BAB DUA SAHAM WAKAF DAN PENGURUSAN ISLAM 2.0 Pengenalan

3y ago
66 Views
2 Downloads
597.68 KB
77 Pages
Last View : 8d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Maxton Kershaw
Transcription

BAB DUASAHAM WAKAF DAN PENGURUSAN ISLAM2.0 PengenalanBab dua ini akan menerangkan perkara berkaitan saham wakaf, pengurusanIslam dan hubungkait kedua-duanya. Melalui bab ini, ia telah dibahagikan kepadadua fokus utama iaitu pertama, perkara-perkara berkaitan saham wakaf dan keduaberkaitan dengan pengurusan Islam. Kedua-dua perkara yang menjadi fokus inidihuraikan seterusnya menjelaskan bagaimana kedua-dua perkara tersebut salingberhubungan antara satu sama lain bagi mencapai maksud dan matlamatnya.Akhirnya bab ini akan melihatkan bahawa pengurusan Islam itu amat perludipraktikkan dalam urusan berkaitan saham wakaf dalam mencapai matlamatpensyariatan ibadah wakaf. Dengan penerangan yang diberikan melalui bab ini akanmemenuhi objektif pertama pada kajian ini iaitu untuk meneliti pandangan Islamberkaitan saham wakaf dan termasuklah pengurusan pelaksanaan yang berkaitandengannya.2.1Konsep WakafWakaf adalah ibadah yang dapat membangunkan ekonomi dan memeliharakebajikan umat Islam serta mencapai matlamat pensyariatannya sekiranya dapatdiurus dengan baik. Selain itu, tujuan berwakaf juga adalah bagi meningkatkanamalan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :29

Maksudnya : “ Kamu (wahai orang-orang yangberiman), tidak akan mencapaikebaikan (yangsempurna) sehingga kamu membelanjakan (ke jalanAllah) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dansesuatu apa jua yang kamu dermakan makasesungguhnya Allah mengetahuinya.”Surah Ali – ‘Imran 3: 92Pengurusan harta wakaf yang baik boleh menjadi aset untuk mencapaikepentingan masyarakat Islam seperti membina masjid, sekolah, menghidupkanilmu, menghidupkan syiar-syiar Islam, kepimpinan Islam dan sebagainya. Di duniaIslam, terdapat institusi-institusi yang dibina dengan menggunakan hasil dan manfaatwakaf yang dilakukan oleh pewakaf seperti pembinaan Masjid Quba’ dan MasjidNabawi di Madinah, Universiti Azhar Al-Syarif di Mesir dan lain-lain lagi.1Dengan berwakaf juga dapat menunaikan hasrat untuk melihat kebajikansentiasa berterusan walaupun setelah kematian si pewakaf dan ganjaran pahalanyasentiasa mengalir kepadanya yang mana ketika itu dia tidak lagi dapat beramal. Olehitu pentingnya wakaf itu diurus dengan baik agar segala ganjaran yang diharapkanoleh pewakaf benar-benar akan diperolehi dalam saat mereka tidak mampu untukmelaksanakan amalan di dunia ini lagi.Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui risalah yang disampaikanoleh Rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w.adalah untuk memberi pertunjuk,1Ahmad Zaki Hj. Abd. Latif, Abdul Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman Sulaiman danNorzaidi Mohd. Daud, Wakaf Pengurusan Dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam DiMalaysia, (Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008), 86-89.30

kesejahteraan dan memberi galakan melaksanakan kebajikan untuk sekalian alam.Selain galakan untuk individu, Allah s.w.t. juga menyuruh agar manusia itu berbuatbaik untuk kepentingan masyarakat. Oleh itu, salah satu amalan ke arah kebaikan dankebajikan tersebut adalah dengan melakukan ibadah wakaf. Ini kerana, ibadah wakafyang disyariatkan ini bukan sahaja untuk meningkatkan pahala yang dijanjikankepada individu yang mengamalkannya, malah ia akan turut memberi kesejahteraandan kemudahan kepada ummah sekiranya amalannya benar-benar dilakukan olehmanusia di muka bumi ini. Al-Quran sebagai kitab suci Islam telah menyatakanperkara yang dimaksudkan tersebut, seperti firman Allah s.w.t: Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman,belanjalah(pada jalan Allah) sebahagian daripada hasilusaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripadaapa-apa yang kami keluarkan dari buni untuk kamu.Janganlah kamu sengaja memilih yang burukdaripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikanpemberian zakat) pada hal kamu tidak sekali-kali akanmengambil yang buruk itu, (kalau diberikan kepadakamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya,Ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi MahaTerpuji.”Surah al-Baqarah 2: 26731

