Keperluan Deklarasi Hibah Dan Kekangannya Dalam .

3y ago
173 Views
3 Downloads
397.15 KB
9 Pages
Last View : 21d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Kamden Hassan
Transcription

Journal of Contemporary Islamic Law, (2020) Vol. 5(2): 77-83e-ISSN: 0127-788XKeperluan Deklarasi Hibah dan Kekangannya dalam Perancangan Harta Orang IslamThe Need for Hibah Declarations and its Constraints in Property Planning of MuslimsROSMIZA ISMAIL, Universiti Kebangsaan MalaysiaSALMY EDAWATI YAACOB, Universiti Kebangsaan MalaysiaMOHD ZAMRO MUDA, Universiti Kebangsaan MalaysiaReceived: October 14, 2020Accepted: November 9, 2020Online Published: December 15, 2020URL: http://www.ukm.my/jcilABSTRAKKesedaran masyarakat Islam merancang melalui instrumen hibah semasa hidup semakin memberangsangkan. Halini dapat dibuktikkan melalui peningkatan kes berkaitan hibah di Mahkamah Syariah. Hibah juga dihujahkanmenjadi instrumen berkesan dalam menangani masalah berkaitan harta pusaka termasuklah peningkatan harta beku.Namun, terdapat beberapa kelemahan dalam deklarasi hibah yang boleh menjejaskan hak-hak pihak yang berkaitan.Kajian ini bertujuan menganalisis kelemahan serta kekangan dalam deklarasi hibah melalui dokumen yangdilaksanakan. Kaedah pengumpulan data dan analisis dokumen digunakan untuk kajian ini termasuk data primerdan sekunder seperti kitab- kitab, artikel-artikel lepas berkaitan dokumen hibah, jurnal hukum dan data dari syarikatamanah. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam deklarasi hibah yang perlu di atasi dari semasake semasa. Penggubalan undang-undang hibah pada masa akan datang perlu mengambil kira peruntukan syarakdan undang-undang tempatan bagi mengelakkan sebarang konflik dan pertikaian.Kata kunci: hibah, deklarasi, kelemahan, perancangan, undang-undang.The awareness of the Muslim community plans through hibah instruments while living is increasinglyencouraging.This can be proved by the increase in cases related to hibah in the Syariah Court. Hibah is also arguedto be an effective instrument in dealing with estate related problems including increased frozen property. However,there are some weaknesses in the hibah declaration that could affect the rights of the relevant parties. This study aimsto analyze weaknesses and constraints in the declaration of hibah through documents implemented.Data collectionand document analysis methods used for this study include primary and secondary data such as books, articles relatedto hibah documents, journals on law and data from Trust Companies.The finding of this study indicates that there aresome weaknesses in the declaration of hibah which need to be addressed from time to time. The enactment of hibahlaws in future should take into account the provision of Islamic and local laws in order to avoid any conflicts anddisputes.Keywords: hibah; declaration; weaknesses; planning; lawPENDAHULUANKesedaran orang ramai untuk membuat perancanganharta mereka pada hari ini amat memberansangkan.Ini merupakan suatu fenomena baru yang amatmenarik dalam kebangkitan umat Islam dalamhubungan fiqh muamalat. Pelbagai platform yangboleh digunakan oleh orang ramai untuk memastikanharta mereka dapat dimanfaatkan selepas kematianmereka nanti. Di antaranya adalah melalui deklarasihibah, di mana mereka boleh menghibahkan hartamereka kepada orang yang dikehendaki tanpa perlukepada memetuhi had yang ditentukan oleh bahagianfaraid, tanpa perlu kepada persetujuan ahli waris danhak pemilikan boleh beralih tangan ketika merekamasih hidup.Dalam keghairahan mereka untuk membuatdeklarasi hibah, mereka perlu ingat kepada kehilanganhak pemilikan secara sertamerta ketika perjanjiantersebut cukup rukun dan syaratnya. Kehilangan hakpemilikan terhadap harta tersebut boleh menyebabkanisu-isu yang timbul selepas itu seperti anak tidakmenjaga kebajikan ibubapa, ibubapa merayu kepadaanak untuk menyara kehidupan mereka semasa tua,tuntutan waris lain terhadap harta yang dihibahkanserta kos penyelenggaraan proses dokumen selepashibah terjadi.Mengikut kajian Nurul Syuhadah (2018) terdapatpeningkatan dokumentasi hibah dari tahun ke tahunyang dibicarakan di Mahkamah Syariah yangmelibatkan pelbagai isu dan pertikaian. Pekembanganini secara tidak langsung menunjukkan hibah semakinmendapat perhatian masyarakat pada hari ini dan ia77

