PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK) DI MALAYSIA: KAJIAN .

3y ago
843 Views
281 Downloads
349.55 KB
16 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Wren Viola
Transcription

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)DI MALAYSIA: KAJIAN LITERATURNorfaezah binti Mohd Hamidin1Siti Nurhajariah binti Md Isa2Awatif binti Abdul Rahman3Idi Hamdi4Kolej Universiti Islam Antarabangsa SelangorABSTRAKKanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapasupaya menjadi pelapis generasi negara. Pendidikan awal kanak-kanakamat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masaakan datang. Namun, ramai yang tidak tahu cara untuk mencorakkankanak-kanak mengikut acuan yang betul. Kajian ini bertujuan untukmendedahkan kepada masyarakat tentang bentuk pendidikan awal kanakkanak berdasarkan teori pendidikan awal kanak-kanak daripada sarjanaIslam dan Barat. Seterusnya, menentukan konsep dan hala tuju yang betuldalam perkembangan pendidikan kanak-kanak semenjak prasekolahmengikut Falsafah Pendidikan Negara. Mengikut sejarah, pendidikanawal kanak-kanak bermula pada era 1950-an selepas perang dunia ke-2.Di Malaysia, perkembangan pendidikan awal kanak-kanak bermula sejaktahun 1940-an. Konsep pendidikan awal kanak-kanak terbahagi kepadadua peringkat. Peringkat pertama bermula dari 0 hingga 3 tahun, danperingkat kedua bermula dari 3 hingga 6 tahun. Terdapat tiga teori yangperlu dirangkumi untuk menggubal kurikulum bagi pendidikan awalkanak-kanak iaitu teori kematangan (behavioris), teori tingkah lakupersekitaran dan teori konstruktivis. Dasar Asuhan dan Didikan AwalKanak-kanak Kebangsaan menekankan perkembangan yang holistik bagisemua kanak-kanak dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Iamenjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanakberlandaskan acuan Malaysia. Pembangunan modal insan perlu holistik,yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahirantermasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemaisikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan danpembelajaran seumur hidup. Atas kepentingan itu, semua ibu bapa danguru harus menyedari akan peri pentingnya keperluan kanak-kanak dalampendidikan awal mereka semasa peringkat prasekolah. Kajian ini adalahberbentuk kajian kepustakaan di mana pengumpulan maklumat melaluisumber-sumber buku dan jurnal berkaitan pendidikan awal kanak-kanakdi Malaysia. Rumusan dari hasil tinjauan literatur mendapati pendidikanawal kanak-kanak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa yang merupakanguru pertama pada peringkat 0 hingga 3 tahun dengan sokongan guru di1Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras,KUIS, norfaezah@kuis.edu.myJabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras,KUIS3Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras,KUIS4Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras,KUIS2

