KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK KEKANGAN .

3y ago
194 Views
11 Downloads
406.31 KB
12 Pages
Last View : 18d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Maxine Vice
Transcription

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008International Journal of Modern Education(IJMOE)Journal Website: http://ijmoe.com/eISSN: 2637-0905KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIKKEKANGAN MELAKSANAKAN AKTIVITI FIZIKAL DIPRASEKOLAHVALIDITY AND RELIABILITY QUESTIONNAIRE FOR PHYSICAL ACTIVITYCONSTRAINTS AT PRESCHOOLJamilah Mohd Basir1, Azizah Zain2, Zaharah Osman3123National Development Research Centre, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), MalaysiaEmail: jamilah.basir@fpm.upsi.edu.myFaculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), MalaysiaEmail: azizah.zain@fpm.upsi.edu.myFaculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), MalaysiaEmail: zaharah.osman@fpm.upsi.edu.myArticle Info:Abstrak:Article history:Received date:03.02.2020Revised date: 05.02.2020Accepted date: 13.03.2020Published date: 15.03.2020Malaysia merupakan negara kedua tertinggi bagi masalah obesiti dalamkalangan kanak-kanak di negara Asia. Polemik ini secara tidak langsungdisebabkan oleh kanak-kanak yang kurang aktif dalam melaksanakan aktivitifizikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesahan dankebolehpercayaan berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kekanganmelaksanakan aktiviti fizikal di prasekolah. Faktor-faktor yang menjadikekangan dalam melaksanakan aktiviti fizikal di prasekolah adalah disebabkanoleh faktor guru, faktor persekitaran prasekolah dan faktor peralatan aktivitifizikal. Seramai 75 orang guru prasekolah terlibat sebagai sampel dalam kajianini. Justeru, bagi memastikan soal selidik ini boleh dipercayai dan tidakmempunyai kesalahan, terdapat dua fasa kesahan telah dilaksanakan. Fasapertama iaitu fasa kesahan telah dilaksanakan dengan memberikan soal selidikkepada dua orang pakar iaitu pakar bahasa dan pakar bidang pendidikan awalkanak-kanak. Setelah medapatkan ulasan dan kesahan pakar, kesemua ulasanyang diberikan telah ditambah baik bagi meneruskan fasa kedua kajian.Seterusnya fasa kedua iaitu fasa kebebolehpercayaan instrumen dilaksanakan.Aplikasi Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.0 digunakanuntuk mendapatkan nilai Cronbach’s Alpha. Dapatan menunjukkan kesemuaitem mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan Nilai Cronbach’s Alphasoal selidik yang diperoleh adalah α 0.854.To cite this document:Basir, J. M., Zain, A., & Osman, Z.(2020). Kesahan danKebolehpercayaan Soal SelidikKekangan Melaksanakan AktivitiFizikal di Prasekolah. InternationalJournal of Modern Education, 2(4),90-101.DOI: 10.35631/IJMOE.24008.Copyright GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved90

