Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Kokurikulum Dari .

3y ago
70 Views
3 Downloads
264.30 KB
10 Pages
Last View : 12d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Jenson Heredia
Transcription

Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 129-138Peranan Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum dari Perspektif Guru SekolahMenengah Kebangsaan Zon Keramat(The Role of Principal in the Management of Cocurricular from Teacher’s Perspective at NationalSecondary Schools in Zone of Keramat)MOHD IZHAM MOHD HAMZAH* & NORZIANA AYOBABSTRAKPengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab mengurus kurikulum dan kokurikulum. Namun secararealitinya berbanding kurikulum, penglibatan pengetua dalam menerajui pengurusan kokurikulum di sekolah adalahkurang. Mereka sering terikat dengan kerja-kerja yang rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Hal ini secaratidak langsung membantutkan usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah. Kajian ini bertujuan untukmengkaji perspektif guru penasihat kokurikulum terhadap peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum di sekolahsekolah menengah kebangsaan di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Peranan pengetua dikaji berdasarkan aspek sebagaiperancang, pengelola, pemimpin dan pengawal kokurikulum. Sampel kajian terdiri daripada 323 orang guru yangsedang berkhidmat dan memegang tugas sebagai Penasihat Kokurikulum di 12 buah sekolah menengah kebangsaandi Zon Keramat, Kuala Lumpur. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah. Data kajian dikumpul menggunakansoal selidik yang telah dibuat kajian rintis terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumenkajian. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai mendapati perspektif guru terhadap perananpengetua sebagai perancang (min 3.79), pengelola (min 3.81), pemimpin (min 3.79), dan pengawal (min 3.90),kesemuanya berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya pengetuadi sekolah mempraktikkan peranan pengurusan yang berkesan agar para guru dan pelajar akan lebih bermotivasi dalammemastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.Kata Kunci: Pengurusan; kokurikulum; peranan pengetuaABSTRACTPrincipals are the key individuals responsible for managing the curriculum and co-curriculum. In reality principalsinvolvement, in managing co-curricular activities in schools is lacking compare to curriculum. But in reality than thecurriculum, involvement in co-curricular activities in schools to manage is lacking. They are often tied up to the routinework in managing and governing of the school. It is indirectly hamper efforts to improve the management of the schoolco-curriculum. This study aims to examine the perspective of cocurricular advisory teacher towards the role of principal inmanaging the cocurricular at national secondary schools in the Zone of Keramat, Kuala Lumpur. The role of principal isexamined based on the aspects as planner, coordinator, leader and controller of cocurricular. The sample studies consistsof 323 teachers who are currently serving and hold the task as an advisor of cocurricular in 12 national secondary schoolsin the Zone of Keramat, Kuala Lumpur. The sample selection is based on simple random sampling. Data were collectedusing a questionnaire that had been made prior pilot studies for validity and reliability of the instrument. The descriptiveanalysis involving the mean and standard deviation found perspective on the roles of teachers as planner (mean 3.79),organizer (mean 3.81), the leader (mean 3.79), and the controller (mean 3.90), all of which are at high level. Inconclusion, the finding of this study shows the importance of a school principal to practice effective management role sothat teachers and students are more motivated to ensure the success of cocurricular activities in school.Keywords: Management; co-curriculum; principle rolePENGENALANReformasi pendidikan adalah sesuatu yang kerap berlaku dikebanyakan negara bertujuan untuk menambahbaik sistemyang sedia ada.Perkembangan terkini sistem pendidikandi Malaysia telah menunjukkan berlakunya reformasipendidikan yang amat ketara di pelbagai peringkat, baikChap 5new.indd 129di kementerian, jabatan mahupun di sekolah. Perubahanstruktur kurikulum yang drastik di sekolah bukansahaja mendesak para guru meningkatkan kemahirandan profesionalisme mereka, malahan juga melibatkanpentadbir sekolah, khususnya pengetua selaku pemimpindan pengurus di sekolah.02/12/2015 10:47:13

130Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)Dalam pengurusan di sekolah, pengetua merupakanindividu penting yang bertanggungjawab menguruskurikulum dan kokurikulum. Menurut Hui Ling dalamZakiah (2005), pengetahuan pengetua terhadap kokurikulumadalah rendah dan sistem persekolahan lebih berorientasikanpeperiksaan. Penumpuan lebih diberikan kepada programpembangunan guru dalam pengajaran dan pembelajaran,kursus-kursus mengendalikan dan menjalankan aktivitikokurikulum menjadi tidak begitu dipentingkan. Halini secara tidak langsung membantutkan usaha untukmeningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah.Pelaksanaan dan penyertaan pelajar dalam kokurikulumsekolah adalah diwajibkan sama ada untuk sekolahkerajaan atau bukan kerajaan (Laporan Kabinet 1979; AktaPendidikan 1996). Menurut Azmi dan Hamsiah (2000)kokurikulum dapat membina kemahiran bersosial dankegiatan kokurikulum yang mantap dapat memperkukuhkaninteraksi antara pelajar dan sekali gus memupuk integrasiantara kaum dalam masyarakat majmuk di negara kita.Dasar 1Murid 1Sukan sebagai satu agenda kokurikulumtelah diperkenalkan dalam Transformasi Kurikulumbertujuan untuk meningkatkan minat dan keupayaan pelajardalam bidang permainan dan sukan agar mereka lebihcergas dan aktif (Bahagian Sukan Kementerian PelajaranMalaysia 2011). Dasar ini menetapkan bahawa setiappelajar termasuk pelajar berkeperluan khas yang tidakmengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambilbahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.Selain membangunkan modal insan melalui penyertaanyang menyeluruh daripada kalangan pelajar dalam kegiatansukan sepanjang tahun, dasar ini juga bertujuan memupukbudaya bersukan dalam kalangan pelajar sekolah agarmenjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidupsihat dan cergas. Daley dan Leahly (2003) menyatakanpenglibatan dalam aktiviti kokurikulum bagi orang dewasaakan mewujudkan interaksi antara satu sama lain secaratidak formal dan akan meningkatkan keyakinan sosial.Kesimpulannya, peranan pengetua selaku pentadbiramat penting dalam dunia pendidikan bukan sahaja dalampengurusan sekolah, tetapi juga dalam memperkembangkanpotensi pelajar melalui aspek kognitif, afektif danpsikomotor.Pengurusan yang cekap perlu dilakukan darisegi merancang, mengelola, memimpin, dan mengawal.Hal ini berdasarkan definisi pengurusan oleh Stoner,Freeman dan Gilbert (1995) iaitu pengurusan adalahproses merancang, mengelola, memimpin dan mengawalkerja-kerja organisasi dan penggunaan sumber organisasiyang ada untuk mencapai matlamat organisasi yang telahditetapkan (Mohd Izham & Sufean 2009).PERMASALAHAN KAJIANTugas hakiki seorang pengetua adalah selaku pentadbiryang bertanggungjawab bagi memastikan kecemerlangansekolah yang diterajuinya tercapai dalam semua bidangbaik akademik mahupun kokurikulum. Pengetua seringkaliChap 5new.indd 130berada dalam dilema untuk memfokuskan kecemerlangansekolahnya. Dalam usaha untuk mengejar kecemerlanganakademik yang disasarkannya, seseorang pengetua itukurang memberikan perhatian kepada aktiviti kokurikulumdi sekolahnya (Norziana 2013). Dalam hal ini, pengetualebih cenderung berusaha untuk menempatkan sekolahnyauntuk berada dalam senarai terbaik peperiksaan awamMalaysia sama ada PMR, SPM mahupun STPM. Justeru,perbelanjaan banyak diperuntukkan kepada aktivitikurikulum, sehingga menimbulkan masalah dan kekangankepada kelancaran aktiviti kokurikulum yang akandijalankan (Norziana 2013).Menurut Hui Ling dalam Zakiah (2005) pengetahuanpengetua terhadap kokurikulum adalah rendah dan sistempersekolahan lebih berorientasikan peperiksaan. Dapatankajian Jamalullail dan Azhar (2008) mendapati bahawapengetua atau pentadbir tidak mengiktiraf dan menghargaisumbangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum danguru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Selainitu, dapatan kajian ini juga mendapati pihak pentadbirkurang memberi nasihat dan panduan dalam pengurusankokurikulum di sekolah.Biasanya, pengetua akan mendeligasi secara terustugas pengurusan kokurikulum kepada Guru PenolongKanan Kokurikulum. Namun, terdapat sekolah-sekolahyang cemerlang dalam aktiviti kokurikulumnya, pengetuaturut memainkan peranan secara langsung. Keadaan inimembuktikan bahawa kejayaan sesuatu aktiviti adalahaktiviti yang mendapat perhatian dan sentuhan terusdaripada pengetua (Ayob 2005). Terdapat sekolah yangdahulunya cemerlang dalam kokurikulum, menjadi merosotpencapaiannya apabila pengetua baharu mengambil alihkepimpinan sekolah. Keadaan ini menyebabkan kajianini ingin dijalankan untuk melihat sejauh mana seseorangpengetua memainkan peranannya dalam pengurusankokurikulum di sekolahnya.Ayob (2005) berpendapat bahawa kemajuankokurikulum bergantung kepada minat pengetua, adapengetua yang dahulunya aktif dalam sukan dan persatuan,maka mereka memberikan penekanan yang lebih ke arahaktiviti itu. Malah, sesetengah aktiviti seperti permainanmelonjak cemerlang semata-mata kerana kesukaan danminat seseorang pengetua itu. Bagi pengetua yang tidakmemiliki pengalaman dalam sukan dan persatuan, merekaakan menyerahkan tugas kepada Guru Penolong KananKokurikulum. Dalam hal ini, pengetua bertindak hanyasebagai pemerhati dan berpuas hati dengan laporanyang diterima. Keadaan ini menimbulkan gejala sepertimengambil sikap sambil lewa, tanpa kesungguhan, danakhirnya aktiviti kokurikulum terus diabaikan. KajianMohammad (2003) mendapati bahawa faktor utama yangmenyumbang kepada kejayaan sekolah dalam bidangkokurikulum ialah minat dan kesungguhan pengetua sejakperingkat perancangan serta keupayaannya mendapatkankerjasama guru-guru yang terlibat dalam pelaksanananaktiviti kokurikulum (Faudzi 2008).02/12/2015 10:47:13

