KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH .

3y ago
247 Views
40 Downloads
574.86 KB
15 Pages
Last View : 11d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Ronan Orellana
Transcription

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUAPROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DANHUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJAGURU DI ZON UTARAMohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul WahabFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, BangiABSTRAKKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetuaProgram Sekolah Transformasi (PST) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan hubungannya dengankepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara. Objektif kajian ialah mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua menurut persepsi guru, mengenal pasti tahapkepuasan kerja guru dan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan kepimpinantransformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian mendapati amalan kepimpinantransformasi pengetua PST KPM adalah berada pada tahap sederhana tinggi (3.90). Kajian juga mendapatitahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara juga berada pada tahapsederhana tinggi (3.96). Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan pengetuaPST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM.Kata Kunci: Kepimpinan Transformasi Pengetua, Kepuasan Kerja, Guru Sekolah Program TransformasiABSTRACTThis study aims to identify the practice of leadership transformational among principals under the SchoolTransformation Program (STP) Ministry of Education (MOE) and its relationship with secondary schoolteachers’ job satisfaction in the northern zone. The objective of the study is to determine the level ofprincipals' leadership transformational according to teachers' perceptions, to identify the level of jobsatisfaction and to identify whether there is a relationship between leadership transformational practicesamong principals with teachers' job satisfaction. The results showed that the leadership transformationalpractices among principal under the STP MOE is moderately high (3.90). The study also found that thelevel of job satisfaction of teachers in secondary schools involved in STP in the northern zone also showeda moderately high figure (3.96). In addition, there is a significant correlation between principal leadershippractices and job satisfaction of teachers in secondary schools involved under the STP.Keywords: Principle Leadership Transformational, Job Satisfaction, Teachers’ in School TransformationProgramPENGENALANKeadaan sistem pendidikan hari ini menjadi penentu terbaik daya saing Malaysia. Seperti yang digariskandalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10, Malaysia berusaha untuk berubah daripadanegara berpendapatan sederhana ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan olehmereka yang berbakat khususnya pemimpin dan pekerja berpengetahuan, berbanding input lain, sepertitenaga kerja dan modal (PPPM 2013-2025).Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian PendidikanMalaysia (KPM) akan memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakarbidang khusus menjelang 2016. Selain itu, Anjakan ke-5 PPPM turut menggariskan untuk memastikankepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor506

berasaskan sekolah yang kedua terpenting selepas kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid.Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yangcemerlang, iaitu yang memberitumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkankeberhasilan murid sebanyak 20 peratus (PPPM 2013-2025).Hasrat kerajaan untuk mengubah negara berpendapatan sederhana ke arah negara berpendapatan tinggi danmenjadikan sistem pendidikan negara berdaya saing pada peringkat global tidak akan tercapai tanpasokongan kepimpinan yang boleh mentransformasikan pendidikan negara. Bagi merealisasikan hasrat iniKPM telah merangka pelbagai program kepimpinan, bermula diperingkat kementerian sehingga keperingkat sekolah. Antara program yang dilaksanakan ialah:i.ii.iii.iv.Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD);Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan (NPQEL);Program Transformasi Daerah (DTP); danProgram Sekolah Transformasi (PST) KPM.Kesemua program yang dilaksanakan berkisar tentang kepimpinan. Jelas menunjukkan bahawa pemimpinberkesan memainkan peranan yang penting bagi menjayakan hasrat dan misi KPM untuk menjadikansistem pendidikan negara berdaya saing di peringkat global.LATAR BELAKANG KAJIANPST KPM yang dilaksanakan mulai tahun 2015 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arahmeningkatkan pencapaian murid, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dankepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandungdalam PPPM 2013-2025. Konsep PST KPM merupakan adaptasi amalan terbaik konsep Sekolah Amanahyang telah dilaksanakan oleh KPM. Konsep PST juga adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insanunggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, pelibatan pembelajaran murid yang aktiflagi bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan, guru yang kompeten,beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Kumpulan Rakan Educational Leadership andInstructional Team (ELIT) yang terdiri daripada pensyarah dari Institut Aminuddin Baki (IAB) dan InstitutPendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat PendidikanDaerah (PPD) serta Pengetua Guru Besar (PGB) dan Guru Penolong Kanan (GPK) dari sekolah yangterpilih telah dibentuk bagi merealisasikan hasrat ini. Kerangka konsep PST KPM digambarkan sepertipada Rajah 1.Rajah 1: Kerangka Konsep PST KPM507

