PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN .

3y ago
122 Views
14 Downloads
214.49 KB
31 Pages
Last View : 10d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Wade Mabry
Transcription

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIANPEMBAHAGIAN HARTA PUSAKAMUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAHUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TITLEPERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIANPEMBAHAGIAN HARTA PUSAKAMUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAHProjek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhiSebahagian daripada syarat penganugerahanIjazah Sarjana Sains (Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah)Fakulti Geoinformasi Dan Harta TanahUniversiti Teknologi MalaysiaJUN 2013

iiiDEDIKASIInsan TeristimewaAyahanda Hj. Abdullah bin Hj. Zulhasnan dan Bonda Samsiah binti HodTerima kasih di atas segala pengorbanan, dorongan dan doa kalian .Tidak akan kulupakan bahkan menjadi kekuatan dan semangat buatkuKu pohon doa restu dan keredhaanmu di dunia dan akhirat .Buat isteri tersayang,Segala galakan dan pengorbanan yang telah diberikan tidak dapat dibalas sepanjanghayat. Buat puteri tersayang, Nur Amna Najiha, jadikan ini sebagai satu cabaran dandorongan untuk mencapai kejayaan dalam ilmu pengetahuan.Para Pensyarah dan Warga Pendidik yang ku hormati,Terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan dan tidak dapat dibalas,Halalkan segalanya.Sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan yang kuingati dan kenangi,Segala kenangan dan kemesraan kita bersama dalam kursus ini akan kukuh dalamingatan selamanya.

ivPENGHARGAANSyukur Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Taala, Tuhansemesta alam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan besar, NabiMuhammad S.A.W. Setinggi- tinggi rasa kesyukuran kepada Allah Yang MahaAgung kerana dengan izinNya telah memberikan kepada saya peluang dan kekuatanuntuk menyiapkan Projek Sarjana ini. Sekalung budi dan terima kasih saya kepadasemua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkanpenulisan ini terutamanya kepada Dr. Khadijah Hussin, Prof Dr. Megat MohdGhazali Megat Abd Rahman, Prof Madya Mohammad Tahir Sabit, Prof MadyaMohd Zahib Bin Deraman, Dr. Rubiah Suratman, Prof Norhani, Dr. Nazri yangbanyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan. Penghargaan juga untuk individuindividu dan jabatan-jabatan yang terlibat membantu dalam memberikan maklumatdan pandangan dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali diucapkan terima kasihkepada semua rakan seperjuangan dan sesungguhnya kenangan bersama kalianadalah satu memori indah yang tidak dapat dilupakan.

vABSTRAKMaksud Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Anbiya’ 21:35 iaitu “Tiaptiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dankesenangan sebagai cabaran; dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan”.Setiap yang hidup akan mati. Begitulah kesudahan hidup manusia di duniasebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Apabila jenazah si matiselamat dikebumikan, tanggungjawab waris-waris seterusnya adalah membahagikanharta peninggalan si mati kepada waris-waris yang berhak dengan syarat terlebihdahulu iaitu i) menyelesaikan bayaran urusan pengebumian, ii) menjelaskan hutangpiutang si mati dan iii) menunaikan wasiatnya jika ada. Segerakan pembahagianpusaka kerana apabila seseorang itu meninggal dunia, secara automotik hartakepunyaan si mati berpindah hak kepada waris-waris. Kajian ini dilakukan adalahbertujuan untuk mengkaji kefahaman masyarakat terhadap agensi-agensi yangdiwujudkan dalam mengendalikan tuntutan pusaka di Malaysia dan seterusnyakefahaman terhadap perintah perlantikan pentadbir yang dikeluarkan oleh SeksyenPembahagian Pusaka, JKPTGdikaji samada pihak-pihak yang terlibat dalampengurusan harta pusaka ini memahami atau tidak. Data primer diperolehi melaluitemubual dengan Pegawai Pusaka Kecil, pengamal undang-undang dan orangramai.Data sekunder pula diperolehi melalui pembacaan buku-buku teks, kertas seminar,kajian terdahulu, akta-akta, enakmen-enakmen dan pekeliling serta panduan yangterlibat dalam urusan pembahagian harta ini. Data ini telah dianalisis secara kualitatifdan deskriptif. Segala penemuan dan cadangan penyelesaian di dalam kajian inidapat menjadi pemankin kepada pindaan undang-undang yang berkaitan danmemperkemaskan lagi sistem pengurusan harta pusaka di Malaysia.