Hadis sebagai rujukan kedua dalam Islam juga memperkatakan tentanggalakan untuk melakukan amalan yang membawa kepada kebajikan ini seperti sabdaRasulullah s.a.w. : ﺻﺪﻗﺔ ﺟﺎﺭﻳﺔ : " ﺇﺫﺍ ﻣﺎﺕ ﺍﻻﻧﺴﺎﻥ ﺍﻧﻘﻄﻊ ﻋﻨﻪ ﻋﻤﻠﻪ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺛﻼﺛﺔ " ﺃﻭ ﻭﻟﺪ ﺻﺎﱀ ﻳﺪﻋﻮ ﻟﻪ , ﺃﻭ ﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ ,Maksudnya : “Apabila mati seseorang manusia makaterputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitusadaqah jariah, ilmu yang diberi manfaat dan anak yang2soleh yang sentiasa mendoakannya.”Dalam perkara ini, wakaf juga termasuk perkara yang diertikan sebagaisedekah jariah.3Apa yang dapat dilihat, melalui perintah dan saranan ke arah kebaikan yangtermaktub dalam kitab suci al-Quran dan Hadis yang disampaikan oleh Rasul-NyaNabi Muhammad s.a.w., ibadah wakaf juga adalah salah satu cara untuk membantuserta melaksanakan kebajikan sesama umat Islam. Menerusi amalan wakaf oleh umatIslam, akan berlakulah perkongsian harta sesama mereka iaitu yang berkemampuanmelaksanakan wakaf, manakala yang berhajat dapat menerima dan menggunakan keatas manfaat apa yang diwakafkan. Itulah matlamat sebenar ibadah wakafdisyariatkan Allah s.w.t. dalam Islam.2.1.1Pengertian WakafWakaf berasal dari bahasa Arab waqf, iaitu nama terbitan (masdar) dari katakerja waqafa, ia mempunyai berbagai-bagai makna mengikut tujuan dan penggunaan2Hadith riwayat Muslim, Kitāb al-Wasiyyah, Bāb Mā Yulhaq al-Insān min al-Thawāb Ba’daWafātih, no. Hadith no. 1631. Lihat Al-Imam Jalal al-Din al-Sayuti, Sahīh Muslim bi Syarh al-ImamAbu Zakariyya Yahya bin Syarf al-Nawawi, Juz. 11, Jil. VI, (Beirut : Dar al-Fikr, 1995), 71.3Ibid., 72.32