Journal of Contemporary Islamic Law, (2020) Vol. 5(2): 77-83e-ISSN: 0127-788Xmenunjukkan kesedaran yang tinggi umat Islamterhadap keperluan merancang harta mereka semasahidup. Penulis berpendapat situasi ini timbul hasildaripada kajian-kajian lepas yang membuktikan hibahadalah instrumen sesuai yang membantu untukmengurangkan lagi masalah harta beku orang islamyang sedia ada yang dianggarkan bernilai RM70billion.Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersamadengan butiran 1, Senarai 11, Senarai Negeri, JadualKesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu sepertiyang berikut:OBJEKTIF KAJIANBerdasarkan peruntukkan di atas, perkaraberkaitan “alang”adalah termasuk di bawah kuasaNegeri. Sehubungan dengan itu, Negeri mempunyaikuasa untuk menggubal undang-undang berhubungdengannya. Kuasa Negeri berhubung dengan perkaratersebut juga diiktiraf oleh Mahkamah Persekutuandalam kes Laifah bt Mat Zain lwn Rosmawati btSharudin & Satu Lagi (2007) 5MLJ 101.Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisiskelemahan serta kekangan dalam deklarasi hibahmelalui dokumen hibah yang dilaksanakan dalaminstitusi perancangan harta orang Islam hari ini.METHODOLOGI KAJIANKajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedahrekabentuk kajian kualitatif dengan memfokuskankajian mengenai keperluan deklarasi hibah dalamperancangan harta. Kaedah pengumpulan data dananalisis dokumen digunakan untuk kajian ini termasukdata primer dan sekunder seperti kitab-kitab, artikelartikel lepas berkaitan kelebihan dokumen hibah,jurnal hukum dan data dari syarikat amanah.KONSEP HIBAHMenurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka EdisiKeempat, hibah bermaksud pemberian hak(harta)secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan baik;menghibahkan memberikan (pada masa si pemberimasih hidup).Hibah pada istilah syarak pula ialah suatu akadyang mengandungi pemberian milik oleh seseorangsecara sukarela terhadap hartanya kepada seseorangyang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (i’wad).Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akadpemberian milik ain harta daripada satu pihak kepadapihak yang lain tanpa balasan (i’wad) semasa hidupsecara sukarela, bukan mengharapkan pahala diakhirat dan memuliakan seseorang, denganmenggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya(Zamro, 2008).Firman Allah s.w.t yang bermaksud َو َءا ُتو ْا ٱلن َِّسٓا َء َصدُ ََٰقتِ ِه َّن نِ ْح َلة َفإِن طِبْ َن َل ُك ْم عَن َش ْىء ِّمنْ ُه َن ْفسا َف ُك ُلو ُه َهنِيٓـا َّم ِر ٓيـا Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yangkamu nikahi) sebagai pemberian denganpenuhkerelaan. Kemudian jika mereka meyerahkan kepadakamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senaghati, maka makanlah (ambillah)pemberian itu(sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.(Surah An-Nisa’ : 4)HIBAH DI MALAYSIADi Malaysia hibah adalah tertakluk di bawah bidangkuasaNegeriberdasarkanPerkara74(2)78i) Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan:“ Hal Perkara undang-undang persekutuan dan Negeri74.(1).(2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuatundang-undang yang diberikan kepadanya oleh manamana perkara lain,KEPERLUAN DEKLARASI HIBAHPada hari ini, kesedaran masyarakat untuk merancangharta semasa hidup khususnya melalui instrumenhibah dilihat amat memberangsangkan dan ia semakinhangat dibicarakan oleh segenap lapisan masyarakat.Ini dibuktikan dengan adanya pelbagai institusikerajaan mahupun swasta yang menawarkanperkhidmatan hibah seperti Majlis Agama Negeri,pihak-pihak persendirian dan pihak bank (AdilahMohd Sa’afie & Mohd Zamro Muda).Peredaran zaman dan keperluan undang-undangsemasa memberi perubahan dan impak yang besarkepada industri perancangan dan pengurusan harta dimana pada zaman 80-an, hibah hanya dilaksanakanmelalui lafaz sahaja tanpa ada dokumen sokongan(Amirul Adli & Noor Lizza Mohamed Said 2018).Namun, pada hari ini kebanyakan hibah yang dibuatadalah melalui dokumen deklarasi hibah atau apa-apadokumen yang boleh membuktikan pemberian hibah.Kepentingan dokumen hibah ini bukan sahajauntuk merekodkan hibah di antara pemberi danpenerima hibah, bahkan ia boleh menjadi buktisekiranya timbul sebarang pertikaian di MahkamahSyariah pada masa akan datang. Dengan adanyadokumen hibah atau lebih dikenali sebagai deklarasihibah ini, ia boleh mempercepatkan prosespengesahan hibah di institusi kehakiman.Ketiadaan dokumen hibah boleh membatalkanhibah yang telah dibuat. Ini kerana apabila berlakusebarang pertikaian para hakim akan merujuk kepadaapa-apa bukti yang ada untuk mengesahkanpemberian hibah dan dalam sesetengah keadaan iaboleh menafikan hak penerima hibah yang sepatutnyadiserahkan kepada penerima hibah. Namun, hanyakerana hibah tidak dapat dibuktikan melalui dokumenbertulis atau apa-apa bukti yang lain hakim terpaksamembatalkan hibah yang didakwa telah berlaku. Halini boleh dilihat dalam kes yang telah dibuktikan diMahkamah Syariah seperti kes Saharain bin Nordin vNoraidah binti Nordin [2008] JH 26 (1). Oleh yangdemikian, kedudukan dokumen deklarasi hibah bukan

