Bab 3 Metodologi Kajian Pendahuluan - UM

2y ago
284 Views
18 Downloads
474.19 KB
43 Pages
Last View : Today
Last Download : 2m ago
Upload by : Adalynn Cowell
Transcription

Bab 3Metodologi KajianPendahuluanBab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan olehpengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskantentang reka bentuk kajian, prosedur kajian, pensampelan kajian, instrumen kajian,pengumpulan data, penganalisisan data dan kesahan & kebolehpercayaan.Reka Bentuk KajianKajian ini merupakan satu kajian reka bentuk dan pembangunan (design anddevelopment research) . Menurut Richey dan Klein (2007), Kajian reka bentuk danpembangunan adalah “the systematic study of design, development and evaluationprocessess with the aim of establishing an empirical basis for a creation of intructionaland non-instructional products and tools and new or enhanced moduls that govern theirdevelopment.”. Ia merupakan kajian sistematik pada reka bentuk, pembangunan danproses penilaian dengan tujuan membentuk dasar empirik untuk pembinaan produkinstruksional atau bukan instruksional, alatan-alatan, modul baru atau ubahsuaian yangmenetapkan perkembangan pembangunan produk tersebut.Richey, Klein dan Nielson (2004) menjelaskan bahawa kajian reka bentuk danpembangunan akan membawa salah-satu daripada ciri-ciri :1.Kajian proses reka bentuk yang khusus, usaha pembangunan dan impak ke atasproses tersebut.85

2.Seseorang pengkaji membuat aktiviti reka bentuk pengajaran, melakukanpembangunan dan penilaian dan dalam masa yang sama mengkaji proses tersebut.3.Kajian yang melibatkan reka bentuk, pembangunan, penilaian dan proseskeseluruhan atau proses satu bahagian tertentu.Rickey (1996) membahagikan kajian reka bentuk dan pembangunan kepada duajenis:1.Kajian tentang pembangunan produk atau program yang spesifik iaitu reka bentuk,pembangunan dan penilaian produk tersebut.2.Kajian tentang proses reka bentuk, pembangunan dan penilaian proses tersebut.Perbezaan di antara kedua jenis kajian reka bentuk dan pembangunandirumuskan oleh Rickey, Klein dan Nielson (2004) dalam jadual 3.1.Jadual 3.1Rumusan Perbezaan Jenis Kajian Reka Bentuk dan PembangunanAspekKonsepJenis 1Kajian mengenai produk ataureka bentuk program yangspesifik, pembangunan produk/prototaip produk dan penilaianproduk.Jenis 2Kajian mengenai proses yangmelibatkan proses reka bentuk,pembangunan dan penilaian.ProdukPenilaian produk, gspesifik.Penilaian prosedur, model rekabentuk, pembangunan dansituasiyangmenyokongpenggunaannya.Kesimpulan yang khusus padaprodukKesimpulanyangumummelibatkan proses dan prosedur86

Rickey dan Klein (2007) menamakan kajian reka bentuk dan pembangunan jenispertama sebagai Kajian Produk, sementara kajian jenis kedua sebagai Kajian Model.Kajian jenis pertama atau Kajian Produk membuat kesimpulan yang khusus kepadaproduk sama ada produk atau prototaip produk tersebut menepati objektif, kelemahandan kekuatan penggunaan produk tersebut. Kajian jenis kedua atau Kajian Model pulamembuat kesimpulan secara umum dan tidak melihat secara khusus tentang produktetapi kepada prosedur, proses dan situasi yang menyokong penggunaannya.Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan kajian reka bentuk danpembangunan jenis pertama kerana kajian pembangunan modul M Mu‟allim membuatpenilaian kepenggunaan ke atas produk atau prototaip produk secara khusus. Iamelibatkan retrospeksi pengguna bagi produk tersebut, kekuatan dan kelemahan produktersebut. Ia tidak melibatkan penilaian proses reka bentuk dan pembangunan modelproduk. Kajian ini menjurus kepada kesimpulan tentang konteks yang spesifik bukankesimpulan tentang prosedur reka bentuk, pembangunan dan situasi yang menyokongpenggunaannya.Peringkat-peringkat dalam proses pembangunan dalam kajian jenis pertama inidijalankan kerana setiap peringkat saling bergantungan untuk menghasilkan satu produkatau prototaip produk. Hasilan data Fasa Analisis digunakan untuk Fasa Reka Bentuk.Manakala hasilan data Fasa Reka Bentuk dijadikan elemen-elemen dalam pembangunanproduk. Seterusnya produk tersebut diaplikasikan dan dibuat penilaian kepenggunaan keatas produk tersebut.Kajian ini juga akan dilaksanakan secara keratan rentas (cross-section) denganmenggunakan kaedah analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Newman dan Benz(1998) menjelaskan bahawa penyelidikan sains sosial sering menggunakan kombinasikuantitatif dan kualitatif.87

