PENILAIAN ASPEK KONTEKS DAN INPUT BERKAITAN TAHAP .

2y ago
90 Views
5 Downloads
285.85 KB
12 Pages
Last View : Today
Last Download : 2m ago
Upload by : Harley Spears
Transcription

PENILAIAN ASPEK KONTEKS DAN INPUT BERKAITAN TAHAP PENCAPAIANKEMAHIRAN BACAAN TILAWAH AL-QURAN BERASASKAN PENGGUNAANKAEDAH WARNA TERHADAP KELANCARAN SEBUTAN BERTAJWID DALAMKALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAANBUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU(An Evaluation On Context And Input Of Reciting Tilawah Al-Quran Performance Based OnColour Method Towards Tajwid Recitation Fluency Among Standard Five Students Of SekolahKebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu)* Sapie Sabilan1, Harzita Ismail2, Suhana Mohamed Lip1, Mohamad Fuad Ishak1, Siti Nga’ishah Mohni31Fakulti PendidikanKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)43000 Kajang, Selangor, Malaysia.2SekolahKebangsaan Bukit BesiBandar Bukit Besi23200 Dungun, Terengganu, Malaysia.3SekolahKebangsaan Ulu SemenyihJalan Sungai Lalang,43500 Semenyih, Selangor, Malaysia.*Corresponding author’s email: sapie@kuis.edu.myArticle History:Submit: 7 October 2016Accepted: 23 November 2016Revised: 11 January 2017Attarbawiy: Malaysian Online Journal of EducationPublished: 28 December 2017Vol. 1, No. 2 (2017), 20-31AbstrakKajian ini bertujuan untuk menilai tahap pencapaian kemahiran bacaan tilawah al-Quranberasaskan penggunaan kaedah warna terhadap kelancaran sebutan bertajwid dalam kalanganpelajar-pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Kajian inimengunakan kaedah metod campuran (mixed metode) berbentuk deskriptif iaitu metod kualitatifdan kuantitatif. Dalam kajian ini, populasi adalah terdiri daripada 74 orang pelajar tahun lima.Kajian ini melibatkan seramai 63 orang pelajar sebagai responden. Penentuan bilangan sampelmenggunakan Jadual Krejcie dan Morgan (1970). Kajian dijalankan dalam bentuk tinjauan yangmenggunakan ujian pencapaian dan soal selidik sebagai alat mengumpul maklumat. Ujianpencapaian melalui kaedah tasmik dan mengikut rubrik penilaian yang ditetapkan telah digunakanbagi mengukur tahap bacaan responden berdasarkan kaedah warna bertajwid. Satu set soalan kajiselidik yang mengandungi bahagian A dan B telah diedar, dijawab dan dikumpul bagi mengutipdata responden. Bahagian A digunakan untuk mengenalpasti latar belakang pelajar merangkumijantina, pembelajaran al-Quran di luar waktu sekolah dan taraf pendidikan keluarga. Bahagian Bpula mengandungi empat kategori penilaian iaitu berdasarkan Model CIPP, Stufflebeam, D.L.(2000). Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 20.0 secaradeskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati keberkesanan kaedah warna bertajwidadalah amat baik dan menepati piawaian dari aspek konteks dan produk. Namun dari sudut inputiaitu kemahiran tajwid dan proses dari aspek sistem penilaian pelajar perlu ditambahbaik bagimempertingkatkan keberkesanan tilawah bertajwid dalam kalangan pelajar dan seterusnya menjadiamalan dalam kehidupan seharian.Kata kunci: Kaedah warna, Amalan, dan Tilawah Al-Quran.AbstractThis research is to evaluate the level of performance in Tilawah Al Quran reciting skills based on color methodtowards tajwid recitation fluency among standard five students of Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun,Terengganu. This study is a descriptive research of a mixed method of quantitative and qualitative researchmethodology. The focus population involved 74 standard five students and 63 students as respondents. The selectednumber of respondents was determined by using Krejcie and Morgan (1970) sampling table. This survey is usingperformance test and a set of questionnaire as data collection methods. Performance test is structured using tasmikmethod and assessmet rubric to measure the level of reciting skills among respondents through tajwid color method.Attarbawiy: Malaysian Online Journal of EducationVol. 1, No. 2 (2017), 20-31 eISSN: 2600-7622