Journal of Contemporary Islamic Law, (2020) Vol. 5(2): 77-83e-ISSN: 0127-788Xhanya dokumen simpanan semata-mata bahkan iaboleh dijadikan bukti yang kuat di Mahkamah Syariahkelak.Dalam konteks semasa, pelbagai institusimenyediakan perkhidmatan hibah kepada masyarakatsama ada institusi kerajaan mahupun swasta.Perkhidmatan hibah yang disediakan pada hari inilebih terjamin jika dibandingkan pada zaman awal 90an apabila apabila perkhidmatan hibah disediakanmelalui dokumen hibah. Seperti yang telah dijelaskansebelum ini, dokumen ini memainkan peranan pentingdalam menentukan kesahihan hibah pada masa akandatang. Dalam dokumen tersebut, dinyatakan segalarukun dan syarat hibah, persetujuan dan penerimaanoleh kedua-dua pemberi dan penerima hibah yangmana secara tidak langsung memudahkan prosespengesahan hibah di Mahkamah Syariah kelak.Selain itu, dalam perundangan Islam, hibahterbahagi kepada dua jenis, iaitu hibah mutlak danhibah bersyarat atau dengan syarat . Hibah mutlakadalah hibah yang dibuat tanpa diikat dengan apa-apasyarat atau balasan manakala hibah bersyaratterbahagi kepada tiga bahagian iaitu hibah dengansyarat balasan atau gantian, hibah bersyarat ‘umra danhibah bersyarat qubra. Antara situasi hibah yangdisertakan dengan syarat yang dibahaskan dalam fiqhialah hibah dengan mensyaratkan penerima hibahmelakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan,hibah dengan mensyaratakan penerima hibah tidakbertasarruf dengan mawhub, hibah denganmensyaratkan penerima hibah menunaikan asa selepas kematian penghibah dan jugadisyaratkan oleh penghibah bahawa dia masihmempunyai hak manfaat ke atas harta tersebut.Para fuqaha berselisih pendapat mengenaipeletakan syarat dalam hibah namun, menurut NoorLizza et.al (2012) meletakkan syarat yang tidakmenafikan isi kandungan dan tujuan asal hibah adalahdibolehkan menurut sebahagian fuqaha. Sebagaimanayang disebutkan oleh al-Sharbini t.th., al-Bahuti 1982,jika sekiranya pemberi hibah meletakkan syaratbahawa penerima hibah tidak boleh berkahwinsepanjang hidupnya atau penerima hibah mestilahmelakukan zina maka syarat tersebut adalah tidakterpakai (lagha) tetapi akad hibah tetap sah. Inibermakna pemberi hibah mestilah menyerahkan hartayang dihibahkan dan penerima hibah tidak terikatkepada syarat-syarat tersebut. Hal ini kerana hibahmerupakan akad sumbangan yang tidak terjejasdengan syarat yang merosakkan akad (fasid).Perkara 557 (2) Undang-undang Sivil Jordanmembenarkan peletakan syarat di dalam hibah selamaia tidak bercanggah dengan isi kandungan dan tujuanasal hibah dibuat (Noor Lizza et.al. 2012).Walaubagaimanapun, undang-undang sivil Mesir Perkara495 (2) dan undang-undang Sivil Syria Perkara 463(2) tidak membenarkan peletakan syarat dalam hibahsecara mutlak. Kedua-dua subseksyeninimemperuntukkan bahawa sekiranya