Kejayaan PST KPM amat bergantung kepada komitmen Rakan ELIT terutamanya PGB. PGB merupakanpembimbing utama dalam memimpin guru-guru di sekolah yang terlibat dengan PST KPM. Kualitikepimpinan dan kepimpinan yang berkesan dalam kalangan mereka akan menentukan hasrat KPM untukmelihat peningkatan pencapaian murid berdasarkan amalan terbaik PdP, pengurusan dan kepimpinan gurutercapai. Bagi merealisasikan hasrat ini kepimpinan transformasi PGB dilihat sebagai kunci kepimpinanberkesan yang akan memberi impak kepada kepuasan kerja guru di sekolah.Ishak (2001) dalam kajian “Pengaruh Kepimpinan Pengajaran, Kepimpinan Transformasi Dan GentianKepada Kepemimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Efikasi Dan Kepuasan Kerja Guru”mendapati bahawa kepimpinan transformasi di Malaysia mempunyai pengaruh yang lebih besar ke ataskomitmen dan kepuasan kerja guru berbanding gaya kepemimpinan yang lain. Kajian Nadiah dan AzlinNorhaini (2014) mengenai amalan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru di sekolah cemerlangdaerah Seremban turut mendapati gaya kepimpinan pengetua memberi pengaruh yang kuat terhadapkepuasan kerja guru. Keempat-empat ciri amalan kepimpinan transformasi yang telah dikenalpastimemberikan impak positif kepada kepuasan kerja dan komitmen guru-guru (Stacy 2008).PERNYATAAN MASALAHKPM berhasrat untuk melihat pencapaian murid melalui pelaksanaan PST KPM. Bagi merealisasikanhasrat ini, kepimpinan yang berkesan dan berkualiti dalam kalangan PGB dan guru yang kompeten sertaberaspirasi tinggi sangat diperlukan dalam menentukan kejayaan PST KPM. Kejayaan PST KPMbergantung kepada tahap dan gaya kepimpinan pengetua yang diamalkan. Pengetua merupakanpembimbing utama dalam memimpin dan kepimpinan berkesan dalam kalangan mereka akan menentukanhasrat KPM untuk melihat peningkatan pencapaian murid berdasarkan amalan terbaik PdP, pengurusandan kepimpinan guru tercapai. Justeru, kepimpinan transformasi pengetua dilihat sebagai kunci kepimpinanberkesan yang akan memberi impak kepada kepuasan kerja guru di sekolah.Banyak kajian-kajian mengenai gaya kepimpinan dan kepuasan kerja guru telah dijalankan. Antaranyaialah kajian oleh Ishak (2001) menyatakan kepimpinan transformasi di Malaysia mempunyai pengaruhyang lebih besar ke atas komitmen dan kepuasan kerja guru berbanding gaya kepemimpinan yang lain.Kajian Nadiah dan Azlin Norhaini (2014) mengenai amalan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja gurudi sekolah cemerlang daerah Seremban turut mendapati gaya kepimpinan pengetua memberi pengaruhyang kuat terhadap kepuasan kerja guru. Seterusnya Stacy (2008) menyatakan bahawa keempat-empat ciriamalan kepimpinan transformasi telah dikenalpasti memberi impak positif kepada kepuasan kerja dankomitmen guru-guru.Berdasarkan dapatan kajian dan persoalan-persoalan yang dibincangkan, maka pengkaji berpandanganamalan kepimpinan transformasi pengetua sesuai dan boleh mendorong para guru mengubah nilai dan sikapmereka supaya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan PST KPM. Kajian berkaitandengan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru disekolah menengah yang terlibat dengan program ini belum dilaksanakan kerana PST KPM baharudiperkenalkan. Sehubungan dengan itu, kajian awal untuk melihat amalan kepimpinan transformasipengetua di sekolah terlibat PST KPM perlu dilaksanakan agar objektif PST KPM tercapai seperti yangdihasratkan.TUJUAN KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua PSTKPM dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.508

