PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH .

3y ago
140 Views
15 Downloads
497.77 KB
28 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Maleah Dent
Transcription

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKANMASALAH GERAKAN LINEARSITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAILUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKANMASALAH GERAKAN LINEARSITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAILLaporan projek ini dikemukakansebagai memenuhi sebahagian daripada syaratpenganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Fizik)Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi MalaysiaJUN 2013

iiiBuat Ayah dan Ummi,Ismail Bin Jaffar dan Siti Fatimah Binti Mat JunohDoa restu kalian sentiasa dipohonkan.Terima kasih atas didikan yang diberi selama ini.Buat Abang Long dan adik-adik,Kemesraan bersama kalianadalah yang terindah dalam hidupku.

ivPENGHARGAANDengan nama Allah dan segala puji-pujian ke atasMu Tuhan semesta alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga sertasahabat-sahabar baginda.Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpahkurniaNya kajian ini dapat dijalankan dan disempurnakan pada masa yangditetapkan.Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tulus ikhlasditujukan khas kepada Dr. Fatin Aliah Phang selaku pensyarah pembimbing atassegala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses Projek Sarjana inidijalankan sehingga penulisannya dapat disiapkan. Semangat, kegigihan dankesabaran beliau sepanjang kajian ini dijalankan amatlah saya hargai dan tidak akandilupakan.Seterusnya penghargaan kepada pihak sekolah, guru-guru yang terlibat dantidak lupa juga kepada rakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidaklangsung dalam proses menyiapkan kajian ini. Semoga sumbangan dan kerjasamayang telah diberikan akan diberkati oleh Allah SWT.

vABSTRAKPenggunaan gambar rajah dalam sesi pengajaran dapat membantu pelajardalam memahami konsep Fizik dan seterusnya membantu dalam menyelesaikanmasalah tentang Gerakan Linear. Kajian tindakan ini bertujuan untuk memperbaikicara pengajaran guru melalui pengajaran menggunakan gambar rajah disampingmeningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan masalah Gerakan Linear. Kajian inimelibatkan 29 orang pelajar kelas 5SNA di SMK Taman Sutera, Johor Bahru. Alatkajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Keupayaan MenyelesaikanMasalah Gerakan Linear (UKMMGL) untuk mengetahui tahap keupayaanmenyelesaikan masalah Gerakan Linear pelajar sebelum dan selepas pengajaranmenggunakan gambar rajah. Data yang diperolehi dianalisis untuk mendapatkanperatusan, min purata, ujian-t dan nilai kolerasi Pearson ‘r’. Hasil dapatanmenunjukkan tahap keupayaan menyelesaikan masalah Gerakan Linear meningkatdari sebelum pengajaran dengan skor min 33.48 kepada 53.31 selepas pengajaranmenggunakan gambar rajah. Analisis ujian-t menunjukkan perbezaan yang berertibagi tahap keupayaan menyelesaikan masalah Gerakan Linear sebelum dan selepaspengajaran menggunakan gambar rajah (t -5.841, p .05). Analisis kolerasimenunjukkan hubungan positif yang rendah dan bererti (r 0.365, p .05) antarapenggunaan gambar rajah dengan tahap keupayaan menyelesaikan masalah GerakanLinear selepas pengajaran menggunakan gambar rajah. Dapatan kajian ini memberiimplikasi bahawa pengajaran menggunakan gambar rajah dapat membantumeningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah Gerakan Linear. Guru mendapatistartegi pengajaran yang menggunakan gambar rajah bagi menyelesaikan masalahGerakan Linear boleh diteruskan kepada pelajar sewaktu di dalam kelas.

viABSTRACTThe use of diagrams in teaching is to help students in understanding theconcepts of Physics and help them to solve problems in Linear Motion. This actionresearch aims to improve the teacher’s instruction using diagrams as well as toenhance students' ability to solve problems in Linear Motion. The study involved 29students of class 5SNA at SMK Taman Sutera, Johor Bahru. A set of test calledUjian Kemahiran Menyelesaikan Masalah Gerakan Linear (UKMMGL) is used tomeasure the level of problem solving of Linear Motion before and after the teaching.The data was analyzed using percentage, mean, t-test and Pearson correlation valueof 'r'. The results showed that the level of problem solving of Linear Motionincreased from before teaching with mean score 33.48 to 53.31 after the instruction.The t-test analysis showed a significant difference on the level of problem solvingLinear motion before and after the instruction using diagram (t -5841, p .05). Thecorrelation analysis showed a low positive and significant relationship (r 0365, p .05) between the use of diagrams and the ability to solve problems after teachingusing diagram. These findings imply that the teaching of Linear Motion usingdiagrams can help improve problem solving in Linear Motion. Teaching strategiesthat use diagrams to solve Linear Motion can be used in classroom.

