Tahap Amalan Guru Besar Serta Pengajaran Dan Pembelajaran .

2y ago
106 Views
2 Downloads
244.13 KB
10 Pages
Last View : 20d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Jerry Bolanos
Transcription

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 13 issue 3 (65-74) 2017, ISSN 2180-249165Tahap amalan guru besar serta pengajaran dan pembelajaran gurusekolah rendahNurul Huda Ab Rahman1, Azlin Norhaini Mansor11Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan MalaysiaCorrespondence: Nurul Huda Ab Rahman (email: nuurhuda907@gmail.com)AbstrakKajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui edaran soal selidik di sekolah rendah zon 2 dalamdaerah Gua Musang, Kelantan. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi guru terhadap amalanpengurusan guru besar dan pembelajaran pengajaran guru di sekolah. Seramai 120 orang guru telah dipilih secararawak untuk menjayakan kajian ini dengan mengedarkan soal selidik berkaitan persoalan kajian kepada guru-guruterlibat. Kaedah kuantitatif digunakan dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for SocialSciences (SPSS). Kajian deskriptif dijalankan dan hasil dapatan dipamerkan dalam bentuk min, kekerapan danperatusan. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kepimpinan pentadbir di sekolah adalah tinggi;pengurusan organisasi guru besar sekolah adalah tinggi; tahap amalan guru besar dalam aspek pengurusankurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid adalah tinggi; dan tahap amalan pengajaran danpembelajaran guru juga tinggi. Beberapa cadangan juga dikemukakan sebagai langkah untuk meningkatkan lagitahap kepimpinan guru besar dan pengajaran dan pembelajaran guru.Kata kunci: guru, guru besar, kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan organisasi, sekolah rendahThe level of headmaster leadership and the teaching and learning ofprimary school teacherAbstractThis descriptive study was conducted through a survey method by distribution of questionnaires in the Zone 2primary school of Gua Musang, Kelantan. The study was conducted to investigate the teachers' perception ofmanagement practices of headmaster and the teaching and learning of teachers in schools. One hundred and twentyteachers were selected randomly to answer the questionnaires related to the research questions. Quantitative methodswere used and data were analyzed using the software Statistitical Package for Social Sciences (SPSS). Descriptivemethod was used to describe the findings and results were presented in the form of mean, frequency and percentage.The results showed that the overall level of leadership of the administrator is high; the organizational managementof the headmaster is high; the headmaster’s management practice of curriculum, co-curricular and sports activitiesand students’ affair is also high, and the practices of teaching and learning of teachers are also high. A fewsuggestions are presented as a guide to further improve the level of leadership of the headmaster and the teachingand learning of the teacher.Keywords: teacher, headmaster, leadership, teaching and learning, organization management, primary school