Prosedur KajianDalam kajian ini, pengkaji menumpukan kepada tiga aspek utama yang salingberkaitan iaitu reka bentuk modul, m-pembelajaran dan pembelajaran Bahasa Arab diInstitut Pendidikan Guru. Berdasarkan kepada kerangka teori yang dibina, pengkajimembina kerangka konseptual kajian. Secara ringkas, kajian ini melibatkan tiga fasa,fasa pertama dikenali sebagai Fasa Analisis Keperluan, fasa kedua dikenali sebagai FasaReka Bentuk dan Pembangunan dan Fasa Ketiga dikenali sebagai Fasa Penilaian .Fasa Analisis KeperluanDalam Fasa Analisis Keperluan, pengkaji menjalankan analisis keperluanmelalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik kepada 150 orang pelajarProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mengambil Bahasa Arabsebagai mata pelajaran di beberapa IPG pilihan di Malaysia dan 30 orang pensyarahBahasa Arab di IPG pilihan. Sebelum soal selidik diedarkan, pengkaji telahmenjalankan kajian rintis untuk kesahan dan kebolehpercayaan. Analisis Keperluan inidijalankan untuk menentukan keperluan bagi reka bentuk modul M Mu‟allim di IPG,seperti yang dipaparkan dalam Rajah 3.1Analisis keperluan merupakan aspek yang pentingdalam perancanganpendidikan. Pratt (1994) mendefinisikan analisis keperluan sebagai kaedah untukmengenal pasti jurang di antara situasi yang wujud sekarang dengan situasi yangdikehendaki. Sementara McKillip (1987) pula menyatakan keperluan merupakan satupenghakiman nilai bahawa kumpulan tertentu mempunyai masalah yang boleh88

diselesaikan. Dalam aspek analisis keperluan, pengkaji menggariskan prosedur dalamfasa pertama ini:1.Mengenal pasti kumpulan sasaran atau kumpulan yang difokuskan2.Menjalankan analisis keperluan kepada pelajar dan pensyarah3.Kajian rintis dijalankan sebelum soal-selidik diedarkan dalam fasa ini.4.Melibatkan elemen-elemen pilihan dalam Teori Konstruktivisme, TeoriInteraksional dalam Teori Pemerolehan Bahasa dan Teori Instructional SystemDesign (ISD) yang melibatkan aktiviti dan elemen dalam strategi pembelajarandalam modul yang akan dibina.Fasa Reka Bentuk dan PembangunanDalam melaksanakan reka bentuk modul M Mu‟allim, pengkaji mengenal pastipakar-pakar yang boleh membantu dalam kajian ini. Ia dilaksanakan denganmenggunakan teknik Delphi 2 Pusingan. Dapatan Teknik Delphi ini digunakan untukmereka bentuk modul M Mu‟allim di IPG. Teknik Delphi digunakan untuk kajian fasaini kerana teknik ini merupakan kaedah yang terbaik untuk memperoleh persetujuanpakar dalam menentukan elemen-elemen yang boleh dimasukkan dalam reka bentuksesuatu modul (Norlidah Alias, 2010) .Pakar-pakar yang terlibat terdiri daripada pakar dari bidang kurikulum dan rekabentuk pendidikan, teknologi pendidikan dan bidang bahasa Arab. Setelah pengumpulandata yang dilakukan sebanyak dua pusingan, pengkaji mereka bentuk danmembangunkan prototaip modul yang terdiri daripada lapan kali sesi pengajaran danpembelajaran yang melibatkan kuliah, tutorial dan independent self learning (ISL).Kajian ini memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Arab di IPG, melibatkan pelajar89