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008Kata Kunci:Soal Selidik, Aktiviti Fizikal, Prasekolah, Kesahan, KebolehpercayaanAbstract:Malaysia is the second-largest country for childhood obesity problems in Asiancountries. This polemic indirectly caused children less active in physicalactivity. The purpose of this study was to identify the validity and reliability offactors affecting the constraints of physical activity in preschool. Factors thatinterfere with physical activity in preschool are due to teacher’s factor,preschool environment factor and physical activity equipment factor. A totalof 75 preschool teachers were involved in this study. Therefore, to ensure thatthis questionnaire is reliable and valid, two phases of validity have beenimplemented. The first phase of the validation phase was carried out byproviding a questionnaire to two experts, a language specialist, and an earlychildhood education expert. After obtaining expert reviews, all of the reviewswere improved to further the second phase of the study. The second phase isthe instrument reliability phase. The Statistical Package for the Social Sciences(SPSS) 23.0 application was used to obtain Cronbach’s Alpha scores. Findingsshow that all items have high reliability because the value of Cronbach Alpha’squestionnaire obtained α 0.854.Keywords:Questionnaire, Physical Activity, Preschool, Validity, ReliabilityPengenalanKepesatan teknologi sedikit banyak telah banyak membantu manusia dalam pengurusankehidupan harian. Namun demikian, penggunaan teknologi ini sekiranya diabai dandisalahgunakan boleh memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya kanakkanak (Salmah & Malisah, 2015). Rentetan daripada kemajuan teknologi ini, kanak-kanakkurang melaksanakan aktiviti fizikal dalam kehidupan mereka dan secara tidak langsungkanak-kanak tidak melaksanakan aktiviti fizikal seperti yang disarankan dalam garis panduanaktiviti fizikal Malaysia 2017 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana kanakkanak disarankan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal tahapsederhana atau tahap tinggi setiap hari (KKM, 2017). Berdasarkan perkara di atas, aktivitifizikal adalah penting bagi kanak-kanak supaya dapat mengurangkan risiko obesiti serta dapatmeningkatkan kecergasan fizikal secara tidak langsung. Oleh hal yang demikian, kajian iniakan memberikan tumpuan kepada beberapa perkara yang dapat menentukan kesahan dankebolehpercayaan berkaitan faktor-faktor yang menjadi kekangan bagi kanak-kanak untukmelaksanakan aktiviti fizikal di prasekolah. Sekiranya faktor-faktor kekangan tersebut dapat diatasi, kanak-kanak secara tidak langsung melaksanakan aktiviti fizikal secara aktif diprasekolah.Pernyataan MasalahAktiviti fizikal memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan kesejahteraan hidupdari segi kesihatan dan kualiti kehidupan. Hal ini disokong oleh kajian Poitras et.al., 2016 yangmendapati bahawa aktiviti fizikal berpotensi meningkatkan kesejahteraan hidup individusekiranya bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Walau bagaimanapun, ketidakaktifanfizikal adalah antara punca utama kematian di dunia (6% kadar kematian setiap tahun). Inidiikuti oleh kematian disebabkan hipertensi (13%), penggunaan tembakau (9%) dan diabetes(6%). Berlebihan berat badan atau obesiti pula menyumbang kepada 5% kadar kematianCopyright GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved91

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008penduduk di seluruh dunia. Rentetan itu, kanak-kanak Malaysia mempunyai berat badan yangberlebihan seramai 9.8% dan obesiti seramai 11.8% (Poh et.al., 2013). Kanak-kanakterutamanya yang tinggal di bandar tidak melaksanakan aktiviti fizikal yang dicadangkan(Martin, McCaughtry, Hodges-Kulinna, Cothran, Dake, & Fahoome, 2005) dan menyebabkanmereka kurang cergas (Martin, McCaughtry, & Shen, 2009). Oleh hal yang demikian, aktivitifizikal perlu dilakukan oleh kanak-kanak bagi meningkatkan kecergasan fizikal mereka keranatahap kecergasan fizikal kanak-kanak dapat menjangkakan status kesihatan kanak-kanak padamasa akan datang (Russell, Maria & Laura, 2012).Bagi meningkatkan aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak terutamnya di prasekolah,beberapa faktor perlu dipantau bagi memastikan tidak terdapat kekangan yang secara tidaklangsung boleh menghalang kanak-kanak daripada melaksakan aktivit fizikal dengan lebihaktif. Justeru, para guru perlu mempunyai pemahaman terhadap perlaksanaan aktiviti fizikalsupaya setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kanak-kanak boleh dikaitkan dengan aktivitifizikal secara tidak langsung. Hal ini sejajar dengan dapatan kajian Martin dan Kulinna (2003)bahawa guru-guru pendidikan jasmani yang mengajar aktiviti fizikal mempunyai self-efficacyyang tinggi dalam mengatasi masalah kekurangan ruang di sekolah dan akan memastikanmendapat sokongan daripada pihak pentadbir sekolah berbanding guru pendidikan jasmaniyang kurang melaksanakan aktiviti fizikal dengan lebih aktif. Selain daripada itu, kajianmendapati bahawa self-efficacy seseorang individu adalah bergantung kepada pengaruhpersekitaran sosial mereka seperti faktor pentadbir sekolah dan juga faktor persekitaran fizikal.Kajian Martin dan Kulinna (2003) sangat bertepatan dengan teori ekologi yang menyatakanbahawa Pendidikan Jasmani di sekolah dipengaruhi oleh persekitaran fizikal dengan membinaruang bermain yang selamat dan berkiatan juga dengan persekitaran sosial di mana guru-gurusentiasa memberikan galakan kepada murid untuk melakukan aktiviti fizikal.Oleh itu, kurangnya aktiviti fizikal yang dijalankan oleh kanak-kanak di prasekolah perludilihat dari pelbagai faktor yang mungkin menghalang mereka untuk melaksanakan aktivitifizikal di prasekolah secara proaktif. Dalam konteks kajian ini, pengkaji hanya melihat tigafaktor yang menjadi kekangan utama kanak-kanak untuk melakukan aktiviti fizikal diprasekolah iaitu faktor guru, faktor persekitaran prasekolah dan faktor peralatan aktiviti fizikal.Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan soal selidikkekangan melaksanakan aktiviti di prasekolah. Justeru, persoalan kajian yang dikaji adalahapakah kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kekangan melaksanakan aktiviti diprasekolah?Skop KajianKajian ini dijalankan dalam bentuk kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik. Seramai 75orang sampel dalam kalangan guru prasekolah telah dipilih untuk menjawab soal selidik yangtelah dibina. Oleh hal yang demikian, kajian ini hanya memfokuskan kepada menentukankesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kekangan perlaksanaan aktiviti fizikal diprasekolah.Kajian LiteraturPerkembangan Fizikal Kanak-Kanak PrasekolahPerkembangan fizikal kanak-kanak prasekolah meliputi kemahiran motor halus, kemahiranmotor kasar, kemahiran manipulatif dan pergerakan berirama yang merupakan asas kepadaCopyright GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved92

