InjET

3y ago
89 Views
2 Downloads
320.73 KB
11 Pages
Last View : 4d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Maxine Vice
Transcription

International Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November: 1-11 (2015)International Journal of Education and TrainingInjEThttp://www.injet.upm.edu.myHubungan Kepimpinan Guru dengan Pencapaian Akademik PelajarNorashikin Abu Bakar, Ramli Basri*, Foo Say FooiJabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400, UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.ABSTRACTStudents’ academic achievement is an agenda for reformation towards achieving the goal of quality educationunder the Malaysian Education Development Plan 2015-2025. As such, the role of leadership at various levelsin schools is critical for the achievement the goal. Besides principal leadership, teacher leadership is alsoimportant as teachers are agents of change towards making schools effective. Researchers found that teacherlaeadership impacts students’ academic achievement. However in Malaysia teacher leadership is relatively newand attract less attention. The main focus of this study is to determine the relationship between teacherleadership and students’ academic achievement. This study employed Leadership Development for TeachersModel (LDT) by Katzenmeyer and Moller (2009) and teacher leadership is determined using Katzenmeyer danKatzenmeyer (2004) six dimensions which are self awareness and change, communication, diversity, teachingskills, continuous improvement, and self organization. Data was collected using Teacher Leadership SelfAssessment (TLSA) by Katzenmeyer and Katzenmeyer (2004). 387 teachers were randomly selected from 40daily secondary in the state of Johore Malaysia. Data collected was analysed using descriptive and inferentialstatistics with SPSS IBM Version 20.0 software. The research finds that the level of teachers’ leadership is high(mean 4.28, SP 0.43). There is a weak, positif and significant relationship between teachers’ leadership andstudent academic achievement where r 0.173 and sig 0.000 (p 0.05). This finding promotes teachers’leadership role in schools which may lead to positive change in students’ achievement. This finding justifiesteachers’ professional development efforts by the ministry, state and district education office to guide, train andpromote teachers’ leadership in schools towards improving teaching and education quality as well as students’achievement in schools.Keywords: Teachers’ leadership, students’ academic achievement, quality educationAbstrakPencapaian akademik pelajar merupakan agenda reformasi ke arah pendidikan yang berkualiti seperti yangdirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Justeru peranan kepimpinan pendidikandi sekolah dari pelbagai peringkat dilihat amat penting bagi mewujudkan pendidikan berkualiti. Selainkepimpinan pengetua di sekolah, kepimpinan guru tidak seharusnya dipinggirkan kerana kepimpinan gurumerupakan agen perubahan yang penting dalam usaha melahirkan sekolah yang berkesan. Para sarjanamendapati kepimpinan guru mampu memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar di sekolah. Namun diMalaysia, isu kepimpinan guru ini masih lagi dianggap baharu dan kurang mendapat perhatian. Fokus utamakajian adalah untuk melihat hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, kajianjuga turut melihat tahap kepimpinan guru berdasarkan enam dimensi kepimpinan guru yang dicadangkan olehKatzenmeyer dan Katzenmeyer (2004) iaitu kesedaran kendiri dan membawa perubahan, komunikasi,kepelbagaian, kemahiran pengajaran, penambahbaikan yang berterusan dan organisasi kendiri. Model yangdigunakan dalam kajian ini ialah berasaskan Model Pembangunan Kepimpinan Guru atau LeadershipDevelopment for Teachers Model (LDT) oleh Katzenmeyer dan Moller (2009). Data diperolehi melalui soalselidik Teacher Leadership Self Assessment (TLSA) oleh Katzenmeyer dan Katzenmeyer (2004). Kajian inimelibatkan seramai 387 orang guru dari 40 buah sekolah menengah harian di negeri Johor yang dipilih secararawak mudah. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisianSPSS IBM Version 20.0. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan amalan kepimpinan guru di sekolah*Corresponding author: ramlibasri@upm.edu.myISSN: 2289-.X Universiti Putra Malaysia Press1International Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November: 1-11 (2015)