pemberi hibahmeletakkan syarat balasan seperti penerima hibahhendaklah memberi nilai balasan kepada pemberihibah, nilai tersebut mestilah kurang daripada nilaiharta yang dihibahkan. Jika dilihat kepadaperuntukkan ini, meletakkan syarat dalam hibahbukanlah sesuatu yang dihalang secara mutlak, namunia mestilah tidak menafikan kandungan dan tujuanasal hibah.Pendapat yang membenarkan peletakan syaratdalam hibah sesuai untuk diguna pakai dalam kontekssemasa terutama untuk menjaga maslahat pemberihibah. Pemberi hibah boleh meletakkan syarat balasanuntuk menjaganya selagi pemberi hibah masih hidup.Hal ini kerana terdapat kes di mana penerima hibahmengabaikan tanggungjawab terhadap pemberi hibahseperti bapa dan ibu apabila mendapat harta hibah.Situasi ini menimbulkan kebimbangan kepadamasyarakat untuk memberi hibah. Bagi mengelakkankeadaan tersebut penulis berpendapat adalah sesuaiuntuk digunakan pendapat yang mengharuskan syaratbalasan dalam hibah dan ini juga menepati konsepmaqasid syariah (al-Suyuṭi 2003): دفع املفاسد اوىل من جلب املصالح Mengelakkan kerosakkan adalah lebih utama daripadamemperoleh kebaikan.Dalam kes ini penulis berpendapat mengelakkanibubapa daripada terabai adalah lebih baik daripadamengutamakan hibah secara mutlak. Di samping itu,sekiranya hibah bersyarat tidak dibenarkan ian akanmenimbulkan kesulitan kepada masyarakat terutamaapabila perubahan adat dan uruf yang mendesak.Di samping itu, pemberian hibah bersyarat tidakterkesan dengan peruntukkan undang-undang yangsedia ada. Meskipun secara syarak hibah telahdianggap sempurna namun pemilik harta atau pemberihibah masih menjadi pemilik sah (legal owner) keranatiada berlaku proses pemindahan harta kepadabenefisiari semasa hidup pemilik harta. Oleh itu,dalam tempoh berkenaan pemberi hibah bolehmenarik balik hibah yang dibuat sekiranya ia melihatkeperluan kepada tindakan tersebut. Walaubagaimanapun, penarikan balik hibah hanyadibenarkan hibah ibubapa kepada anak-anak atau cucusahaja.Terdapat pelbagai kelebihan deklarasi hibah yangakan diterangkan dalam penulisan ini. Di antaranyaseperti aset yang menjadi mawhub (harta hibah) tidakdianggap sebagi harta pusaka pemberi hibah. Inikerana ia memberi kesan serta merta mengikut termadan syarat yang terdapat dalam deklarasi hibah semasahayat pemberi hibah. Rentetan daripada itu harta tidakakan termasuk dalam harta pusaka pemberi sekiranyapemberi hibah meninggal dunia. Keadaan ini secaratidak langsung dapat mengelakkan kemungkinanharta menjadi beku akibat daripada kelemahan sistempentadbiran dan kos pengurusan yang tinggi.Di samping itu melalui deklarasi hibah jugapemilik harta (pemberi Hibah) masih mempunyaikuasa untuk membatal atau menarik balik harta hibahyang telah diberikan kepada anak atau cucunya.Sekalipun begitu pemberi hibah tidak boleh menarik79