viABSTRACTThe meaning of the Word of Allah in Surah al-Anbiya' 21:35 of "Everysoul must taste death, and We try you by evil and by good by way of probation; andto Us you shall be brought back". Every human life will certainly die. That's the endof human life on earth as was destined by God. When the corpse of the deceasedburied, next heirs responsibility is to divide the assets of the deceased to the heirsentitled, subject to the conditions that i) settlement of the funeral arrangements, ii)explaining the debts of the deceased and iii) fulfill his will, if any. Prompt division ofinheritance is needed because when a person dies, the property will automaticallytransfer the rights belong to the deceased's heirs. This study was designed to examineunderstanding of the established agencies in dealing with inheritance claims inMalaysia and administrator’s understanding of the order of appointment issued bythe Small Estate Distribution Section, JKPTG examined whether the parties involvedin the management of the estate is understand or vice versa. Primary data obtainedthrough interviews with the Small Estates Officer, legal practitioners and the public.Secondary data were obtained through reading text books, seminar papers, previousstudies, acts, enactments, circulars and guidelines involved in the distribution of theproperty. These data have been analyzed in qualitative and descriptive. Findings andproposed solutions in this study can be used to make an amendments to laws relatedto and enhance the system of estate management in Malaysia.

viiSENARAI KANDUNGANBABTAJUKMUKASURATPENGESAHAN AKvABSTRACTviSENARAI KANDUNGANviiSENARAI JADUALxiSENARAI RAJAHxiiSENARAI SINGKATANxiiiSENARAI LAMPIRANxivPENDAHULUAN1.1Pengenalan11.2Penyataan Masalah21.3Matlamat dan Objektif Kajian41.4Skop Kajian51.5Kepentingan Kajian71.6Metodologi Kajian71.7Susunatur Bab10

viii2.PERINTAH PERLANTIKAN PENTADBIR DALAMPEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA2.1Pengenalan122.2Definisi Harta Pusaka132.3.Bidangkuasa Pentadbiran Harta Pusaka132.4Institusi Yang Mengendalikan Pembahagian Harta15Pusaka Dan Undang-Undang Berkaitan2.4.1 Amanah Raya Berhad162.4.2 Seksyen Pembahagian Pusaka172.4.3 Mahkamah Tinggi192.4.3.1 Perlantikan Pentadbir202.4.3.2 Manual Prosedur Kerja Untuk Surat Kuasa26Mentadbir & Probet2.52.4.4 Mahkamah Syariah27Kaedah Pembahagian Harta Pusaka282.5.1 Kaedah Pembahagian Secara Hukum Syarak292.5.1.1 Definisi Faraid.302.5.230Kaedah Pembahagian Mengikut AktaPembahagian 1958 (Akta 300)2.62.5.2.1 Aspek Kadar Pembahagian32Jenis-jenis Perintah Yang Dikeluarkan di Seksyen33Pembahagian Pusaka2.7Peranan Seksyen Pembahagian Pusaka JKPTG362.8Sekatan Kepentingan Hakmilik Tanah GSA 1960382.9Cara Pembahagian Harta Pusaka Tanah Dibawah39GSA 19602.10Kesimpulan44

ix3.KAWASAN KAJIAN3.1Pengenalan453.2Latar Belakang Seksyen Pembahagian Pusaka453.3Kawasan Kajian: Unit Pembahagian Pusaka49Kedah Selatan3.43.3.1Organisasi UPP Kedah Selatan493.3.2Punca kuasa/Bidangkuasa UPP51Pemberian Surat Kuasa Mentadbir553.4.1Kriteria Pentadbir Yang Hendak Dilantik553.4.2Asas Perlantikan Pentadbir563.4.3Keadaan-Keadaan Di Mana Perlantikan58Pentadbir Diperlukan.3.4.4Contoh-contoh Kes Pemberian Surat59Kuasa Mentadbir3.54.Kesimpulan62ANALISIS KAJIAN4.1Pengenalan634.2Kaedah Pengumpulan Data634.3Sampel dan Responden654.4Kaedah Analisa Data654.5Analisis Data664.5.1Latar Belakang Responden664.5.2Kewujudan Akta Harta Pusaka Kecil & GSA714.5.3Analisa Kadar Pilihan Dalam Pembahagian74Harta Pusaka4.5.4Analisa Isu Tahap Kefahaman Fungsi Sebagai75Pentadbir4.5.5Pendapat Pegawai Pusaka dan Pengamal77Undang-Undang4.6Kesimpulan81