viiKANDUNGANBABTAJUKHALAMANPENGESAHAN STATUS TESISPENGESAHAN PENYELIABAB ABSTRACTviKANDUNGANviiSENARAI JADUALxiSENARAI RAJAHxiiSENARAI LAMPIRANxiiiPENGENALAN1.1Pendahuluan11.2Latar Belakang Masalah21.3Pernyataan Masalah51.4Objektif Kajian61.5Persoalan Kajian61.6Hipotesis Kajian71.7Kerangka Konsep81.8Kepentingan Kajian91.9Definisi Istilah101.9.1Kaedah Gambar rajah101.9.2Penyelesaian Masalah10

viii1.10BAB 2BAB 3BAB 41.9.3Gerakan Linear101.9.4Kajian Tindakan11Rumusan11SOROTAN KAJIAN2.1Pendahuluan122.2Gambar rajah132.3Penyelesaian Masalah Dalam Fizik132.4Kajian-kajian Penyelesaian Masalah Dalam Fizik142.5Gambar rajah Dengan Penyelesaian Masalah172.6Kajian Tindakan192.7Kajian-kajian Yang Berbentuk Kajian Tindakan212.8Model Reka Bentuk Pengajaran232.9Rumusan25METODOLOGI KAJIAN3.1Pendahuluan263.2Reka Bentuk Kajian263.3Kerangka Operasi283.4Prosedur Kajian293.4.1 Tinjauan Awal303.4.2 Merancang Tindakan303.4.3 Melaksanakan Tindakan313.4.4 Memerhati323.4.5 Mereflek323.5Tempat Kajian333.6Sampel Kajian333.7Alat Kajian343.8Kajian Rintis353.9Analisis Data363.10Rumusan38DAPATAN KAJIAN

ix4.1Pendahuluan394.2Dapatan Kajian404.2.1 Tahap Keupayaan MenyelesaikanMasalah Gerakan Linear SebelumPengajaran Menggunakan Gambar Rajah404.2.2 Tahap Keupayaan Menyelesaikan MasalahGerakan Linear Selepas PengajaranMenggunakan Gambar Rajah414.2.3 Analisis Perbezaan Ujian Pra UKMMGLdan Ujian Pasca UKMMGL424.2.4 Tahap Penggunaan Gambar Rajah434.2.5 Hubungan antara Penggunaan Gambar Rajahdengan Keupayaan Menyelesaikan MasalahGerakan Linear4.3BAB 545Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)474.3.1Pelaksanaan Sesi P&P yang Pertama474.3.2Pelaksanaan Sesi P&P yang Kedua494.4Penerimaan Pelajar504.5Refleksi Guru504.5Rumusan51RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.1Pendahuluan525.2Rumusan Kajian525.3Rumusan Analisis545.4Perbincangan565.4.1 Tahap Keupayaan MenyelesaikanMasalah Gerakan Linear SebelumPengajaran Menggunakan Gambar Rajah565.4.2 Tahap Keupayaan Menyelesaikan MasalahGerakan Linear Selepas PengajaranMenggunakan Gambar Rajah5.4.3Perbezaan Tahap Keupayaan Menyelesaikan57

xMasalah Gerakan Linear Sebelum danSelepas Pengajaran MenggunakanGambar Rajah585.4.4Tahap Penggunaan Gambar Rajah595.4.5Hubungan antara Tahap PenggunaanGambar Rajah dengan TahapKeupayaan Menyelesaikan MasalahGerakan Linear605.5Implikasi Kajian615.6Cadangan Kajian Lanjutan625.7Rumusan63RUJUKANLAMPIRAN A - J6468 - 104