21A set of questionnaire has been distributed, collected and analyzed as respondents’ data. Part A of thequestionnaire is to determine the respondents’ background like gender, learning activities after school hours and thelevel of education for family background. Part B consists of four evaluation categories based on CIPP Model,Stufflebeam, D.L. (2000). Quantitative data were analyzed descriptively using IBM SPSS Statistic 20.0.Generally, the research outcome shows that tajwid colour method is effective and fulfills the standard criteria ofcontext and product evaluation aspects. Nonetheless, input or the aspect of tajwid skills and process or the aspect ofstudents’ evaluation system can be improved further to upgrade the effectiveness of tilawah in the aspect of tajwidamong students as to be practiced in their daily life situations.Keywords : Colour Method, Practice.1.0 PENDAHULUANAl-Quran merupakan kitab mukjizat yang menjadi rujukan dan tumpuan para ilmuan dan cendekiawan.Umat Islam dituntut membaca al-Quran kerana hikmah yang terkandung di dalamnya selain untuk dikaji,dihayati dan diamalkan. Al-Quran juga merupakan mukjizat kurniaan Allah SWT kepada hambaNya,sesuai digunakan sepanjang zaman dan isi kandungannya mencakupi semua aspek kehidupan manusia.Lantaran itu, umat Islam dituntut agar membaca al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya.Kelangsungan daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah yang lebihsistematik dengan mewajibkan semua pelajar muslim mempelajari al-Quran melalui mata pelajaranPendidikan Islam secara lebih formal bermula dari kurikulum KLSR, KBSR dan yang terkini KSSR.Memandangkan pengajaran tilawah al-Quran melibatkan pengajaran kemahiran, maka berdasarkanRohizani et al (2005) dalam Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi (2013) menjelaskan bahawa mengajarkemahiran perlu menekankan kepada arahan, demonstrasi dan pembaikan kesilapan pelajar. Oleh itukeberkesanan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran banyak bergantung kepada pengetahuanPedagogi Kandungan (PPK) yang dimiliki guru (Tickle, 2000).Menurut Abdul Raof (1998) juga dalam Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi (2013), gabunganpelbagai aktiviti pengajaran yang melibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan membawakepada pengajaran yang berkesan. Selain itu pentaksiran juga diperlukan bagi membuat penilaian terhadappengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sebelum, ketika dan selepas pengajaran dan pembelajaranagar guru mengetahui tahap pencapaian yang mereka capai. Seterusnya pengajaran berkesan juga berkaitrapat dengan keperibadian guru apatah lagi jika berkaitan dengan pengajaran anak-anak yang kecil(Kamarul Azmi, 2010). Menurut Siti Afifah (2014), sebagai galakan dan perangsang kepada pelajar yangmembaca dan belajar tentang al-Quran, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa mereka terbahagi kepadadua golongan, iaitu muhsin ma’jur dan musi’ ma’jur. Dalam konteks ini, pengajaran dan pembelajaran tilawahal-Quran secara tajwid berwarna diharap dapat membantu meningkatkan amalan dalam pembacaan harianpelajar.2.0 LATAR BELAKANG KAJIANTilawah al-Quran merupakan satu bidang pelajaran yang sangat penting kepada pelajar yang beragamaIslam agar dapat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid.Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak memenuhi ciri-ciri pembacaan al-Quran yang baik walaupuntelah melalui enam tahun pembelajaran di sekolah rendah. Bertitik tolak daripada masalah besar yangmelibatkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca al-Quran secara bertajwid, makakajian kaedah warna dalam amalan tilawah al-Quran secara bertajwid akan dijalankan bagi mengetahuisejauh manakah keberkesanannya telah diamalkan. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar tahun lima dipilihsebagai responden bagi mencari jawapan sebenar terhadap tahap amalan bacaan bertajwid mereka dalamtilawah al-Quran sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Hasil kajian yang diperoleh akandijadikan sebagai kayu pengukur bagi menambah baik prestasi dan persepsi pelajar-pelajar terhadapamalan bacaan yang betul dan bertajwid.3.0 PERMASALAHAN KAJIANBerdasarkan refleksi pengajaran penyelidik dan kebanyakan guru, para pelajar dilihat dapat menguasaibacaan al-Quran menerusi tasmik dengan baik tetapi agak kurang penghayatan dalam mengadaptasi tajwidAttarbawiy: Malaysian Online Journal of EducationVol. 1, No. 2 (2017), 20-31 eISSN: 2600-7622