x5.RUMUSAN DAN CADANGAN5.1Pengenalan825.2Penemuan Kajian825.3Rumusan Kajian845.4Cadangan Kajian865.5Limitasi Kajian915.6Cadangan Kajian Lanjutan925.7Kesimpulan94BIBLIOGRAFI95

xiSENARAI JADUALNO.JADUALTAJUKM/S3.1Jumlah permohonan pembahagian Pusaka Kecil SeluruhSemenanjung Malaysia dari tahun 2005-2011533.2Perbandingan jumlah permohonan dan penyelesaian UPPKedah Selatan dari tahun 2009-201254

xiiSENARAI RAJAHNO.RAJAHTAJUKM/S1.1Carta Alir Metodologi Kajian93.1Carta Organisasi Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil473.2Carta Perjawatan Seksyen Pembahagian Pusaka483.3Carta Organisasi Unit Pembahagian Pusaka Kedah Selatan503.4Perbandingan jumlah permohonan dan penyelesaian daritahun 2009-2012544.1Jantina Responden674.2Pecahan Umur684.3Peratusan Pelanggan Mengikut Bangsa694.4Anutan Agama704.5Kadar Tahap Pendidikan Waris/Pentadbir714.6Tahap Pengetahuan Terhadap Akta724.7Tahap Pengetahuan Terhadap Bidangkuasa724.8Kadar Pilihan Dalam Pembahagian Harta Pusaka744.9Tahap Kefahaman/Pengetahuan Tugas Sebagai77Pentadbir

xiiiSENARAI SINGKATANJKPTGJabatan Ketua Pengarah Tanah Dan GalianKTNKanun Tanah NegaraAHPKAkta Harta Pusaka KecilGSAGroup Settlement Area ActAPPAkta Probet & PentadbiranKKMKaedah-Kaedah MahkamahSSPSeksyen Pembahagian PusakaUPPUnit Pembahagian PusakaKPPKetua Penolong PengarahPPKPenolong Pengarah KananPPPenolong PengarahPTPembantu TadbirPNPenghantar NotisSAWSallallahu Alaihi WassalamSWTSubhanahu Wa TaalaSKMSurat Kuasa MentadbirSPSaman PemulaPKPPenolong Kanan PendaftarPTUPembantu Tadbir Undang-Undang

xivSENARAI LAMPIRANLAMPIRANTAJUKABorang Soal SelidikBSoalan TemudugaCPekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

1BAB 1PENDAHULUAN1.1PengenalanDalam Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (AHPK),harta pusaka boleh ditakrifkan sebagai harta pusaka peninggalan simati yang telahmeninggal dunia yang tidak mempunyai wasiat. Di bawah Akta ini juga adalahmenjadi syarat utama dalam memproses permohonan harta pusaka adalah mestimempunyai harta tak alih dan boleh disertakan dengan harta alih yang mana nilaikeseluruhan mestilah tidak melebihi RM2,000,000-00. Akta ini sebenarnya bagimenggariskan bidangkuasa Pejabat Pembahagian Pusaka dalam penyelesaian hartapusaka di negara kita.Harta tak alih di sini adalah merujuk kepada Tanah yang mana menurutdefinisi tanah dalam Kanun Tanah Negara, Seksyen 5 antara lain adalah bermaksudpermukaan bumi dan apa yang ada melekat di atasnya, di bawah muka bumi, segalatumbuhan atas mukabumi dan tanah yang diliputi air. Dalam tafsiran Seksyen 3dalam Akta Tafsiran memberi maksud sebagai tanah, apa-apa kepentingan yangdidapati dari tanah. Huraian ini dijelaskan melalui Pekelililing KPTG Bil 18/1976yang menyatakan “harta tak alih” termasuk pegangan yang dimaksudkan oleh Land(GSA) Act 1960 melalui perenggan 3(a) (Sulaiman bin Kadimin, 2002). Tanahrancangan Felda ini termasuk dalam definisi ini dan jika sekiranya berlaku kematiankepada peneroka, maka seharusnya ia terikat untuk menyelesaikan pusaka melaluiAkta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955 di Pejabat Tanah atau PejabatPembahagian Pusaka Kecil.