peringkat prasekolah bermula 3 hingga 6 tahun supaya pembentukangenerasi yang cemerlang dapat dimulai sejak awal lagi.Kata Kunci: Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Konsep, Teori, Hala TujuPENDAHULUANPada era globalisasi kini, masyarakat menjadi semakin ghairah mengejar kemajuan dalamkehidupan selaras dengan hasrat negara melalui transformasi pendidikan negara dalamtransformasi nasional 2050 (TN50). Dalam keghairahan tersebut, masyarakat menjadi lalaidan terleka dengan tuntutan agama atau disiplin ilmu yang berteraskan keagamaan. Halyang sama berlaku dalam bidang pendidikan. Justeru, pendidikan yang seimbang dari segiintelek dan kerohanian perlu disemai seawal usia kanak-kanak lagi agar dapat melahirkaninsan yang bukan sahaja tinggi inteleknya bahkan berakhlak mulia serta mampumenghadapi cabaran globalisasi.Dalam usaha negara mencapai status negara maju, gejala keruntuhan akhlak juga semakinmenjadi-jadi. Permasalahan akhlak yang wujud dalam kalangan pelajar samada berbentukakhlak luaran mahu pun melibatkan hubungan dengan Allah sering dikaitkan dengankegagalan sistem pendidikan negara sekalipun kedua-duanya bukan faktor penyebab yangutama (Zaharah Hussin, 2008). Kajian-kajian terdahulu oleh Abdul Halim Tamuri et.al(2004) serta Ahmad Mohd Salleh (1997) telah mendedahkan ketidakupayaan sesetengahguru Pendidikan Islam dalam membentuk diri mereka selaku pembimbing dan role modelkepada pelajar.Pendidikan merupakan satu istilah yang memberi makna yang sangat luas kepada manusia.Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada pembinaan sesuatu bangsa. PepatahArab menyebut bahawa jika kita ingin melihat generasi masa hadapan; lihatlah kepadagolongan kanak-kanak pada masa kini. Masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa yangberlaku kini boleh diatasi dengan memberikan pendidikan agama yang sesuai kepadakanak-kanak (Noor Azizi Ismail dan Syamsul Bahri Andi Galigo, 2010).Dasar, Hala Tuju & Konsep Pendidikan Awal Kanak-KanakPendidikan secara ringkas bermakna merubah dan memindahkan nilai kebudayaanmasyarakat kepada setiap individu dalam masyarakat tersebut. Di sini, kita dapat mengertibahawa pendidikan boleh didapati melalui berbagai proses, tetapi pada dasarnyaberlandaskan proses pemindahan nilai sesuatu masyarakat kepada setiap individu didalamnya (Hasan Langgulung, 1979:3). Proses pemindahan nilai budaya ini melibatkanpengajaran, latihan dan indoktrinasi. Dalam tamadun Sarat, pendidikan awal bermaksudpendidikan peringkat prasekolah.Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga tahun hingga enamtahun, yang lebih dikenali dengan peringkat "kindergarden". Selepas beberapa kajian,konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahirhingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahundikenali juga sebagai peringkat "nursery".Menurut perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalamkandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum pendidikan awal

Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkatsesudah lahir. Peringkat sesudah lahir juga dibahagikan kepada dua tahap, iaitu dari muladilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga tahun hingga meningkatke enam tahun.Perkataan pendidikan dalam Bahasa Melayu ialah kata nama terbitan daripada kata akardidik yang membawa maksud jaga, pelihara dan ajar. Perkataan pendidikan jugabersinonim dengan ajaran, latihan, tarbiah, pelajaran, bimbingan, asuhan dan tunjuk ajar.Dalam Bahasa Inggeris, pendidikan disebut sebagai education (Simpson dan Weiner,1989) yang dikatakan berasal daripada cantuman dua kalimah dalam bahasa latin iaitu e’exdan ducereduc bererti ‘memimpin’ yang dapat diinterpretasikan sebagai mengumpulmaklumat ke dalam diri bagi membentuk bakat (Abdullah Ishak, 1995). Dalam bahasaArab pula terdapat beberapa kalimah yang merujuk kepada pendidikan. Antara kalimahyang selalu digunakan ialah (Rosnani Hashim 2006; al-Attas 1979):i. Tarbiyyah. Kalimah tarbiyyah berasal daripada kata dasar ‘rabba’(mengasuh,memelihara atau memimpin). Ia juga merujuk kepada proses perkembangan potensiindividu, mengasuh atau mendidik untuk menuju kepada satu keadaan yang selesa danmatang (Halsted 2004).ii. Ta’lim. Kalimah ta’lim berasal daripada konotasi ‘alima (mengetahui, memberitahu,melihat, mencerap, menganggap). Ia merujuk kepada proses menyampaikan ataumenerima ilmu pengetahuan yang kebiasaannya didapati melalui latihan, arahan, tunjukajar atau lain-lain bentuk pengajaran (Halsted 2004).iii. Ta’dib berasal daripada kalimah aduba (memperhalusi, berdisiplin dan berbudaya). Iamerujuk kepada proses pembinaan watak dan pengajaran asas-asas penting untuk hidupbermasyarakat, ini termasuklah memahami dan menerima prinsip yang paling asas sekaliiaitu keadilan (Halsted 2004; al-Attas 1979).Secara umumnya, ketiga-tiga kalimah ini membawa maksud pendidikan tetapi jika ditelitisecara lebih mendalam ternyata ketiga-tiga istilah ini membawa maksud yang berlainan.Menurut al-Attas (1992), antara ketiga-tiga kalimah tersebut, kalimah ta’dib lebih tepatkerana ia mempunyai makna yang lebih spesifik untuk menggambarkan proses pendidikanmanusia berbanding dengan kalimah tarbiyyah yang mempunyai maksud yang lebih luassehingga meliputi haiwan, di samping penekanannya kepada pengasuhan fizikal lebihdaripada penyuburan mental dan rohani (al-Attas 1992; Rosnani 2006). Hujahnyadiperkuatkan lagi dengan mengambil contoh Rasulullah SAW yang telah menggunakanperkataan ta’dib untuk merujuk tentang pendidikan yang diberikan oleh Allah kepadaBaginda.Dalam konteks Islam pula, pendidikan merupakan satu pelajaran atau pendidikan bagikognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan. Definisifalsafah ini menumpu kepada pembentukan individu sehingga menjadi seorang manusiayang benar-benar sempurna bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu bahkan dari segipembentukan akhlak dan rohani (Kurshid 1975). Menurut Thoha (1996), pendidikan Islamadalah pendidikan yang falsafah dan tujuan serta teori-teorinya dibangunkan untukmelaksanakan praktik pendidikan yang didasarkan kepada nilai-nilai Islam yangterkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi. Manakala al-Attas (1992) pula memberikanpengertian bahawa pendidikan Islam adalah usaha yang dilakukan oleh pendidik terhadap

anak didik untuk pengenalan dan pengakuan tempat-tempat yang benar dari segala sesuatudari aturan penciptaan sehingga membimbing mereka ke arah kebaikan.Walau bagaimanapun, Islam tidaklah melihat pendidikan dari skop yang sempit, ia tidakterbatas kepada pendidikan duniawi semata-mata bahkan meliputi dua lapangan iaitu didunia dan akhirat. Dalam konteks ini, Ibn Khaldun (2000) telah membahagikan ilmukepada dua bahagian yang utama. Pertama, ilmu yang berbentuk fardhu ain yang dituntutke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan tuntutanagama seperti ilmu tauhid, fiqh, akhlak, akidah dan sebagainya manakala yang kedua pulaialah ilmu fardhu kifayah iaitu ilmu yang mesti ada pada sekumpulan orang dalammasyarakat tanpa melihat kepada individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran,perniagaan, kedoktoran, ekonomi, fizik, astronomi dan sebagainya yang bolehmendatangkan manfaat kepada manusia. Ini membuktikan bahawa agama Islam tidakmementingkan pencapaian intelektual yang tinggi semata-mata bahkan perlu dilengkapidengan kefahaman yang jelas mengenai agama Islam itu sendiri bagi menghasilkanmanusia yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat.Jelasnya, pendidikan Islam dijadikan sebagai satu proses mengasuh dan mendidik,membela, melatih, menyucikan, membaikkan, mengawal hawa nafsu, membentuk ketaatankepada Allah SWT membentuk sikap sopan dan beradab (mempunyai akhlak yang baik)dan memadamkan semua sifat tercela yang ada dalam diri manusia. Semua definisi inimemberikan kefahaman bahawa hampir keseluruhan pendidikan yang dikehendaki dalamIslam ialah merujuk kepada pendidikan rohani manusia selaku hamba Allah di muka bumiini bagi memancarkan kejernihan akhlak dan budi pekerti yang tinggi selain untukperkembangan pengetahuan itu sendiri yang merupakan medium yang amat penting dalammembangunkan ketamadunan manusia yang hidup di dunia ini.Oleh itu, seharusnya pendidikan awal kanak-kanak perlu dimulai dengan proses ta’dibuntuk membentuk generasi seimbang dari segi intelek dan rohaninya sebagaimana yangsudah dipraktikkan dalam pendidikan prasekolah Islam di Malaysia, dan perlu dimasukkandalam kurikulum PAKK.Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakPenggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelahpenerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan.FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubalsembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar danberlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru(Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berattentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. FPK digambarkan sebagaimedium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa masyarakat danhasrat Negara melalui kurikulum yang dibentuk. FPK menjadi rujukan para guru dalammerealisasikan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysiayang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segalausaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.