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 2 yang mengambil matapelajaran bahasa Arab. Kajian ini tidak melibatkan subjek Bahasa Arab tetapimelibatkan subjek metodologi pendidikan bahasa Arab. Kursus Kaedah PengajaranKemahiran Bahasa Arab yang ditawarkan untuk Program Ijazah Sarjana MudaPerguruan (PISMP) di IPG dipilih sebagai isi kandungan kurikulum dalam modul ini.Pembangunan prototaip modul melibatkan pembinaan rancangan pengajaranmingguan, pembangunan laman web pembelajaran, penyusunan isi kandunganpelajaran, strategi dan aktiviti-aktiviti dalam web pembelajaran serta penyediaanperkakasan dan perisian yang terlibat dalam modul m-pembelajaran seperti komputerriba, „netbook‟, dantablet komputer. Rancangan pengajaran mingguan dan isikandungan pelajaran dijalankan kesahan dan kebolehpercayaan.Objektif fasa kedua kajian ini adalah untuk mereka bentuk Modul M Mu‟allimdi IPG. Teknik Delphi 2 pusingan bagi mengenal pasti elemen-elemen yang dapatdimasukkan dalam pembangunan modul pembelajaran Bahasa Arab berasaskan mpembelajaran.Ia menjawab persoalan kajian, bagaimanakah reka bentuk ModulM Mu‟allim di IPG. Ia merangkumi objektifpembelajaran, jenis perkakasan danperisian, isi kandungan pelajaran yang sesuai, aktiviti dan bentuk penilaian dalammodul Pembelajaran Bahasa Arab berasaskan m-pembelajaran di IPG (M Mu‟allim).Seterusnya dijalankan pembangunan prototaip modul pembelajaran Bahasa Arabberasaskan m-pembelajaran berdasarkan elemen-elemen yang disenaraikan. Dalam fasapembangunan, didasari oleh Model Pembinaan Modul Sidek (2001) dalampembangunan modul.Dalam fasa reka bentuk dan pembangunan modul M Mu‟allim, ModelPembinaan Modul Sidek (2001) yang mendasari kajian ini. Model ini menpunyai duaperingkat iaitu : (1) Peringkat menyediakan draf modul dan (2) Peringkat mencuba danmenilai modul.90

Pembinaan MatlamatMODUL LENGKAPDAN SEDIAUNTUKDIGUNAKANMengenal pasti teori,rasional, falsafah,konsep, sasaran dantempoh masaFasa IKajian KeperluanPenilaianPemilihan ObjektifFasa IIIPemilihan IsiKandunganMenguji kesahan dankebolehpercayaanPemilihan StrategiFasa II(Teknik Delphi)Kajian rintis untukmenilai modulPemilihan Perkakasan(Logistik)Pemilihan mediaMenyatukan drafmodulNota :DRAF LENGKAPMODULDIHASILKANPembinaan modul Peringkat I, menyediakan draf modulPembinaan modul Peringkat II, penilaian(mencuba dan menilai modul)Rajah 3.1 Adaptasi Model Pembinaan Modul sidek (Sidek Mohd Noah & JamaludinAhmad, 2001) dalam Pembangunan Modul Pembelajaran M Mu‟allim.Sumber. Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2008), Pembinaan Modul –Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik, Penerbit UPM (2nd ed.,hlm 27)91

Peringkat 1 : Menyediakan Draf Modul M Mu‟allimPeringkat 1 mempunyai 9 langkah bermula dengan pembinaan matlamat dan diakhiridengan penyatuan draf modul. Ia dikenali sebagai draf modul kerana belum dibuktikankesahan dan kebolehpercayaan.a. Pembinaan MatlamatPada bahagian ini, pengkaji menentukan secara umum tujuan pembangunan modul yangmefokuskan kepada pembelajaran bahasa Arab berasaskan m-pembelajaran. Kandunganmodul M Mu‟allim melibatkan pro-forma Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) Semester 2, bagi subjek metodologi pendidikan bahasa Arab iaitu KursusKaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab (BAM 3102). Dua tajuk diambil sebagaikandungan modul M Mu‟allim, iaitu Kaedah Pengajaran kemahiran membaca dankemahiran menulis.b. Mengenal pasti teori, rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masaSebelum reka bentuk dan pembangunan modul M Mu‟allim, pengkaji telah mengenalpasti teori-teori yang terlibat dalam pembelajaran modul M Mu‟allim ialah TeoriKonstruktivisme dan Teori Interaksional dalam Teori Pemerolehan Bahasa. Kedua-duateori tersebut perlu diintegrasikan bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.c. Kajian KeperluanKajian keperluan dibuat merujuk kepada dapatan fasa pertama, analisis keperluan.Dapatan fasa pertama diintepretasikan dan dirumuskan dalam pembangunan modul92