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 13 issue 3 (65-74) 2017, ISSN 2180-249166PengenalanPendidikan merupakan modus operandi utama untuk menetapkan hala tuju kemajuan sosial, ekonomi,politik untuk terus membangunkan negara. keharmonian, keamanan, pembangunan dalam bidang sainsdan teknologi, keutuhan struktur politik, dan juga tolak ansur antara agama dan kaum yang majmukseperti negara Malaysia dapak disemai dan diwujudkan sekiranya masyarakat mempunyai tahappendidikan yang tinggi (Suffean, 2004). Untuk menggapai setiap matlamat pendidikan, setiap negaramengadakan strategi masing-masing. Begitu juga dengan Malaysia yang sudah termaktub dalamRancangan Malaysia ke-9 untuk mengupayakan dan memperkasakan sekolah dari aspek meningkatkanpertumbuhan sekolah-sekolah efektif yang dinilai berlandaskan skor penarafan Standard KualitiPendidikan Malaysia (SKPM) tahun 2010 yang terdiri daripada empat dimensi iaitu hala tuju kepimpinan,pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid.Menurut Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, untukmewujudkan anjakan paradigma seperti yang diaspirasikan iaitu ‘kita harus berasaskan kemajuan yangtelah dizahirkan dalam sistem secara keseluruhan; memperluaskan kebaikan pembangunan tersebut secaraholistik khususnya golongan murid yang tercicir; dan memberi bantuan kepada semua murid mencapaikecemerlangan’. Kementerian Pendidikan akan memberi pelbagai sumber bagi membuat transformasidengan membuat strategi yang berlainan terhadap elemen yang paling utama iaitu kemenjadian murid.Strategi kementerian ialah mengutamakan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan aksesterhadap informasi yang sumbernya boleh dipercayai dan bermakna, kebertanggung jawaban dan kesahanserta iklim dan prasarana pembelajaran yang bersesuaian.Selain itu, pihak berkepentingan sekolah juga jelas mengenai tahap kualiti yang mesti wujud bagisetiap murid. Secara kesimpulannya, tenaga pengajar, ibu bapa, murid, dan ahli masyarakat lainbersependapat dalam visi pendidikan sebagai satu wadah kemajuan murid secara menyeluruh dari segirohani, intelek, emosi, dan jasmani. Selain itu, visi juga sebagai tunggak kepada semua kerjapenambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan diubah pada 1988 (KPM,2013).Asas pembangunan sesebuah negara menuju taraf negara maju adalah berdasarkan sistem pendidikanyang berkualiti, sistematik, dan menyeluruh. Bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dankemakmuran negara, sistem ini perlu disediakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepadagenerasi kini (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012). Secara amya kualiti pendidikanditetapkan oleh kualiti pelajar yang dihasilkan dalam sistem pendidikan. Kualiti pengajaran guru mampumenentukan pembentukan kualiti pelajar. Beberapa langkah telah diambil oleh pihak KementerianPendidikan melalui pelbagai inisiatif yang terletak di bahu Bahagian Pendidikan Guru untuk menentukankualiti guru seperti komuniti pembelajaran profesional (PLC) (Zanaton, 2013).Terdapat banyak persamaan amalan bagi sekolah yang meningkat dengan pantas dan sekolah yangberprestasi baik yang telah dikenalpasti oleh Kementerian. Namun, wujud jurang besar antara amalansekolah yang berprestasi baik dengan sekolah berprestasi rendah. Sekolah berprestasi rendah amnyaberdepan dengan jumlah program yang dilaksanakan dan menyatakan bahawa mereka stres dan burn out.Berbeza pula dengan sekolah yang mencatatkan peningkatan cepat atau sekolah berprestasi baik,pemimpin sekolahnya seorang yang berpemahaman yang jitu tentang perkara utama bagi kepentingansekolah serta mengambil langkah tegas dengan menekankan guru dan ahli sekolah kepada perkara pentingyang harus dilakukan. Ia menunjukkan peranan utama yang dilaksanakan oleh pemimpin sekolah untukmenggapai pencapaian sekolah (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012).Pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar diperkatakan mempunyai banyak kelemahan dalampelbagai aspek jika hendak dibandingkan dengan pendidikan di sekolah-sekolah bandar. Murid sekolahluar bandar dilaporkan tidak mempunyai daya saing dan minat terhadap pelajaran jika dibandingkandengan murid sekolah bandar (Zakaria et al., 2010).Merujuk kepada situasi ini, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap amalan guru besarberdasarkan dimensi kepimpinan dan hala tuju; pengurusan organisasi; dan pengurusan kurikulum,