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008pelbagai pergerakan kompleks yang diperlukan dalam kehidupan. Perkembangan fizikal sangatpenting terhadap kecergasan badan, kecerdasan minda, ketangkasan, koordinasi dan kesihatanmurid (BPK, 2016). Oleh itu, kanak-kanak di prasekolah akan melakukan pelbagai aktivitipergerkan motor halus dan juga motor kasar. Antaranya adalah melakukan pelbagai pergerakanmotor halus dan motor kasar, melakukan pergerakan dengan imbangan dan kawalan, menerokapelbagai pergerakan dan melakukan pelbagai kemahiran manipulasi.Aktiviti FizikalAktiviti fizikal bermaksud semua jenis pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan olehkontraksi otot. Menurut Bull et.al (2009) pula, aktiviti fizikal merangkumi kerja yang perludilakukan dengan bayaran atau kerja yang tidak dibayar termasuklah aktiviti seperti berjalankaki atau berbasikal untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sewaktu bekerjamahupun pada waktu senggang. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga jenis aktiviti yang utamaiaitu aktiviti fizikal berintensiti tinggi (vigorous-intensity activity), aktiviti fizikal berintensitisederhana (moderateintensity activity), dan aktiviti fizikal berintensiti rendah (low-intensityactivity) di mana ianya diukur menggunakan unit kilojoule (Kj) atau kilokalori (Kcal),(Caspersen et al., 1985). Jelaslah aktiviti ini menyebabkan peningkatan penggunaan tenagasecara berlebihan ketika tubuh badan berehat. Semasa menghadapi era kemajuan pada masakini, kebanyakan rakyat Malaysia mengamalkan corak kehidupan sedentari selari dengankemajuan teknologi. Keadaan ini menyebabkan kita menghadapi kesukaran mengajak individuini bergerak aktif dan bersenam. Corak kehidupan yang telah dilalui menyukarkan merekauntuk terus aktif secara drastik (BPK, 2016). Rentetan itu, pada peringkat umur kanak-kanakprasekolah, aktiviti fizikal dianggap penting bagi mengekalkan berat badan yang ideal (Stronget.al., 2005). Bagi kanak-kanak dan remaja, jenis aktiviti fizikal yang dicadangkan adalahbermain atau beriadah, bersukan, melakukan kerja rumah, berekreasi sama ada di rumah, diprasekolah atau dalam komuniti. Untuk mendapatkan faedah pada kesihatan jantung, tulang,otot, dan kecergasan, beberapa jenis aktiviti fizikal perlu dilaksanakan oleh kanak-kanakberpandukan garis padauan aktiviti fizikal yang dicadangkan oleh pihak KementerianKesihatan Malaysia, 2017. Jadual 1 menunjukkan contoh ativiti fizikal yang boleh dilakukanoleh kanak-kanak.Jadual 1: Tahap dan Contoh Aktiviti FizikalTahap Aktiviti FizikalContoh Aktiviti FizikalTahap Rendah Berjalan santaiBermain board gamesBerjalanMerangkakTahap Sederhana Bermain kasut rodaBerbasikalBerjalan pantasTahap Tinggi Bermain kejar-kejarBerbasikalLompat taliBermain bole sepakBerenangCopyright GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved93

