PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN POSTER

3y ago
77 Views
2 Downloads
743.81 KB
11 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Laura Ramon
Transcription

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, KhazriOsman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir FakultiPengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN978-967-5478-78-9PENILAIAN KURSUS PERKAMUSAN ARAB MELALUI PEMBENTANGAN POSTERSuhaila Zailani @ Hj. Ahmad1suzail@ukm.edu.myJabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam,Fakulti Pengajian Islam, Ukm1Abstrak : Poster merupakan salah satu media iklan bercetak yang boleh ditampal di tempat umum.Dewasa ini, poster sudah menjadi salah satu media pembelajaran dan penyelidikan. Kajian inibertujuan mengenal pasti kesesuaian penilaian Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab melaluipembentangan poster dan meninjau tahap keberkesanan kursus ini melalui pembentangan poster. Isikandungan poster adalah berdasarkan kandungan kursus perkamusan Arab. Setiap pelajar akanmemilih satu kamus Arab, mereka bentuk poster untuk memperkenal kamus tersebut danmembentangkannya dalam bengkel perkamusan Arab yang diadakan di akhir semester pengajian.Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis data secara deskriptif. Duainstrumen digunakan bagi mendapatkan data, iaitu secara pemerhatian kepada proses pembentanganposter oleh 10 orang pelajar yang mendaftar kursus Perkamusan Arab semester 2 sesi 2013/2014 dan10 poster Perkamusan Arab yang dibentangkan. Dapatan kajian mendapati para pelajar menunjukkanminat terhadap proses pembentangan, teruja ketika mereka bentuk poster. Sebanyak 60% atau enamorang pelajar dapat memahami kaedah penyusunan kamus dan mengetahui cara penggunaan kamusdengan jelas. Kajian juga mendapati bahawa 80 % daripada poster tersebut menepati aspek isikandungan dari segi keperluan pengajaran, keperluan pengenalan kepada kamus Arab tertentu, aspekreka bentuk, warna, tulisan dan pemilihan gambar.PENGENALANKursus PPPJ1143 Perkamusan Arab ditawarkan sebagai kursus elektif kepada para pelajarpengkhususan pengajian Arab di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti PengajianIslam, UKM. Kursus ini mengkaji sejarah perkembangan perkamusan Arab klasik, moden dankontemporari. Kursus ini meliputi kajian latar belakang penulis, metode penyusunan, keistimewaandan juga kelemahan setiap kamus. Fokus kajian turut diberikan kepada kamus-kamus seperti Kitab al‘Ayn oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, al-Jamharah oleh Ibn Durayd, al-Sihah oleh al-Jawhari,Lisan al-‘Arab oleh Ibn Manzur dan Asas al-Balaghah oleh al-Zamakhshari. Kursus ini juga akanmengkaji kamus-kamus moden seperti al-Wasit, al-Munjid dan lain-lain.Guru atau pensyarah kini bukan sahaja sebagai penyampai maklumat dan gedung ilmu tetapilebih beperanan sebagai pemudah cara, penyelesai masalah, pakar motivasi dan sumber rujukan(Zaini dan rakan, 2003). Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru danpelajar merupakan teras kepada pembinaan generasi. Oleh itu kaedah pengajaran dan pembelajaranperlu diinovasi dan dipermoden selari dengan perkembangan teknologi masa kini agar negara kitatidak jauh terkebelakang berbanding dengan negara maju yang lain. Sejak awal tahun 1990an1