22dalam bacaan mereka. Walaupun pelbagai kaedah digunakan dalam pengajaran iaitu secara talaqqimusyafahah dan latih tubi, namun para pelajar didapati tidak mengaplikasikannya pada pembelajaranseterusnya. Berikut adalah analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun Murid-Murid Tahun Lima SekolahKebangsaan Bukit Besi 2015:Hasil daripada post mortem analisis mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun Lima dalamPeperiksaan Pertengahan Tahun 2015, 43.24% murid mendapat gred A, 20.27% mendapat B, 31.09%mendapat C dan 5.40% gagal. Walaupun purata lulus adalah baik iaitu 94.60% namun jika diuji dari sudutbacaan tilawah (berdasarkan Buku Rekod Tasmik) mereka, masih banyak yang perlu diperbaiki.Berdasarkan kajian Computer Technology Research, menyatakan bahawa seseorang individu dapatmenyimpan 80 peratus daripada apa yang mereka lihat, dengar dan buat serentak (Muhamad Hassan AbdRahman. 2000).Jadual 1: Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAMTahunBil5ZA%B%C%J% 97094.60%22.722.75.40% Berdasarkan kajian oleh Hajijah Hassan (2008), Juliza Rosli (2010), Zulina dan Ramlah (2012)mereka melaporkan penggunaan warna pada huruf-huruf Mad Asli dalam pembelajaran murid dapatmeningkatkan kefahaman konsep dan isi pelajaran. Menurut Baharuddin (2002) dalam Nornajidah (2007)menyatakan bahawa warna adalah lebih berkuasa untuk menonjolkan sesuatu maklumat berbandingbentuk. Justeru itu, pengkaji akan menginovasikan pendekatan dan kaedah pengajaran supaya objektifP&P tercapai.4.0 OBJEKTIF KAJIANKajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah warna dalam amalan tilawah AlQuran secara bertajwid di Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Bagi mencapai tujuantersebut, beberapa objektif khusus ditetapkan dalam kajian ini iaitu:4.1 Menilai tahap keberkesanan kaedah warna dalam amalan tilawah Al-Quran secara bertajwiddalam penilaian konteks yang mempunyai elemen-elemen di bawah:a) Tahap kerelevanan matlamat dan hasil pembelajaran tajwid berwarna.b) Tahap pelaksanaan pembelajaran tajwid.4.2 Menilai tahap keberkesanan kaedah warna dalam amalan tilawah Al-Quran secara bertajwiddalam penilaian input yang mempunyai elemen-elemen di bawah:a) Tahap kemahiran dan pengetahuan kod tajwid berwarna.b) Tahap kemudahan/prasarana.c) Tahap kurikulum.5.0 PERSOALAN KAJIANKajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan penilaian konteksdan input keberkesanan kaedah warna dalam amalan tilawah Al-Quran secara bertajwid berdasarkanobjektif kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian yang ingin dijawab oleh kajian ini adalah sepertiberikut :a) Sejauh manakah tahap kerelevanan matlamat dan hasil pembelajaran tajwid berwarna sertapelaksanaan pembelajaran tajwid tersebut?Attarbawiy: Malaysian Online Journal of EducationVol. 1, No. 2 (2017), 20-31 eISSN: 2600-7622