Journal of Contemporary Islamic Law, (2020) Vol. 5(2): 77-83e-ISSN: 0127-788Xharta yang telah diberikan kepada orang lain meskipunkepada isterinya.KEKANGAN DOKUMEN HIBAHTidak dinafikan instrumen hibah telah mula hangatdibicarakan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.Bahkan kajian oleh Adilah Mohd Sa’afie dan MohdZamro (2018) menunjukkan terdapat peningkatan kesberkaitan hibah telah dibicarakan di MahkamahSyariah. Ini menunjukkan masyarakat telah mula pekaterhadap perancangan dan pengurusan harta melaluihibah. Walaupun demikian terdapat beberapa isu dankekangan dalam melaksanakan deklerasi hibah yangperlu di fikirkan oleh orang ramai sebelum merekamemilih saluran tersebut untuk merancang hartamereka. Isu-isu tersebut ada yang berkait denganhukum dan situasi realiti semasa masyarakat yang jikatidak dibuat dengan kaedah yang betul bolehmembatalkan hibah dan lebih teruk ia bolehmenafikan hak penerima hibah.Di antara isu yang berkaitan dengan hukum adalahdi mana berlakunya penarikan atau pembatalan hibahsetelah hibah tersebut telah sempurna dari segi rukundan syaratnya. Sebagaimana yang telah diketahuibahawa tiga situasi yang membolehkan hibah bolehditarik balik atau dibatalkan seperti hibah seorangbapa kepada anaknya atau seorang datuk kepadacucunya, wujudnya keredhaan antara pemberi hibahdan penerima hibah untuk membatalkan hibahtersebut atau melalui keputusan hakim di mahkamah(Mohd Zamro & Noor Lizza 2015).Namun, para fuqaha telah menggariskan beberapasyarat yang perlu dipatuhi bagi membolehkan hartahibah ditarik balik seperti harta tidak berpindah milik,tidak berubah sifat yang mengurangkan nilai hartatersebut dan hendaklah dibuat dengan persetujuanpenerima hibah sekiranya hibah selain daripada ayahkepada anak. Ini bermakna sekiranya penerima hibahtelah menjual harta hibah atau melakukan perubahankepada harta hibah, maka hibah tidak dapat dibatalkanatau ditarik balik sama sekali (Mustafa al-Khin et al.2003).Dalam konteks semasa, isu penarikan balik dapatdilihat secara ketara apabila melibatkan harta hibahberbentuk hartanah. Penarikan balik hartanah yangtelah dibuat hendaklah dilakukan melalui Borang 14Aserta terdapat beberapa sekatan yang perlu dilihatberdasarkan peruntukan di dalam Kanun TanahNegara 1965. Keadaan ini menimbulkan konflik diantara perundangan syariah dan undang-undang sivil.Justeru, masyarakat perlulah peka terhadap isupenarikan balik sebelum melaksanakan akad hibah.Walau bagaimanapun, kebanyakan syarikatamanah yang menyediakan perkhidmatan deklarasihibah, mengatasi isu ini dengan memasukkan syaratsyarat tertentu di dalam dokumen bagi menjagakemaslahatan pemberi dan penerima