METAMORFOSIS KEPIMPINAN - Institut Aminuddin Baki

2y ago
219 Views
14 Downloads
1.08 MB
103 Pages
Last View : 4d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Josiah Pursley
Transcription

METAMORFOSISKEPIMPINAN sentiasa berevolusi secara dinamik demi kecemerlangankepimpinan dan pengurusan pendidikan I

Diterbitkan oleh:Institut Aminuddin BakiKementerian Pendidikan MalaysiaKompleks Pendidikan Nilai71760 BANDAR ENSTEKTel: 06-7979200http://iab.moe.edu.mye-mel: iab@iab.edu.myUrusan Penerbitan Oleh:Jabatan Penerbitan dan DokumentasiPusat Dokumentasi dan Sumber PendidikanInstitut Aminuddin BakiKementerian Pendidikan MalaysiaKompleks Pendidikan Nilai71760 BANDAR ENSTEKCetakan Pertama 2018ISBN 978-967-0504-76-6Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini bolehditerbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarangbentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik,gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah,Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.Pengurus PenerbitanNor Ishsan binti Ab. RazakAlias bin Mohamed NaimPencetakMERAH Print Sdn. Bhd.No. 20 & 20A, Jalan 4/12A,Seksyen 4 Tambahan,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan.Tel: 019-6507840II

JAWATANKUASA PENERBITANPENAUNGPengarahInstitut Aminuddin BakiKementerian Pendidikan MalaysiaPENASIHATMistirine binti RadinTimbalan Pengarah Khidmat Latihanmenjalankan tugas pengarahMazlan bin SamsudinTimbalan Pengarah Khidmat ProfesionalWan Azmiza binti Wan MohamedKetua Pusat Pengurusan Kepimpinan, Komunikasi dan Pentadbiran PejabatNik Mohd. Fakhrudin bin Nik Ab. RahmanKetua Pusat Dokumentasi dan Sumber PendidikanNoraisah binti Md. YusofKetua Jabatan Pembangunan Pemimpin Pelapis dan Eksekutif PendidikanAzwan bin WaminKetua Jabatan Penerbitan dan DokumentasiKETUA EDITORFadzilah binti AbdullahSIDANG EDITORMasniah binti MasriMarina binti AbasNoraisah binti Md.YusofNor Ishsan binti Ab. RazakHasanah binti SapawiDr. Ahmad Rafaai bin AyudinSahrul bin SulaimanChe Zakiah binti Mohamad SalimYong Chee KenCheong Shaw MeiZainab binti AliPANEL PENILAIYong Chee KenZainab binti AliCheong Shaw MeiYusof bin IsmailMasniah binti MasriMarina binti AbasAbidin bin MohamadZainap binti IbrahimDr. Ramli bin YaacobSahrul bin SulaimanHasanah binti SapawiFadzilah binti AbdullahSyamsul bin Abdul HamidFakhri bin Abdul KhalilDr. Abdul Ghani bin Hj. SaniNoraisah binti Md.YusofMohd.Nasharudin bin Mat DaudNor Ishsan binti Ab.RazakChe Zakiah binti Mohamad SalimDr. Ahmad Rafaai bin AyudinAhmad Shamil bin Othman@SemanURUS SETIADr.Azhar bin HarunChe Zakiah binti Mohamad SalimIII

PRAKATABismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam SejahteraDengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dirafakkan pujian dansyukur ke hadrat-Nya, yang telah melimpahkan rahmat, hidayah, dan inayah-Nya sehinggaberjaya melaksanakan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan KebangsaanNational Professional Qualification For Education Leaders (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2018yang julung kalinya mengaplikasikan kurikulum NPQEL Versi 2018.Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 yang menggunakan pendekatan 70:20:10 memerlukanpeserta NPQEL membina kompetensi mereka dengan usaha kendiri secara berterusan.Pendekatan baharu ini penting untuk menghasilkan bakal pemimpin pendidikan berprestasitinggi. Kurikulum NPQEL Versi 2018 telah diadun secara terperinci mengikut keperluan masahadapan serta disokong dengan bimbingan dan coaching oleh penyelia, pensyarah sertamentor semasa latihan bagi memastikan kompetensi yang dibina dapat menyediakan pesertayang bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran.Pada penghujung Program NPQEL Versi 2018, para peserta program diberi peluang ataupunwadah untuk mencurahkan serta menterjemahkan pengalaman melalui refleksi kendiri dalambentuk penulisan karya. Penulisan yang dihasilkan telah disemak dan memenuhi spesifikasiyang telah ditetapkan. Sebanyak 768 karya telah dinilai oleh penyelia dalam tapisan kalipertama. Daripada jumlah tersebut sebanyak 75 karya telah berjaya dipilih untuk tapisankedua. Para panel telah menyenaraipendekkan 15 karya yang terbaik dalam tapisan ketiga.Karya terpilih dimurnikan oleh penulis bagi memenuhi spesifikasi penerbitan supaya bolehdimanfaatkan oleh semua pembaca. 10 karya yang mantap dan berkualiti telah dipilih dalamtapisan terakhir untuk diterbitkan.Semoga penerbitan ini menjadi pembuka minda dan pencetus idea kepada para pembacauntuk meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pengurusan pendidikan khasnya, danseterusnya memberi manfaat kepada dunia pendidikan amnya. Setinggi-tinggi tahniahdiucapkan kepada 10 peserta yang telah berjaya menghasilkan karya dalam penerbitan ini.Penghargaan juga diucapkan kepada para penyelia yang telah membimbing para peserta ini.Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua panel yang komited dalammembantu proses penyuntingan dan pemurnian penulisan. Akhir kata terima kasih ditujukankepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalampenghasilan Metamorfosis Kepimpinan ini.Sidang PengarangIV

KATA ALU-ALUANPENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKISalam Sejahtera.Bersyukur kita kerana berjaya menerbitkan Metamorfosis Kepimpinan,satu koleksi nukilan kreatif peserta NPQEL Ambilan 1/2018. Saya merakamkan ucapantahniah dan syabas kepada semua penulis dan juga penyelia yang membimbing sehinggaberjaya menghasilkan karya terpilih untuk dimuatkan dalam buku ini. Ucapan setinggi-tinggiterima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidaklangsung dalam penerbitan buku ini. Sesungguhnya, penghasilan buku seumpama ini sangatpenting dalam merakam detik perjalanan peserta-peserta ke arah kematangan kepemimpinanmelalui imbauan pengalaman-pengalaman yang dialami.Kursus NPQEL Versi 2018 yang digubal oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) berhasratmembangunkan kompetensi bakal pemimpin sekolah agar kepimpinan berprestasi tinggiseperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)dapat dizahirkan. Kepimpinan berprestasi tinggi ini mampu membawa organisasi yangdipimpin serta diurus itu ke arah kecemerlangan bukan sahaja melalui wawasan yang dimiliki,tetapi juga melalui keupayaan melakukan perubahan berimpak tinggi berlandaskan jati diridan autonomi profesional. Aktiviti-aktiviti dalam Program NPQEL telah dirancang dan disusunsupaya menjurus ke arah pembangunan kompetensi yang dihasratkan.Penghasilan penerbitan ini mendorong peserta secara langsung supaya berfikir semula tentangpengalaman yang dilalui serta menukilkan pengamatan diri dalam bentuk pengkaryaan.Pengalaman dalam Program NPQEL dan refleksi yang dikongsi ini merupakan satu tindakansedar untuk menggalakkan peserta supaya merenung kembali aktiviti-aktiviti yang dilalui.Peserta berusaha mengenal pasti impak setiap aktiviti terhadap diri masing-masing khususnyadalam pembangunan kompetensi serta memahami proses yang dilalui ke arah kematangankendiri dalam konteks kepimpinan.Akhir kata, semoga penulisan ini dapat menjadi cetusan untuk pemimpin-pemimpin sekolahagar terus menerus membuat refleksi ke arah penambahbaikan kepimpinan masing-masing.Bagi pembaca umum pula, mereka diharap dapat mengambil iktibar dan pedoman daripadaperkongsian ini.Sekian, terima kasih.MISTIRINE BINTI RADINTimbalan Pengarah Khidmat LatihanMenjalankan Tugas PengarahInstitut Aminuddin BakiV