23b) Sejauh manakah tahap kemahiran dan pengetahuankemudahan/prasarana dan kandungan kurikulum?kodtajwidberwarna,6.0 BATASAN KAJIANKajian ini terbatas kepada penguasaan bacaan bertajwid melalui mashaf al-Quran Rasm Uthmani. Didalam al-Quran ini telah tersedia adanya hukum-hukum bacaan bertajwid melalui kaedah warna. Kajian inimelibatkan 63 orang pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Besi yang boleh membaca al-Quraniaitu yang belum ataupun sudah khatam al-Quran. Oleh itu, mereka akan diuji dengan beberapa siri ujianlisan untuk melihat kepekaan mereka terhadap huruf-huruf dan kalimah berwarna. Setiap pelajar akandinilai bacaan mereka hanya satu muka surat setiap orang sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P)melalui kaedah tasmik. Penerangan terlebih awal akan diberikan sebelum bacaan secara individuberlangsung. Setelah selesai ujian bacaan, baharulah soal selidik dijalankan ke atas mereka.7.0 METODOLOGI KAJIANDalam kajian ini penyelidik memilih reka bentuk kajian yang berbentuk campuran (mixed metode) iaitumetod kualitatif dan kuantitatif. Data yang dikutip pula lazimnya merangkumi data deskriptif (kualitatif)dan maklumat statistik (kuantitatif). Melalui reka bentuk kajian tinjauan ini penyelidik akan dapatmengumpul maklumat dan mengutip data secara langsung dengan responden berkaitan sikap, pendapat,kepercayaan semasa dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan sekumpulan orang iaitu pelajar. Kajianini juga dijalankan berlandaskan penggunaan Model CIPP (Context, Input, Process dan Product) Stufflebeam,D.L. (2000) bagi membuat penilaian yang lebih berkesan. Hal ini kerana pendekatan CIPP adalahberasaskan pendapat dan pandangan bahawa tujuan penilaian sangat penting dan ia bukan untuk memberibukti tetapi untuk meningkatkan tahap kesedaran dan amalan pelajar khususnya dalam pembacaan alQuran secara bertajwid yang konsisten dalam kehidupan. Penilaian konteks adalah untuk melihat objektifkajian dan keutamaannya dapat dicapai. Penilaian input pula bagi mengenal pasti sumber dan langkahlangkah yang bersesuaian dengan kaedah yang dijalankan. Penilaian proses pula melibatkan sokonganpelbagai pihak dan bahan bantu dalam kaedah yang digunakan. Manakala penilaian produk pula ialah hasilyang tercipta dari kesemua proses yang dijalankan. Ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tentangtahap pencapaian kemahiran bacaan bertajwid pelajar berasaskan penggunaan kaedah warna. Iamelibatkan ujian bacaan, soal selidik serta mengambil data rekod pembelajaran tasmik pelajar. Berikutadalah kaedah warna yang terdapat di dalam mashaf al-Quran Rasm Uthmani yang akan digunakan olehpenyelidik:Jadual 3: Kod Warna TajwidQalqalahTafkhim raTidak dilafazkanDengung: 2 harakatMad: 2 harakatMad: 2,4,& 6 harakatMad: wajib 4/5 harakatMad: 6 harakatUjian bacaan secara bertajwid mengikut kaedah warna akan dilakukan dari semasa ke semasasehingga kesemua pelajar dapat dinilai dan direkod pencapaian masing-masing. Satu set soal selidik akanAttarbawiy: Malaysian Online Journal of EducationVol. 1, No. 2 (2017), 20-31 eISSN: 2600-7622