ayat itu sendiri. Oleh itu, dari segi bahasa, waqf memberi makna berhenti ( ) ﺍﻟﺴﻜﻦ ,menegah ( ) ﺍﳌﻨﻊ , diam ( )ﺍﻟﺴﻜﺖ dan menahan ( ) ﺍﳊﺒﺲ .4Ibn Manzur memberi makna wakaf pada bahasa dengan berdiri atau berhenti.Wakaf jika dikaitkan dengan harta membawa maksud penahanan hak milik bagifaedah tertentu.5Wakaf pada istilah syarak pula ialah menahan harta yang boleh memberimanfaat dengannya, serta kekal fizikalnya dengan memutuskan hak pengurusan yangdimilikinya oleh pewakaf untuk diberi kepada tempat pemberian yang diharuskanyang ada ketika itu.6Perkataan “menahan harta yang boleh memberi manfaat dengannya”bermaksud mengekalkan harta tersebut sebagai wakaf, tidak boleh dijual beli, tidakboleh dihadiahkan kepada sesiapa sahaja sebagai hibah, tidak boleh dijadikan hartapusaka dan tidak boleh dijual atau digadai. Tetapi harta yang ditahan itu bolehdimanfaatkan hasilnya. 7Perkataan “serta kekal fizikalnya”, bermaksud harta yang diwakaf itumestilah daripada harta yang kekal fizikalnya, tidak mudah rosak atau musnah sertadapat dilihat dan dipegang seperti tanah dan rumah.8Perkataan “memutuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf”bermaksud, putus segala hak dan kuasa yang dimiliki sebelumnya oleh pewakaf.4Ibrahim Mustafa, Ahmad Hasan al-Ziyad, Hamid ‘Abd. Qadir, Muhammad ‘Ali al-Najr , al-Mu’jamal-Wasit, juz 1, (Istanbul, Turki: al-Maktabah al-Islamiyah, 1972), 1051.5Ibn Manzur Muhammad Ibn Mukarram, Lisan al-‘Arab, Jil. 9, (Beirut: Dar al-Fikr, 1990), 359.6Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbiji, al-Fiqh al- Manhaji ala Madhhab al-Imamal-Syafi‘i, Jil. 2, (Dimasyq: Dar al-Qalam, 1996), 213.7Ibid.8Ibid.33

Pewakaf tidak boleh lagi memiliki harta yang telah diwakafkannya itu dengan apajua cara sekali pun, kecuali sebagai pengurus harta wakaf. Maka ia harusmemakannya secara makruf dan diharuskan juga ia memberi makan kepada oranglain tetapi bukan memilikinya.9Perkataan “untuk diberi kepada tempat pemberian yang diharuskan yang adaketika itu” bermaksud, tempat atau orang yang hendak diberikan wakaf itu mestilahtempat atau orang yang diharuskan oleh syarak iaitu masih wujud pada ketika hartawakaf itu diberi seperti sekolah, hospital, rumah tumpangan anak yatim, jalan danlain-lain. Wakaf tidak harus diberikan pada tempat yang mungkar dan bertentangandengan syarak.10Sayyid al-Sabiq memberi erti wakaf sebagai menahan harta danmenggunakan manfaatnya pada jalan Allah s.w.t. 11.Selain itu, dalam pengertian wakaf juga para ulama’ dalam keempat-empatmazhab iaitu Syafi‘i, Maliki, Hanbali dan Hanafi telah memberi pentakrifan yangtidak jauh berbeza iaitu :1. Syafi‘i :Wakafialah menahan harta yang boleh diambil manfaatdaripadanya dengan dikekalkan zat harta itu dengan memutuskan hakpengurusan pewakaf dan hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan sertauntuk mendekatkan diri kepada Allah. 12 Harta wakaf tidak lagi menjadimilik pewakaf dan pewakaf hanya menjadi pengurus kepada hartaberkenaan. Pewakaf juga tidak boleh mengambil manfaat daripada hasil9Ibid.Ibid.11Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, jld.3, (Beirut: Dar Al-Fikr, 1983), 378.12Al-Syirazi, Abi Ishaq Ibrahim b. ‘Ali, al-Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Syafi‘i , Cet. 1, Jil. 2,(Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1995), 323.1034