menengah harian berada pada tahap tinggi (min 4.28, SP 0.43). Terdapat hubungan positif signifikan padatahap lemah antara kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r 0.173 dan sig 0.000(p 0.05). Hasil kajian ini mempromosi peranan kepimpinan guru di sekolah yang boleh membawa kepadaperubahan yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar. Dengan adanya maklumat tentang kepimpinanguru ini dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar, diharap pihak KPM, JPN mahupun PPD dapatmerancang dan menyediakan kursus perkembangan profesionalisma untuk pemimpin guru bagi mempromosi,melatih dan membimbing guru-guru menjadi pemimpin di sekolah dalam usaha meningkatkan kualitiprofesional guru dan pencapaian akademik pelajar di sekolah.Kata kunci: Kepimpinan guru, pencapaian akademik pelajar, kualiti pendidikan.PENGENALANPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah meletakkan kualiti pencapaian akademikpelajar sebagai agenda utama reformasi pendidikan. Justeru, melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025, sasarandan aspirasi untuk sistem pendidikan berkualiti di Malaysia diharap dapat dilaksanakan dengan berkesan melaluikerjasama semua pihak terutamanya komitmen warga pendidik di sekolah (KPM, 2013). Ini adalah keranakualiti pendidikan bagi sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan usaha oleh mereka yangberada di sesebuah organisasi pendidikan (Masters, 2012). Rujukan Master (2012) ini tidak jelas.Pencapaian akademik murid adalah alat pengukur kecemerlangan bagi sesebuah sekolah Menurut Usang, AbdulJawi dan Kamaruddin (2010), antara faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di sekolah adalahkepimpinan di sekolah. Ini bermakna, kepimpinan merupakan asas paling berkesan dalam meningkatkanpencapaian murid. Sesungguhnya, kepimpinan adalah faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sekolahyang mempunyai pencapaian akademik murid yang tinggi (Hussein, 2008; Day et al., 2009).Matlamat meningkatkan pencapaian akademik pelajar telah menjadi matlamat utama bagi pemimpin sekolahmahupun guru di sekolah (Silva, White &. Yoshida, 2011). Ini memandangkan, kecemerlangan pencapaianakademik murid penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan wawasannegara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Oleh yangdemikian, pencapaian akademik murid merupakan sumber yang penting dalam mendapatkan maklum balasterhadap keberkesanan sekolah, pentadbir dan guru (Stronge et al., 2008) memandangkan pencapaian akademikmurid adalah ukuran hasil pendidikan (Stronge et al., 2011).Dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah secara berterusan, sistem pendidikan negara telah memfokuskankepimpinan pada setiap peringkat. Lazimnya pada peringkat sekolah, kepimpinan selalunya diberi perhatiankepada pengetua sekolah. Namun begitu, terdapat satu lagi dimensi kepimpinan di sekolah yang dapatmembantu meningkatkan kecemerlangan sekolah, iaitu kepimpinan guru. Kowalski (2010) telah menegaskanbahawa keberkesanan kepimpinan mesti ada pada semua peringkat di sekolah. Oleh yang demikian, selainpengetua, kepimpinan guru juga telah menjadi topik perbincangan dalam usaha untuk meningkatkanprofesionalisme mengajar dan reformasi sekolah (Billingsley, 2007; Little, 2003).Kini, pengetua tidak lagi dianggap sebagai ‘the only leader’ yang membuat keputusan untuk penambahbaikanyang berterusan demi pencapaian akademik pelajar (Greenwood, 2011). Pengetua memerlukan guru dalammeningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Katzenmeyer & Moller, 2009; Lambert, 2003). PPPM2013-2025 menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah akan diperluaskan kepada guru khususnya guru yangmemegang jawatan kepimpinan di sekolah. Ini bermakna, selain pengetua, kepimpinan sekolah juga dapatdisumbangkan oleh guru penolong atau guru biasa (Gunter, 2001). Guru pada hari ini berada dalam komunitiprofesion yang mencabar yang sentiasa berubah dan berkembang. Bagi memastikan kejayaan pelajar, guruharus bersedia untuk belajar secara berterusan, mengembangkan kebolehan guru dan bersedia menerimatanggungjawab kepimpinan yang lebih besar (Ash & Persall, 2000). Oleh yang demikian, usahapenambahbaikan sesebuah sekolah memerlukan keupayaan kepimpinan bukan sahaja dalam kalangan pengetua,tetapi juga kepimpinan dalam kalangan guru sekolah itu sendiri.PERNYATAAN MASALAHUsaha ke arah meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan jurang pencapaian telah memberitumpuan kepada hubungan kritikal antara kepimpinan guru yang efektif dengan pencapaian akademik pelajar(Young, Fuller, Brewer, Carpenter & Mansfield, 2007; The Center for Comprehensive School Reform &Improvement, 2008). Ini bermakna kepimpinan guru kini semakin mendapat perhatian dalam usaha reformasidan penambahbaikan di sekolah. Selain itu, para sarjana juga mendapati kepimpinan guru dapat mempengaruhi2International Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November: 1-11 (2015)