24diedarkan kepada sampel kajian. Kajian ini berbentuk deskriptif iaitu tujuan kajian ini untuk mengetahuisejauhmana keberkesanan amalan tilawah al-Quran dari sudut tajwid berasaskan warna dapat diamalkanoleh pelajar-pelajar tahun lima di sekolah ini.Dalam kajian ini, jumlah keseluruhan pelajar tahun lima adalah seramai 74 orang. Maka sampelkajian dipilih secara rawak terdiri daripada pelajar-pelajar tahun lima seramai 63 orang di SekolahKebangsaan Bukit Besi. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan(1970) yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. MenurutMohd Najib (1998) menyatakan bahawa cara ini amat baik kerana lebih besar sampel yang digunakan olehpara penyelidik akan membantu para penyelidik mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi. Di sampingitu, para penyelidik juga dapat mengurangi kesilapan keputusan atau masalah kebarangkalian.7.1 Instrumen KajianInstrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah melalui rubrik bacaan tasmikpelajar dan satu set borang soal selidik pelajar terhadap keberkesanan kaedah warna dalam amalan tilawahal-Quran dari aspek tajwidnya. Kandungan borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitubahagian A dan bahagian B.Bahagian A bertujuan mendapatkan maklumat dan latar belakang responden antaranyatermasuklah jantina, bilangan adik-beradik, pekerjaan ibu bapa, pendidikan ibu bapa/penjaga dansebagainya. Responden dikehendaki menanda pilihan jawapan pada ruangan yang sesuai. Bahagian B pulamengandungi item-item yang diklasifikasikan mengikut persoalan kajian berdasarkan konteks, input,proses dan produk. Soalan-soalannya berkaitan dengan keberkesanan amalan tilawah al-Quran dalamkalangan pelajar tahun lima mengikut aspek tajwid berwarna. Komponen-komponen penilaian dalam itemsoal selidik berdasarkan CIPP dapat dilihat sebagaimana jadual di bawah:Jadual 4: Komponen Penilaian Tilawah Bertajwid Berasaskan WarnaItemKonteksInputSubitemTahap Kerelevanan Matlamat Dan Hasil Pembelajaran TajwidBerwarnaTahap Pelaksanaan Pembelajaran TajwidJumlah Item33Tahap Kemahiran Dan Pengetahuan Kod Tajwid BerwarnaTahap Kemudahan/PrasaranaTahap Kurikulum133325JumlahSoal selidik ini disediakan berdasarkan Skala Likert. Skor yang didapati dalam ujian soal selidikdiberi markah seperti jadual di bawah:Jadual 5: Skor Soal SelidikPilihan JawapanSangat SetujuSetujuKurang SetujuTidak SetujuSangat Tidak SetujuKadar Skor54321Sumber: Kaedah Penyelidikan (Mahizer et al.)Penggunaaan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dari responden. Penggunaansoal selidik juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos. Rubrik bacaan tasmik responden pula telahdirekod mengikut skor pemarkahan ujian lisan sepertimana jadual di bawah:Jadual 6: Skor Bacaan Al-QuranBil1.2.3.4.5.Kategori BacaanMembaca dengan lancar, fasohah dan bertajwidMembaca dengan lancar dan bertajwidMembaca kurang lancar tetapi bertajwidMembaca dengan lancar tetapi tidak bertajwidMembaca tidak lancar dan tidak bertajwidSkor31 – 4021 – 3015 – 2011 – 150 – 10PencapaianCemerlangBaikSederhanaLemahAmat LemahUbahsuai daripada Model dan Modul Pengajaran & Pembelajaran j-QAF (2004)Attarbawiy: Malaysian Online Journal of EducationVol. 1, No. 2 (2017), 20-31 eISSN: 2600-7622

257.2 Proses Pengumpulan DataPenyelidik mengumpul data sewaktu melakukan pemantauan terhadap kajian ini. Pengumpulan datakuantitatif adalah dalam bentuk instrumen soal selidik. Pengumpulan data kualitatif pula adalah melaluiborang penilaian yang diisi oleh guru berdasarkan rubrik bacaan pelajar semasa tasmik. Data kualitatif inidigunakan untuk menyokong data kuantitatif. Langkah-langkah yang digunakan untuk menjayakan kajianini ialah:a) Mendapat kelulusan daripada pihak universiti bagi menjalankan kajian ini.b) Menyediakan proposal.c) Memohon kebenaran daripada Guru Besar untuk menjalankan kajian.d) Menjalankan ujian bacaan (tasmik) berasaskan warna terhadap responden.e) Membina item soal selidik dan menjalankan ujian rintis bagi menilai kesahan kandungansoalan tersebut.f) Penyelidik akan bertemu dengan responden untuk memohon kerjasama mereka bagimenjawab soal selidik tersebut setelah diberi penjelasan. Responden akan diberi masamenjawab semua soalan dalam set soal selidik.g) Satu set soalan soal selidik sebenar akan diberikan kepada semua responden.h) Borang soal selidik yang telah lengkap dikumpulkan untuk tujuan penyemakan danpenganalisisan. Kerjasama dari responden sangat dihargai untuk membantu kelancaran agartidak menjejaskan hasil dapatan kajian.Pengumpulan data kuantitatif dilakukan melalui borang soal selidik diserahkan kepada respondenuntuk dijawab dan dikutip semula oleh penyelidik apabila selesai dijawab. Semua data yang diperoleh akandikumpulkan dan dianalisis mengikut perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0.Pengumpulan data kualitatif pula dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tasmik iaitu ujian bacaankepada semua responden bagi menilai kualiti bacaan. Catatan rekod juga dianalisis bagi mengetahuipencapaian semasa responden dalam tilawah al-Quran.7.3 Kaedah Analisis DataPeringkat awal kajian,penyelidik terlebih dahulu melaksanakan kajian rintis untuk menilai tahap kesahaninstrumen soal selidik yang dibina. Setelah itu edaran soal selidik sebenar dilakukan. Data-data sebenardikutip dan dikumpul serta dianalisis dengan menggunakan pengiraan jumlah kekerapan dan diberiperatusan serta min (kuantitatif). Tujuannya untuk menggambarkan set data yang terkumpul danmembolehkan taburan kekerapan dilakukan. Pemprosesan data kualitatif pula dilakukan melalui penilaiantasmik berdasarkan rubrik yang telah dibina dan akan diberi nilai kekerapan dan peratusan bacaan yangdiperolehi oleh