hibah. Namun,isu yang timbul adalah sejauh manakah syarakmembenarkan syarat dimasukkan di dalam akad hibah80dan adakah syarat tersebut mengikat kedua-duapihak?Isu kedua adalah berkaitan hibah yang dilakukanketika saat sakit yang menyebabkan kematian ataumard al-maut. Kita perlu melihat syarat-syarat mardal-maut seperti penyakit yang benar-benar bolehmenyebabkan kematian, penyakit yang bolehmenimbulkan kecemasan kematian dalam fikiranpesakit dan terdapat gejala yang menunjukkan bahawapenyakit adalah kronik dan kritikal.Di dalam Majallah al-Ahkam Adliyyah perkara1595 mendefinisikan mard al-maut sebagai sakit yangkebiasaanya membawa kepada kematian, di manapenyakit tersebut menghalang seorang lelaki daripadamenjaga kemaslahatan di luar rumah dan menghalangkemaslahatan di dalam rumah jika dia seorang wanita.Di samping itu, ciri-ciri khusus marad al-maut jugaperlu diteliti contohnya, tempoh penyakit itusepanjang setahun. Sekiranya berlalu tempoh tersebutmaka tidak termasuk dalam kategori tersebut. Begitujuga jenis penyakit yang kebiasaannya bolehmenyebabkan kematian seperti kanser, AIDS danH1N1. Ciri penyakit yang seterusnya adalah penyakityang menjadikan seseorang tidak peduli kepadaduniawi lagi. Contoh bagi lelaki yang tidak pedulikepada kerja-kerja rutinnya dan bagi wanita yangtidak peduli kepada kerja-kerja rumah yang menjadikerja rutin mereka.Isu hibah mard al-maut ini juga boleh memberikesan terhadap hukum hibah atau wasiat. Kesanpemberian hibah dalam situasi ini mempunyaiimplementasi yang berbeza, bergantung kepadakeadaan pemberi hibah selepas melakukan hibahtersebut. Sekiranya pemberi hibah meninggal duniasejurus lafaz hibah dilaksanakan maka harta tersebutdikategorikan sebagai wasiat. Maka ia akanbergantung kepada undang-undang wasiat, di manaharta pemberian tidak melebihi 1/3 daripada hartapeninggalan serta tidak melibatkan pemberian kepadaahli waris kecuali mendapat persetujuan daripada ahliwaris. Sekiranya pemberi hibah masih hidup selepasmelafazkan akad hibah, maka hibah tersebut adalahsah dan perlu terikat kepada undang-undang hibah.Dalam kes Mahdi bin Ab. Hamid lwn Iqwan binYahaya yang dibicarakan di Mahkamah TinggiSyariah Selangor, mahkamah memutuskan sah hibahyang dibuat oleh si mati semasa beliau di dalamkeadaan strok dan ditahan di dalam wad. Alasanpenghakiman dalam kes ini adalah meskipun si matiditahan di dalam wad, namun beliau masih waras akalfikiran dan sedar dengan tindakan beliau semasa hibahdibuat. Berdasarkan kes ini, mard al-maut juga perludilihat dari sudut kewarasan akal fikiran pemberihibah, sebagaimana yang disebutkan oleh SitiMashitoh Mahamood (2017).Begitu juga isu kadar atau had

