabiah et al. (2010)melaporkan 34.9 peratus warga kota ini menyatakan mereka cuba mencapai tahapberjalan memadai bagi tahap kesihatan yang membawa faedah, walaupun didapati65.1 peratus tidak menepati standard yang ditetapkan. Manakala 27.4 peratus tidakmelakukan aktiviti berjalan sama sekali. Hanya 1 peratus responden terlibatmelakukan aktiviti berjalan secara teratur (Wan Rab

1.8.5 Kesan Pengaruh Ilmu Pengetahuan 22 1.9 Rasional kajian 23 1.10 Kepentingan Kajian 26 1.11 Batasan kajian 29 1.12 Definisi konsep dan operasional kajian 30 1.13 Rumusan 35 BAB DUA: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 36

Related Documents:

V U NIVERSITI P UTRA M ALAYSIA 10 THE ENVIRONMENTAL BENEFITS OF URBAN OPEN GREEN SPACES Mehdi Rakhshandehroo1*, Mohd Johari Mohd Yusof 2*, Roozbeh Arabi 1, Mohammad Parva1, Ashkan Nochian 2 1Department of Architecture, Islamic Azad University, Beyza, Iran 2Faculty of Design and Architecture, Universiti Putra Malaysia, Malaysia 1Department of Architecture, Islamic Azad University, Khomein, Iran

Tahun 5 dan mata pelajaran KSSM Tingkatan 5 yang terlibat adalah seperti yang berikut: KSSR KSSM Bahasa Melayu Tahun 5 SK Bahasa Melayu Tingkatan 5 . Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 SK Siti Hanim binti Yunus Muhammad Faiz bin Mohamad Ali 03-21479582 03-21479577 shanim@dbp.gov.my faiz@dbp.gov.my .

METODE USER TESTING DAN TEKNIK HEURISTIC EVALUATION Fenty Rizky Aprilian NRP 5210 100 027 Dosen Pembimbing Feby Artwodini Muqtadiroh, S.Kom., M.T Hanim Maria Astuti, S.Kom., M.Sc JURUSAN SISTEM INFORMASI Fakultas Teknologi Informasi Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya 2014

PENGARUH STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF TIPE ACTIVE KNOWLEDGE SHARING TERHADAP KOMUNIKASI MATEMATIKA SISWA KELAS VIII SMP NEGERI 5 TEBING TINGGI TAHUN PELAJARAN 2015/2016 Nur Qomaria, S.Pd1, Anna Fauziah, M.Pd2, Drajat Friansah, M.Pd3. Email: Nurqomaria08@gmail.com PMIPA, Pendidikan Matematika STKIP-PGRI Lubuklinggau ABSTRACT

1 PENGARUH PEMBELAJARAN AKTIF TIPE TEAM QUIZ TERHADAP HASIL BELAJAR MATEMATIKA SISWA KELAS VII SMP NEGERI 3 LUBUKLINGGAU Oleh: Ika Putri Sa’adah1), Anna Fauziah, M.Pd2), Maria Luthfiana, M.Pd3) ABSTRAK Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hasil belajar matematika siswa kelas

Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia, 3. Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia, 43400, UPM Serdang, Selangor, Malaysia Email: fauziah.hassan@usim.edu.my, zobidah@upm.edu.my . Abstract . Researching on Islam and Muslims-relate

bawang, tomat dan lain-lain.(Anonim, 2015). Pertanian organik adalah sistem produksi pertanian holistik terpadu, yang mengoptimalkan kesehatan dan produktivitas agro-ekosistem secara alami, sehingga mampu menghasilkan pangan dan serat yang cukup berkualitas dan berkelanjutan. Teknik budidaya

1.0 Trading method – Market Types Forex market is a place with endless possibilities. And not just financial. By trading currencies you are learning to understand yourself, you find your strong and weak points. Some traders claiming that if you do know how to trade the market, you gain financial and personal freedom. Yes, if you are making money by trading, certainly you have a possibility .