2Sebenarnya agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan hartapusaka di negara kita adalah Mahkamah Tinggi, Amanah Raya Berhad dan jugaJabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) menerusi SeksyenPembahagian Harta Pusaka. Penulis akan menghuraikan bidangkuasa agensi-agensitersebut secara terperinci dalam Bab 2.1.2Penyataan MasalahPemberian Surat Kuasa Mentadbir (Borang F) adalah salah satu jenis perintahyang dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Pusaka (UPP) dibawah SeksyenPembahagian Pusaka di Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)selain Perintah Pembahagian (Borang E). Surat Kuasa Mentadbir (UPP) dikeluarkanadalah bergantung kepada fakta sesuatu kes tersebut. Di antara sebab mengapa SuratKuasa Mentadbir dikeluarkan berbanding dengan Perintah Pembahagian adalahseperti berikut, inter alia:1. Si mati mempunyai hutang yang belum diselesaikan samada denganinstitusi kewangan, termasuk harta simati masih lagi tertakluk kepadagadaian, orang perseorangan dan lain-lain.2. Tiada persepakatan di antara waris dan perlu perbincangan lanjut.3. Ada tuntutan harta sepencharian, wasiat, hibah, nasab dan sebagainya.4. Waris hilang, tidak dapat dikesan dan lain-lain.5. Lain-lain tujuan yg difikirkan perlu.Salah satu isu yang menjadi dilema di Unit Pembahagian Pusaka ialahpermohonan ulang bicara untuk membatalkan pentadbir di atas tanah- tanah GSAterutamanya yang berkaitan dengan tanah Felda. Seringkali aduan diterima yangmelibatkan pentadbir yang dilantik tidak mengagihkan hasil pendapatan atausebarang pendapatan yang terbit daripada pengusahaan tanah tersebut kepada semuaahli waris yang telah ditentukan dalam senarai waris yang telah dinyatakan denganterperinci beserta syer atau pecahan bahagian setiap waris yang menuntut di dalamSurat Kuasa Mentadbir yang telah dikeluarkan. Masalah ini timbul ekoran daripadaketidakfahaman tentang perlantikan pentadbir tersebut.

3Isu ini juga timbul berikutan pentadbir yang dilantik melalui Perintah SuratKuasa Mentadbir lebih dari seorang. Ini adalah kerana undang-undang membenarkanperlantikan pentadbir sehingga 4 orang. Adakah pentadbir-pentadbir ini akanmenjalankan tanggungjawab secara bersama? Apakah tindakan pihak pengurusanFelda dalam kes yang berkenaan? Adakah terdapat satu lagi formaliti /prosedur yangakan dijalankan oleh pihak pengurusan Felda terhadap pentadbir-pentadbir inimemandangkan seorang pentadbir sahaja akan dinyatakan di dalam slip gaji bagipihak simati berkenaan.Pada asasnya, bagi kes yang mana semua ahli waris bersetuju tentangperlantikan pentadbir dan cara pembahagian hasil pendapatan, pegawai pusaka akanmengeluarkan Perintah Surat Kuasa Mentadbir kepada pentadbir tersebut besertacatatan berkaitan cara pembahagian hasil pendapatan. Pentadbir tersebut akanmelaksanakan tugas sebagai pentadbir/pengurus memandangkan namanya yangtercatat di dalam slip gaji sebagai penerima ganti kepada si mati. Pentadbir yangdilantik tersebut akan membahagikan segala hasil pendapatan yang diterimanyakepada semua waris yang disenaraikan dengan amanah setelah ditolak segala kosyang dipersetujui oleh semua ahli waris.Dalam aspek pembahagian hasil pendapatan ini pula, cara pembayarannyaadalah amat bergantung kepada perbincangan yang dibuat oleh semua ahli warisyang dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir tersebut samada dibayar secarabulanan, tahunan dan sebagainya. Ada juga dikalangan waris yg disenaraikan sebagaipenerima di dalam Surat Kuasa Mentadbir membuat arahan kepada pentadbir supayahasil pendapatan yang sepatutnya diterima olehnya, diberikan terlebih dahulu kepadaibu mereka semasa hayat ibu mereka atau sebagainya. Dalam hal ini, pentadbirharuslah mengikut kehendak ahli waris tersebut dari semasa ke semasa dalammembuat pembayaran hasil pendapatan di kalangan waris-waris tersebut.Pada kebiasaanya, surat kuasa tadbir (LA) hanya dikeluarkan hanya kepadaseorang sahaja Pentadbir, namun banyak rungutan diterima daripada ahli waris danpihak pengurusan FELDA berhubung tindakan pentadbir yang tidak amanah dalammenjalankan pentadbiran harta pusaka si mati yang ditadbirnya sehingga pendapatan