M Mu‟allim. Dapatan analisis keperluan akan menjurus kepada pembinaan elemenelemen dalam modul.d. Menetapkan objektifModul M Mu‟allim yang dibangunkan perlu menyenaraikan objektif tertentu.Pemilihan objektif yang sesuai dipilih menggunakan panel pakar melalui Teknik Delphi2 pusingan. Pemilihan objektif modul penting kerana ia akan menetukan isi kandungansesuatu modul dan pemilihan strategi dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai.e. Pemilihan isi kandunganSetelah membuat pemilihan objektif modul M Mu‟allim, Teknik Delphi 2 pusinganjuga menyenaraikan pemilihan isi kandungan modul. Rujukan isi kandungan modulM Mu‟allim merujuk kepada pro-forma Program Ijazah Sarjana Muda PerguruanPengkhususan Pendidikan Bahasa Arab. Teori Konstruktivisme adalah teori yangmendasari aspek pembelajaran yang diaplikasikan dalam strategi dan aktivitipembelajaran modul. Manakala Teori Interaksional dalam Teori Pemerolehan Bahasaadalah teori yang memfokuskan kepada pembelajaran bahasa Arab. Dua teoripembelajaran ini digabungkan dalam strategi dan aktiviti dalam modul M Mu‟allim.f. Pemilihan strategiLangkah seterusnya adalah pemilihan strategi pembelajaran yang sesuai diterapkandalam modul M Mu‟allim. Pemilihan strategi ini ditetapkan hasil dapatan persepakatanpanel pakar menerusi Teknik Delphi 2 Pusingan. Pemilihan strategi juga selari denganteori pembelajaran yang mendasari kajian iaitu Teori Konstruktivisme dan TeoriInteraksional dalam Teori Pemerolehan Bahasa. Strategi merupakan pelbagai kaedahdan teknik pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)93

Antara strategi yang selari dengan teori pembelajaran adalah pembelajaran kendiri,strategi berperingkat, bimbingan pensyarah, perbincangan dan penyoalan.g. Pemilihan logistikLangkah ini merujuk kepada pemilihan perkakasan teknologi mudah alih yangdigunakandalampembelajaranmodulM Mu‟allim.Pemilihanperkakasanpersepakatan panel pakar tersebut juga melibatkan Teknik Delphi 2 Pusingan. Aspeklogistik ini juga melibatkan aspek bahan-bahan bantu modul yang boleh melancarkanperjalanan pembelajaran modul. Ia juga merujuk kepada kemudahan jalur lebar danprasarana kampus.h. Pemilihan mediaDalam langkah ini, pemilihan media merujuk bahan media yang digunakan untukmengaplikasikan pembelajaran modul M Mu‟allim. Modul yang berasaskan kepadateknologi mudah alih perlu selari dengan media yang digunakan dalam modul. Pakarteknologi mencadangkan bahawa media yang digunakan melibatkan LMS (LearningManagement System) yang dikenali sebagai aTutor.i. Menyatukan draf modul M Mu‟allimSetelah kesemua langkah selesai dan dapatan Teknik Delphi dirumuskan, maka drafmodul disatukan dan dibangunkan. Langkah ini mengambil masa yang panjang keranaia memerlukan penelitian dan kemahiran dalam membangunkan modul M Mu‟allimkhususnya bahan media iaitu web LMS aTutor. Berpandukan kepada pro-forma danrancangan pembelajaran mingguan yang dibina, draf modul mengandungi 8 submodulyang melibatkan 8 minggu pembelajaran. Akhirnya modul M Mu‟allim disatukan dandibuat salinan cetakan bagi rancangan pembelajaran mingguan, tatacara penggunaan94