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 13 issue 3 (65-74) 2017, ISSN 2180-249167kokurikulum dan sukan; serta hal ehwal murid. Selain itu, kajian juga ingin mengenalpasti tahappembelajaran dan pengajaran guru bagi 3 sekolah Zon 2 dalam Daerah Gua Musang yang mendapat bandsederhana.Kajian literaturMasyarakat moden memerlukan sekolah untuk memainkan peranan dalam menentukankeberlangsungannya. Bagi masyarakat luar bandar, sekolah dilihat semakin penting sebagai agentransformasi masyarakat tradisi kepada masyarakat yang lebih maju. Justeru, perlu bagi sesebuah sekolahdiperlengkapkan untuk memenuhi tuntutan komuniti luar bandar. Persoalan yang timbul ialah sama adasekolah di luar bandar pada hari ini dapat memainkan peranan dengan berkesan (Zakaria et al., 2010).Organisasi sekolah dan iklim juga menjadi indikator utama dalam mempengaruhi pembentukansahsiah dan pencapaian pelajar. Indikator sekolah terdiri daripada guru, infrastruktur, suasanapembelajaran, sistem pendidikan, pembiayaan pendidikan, cara penyampaian pendidikan, programsokongan dan hubungan sekolah dan komuniti. Indikator iklim pula merangkumi komuniti, budaya suatubangsa atau kaum serta sistem sokongan yang terdapat pada masyarakat yang boleh mencorak kehidupanseseorang murid. Budaya belajar seorang individu murid dibentuk oleh pelbagai indikator khasnya faktorkeluarga, sekolah serta persekitaran yang boleh menetapkan kejayaan atau kegagalan seseorang muriddalam mana-mana bidang dan dalam kehidupan realitinya (Faridah et al., 2005).Menurut Baharom et al. (2009), berdasarkan tafsiran tersebut, dapat disimpulkan bahawa kepimpinanpendidikan sebagai satu proses yang mana seseorang guru besar yang berperanan sebagai pemimpinmempengaruhi tingkah laku para guru, pelajar dan subordinat sekolah untuk menerima kepimpinannya kearah mencapai tujuan dan matlamat yang ditetapkan.Kepimpinan pengajaran boleh didefinisikan dengan segala tindakan yang diambil guru besar, ataudiwakili individu lain bertujuan membangunkan prestasi pembelajaran pelajar. Antara tindakan tersebutadalah seperti menentukan visi sekolah, mendefinisikan matlamat sekolah, menyampaikan sumberpembelajaran yang diperlukan, menyusun program pembangunan subordinat, melakukan penyeliaan danpenilaian guru, dan merangsang hubungan serta kerjasama antara guru-guru (Mohd Yusri & Aziz, 2014).Model kepimpinan instruksionalBerdasarkan kajian ini, kepemimpinan instruksional pengetua dapat ditafsirkan sebagai setiap tingkahlaku dan peranan sebagai amalan guru besar dalam kerja-kerja kepimpinan instruksional yang cenderungkepada pengurusan yang dapat menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid kearah lebih baik bertujuan bagi menggapai matlamat sekolah. Kepimpinan instruksional ini juga adalahseperti yang dinyatakan dalam Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1987).Berdasarkan model Hallinger dan Murphy (1987) menyatakan terdapat tiga dimensi penting yangmembangunkan kepimpinan pengajaran iaitu (i) mendefinisi matlamat sekolah, (ii) mengurus kurikulumdan pengajaran, serta (iii) mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di dalam konteksmendefinisikan matlamat sekolah, disenaraikan dua tingkah laku iaitu menetapkan matlamat sekolah danmenjelaskan matlamat sekolah. Matlamat sekolah yang terkandung dalam visi dan misi sekolah adalahelemen penting yang membangunkan pemimpin pengajaran di sesebuah sekolah.Faktor kemunduran pendidikan luar bandara. KemiskinanKeluarga murid membataskan usaha pihak sekolah untuk melibatkan ibu bapa dalam mencari formulayang berkesan ke arah meningkatkan prestasi anak dalam matapelajaran kerana kemiskinan hidup.Mereka lebih menggalakkan anak-anak untuk membantu mencari rezeki untuk kelangsungan hidup akan