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008Kerangka Teori KajianKajian ini menggunakan Teori Sistem Ekologi (1977) yang diperkenlakan oleh UrieBronfrenbrenner kerana memberikan penekanan bahawa setiap individu akan melalui prosespertumbuhan dan perkembangan yang dipengaruhi oleh sistem persekitaran yangmementingkan interaksi antara satu sama lain. Rajah 1 menunjukkan interaksi individuterhadap lapisan sistem dalam Teori Sistem Ekologi.Rajah 1: Teori Sistem EkologiDalam konteks kajian yang membincangkan tentang kekangan melaksanakan aktiviti fizikal diprasekolah, interaksi kanak-kanak prasekolah dengan persekitaran mereka adalah lebihtertumpu kepada lapisan kedua dalam teori ini iaitu lapisan mesosistem. Lapisan mesositemadalah hubungan antara satu mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Justeru, sebarangperkara yang berlaku terhadap satu mikrosistem akan mempengaruhi mikrosistem yang lain.Guru akan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti fizikal secaralangsung di prasekolah. Maka, sekiranya guru menunjukkan sikap yang baik dan aktif dalammelaksanakan aktiviti fizikal di prasekolah, secara tidak langsung kanak-kanak juga akanmelakukan tindakan yang sama dengan guru mereka.Metodologi KajianKajian ini adalah kajian tinjauan yang dijalankan terhadap guru-guru prasekolah sekitar Perak.Cohen, Manion dan Morrison (2018) menegaskan bahawa bilangan sampel seramai 30 orangdan lebih adalah bersesuaian bagi kajian yang menggunakan analisis statistik.Copyright GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved94

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008Instrumen KajianInstrumen soal selidik kekangan pelaksanaan aktiviti fizikal di prasekolah telah dibangunkandan telah dibentuk berdasarkan dapatan daripada tinjuan literatur dan diadaptasi dari Hanafi,Yasin, & Dauwed, 2018; Martin et al., 2011; Robertson-wilson et al., 2007. Pengkaji telahmendapatkan kebenaran daripada pemilik asal soal selidik melalui email. Soal selidik ini padaasalnya dalam bahasa Inggeris dan telah diubah suai kepada bahasa Melayu. Setelah soalselidik diubah suai mengikut objektif kajian dan kesesuaian bahasa, soal selidik dihantarkepada pakar kandungan dan pakar bahasa untuk mendapatkan kesahan.Terdapat dua bahagian utama dalam soal selidik tersebut iaitu Bahagian I merujuk kepadamaklumat demografi sampel, manakala Bahagian II merujuk kepada kekangan melaksanakanaktiviti fizikal. Jadual 2 menunjukkan jadual faktor dan item kekangan melaksanakan aktivitifizikal dan bilangan item bagi setiap faktor dalam soal selidik.Jadual 2: Faktor dan Item Kekangan Melaksanakan Aktiviti FizikalFaktorGuruPersekitaran prasekolahItem1. Guru kurang pengetahuan mengajar aktiviti fizikal.2. Guru kurang pengetahuan pedagogi pengajaranyang menyeronokkan.3. Guru hanya melaksanakankan penilaianberdasarkan Standard Prestasi KSPK.4. Guru kurang pengetahuan berkaitan pengukuranperkembangan fizikal kanak-kanak.5. Guru kurang menggalakkan kanak-kanak untukmelaksanakan aktiviti fizikal di prasekolah.6. Guru kurang memberikan perhatikan semasa kanakkanak melaksanakan aktiviti fizikal semasa wakturehat di prasekolah.7. Guru kurang menyediakan aktiviti fizikal di luarwaktu sesi persekolahan.8. Guru beranggapan aktiviti fizikal di prasekolahkurang penting untuk kanak-kanak.9. Guru kurang aktif dengan kanak-kanak semasa diprasekolah.1. Persekitaran dalam prasekolah untukmelaksanakankan aktiviti fizikal terhad.2. Persekitaran luar prasekolah untukmelaksanakankan aktiviti fizikal terhad.3. Persekitaran dalam prasekolah untukmelaksanakankan aktiviti fizikal tidak diselia.4. Persekitaran luar prasekolah untukmelaksanakankan aktiviti fizikal tidak diselia.5. Persekitaran dalam prasekolah kurang sesuai untukmalakukan aktiviti fizikal.6. Persekitaran luar prasekolah kurang sesuai untukmalakukan aktiviti fizikal (taman permainan danatauCopyright GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved95