wakaf kerana ia telah menjadi milik Allah s.w.t. Jika dia mengambilmanfaat seolah-olah dia mengambil kembali hartanya yang telahdisedekahkan, kecuali pewakaf mensyaratkan bahawa harta tersebut bolehdimanfaat olehnya. 132. Hanbali : Wakaf bererti menahan yang asal dan membelanjakan padajalan Allah akan hasilnya. Manakala harta tersebut tidak lagi menjadimiliknya. Ini kerana wakaf adalah akad yang menggugurkan hak milikuntuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah dan hak milik itu akanberpindah kepada Allah s.w.t. Harta tersebut digunakan untuk kegunaankebajikan umum seperti masjid, tanah perkuburan dan lain-lain. 143. Maliki : Wakaf ialah penahanan daripada urusan pemilikan, pada masayang sama harta tersebut kekal menjadi milik pewakaf dan bolehdimanfaat untuk tujuan kebajikan bagi mendekatkan diri kepada Allahs.w.t.Dalam hal demikian, orang yang mewakafkan hartanyamempunyai hak untuk menguruskan harta wakaf tersebut.Walaupunpemilikan harta tersebut masih kekal kepada pewakaf, namunpemilikannya adalah pemilikan yang terikat iaitu pewakaf masih tidakboleh menjual harta tersebut dan lebih tepat lagi, ia tidak boleh lagibertasarruf dengannya sebagaimana harta yang dimilikinya. 154. Hanafi: Wakaf ertinya menahan harta yang dimiliki oleh pewakafkepada pihak lain untuk mendapatkan faedah daripada harta tersebut13Al-Qurtubi, Jami’ al-Ahkam al-Fiqhiyyah, cet.1, Jil. 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1994),117.14Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Muhammad ‘Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad, al-Mughni, Cet.4, Jil. 8, (Dar al-‘Alam al-Kutub, 1999), 184.15Badran, Badran Abu al-‘Aynayn, Ahkam al-Wasaya wa al-Awqaf fi al-Syari’ah al-Islamiyyah,(Kaherah: Dar al-Jami’ah, 1986), 260. Lihat juga al-Qurtubi, Jami’ al-Ahkam al-Fiqhiyyah.35

dengan cara kebajikan. Takrif ini bermaksud kedudukan harta wakafmasih tetap tertahan dan terhenti di tangan pewakaf. Ini bermaksud hartatersebut masih milik pewakaf dan kekal di bawah penguasaannya.Pewakafan hanya berlaku ke atas manfaat sahaja yang diberikan sebagaiwakaf, tidak melibatkan harta. 16Berdasarkan pandangan keempat-empat mazhab Islam berhubung definisiwakaf, didapati kesemuanya adalah berdasarkan prinsip yang hampir sama iaitu hartatersebut tertahan, harta yang wujud dan boleh dimanfaatkan serta perlaksanaan atastujuan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Cuma perbezaan merekaadalah pada pemilikan harta yang diwakafkan tersebut sama ada masih menjadi milikpewakaf atau berpindah kepada Allah s.w.t. Bagi Mazhab Syafi‘i dan Hanbali,kedua-dua mazhab ini menggugurkan hak pemilikan oleh pewakaf ke atas harta yangdiwakafkan dan ia berpindah kepada Allah s.w.t. Manakala bagi Mazhab Maliki danHanafi pula, kedua-duanya berpandangan harta wakaf itu masih kekal pemilikannyakepada pewakaf.2.1.2Rukun WakafBagi mencapai maksud dan tertegaknya ibadah wakaf, terdapat empat perkarayang menjadi rukun wakaf itu sendiri iaitu pewakaf (al-waqif), harta yang diwakaf(al-mawquf), penerima wakaf (al-mawquf ‘ alayh) dan lafaz wakaf (al-sighah). 17Bagi setiap rukun ini terdapat syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi untukmenjadikan sesuatu wakaf itu sah dan diterima18. Bagi pewakaf (al-waqif), adalah16Ibn al-Humam, Kamal al- Din Muhammad b. ‘Abd Wahid al-Siwasi al-Sakandari, Sharh Fath alQadir, Cet. 1, Jil. 6, (Beirut: Dar al-Fikr, 1977), 200.17Mustafa Al-Khan, Mustafa Al-Bugha dan Ali Al-Syarbiji, al-Fiqh al- Manhaji, 217.18Ibid.36