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah bertujuan untuk;i.ii.iii.Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM menurut persepsi gurudi sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetuaPST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.PERSOALAN KAJIANPersoalan kajian adalah seperti berikut:i.ii.iii.Apakah tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM menurut persepsi guru disekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.Adakah terdapat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dengankepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.KERANGKA KONSEPTUAL KAJIANKerangka konseptual kajian seperti ditunjukkan dalam rajah 2.Rajah 2: Kerangka Konseptual KajianSumber: Kepimpinan Transformasi diubahsuai daripada Teori Burns (1978) dan Bass (1985), KepuasanKerja diubahsuai daripada Teori Dua Faktor Herzberg (1985); dalam Raihana (2012) dan KepimpinanBerkesan diubahsuai daripada Konsep Program Sekolah Transformasi KPM (2015).Kajian ini dijalankan berdasarkan kerangka konseptual yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Kejayaan PSTKPM bergantung kepada pemimpin berkesan yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Kajiankepimpinan transformasi dikaji berdasarkan model Burns (1978) dan Bass (1985), empat dimensi amalaniaitu karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi motivasi. Pengetua sebagai subjekkajian akan dikaji melalui persepsi guru terhadap amalan kepimpinan transformasi yang diamalkan.Kajian ini juga merujuk kepada teori kepuasan kerja iaitu Teori Dua Faktor Herzberg (Herzberg’s TwoFactor Theory) yang telah menggabungkan faktor kepuasan iaitu motivasi (keperluan tinggi) dengan faktorketidakpuasan iaitu hygiene (keperluan rendah). Tahap keperluan tinggi ini merangkumi beberapa aspek509

intrinsik iaitu pengiktirafan, pencapaian dan peluang untuk memajukan diri. Manakala tahap keperluanrendah merupakan suasana tempat kerja, penyeliaan dan hubungan interpersonal (Dinham & Scott, 2000).ULASAN LITERATUR KEPIMPINAN AMALAN TRANSFORMASI DAN KEPUASAN KERJAGURUKajian yang telah dilaksanakan oleh Button (2003) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa melaluikepimpinan transformasi dilihat lebih demokratik, adil serta mampu meningkatkan komitmen sertapenglibatan individu. Organisasi yang melalui perubahan amalan kepimpinan daripada transaksionalkepada transformasional berubah bukan hanya kerana aspek-aspek di atas tetapi mereka berubah keranaamalan kepimpinan transformasi yang mampu membawa kepada peningkatan produktiviti (Leithwood1992; dalam Nursuhaila 2007). Menurut Hoy & Miskel (2005) model kepimpinan transformasi dilihatpaling sesuai diimplementasi oleh pemimpin sekolah.Menurut Norashikin (2005) dalam kajiannya terhadap 365 orang pensyarah di tiga (3) buah Politeknikmendapati bahawa Ketua Jabatan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di 3 buah Politeknikmengamalkan keempat-empat ciri kepimpinan transformasi iaitu ciri karismatik, ciri inspirasi motivasi, ciristimulasi intelek dan ciri perhatian individu. Kajian beliau mendapati kepimpinan yang ditunjukkan olehKetua Jabatan mampu mendatangkan perubahan yang baik dalam PTV di Politeknik seterusnya mampumemimpin pensyarah untuk bekerja dengan memberikan kerjasama yang tinggi.Jazmi (2009) melalui kajiannya “Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru: KajianPerbandingan Antara SMKA dengan SMK” mencadangkan agar pengetua mengamalkan gayakepemimpinan transformasi. Hal ini kerana pengetua akan berhadapan dengan guru-guru, staf dan pelajaryang merupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi.Kajian Raihana (2012) mendapati amalan kepimpinan Pengarah di Institut Pendidikan MARA (IPMa)adalah berada pada tahap sederhana tinggi dan didapati lebih cenderung mengamalkan ciri stimulasi intelekberbanding ciri-ciri amalan kepimpinan transformasi selainnya. Kajian beliau mendapati tahap kepuasankerja tenaga pengajar di IPMa berada pada tahap yang tinggi.Kajian Habib dan Zaimah (2012) ke atas guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan(Integrasi) dalam Daerah Hulu Langat, Selangor turut mendapati ciri-ciri kepimpinan transformasipengetua terhadap keempat-empat dimensi amalan kepemimpinan transformasi pengetua adalah tinggi.Kajian Nor Hanim (2013), Rosmawati (2013) dan Mohamad Radzi et al. (2014) turut mendapatikepimpinan transformasi pengetua di sekolah berada pada tahap yang tinggi.Robbins (2003) menyatakan kepuasan kerja merupakan satu tahap yang dirasai oleh seseorang pekerjaapabila dapat melakukan sesuatu kerja dengan baik. Kepuasan kerja ialah tingkah laku yangmemberangsangkan terhadap kerja, berasa seronok dan gembira semasa melakukan sesuatu pekerjaan.Rugg (2005) menyatakan, kepimpinan transformasi dapat membuatkan guru-guru lebih meningkatkanketerlibatan dalam aktiviti, lebih berdedikasi dan lebih berpuas hati. Kimberly (2008) turut mencadangkandalam meningkatkan kepuasan kerja guru, adalah penting bagi sekolah dan pegawai pendidikan daerahmengimplementasikan model kepimpinan transformasi di sekolah.Menurut Azrul Hisham (2009), kepuasan kerja merujuk kepada emosi guru yang menggembirakan hasildaripada taksiran seseorang terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan berjaya. Manakala Karen(2007) pula menyatakan bahawa kepimpinan transformasi pengetua dapat mengubah tingkah laku dansikap guru serta mewujudkan kepuasan diri kepada guru atas perubahan-perubahan positif yang berlaku.Kajian Nadiah dan Azlin Norhaini (2014) mengenai amalan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja gurudi sekolah cemerlang daerah Seremban mendapati gaya kepimpinan pengetua memberi pengaruh yang kuatterhadap kepuasan kerja guru. Nor Fadhilah dan Azlin Norhaini (2014) melalui kajian terhadap amalankepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah agama bantuankerajaan (SABK) Negeri Sembilan mendapati bahawa amalan kepimpinan transformasi dalam dimensikarisma merupakan penyumbang terbesar kepada tahap kepuasan kerja guru. Manakala Thalahudin dan510