KANDUNGAN1.0LATAR BELAKANG NPQEL VERSI 20182.0KARYA TERPILIH2.1 Pengenalan2.2 Objektif3.04.0KARYA3.1Anjakan Profesionalisme: Transformasi Minda3.2NPQEL Versi 2018 Wadah Pemantapan Kompetensi3.3Selangkah ke Arah Kepimpinan Berprestasi Tinggi3.4Tidak Lagi Berjalan dalam Kegelapan3.5Kepimpinan Berwawasan3.6Proaktif dan Futuristik3.7Anjakan ke Dimensi Baharu Pendidikan3.8Lahirnya Seorang Pemimpin3.9Cabaran Melangkah ke Hadapan3.10Cabaran Dunia BaharuPENGHARGAANVI

(Metamorfosis Kepimpinan)LATAR BELAKANGNPQEL Versi 2018Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan National ProfessionalQualification For Education Leaders (NPQEL) merupakan satu inisiatif latihan dalamperkhidmatan yang bertujuan untuk membentuk kumpulan pemimpin pelapis yang bakalmenerajui sekolah di seluruh Malaysia. Mod NPQEL telah melalui beberapa peringkatperubahan sejajar dengan pendekatan latihan dengan mengambil kira pembangunanprofesional pemimpin secara berterusan berasaskan penyampaian latihan futuristik danpentaksiran berpusat.NPQEL Versi 2018 telah ditambah baik dari segi tempoh pelaksanaan kursus, kurikulum,pentaksiran, kaedah penyampaian dan pengisian kursus. Kurikulum NPQEL Versi2018 adalah berdasarkan kaedah penyampaian latihan 70:20:10, iaitu 70 peratuspembelajaran berasaskan pengalaman, 20 peratus pembelajaran sosial dan 10 peratuspembelajaran formal. Semua aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membangunkanpenguasaan peserta dalam 10 kompetensi kepimpinan pendidikan. Kompetensi tersebutadalah berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikanmasalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan,berkomunikasi berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi.Pelaksanaan Kurikulum NPQEL Versi 2018 dijalankan dalam tiga (3) fasa bagi setiapambilan, iaitu aktiviti sebelum, semasa dan selepas latihan. Ketiga-tiga fasa ini akanmelibatkan aktiviti bersemuka, aktiviti lapangan dan aktiviti berkumpulan.PENGENALANMetamoforsis Kepimpinan merupakan koleksi nukilan kreatif peserta NPQELAmbilan 1/2018 berdasarkan dapatan aktiviti yang telah dijalani sepanjang kursustersebut. Sebagai permulaan peserta membuat perkongsian pengalaman lepas sebagaipentadbir di sekolah sebelum mengikuti kursus NPQEL. Peserta perlu melaporkandapatan lima (5) daripada 10 aktiviti sepanjang kursus dengan mengaitkan kompetensiyang ditaksir bagi setiap aktiviti. Peserta juga perlu membuat refleksi dan merancangapa yang perlu dilakukan untuk pembangunan organisasi sekolah pada masa hadapan.Selain itu, peserta juga membuat rumusan keseluruhan berkaitan pengalaman sepanjangmengikuti kursus NPQEL Versi 2018.Setiap peserta NPQEL Versi 2018 dibimbing oleh seorang penyelia. Penyeliabertanggungjawab mencalonkan laporan terbaik peserta di bawah seliaan merekaberdasarkan rubrik yang disediakan oleh Pakar Rujuk. Panel penilai akan menilai danmemilih karya terbaik yang dicalonkan untuk diterbitkan. Seterusnya, panel pemilihanakan membentangkan karya untuk kelulusan Pengurusan Tertinggi Institut AminuddinBaki (IAB). Karya terpilih akhirnya akan diterbitkan sebagai penerbitan berkala IAB.OBJEKTIFPenerbitan ini bertujuan untuk:1. menggalakkan budaya penghasilan penulisan sebagai salah satu kompetensipemimpin sekolah;2. menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidangkepimpinan dan pengurusan pendidikan; dan3. membuat penerbitan berkala laporan dapatan aktiviti sebagai bahan bacaan danrujukan pemimpin sekolah.1