pencapaian murid di sekolah (Gentilucci & Muto, 2007; Katzenmeyer & Moller, 2009). Dalam memperihalkankepimpinan guru ini, isu kepimpinan guru dalam konteks Malaysia masih lagi dianggap baharu dan kurangmendapat perhatian. Kepimpinan guru tidak seharusnya dipinggirkan dalam pengurusan kurikulum sekolahkerana kepimpinan guru boleh memberi impak terhadap pencapaian akademik pelajar (Barth, 2001; Birky,Shelton, & Headley, 2006).Anggapan guru yang melihat peranan kepimpinan hanya terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolahsahaja, mengajar mengikut sukatan pelajaran dan menghabiskannya pada jangkamasa yang ditetapkan harusdipertimbangkan semula. Atas dasar itu, Katzenmeyer dan Moller (2009) telah menyenaraikan enam tingkahlaku dan kemahiran dalam mengukur amalan guru sebagai pemimpin iaitu kesedaran diri dan membuatperubahan, komunikasi, kepelbagaian, kemahiran pengajaran, penambahbaikan yang berterusan dan organisasikendiri. Amalan tersebut telah dirangka untuk membantu sistem sekolah dalam usaha untuk membangunkanamalan kepimpinan dalam kalangan guru. Amalan ini dilihat dapat membina keupayaan kepimpinan dalamkalangan guru agar guru boleh membantu pengetua meningkatkan keberkesanan sekolah (Harris, 2003;Katzenmeyer & Moller, 2009). Walaupun guru tidak memandang diri mereka sebagai pemimpin (Katzenmeyer& Moller, 2009), namun mereka merupakan individu yang melaksanakan setiap program dan aktiviti yangdirancang dan menjadi pemimpin dalam kalangan rakan sekerja mereka. Namun begitu, kepimpinan guru tidakhanya terbatas kepada peranan guru sewaktu mengajar di dalam kelas sahaja. Malah kepimpinan guru jugamelibatkan peranan guru dalam berinteraksi dan berkolaborasi dengan warga sekolah yang lain seperti pengetuadan rakan guru dalam meningkatkan amalan pendidikan bagi tujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaianpelajar (York & Barr, 2004).Sparks (2003) berpendapat guru adalah agen perubahan yang penting dalam mewujudkan sekolah berkesan.Justeru, keupayaan guru pemimpin sebagai agen perubahan sekolah membolehkan pendidikan awammempunyai peluang yang lebih baik dalam memastikan setiap pelajar mempunyai guru yang berkualiti tinggi(Katzenmeyer & Moller, 2009; Wehling, 2007). Dalam erti kata lain, guru sebagai agen perlu dijadikan agendapenting dalam transformasi pendidikan negara untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kajian untukmengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan guru dan pencapaian akademik pelajar ini adalah signifikankerana ia adalah salah satu matlamat dalam reformasi sekolah dan negara iaitu meningkatkan pencapaianakademik pelajar (KPM, 2013; Burr, 2003). Oleh yang demikian, kajian ini ingin meneroka amalan kepimpinanguru dalam kalangan guru dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Tambahan pula, buktiempirikal tentang kesan kepimpinan guru terhadap pencapaian akademik pelajar masih lagi terhad danmempunyai dapatan yang berbeza-beza (Leithwood & Jantzi, 2000; York-Barr & Duke, 2004; Neumerski,2012).TUJUAN KAJIANKajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan guru dan hubungannyadengan pencapaian akademik pelajar. Objektif khusus kajian adalah:1.Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan guru.2.Mengenal pasti hubungan amalan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar.TINJAUAN LITERATURPengiktirafan terhadap kepimpinan guru semakin meningkat apabila kepentingan kepimpinan guru telahmendapat perhatian dari para ilmuan melalui peranannya dalam reformasi pendidikan (Snell & Swanson, 2000).Bagi memastikan setiap pelajar dapat mencapai kejayaan, setiap guru harus berfungsi sebagai pemimpin (Barth,2001). Oleh yang demikian, Katzenmeyer & Moller (2009) menegaskan bahawa bagi memastikan gurumempunyai kualiti yang tinggi, kepimpinan guru merupakan satu sumber yang besar dalam memastikanpenambahbaikan sekolah secara berterusan. Menurut Bilingsley (2007), peranan kepimpinan guru sebelum inidilihat terlalu berstruktur dan formal disebabkan guru diberi jawatan tertentu dalam membantu melaksanakankeputusan yang ditetapkan dalam organisasi. Kini, guru berperanan sebagai agen perubahan yang pentingdalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan di mana setiap pelajar mempunyai peluanguntuk mendapatkan guru yang berkualiti tinggi (Barth, 2001; Sparks, 2003; Wehling, 2007).Guru sebagai pemimpin mempunyai dua peranan iaitu formal dan tidak formal (Danielson, 2006; TeacherLeadership Exploratory Consortium, 2011). Guru pemimpin yang formal secara tradisinya adalah guru yangmemegang jawatan penting di sekolah seperti guru kanan, ketua panitia, guru sumber, guru disiplin, dansebagainya. Sebaliknya, guru pemimpin yang tidak formal wujud secara sukarela dan semula jadi dari pelbagaiperingkat guru. Guru pemimpin ini mempunyai inisiatif sendiri untuk melaksanakan program-program untukkepentingan kecemerlangan sekolah dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Mereka tidakmempunyai kedudukan atau kuasa tetapi mereka mendapat pengaruh dari rasa hormat dalam kalangan rakan3International Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November: 1-11 (2015)