Peranan Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon KeramatMenurut Hanishah (2006), berdasarkan LaporanJemaah Nazir Sekolah Persekutuan dalam Buku PanduanPengurusan Profesional Sekolah Menengah (1993), faktorkepemimpinan khususnya dalam bidang pengurusanjuga menjadi punca kepada timbulnya pelbagai masalahdalam pelaksanaan kokurikulum. Penekanan terhadapkepemimpinan kokurikulum pada umumnya masih belumbegitu tegas berbanding dengan perhatian yang diberikankepada bidang akademik. Hal ini, dapat dilihat daripadakualiti perancangan pelaksanaan dan kawalan yang terdapatdi beberapa buah sekolah. Antara beberapa perkara yangperlu ditegaskan adalah seperti tahap dan skor kepimpinanpengetua, mutu pengalaman dan pembelajaran yangdirancangkan, dan penilaian dan latihan kepakaran guruguru penasihat.Secara tersiratnya, kejayaan pelaksanaan kegiatankokurikulum memerlukan kepemimpinan pengetua.Aktiviti kokurikulum di sekolah seharusnya dititikberatkanoleh pengurusan sekolah. Namun, pengetua jugaseringkali kurang memberikan pengiktirafan atas khidmatdan kejayaan yang dicapai oleh pelajar akibat terlalumementingkan pencapaian akademik. Penggabungjalinankesinambungan antara gerak kerja dalam bidang akademikdengan gerak kerja kokurikulum perlu diberikan perhatianyang serius oleh pengetua sesebuah sekolah. Keberkesananpengurusan kokurikulum di sekolah banyak bergantungkepada keupayaan kepimpinan seorang pentadbir. Perananyang dimainkan oleh pengetua dan Guru Penolong KananKokurikulum (GPKK) amat mempengaruhi dan membantupara guru dan pelajar melibatkan diri secara aktif dalamaktiviti kokurikulum di sekolah.Justeru, kajian ini penting dijalankan keranadapatannya boleh membantu pengetua, guru besar,penolong kanan kokurikulum mempertingkatkan lagipengurusan kokurikulum di sekolah. Perspektif guru,terutama guru-guru penyelaras dan guru-guru penasihatkokurikulum adalah penting dikaji. Merekalah pelaksanadalam pengurusan kokurikulum sekolah dan memastikanaktiviti yang dilaksanakan berjalan lancar. Dapatan kajianini seterusnya dapat mengisi kelompangan antara teoridan amalan yang berlaku dari segi perana pengetua dalampengurusan kokurikulum di sekolah.OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah seperti berikut:1.2.3.Chap 5new.indd 131Mengenal pasti tahap peranan pengetua sebagaiperancang dalam pengurusan kokurikulum dariperspektif guru.Mengenal pasti tahap peranan pengetua sebagaipengelola dalam pengurusan kokurikulum dariperspektif guru.Mengenal pasti tahap peranan pengetua sebagaipemimpin dalam pengurusan kokurikulum dariperspektif guru.4.131Mengenal pasti tahap peranan pengetua sebagaipengawal dalam pengurusan kokurikulum dariperspektif guru.METODOLOGIKajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakanborang soal selidik sebagai alat kajian. Soal selidik yangdigunakan bagi kajian ini adalah diubah suai daripada soalselidik Mohd Najib (2007). Kajian rintis telah dijalankandi sebuah sekolah menengah kebangsaan sebelum kajiansebenar dijalankan bagi mengukur kebolehpercayaanitem-item dalam instrumen kajian ini dan didapati nilaiapha Cronbach ialah 0.958. Hal ini menunjukkan bahawakebolehpercayaan setiap item dalam konstruk bagiinstrumen kajian ini adalah tinggi.Borang soal selidik ini mengandungi 36 item yangmengukur peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulumsekolah, iaitu sebagai: (1). perancang, (2). pengelola, (3).pemimpin, dan (4). pengawal. Kajian ini menggunakaninstrumen soal selidik skala Likert yang mempunyailima pilihan jawapan (1 Sangat Tidak Setuju, 2 TidakSetuju, 3 Kurang Setuju, 4 Setuju, 5 Sangat Setuju ).Populasi kajian ini terdiri daripada 2017 orang guru yangmengajar di 25 buah sekolah menengah kebangsaan di ZonKeramat, Kuala Lumpur. Daripada jumlah itu, hanya 323orang yang akan dijadikan sampel kajian. Penetapan saizsampel bagi kajian ini menggunakan formula dan jadualpenentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Kajianini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.DAPATAN KAJIANProfil responden kajian dengan lebih terperinci sepertiadalah seperti Jadual 1.JADUAL1. Profil responden kajianDemografiKekerapanPeratusanGred SekolahGred A19961.6%Gred alaman bertugasKurang 5 tahun10432.2%6 hingga 10 tahun15848.9%11 tahun ke atas6118.9%Jadual 1 menunjukkan bahawa berdasarkan gredsekolah seramai 199 orang (61.6%) guru dari sekolahGred A dan seramai 124 orang (38.4%) guru dari sekolah02/12/2015 10:47:13

132Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)Gred B. Berikutnya berdasarkan jantina, seramai 62orang (19.2%) guru lelaki dan seramai 261 orang (80.8%)guru perempuan. Seterusnya berdasarkan pengalamanbertugas, seramai 104 orang (32.2%) guru berpengalamankurang dari 5 tahun, seramai 158 orang (48.9%) guruberpengalaman 6 hingga 10 tahun dan seramai 61 orang(18.9%) guru berpengalaman 11 tahun dan ke atas.Bagi mengenal pasti perspektif guru terhadap perananpengetua dalam pengurusan kokurikulum di sekolah,pengkaji telah membahagikan purata skor min lima skalapersetujuan dalam setiap bahagian kepada lima tahapseperti Jadual 2.JADUAL2. Tahap perspektif guru terhadap peranan pengetuadalam pengurusan kokurikulum di sekolahSkor Min1.00 hingga 1.89Interpretasi Skor MinSangat Rendah1.90 hingga 2.69Rendah2.70 hingga 3.49Sederhana3.50 hingga 4.29Tinggi4.30 hingga 5.00Sangat TinggiSumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(BPPDP) (2006)JADUALTahap Peranan Pengetua dari Segi Perspektif Gurudalam Pengurusan Kokurikulumsebagai PerancangAnalisis deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukantahap peranan pengetua dari segi perspektif guru dalampengurusan kokurikulum sebagai perancang. Hasil analisisdeskriptif seperti Jadual 3.Jadual 3 menunjukkan bahawa secara keseluruhannyaperanan pengetua dari segi perspektif guru dalam pengurusankokurikulum sebagai perancang berada pada tahap tinggi(min 3.79 dan sp 0.711). Bagi setiap item dalamperanan pengetua dalam pengurusan kokurikulum sebagaiperancang menunjukkan bahawa item yang mempunyaimin yang paling tinggi ialah pengetua menetapkan visi danmisi kokurikulum yang ingin dicapai (min 3.99 dan sp 0.780). Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkanbahawa seramai 251 orang (77.7%) guru menyatakan setujudan sangat setuju, seramai 60 orang (18.6%) kurang setujudan seramai 12 orang (3.7%) guru yang menyatakan tidaksetuju dan sangat tidak setuju.Seterusnya min yang paling rendah ialah itempengetua memastikan semua keperluan dan kemudahanuntuk menjalankan aktiviti kokurikulum mencukupi (min3. Tahap peranan pengetua dari segi perspektif guru dalam pengurusan kokurikulum sebagai perancangNo         ItemSTSTSKSSSSMinSisihan InterpretasiPiawai1Pengetua menetapkan visi dan misikokurikulum yang ingin dicapai.1(0.3%)11(3.4%)60168(18.6%) (52.0%)83(25.7%)3.990.780Tinggi2Pengetua menyatakan matlamat dan1objektif kokurikulum sekolah dengan jelas. (0.3%)15(4.6%)65157(20.1%) (48.6%)85(26.3%)3.960.824Tinggi3Pengetua menyediakan buku panduanaktiviti kokurikulum.5(1.5%)31(9.6%)71142(22.0%) (44.0%)74(22.9%)3.770.960Tinggi4Pengetua mengenal pasti input utamayang ada di sekolah (contoh: kemudahanfizikal, tenaga jurulatih, sumber bahan,potensi pelajar dan kewangan).5(1.5%)30(9.3%)80143(24.8%) (44.3%)65(20.1%)3.720.941Tinggi5Pengetua memastikan semua keperluandan kemudahan untuk menjalankanaktiviti kokurikulum mencukupi.4(1.2%)29(9.0%)97121(30.0%) (37.5%)72(22.3%)3.710.954Tinggi6Pengetua menentukan komponen danmenubuhkan unit unit kokurikulum yangsesuai dengan minat pelajar.2(0.6%)26(8.0%)87153(26.9%) (47.4%)55(17.0%)3.720.861Tinggi7Pengetua menentukan aktiviti programkokurikulum yang dirancang membantuserta menyokong pembelajaran secarabersepadu.27(8.4%)92146(28.5%) (45.2%)58(18.0%)3.730.853Tinggi8Pengetua memastikan jadual kokurikulumyang disediakan berasaskan sistem yangpratikal bagi sekolah.1(0.3%)25(7.7%)75150(23.2%) (46.4%)72(22.3%)3.830.875Tinggi9Pengetua memastikan pelantikan gurupenasihat dan pembahagian tugaskokurikulum dilaksanakan dengansempurna dan adil.3(0.9%)27(8.4%)90141(27.9%) (43.7%)62(19.2%)3.720.901TinggiTahap perancang keseluruhan3.790.711TinggiChap 5new.indd 13202/12/2015 10:47:13