xiSENARAI JADUALNO. JADUAL1.1TAJUKHALAMANAnalisis item Peperiksaan PertengahanTahun Tingkatan 4 di SMK Taman Sutera,Johor Bahru pada tahun 20123.14Tahap Keupayaan Menyelesaikan MasalahGerakan Linear363.2Rubrik Pemarkahan Gambar Rajah373.3Tahap Penggunaan Gambar Rajah373.4Pengelasan Ukuran Korelasi374.1Keputusan Ujian Pra UKMMGL404.2Keputusan Ujian Pasca UKMMGL414.3Ujian-t antara Ujian Pra UKMMGL denganUjian Pasca UKMMGL424.4Pemarkahan Jawapan Pelajar444.5Analisis Tahap Penggunaan Gambar Rajah444.6Hubungan antara Penggunaaan Gambar Rajah4.7dengan Ujian Pasca UKMMGL45Analisis Dapatan dan Persoalan Kajian46

xiiSENARAI RAJAHNO. RAJAHTAJUKHALAMAN1.1Kerangka Konsep Kajian82.1Aliran Kerja berdasarkan Model ADDIE243.1Gelung Kajian Tindakan Model Kemmis &3.2McTaggart27Kerangka Operasi28SENARAI LAMPIRAN

xiiiLAMPIRANPERKARAHALAMANADaily Lesson Plan68BSenarai Keputusan PMR 201174CUjian Keupayaan MenyelesaikanMasalah Gerakan Linear (UKMMGL)D76Pengesahan UKMMGL dan Modul PengajaranMenggunakan Gambar Rajah (powerpoint)84ESlaid Pengajaran Gambar Rajah87FSkema Jawapan Ujian KeupayaanMenyelesaikan Masalah Gerakan Linear(UKMMGL)94GPemarkahan Penggunaan Gambar Rajah97HKeputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca UKMMGL 100IKeputusan Ujian Pasca UKMMGL Dan SkorJPenggunaan Gambar Rajah102Jadual Spesifikasi Item UKMMGL104

BAB 1PENGENALAN1.1PendahuluanPenggunaan gambar rajah boleh membantu pelajar untuk memahami danmembolehkan pelajar cepat menguasai konsep-konsep yang dipelajari dalam matapelajaran Sains dan Matematik (Mohd Yusoff Nordin, 2008). Selain itu, gambarrajah menyediakan bahasa sejagat (universal language) berdasarkan strukturhubungan dan logik. Setelah mempelajari kaedah-kaedah dan simbol yang biasadigunakan di dalam gambar rajah, mereka boleh menyampaikan maklumat danseterusnya dapat merentasi halangan bahasa (Mayoux, 2003). Tanpa gambar rajah,sesuatu masalah akan menjadi lebih sukar untuk diselesaikan (Beckmann, 2004).Mata pelajaran Fizik merupakan sains yang paling asas dan dikenali sebagaimata pelajaran yang sukar terutamanya dari sifatnya dalam menyelesaikan masalah.Tambahan pula, sebagai mata pelajaran yang mempunyai kaitan dengan kuantitifizikal dan matematik, hampir semua cabang fizik adalah berkenaan denganpenyelesaian masalah (Ogunleye, 2009). Kesemua masalah dan peperiksaan bagimata pelajaran Fizik bukan sahaja memerlukan pengetahuan pelajar mengenaikonsep-konsep dalam Fizik tetapi juga melibatkan kemahiran pelajar dalammenyelesaikan masalah (Styer, 2002). Maka, pelajar perlu didedahkan dengan

2kemahiran tertentu dalam menyelesaikan masalah untuk membantu pelajarmemahami konsep Fizik dengan baik terutamanya dalam tajuk Gerakan Linear.1.2Latar Belakang MasalahDalam satu tinjauan tentang mengapa pelajar di United Kingdom tidakberminat untuk belajar fizik didapati bahawa mereka menganggap fizik adalah satumata pelajaran yang susah (William et al., 2003). Kurang pemahaman berkenaanmasalah menunjukkan indeks persetujuan yang paling tinggi bagi kesukaran pelajardalam penyelesaian masalah dan indeks persetujuan menyatakan bahawa denganmerancang langkah-langkah dengan lengkap tentang bagaimana menyelesaikanmasalah dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Ogunleye,2009). Oleh itu, guru perlu mengenalpasti kelemahan pengajaran dalam usahamembantu pelajar menyelesaikan masalah. Satu cara yang boleh dilakukan adalahmelalui kajian tindakan.Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), antara tujuan kajiantindakan dilakukan adalah untuk menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalanharian dengan membuat refleksi dalam usaha mencari strategi baru serta membuatpenambahbaikan. Justeru, guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilikdarjahnya bagi tujuan membaiki kekurangan semasa pengajaran (BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2008). Penyelidik yang jugamerupakan seorang guru mempunyai tanggungjawab untuk mereflek carapengajarannya dan menilai prestasi pelajar dalam mata pelajaran yang diajar.