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008Peralatan aktiviti fizikal1. Peralatan untuk melaksanakan aktiviti fizikal diprasekolah tidak mencukupi.2. Peralatan untuk melaksanakan aktiviti fizikal diprasekolah tidak berkualiti.3. Peralatan untuk melaksanakan aktiviti fizikal diprasekolah tidak selamat untuk digunakan.4. Peralatan untuk melaksanakan aktiviti fizikal diprasekolah tidak sesuai untuk kanak-kanak.Bagi menjawab soal seidik tersebut, sampel dikehendaki untuk menyatakan tahap persetujuanberdasarkan skala likert lima mata seperti Jadual 3 berikut:Jadual 3: Aras PersetujuanSkalaPersetujuan12345Sangat Tidak SetujuTidak SetujuSederhana SetujuSetujuSangat SetujuProsedur KajianBagi mendapatkan maklum balas dari guru prasekolah berkenaan kekangan perlaksanaanaktiviti fizikal di prasekolah ini, beberapa prosedur telah dilalui. Borang soal selidik telahdinilai dan disahkan oleh pakar kandungan dan pakar bahasa. Setelah mendapat kesahandaripada pakar, pengkaji memodifikasi soal selidik yang telah disemak berdasarkan pandanganpakar. Kajian rintis telah dijalankan kerana kajian rintis dapat mengatasi sebarang risikonegatif, struktur soal selidik serta kesalaahan penggunaan tatabahasa dapat dikurangkan danpengkaji berupaya menimba pengalaman yang bermakna (Fraenkel & Wallen, 2006; Leedy &Ormrod, 2001: Gay & Airasian, 2000). Cohen, Manion dan Morrison (2018) menegaskanbahawa bilangan sampel sebanyak 30 dan lebih adalah bersesuaian bagi kajian yangmenggunakan analisis statistik. Oleh hal yang demikian, borang soal selidik telah diedarkankepada 75 orang guru prasekolah bagi tujuan rintis dan mendapatkan nilai Alpha Cronbachdengan menggunakan perisian SPSS 23.0. Prosedur bagi kajian yang dijalankan adalah sepertiRajah 2.Copyright GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved96

International Journal of Modern Education (IJMOE)Volume 2 Issue 4 (March 2020) PP. 90-101DOI: 10.35631/IJMOE.24008Adaptasi Item dariKajian LepasMengenal pasti PakarKesahan Borang SoalSelidikPenganalisisanData Kajian(Nilai Alpha Cronbach)Kajian(75 orang sampelguru prasekolah)Modifikasi Soal SelidikBerdasarkan PandanganPakarRajah 2: Prosedur KajianProsedur Kesahan Soal SelidikSoal selidik ini telah disahkan sebelum diedarkan kepada sampel untuk memastikan bahawasetiap item yang terkandung dalam soal selidik ini jelas dan tidak mengelirukan sample yangterlibat. Oleh itu, soal selidik ini telah disemak oleh beberapa orang pakar kandungantermasuklah pensyarah dan juga guru prasekolah yang berpengalaman. Dalam konteks kajianini, pakar yang dipilih adalah seramai 6 orang. Hal ini selari dengan kajian yang telahdilaksanakan oleh Siti Farhah dan Saedah (2015) di mana beberapa kriteria perlu dipenuhi olehseseorang pakar adalah (i) individu mempunyai pengetahuan luas serta latar belakang ataupengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan kajian; (ii) kerelaan dan kesesuaian masauntuk mengambil bahagian; (iii) mempunyai kebolehan komunikai yang baik; dan (iv)mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun (Mohd Ridhuan, 2016). Setelah mendapatkancadangan dan maklum balas daripada pakar, soal selidik dimurnikan sebelum diedarkan kepadasampel. Jadual 4 menu