sekerja melalui kepakaran dan tingkah laku mereka. Sama ada mereka memegang jawatan atau secara sukarela,guru pemimpin yang berkesan mempamerkan nilai, pembawaan dan kemahiran serta sentiasa mengajak oranglain untuk bertindak demi penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.Terdapat pelbagai konsep dan pengertian tentang kepimpinan guru dalam kalangan para sarjana. Lambert(2003) melihat kepimpinan guru dalam konsep institusi sebagai satu rangka pengupayaan kepimpinan dalamkalangan warga komuniti sekolah yang befungsi secara menyeluruh dan mempunyai kemahiran dalampenambahbaikan sekolah. York-Barr dan Duke (2004) pula memandang kepimpinan guru sebagai proses yangmelibatkan guru secara individu atau secara kolektif bersama guru lain dalam mempengaruhi warga sekolahyang lain termasuk pengetua dan rakan sekerja bagi meningkatkan amalan pendidikan bagi tujuan untukmeningkatkan pencapaian akademik pelajar. Sebaliknya, Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagaikemahiran yang ada pada guru untuk mengajar pelajar dan diperluaskan pengaruhnya terhadap orang lain di luarbilik darjah, sama ada di dalam atau di luar sekolah. Katzenmeyer dan Moller (2009) pula melihat kepimpinanguru sebagai pemimpin di dalam dan di luar bilik darjah yang mengenalpasti dan menyumbang kepada komunitiguru dan pemimpin, mempengaruhi orang lain untuk meningkatkan amalan pendidikan dan menerimatanggungjawab sebagai pemimpin untuk mencapai kejayaan.Guru yang berkepimpinan ini bersediamenjalankan tanggungjawab dan tugas tanpa menunggu arahan dari pengetua, sebaliknya mereka tahu akan apayang harus dilakukan dan bertindak mengikut matlamat yang hendak dicapai dengan sendirinya.Kajian ini menggunakan Model Pembangunan Kepimpinan Guru atau Leadership Development for TeachersModel (LDT) oleh Katzenmeyer dan Moller (2009). Model LDT menyediakan satu rangka kerja untukpembelajaran profesional bagi mengembangkan potensi guru sebagai pemimpin, dengan memahami diri merekadahulu, diikuti dengan berkolaborasi dengan rakan sekerja dan akhir sekali dengan sekolah. Apabila merekatelah memahami dan menguasai kemahiran sebagai guru pemimpin, mereka harus membuat pelan tindakan danmempraktikkan kesemua kemahiran tersebut ke persekitaran kerja mereka. Katzenmeyer dan Moller (2009)menyimpulkan bahawa guru berupaya menjadi pemimpin di sekolah kerana guru dapat memupuk semangatkerjasama dalam kalangan rakan sekerja dan juga dengan murid.Kepentingan kepimpinan guru semakin mendapat perhatian dan kajian mengenainya semakin bertambah danberkembang dalam kalangan para sarjana sama ada di dalam mahupun di luar negara (Crowther et al., 2002;Murphy, 2005). Kajian telah menunjukkan bahawa kepimpinan guru mempunyai kesan yang positif ke ataspencapaian akademik pelajar melalui amalan kolaborasi pembangunan