FPK bermatlamat ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Gabungankesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan modal insan yang dihasratkan olehnegara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasar kepada kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara”.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah.”. Perkataan “berterusan”menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahanberlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan pendidikan berdasarkankeperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa. FPK menentukan arahhaluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan.Misalnya, “.bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, .”. Ia menjadi asas penentuan kurikulum, kokurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada,direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai matlamat pendidikan negaradengan merujuk FPK tersebut. FPK menjadi medium merealisasikan misi KementerianPendidikan Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti danbertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para guru, parapenggubal kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Manakala matlamat KurikulumStandard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) berbunyi seperti berikut:“Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanakkanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh danbersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melaluipersekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yangmenyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkankemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yangpositif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaransedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab disekolah rendah kelak”.Pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan penetapan dalam falsafah. Jika inginmenyediakan kurikulum prasekolah, maka falsafah pendidikan prasekolah wajarditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah menggambarkan tujuanprasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar.Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhikeputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan RukunNegara. Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian denganperkembangan kanak-kanak. Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasratnegara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiapkurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesandaripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yangdihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Falsafah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru berkenaanbagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang oleh para guru prasekolah sangatmempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Pendidikan seharusnyamemberi peluang individu untuk mengembang bakat, potensi dan kebolehan merekamenerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik.Rukun NegaraLima prinsip Rukun Negara iaiut Kepercayaan kepada tuhan, Kesetiaan kepada Raja danNegara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaantelah menjadi panduan, pegangan dan asas bagi guru-guru mendidik kanak-kanakprasekolah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk dengan berbilang kaumyang mempunyai pelbagai cara hidup dan budaya, bahasa dan latar belakang yang berbeza.Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran perkara yang perlu diutamakan olehguru ialah agar kanak-kanak dapat berkerjasama antara satu sama lain dalam usaha untukmenerapkan semangat perpaduan pada peringkat asas lagi. Perpaduan yang lebih erat,saling hormat menghormati dan menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksamadiharapkan dapat dicapai sebaik mungkin. Justeru, setiap aktiviti pengajaran danpembelajaran perlu dirancang agar prinsip-prinsip Rukun Negara dapat direalisasikan.Negara kita Malaysia sentiasa berhasrat hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; menciptamasyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secaraadil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannyayang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden.Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6untuk mencapai objektif seperti berikut:1) Dari segi jasmani mempunyai tubuh badan yang sihat, kecergasan dan kemahiran fizikalasas, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik dan langkah-langkah menjagakeselamatan, menguasai kemahiran psikomotor asas seperti kemahiran motor halus danmotor kasar.2) Dari segi emosi mempunyai konsep kendiri yang positif, keyakinan diri, jati diri, beranimencuba, mempunyai kematangan emosi, menghormati perasaan dan hak orang lain, bolehbekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

