PENGURUSAN HARTA MELALUI HIBAH: KEPENTINGAN DAN MANFAAT .

3y ago
133 Views
2 Downloads
397.14 KB
14 Pages
Last View : 12d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Kian Swinton
Transcription

Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104www.ukm.my/jhadhariThe National Universityof MalaysiaPENGURUSAN HARTA MELALUI HIBAH:KEPENTINGAN DAN MANFAAT DARI PELBAGAIASPEK UNTUK KEMAJUAN UMMAH(Hibah Wealth Management: The Important and Benefit from VariousAspects for Ummah Development)RUSNADEWI ABDUL RASHID2NOR HISYAM AHMAD1Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara Perlis, Malaysia2Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya1ABSTRAKPerancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaituperancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematianpemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalahseperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan hartaselepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertaklukkepada hukum faraid. Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagianharta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjuruskepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna sertatidak difahami dengan betul. Dianggarkan sejumlah RM42 bilion harta pusakaorang Islam telah gagal diagihkan kepada waris yang sah disebabkan masalahyang tertentu. Antara faktor yang dikenal pasti adalah berkait rapat dengankurang keberkesanan dalam sistem pentadbiran dan juga sikap pewaris. Justerumelihat kepada masalah yang wujud, masyarakat perlu didedahkan dengan carapengagihan harta semasa hidup sebagai perancangan awal pengagihan harta bagimengelakkan masalah yang bakal timbul kepada harta yang ditinggalkan selepaskematian mereka. Ini memandangkan masalah tunggakan harta pusaka bolehmendatangkan implikasi yang buruk dari perspektif ekonomi, undang-undang,agama dan sosial. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkantentang kepentingan perancangan harta dan kebaikan-kebaikan pelaksanaanhibah. Justeru itu, pemberian harta melalui hibah boleh diaplikasikan secarameluas pada masa kini bagi memberikan kebaikan kepada masyarakat.Kata kunci: Hibah, pusaka, faraid, pembahagian hartaCorresponding author: Rusnadewi Abdul Rashid, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara Perlis, Malaysia, e-mel: rusnadewi@perlis.uitm.edu.my91WJD001250 TEKS 2.indd 919/14/13 1:04:08 PM

Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104ABSTRACTEstate management planning in Islam is divided into two, during the lifetimeand after the death of property owner. Among the estate planning forms oflife are as gift inter vivos (hibah), bequest (wasiat), endowment, charity andvows. Meanwhile, the management of property after owner’s death is subjectto law of succession (faraid). Although faraid has been playing a vital rolein the division of succession property, the fact remains that the distribution ofthe property through this way may lead to some problems if it is not properlyadministered and truly understood. It is estimated about RM42 billion of theMuslims inheritance property could not be distributed to the legal heirs dueto the certain reasons. Amongst the identified factors are particularly relatedto the lack of efficiency in administration system and also the attitude of thelegal heirs. As the result of the occurrence of the problem, people should beexposed to the way of distribution of property during their lifetime as a modeof an early estate management planning to avoid any difficulties which mayevolve regarding to the property distribution after their death. The failure ofthe distribution of said estates could lead to several bad implications in formsof legal, economic, religion and social perspective. This article aims to discussthe importance of estate planning and the benefits of the implementation ofgift inter vivos (hibah). This form of estate planning can be applied widely inthe current situation for the benefit of society.Key words: hibah, law of succession, faraid, distribution of propertyPENGENALANIslam sebagai agama yang sempurna telah menentukan cara-cara pemilikanharta yang sah menurut hukum syarak seperti pemilikan melalui hibah, wasiat,wakaf serta faraid. Pemilikan harta oleh seseorang individu melalui salah satucara tersebut telah diiktiraf oleh Islam sebagai hak milik sempurna (MohdZamro 2006). Oleh yang demikian, hak milik ini tidak boleh dilucutkan olehsesiapapun tanpa persetujuan daripada pemiliknya melainkan dengan cara yangdibenarkan. Mana-mana individu yang memiliki harta di bawah kategori hakmilik sempurna adalah bebas menggunakan serta menikmati harta mereka dalambatas-batas yang ditetapkan. Justeru sebagai satu pengiktirafan kepada hak milikyang diberikan, mereka layak melaksanakan apa-apa transaksi berkaitan hartatersebut termasuk melakukan pindah milik, wakaf, wasiat dan hibah. Selaindaripada itu, mereka juga berhak mewariskan harta tersebut selepas kematiandalam bentuk pusaka.Konsep pengurusan harta merupakan perkara yang amat penting bagimenjamin agar harta mampu beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai92WJD001250 TEKS 2.indd 929/14/13 1:04:08 PM

Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan Dan Manfaat Dari Pelbagai AspekUntuk Kemajuan Ummahsektor kehidupan bagi penggunaan yang luas dan menyeluruh. Konsep pengurusanharta sedemikian memberikan hak pemilikan kepada seseorang atau segolonganyang lain. Selain itu, pengurusan harta yang baik boleh memberi galakan kepadatransaksi harta agar dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaansehingga dapat dinikmati oleh masyarakat. Oleh yang demikian, pengurusanharta secara sistematik dan teratur ini adalah bertujuan untuk mengelakkanberlakunya kesukaran-kesukaran yang boleh melemahkan kegiatan ekonomimasyarakat dalam sesebuah negara.Walaupun konsep pengurusan harta sangat penting dan mempunyai manfaatdan tujuan kebaikan, namun malangnya, masih ramai di kalangan masyarakat dinegara ini yang kurang kesedaran atau minat untuk membuat perancangan awalpengagihan harta. Menurut statistik, dianggarkan tunggakan kes tuntutan hartapusaka di Malaysia telah mencecah RM 42 bilion (Ghazali 2011). Kebanyakankes tersebut iaitu hampir 90 peratus daripadanya melibatkan harta milik orangIslam (Ghazali 2011). Menyedari masalah itu, suatu penyelesaian terbaik perludicari dan diteliti secara serius. Justeru itu, hibah dilihat mampu menjadi alternatifkepada pengagihan harta pusaka sebagai langkah mengurangkan masalah yangtimbul akibat kegagalan dan kelewatan pengagihan harta melalui faraid tanpamengetepikan kepentingan hukum faraid dalam aspek pembahagian harta. Iniadalah bagi memastikan pembahagian harta yang dilaksanakan menjadi lebihmudah dan dapat memberikan faedah yang maksima bukan sahaja kepadawaris-waris malahan kepada orang yang telah meninggal dunia. Pelaksanaanhibah dilihat amat sesuai untuk diamalkan seiring dengan peredaran masaserta perubahan corak hidup dan tabiat masyarakat. Ini adalah memandangkanpengagihan harta secara hibah tidak perlu melalui proses pentadbiran sepertiyang diperlukan dalam permohonan dan penyelesaian harta pusaka secarafaraid. Justeru itu, tidak timbul masalah dari segi kelewatan dan tunggakankes pengagihan harta. Selain daripada itu, masalah pengabaian pembahagianharta juga tidak akan timbul memandangkan pemberian telah dibuat semasahayat si mati kepada waris-waris tersebut.KEBAIKAN PEMBERIAN HARTA DIBUAT SECARA HIBAHHibah Sebagai Satu Cara Pengurusan Harta Yang Dianjurkan IslamKonsep hibah yang wujud dalam al-Quran dan sunnah serta diamalkan olehorang-orang Islam di seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia merupakansatu bentuk pengurusan harta yang dianjurkan Islam. Ia bukan bertujuan untukmembelakangi sistem pembahagian harta secara faraid, tetapi sebagai pelengkapkepada sistem pengagihan harta dalam Islam. Menurut seorang ahli akademikiaitu Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, beliau berpendapat bahawa masyarakat perlumemahami bahawa sistem faraid sebenarnya adalah satu bentuk pengagihan harta93WJD001250 TEKS 2.indd 939/14/13 1:04:09 PM

Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104kepada waris apabila seseorang meninggal dunia secara mengejut atau meninggaldunia dalam usia yang muda sebelum sempat memikirkan tentang persediaanpengagihan harta. Justeru itu, beliau menyarankan agar hibah dijadikan sebagaisatu bentuk perancangan awal pewarisan harta untuk tujuan kebajikan (ZalikhahMd. Nor 2002). Tegas beliau lagi, hibah merupakan satu alternatif pengurusanharta yang membawa tujuan atau maksud yang sama dengan bentuk-bentuksistem pewarisan harta yang lain iaitu pengagihan harta kekayaan secara adildan boleh memupuk kasih sayang serta mencegah permusuhan (Zalikhah Md.Nor 2002).Pendapat beliau ini juga disokong oleh Abdullah bin Muhammad, iaituseorang Pengarah Seksyen Pembangunan Pusaka di Jabatan Ketua PengarahTanah dan Galian Persekutuan dalam suatu buah kertas kerjanya (Abdullah b.Muhamad 2006). Beliau yang amat berpengalaman dalam bidang pembahagianharta pusaka telah mencadangkan agar minda masyarakat yang selama ini hanyamenggunakan mekanisme pembahagian harta pusaka secara konvensional diubahkepada konsep yang menggunakan pendekatan ‘pemberian semasa hidup’ sepertihibah.Tambahan lagi, pelaksanaan hibah adalah sunat dan digalakkan di dalamIslam. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil seperti berikut:Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran 3:92 yang bermaksud:Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dankebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dariapa yang kamu sayangi.Juga dapat dilihat dalam firmanNya dalam Surah al-Maidah 5:2 yangbermaksud:Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan danbertaqwa.Selain itu, dalam Surah al-Baqarah 1:177 yang bermaksud: dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginyakepada kaum kerabat.Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran, pelaksanaan hibah jugatelah disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:94WJD001250 TEKS 2.indd 949/14/13 1:04:09 PM

Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan Dan Manfaat Dari Pelbagai AspekUntuk Kemajuan UmmahDaripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w bersabda (al-Bukhari)bermaksud:Wahai wanita muslimat, janganlah seorang jiran menghina jirannyawalaupun kerana pemberian tulang yang terdapat sedikit dagingpadanya.Saidatina Aisyah telah berkata (al-Tirmidhi) bermaksud:Nabi s.a.w menerima dan membalas hadiah.Secara kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil yang telah dibincangkan,hibah bukan sahaja telah mendapat pengiktirafan di dalam Islam malahpelaksanaannya telah dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri melaluihadith Saidatina Aisyah. Justeru bertindak sebagai suatu pelengkap kepadakesempurnaan sistem pengagihan harta dalam Islam, konsep hibah amat sesuaidiamalkan oleh masyarakat terutama apabila sistem pewarisan secara faraid gagalberfungsi dengan baik disebabkan masalah-masalah tertentu seperti kejahilanwaris dalam memahami konsep faraid, pengabaian penyelesaian pusaka dankelewatan akibat masalah pentadbiran.Hibah Sebagai Pemberian Hidup Yang Boleh Ditujukan Kepada SesiapaSahaja Yang DikehendakiPemberian hibah tidak dihadkan kepada sekumpulan orang tertentu sahajasepertimana yang terdapat di dalam sistem faraid yang memberikan hak hanyakepada ahli waris-waris. Hibah juga tidak pula mengecualikan sekumpulanorang yang lain bagi mendapatkan haknya sepertimana dalam wasiat yangmengecualikan waris sebagai penerima wasiat. Ini dapat diperhatikan melaluisabda Rasulullah s.a.w (al-Tirmidhi) bermaksud:Sesungguhnya Allah telah memberi kepada setiap orang haknya. Olehyang demikian, tidak boleh memberikan wasiat kepada ahli waris, kecualijika dikehendaki oleh ahli waris lainnya.Bagi menjelaskan fakta ini, sebagai contoh, seksyen 2 Enakmen PentadbiranMahkamah Syariah Kelantan No.3 tahun 1982 memberi takrif alanghayat (hibah)sebagai bermaksud “Pemberian percuma atau pindah milik harta oleh seseorangdalam masa hayat kepada sesiapa yang dikehendakinya”.i)Pemberian yang dibuat untuk warisMenurut Islam, tidak wujud halangan untuk membolehkan hibah dibuat kepadawaris sendiri walaupun pemberian sebegini ditegah melalui pemberian denganjalan wasiat. Ini boleh dilihat melalui kes Muhammad Awang & yang lain95WJD001250 TEKS 2.indd 959/14/13 1:04:09 PM

Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104lwn Awang Deraman & yang lain [2004] CLJ (Sya) 139; Tengku Haji JaafarIbni Almarhum Tengku Muda Ali & Anor v Govt of Pahang [1987] 2 MLJ74; Mustak Ahmed v Abdul Wahid; Sharifah Bibi v Abd Wahid & Ors [1987]2 MLJ 449 yang melibatkan pemberian hibah daripada seorang bapa kepadaanak-anaknya. Pemberian hibah juga boleh dibuat oleh seseorang suami kepadaisterinya seperti yang dimanifestasikan dalam kes Wan Mahmud bin Wan AbdulRahman & 3 yang lain lwn Aminah binti Hj. Taib & 2 yang lain [JH XVIII/II Bhg II Dis 2004 hlm. 331].ii)Pemberian kepada bukan warisDengan kelebihan yang ada, pelaksanaan hibah boleh digunakan untuk memberiruang kepada pasangan yang mempunyai anak angkat bagi memperuntukkanharta mereka kepada anak yang berkenaan [JH XVIII/II Bhg II Dis 2004 hlm.12] kerana anak angkat tidak termasuk di dalam kategori penerima harta dibawah sistem pembahagian harta secara faraid. Sebagai contoh, di dalam kesPoolimahee Rajeswary @ Fatimah Binti Baba lwn Meah Binti Hussain [JHXIX/I BHG 1 hlm. 165], suami kepada defendan iaitu yang juga merupakanbapa angkat plaintif telah semasa hidupnya menghibahkan sebidang tanah yangterdapat sebuah rumah di atasnya kepada plaintif. Walaupun pindah milik belumdibuat semasa pemberi hibah masih hidup, mahkamah memutuskan bahawapemberian tersebut memenuhi rukun hibah. Pelaksanaan hibah kepada anakangkat juga boleh dilihat di dalam kes-kes seperti Norizah Bt Mansor [ JHXIX/I BHG 1, Feb 2005]; Nang Lijah Bte Megat Stan [Kanun, vol.8.1996,hlm. 169] dan Salmiah binti Che Hat lwn Zakaria bin Hashim [JH 2001,Jld.14 Bhg 1 & 2]. Pemberian saham secara hibah kepada anak saudara jugadiiktiraf oleh Islam seperti yang ditunjukkan dalam kes Fathilah Bt Sidik [JHXVII/I Jun 2004].iii)Pemberian kepada seseorang yang bukan beragama IslamPerkembangan mutakhir menunjukkan terdapat banyak kes pemelukan agama Islamyang telah dilakukan oleh orang bukan Islam. Justeru itu, corak pembahagianharta juga perlu lebih selari dengan perkembangan ini. Bagi orang yang barumemeluk Islam, mereka mungkin masih mahu mempunyai hubungan yang rapatdengan keluarga mereka walaupun keluarga tersebut bukannya beragama Islam.Perbezaan agama antara waris dengan pewaris merupakan salah satu daripadahalangan pewarisan dan mereka tidak boleh saling mewarisi (Mohd ZamroMuda & Mohd Ridzuan Awang 2006). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud (al-Tirmidhi):Orang Islam tidak boleh mewarisi (harta) orang kafir dan orang kafirtidak boleh mewarisi (harta) orang Islam.96WJD001250 TEKS 2.indd 969/14/13 1:04:09 PM

Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan Dan Manfaat Dari Pelbagai AspekUntuk Kemajuan UmmahDemikian juga maksud hadith yang lain yang maksudnya (al-Tirmidhi):Tidak akan saling mewarisi sesuatu apa pun antara keluarga dari duaagama (yang berlainan).Di Malaysia, kedudukannya juga sama seperti yang telah disyariatkan didalam Islam. Di dalam kes In Re Timah bt Abdullah, Dec’d [1941] MLJ 51,si mati yang merupakan seorang perempuan Jepun yang telah memeluk agamaIslam dan berkahwin dengan seorang lelaki Islam. Beliau telah meninggal duniameninggalkan sejumlah harta. Timbul pertikaian sama ada saudara lelaki danibu si mati yang tidak beragama Islam boleh mewarisi harta si mati. HakimGordon-Smith memutuskan bahawa di bawah Mazhab Shafie seperti yangdiamalkan di Malaysia, waris bukan Islam ditegah untuk mewarisi harta orangIslam seperti di dalam kata-katanya:The Shafici School or interpretation of Mohamedan Law is applicablein Malaya and both according to Tyabji’s Principles of MuhammadanLaw (2nd Edition) pade 834, paragraph 4 and Howard’s Translation ofMinhaj et Talibin, paragraph 9 page 253, an infidel is excluded fromand cannot succeed to the estate of a Mohamedan.Keputusan yang sama telah dibuat di dalam kes Majlis Agama Islam WilayahPersekutuan lwn Lim Ee Seng & Anor [2000] 2 MLJ 572 di Mahkamah TinggiKuala Lumpur.Oleh yang demikian, wujud keperluan kepada satu penyelesaian untukmembolehkan seseorang yang baru memeluk Islam untuk membolehkan merekamemberikan harta mereka kepada keluarga terutamanya ibu bapa yang telahbanyak berjasa sebagai menghargai pengorbanan sekurang-kurangnya melahirkandan membesarkan mereka walaupun berlainan agama. Sehubungan itu, hibahadalah satu-satunya cara yang baik bagi tujuan tersebut. Kelonggaran dalamkonsep hibah ini boleh memperlihatkan keindahan Islam sebagai agama yangamat menitikberatkan soal penghormatan kepada ibu bapa dan keluarga sertamenggalakkan kasih sayang sesama manusia.Tiada Had Dikenakan Terhadap Kadar Bahagian Atau JumlahPemberianTidak sepertimana harta yang diwasiatkan yang tidak boleh melebihi sepertiga(1/3) daripada harta pusaka bersih, dan faraid mengikut kadar-kadar tertentuseperti yang diturunkan di dalam al-Quran, hibah memperlihatkan kelainankerana tiada had jumlah yang perlu dipatuhi seseorang dalam pemberian hibah.Di dalam kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin [JH Dis 1998Jld XII Bhg II hlm. 201] pemberian saham oleh seorang bapa kepada salah97WJD001250 TEKS 2.indd 979/14/13 1:04:09 PM

Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 91 - 104seorang anaknya sebanyak 11,095,666 daripada jumlah 12,560,313 unit sahamdikira sebagai satu hibah yang sah walaupun jika diikutkan pembahagian secarafaraid, anaknya tidak layak mendapat bahagian sejumlah itu. Begitu juga didalam kes Wan Mahmud bin Wan Abdul Rahman & 3 yang lain lwn Aminahbinti Hj. Taib & 2 yang lain [JH XVIII/II Bhg II Dis 2004 hlm. 331] yang jelasmenunjukkan bahawa pemberian hibah tidak mempunyai had tertentu keranasi suami dalam kes ini telah menghibahkan ½ bahagian daripada hartanyakepada isterinya.Hibah Sebagai Alternatif Penyelesaian Masalah Pengagihan SecaraFaraidMemandangkan arus aliran zaman yang semakin berubah dan corak kehidupanmasyarakat yang semakin berbeza, proses pentadbiran pembahagian harta secarafaraid menjadi agak kurang berkesan kerana masing-masing sibuk dengan tugasdan kepentingan sendiri sehingga melupakan suruhan untuk mempercepatkanpembahagian harta selepas kematian seseorang. Kejahilan dalam bidang faraidserta sikap masyarakat yang tidak prihatin dan mengambil berat terhadap usahapembahagian harta pusaka yang ditinggalkan semakin berleluasa. Rentetandaripada sikap ini telah menimbulkan pelbagai masalah yang sukar diatasi darisudut agama, ekonomi dan sosial. Justeru itu, sebagai usaha bagi mengatasimasalah yang timbul, kaedah pelaksanaan hibah ini bukan sahaja dikatakandapat menjamin penurunan hak milik harta kepada waris mengikut kehendakpemberi hibah, malah akan mengurangkan jumlah kes harta pusaka di seluruhnegara. Ini adalah kerana pengagihan harta melalui kaedah hibah tidak perlumelalui proses pentadbiran yang rumit sepertimana yang perlu dilalui dalampembahagian secara faraid yang dikatakan kurang berkesan dan kadangkalaboleh menimbulkan ketidakadilan. Ini sekali gus dapat mengelakkan perebutanharta dan pertelingkahan ahli waris selepas kematian pemilik (Abdullah b.Muhamad 2006).Pembahagian Harta Secara Lebih BermanfaatTujuan utama pelaksanaan hibah adalah untuk menyelesaikan masalah yangtimbul apabila pembahagian harta secara pusaka gagal ditadbir dengan sempurnaatau memberikan kesan yang kurang baik. Ini adalah kerana pembahagianharta pusaka sebenarnya tidak boleh dianggap selesai sekiranya bahagian yangdiperolehi setiap waris tidak dapat dimanfaatkan atau memberi apa-apa faedahkepada penerima. Harta yang dibahagikan secara konvensional iaitu dengan carameletakkan nama semua waris pada setiap bidang tanah yang diwarisi sehinggatidak mendatangkan apa-apa manfaat dari sudut ekonomi serta menyukarkantransaksi seterusnya, pada hakikatnya hanya merugikan waris. Bagi mengatasimasalah ini, hibah dilihat sebagai suatu cara berkesan untuk pembahagian yanglebih berfaedah.98WJD001250 TEKS 2.indd 989/14/13 1:04:09 PM

Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan Dan Manfaat Dari Pelba

Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan Dan Manfaat Dari Pelbagai Aspek . Untuk Kemajuan Ummah. sektor kehidupan bagi penggunaan yang luas dan menyeluruh. Konsep pengurusan harta sedemikian memberikan hak pemilikan kepada seseorang atau segolongan . yang lain. Selain itu, pengurusan harta yang baik boleh memberi galakan kepada

Related Documents:

perbincangan termasuk syarat, peraturan dan kepentingan hibah sebagai instrumen penting pengurusan harta dalam Islam. Kata kunci: Pri Hibah, Hibah Komersial,Syarikat Amanah, Dokumentasi Hibah. ABSTRACT Gifts (hibah) is one act of giving by giver to receiver made on the basis of love. Reality

memudahkan pengurusan harta dan juga bagi mengelakkan isu pertikaian harta di antara keluarga, saudara dan/atau pewaris kelak. Sehubungan itu, melalui kertas kajian ini, penekanan akan diberikan kepada konsep dan pelaksanaan hibah dan wasiat menurut perspektif hukum Islam. A. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM 2. DEFINISI HIBAH

kepada industri perancangan dan pengurusan harta di mana pada zaman 80-an, hibah hanya dilaksanakan a tanpa ada dokumen sokongan (Amirul Adli & Noor Lizza Mohamed Said 2018). Namun, pada hari ini kebanyakan hibah yang dibuat adalah melalui dokumen deklarasi hibah atau apa-apa dokumen yang boleh membuktikan pemberian hibah. Kepentingan dokumen .

Ya, Hibah adalah satu cara perancangan harta bagi orang Islam mahupun orang bukan Islam. 6. Apakah yang akan saya perolehi daripada produk ini? Penyempurnaan hasrat menghibahkan harta alih atau harta tak alih kepada Penerima Hibah sebagaimana yang diingini. Harta yang dihibah terkeluar daripada pentadbiran harta pusaka Penghibah (anda).

Pengurusan harta pusaka sentiasa menjadi isu penting kerana ia melibatkan setiap ahli masyarakat terutama apabila berlaku kematian dan pembahagian . dengan tuntutan harta melalui lima pembolehubah iaitu tempoh masa; kepelbagaian . (2009) turut sama menegaskan bahawa hibah dan wasiat adalah penting dalam perancangan harta kerana ianya mampu .

Harta pusaka merupakan segala harta yang ditinggalkan oleh si mati dalam bentuk harta alih atau harta tak alih. Harta tersebut diperoleh semasa hayatnya secara halal melalui jual beli, pewarisan pusaka, hibah, wasiat, hadiah, sedekah dan sebagainya. Pusaka juga termasuk sewa

Amalan pemberian hibah di Malaysia didapati masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, walaupun masyarakat Islam secara umumnya sudah mengetahui manfaat dan kepentingan perancangan harta melalui hibah semasa hidup lagi. Meskipun demikian, dapatan kajian terdahulu masih belum menfokuskan kajian hibah dalam skop gelagat pemberian hibah.

Fundamentals; Harmony; Jazz, Pop, and Contemporary Music Theory (including Twentieth-Century Music); and Form in Music. The format for each volume is consistent: 1. The left column lists terms to help you organize your study and find topics quickly. 2. Bold indicates key concepts. 3. Each volume ends with a Remember-Forever Review and More