profesionlisme dalam komunitipembelajaran professional, komunikasi, peningkatan efikasi kendiri, motivasi dan harga diri guru, kemahiranpengajaran, dan budaya sekolah (Berry et al., 2010; Simsek & Atinkurt, 2010; Sivrani, 2007; Heck, 2008;Abdullah Sani et al., 2007; Becenti, 2009; Stronge et al., 2008; Silins & Mulford, 2000; Katzenmeyer & Moller,2009). Kajian yang dijalankan oleh Loh (2011) terhadap guru di SMK Makajir mendapati kepimpinan guru dikalangan responden berada pada tahap yang baik tetapi masih belum mencapai peringkat yang mantap.Walaupun begitu, dapatan tersebut adalah satu petanda yang baik yang menggambarkan motivasi dan potensiyang ada dalam kalangan guru sekolah. Manakala kajian oleh Roslina (2000) mendapati kapasiti kepimpinanguru di sekolah berkesan adalah lebih tinggi daripada sekolah kurang berkesan. Sebaliknya, kajian yangdijalankan oleh Sharfuddin Abdul Shukor (2012), di tiga buah sekolah di sebuah daerah di Johor mendedahkanguru di ketiga-tiga buah sekolah tersebut masih belum bersedia untuk menerima konsep kepimpinan guru.Tahap pemahaman guru terhadap konsep kepimpinan guru masih berada pada tahap yang rendah.Kajian oleh Grant et al. (2008) tentang kepimpinan guru di sekolah mendapati bahawa kepimpinan guru disekolah pada umumnya digalakan di sekolah namun amalannya sangat terhad dan bagi kebanyakan guru, iasukar untuk direalisasikan. Sementara itu, dalam kajian yang dijalankan oleh Berry, Daughtrey dan Wieder(2010 ) mendapti salah satu faktor yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pencapaian akademik pelajaradalah kepimpinan guru. Kajian oleh Akert dan Martin (2012), menunjukkan bahawa pengaruh kepimpinansecara kolektif dalam kalangan guru mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik pelajarmelalui motivasi guru. Seterusnya, Foster (2004) telah mengendalikan kajian tentang kepimpinan guru diCanada dan dapatan kajiannya menunjukkan bahawa kepimpinan guru telah mendapat pengiktirafan yangmenyumbang kepada kejayaan sekolah terutama terhadap peningkatan pencapaian akademik pelajar.Jelasnya, kepimpinan guru di sekolah telah terbukti mempunyai kesan yang positif terhadap pencapaianakademik pelajar (Crowther et al., 2002; Davies, 2009; Katzenmeyer & Moller, 2009; Harris & Lambert, 2003).Tujuan dan matlamat kepimpinan guru adalah mentranfomasikan pengajaran dan pembelajaran demikecemerlangan pendidikan khususnya meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Crowther et al., 2002). Disamping itu juga, melalui kepimpinan guru, ia dapat mengembangkan perspektif guru tentang keperluan disekolah, menggalakkan refleksi terhadap amalan guru dan menyediakan pelbagai tugasan dan pengiktirafanterhadap kepakaran mereka (Bilingsley, 2007).4International Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November: 1-11 (20