disyaratkan pewakaf mestilah seorang yang merdeka, baligh, berakal sertaberkelayakan untuk bersedekah harta miliknya. Pewakaf juga sukarela dan redamewakafkan harta miliknya.19Harta yang diwakafkan (al-mawquf) mestilah berbentuk objek yang tertentuseperti mewakafkan sebuah rumah. Disyaratkan juga harta yang hendak diwakafkanhendaklah milik pewakaf serta memberi faedah dan manfaat dan boleh dipindahmilik. Untuk menjadikan wakaf sebagai sedekah jariyah yang memberi pahala yangberpanjangan kepada pewakaf, ulama’ mensyaratkan harta yang hendak diwakafkanboleh digunakan selama-lamanya. Seterusnya penggunaan harta wakaf mestilahdiharuskan oleh syarak dan tidak digunakan untuk tujuan maksiat.20Penerima wakaf (al-mawquf 'alayh) boleh ditentukan oleh pewakaf sama adamenentukan penerima wakaf yang khusus misalnya seseorang atau lebih daripadaseorang. Sekiranya pewakaf mahukan penerima wakaf adalah masyarakat umum,maka pewakaf tidak perlu menetapkan penerima khusus. Contohnya mewakafkankepada golongan tertentu seperti golongan fakir atau umat Islam. 21Lafaz wakaf (al-sighah) mestilah akad kata-kata yang boleh difahami atautulisan untuk sesuatu tujuan wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas. Akad adalahwajib bagi mengesahkan wakaf. Lafaz akad terbahagi dua bahagian:a) Lafaz sarih; lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahajaseperti:“Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir.”19Ibid.Ibid., 219 – 223.21Ibid., 230 – 235.2037

b) Lafaz kinayah; lafaz yang membawa banyak maksud seperti; “Hartakuadalah sedekah kepada fakir miskin.” 22Melalui rukun-rukun wakaf ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkaratersebut perlu ada dan mencapai syarat-syarat yang ditetapkan, agar ibadah wakafyang dijalankan benar-benar mengikut kehendak Islam seterusnya dapat memenuhikehendak yang dimaksudkan dalam amalan berwakaf yang dilakukan.2.1.3Jenis-jenis WakafWakaf boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu wakaf am dan wakafkhas. Perbezaan antara kedua-dua jenis wakaf ini ialah pada penggunaan wakaf itusendiri sama ada digunakan bagi tujuan kebajikan umat Islam secara keseluruhannyaatau digunakan secara khusus seperti kepada golongan tertentu. Walaupun wakaf initerbahagi kepada dua bahagian, tetapi ia masih tetap dalam bentuk yang sama, iaitubagi tujuan kebajikan. Selain itu, ada pandangan fuqaha yang telah menjelaskan danmembahagikan wakaf itu kepada tiga bahagian iaitu:23a)Wakaf kebajikan (waqf al-khayri) atau wakaf am.b)Wakaf keluarga (waqf al-durri) atau wakaf khas.c)Wakaf bersama (waqf mushtarak) atau wakaf yangmempunyai kedua-dua ciri di antara wakaf am dan wakafkhas.22Ibid., 228 – 230. Perkara ini juga boleh dirujuk pada Asmak binti Ab. Rahman, “Peranan WakafDalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Implikasinya Di Malaysia”, Jurnal Syariah, Jil. 17,Bil.1, (Kuala Lumpur: APIUM, 2009), 118-119.23Muhammad Syafiq al-‘Ani, Ahkam al-Awqaf, Jil.3. (Baghdad: Matba’ah al-Irshad, 1965), 39.38