4daripada hasil ladang/harta pusaka si mati, tidak dibahagikan kepada ahli-ahli warisyang lain. Dengan kata lain, Pentadbir gagal menguruskan inventori harta yangditadbir dengan baik mengikut syarat-syarat perlantikan pentadbir di bawah Aktaharta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.Dari segi perwarisan hak simati ini kepada waris-waris, jika sekiranya simatiitu seorang Islam sudah pasti akan ada pertembungan hak dari segi pembahagianharta pusaka tanah ini antara Undang-undang Syarak dan Undang-undang GSA.Manakala bagi Orang bukan Islam pula, dilihat pertembungan akan berlaku denganUndang-undang Pembahagian 1958. Pertentangan ini akan dilihat oleh penulis secaraterperinci dan perlantikan Surat Kuasa Mentadbir adalah salah satu penyelesaianyang telah diperuntukkan undang-undang.Permasalahan yang penulis utarakan di atas adalah salahsatu senariomasyarakat yang wujud masakini. Dalam kajian ini, penulis tidak membataskan skopkajian kepada tanah-tanah GSA sahaja, bahkan penulis akan menyentuh keseluruhanaspek dalam pemberian Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh UnitPembahagian Pusaka Kecil Malaysia.1.3Matlamat dan Objektif KajianMatlamat kajian ini adalah untuk menyelesaikan kes pembahagian tanahpusaka di bawah undang-undang Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 danmemenuhi kehendak semua waris berdasarkan peruntukan undang-undang yang adapada masa kini.Di antara objektif kajian ini adalah seperti berikut:i)Mengenalpasti institusi-institusi dan kaedah-kaedah pembahagianpusaka.ii)Mengkaji peranan Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan KetuaPengarah Tanah dan Galian dalam Pembahagian Pusaka.

5iii)Mengkaji tahap pemahaman perintah perlantikan ’Pentadbir’ dalampembahagian harta pusaka.1.4Skop KajianKajian ini secara khususnya dilaksanakan di bawah bidangkuasa SeksyenPembahagian Pusaka sahaja. Kajian ini dilihat sangat penting supaya pemahamanorang ramai berkaitan pemberian Surat Kuasa Mentadbir dapat diukur dandiperhalusi.Melalui kajian perpustakaan yang dibuat, penulis telah mendapati telah adakajian-kajian terdahuluberkaitan harta pusaka dengan Akta Tanah (KawasanPenempatan Berkelompok) 1960 tetapi kajian yang dibuat ini mempunyaipendekatan dan aspek yang berbeza seperti yang dinyatakan di atas.Salah satu kajian yang didapati mengkaji berkaitan harta pusaka denganpentadbiran GSA adalah Mohd Yassin Bin Mohd Yusuf. Tajuk kajian beliau adalahPentadbiran Harta Pusaka GSA dalam Pentadbiran Tanah Negara (2010). Matlamatpenulisan kajian beliau adalah untuk mengkaji cadangan menyelesaikan masalahHarta Pusaka Orang Islam dalam Akta Tanah GSA 1960 dan mengkaji percanggahanperuntukan undang-undang Tanah GSA 1960 dengan Hukum Faraid dan beliaumencadangkan satu kaedah penyelesaikan masalah Pusaka Tanah GSA 1960.Penulis Baharuddin Bin Aziz (2009) telah membuat kajian bertajuk TakharujDalam Pembahagian Pusaka Islam: Kajian Di Daerah Kota Setar. Beliaumenekankan salah satu kaedah pembahagian harta pusaka iaitu konsep Takharuj.Kajian ini tidak menyentuh tentang perintah perlantikan pentadbir seperti apa yangdikaji oleh penulis.Dalam kajian bertajuk “The Principles of Mirath in Islam and its applicationin the administration and distribution of muslim intestates in Peninsular Malaysia