3Elliot dan Adelman (1976) pula berpendapat kajian tindakan ialah satupendekatan penyelidikan yang berusaha untuk meningkatkan mutu profesionalismeguru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah yang bertujuan membaikikualiti amalan guru. McNiff (1998) pula mentakrifkan kajian tindakan sebagai namayang diberikan kepada pergerakan yang semakin popular dalam penyelidikanpendidikan yang menggalakkan guru-guru untuk menjadi refleksi kepada amalanmereka dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan untuk diri merekasendiri dan juga pelajar-pelajar mereka. Adalah menjadi tanggungjawab penyelidikyang merupakan seorang guru untuk mengenalpasti kelemahan dalam pengajaran danmemperbaiki kelemahan tersebut dalam usaha membantu pelajar untuk memahamiapa yang dipelajari dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran fizik. Selain itu, kajian tindakan yang dibuat oleh guru merupakan satuusaha untuk meramaikan dan menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysiadengan membuat kajian tindakan.Analisis item soalan Fizik Kertas 2 Peperiksaan Pertengahan TahunTingkatan 4 2010 di Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim,Johor Bahru menunjukkan pelajar masih berada di tahap sederhana bagi tajukGerakan Linear dimana hanya 36.57% pelajar yang dapat menjawab dengan betuluntuk tajuk tersebut (Noor Izyan, 2012). Selain daripada itu, analisis item soalanFizik Kertas 2 Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 2012 yang dijalankanoleh penyelidik bagi pelajarnya di SMK Taman Sutera, Johor Bahru jugamenunjukkan tahap penguasaan pelajar masih berada di tahap yang sederhana dalamtajuk Gerakan Linear (sila rujuk Jadual 1.1).

4Jadual 1.1: Analisis item Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 di SMKTaman Sutera, Johor Bahru pada tahun 2012No.TopikSoalanBilBilPelajarPelajar(Y)Jawab% BetulIK XYTafsiranItemBetul( 50%)(X)12345678MeasurementsLinear MotionMotion GraphInertiaMomentumImpuse andImpulsive forceLinear MotionSafety featuresin .6731.480.33330.5185SederhanaMudahHasil kajian yang telah dijalankan oleh Seth et al. (2007) menunjukkanbahawa tahap pencapaian pelajar-pelajar di Negeri Johor dalam Ujian KemahiranMenyelesaikan Masalah Fizik (UKMMF) untuk tajuk Gerakan Linear berada padatahap yang sederhana dan bukan pada tahap yang baik. Gerakan Linear adalah satusubtopik yang melibatkan pemahaman konsep Fizik dan aplikasi Matematik. Pelajarmengakui bahawa tajuk mekanik merupakan topik yang sukar kerana ia melibatkankemahiran Matematik (Lilia Halim et al., 2002).Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menjadi sebab mengapapelajar menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah (Ogunleye, 2009).Antaranya ialah pelajar dilihat gagal dalam membina makna daripada pernyataanmasalah. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan makna masalah dengan strukturpengetahuan mereka, atau kekurangan struktur pengetahuan yang sesuai untuk

5pelajar kaitkan dengan masalah yang berkaitan (Ogunleye, 2009). Membuat gambarrajah dapat membantu pelajar memahami masalah dan mengenalpasti kehendaksoalan (Beckmann, 2004).Pelajar dapat menghasilkan pendapat tersendiri melalui penilaian merekaterhadap sesuatu maklumat dan dapat membuat tafsiran secara kritis dan kreatifdengan menggunakan gambar rajah. Tanpa gambar rajah yang lengkap pelajarseolah-olah menerima pengetahuan baru tanpa ada kesinambungan denganpengetahuan sedia ada mereka (Norliana Hashim, 2005).Secara ringkasnya, pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah dalam tajukGerakan Linear kerana pelajar tidak dapat memahami kehendak soalan dengan baik.Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar memahami kehendaksoalan adalah dengan membuat gambar rajah. Gambar rajah yang dilukis denganbaik dapat memberi makna kepada pelajar dan sekaligus pelajar dapat menyelesaikanmasalah yang diberi (Ogunleye, 2009). Menurut Moses (1982), penggunaan gambarrajah yang dibuat boleh membantu pelajar dalam menyatakan semula maksud soalandengan menggunakan perkataan mereka sendiri.1.3Pernyataan MasalahMasalah utama pelajar dalam menyelesaikan adalah mereka tidak memahamikehendak soalan yang dikemukakan (Soong et al., 2009). Mereka gagal mengaitkanmaklumat yang diberikan dan seterusnya gagal dalam memahami soalan. Masalah iniberkemungkinan berpunca daripada pengajaran guru yang kurang jelas danmenyebabkan pelajar tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru.