a.Wakaf Am (waqf al-khayri )Wakaf ini adalah wakaf yang asal dan sabit dalam nas. Penerimanya terdiridaripada golongan atau badan kebajikan tertentu. Secara langsungnya ia adalah milikAllah s.w.t. Wakaf sebegini dikendalikan oleh kerajaan dan diagihkan kepadaseluruh masyarakat sebagaimana yang telah ditentukan. 24Secara umumnya, wakaf ini dilakukan khusus untuk kemaslahatan umatIslam. Wakaf jenis ini adalah kekal untuk maksud agama. Ia lebih bersifat amal bagitujuan kebajikan umum seperti sekolah atau masjid.25 Pemerintah adalah pihak yangbertanggungjawab bagi mengurus dan mentadbir wakaf yang berbentuk umum inidan hasil dari pendapatannya akan dimasukkan sebagai harta baitulmal.26Pemerintah yang menguruskan wakaf am tersebut boleh menggunakannyauntuk kerja-kerja pembangunan dan sosial seperti pembinaan jalan raya, jambatan,pusat pendidikan dan sebagainya. Oleh sebab sifat wakaf ini adalah bersifatpenyerahan secara mutlak atau penyerahan manfaat sahaja untuk tujuan kebajikanserta tertakluk kepada syarat-syarat serta peraturan-peraturan tertentu.27b.Wakaf Khas (waqf al-durri)Bagi wakaf khas pula, golongan yang menerima wakaf telah ditentukan samaada seorang, dua orang, beberapa orang, kumpulan atau untuk keluarga tertentu.Sebagai yang telah ditentukan pemiliknya, mereka sahaja yang berhak mengambil24Muhammad Jawad al-Mughniyyah, Ahwal al-Sahshiyyah, (Beirut : Darul Malayeen, 1964), 323.Zuhdi Yakan, al-Mukhtasar Fi al-Waqf, (Beirut: Matba’ah Samiya, 1966), 9.26Al-Sanhuri, al-Qawanin al-Misriyyah al-Mukhtasar min al-Fiqh al Islami, Jil.3, (Kaherah:Musahimah Misriyah, 1949), 103.27Ibid.2539

manfaatnya.28 Oleh itu apabila ia telah dikhususkan, maka tidak boleh digunakanuntuk tujuan-tujuan lain selain yang telah ditentukan oleh pewakaf.c.Wakaf Bersama (waqf al-mushtarak)Wakaf ini ialah berbentuk percampuran antara wakaf am dan wakaf khas.Wakaf bentuk ini berlaku apabila seorang pewakaf mewakafkan sebahagian hartanyakepada kebajikan, manakala, yang bakinya diberikan kepada penerima yang telahditentukan seperti di kalangan keluarganya. Oleh itu, kedua-dua jenis wakaf iniberlaku dalam keadaan tersebut yang telah ditentukan oleh pewakaf sendiri.29Daripada jenis-jenis wakaf yang dijelaskan di atas, menunjukkan maksud dantujuan pewakaf itu menentukan jenis-jenis wakaf yang ingin dilakukan. Apabilaketentuan ini dilakukan, pelaksanaan dan urusan-urusan berkaitan akan membawakepada satu ikatan peraturan-peraturan tertentu agar maksud dan tujuan pewakaf tadibenar-benar tercapai dan pihak-pihak berkaitan dapat melaksanakan tanggungjawabyang perlu dijalankan.2.1.4Jenis Harta WakafAntara syarat-syarat yang perlu ada pada harta yang diwakafkan ialah, iaboleh dimiliki dan kekal zatnya serta boleh diambil manfaat darinya. Selain itu,barang yang boleh dimiliki itu sama ada boleh dipindahkan seperti buku-buku ataubarang yang tidak boleh dipindahkan seperti masjid dan kebun.3028Al-Syarbini al-Khatib, Mughni Muhtaj, Jil. 2, (Mesir: Mustafa al- Babi al Halabi, 1957), 376.Al-‘Ani, Ahkam al-Awqaf, 125.30Al-Syarbini al-Khatib, Mughni Muhtaj, 511-512.2940