Azlin Norhaini (2015) mendapati tahap kepuasan kerja yang tinggi sebahagiannya disumbang oleh dimensistimulasi intelek dalam kepimpinan transformasi.Hasil dapatan tersebut mengesahkan bahawa amalan kepimpinan transformasi yang diamalkan bolehmenyumbang kepada kepuasan kerja guru.TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASI BURN (1979) DAN BASS (1985)Teori Kepimpinan Transformasi Burn (1979)Teori kepimpinan transformasi telah diperkenalkan oleh James Mac Gregor Burns pada tahun 1979 didalam kajiannya berkaitan dengan kepemimpinan politik. Menurut Burns, kepemimpinan transformasimerupakan satu proses di mana pemimpin dan pengikutnya saling bantu membantu untuk meningkatkanmotivasi dan moral kepada tahap yang lebih tinggi. Burns telah mengkategorikan kepemimpinantransformasi kepada empat kategori iaitu karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasimotivasi. Idea Burns telah dikembangkan oleh Bass yang melihat kepemimpinan transformasi berdasarkancara bagaimana pemimpin mempengaruhi pengikutnya bagi membolehkan dirinya dipercayai, dikagumidan dihormati (Khairil Annas 2009).Uniknya kepimpinan transformasi adalah pada sumbernya iaitu nilai peribadi dan kepercayaan seseorangpemimpin itu terhadap perkongsian kepimpinan itu sendiri yang akhirnya boleh melahirkan pemimpin dikalangan pengikut (Hoy & Miskel 2005).Teori Kepimpinan Transformasi Bass (1985)Teori ini diasaskan oleh Bernard M. Bass (1985). Teori ini merupakan suatu perincian dan penambahbaikandaripada Teori Kepimpinan Transformasi Burns (1978) iaitu dengan memberikan perhatian yang lebihkepada pengikut berbanding pemimpin. Bass memfokuskan teorinya kepada peningkatan kesedaranmengenai isu-isu kepimpinan dalam kalangan pengikut. Beliau menyatakan bahawa pengikut memerlukanpemimpin yang berwawasan, berkeyakinan diri tinggi dan mempunyai kekuatan memperjuangkankebenaran (Avolio & Bass 2004).Menurut Bass (1985), terdapat tiga cara pemimpin mengubah pengikut iaitu:i. Tingkatkan keperihatinan pengikut terhadap kepentingan tugas dan keperluan memahami nilai murni;ii. Pengikut perlu memberikan keutamaan terhadap pencapaian matlamat organisasi berbandingkepentingan peribadi diri; daniii. Pemimpin menyemarakkan keinginan pengikut di peringkat lebih tinggi.Bass turut menyatakan bahawa terdapat empat ciri amalan kepimpinan transformasi yang digambarkandimiliki oleh seseorang pemimpin transformasi iaitu ciri karismatik, inspirasi motivasi, stimulasi intelekdan perhatian individu. Senarai empat amalan kepimpinan menurut Burns dan Bass seperti pada Jadual 1.Jadual 1: Kepimpinan Transformasi Burns (1979) dan Bass (1985)Sumber: Teori Burns (1979) & Bass (1985); dalam Nursuhaila (2007).511