6with special reference to the Group Settlement Land” oleh Wan Noraini binti MohdSalim (1993), penulis ini hanya menekankan tentang konsep perwarisan bagi orangIslam sahaja dan juga menghuraikan tentang pertentangan yang wujud antaraundang-undang GSA dengan konsep pembahagian harta orang Islam. Pada ketika itu,Seksyen 16 GSA menyatakan jika berlaku kematian, hanya satu nama bolehdigantikan dan tidak lebih dari itu. Di dalam tulisannya hanya menekankan konseppembahagian dari perspektif undang-undang dan pendapat dari empat mazhabterhadap kaedah pembahagian secara Hukum Faraid. Matlamat kajian inidilaksanakan adalah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi generasikedua Felda dalam kes pembahagian pusaka tanah di bawah undang-undang GSAdan memenuhi kehendak semua waris berdasarkan peruntukan undang-undang yangada pada masa kini. Beliau juga menghuraikan kaedah-kaedah pembahagian pusakabagi tanah felda di bawah GSA dan mengenalpasti peranan pihak pengurusan Feldadan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian menerusi Seksyen PembahagianPusaka dalam membantu waris-waris berkaitan pembahagian harta pusaka.Semua kajian yang dinyatakan di atas dan mungkin ada kajian-kajian laintelah dibuat berkaitan dengan pengurusan harta pusaka, penulis menegaskan bahawakajian yang dibuat ini berbeza dari segi pendekatan, senario dan kawasan kajian yangberbeza. Kajian ini akan dibuat bagi kes orang Islam dan bukan Islam yang telahmeninggal dunia berkaitan dengan perintah perlantikan pentadbir berikutan undangundang perwarisan secara Syarak dan juga Akta Pembahagian 1958. Penulis tidakakan menyentuh perwarisan harta-harta pusaka yang di bawah kuasa MahkamahTinggi dan juga Amanah Raya Berhad.

71.5Kepentingan Kajian.Kepentingan kajian ini perlu dijalankan d

pengurusan harta pusaka ini memahami atau tidak. Data primer diperolehi melalui temubual dengan Pegawai Pusaka Kecil, pengamal undang-undang dan orangramai. Data sekunder pula diperolehi melalui pembacaan buku-buku teks, kertas seminar, kajian terdahulu, akta-akta, enakmen-enakmen dan pekeliling serta panduan yang

Related Documents:

(c) harta alih sahaja seperti wang, syer, kenderaan walaupun nilai kesemuanya kurang daripada RM 2,000,000.00. Jika si mati meninggalkan harta dengan surat wasiat terakhir yang sah yang mengandungi cara-cara bagaimana harta pusakanya hendaklah dibahagikan antara waris-warisnya, harta pusaka itu dipanggil harta pusaka berwasiat.

Harta pusaka merupakan segala harta yang ditinggalkan oleh si mati dalam bentuk harta alih atau harta tak alih. Harta tersebut diperoleh semasa hayatnya secara halal melalui jual beli, pewarisan pusaka, hibah, wasiat, hadiah, sedekah dan sebagainya. Pusaka juga termasuk sewa

mendapat sebahagian harta tersebut bersama-sama mereka, maka orang itu akan dianggap sebagai merampas hak mereka. Sebenarnya, persoalan wasiat menafikan hak waris untuk mendapat bahagian daripada harta pusaka adalah tidak berbangkit kerana hak waris terhadap harta pusaka melalui sistem faraid hanya wujud selepas kematian pemilik harta.

Pengurusan harta pusaka sentiasa menjadi isu penting kerana ia melibatkan setiap ahli masyarakat terutama apabila berlaku kematian dan pembahagian . dengan tuntutan harta melalui lima pembolehubah iaitu tempoh masa; kepelbagaian . (2009) turut sama menegaskan bahawa hibah dan wasiat adalah penting dalam perancangan harta kerana ianya mampu .

Ya, Hibah adalah satu cara perancangan harta bagi orang Islam mahupun orang bukan Islam. 6. Apakah yang akan saya perolehi daripada produk ini? Penyempurnaan hasrat menghibahkan harta alih atau harta tak alih kepada Penerima Hibah sebagaimana yang diingini. Harta yang dihibah terkeluar daripada pentadbiran harta pusaka Penghibah (anda).

MELALUI PINDAAN AKTA 09-06-1977 RM50,000 14-05-1975 RM25,000 1955 –RM10,000 01-01-1989 . sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah diturunkan atau terletakhak . wasiat serta hibah, nasab, tuntutan harta sepencarian

Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan Dan Manfaat Dari Pelbagai Aspek . Untuk Kemajuan Ummah. sektor kehidupan bagi penggunaan yang luas dan menyeluruh. Konsep pengurusan harta sedemikian memberikan hak pemilikan kepada seseorang atau segolongan . yang lain. Selain itu, pengurusan harta yang baik boleh memberi galakan kepada

The standards are neither curriculum nor instructional practices. While the Arizona English Language Arts Standards may be used as the basis for curriculum, they are not a curriculum. Therefore, identifying the sequence of instruction at each grade - what will be taught and for how long- requires concerted effort and attention at the local level. Curricular tools, including textbooks, are .