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 13 issue 3 (65-74) 2017, ISSN 2180-249168datang. Kesempitan hidup juga menghalang keupayaan mereka untuk membeli, menyimpan danmembaca buku. Kegagalan dalam menyediakan buku latihan tambahan bagi anak-anak mengulangkaji.Bagi ibu bapa tidak berkemampuan, mereka hanya bergantung kepada sumbangan buku teks oleh pihaksekolah semata-mata. Selain itu, alatan sekolah seperti alat tulis juga tidak mampu disediakan dengansempurna. Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi tidak turut sertabekerjasama dalam kesepaduan fikiran disebabkan beranggapan bahawa anak mereka sudah pandai sertahanya mengharapkan usaha guru bagi membantu anak-anak mereka menjadi cemerlang (Zalika et al.,2009). Kebanyakan mereka lebih mengharapkan usaha pihak sekolah dan kurang memberi kerjasama.b. Kurang perhatian terhadap pendidikanAkibat kurang mendapat perhatian ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Contohnya, ibubapa yangenggan menghantar anak-anak ke sekolah agama kerana persepsi mereka bahawa sekolah agama tidakpenting dan hanya menjejaskan sesi pembelajaran anak-anak di sekolah harian. Oleh itu, sekolah agamakurang mendapat tempat di hati masyarakat (Zalika, 2009)c. Tiada motivasi belajarMurid beranggapan bahawa sekolah merupakan tempat yang menghadkan kebebasan bergerak merekasekaligus menyebabkan kebanyakan murid tidak punyai minat dalam pembelajaran. Mereka lebihberminat untuk membantu ibu bapa menjalankan pekerjaan kampung, di samping berlakunya kekuranganbahan membantu pembelajaran yang efektif dalam kelas dan peningkatan tahap pembelajaran murid tidakmungkin akan berlaku. Ini disokong oleh Faridah et al. (2005) bahawa kurangnya motivasi dalammenggalakkan belajar akan membantutkan perkembangan kognitif; masalah moral; sikap kendiri yangrendah; buta huruf dan pencapaian rendah; ketidakhadiran ke sekolah dan tercicir dari sekolah; danpengurangan enrolmen ke universiti.d. Kesukaran merubah persepsiPersepsi murid-murid sekolah luar bandar terhadap pelajaran selepas peperiksaan agak sukar untukdiubah. Kesukaran ini dialami oleh pihak sekolah bagi menyediakan aktiviti yang selari dengankeperluan, kebolehan dan tahap pencapaian mereka disebabkan kurangnya minat dan kesedaran merekaterhadap kepentingan untuk datang ke sekolah masih pada peringkat rendah. Oleh itu, tahap pemikirandan penguasaan ilmu pengetahuan mereka masih rendah dan akan terus berada pada takuk lama sekiranyatiada sebarang transformasi (Zalika, 2009).e. Kesukaran saluran teknologiSelain itu, pihak sekolah menghadapi kekangan dalam menyampaikan teknologi kepada murid keranasegelintir ibu bapa yang berpandangan bahawa teknologi hanya sesuai untuk murid-murid di sekolahbandar yang mana ibu bapa mempunyai pendapatan tinggi dan hanya daripada golongan atasan. Inimengganggu usaha pihak sekolah dalam menyeru ibu bapa turut serta berusaha ke arah pendidikancemerlang anak-anak. Menurut Sharifah dan Kamarul Azman (2011), kecenderungan dan minat pelajardalam pembelajaran dan penggunaan ICT perlu dieksploitasikan oleh guru dan ibu bapa denganmembimbing murid yang juga anak mereka dengan penggunaan yang betul.Metodologi kajianDalam penyelidikan ini, penyelidik memilih cara kuantitatif dalam bentuk tinjauan. Instrumen dalamkajian ini adalah borang soal selidik. Dalam kajian ini, pengkaji mendapatkan maklumat-maklumattambahan daripada rujukan daripada perpustakaan, dokumentasi, laman web dan pusat sumber.Dalam penyelidikan ini, populasi kajian ialah guru-guru yang bertugas di tiga buah Sekolah RendahJenis Kebangsaan di Zon 2 Daerah Gua Musang. Penentuan saiz sampel berpandukan jadual Krejcie dan