6Penggunaan gambar rajah dapat membantu pelajar dalam memahami kehendaksoalan. Oleh itu, sesi pengajaran yang menggunakan gambar rajah akan dijadikansebagai pelaksanaan tindakan dalam permasalahan ini. Kajian ini dijalankan untukmembaiki amalan pengajaran guru disamping melihat keberkesanan penggunaangambar rajah dalam meningkatkan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalahGerakan Linear.1.4Objektif KajianTerdapat dua jenis objektif dalam membuat kajian ini iaitu objektif umumdan objektif khusus. Objektif umum adalah untuk memperbaiki dan meningkatkanpengajaran guru dalam tajuk Gerakan Linear. Objektif khusus pula adalah sepertiberikut:(i)Mengenalpasti keberkesanan penggunaan gambar rajah dalammeningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah Gerakan Linear.(ii)Membantu pelajar agar dapat menggunakan gambar rajah dalammenyelesaikan masalah dalam Gerakan Linear.1.5Persoalan KajianMerujuk kepada objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah dibinaseperti berikut:

7(i)Apakah tahap keupayaan pelajar menyelesaikan masalah GerakanLinear sebelum pengajaran menggunakan gambar rajah?(ii)Apakah tahap keupayaan pelajar menyelesaikan masalah GerakanLinear selepas pengajaran menggunakan gambar rajah?(iii)Adakah terdapat perbezaan yang bererti dalam tahap keupayaanpelajar menyelesaikan masalah Gerakan Linear selepas pengajaranmenggunakan gambar rajah?(iv)Apakah tahap penggunaan gambar rajah selepas pengajaranmenggunakan gambar rajah?(v)Adakah terdapat hubungan yang bererti antara tahap penggunaangambar rajah pelajar dengan tahap keupayaan menyelesaikan masalahGerakan Linear selepas pengajaran menggunakan gambar rajah.1.6Hipotesis kajianBeberapa hipotesis null telah dibina sebelum kajian ini dijalankan. Hipotesishipotesisnya adalah seperti berikut:H01 – Tidak terdapat perbezaan yang bererti dalam keupayaan menyelesaikanmasalah Gerakan Linear sebelum dan selepas pengajaran menggunakangambar rajah.H02 – Tidak terdapat hubungan yang bererti antara tahap penggunaan gambar rajahdengan tahap keupayaan menyelesaikan masalah Gerakan Linear.

81.7Kerangka KonsepKerangka konsep dalam Rajah 1.1 menunjukkan bahawa dalam kajian ini sesipengajaran menggunakan gambar rajah merupakan rawatan dalam meningkatkankeupayaan penyelesaian masalah Gerakan Linear pelajar. Hubungan penggunaangambar rajah dengan keupayaan menyelesaikan masalah akan dikenal pasti tkankeupayaanmenyelesaikan masalah pelajar bagi tajuk Gerakan Linear. Pengajaran yangmenggunakan gambar rajah ini akan dibaiki kelemahannya setelah dapat dikenalpastikelemahannya ketika menggunakannya.Hubungan antarapenggunaan gambarrajah dengan keupayaanmenyelesaikan masalahGerakan LinearTINJAUAN IBERTINDAKRajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