Peranan Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat 3.71 dan sp 0.954). Dari segi kekerapan dan peratusanmenunjukkan seramai 193 orang (59.8%) guru menyatakansetuju dan sangat setuju, seramai 97 orang (30.0%) kurangsetuju dan seramai 33 orang (10.2%) guru menyatakantidak setuju dan sangat tidak setuju.Tahap Peranan Pengetua dari Segi Perspektif Gurudalam Pengurusan Kokurikulumsebagai PengelolaAnalisis deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukanJADUAL133tahap peranan pengetua dari segi perspektif guru dalampengurusan kokurikulum sebagai pengelola. Hasil analisisdeskriptif seperti Jadual 4.Jadual 4 menunjukkan bahawa secara keseluruhannyaperanan pengetua dari segi perspektif guru dalampengurusan kokurikulum sebagai pengelola beradapada tahap tinggi (min 3.81 dan sp 0.697). Bagisetiap item dalam peranan pengetua dalam pengurusankokurikulum sebagai pengelola menunjukkan bahawa itemyang mempunyai min yang paling tinggi ialah pengetuamemastikan jawatankuasa kokurikulum sekolah berfungsi4. Tahap peranan pengetua dari segi perspektif guru dalam pengurusan kokurikulum sebagai pengelolaNo         ItemSTSTSKSSSSMinSisihan InterpretasiPiawai10 Pengetua memastikan jawatankuasakokurikulum sekolah berfungsi denganbaik dan berkesan.2(0.6%)19(5.9%)71149(22.0%) (46.1%)82(25.4%)3.900.870Tinggi11 Pengetua memastikan tugas-tugas khususguru yang terlibat dan tanggungjawabguru ditentukan dengan jelas.3(0.9%)27(8.4%)77152(23.8%) (47.1%)64(19.8%)3.760.895Tinggi12Pengetua menentukan bidang danspesifikasi tugas setiap guru dengan jelasagar semua guru memahami peringkattanggungjawab masing-masing.26(8.0%)83149(25.7%) (46.1%)65(20.1%)3.780.858Tinggi13Pengetua memastikan dasar-dasarutama yang digubal oleh ketuakokurikulum selaras dengan misi danvisi seko