kepada industri perancangan dan pengurusan harta di mana pada zaman 80-an, hibah hanya dilaksanakan a tanpa ada dokumen sokongan (Amirul Adli & Noor Lizza Mohamed Said 2018). Namun, pada hari ini kebanyakan hibah yang dibuat adalah melalui dokumen deklarasi hibah atau apa-apa dokumen yang boleh membuktikan pemberian hibah. Kepentingan dokumen .

Related Documents:

perbincangan termasuk syarat, peraturan dan kepentingan hibah sebagai instrumen penting pengurusan harta dalam Islam. Kata kunci: Pri Hibah, Hibah Komersial,Syarikat Amanah, Dokumentasi Hibah. ABSTRACT Gifts (hibah) is one act of giving by giver to receiver made on the basis of love. Reality

memudahkan pengurusan harta dan juga bagi mengelakkan isu pertikaian harta di antara keluarga, saudara dan/atau pewaris kelak. Sehubungan itu, melalui kertas kajian ini, penekanan akan diberikan kepada konsep dan pelaksanaan hibah dan wasiat menurut perspektif hukum Islam. A. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM 2. DEFINISI HIBAH

Lampiran 2. Penilaian Seleksi, Monitoring, dan Evaluasi Hasil .27 . HIBAH PENELITIAN TENTANG MUHAMMADIYAH BATCH 3 4 BAB I PENDAHULUAN LATAR BELAKANG . JENIS PENDANAAN HIBAH PENELITIAN TENTANG MUHAMMADIYAH Terdapat 2 (dua) skema dalam Hibah Penelitian Muhammadiyah 2019 ini meliputi: 1. Skim Penelitian DASAR diperuntukkan bagi penelitian .

Amalan pemberian hibah di Malaysia didapati masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, walaupun masyarakat Islam secara umumnya sudah mengetahui manfaat dan kepentingan perancangan harta melalui hibah semasa hidup lagi. Meskipun demikian, dapatan kajian terdahulu masih belum menfokuskan kajian hibah dalam skop gelagat pemberian hibah.

Laporan Pengelolaan Pinjaman dan Hibah Semester II Tahun 2017 merupakan kompilasi dari laporan bulanan selama periode bulan Juli s.d. Desember 2017 yang telah ditayangkan melalui website www. . maupun hibah adalah Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat sebanyak 16 amandemen, Kementerian

Ya, Hibah adalah satu cara perancangan harta bagi orang Islam mahupun orang bukan Islam. 6. Apakah yang akan saya perolehi daripada produk ini? Penyempurnaan hasrat menghibahkan harta alih atau harta tak alih kepada Penerima Hibah sebagaimana yang diingini. Harta yang dihibah terkeluar daripada pentadbiran harta pusaka Penghibah (anda).

MEMBUAT LAPORAN KEUANGAN DENGAN MICROSOFT ACCESS Microsoft Access adalah Program berbasis data komputer, bisa digunakan untuk keperluan-keperluan tertentu baik keperluan perkantoran ataupun perorangan. Funsi Microsoft acces dapat membantu anda menyimpan database, membuat aplikasi perkantoran termasuk membuat aplikasi akuntansi.

- Kesehatan reproduksi merupakan suatu keadaan sejahtera fisik, mental dan sosial secara utuh, tidak semata-mata bebas dari penyakit atau kecacatan dalam semua hal yang berkaitan dengan sistim reproduksi, serta fungsi dan prosesnya. - Remaja atau adolescence, berasal dari bahasa latin adolescere yang berarti tumbuh ka arah kematangan .