teknologi seperti penggunaan komputer peribadi, internet, video dan sebagainya mula dijadikanmedium pengajaran atau alat bantu mengajar di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinngi.Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untukmenentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dandihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya, bahkan corak penilaian tugasan juga perluberubah. Antara kaedah yang difikirkan sesuai untuk kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab ialahpembentangan poster.Menurut Deni Sofiansyah (2010), poster ialah media cetak yang tidak hanya menampilkangambar-gambar yang memikat mata tetapi juga dapat memberikan informasi kepada khlayak. Selainitu boleh dijadikan media terbaik untuk promosi, media dakwah, media pendidikan, info penyelidikandan propaganda, poster juga boleh menjadi alat bantu mengajar yang berkesan. Hal ini keranakewujudan poster sebagai objek berwarna, pelbagai bentuk dan gambar serta berinformasidisukai ramai, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dengan permainan warna dan ilustrasi yangsesuai, poster mampu mencuri perhatian orang yang memandangnya. Ketika seseorang melihat poster,ia telah memasukkan sesuatu informasi tambahan dalam ingatannya. Oleh sebab itu, poster berpotensibesar untuk bertindak sebagai media yang boleh mendidik dan membentuk sikap orang ramai.PERNYATAAN MASALAHKecenderungan pengajaran dan pembelajaran cara konvensional memerlukan masa, terikat denganjadual dan bilik kuliah. Disebabkan kekangan masa dan kandungan kursus yang banyak, ditambahbebanan tugas pengkeranian, pentadbiran dan penyelidikan, kebanyakan guru atau pensyarah terpaksamemikirkan satu bentuk pengajaran yang ada kelainan dan inovasi. Oleh sebab kaedah pengajaran danpembelajaran sudah melalui banyak perubahan, maka penilaian kursus juga perlu berubah mengikutkeperluan masa dan kandungan kursus agar lebih praktikal dan berkesan.Penilaian cara lama seperti peperiksaan pertengahan semester dan akhir semester secarabertulis masih banyak digunakan, tetapi cara sebegini mendorong pelajar menggunakan pendekatanhafalan dan memperlihatkan situasi pembelajaran yang pasif, kurang menggalakkan kreativiti danperkongsian idea dalam kalangan pelajar. Menurut Harjuli (2012), cara penilaian guru atau pensyarahterhadapt tugasan pelajar menyumbang besar kepada peningkatan kemahiran dan keterampilanpelajar. Tiga usaha yang boleh membantu ke arah melahirkan pelajar yang berkualiti dan kemampuanmenguasai kursus yang diajar ialah pemilihan metode pengajaran, penggunaan alat bantu mengajardan cara penilaian tugasan pelajar.Pembentangan poster telah dikenal pasti pengkaji dapat membantu para pelajar menguasaidan memahami kaedah penyusunan sesuatu kamus dan cara pencarian makna perkataan daripadakamus tersebut. Melalui pelbagai design, rajah, carta alir yang dimuatkan dalam satu poster dapatmembantu para pelajar lain memahami dan mengenali dunia perkamusan Arab dengan lebih baik. Halini kerana melalui kesan paparan jadual, gambar, carta dan warna yang pelbagai, pelajar dijangkadapat menghubungkan pengetahuan dan konsep-konsep yang bersifat abstrak dengan sesuatu objekyang fizikal yang dapat dilihat.PENGGUNAAN MEDIA POSTER DALAM PEMBELAJARANSebagai satu aktiviti pembelajaran, pembentangan poster membawa tujuan berikut:1. Menggalakkan pelajar mempelajari, melaksana dan menghasilkan sesuatu yang baru.2. Membina sikap tanggungjawab menyelesaikan tugasan secara individu dalam kalanganpelajar.3. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kebolehan mengkaji atau membentukkansesuatu dengan kreativiti dan inovasi masing-masing2

4. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik kuliah.5. Menilai pelajar dari segi kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan dankebolehan membuat tugasan secara individu atau bersama orang lain.6. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.Secara umumnya, penggunaan media poster untuk pembelajaran dapat dilakukan dengan tiga cara,iaitu:1. Poster sebagai media atau proses pengajaran dan pembelajaran. Ia digunakan sebagaisebahagian daripada kegiatan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sama ada guru ataupensyarah menerangkan kandungan kursus kepada pelajar dengan menjadikan poster sebagaimedia pembelajaran atau alat bantu mengajar. Kaedah ini dapat meningkatkan minat dansikap pelajar terhadap proses pembelajaran.2. Poster sebagai produk pengajaran dan pembelajaran. Ia digunakan sebagai salah satu caramenilai kefahaman pelajar tentang sesuatu kursus. Para pelajar ditugaskan membuat posterberdasarkan isi kandungan kursus atau tema-tema tertentu. Penilaian bentuk ini dapatmengembangkan idea dan kreativiti pelajar, di samping mewujudkan suasana pembelajaranyang lebih aktif3. Poster sebagai media sosial dan perniagaan. Ia digunakan di luar pembelajaran yang bertujuanuntuk mendidik dan membentuk sikap pelajar, memotivasi pelajar, sebagai peringatan,propaganda, kempen atau ajakan untuk melakukan sesuatu yang positif dan penambahannilai-nilai sosial dan keagamaan. Dalam hal ini poster tidak digunakan dalam pembelajarannamun dipasang di dalam kelas atau di tempat yang strategik agar dapat dilihat dengan jelasoleh para pelajar. Misalnya ajakan untuk rajin menabung, senantiasa membuang sampah padatempatnya dan lain-lain.KOMPONEN PENILAIAN BERTERUSAN KURSUS PPPJ1143 PERKAMUSAN ARABPenilaian berterusan digunakan bagi menggantikan peperiksaan pertengahan semester danpeperiksaan akhir semester. Bagi menjayakan objektif pengajaran dan pembelajaran kursusPerkamusan Arab, tiga komponen penilaian diwujudkan sebagaimana dijelaskan dalam jadual dibawah:Jadual 1: Komponen Penilaian Berterusan Kursus PPPJ1143 Perkamusan ArabBilKomponen PenilaianBerterusanMarkahTindakan3