bahan media (web LMS aTutor) mengikut bilangan panel pakar yang terlibat. Bahanmedia bagi modul M Mu‟allim yang melibatkan web LMS aTutor dapat dilayari secaralangsung. Draf modul M Mu‟allim seterusnya melalui peringkat kedua iaitu peringkatpercubaan dan penilaian. Draf modul M Mu‟allim yang melibatkan randibuatkesahandankebolehpercayaan dalam fasa penilaian bagi peringkat percubaan dan penilaian. Setelahdibuat kesahan dan kebolehpercayaan, modul M Mu‟allim dijalankan penilaiankepenggunaan.Peringkat 2: Mencuba dan Menilai ModulPada peringkat kedua, modul yang telah dibangunkan akan melalui kajian rintis erbuktikesahandankebolehpercayaan yang tinggi, barulah ia boleh dianggap sebagai modul yang lengkap.a. Kajian Rintis Modul M Mu‟allimKajian rintis bagi pelaksanaan modul telah dilakukan dengan bantuan seorangpensyarah bahasa Arab yang mengajar subjek tersebut dengan 20 pelajar PISMP Elektifbahasa Arab Semester 1 dari IPG yang sama. Tujuan kajian rintis ini adalah bagimemastikan kesesuaian modul dari segi peruntukan masa, kejelasan arahan, kesesuaianpembahagian submodul dan aktiviti-aktiviti yang disusun. Kajian rintis dijalankandalam tempoh sebulan sahaja kerana ia hanya melibatkan satu tajuk kemahiran. untukmendapatkannilaikebolehpercayaan. Dapatan kebolehpercayaan dianalisis menggunakan CronbachAlpha.95

b. Menentukan kesahanModul M Mu‟allim ditentukan kesahan kandungan oleh panel pakar bahasa Arab.Modul yang dijalankan kesahan melibatkan rancangan pengajaran mingguan, isikandungan pelajaran dan bahan-bahan pembelajaran dalam web pembelajaran. Kesahansesuatu modul menggambarkan sejauh mana modul tersebut menghasilkan apa yangseharusnya modul itu hasilkan. Modul yang mendapat kesahan yang tinggi adalahmodul yang disepakati oleh panel pakar dapat mencapai objektif modul tersebut.Kesahan yang tinggi dapat dinilai melalui item-item soal selidik yang diberi 4 skalaLikert yang mendapat nilai min yang tinggi iaitu 3 dan 4.Kesahan kandungan sesuatu alat ukur dapat diperolehi dengan bantuan penilailuar. Penilai luar bertindak untuk memastikan domain-domain yang terkandung dalamalat ukuran tersebut mewakili bidang yang dikaji. Penilai luar biasanya terdiri daripadapakar-pakar bidang yang berkaitan dengan bidang yang dikaji oleh pengkaji. Penilailuar juga bertujuan untuk menilai kesesuaian butiran yang digunakan bagi mengukurdomain yang dipilih.Kesahan bagi modul M Mu‟allim melibatkan enam penilai luar yangmerupakan panel pakar dalam bidang bahasa Arab iaitu dua pensyarah kanan bidangbahasa Arab dari Universiti Islam Antarabangsa, dua dari Universiti KebangsaanMalaysia dan dua dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Penilaiankesahan pakar telah dibuat selepas draf modul siap dibina. Kesahan panel pakar bahasaArab melibatkan kesahan isi kandungan pelajaran bagi subjek metodologi pendidikanbahasa Arab iaitu Kursus Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab (BAM 3102) danrancangan pembelajaran mingguan.96

Fasa PenilaianPenilaian dilakukan dalam fasa ini ialah penilaian kepenggunaan PrototaipModul Pembelajaran Bahasa Arab berasaskan m-pembelajaran di IPG (M Mu‟allim).Dalam fasa ini, sebanyak lapan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankandalam tempoh dua bulan menggunakan prototaip modul M Mu‟allim. Model PenilaianKepenggunaan TUP (Bednarik, 2002) digunakan untuk menilai kepenggunaan modultersebut. Rajah 3.3 menunjukkan prosedur kajian bagi fasa penilaian.97

MulaANALISIS KEPERLUANSoalan KajianApakah keperluan Modul m-pembelajaranbagi pembelajaran bahasa Arab di IPG?Kajian RintisdijalanAnalisis KeperluanKaedah Soal SelidikDimasukkan elemen-elemen pilihan bagi:Teori Interaksional dalam Teori PemerolehanBahasaTeori KonstruktivismeModel ISDPembahagian Analisis Keperluan:Penggunaan Perkakasan & PerisianPengetahuan m-pembelajaranReka Bentuk ModulAnalisis Data :Min & KekerapanREKA BENTUK & PEMBANGUNANPENILAIAN KEPENGGUNAANRajah 3.1. Carta Alir Fasa Analisis98