Harta atau barang yang diwakaf juga boleh dibahagi kepada 3 bahagian,iaitu 31:a) Harta tak alihb) Harta alihc) Harta yang tidak boleh dibahagikan.a.Harta Tak AlihHarta tak alih ialah harta yang tetap pada satu tempat dan tidak bolehdipindah-pindahkan seperti tanah, kebun dan sebagainya. Jumhur telah sepakatbahawa harta yang tak alih ini sah untuk diwakafkan. Para sahabat telah mengambilpandangan bahawa sah mewakafkan harta tak alih ini seperti apa yang telahdilakukan oleh Sayidina Umar ketika mana beliau mewakafkan tanah yangdiperolehinya di Khaybar.32b.Harta AlihHarus bagi Jumhur ulama’ kecuali Hanafiyyah mewakafkan harta alih sepertiperalatan masjid (sejadah, lampu dan lain-lain), pakaian, alatan perang dan perkakasrumah.33Bagi Hanafiyyah, syarat harta yang ingin diwakaf mestilah kekal. Oleh itu,tidak harus mewakafkan harta alih. Walau bagaimanapun mazhab ini membolehkanwakaf terhadap harta alih sekiranya ia bertentangan dengan hukum asal (khilaf al-asli) yang mana seperti berikut :3431Ibid.Ibid., 501.33Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, (Damsyq: Dar al-Fikr, 1985), 163.34Mohd. Ridzuan Awang, Konsep Undang-Undang Tanah Islam, Pendekatan Perbandingan, (KualaLumpur: al- Rahmaniah, 1987), 437.3241

a)Harta tersebut hendaklah mengikut hukum tabii bagi harta tak alih,sama ada ia bersambung teguh dan tetap dengan harta tak alih sepertibangunan dan pokok at

Pengurusan harta wakaf yang baik boleh menjadi aset untuk mencapai kepentingan masyarakat Islam seperti membina masjid, sekolah, menghidupkan ilmu, menghidupkan syiar-syiar Islam, kepimpinan Islam dan sebagainya. Di dunia Islam, terdapat institusi-institusi yang dibina dengan menggunakan hasil dan manfaat

Related Documents:

33 BAB II WAKAF DALAM HUKUM ISLAM A. Pengertian Wakaf Kata waqf berasal dari bahasa Arab. Asal kata waqafa, yang berarti “Menahan” atau “Diam di tempat” atau “Tetap berdiri”.

bab ii penerimaan pegawai . bab iii waktu kerja, istirahat kerja, dan lembur . bab iv hubungan kerja dan pemberdayaan pegawai . bab v penilaian kinerja . bab vi pelatihan dan pengembangan . bab vii kewajiban pengupahan, perlindungan, dan kesejahteraan . bab viii perjalanan dinas . bab ix tata tertib dan disiplin kerja . bab x penyelesaian perselisihan dan .

INVESTASI SAHAM BERDASARKAN PADA PREDIKSI HARGA SAHAM. Irma Fitria . 1214 201 038 . DOSEN PEMBIMBING . Prof. Dr. Erna Apriliani, M.Si. . 4.2 Pembentukan Model Peramalan Harga Saham PT. Astra Internasional Tbk. . 41 . xvi. 4.3 Pembentukan Model Peramalan Harga Saham .

Mal Muamalat, Tabung Wakaf Indonesia, dan PKPU telah berupaya menjadi nazhir wakaf uang, walaupun masih terdapat keragaman konsep dan aplikasinya. Pada mulanya, hukum mewakafkan uang menjadi perdebatan di kalangan ulama fikih. Perdebatan bermula dari penafsira

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .

Daftar Pemesanan Pembelian Saham (DPPS) Berarti daftar yang memuat nama -nama pemesan Saham Yang Akan Ditawarkan dan jumlah Saham Yang Akan Ditawarkan yang dipesan dan disusun berdasarkan Formulir Pemesanan Pembelian Saham yang dibuat oleh masing-masing Agen Penjualan dan/atau Penjamin Emisi Efek menurut urutan masuknya pesanan.

107o 42’ Bujur timur dan 6o 54’ Lintang selatan berada pada ketinggian sekitar 750 meter dpl dan suhu udara rata-rata 19o C – 24o C dan curah hujan 2.400 mm. Memiliki luas tanah 9.390 m2 dan luas bangunan 750 m2, masjid ini berdiri sejak tahun 1870 dan daya tampungnya adalah 1000, status tanah masjid adalah tanah wakaf.

Have a brain storming session where they generate 10-15 themes. (Be patient, they'll get there eventually.) After they generate the list, allow people to talk in behalf of specific ideas Sometimes they may combine items Give everyone 3 votes and go through the list voting. If there is a clear winner then proceed. Otherwise repeat the process, but with one vote. Post the chosen theme .