1.Kuiz 140%1. Kuiz 1 dilaksanakan pada minggu ke lapanperkuliahan. Soalan aneka pilihan jawapan danteka silangkata disediakan meliputi topik-topikyang sudah dibincangkan pada minggu keduahingga ke tujuh perkuliahan.2. Kuiz 2 dilaksanakan pada minggu ke 13perkulihan. Soalan berbentuk isi tempat kosongdan aneka pilihan jawapan di sediakan. Soalanmeliputi topik-topik yang sudah dibincangkanpada minggu ke 9 hingga ke 12 perkuliahan.1. Setiap pelajar akan diberi kamus yang berbezadan diminta mengkaji cara penggunaan kamustersebut.2. Setiap pelajar diminta membentangkan carapenggunaan kamus kepada rakan-rakan dalamkelas tutorial.3. Praktikal pencarian perkataan / makna perkataandaripada kamus yang berbeza pada setiapminggu.1. Setiap pelajar diminta menghasilkan satu posterperkamusan Arab menggunakan Bahasa Arab.2. Posterbolehdihasilkanmenggunakanpowerpoint, microsof word atau adobephotoshop.3. Saiz poster A3.4. Setiap poster perlu mengemukakan namapengarang beserta gambar jika ada, maklumatberkaitan kamus secara ringkas, gambar kamus,kaedah penyusunan kamus dan cara pencarianperkataan atau makna.5. Poster ini akan ditampal di bahagian iklan JabatanPengajian Arab dan Tamadun Islam untukmemudahkan para pelajar mempelajari bidangperkamusan Arab dan mengetahui cara mus tertentu.6. Panjang masa pembentangan poster ialah 3 minitsahaja.7. Ciri-ciri Poster yang baik:a. Menyatakan maklumat yang diperlukanb. Menarik perhatian audienc. Maklumat ringkas dan mudah difahamid. Tulisan jelas dan mudah dibacae. Kombinasi gambar dan warna yang sesuai danmenarik.Kuiz 22.PraktikalPenggunaanKamus (Tutorial)30%3.Pembentangan Poster30%4

RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN POSTERRubrik ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif, satu set kriteria dan standard yang berkaitandengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei,dan tugas yang lain. Rubrik membolehkan guru atau pensyarah membuat penilaian standard sesuaidengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. Bagi mengurangkanmasalah ketika membuat penilaian bagi pembentangan poster, maka pengkaji menggunakan satukaedah penilaian menggunakan rubrik. Penilaian rubrik mempunyai beberapa kelebihan antaranya:1. Rubrik menjelaskan deskripsi tugasan atau aktiviti yang perlu dilakukan.2. Rubrik memberikan informasi aspek penilaian3. Aspek atau kriteria penilaian ditentukan dalam bentuk yang spesifik4. Pelajar memperoleh hasil atau markah yang cepat dan akurat5. Penilaian lebih objektif dan konsisten6. Rubrik boleh dijadikan sebagai alat atau pedoman penilaian projek atau hasil kerja pelajar7. Waktu untuk menilai projek atau hasil kerja pelajar dapat dikurangkanPenilaian terhadap poster perkamusan Arab mengikut kriteria berikut:1. Informasi dan kandungan (15 Markah)a. Maklumat berkaitan penulis/penyusun kamus/tujuan/sebab penyusunan kamus/kelebihankamus (5 Markah)b. Kaedah/manhaj penyusunan kamus (5 Markah)c. Kaedah pencarian perkataan/makna (5 Markah)2. Kreativiti dan reka bentuk (10 Markah)d. Kreativiti paparan/reka bentuk poster (5 Markah)e. Kesesuaian warna, tulisan dan gambar (5 Markah)3. Persembahan dan lain-lain (5 Markah)f. Bahasa mudah, jelas dan tersusun, tiada kesalahan nahu dan ejaan (2 Markah)g. Pembentangan yang jelas dan fasih (2 Markah)h. Maklumat Penulis Poster (1 Markah)Jadual 2: Rubrik Pemarkahan Pembentangan PosterAspekDinilai1.Informasi dankandungan(15%)Lemah(1-3)Kriteria a-cditulis dengansangat kurangmemuaskan atautiada kriteria a-cdalam iteria a-cditulis dengankurangmemuaskanatau duadaripadakriteria a-ctidak ditulisKurangMemuaskan(3-4)Memuaskan(7-9)Kriteria a-cditulis denganmemuaskanatau satudaripadakriteria a-ctidak ditulisBaik(10-12)Kriteria a-cditulis denganagak baik danjelasCemerlang(13-15)Kriteria a-cditulis denganbaik dan jelasMemuaskanBaikCemerlang(5-6)(7-8)(9-10)5

dan rekabentuk(10%)3.Persembahan danlain-lain(5%)Tiada kriteria d-edalam posterKriteria d-edipaparkandengan kurangmemuaskanLemahKurangMemuaskan(2)Dua daripadakriteria f-htidak terdapatdalam posterdan dalampembentangan(1)Tiada kriteria f-hdalam poster danpembentanganKriteria d-edipaparkandenganmemuaskanMemuaskanKriteria d-edipaparkandengan agak baikdan menarikdalam posterBaikKriteria d-edipaparkandengan baikdan menarikdalam posterCemerlang(3)Satu daripadakriteria f-htidak terdapatdalam posterdan dalampembentangan(4)Kriteria f-hterdapat dalamposter dan dalampembentangantetapi kurangjelas(5)Kriteria f-hjelas terdapatdalam posterdan dalampembentanganPenilaian kepada 10 poster perkamusan Arab pula boleh dilihat dalam jadual di bawah:BilNama PelajarJadual 3: Penilaian Pembentangan PosterNama da6.HasyimahKitab al-cAyn- al-Khalil ibn AhmadQamus al-Muhit- al-Firuz AbadiMuhit al-Muhit- Butras al-BustaniJamharat al-Lughah-ibn DuraydMaqayis al-Lughah-ibn Farisal-Mucjam iman10631910.AsyrafLisan al-cArab-ibn ManzurAsas 4Jadual di atas menunjukkan markah yang diperoleh oleh pelajar untuk reka bentuk danpembentangan poster perkamusan Arab. Enam daripada 10 orang pelajar memperoleh markahcemerlang, iaitu 13-15 markah bagi kriteria 1. Hal ini bermakna 60% dapat memahami kaedahpenyusunan kamus dan mengetahui cara penggunaan kamus tersebut dengan jelas. Manakala tiga6