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 13 issue 3 (65-74) 2017, ISSN 2180-249169Morgan (1970). Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) menunjukkanbahawa dengan 174 orang populasi kajian, seramai 120 orang sampel kajian adalah bersesuaian.Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan tetapi pengkaji hanya berjaya mengumpul semulasebanyak 120 borang sahaja. Oleh itu, seramai 120 orang responden telah terlibat dalam kajian ini.Bagi menjawab persoalan kajian yang dikaji borang soal selidik digunakan sebagai instrumenpenyelidikan. Borang soal selidik yang digunakan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A danBahagian B. Maklumat yang diperlukan dalam Bahagian A adalah umur, jantina, pengalaman mengajar.Item-item dalam Bahagian B adalah untuk mengukur amalan guru besar sekolah dalam aspek kepimpinandan hala tuju, tahap amalan pengurusan organisasi guru besar sekolah, tahap amalan guru besar dalamaspek pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid dan mengenal pasti tahapamalan pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. Bahagian B soal selidik ini menggunakankaedah skala Likert lima mata.Analisis statistik deskriptif dijalankan untuk mendapatkan bilangan dan peratusan bagi bahagiandemografi. Kekerapan dan peratusan pula diperoleh daripada Bahagian B. Berdasarkan statistik deskriptiftersebut pengkaji dapat menerangkan frekuensi min dan peratusan bagi semua data yang terdapat dalaminstrument.Hasil kajian dan perbincanganProfil RespondenBerdasarkan Jadual 1, didapati bahawa kekerapan guru wanita merupakan responden paling ramai yangterlibat dalam kajian ini iaitu 70 orang (58.3%) berbanding guru lelaki hanya seramai 50 orang (41.7%).Jadual 1. Profil tus (%)41.758.3Bilangan responden berumur 41-45 tahun adalah paling ramai iaitu 40 orang (33.33%). Diikutidengan responden yang berumur 31-35 tahun seramai 30 orang (27.50%), responden yang berumur 46-50tahun mempunyai kekerapan seramai 10 orang (8.33%). Bagi responden dengan umur 26-30 tahun jumlahkekerapan adalah 5 (4.17%), 51-55 tahun dan 56-60 tahun mempunyai kekerapan yang sama iaitu 1 orang(0.8%) (Jadual 2).Jadual 2. Umur RespondenUmur (tahun)26 - 3031 - 3536 - 4041 - 4546 - 5051 - 5556 - 60Kekerapan53330401011Peratus (%)4.1727.525.033.338.330.830.83Responden yang mempunyai pengalaman berkhidmat dengan guru besar yang terkini bagi 1 tahunadalah seramai 101 orang (84.2%), responden yang mempunyai tempoh berkhidmat selama 2 tahundengan guru besar terkini seramai 19 orang (15.8%) (Jadual 3).