KEPUASAN KERJA MENGIKUT TEORI DUA FAKTOR HERZBERGArthur dan David (2011) menyatakan Herberzg (1959) mengilhamkan teori ini daripada satu persoalaniaitu “Apakah yang pekerja mahukan daripada pekerjaan mereka?”. Maka dalam menjawab persoalantersebut, beliau membuat kajian tinjauan terhadap sekumpulan profesional iaitu sejumlah 200 orangakauntan dan jurutera di sembilan buah syarikat di Pittsburg, Amerika Syarikat dan seterusnya mendapatibahawa terdapat dua set faktor (hygiene dan motivator) yang mempengaruhi ketidakpuasan dan kepuasandalam kerja.Teori Dua Faktor Herzberg (Herzberg’s Two-Factor Theory) telah menggabungkan faktor kepuasan iaitumotivator (keperluan tinggi) dengan faktor ketidakpuasan iaitu hygiene (keperluan rendah). Tahapkeperluan tinggi ini merangkumi beberapa aspek intrinsik iaitu pengiktirafan, pencapaian, tanggungjawab,pekerjaan dan peluang untuk memajukan diri. Manakala tahap keperluan rendah merupakan suasana tempatkerja, polisi kerja, penyeliaan, gaji dan hubungan interpersonal (Dinham & Scott 2000).REKA BENTUK KAJIANKajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Menurut Cresswell (2009), pendekatan kuantitatif menggunakankaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian ini kerana ia mampu memberikan penjelasan secara kuantitatifke atas sesuatu populasi dengan hanya mengkaji sampel daripada populasi berkenaan. Malek (2007)menyatakan bahawa kajian tinjauan dijalankan bagi mendapatkan bilangan, kuantiti atau data yangmelibatkan angka (numerical).Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasi pengetua PST KPM danhubungannya

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua

Related Documents:

Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetua Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensi amalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepimpinan transformasi pengetua di sekolah-sekolah menengah harian di Selatan Perlis dari dimensi karismatik, motivasi berinspirasi, pertimbangan secara individu dan stimulasi intelek. Kajiin ini melibatkan ' 186 orang responden yang terdiri daripada guru-guru dari 5 buah sekolah

manajerial dan kompetensi kewirausahaan pengetua sekolah terhadap pencapaian SNP pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Ulasan Kepustakaan 1. Kepimpinan Pengetua Sekolah Pelbagai teori dan hasil kajian telah membuktikan bahawa faktor kepimpinan mempunyai kesan yang besar terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah.

Kepimpinan Transformasi Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Mengikut Dimensi Motivasi Berinspirasi Soalan Kajian : Adakah Terdapat Perbezaan Persepsi Guru Mengikut Aspek Demografik Terhadap Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Kesimpulan BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan

daripada pengetua (Ayob 2005). Terdapat sekolah yang dahulunya cemerlang dalam kokurikulum, menjadi merosot pencapaiannya apabila pengetua baharu mengambil alih kepimpinan sekolah. Keadaan ini menyebabkan kajian ini ingin dijalankan untuk melihat sejauh mana seseorang pengetua memainkan peranannya dalam pengurusan kokurikulum di sekolahnya.

Seterusnya kajian oleh Ramli et al. (2017), mendapati pengetua di sekolah menengah di negeri Johor melaksanakan amalan kepimpinan instruksional dalam dimensi iaitu mentakrif ,menentukan matlamat sekolah, mengurus program instruksional dan mewujudkan iklim pembelajaran sekolah. Namun begitu jenis dan faktor pencapaian sekolah bukan ukuran untuk

Archaeological Illustration ARCL0036 UCL - INSTITUTE OF ARCHAEOLOGY COURSE NUMBER: ARCL0036 Archaeological Finds Illustration 2018/2019 Year 2, 0.5 unit 15 Credits Co-ordinator: Stuart Laidlaw Co-ordinator's e-mail tcfasjl@ucl.ac.uk Co-ordinator's room number is 405 Telephone number 020 7679 4743 Internal 24743 The Turnitin 'Class ID' is 3884493 and the 'Class Enrolment Password' is IoA1819 .