3) Dari segi intelek dapat berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)menggunakan bahasa Malaysia, berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris,berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina dan Tamil (untuk yang berkenaan),memperolehi kemahiran proses sains dan matematik asas, memperolehi kemahiran berfikirasas, kemahiran menaakul dan kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalamkehidupan seharian murid, mempunyai daya kreatif dan estetika, menghargai keindahanalam dan warisan budaya.4) Dari segi rohani dapat mengamalkan nilai murni dan nilai-nilai Islam dalam kehidupanseharian untuk murid beragama Islam.5) Dari segi sosial, murid berkebolehan berkomunikasi dengan mantap, membentukperhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya, menyuarakanpandangan dan perasaan dan bekerjasama dengan orang lain.Teori Islam dan Barat tentang PAKKSebelum berbincang mengenai pandangan sarjana Islam dan Barat mengenai kepentinganpendidikan awal kanak-kanak, sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadith RasulullahSAW yang menyentuh tentang pendidikan kepada anak-anak, antaranya firman Allah yangbermaksud;“Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu ituadalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahalayang besar”.(Surah al-Anfal:28)Terdapat juga hadith yang bermaksud;Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah semuaamalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmuyang mantaat dan anak yang saleh yang mendoakannya.(Riwayat Muslim)Terdapat juga beberapa hadis yang menunjukkan tentang kepentingan pendidikan kepadaumat Islam. Sebagai contohnya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari danAbu H

di Malaysia. Rumusan dari hasil tinjauan literatur mendapati pendidikan awal kanak-kanak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa yang merupakan guru pertama pada peringkat 0 hingga 3 tahun dengan sokongan guru di 1 Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras,KUIS, norfaezah@kuis.edu.my

Related Documents:

penting untuk memasukkan materi pelajaran geometri tidak hanya dimulai sejak Sekolah Dasar, melainkan dimasukkan sejak pendidikan Taman Kanak-kanak (Permendiknas No. 58 Tahun 2009 : 12). Sampai saat ini pembelajaran bentuk-bentuk geometri di Taman Kanak-kanak (TK), khususnya Kelompok Al TK Masyithoh Tunas Bangsa

5 tahun) dan kelompok bermain (usia 3 tahun), sedangkan pada usia 4-6 tahun biasanya mereka mengikuti program taman kanak-kanak”. Pendidikan pada taman kanak-kanak diarahkan untuk mengembangkan potensi anak semaksimal mungkin sesuai dengan tahapan pe

Wawasan, dan Tabika Harapan Murni. Dalam tesis ini, teori Relevans dengan gagasan konteks, kesan konteks, dan kos proses digunakan untuk menganalisis makna ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya kekaburan dalam penggunaan kata ganti nama diri (KGND) 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. KGND

Malaysia merupakan negara kedua tertinggi bagi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara Asia. Polemik ini secara tidak langsung . disalahgunakan boleh memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak (Salmah & Malisah, 2015). . Kajian ini dijalankan dalam bentuk kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik .

b) Menjelaskan pendekatan dan kaedah digunakan oleh guru prasekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran kreativiti mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pembelajaran kanak-kanak. c) Mengenal pasti bentuk insenti

guru dan kanak-kanak dari 104 buah negara. Satu tinjauan global dalam Bahasa Arab, Inggeris, Itali, Perancis dan Sepanyol telah dilaksanakan bagi menilai keperluan mental, kesihatan dan psikososial kanak-kanak semasa wabak COVID-19. Satu kerangka topik-topik yang bakal dib

1 Imam Abi Dawud, Sunan Abi Dawud, (Beirut: Darul Kutub Al Alamiyah, 1996), hlm. 173 . v ABSTRAK . data menggunakan metode angket untuk menggali data tentang pendidikan shalat pada masa kanak-kanak dalam keluarga (variabel X) dan kedisiplinan shalat lima . BAB

A) To inform the reader that bleeding needs to be controlled. B) To describe the scene of an accident. C) To persuade the reader to attend a First Aid course. D) To instruct the reader on what to do if they come across an accident. ACCIDENT: Treatment aims 1. Control bleeding 2. Minimise shock for casualty 3. Prevent infection – for casualty .