daripada pengetua (Ayob 2005). Terdapat sekolah yang dahulunya cemerlang dalam kokurikulum, menjadi merosot pencapaiannya apabila pengetua baharu mengambil alih kepimpinan sekolah. Keadaan ini menyebabkan kajian ini ingin dijalankan untuk melihat sejauh mana seseorang pengetua memainkan peranannya dalam pengurusan kokurikulum di sekolahnya.

Related Documents:

2.5 Pengurusan Stres 38 2.5.1 Model Pengurusan Stres: Diagnosis dan Intervensi 40 2.5.2 Mekanisme Menghadapi Stres 41 2.5.3 Dimensi Untuk Pengurusan Stres 44 2.6 Pengurusan Stres dan Peranannya Dalam Prestasi 46 2.7 Kesan Pengurusan Stres dalam Hubungan antara Persaingan Kerja Kompetitif dan Prestasi 48

EDU 3105 12 Fungsi Pengurusan Pengajaran Fungsi ini bertujuan untuk mengarah, menyelaras & mengawal untuk memastikan teknologi dalam pengajaran berjalan lancar dan berkesan. Fungsi pengurusan didukung oleh pengurusan organisasi dan pengurusan kakitangan. Pengurusan o

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM ( 1 ) . Masai 11 kali 2 MerentasDesa (Senamrobik1 Malaysia) Dataran SK Masai 3 Acara Sebelum Sukan Padang Awam SK Masai 4 Sukan Tahunan ke 54 Padang Awam Masai 5 Program Sukan Sepanjang Tahun Padang Awam Masai Catur Bola Baling Bola Jaring SepakTakraw. BI L AKTIVITI/PROGRAM TEMPAT

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua

Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetua Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensi amalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai

manajerial dan kompetensi kewirausahaan pengetua sekolah terhadap pencapaian SNP pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Ulasan Kepustakaan 1. Kepimpinan Pengetua Sekolah Pelbagai teori dan hasil kajian telah membuktikan bahawa faktor kepimpinan mempunyai kesan yang besar terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah.

Pengurusan Stress iii. Pengurusan Konflik iv. Pengurusan Kemarahan v. Pengurusan Masa vi. Motivasi . 12 E.5 Undang-undang, Kod Etika dan Peraturan-Peraturan Jabatan i. Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] ii. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] iii. Akta Kaunselor 1998 [Akta 580] iv. .

Austin, Oscar Palmer Nacogdoches, TX Vietnam War Austin, William . Lopez, Jose Mendoze Mission, TX (Santiago Huitlan, Mexico) World War II (Most sources say that Lopez was born in Texas but he later stated in multiple interviews and his funeral program recorded that he was born in Mexico) Lummus, Jack Ennis, TX World War II Martinez, Benito Fort Hancock, TX Korean War . Compiled by Gayle .