MulaANALISIS KEPERLUANREKA BENTUK MODULSoalan KajianBagaimanakah Modul m-pembelajaran bagiBahasa Arab di IPG?Pakar B.ArabPakar ITPakar KurikulumPengumpulan DataTeknik Delphi (2Pusingan)Analisis Data :Median & ModJulat antara kuartilWilcoxonAnalisis Data &Penulisan Laporan kajianPEMBANGUNAN MODULPembangunan Prototaip Modul:Pemilihan elemen daripada kesepakatan pakar (Delphi)Berdasarkan model dan teori yang dipilihBina Rancangan Pembelajaran & Web Mu’allimPenyediaan perkakasan & perisian m-pembelajaranKesahan & Kebolehpercayaan ModulKajian Rintis ModulPENILAIAN KEPENGGUNAANRajah 3.2. Carta Alir Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan99

MulaANALISISKEPERLUANREKA BENTUKPEMBANGUNANMODULPENILAIAN KEPENGGUNAANSoalan KajianApakah penilaian kepenggunaan modulM Mu’allim ?PeringkatPenilaianModel PenilaianKepenggunaan TUPSelepasPerlaksanaanRetrospeksi pelajarRetrospeksi pensyarahInstrumenTemubual Separa StrukturAnalisis DataData KualitatifPelaporanDapatan Kajian berbentuk kualitatifRajah 3.3 : Carta Alir Fasa Penilaian100

Setelah setiap fasa dijelaskan dalam bentuk rajah carta alir, maka pengkaji membinakerangka prosedur kajian yang menjelaskan hubungan setiap fasa dalam pembangunanmodul pembelajaran bahasa Arab berasaskan m-pembelajaran di IPG (M Mu‟allim).Soalan KajianFasa 1:Analisis KeperluanApakah keperluanm-pembelajaran dalammodul pembelajaran BAM-Pembelajaran BAFasa2 dan 3:Reka Bentuk &Pembangunan ModulBagaimanakah rekabentuk modulm- pembelajaran B.Arabdi IPGFasa 4

85 Bab 3 Metodologi Kajian Pendahuluan Bab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini.

Related Documents:

0.4 Objektif Kajian 3 0.5 Kepentingan Kajian 3 0.6 Skop Kajian 4 0.7 Huraian Tajuk 4 0.8 Kajian Literatur 6 0.9 Metodologi Kajian 8 0.10 Sistematika Penulisan 12 . BAB SATU: PENGENALAN TERHADAP METODOLOGI MUHADD

1.2 Permasalah Kajian 4 1.3 Kajian Terdahulu 8 1.4 Skop Kajian 21 1.5 Objektif Kajian 21 1.6 Kepentingan Kajian 22 1.7 Metodologi Kajian 26 1.7.1 Sumber-Sumber Primer 27 1.7.2 Sumber-Sumber Sekunder 28 1.7.3 Metode Analisis Data 28 1.8 Huraian Istilah Tajuk Kajian 29 .

Pembangunan Rusun ASN Pemkab Malang)" dengan membuat Bab I samapi Bab V. Bab I berisi Pendahuluan, Bab II berisi Tinjauan Pustaka, Bab III berisi Metodologi Penelitian, Bab IV berisi Analisa dan Pembahasan, Bab V berisi Kesimpulan dan Saran. Penulis menyadari sepenuhnya, bahwa tugas akhir ini jauh dari sempurna.

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .

Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar di tiga sekolah agama Kerajaan . 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 10 2.2 Kajian Literatur 10 2.3 Teori dan Konsep 21 . 6 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 22 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Kerangka Teoretikal 22 .

BAB II KAJIAN TEORI DAN KERANGKA BERPIKIR A. Kajian Teori Kajian teori merupakan deskripsi hubungan antara masalah yang diteliti dengan kerangka teoretik yang dipakai. Kajian teori dalam penelitian dijadikan sebagai bahan rujukan untuk memperkuat teori dan mem

BAB II KAJIAN TEORI DAN KERANGKA PEMIKIRAN A. Kajian Teori Kajian teori berfungsi sebagai landasan teoretik yang digunakan oleh peneliti untuk membahas dan menganalisis masalah yang diteliti. Kajian teori disusun berdasarkan perkembangan terkini bidang ilmu yang berkaitan dengan inti penel

11th August 2020 Please ensure your microphone is muted throughout the presentation The slides today will be presented with the opportunity for the audience to post questions during the presentation using the chat function. Questions submitted through the chat function will be recorded and responses will be provided after the event. Responses will be posted on CCS website page and will be .