orang pelajar lagi mampu memahami kaedah penyusunan kamus dan mengetahui cara penggunaankamus tersebut dengan agak baik dan memuaskan. Hanya seorang pelajar tidak dapat menjelaskankriteria tersebut dengan memuaskan. Bagaimanapun kesemua pelajar berjaya menerangkan pemilikatau penyusun kamus dengan baik dan jelas.Bagi kriteria 2 pula, tiga orang pelajar mendapat markah cemerlang, iaitu 9 markah. Merekamampu memaparkan reka bentuk, pemilihan gambar, warna dan susun atur maklumat yang menarik.Manakala tiga orang pelajar lagi memperoleh markah baik, iaitu 7-8 markah dan baki empat pelajarlagi dapat memaparkan kriteria ini dengan memuaskan walaupun cetakan poster itu kurang jelasdisebabkan dakwat printer yang kurang berkualiti. Hal ini menjadikan tulisan pada poster tersebutkembang dan agak sukar dibaca.Bagi kriteria terakhir, dua orang pelajar mendapat markah penuh kerana dapat memenuhiketiga-tiga aspek yang dinilai itu dengan baik. Tiga orang pelajar yang mendapat 3 markah adalahdisebabkan pembentangan yang kurang lancer dan berlaku beberapa kesilapan ejaan dan nahu padatulisan. Hal ini sepatutnya dapat dielakkan jika para pelajar tersebut mengambil sikap berhati-hati danmenyemak berulang kali sebelum mencetak poster tersebut.Secara keseluruhan, skala pencapaian pelajar bagi pembentangan poster boleh dilihat dalamjadual 4 di bawah:Jadual 4: Skala Penilaian Markah Pembentangan 0%KURANG MEMUASKAN7–1200%MEMUASKAN13 – 18220%BAIK19–24440%CEMERLANG25 – 30440%Penilaian melalui pembentangan poster dilihat dapat membantu pelajar memahami danmenguasai isi kandungan kursus Perkamusan Arab. Empat orang pelajar daripada 10 orang berjayamendapat markah cemerlang, iaitu 25-30 markah. Manakala empat orang pelajar lagi berjayamendapat markah baik. Hanya dua orang pelajar sahaja mendapat markah yang agak rendah namunmasih lagi di tahap memuaskan. Dengan ini bermakna pembentangan poster boleh menjadi mediapengajaran dan pembelajaran yang baik bahkan penilaian kursus menggunakan kaedah ini jugabanyak memberi kursus ini bahawa 80% pelajar yang mengikuti kursus ini dapat menguasai isikandungan kursus dengan baik.7

DAPATAN KAJIAN PENILAIAN BAGI PEMBENTANGAN POSTERDapatan kajian secara pemerhatian kepada proses pembentangan poster perkamusan Arab mendapatibahawa para pelajar sangat teruja dengan pelbagai reka bentuk poster yang dihasilkan oleh mereka.Penilaian menggunakan kaedah ini belum pernah dilakukan dalam mana-mana kursus yang pernahmereka ambil. Oleh sebab itu, mereka menganggap bahawa tugasan pembentangan poster merupakanpengalaman baru dan pertama kali bagi mereka. Tugasan ini juga memberi ruang dan peluang kepadamereka untuk berinovasi dan belajar secara kendiri. Kaedah ini juga dapat mengurangkankebergantungan para pelajar kepada penerangan guru atau pensyarah bagi memahami sesuatukandungan kursus.Hasil kajian juga mendapati 60% pelajar dapat memahami kaedah penyusunan kamus danmengetahui cara penggunaan kamus tersebut dengan jelas berdasarkan markah cemerlang yangmereka peroleh dalam kriteria 1. Manakala 80% atau 8 daripada 10 poster yang dibentangkan sudahmemenuhi kriteria atau ciri poster yang baik dan menarik dari aspek reka bentuk, warna, tulisan danpemilihan gambar. Poster yang dihasilkan juga mampu menjadi media informasi, iaitumemperkenalkan penulis atau penyusun kamus, menerangkan kaedah penyusunan kamus dan kaedahpencarian perkataan atau makna perkataan kamus Arab tertentu,KESIMPULANPembentangan poster sesuai dijadikan sebahagian daripada aktiviti atau alat bantu mengajar yangefektif, bahkan boleh dijadikan salah satu kaedah untuk menilai kefahaman dan penguasaan pelajarterhadap sesuatu kursus. Kaedah ini juga dapat membantu para pelajar memahami dan mengingatikandungan kursus dengan lebih mudah, di samping dapat mengurangkan kebergantungan pelajarkepada kaedah hafalan jika penilaian menggunakan peperiksaan akhir dilaksanakan. Sesuatu yangdilihat dan dipelajari melalui visual tentulah mudah difahami dan diingati dalam tempoh yang lebihlama. Hasilnya, objektif pengajaran dan pembelajaran kursus Perkamusan Arab, iaitu para pelajarberkemahiran menggunakan pelbagai kamus sama ada klasik atau moden dapat dicapai.RUJUKANAbdul Aziz Zalay @ Zali. 2004. Satu tinjauan terhadap courseware yang telah dibangunkan bertajuk‘pengenalan kepada rekabentuk poster terhadap pelajar grafik di Fakulti Seni dan Muzik,Universiti Pendidikan Sultan Idris. Disertasi sarjana yang belum diterbitkan. Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.Asyraf Isyraqi bin Jamil. 2011. Dunia Leksikografi Bahasa Arab diambil pada 30 Mei 2014 unia-leksikografi-bahasa-arab.htmlDeni Sofiansyah. 2010. Analisis semiotic pada poster anti merokok Departmen Kesihatan R.I.Disertasi sarjana yang belum diterbitkan. Jakarta: Universitas Islam Negeri SyarifHidayatullah.Harjuli Surya Putra. 2012. Pengembangan rubrik penilaian untuk digunakan guru dalam menilai hasiltulisan siswa SMA. Disertasi Sarjana yang belum diterbitkan. Depok: Universiti Indonesia.Ibrahim bin Ahmad. 1994. Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.Naja, Ibrahim Muhammad. 1966. al-Ma‘ajim al-Lughawiyyah. al-Qahirah: Maktabat al-Sa‘adah.8