(Metamorfosis Kepimpinan)2

(Metamorfosis Kepimpinan)Anjakan Profesionalisme:Transformasi MindaPenulis: Che Raziyusnita Irni binti Hj. Che WanPenyelia: Maimunah binti KarimIAB IndukPENGENALANProgram Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau NationalProfessional Qualification for Educational Leader (NPQEL) merupakan programkepimpinan barisan hadapan bagi mengisi kepemimpinan di sekolah. Matlamatutama program NPQEL Versi 2018 ini adalah untuk menyahut cabaran KementerianPendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan kompetensi peserta yang bakaldilantik sebagai pengetua atau guru gesar bagi memimpin sekolah. Pada tahun 2018,Program NPQEL Versi 2018 dilaksanakan dalam dua (2) mod iaitu; Mod e-NPQELdan Mod Bersemuka. Peserta perlu melaksanakan Mod e-NPQEL dalam tempohtiga (3) minggu. Mod bersemuka pula selama 12 minggu.Transformasi pelaksanaan Program NPQEL Versi 2018 dengan menjuruskepada pentaksiran kompetensi dan pembinaan kepimpinan berprestasi tinggi sejajardengan keperluan masa kini dan masa hadapan kepemimpinan sekolah. MenurutHill et al. (1999), pembangunan kepimpinan merupakan isu utama dalam membawareformasi pendidikan dan penambahbaikan sekolah. Bagi memenuhi keperluan ini,pemimpin sekolah perlu menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran secaraprofesional. Spillane et al. (2009) pula menegaskan bahawa melalui pembelajaran,guru dan pemimpin sekolah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yangmembolehkan mereka mengamalkannya dengan cara yang lebih baik.Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai peserta program NPQEL, Ambilan1/2018 di Institut Aminuddin Baki (IAB). Saya amat teruja kerana melalui fasaperubahan dalam hidup saya. Perubahan dimaksudkan, di mana saya akan dilatihsecara profesional oleh pembimbing di IAB Bandar Enstek selama tiga (3) bulansecara intensif. Penulisan ini merupakan satu catatan pengalaman sebagai seorangpeserta Program NPQEL Versi 2018. Melalui penulisan ini, saya akan mengupaspengalaman dari perspektif percambahan ilmu, perubahan pemikiran, peningkatankompetensi dan refleksi yang dapat dicerna untuk diaplikasi dalam kepimpinansekiranya saya ditugaskan untuk menerajui sekolah.Sebagai salah seorang daripada 206 orang peserta Program NPQEL Versi2018 adalah sesuatu perkara yang membanggakan diri saya. Program ini sangatbermanfaat bagi menyediakan diri saya dengan pelbagai kemahiran kepimpinansejajar dengan Anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah(PPPM, 2013). Semoga penulisan ini akan dapat memberi gambaran dan manfaat3