Malaysia merupakan negara kedua tertinggi bagi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara Asia. Polemik ini secara tidak langsung . disalahgunakan boleh memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak (Salmah & Malisah, 2015). . Kajian ini dijalankan dalam bentuk kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik .

Related Documents:

penulisan kisi-kisi, penulisan soal, telaah (analisis kualitatif), ujicoba, analisis kuantitatif soal, dan kalibrasi soal. Soal-soal yang terbukti bermutu secara kualitatif dan kuantitiatif dikumpulkan dan disimpan dalam bank soal. Alur kegiatan pengembangan bank soal di Puspendik terlihat dalam diagram berikut. Penulis Soal Soal Mentah D i t e r i m a D i t o l a k Baik Kurang Baik Revisi U j .

Soal Matematika Model PISA Indonesia Tahun 2015 Soal Matematika Model PISA Menggunakan Konteks Lam. Soal UAN dan Jawaban Matematika SMA Lingkaran Soal UN dan Jawaban Matematika Peluang Soal Matematika Eksponen UM UNDIP Contoh Soal Matematika Masuk UGM Soal UN dan Jawaban Persamaan Linier Soal UN dan Jawaban Trigonometri

pengurusan stress dalam kalangan pelajar KPI dengan lebih berkesan METODOLOGI Kajian yang telah dilakukan ini melibatkan kajian lapangan yang menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal selidik ini diubahsuai daripada borang soal selidik yang telah digunakan oleh Mohamad Zaid Mustafa dan rakan (2009). Jadual 1 menunjukkan taburan

PENULISAN SOAL BIMBINGAN TEKNIS PENYUSUNAN SOAL UJIAN SEKOLAH PUSAT ASESMEN DAN PEMBELAJARAN BADAN PENELITIAN DAN PENGEMBANGAN DAN PERBUKUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN KEBUDAYAAN 2020 . ALUR PENGEMBANGAN BANK SOAL PENYUSUNAN KISI-KISI PENULISAN SOAL TELAAH SOAL ANALISIS UJI COBA PERAKITAN BANK SOAL. BENTUK SOAL ./? ?/! Pilihan Ganda Kompleks* Pilihan Ganda Menjodohkan Isian/Jawaban Singkat .

butir soal latihan, 131 butir soal uji kompetensi dan 29 butir soal ulangan akhir semester I terdapat 155 butir soal atau 34,60% yang sesuai dengan model PISA dan 293 butir soal tidak serupa PISA atau 65,40% dari jumlah keseluruhan soal. Soal serupa PISA banyak terdapat dalam bab I, III dan IV dengan materi pokok bilangan,

prestasi belajar adalah : (1) penentuan tujuan tes, (2) penyusunan kisi-kisi, (3) penulisan soal, (4) penelaahan soal (review dan revisi soal), (5) uji coba soal, termasuk analisis dan perbaikan, dan (6) perakitan soal menjadi perangkat tes. PENULISAN BUTIR SOAL Pada pelatihan ini hanya difokuskan pada penyusunan dan analisis butir yang digunakan untuk mengungkap aspek kognitif. Untuk itu .

soal, dan soal buatan guru kelas VIII pilihan SMPN 1 Mempura Tahun Pelajaran 2017/2018. Mencocokkan soal buatan guru matematika yang digunakan dengan kisi-kisi soal dan silabus. 3. Mencocokkan soal buatan guru dengan kaidah-kaidah menelaah butir soal. Butir soal dianalisis menggunakan lembar analisis. Lembar analisis adalah

1 Introduction Formal ontologies provide a conceptual model of a domain of interest by describing the vocabulary of that domain in terms of a logical language, such as a description logic (DL). To cater for different applications and uses of ontologies, DLs and other ontology languages vary significantly regard-ing expressive power and computational complexity (Baader et al. 2003). For .