Muhammad al-Nashwan, Ahmad. 1427H. Ittijahat muta’alimi al-Lughah al-Arabiyah gayr al-natiqinbiha nahwa isti’mal al-mu’jam. Majalah Universiti Ummul-Qura bagi Ulum

Penilaian berterusan digunakan bagi menggantikan peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Bagi menjayakan objektif pengajaran dan pembelajaran kursus Perkamusan Arab, tiga komponen penilaian diwujudkan sebagaimana dijelaskan dalam jadual di bawah: Jadual 1: Komponen Penilaian Berterusan Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab .

Related Documents:

a. Kursus A.I dan P.D (Asas) Siri 2 Penternak b. Kursus A.I (Advance Level) Siri 1 8 - 9 Ogos Penternak c. Kursus A.I (Advance Level) Siri 2 15-16 Ogos Penternak e. Kursus Pengurusan dan Pemeriksaan Semen di Lapangan Kakitangan DVS 6. Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti a. Kursus Post Mortem Dan Persampelan Avian (Mvk Bt) Ogos Kakitangan .

29 kursus pengurusan tanah peg. bidang khas 29-31 mac 2021 30 kursus mandatori: pengurusan tanah siri 1 peg. pert. daerah 31 mei -3 jun 2021 8-11 mac 2021 31 kursus mandatori: pengurusan tanah siri 2 peg. pert. daerah 5-8 jul 2021 2-5 ogos 2021 16-19 ogos 2021 32 kursus mandatori: pengenalan biosekuriti tumbuhan

penilaian, prinsip penilaian, serta penilaian dalam Kurikulum 2013. B. Pendekatan Penilaian Penilaian selama ini cenderung dilakukan untuk mengukur hasil belajar peserta didik. Dalam konteks ini, penilaian diposisikan seolah-olah sebagai kegiatan yang terpisah dari proses pem

Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus. Wajaran markah kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran. .

d. Penilaian prestasi belajar oleh pendidik diterapkan dalam versi penilaian Autentik dan non-autentik. e. Penilaian Autentik sebagaimana yang berbunyi pada ayat (1) sebagai pendekatan pokok dalam Penilaian Hasil Belajar oleh Pendidik. f. Bentuk penilaian Autentik sebagaimana dimaksud dari ayat (1) meliputi

petunjuk guru tentang penilaian autentik. Pada buku guru tersebut menyajikan contoh instrumen, teknik penilaian autentik, langkah-langkah penilaian autentik, dan cara pengolahan nilai. Penilaian dalam Pembelajaran Penilaian sebagai proses pengumpulan informasi tentang siswa tidak dapat dipisahkan keberadaannya dengan

1 Drs. H. Kasnun Ilmu Bahasa Arab 2 Dr. H. Moh.Munir, Lc., M.Ag. Ilmu Bahasa Arab 3 Dr. H. Agus Tricahyo, MA Ilmu Bahasa Arab 4 Dr. Yufridal Fitri Nursalam, M.A. Ilmu Bahasa Arab 5 Ahmad Zubaidi, M.A. Ilmu Bahasa Arab 6 Ali Ba'ul Chusna, M.Si Pendidikan Bahasa Arab 7 Faiq Ainur Rofiq, M.Pd.I Bahasa Arab

The American Revolution: a historiographical introduction he literary monument to the American Revolution is vast. Shelves and now digital stores of scholarly articles, collections of documents, historical monographs and bibliographies cover all aspects of the Revolution. To these can be added great range of popular titles, guides, documentaries, films and websites. The output shows no signs .