(Metamorfosis Kepimpinan)kepada semua peserta ambilan seterusnya juga kepada pembaca yang membuattinjauan mengenai program ini pada masa akan datang.PENGALAMAN LEPASPengalaman kepimpinan saya bermula apabila saya ditempatkan di JabatanPendidikan Negeri Sembilan, menerajui tugasan di tiga (3) sektor yang berbeza iaitu;Sektor Pendidikan Islam, Sektor Jaminan Kualiti dan Sektor Pengurusan Sekolahdalam tempoh sembilan (9) tahun yang lalu. Saya mendapat pendedahan ilmu dankemahiran berkaitan pengurusan akademik, kualiti dan perjawatan. Bidang tugassaya sekarang lebih menjurus kepada pengurusan perjawatan Guru Tingkatan Enamdan pengurusan kualiti. Bidang tugas ini selaras dengan keperluan Standard MS ISO9001: 2015.Sebelum terlibat sebagai peserta Program NPQEL Versi 2018, pengetahuandan kemahiran saya dalam ilmu kepimpinan pendidikan amat sedikit. Saya kurangmahir dalam penyediaan perancangan strategik, matrik TOWS, penggunaan alatyang sesuai untuk mengenal pasti punca masalah dan memilih alternatif bagimenyelesaikannya. Saya juga kurang arif berkaitan model-model kepimpinan sepertiModel Perubahan John Kotter dan Model Kepimpinan Instruksional Hallingger danMurphy. Sehubungan dengan itu, perancangan yang dijalankan kurang memberiimpak kepada keperluan pelanggan. Hal ini menyebabkan berlaku kerugian dariaspek keberhasilan sumber pelaburan (return on investment).Melalui Program NPQEL Versi 2018 ini, saya berharap mendapat pengetahuanyang mendalam tentang cara untuk merancang dan menyediakan perancanganstrategik berdasarkan keperluan dan analisis persekitaran, mengendalikanpementoran, memupuk komunikasi berkesan, mengadakan jalinan dan jaringandengan pihak luar dan menguruskan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolahberdasarkan model-model tertentu yang lebih efektif. Saya menjangkakan sekiranyasemua ilmu kepimpinan ini dikuasai, saya akan dapat menggariskan satu matlamatyang jelas dan berimpak tinggi serta boleh diukur. Saya juga akan berupaya merancangtindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan dalam tugasan dan hasilnya(outcome) sejajar dengan visi dan misi KPM.Kemahiran komunikasi berkesan juga merupakan elemen utama dalampengurusan kepimpinan. Komunikasi adalah proses menyampaikan maklumatselaras dengan Anjakan ke-8 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) iaitu mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian KPM.Sesebuah organisasi akan gagal sekiranya wujud konflik komunikasi. Pengurusankonflik komunikasi yang kurang berkesan menyebabkan penolakan oleh ahli pasukandalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti organisasi. Sehubungan denganitu, ilmu yang diperolehi dalam Program NPQEL Versi 2018 ini terutama kaedahmewujudkan komunikasi berkesan sangat penting untuk dihayati. Saya pasti akanberusaha menerapkan konsep 3K iaitu keyakinan, konsisten dan kredibiliti dalamkomunikasi di organisasi.Kejujuran dan keterbukaan dalam menerima pandangan warga organisasiakan diutamakan. Setiap perkara akan dinilai dari sudut positif dan warga organisasiyang berjaya menunjukkan kualiti dan mutu kerja akan diberi penghargaan. Kajian4