2013-2025 menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah akan diperluaskan kepada guru khususnya guru yang memegang jawatan kepimpinan di sekolah. Ini bermakna, selain pengetua, kepimpinan sekolah juga dapat disumbangkan oleh guru penolong atau guru biasa (Gunter, 2001). Guru pada hari ini berada dalam komuniti

Related Documents:

2,4 Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400, UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan . Fungsi kepemimpinan distributif ialah peranan oleh kedua-dua organisasi dan individu yang mengambil peranan . menyatakan keberkesanan kepemimpinan sepatutnya berlaku di semua peringkat termasuklah di dalam bilik .

Kata Kunci: Pelaksanaan, pembelajaran koperatif, pengajaran karangan, Bahasa Melayu ABSTRACT Descriptive quantitative study of cooperative learning in teaching essay Bahasa Melayu (BM) Form Four runs between the main objective was to identify the frequency, how to implement and attitude towards the implementation of Malay Language

Am I my Brother’s Keeper? Sibling Spillover E ects: The Case of Developmental Disabilities and Externalizing Behavior Jason Fletcher, Nicole Hair, and Barbara Wolfe July 27, 2012 Abstract Using a sample of sibling pairs from the PSID-CDS, we examine the e ects of sibling health status on early educational outcomes. We nd that sibling developmental dis- ability and externalizing behavior are .

Oracle Marketing API Reference Guide Release 11i Part No. B10587-01 March 2003

Contractors may use a Government employee's Government Purchase Card as long as the Contracting Office authorizes its use and the contractor notifies the Contracting Officer of all purchases made by the contractor during the billing period. Unauthorized Use of the GPC Page 7 of 29 Knowledge Review Computer supplies from a GSA schedule. Food, drinks, clothing, lodging or travel related expenses .

Cake Baking . SCQF: level 5 (9 SCQF credit points) Unit code: J1YR 75 . Unit outline The general aim of this Unit is to enable learners to develop the ability to bake cakes and other chosen items safely and hygienically. Learners will demonstrate a range of techniques and processes used in cake production and other baking contexts.

Basu, Rumki. Public Administration in the 21st century: A Global South Perspective. New York and London: Routledge, 2019. _. Public Administration .

BEC HIGHER PART TWO Questions 13 – 22 You will hear five different business people talking about trips they have recently been on. For each extract there are two tasks. For Task One, choose the purpose of each trip from the list A – H.F or Task Two, choose the problem described from the list A – H . Y ou will hear the recording twice. T ASK ONE – PURPOSE For questions 13 .