91.8Kepentingan KajianKajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan pengajaranmenggunakan gambar rajah dalam menyelesaikan masalah berkaitan tajuk GerakanLinear di kalangan pelajar Tingkatan Lima. Pelajar diharapkan dapat menggunakangambar rajah dalam menyelesaikan masalah Gerakan Linear pada masa akan datangdan membantu meningkatkan prestasi dalam ujian dan peperiksaan. Selain daripadaitu, kajian ini diharapkan dapat memberi faedah kepada guru-guru yang mengajartajuk Gerakan Linear dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman pelajarterhadap konsep Gerakan Linear.Melalui kajian ini juga diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysiadapat menggalakkan guru-guru Fizik supaya membina gambar rajah sebagai satucara dalam pengajaran untuk menyelesaian masalah Fizik. Ini adalah supaya guruguru dapat membantu pelajar untuk memahami konsep Fizik dan menyelesaikanmasalah berkaitan tajuk Gerakan Linear dengan menggunakan gambar rajah. Iasekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar. Selain itu, selaras dengan ciri pentingkajian tindakan dimana guru dapat terlibat secara langsung dalam usahamemperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalantersebut (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2008). Secaratidak langsung guru akan lebih mengetahui masalah sebenar yang dihadapi olehpelajar mereka semasa sesi pengajaran di dalam kelas.

101.

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 1.1 Analisis item Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 di SMK Taman Sutera, Johor Bahru pada tahun 2012 4 3.1 Tahap Keupayaan Menyelesaikan Masalah Gerakan Linear 36 3.2 Rubrik Pemarkahan Gambar Rajah 37 3.3 Tahap Penggunaan Gambar Rajah 37 3.4 Pengelasan Ukuran Korelasi 37 4.1 Keputusan Ujian Pra .

Related Documents:

SULIT 3 4572/2 [Lihat sebelah 4572/2 2018 Hak Cipta Soalan Harapan SULIT Untuk 4 Rajah menunjukkan aksi lompat dan lari Rajah 3 (a) Nyatakan 1 pergerakan berdasarkan satah sagital pada aksi Q dalam Rajah 3. [1 markah] (b) Namakan gerakan linear Aksi P dalam Rajah 3.[1 markah] (c) Jelaskan bagaimana

gambar dan grafik pada artikel contoh atau pada petunjuk penulisan. gambar biasanya judul gambar dilampirkan setelah tabel. tuliskan judul gambar dalam halaman yang terpisah dari gambarhalaman yang terpisah dari gambar itu sendiri. kalau ada beberapa gambar andakalau ada beberapa gambar, anda

Gambar 2.2 Kegiatan nelayan/perikanan di laut dangkal. 15 Gambar 2.3 Kapal dan bangunan panggung (platform) pengeboran minyak lepas pantai. 17 Gambar 3.1 Pengamatan cuaca laut di Bouy yang ditempatkan tetap. 27 Gambar 3.2 Stasiun pengamatan cuaca di kapal laut. 28 Gambar 3.3 Sebaran suhu muka laut. 36 Gambar 3.4 Peta isobar permukaan. 37

dalam penggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan kajian ini juga masalah- masalah yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan ICT akan dapat dikenalpasti. Ini untuk meningkatkan motivasi para guru dalam penggunaan ICT pada masa akan datang. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji : 1.

melalui komunikasi verbal, nonverbal, dan atau paralinguistic. Strategi pesan . abel 21 Penggunaan Bahasa Jawa Dalam April 2011 79 abel 22 Penggunaan Bahasa Prokem Dalam disi April 2011 80 abel 23 Penggunaan Bahasa Asing Dalam " Edisi April 2011 80 abel 24 Penggunaan Bahasa Serapan Dalam .

9 2 Diagram 2.1 shows the blood circulatory system in organism P and organism Q. Rajah 2.1 menunjukkan sistem peredaran darah dalam organisma P dan organisma Q. Diagram 2.1 / Rajah 2.1 (a) Based on Diagram 2.1, Berdasarkan Rajah 2.1, (i) Give one example of organism P and organism Q. Beri satu contoh organisma P dan organisma Q.

MODUL JUS ZA [ SAINS SPM 2019:KERTAS 2: BAHAGIAN B: TINGKATAN 5 RoslainiMantan GCKEDAH BAB 4 : SEBATIAN KARBON BAB 5 : GERAKAN BAB 6 : TEKNOLOGI MAKANAN 3 3 Rajah 3.1 menunjukkan satu keratan rentas sebuah buah kelapa sawit Rajah 3.1 (a) Label bahagian Y dan Z dalam Rajah 3.1 [ 2 markah]

hardware IP re-use and consistency accross product families and higher level programming language makes the development job far more convenient when dealing with the STM32 families. HIGH-PERFORMANCE HIGH DEGREE OF INTEGRATION AND RICH CONNECTIVITY STM32H7: highest performance STM32 MCUs with advanced features including DSP and FPU instructions based on Cortex -M7 with 1 to 2 Mbytes of .