(Metamorfosis Kepimpinan)Hallinger dan Murphy (1987) telah menyenaraikan lima (5) domain kepimpinanpengajaran dalam dimensi memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran. Domaintersebut termasuklah mengawasi masa instruksional, memberi insentif kepada muriddan guru, menggalakkan perkembangan profesional dan memastikan keberadaan disekolah. Kajian lepas menunjukkan bahawa organisasi yang berjaya mengamalkanbudaya menghargai pekerja dengan merangsang, mengaplikasi dan menggunaidea-idea, kreativiti dan keupayaan (Skyrme, 2003). Hal ini mampu melestarikankecemerlangan yang sedia ada dengan perubahan semasa dan berdaya saing(Stavrou-Costea, 2005). Sehubungan dengan itu, saya sebagai pemimpin organisasiakan memastikan setiap individu dalam organisasi menyempurnakan tugasan dengancemerlang diberikan penghargaan yang sewajarnya.DAPATAN AKTIVITI DAN REFLEKSI1.e-NPQELFasa pertama saya bermula dengan pendaftaran di portal e-NPQEL. Saya telahberjaya memperoleh empat (4) lencana modul yang mewakili empat (4) domaindalam tempoh 11 hari kerana keterujaan untuk membaca dan menjawab soalan kuizyang disediakan. Kepelbagaian bahan seperti video interaktif, bahan bacaan yangbermanfaat, kaedah penyoalan yang pelbagai amat menarik dan mendorong sayauntuk leka menerokai setiap bab yang disediakan.Hasil pembacaan dan latihan yang saya lalui dalam e-NPQEL banyak mengajarsaya memahami 10 kompetensi yang perlu saya pamerkan dalam tugasan semasaMod Bersemuka. Kompetensi tersebut merangkumi berfikiran strategik, membuatkeputusan, memimpin perubahan, menyelesai masalah, memimpin pembelajaran,membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan,berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi. Kesemua kompetensi ini telah dikenalpasti perlu dikuasai oleh pemimpin yang berprestasi tinggi.Aplikasi e-NPQEL merupakan wahana yang membimbing saya tentangpembelajaran kendiri. Saya perlu mengurus masa dengan baik antara pembelajarandan kerjaya, perlu mendisiplinkan diri untuk berjaya dan memahami intipati kompetensiyang ada. e-NPQEL juga menyediakan artikel ilmiah yang mempunyai kaitan secaralangsung dengan bidang kepimpinan dalam e-Resos. Bahan yang disediakan amatbermanfaat dan boleh dirujuk berulang kali selaras dengan konsep pembelajarankendiri. Pembelajaran ini menetapkan hasilnya sebanyak 100 peratus jawapanadalah betul telah mendidik saya agar sentiasa berusaha membuat yang terbaikdan dapat menilai sejauh mana hasil yang diperolehi sekiranya tugasan dilaksanakanbersungguh-sungguh.Refleksi kendiri yang dapat dihayati dan akan dilaksanakan adalah keperluanuntuk menyediakan satu platform pembelajaran multimedia bagi guru dan muriddi sekolah seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dankomunikasi (ICT). Pembelajaran multimedia ini akan dibangunkan dalam pelbagaibentuk supaya tidak membosankan dan boleh membangkitkan keterujaan, contohnyabahan interaktif seperti video yang mempunyai mesej tersirat. Penyediaan bahanjuga akan bersesuaian dengan keperluan pelanggan yang mempunyai kepelbagaianminat dan memberi penekanan kepada aspek visual, audio, karikatur yang menarik5

(Metamorfosis Kepimpinan)dan sebagainya. Greene (2002) menyatakan bahawa aplikasi ICT mampu untukmeningkatkan kecekapan sesebuah organisasi, begitu juga dengan penggunaan ICTyang merentasi kurikulum secara berterusan akan meningkatkan motivasi pelajar(Cox, 1997).Pembinaan platform multimedia untuk guru bertujuan meningkatkan kompetensiguru, dan memberi input berkaitan dasar-dasar KPM, manakala untuk murid pula

Transformasi pelaksanaan Program NPQEL Versi 2018 dengan menjurus kepada pentaksiran kompetensi dan pembinaan kepimpinan berprestasi tinggi sejajar dengan keperluan masa kini dan masa hadapan kepemimpinan sekolah. Menurut Hill et al. (1999), pembangunan kepimpinan merupakan isu utama dalam membawa reformasi pendidikan dan penambahbaikan sekolah .

Related Documents:

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

berkaitan dengan kepimpinan etika. Kepimpinan servant adalah diasaskan oleh ahli falsafah barat, Robert Greenleaf pada tahun 1970 dalam bukunya yang bertajuk “Servant Leadership”. Kepimpinan Najib juga boleh dikaitkan dengan model kepimpinan servant yang mempunyai sepuluh

GAYA KEPIMPINAN 1.0 Pengenalan 1.1 Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua

Kepimpinan Transformasi Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Mengikut Dimensi Motivasi Berinspirasi Soalan Kajian : Adakah Terdapat Perbezaan Persepsi Guru Mengikut Aspek Demografik Terhadap Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Kesimpulan BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan

Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetua Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensi amalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai

Auditing and Assurance Services, 15e (Arens) Chapter 9 Materiality and Risk Learning Objective 9-1 1) If it is probable that the judgment of a reasonable person will be changed or influenced by the omission or misstatement of information, then that information is, by definition of FASB Statement No. 2: A) material. B) insignificant.