seterusnya. Berikut adalah analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun Murid-Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bukit Besi 2015: Hasil daripada post mortem analisis mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun Lima dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015, 43.24% murid mendapat gred A, 20.27% mendapat B, 31.09% mendapat C dan 5.40% gagal.

Related Documents:

laboratorium kimia terdiri atas aspek tata letak, aspek tata ruang, aspek jumlah ruang dan luas, aspek kelengkapan alat dan bahan dan aspek keselamatan kerja. Dan penjabaran aspek-aspek tersebut dideskripsikan dalam sampel penelitian seb

penilaian, prinsip penilaian, serta penilaian dalam Kurikulum 2013. B. Pendekatan Penilaian Penilaian selama ini cenderung dilakukan untuk mengukur hasil belajar peserta didik. Dalam konteks ini, penilaian diposisikan seolah-olah sebagai kegiatan yang terpisah dari proses pem

1. Konsep dasar penilaian kinerja 1 jam 2. Kompetensi, peran dan kinerja guru 1 jam 3. Aspek-aspek dan instrumen penilaian kinerja guru 2 jam 4. Pelaksanaan penilaian dan analisis data hasil penilaian kinerja kepala sekolah 2 jam 5.

Aspek-aspek penilaian pada lembar observasi keterlaksanaan 3 3 3 . 205 Aspek Aspek Penilaian Penilaian . makna ganda 3 3 Rata-rata Total Soal Tes Hasil Belajar 4,26 . tujuan pembelajaran yang ada pada multimedia pembelajaran CAMATH berbasis android

kepada anak sejak lahir sampai dengan usia enam tahun. Aspek perkembangan meliputi aspek nilai agama dan moral, aspek sosial emosional, aspek kognitif, aspek bahasa, dan aspek fisik motorik. Berdasarkan hasil observasi saat prasurvei pada tanggal 22-24 juli 2019 TK Cahaya Bunda Natar Lampung Selatan, bahwa rata-rata anak kemampuan

petunjuk guru tentang penilaian autentik. Pada buku guru tersebut menyajikan contoh instrumen, teknik penilaian autentik, langkah-langkah penilaian autentik, dan cara pengolahan nilai. Penilaian dalam Pembelajaran Penilaian sebagai proses pengumpulan informasi tentang siswa tidak dapat dipisahkan keberadaannya dengan

1. Penilaian autentik merupakan bentuk penilaian yang tidak hanya menilai hasil belajar tetapi proses pembelajarannya juga dinilai. Penilaian autentik tidak hanya menilai aspek pengetahuan peserta didik akan tetapi menilai sikap dan keterampilan. sehingga dalam penilaian autentik tidak memandang peserta didik dari rangking.

d. Penilaian prestasi belajar oleh pendidik diterapkan dalam versi penilaian Autentik dan non-autentik. e. Penilaian Autentik sebagaimana yang berbunyi pada ayat (1) sebagai pendekatan pokok dalam Penilaian Hasil Belajar oleh Pendidik. f. Bentuk penilaian Autentik sebagaimana dimaksud dari ayat (1) meliputi