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 13 issue 3 (65-74) 2017, ISSN 2180-249170Jadual 3. Tempoh BerkhidmatTempoh1 Tahun2 TahunKekerapan10119Peratus (%)84.215.8Merujuk kepada Jadual 4, jumlah kekerapan yang paling tinggi adalah gred guru DG41 dengan 55(45.8%) diikuti dengan DG44 iaitu 28 (23.3%), DG34 dengan 23 (19.2%) dan DG32 adalah 10 (8.3%).Manakala, yang paling rendah adalah DG42 dengan jumlah 4 (3.3%)Jadual 4. Gred GuruGredDG 32DG 34DG 41DG 42DG 44Kekerapan102355428Peratus (%)8.319.245.83.323.3Analisis bahagian BSkala pengukuran berbentuk skala Likert bagi instrumen soal selidik digunakan untuk Bahagian B soalselidik didalam kajian ini dan tahap persetujuan yang digunakan ialah sangat tidak setuju, tidak setuju,kurang setuju, setuju dan sangat setuju. Item yang disenaraikan dalam soal selidik ini direka bentuk dalamcorak positif iaitu skor yang tertinggi menunjukkan tahap amalan yang tinggi dan skor yang rendah iaitusangat tidak setuju menunjukkan amalan yang tidak memuaskan. Instrumen yang diedarkan merupakaninstrumen yang telah diadaptasi dari soal selidik (SKPM, 2010) dan diubahsuai mengikut persoalankajian. Instrumen ini diedarkan kepada guru yang terlibat kecuali penyelia sekolah. Instrumen kemudiandikumpul sendiri oleh pengkaji dan dianalisis.Keseluruhan data yang telah didapati telah dianalisis dengan perisian Statistical Package for SocialSciences (SPSS) versi 22 berdasarkan keperluan soalan dan objektif kajian. Analisis deskriptif telahdigunapakai untuk mengenal pasti kekerapan, peratus, sisihan piawai, dan tahap bagi kajian ini. Untukmendapatkan kepastian analisis data, julat nilai maksimum dan nilai minimum yang diperoleh telahdibahagi kepada lima dengan setiap skor yang diperoleh berada pada tahap sangat rendah sekiranya nilaiantara min 1.00 hingga 1.50. Setiap skor yang diperoleh berada pada tahap rendah sekiranya nilai antaramin 1.50 hingga 2.50. Setiap skor yang diperoleh berada pada tahap sederhana. Sekiranya nilai antaramin 2.50 hingga 3.50. Setiap skor yang diperoleh berada pada tahap tinggi sekiranya nilai antaramin 3.50 hingga 4.50 dan setiap skor yang diperoleh berada pada tahap sangat tinggi sekiranya nilaiantara min 4.50 hingga 5.00. Jadual 5 menunjukkan interpretasi skor min tahap amalan guru besar dalamdimensi kepimpinan dan hala tuju; pengurusan organisasi; dan pengurusan kurikulum, kokurikulum danhal ehwal. Di samping itu, interpretasi skor min juga menginterpretasi objektif kedua kajian iaitu tahapamalan pembelajaran dan pengajaran guru di sekolah.

GEOGRAFIA OnlineTM Ma

pertumbuhan sekolah-sekolah efektif yang dinilai berlandaskan skor penarafan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) tahun 2010 yang terdiri daripada empat dimensi iaitu hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid.

Related Documents:

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

2. Mengenalpasti tahap komitmen guru di dua buah sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di daerah Kuala Lipis. Skop Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gambaran awal ketekalan instrumen kajian dalam mengkaji amalan kepimpinan multidimensi dalam kalangan guru besar dan komitmen kerja guru di dua buah sekolah Program .

dengan komitmen kerja guru dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Daerah Hilir Perak. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasiguru besar berdasarkan persepsi guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Hilir Perak. 2.

Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetua Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensi amalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai

B (amalan kepimpinan transformasional) adalah 0.967 manakala nilai pekali kebolehpercayaan bagi item soal selidik Bahagian C (efikasi kendiri guru) adalah 0.920. 4 Dapatan 4.1 Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Hasil analisis deskriptif merumuskan dapatan kajian seperti di jadual 3 menjawab persoalan

Tahap kesediaan penggunaan teknologi mudah alih guru-guru pendidikan Islam di sekolah rendah daerah Mersing menunjukkan tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan Islam memiliki tahap penggunaan teknologi mudah alih yang tinggi sama ada lelaki ataupun wanita.

amalan pengajaran dan kesediaan dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) akan menyebabkan kelemahan dalam pengajaran bahasa Arab. Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman (2006) mendapati bahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan BBM juga berada pada rendah, tahap pencapaian

1.0 TUJUAN 1.1 Memberi pemahaman tentang Amalan 5S. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa,