PENGUASAAN KOSA KATA ARAB MENERUSI AKTIVITI “JAWLAH .

3y ago
263 Views
57 Downloads
817.77 KB
13 Pages
Last View : 29d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Noelle Grant
Transcription

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, KhazriOsman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir FakultiPengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza ISBN978-967-5478-78-9PENGUASAAN KOSA KATA ARAB MENERUSI AKTIVITI “JAWLAH LUGHAWIYYAH”Wan Abdul Hayyi Wan Omar1, Mohd Shahrizal Nasir2, Mohd Firdaus Yahaya3,Zulazhan Ab. Halim4wahayyi@unisza.edu.myFakulti Bahasa dan KomunikasiUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)1,2,3,4Abstrak : Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua masih belum mencapai hasil yangmemberangsangkan, kegagalan menguasai kosa kata yang mencukupi dalam penyampaian maknayang tepat antara penyumbang utama kerencatan penguasaan kemahiran berbahasa di samping faktormotivasi dan tanggapan negatif terhadap pembelajaran bahasa. Kosa kata memainkan peranan pentingdalam penyampaian idea dalam semua kemahiran berbahasa. Pelbagai pihak aktif menawarkanpembelajaran bahasa Arab sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan persatuandalam bidang berkaitan bahasa Arab. Sebagai contoh, program j-QAF diperkenalkan bagimeningkatkan mutu pendidikan negara dengan melahirkan insan yang berkemahiran multi-bahasa.Oleh itu, satu aktiviti alternatif dengan tujuh peringkat pembelajaran bahasa dikenali JawlahLughawiyyah yang berkonsepkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah yang memaksimumkanpengunaan panca indera yang afektif dan berstruktur diperkenalkan dan ia mampu memberi kesanpositif dalam peningkatan pemerolehan bahasa. Aktiviti ini telah dijalankan ke atas para pelajar bukanpenutur jati di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah AgamaKhairiah, Terengganu. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap penguasaan kosa kataArab para pelajar sebelum dan selepas mengikuti aktiviti Jawlah Lughawiyyah yang dianalisisdaripada hasil penulisan mereka. Seramai 30 pelajar tingkatan empat daripada setiap sekolah telahdipilih secara rawak dan telah menjalani aktiviti ini. Proses pengumpulan data melalui ujian pra danpasca telah dijalankan terhadap sampel dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif; rubrikpemarkahan Wikispaces dan kuantitatif; t-test menggunakan perisian GraphPad Prism. Hasil dapatankajian menunjukkan terdapat signifikan ketara dalam peningkatan kosa kata iaitu dari 33.3%meningkat kepada 100%. Justeru, kajian ini mencadangkan agar aktiviti Jawlah Lughawiyyahdipraktikkan dalam proses P&P bahasa Arab khususnya melibatkan pelajar daripada kalangan bukanpenutur jati.Kata kunci : pembelajaran Bahasa Arab, bukan penutur jati, Jawlah Lughawiyyah, kosa kata.PendahuluanPenguasaan bahasa asing adalah satu keperluan mendesak masyarakat khasnya penguasaan bahasaArab yang menjadi satu nilai tambah terhadap individu muslim. Penguasaan muslim dalam bahasa alQuran melonjakkan lagi nilai afektif ibadat dan penjiwaan dalam beribadah. Bahasa Arab telahdiiktiraf oleh Allah SWT sebagai bahasa agung sehingga dinobatkan sebagai bahasa al-Quran yangmenjadi sumber utama ilmu dan tamadun. Malah, penguasaan bahasa asing merupakan satu sunnahpenting baginda Nabi Muhammad SAW seperti yang dinukilkan dalam al-Jami’ al-Sahih li al-Tirmizioleh Muhammad bin Isa Abu Isa al-Tirmizi (t.t) dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-A’mashdaripada Thabit bin ‘Ubayd al-Ansari daripada Zaid bin Thabit: “Dan sesungguhnya nabi SAW telah1

memerintahkan aku supaya mempelajari bahasa Suryani”.Kepelbagaian bahasa dan gaya komunikasi menjadikan manusia saling memerlukan dalammempertingkatkan kualiti hidup dan bermuamalat, Allah SWT menjadikan manusia dengan pelbagaibangsa dan bahasa agar manusia dapat saling belajar dan berkongsi matlamat dalam kehidupan,Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikankekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamudan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagigolongan yang berpengetahuan.” (al-Quran, 30: 22).Bahasa adalah binaan kod-kod yang menghubungkan idea-idea tertentu yang dikongsikansekumpulan masyarakat manusia yang menghasilkan makna dalam bentuk bunyi perkataan, gerakbadan dan simbol-simbol yang membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama (Lahey 1988).Kod-kod yang dihasilkan membentuk kefahaman komunikasi ini akhirnya membentuk materi bahasayang terdiri daripada kosa kata, fonologi dan tatabahasa (Shlomo Sharan 2009).Pelbagai pihak telah berusaha menawarkan pembelajaran bahasa Arab sama ada di peringkatsekolah, institusi pengajian tinggi mahupun pertubuhan atau persatuan yang mempunyai kaitandengan bidang bahasa Arab. Institusi pondok antara intitusi terawal yang dikenal pastimengembangkan pembelajaran bersumberkan bahasa Arab, peranan ini dikembangkan lagi olehinstitusi awam dan persendirian yang kemudiannya diambil peranan secara berfokus oleh kerajaandengan memperkenalkan program j-QAF (Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain) kepada parapelajar sekolah rendah di Malaysia, ia dilihat satu pengiktirafan terhadap kepentingan bahasa Arabdalam meningkatkan mutu pendidikan negara yang melibatkan penguasaan bahasa asing selaindaripada penguasaan terhadap bahasa ibunda (Jasmi 2002).Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia terikat dengan pembelajaran secara tradisional dalambilik darjah, guru menjadi pusat utama dan rujukan dalam pembelajaran (pembelajaran berpusatkanguru), pembelajaran hanya akan berlaku ketika kehadiran guru. Kebanyakan kelas pembelajaran masakini masih mencadangkan 40-50 murid dalam satu kelas menjadi satu beban pengajaran kepada gurudalam memberikan fokus dan input yang terbaik. Keadaan ini sering melahirkan pelajar yang tidakberfikir secara kendiri dalam merungkai dan menyelesaikan masalah, segala bebanan pembelajarandiletakkan pada bahu guru.Penggunaan sistem Talaqqi dan Musyafahah dari dahulu hingga kini antara sistem yangmempunyai peranan tersendiri dalam mengikat dan meningkatkan penguasaan ilmu dan ia mampumemangkin ketajaman hafalan pelajar, namum pembahagian kelas dengan kapasiti pelajar yang ramaidalam satu-satu masa adalah tidak praktikal malah mengecilkan ruang praktikal berulang pelajardalam mengulangi kosa kata dan ilmu baru yang baru dikumpulkan. Situasi ini bakal kerencatanpenguasaan ilmu khasnya dalam kemahiran berbahasa dan motivasi belajar pelajar. Kekurangan ruangdan peluang berkomunikasi dan mempraktikkan ilmu bahasa melahirkan pelajar yang takut untukberkomunikasi dalam bahasa Arab. Ruang yang luas dan jauh daripada tekanan bilik darjah yangdisokong oleh perbendaharaan kata yang mencukupi mampu pembentukan perspektif pembelajaranyang menarik, ia dapat membantu pelajar dalam meningkatkan motivasi dan tahap penguasaankemahiran berbahasa terutama kemahiran menulis dan bertutur (Hisham Khuddaj 2007).Pelajar era 2000-an adalah insan yang terdedah dengan media baharu dan moden dilihat lebihcenderung kepada aktiviti dan penerokaan sendiri menggunakan panca indera sama ada secara modenseperti pembelajaran berbantukan komputer menggunakan audio-visual, pelayaran internet danpermainan eletronik atau tradisonal seperti belajar sambil berhibur atau bersiar di luar bilik darjah.Pembentukan suasana pembelajaran bahasa Arab yang melibatkan panca indera yang afektif menerusiaktiviti di luar bilik darjah yang menggabungkan beberapa teknik dalam pengajaran secara santai,berstruktur, menarik, sedap didengar, mudah dipelajari, moden dan menyeronokkan mampu memberi2

kesan positif dalam peningkatan perbendaharaan kata pelajar bukan penutur jati, pastinyamemudahkan pelajar memahami kandungan pelajaran dan membentuk perspektif tersendiri dalampmbelajaran bahasa Arab seperti menarik (Ghazali et al. 2010, Zawawi Ismail et al. 2011, IsmailMuhammad et al. 2013).PERNYATAAN MASALAHKebanyakan pelajar mula mempelajari bahasa Arab sejak berada sekolah menengah agama dan mulamempelajari subjek bahasa Arab sejak dari tingkatan satu dan sesetengahnya bermula seawal darjahsatu. Pendekatan pembelajaran berasaskan keterampilan bahasa yang memfokuskan kemahiranmendengar, bertutur, membaca dan menulis sentiasa diambil berat. Dalam membina kemahiranberbahasa, mereka diajar cara-cara menulis ayat bahasa Arab dengan betul berasakan materi bahasa.Begitu juga dalam peperiksaan, mereka dinilai berdasarkan tahap penulisan. Selepas tiga tahunbelajar, mereka menduduki peperiksaan PMR. Dalam jangka masa yang panjang itu, sudah tentumereka mampu menulis dengan baik (Rosni 2012). Namun, hasil kajian yang dijalankan terhadap parapelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)mendapati tahap penguasaan mereka adalah lemah (Hanani Hasan 2011 & Wan Abdul Hayyi 2011).OBJEKTIFKertas kerja ini dihasilkan melibatkan penyelidikan berkenaan aktiviti Jawlah Lughawiyyah. Kajianini dijalankan dengan objektif sepertimana berikut:1) Memperkenal aktiviti Jawlah Lughawiyyah kepada para pelajar yang mempelajari bahasa Arabpada peringkat menengah.2) Mengenal pasti tahap pertambahan perbendaharaan kata para pelajar yang mengikuti aktivitiJawlah Lughawiyyah.SOROTAN LITERATURSeseorang pelajar mampu menghasilkan simbol-simbol grafik yang tersusun melalui penulisanberdasarkan ayat-ayat pertuturan berurutan yang terbentuk menerusi perkataan-perkataan bermaknayang akhirnya disampaikan menerusi penceritaan peristiwa atau luahan perasaan dalam penulisanberbentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak sama ada dalam nukilan panjang atau pendek(Kamarudin & Siti Hajar 1997, Ismail Muhammad et al. 2013). Namun, ruang, peluang dan galakanperlu diberikan agar mereka merasa selamat untuk mengaplikasikan bahasa Arab dalam kehidupanseharian, Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis amat mencabar kerana ia berkaitrapat dengan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran membaca. Pemerolehan kosa kata yangmencukupi turut mempengaruhi proses penguasaan kemahiran menulis yang melibatkan kemampuanmengungkap iaitu, memilih perkataan yang betul dan menyusunnya mengikut susunan yang betul dansesuai bagi menggambarkan makna yang diungkapkan (Hassan Shahatah 1993).Kemahiran berbahasa secara umumnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu, kemahiranmendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran-kemahiranini dipelajari secara beransur-ansur dari yang paling asas dan mudah kepada yang kemahiran yangkompleks. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas pertama yang dipelajari oleh kanakkanak pada peringkat awal (al-Madkur 2001), malah ia menjadi kemahiran yang utama sebelummenguasai kemahiran-kemahiran yang lain (Hyslop & Ton 1988). Namun, pendedahan yangberterusan, sistematik dan berperingkat terhadap kemahiran menulis antara aspek yang perlu diberi3

penekanan serius dalam proses pembelajaran bahasa, malah ia kini menjadi salah satu kaedahkomunikasi berkesan (Roselan Baki 2003, Yah et al. 2010).Kajian Hisham Khuddaj (2007) menyatakan bahawa pembelajaran yang melibatkan aktiviti diluar bilik darjah mampu memberi kesan positif dalam peningkatan pemerolehan bahasa. Aktivitibahasa di luar bilik darjah yang dijalankan secara santai dengan mementingkan aspek pemerolehankemahiran berbahasa mampu memberi motivasi kepada pelajar dalam proses pembelajaran bahasa.Hasil kajian membuktikan bahawa aktiviti bahasa yang dijalankan di luar ruang bilik darjah memberibanyak manfaat kepada pelajar terutama dalam pemerolehan kemahiran menulis. Hal ini keranapelajar dikehendaki untuk membuat laporan pada akhir sesi pembelajaran sebagai hasil daripadaaktiviti luar bilik darjah yang telah dijalankan.Kajian ini menjadi asas kepada pengaplikasian aktiviti Jawlah Lughawiyyah terhadappeningkatan tahap kemahiran bahasa Arab bagi para pelajar bukan penutur jati. Pembelajaran bahasaArab di Malaysia masa kini hanya tertumpu kepada aktiviti di dalam bilik darjah menerusi pendekatanpengajaran tradisional yang berpusatkan guru semata-mata, keadaan ini kurang memberikan pelajarpeluang untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam aktiviti harian mereka di luar kelas selepassesi pembelajaran (Azani Ismail et al. 2012, Ashinida Aladdin 2012), peranan pelajar sebagaipenerima maklumat perlu diubah menjadi peneroka kepelbagaian maklumat menerusi aktivitipembelajaran berpusatkan pelajar agar ruang yang luas dapat disediakan dalam meneroka kemahiranbahasa. Para guru wajar berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator dalam pengendalian sesipengajaran dan pembelajaran (Mohd Feham & Mohd Firdaus 2011). Perkara ini turut disokong olehEsah Sulaiman (2003) dalam Che Zanariah Che Hassan dan Fadzillah Abd. Rahman (2011) yangmencadangkan pendekatan pengajaran yang sama seperti yang diterangkan dalam Rajah ndah kepadaPelajarRAJAH 1: Perubahan Peranan GuruJAWLAH LUGHAWIYYAHAktiviti Jawlah Lughawiyyah adalah aktiviti pembelajaran bahasa yang disusun dalam tujuh langkahberstruktur yang terhasil daripada gabungan beberapa teknik pembelajaran bahasa yang telah diujikeberkesanannya dalam meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukanpenutur jati khususnya melibatkan kemahiran menulis dan pemerolehan perbendaharaan kata. Aktivitiini menggabungkan pendekatan Pembelajaran Kendiri (Student Centred Learning), PembelajaranAktif (Active Learning) dan Pembelajaran Berkumpulan (Study Group) yang digerakkan secarabersama dalam menjalankan aktiviti Jawlah Lughawiyyah. Penyusunan aktiviti ini dibuatbersandarkan pendekatan tahap kemahiran dan outcome selari dengan objektif pembelajaran sepertiyang dicadangkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.Taksonomi Bloom telah menggariskan tiga domain yang merangkumi domain kognitif, afektifdan motor-psiko. Domain kognitif digunakan untuk menilai kemahiran intelektual menerusi dapatanmaklumat, analisis dan menilai maklumat. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukurkemahiran generik, penghayatan dan penggunaan panca indera yang diterapkan melalui penglibatanpelajar dalam aktiviti dan perbincangan secara berkumpulan seperti pengalaman lawatan, perasaan4

ketika menyentuh, melihat artifak sejarah dan sebagainya. Seterusnya domain motor-psiko pulabertujuan untuk mengukuhkan kemahiran praktikal dan teknikal dalam penerapan dapatan ilmumenerusi proses latihan komunikasi, pembentangan, pembinaan kertas kerja, pengajaran danperkongsian dapatan secara audio visual (Aqilah et al. 2005).Langkah 1: Penetapan tahap penguasaan bahasa.Langkah 2: Ta’aruf dan penerangan mengenai tugasan.Langkah 3: Pengumpulan maklumat berkaitan tugasan (aktiviti berkumpulan).Langkah 4: Perkongsian maklumat yang diperoleh daripada tugasan(aktiviti berkumpulan).Langkah 5: Bengkel / diskusi maklumat dikumpul (aktiviti individu).Langkah 6: Penulisan karangan berkaitan maklumat terkumpul (aktiviti individu).Langkah 7: Seminar yang melibatkan pembentangan keseluruhan aktiviti JawlahLughawiyyah.RAJAH 2: Langkah-langkah dalam Aktiviti Jawlah LughawiyyahRajah 2 menunjukkan langkah-langkah yang disusun dalam aktiviti Jawlah Lughawiyyah.Terdapat tujuh langkah yang disusun bersesuaian dengan Taksonomi Bloom. Semua langkah-langkahdalam aktiviti Jawlah Lughawiyyah dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Arab.Langkah 1: Penetapan tahap penguasaan bahasaPada peringkat awal, pengajar dicadangkan untuk mengadakan satu penilaian awal (ujian pra)sebelum melaksanakan aktiviti ini bagi mengukur tahap penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar,penilaian boleh juga diambil daripada penilaian akhir tahun sebelumnya atau dari mana-manapeperiksaan yang setara dengan peringkat pelajar terkini. Tujuan penilaian awal ini dijalankan adalahbagi membantu para pengajar dalam proses pembahagian kumpulan. Pembahagian ahli kumpulanperlu seimbang antara pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi, sederhana dan rendah.Seterusnya penilaian awal juga boleh digunakan untuk melihat peningkatan tahap penguasaan bahasasebelum dan selepas menyertai aktiviti ini.Kemahiran yang diuji dalam aktiviti ini adalah kemahiran bertutur dan menulis sahaja.Sebenarnya, Langkah 1 ini turut memberi ruang kepada pengajar untuk mengenali tahap penguasaansetiap pelajar. Pengetahuan sedia ada berkenaan bahasa Arab yang dimiliki oleh para pelajar tidakboleh diabaikan, sebaliknya ia perlu dimanfaatkan agar proses pembelajaran dalam diri setiap pelajarmengalami peningkatan dari semasa ke semasa.Set soalan bagi pra ujian ini perlu memasukkan komponen kandungan pelajaran yang telahdipelajari oleh pelajar sebelum mengikuti kelas semasa. Bagi kumpulan pelajar yang baru pertamakali mengikuti pembelajaran bahasa Arab, soalan berkaitan bacaan al-Quran dan tulisan menggunakanhuruf hija’iyyah atau jawi adalah relevan untuk dimasukkan dalam set soalan ujian pra. Pengajardiingatkan bahawa soalan ujian pra dan ujian pasca adalah setara agar penilaian dibuat adalah adil danjelas.Langkah 2: Ta’aruf dan penerangan mengenai tugasanPada langkah ini, pengajar dicadangkan untuk mengadakan sesi ta’aruf (suai kenal) antara ahlikumpulan serta penerangan mengenai tugasan yang akan mereka jalankan. Hal ini bagi membantupelajar untuk membiasakan diri bersama para ahli kumpulan mereka yang lain. Sesi ta’aruf akandijalankan dengan menggunakan bahasa Arab. Hal ini dapat mengelakkan para pelajar daripadamasalah-masalah yang kerap berlaku dalam komunikasi seperti gementar, tiada semangat untukmencuba, tiada persediaan yang mencukupi, tidak yakin pada diri sendiri, khuatir diketawakan olehrakan sendiri serta takut untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Dengan cara ini, ia memberi ruang5

yang selesa serta motivasi kepada para pelajar agar menggunakan bahasa Arab sebagai medium untukberkomunikasi sesama rakan mereka.Langkah ini merupakan antara langkah permulaan dalam aktiviti Jawlah Lughawiyyah,pengajar boleh memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar yang lemah untuk berkomunikasi dalambahasa Arab dan bahasa Melayu secara minima. Apa yang lebih penting, setiap pelajar berusaha padatahap yang maksima untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Mereka tidak berasa rendah diri ketikaberkomunikasi dalam bahasa Arab, malah lebih bersemangat untuk bercakap dalam bahasa Arabdengan perbendaharaan kata yang telah sediakala dimiliki. Selain itu, pengajar boleh menyampaikanmaklumat-maklumat tambahan yang berkaitan dengan aktiviti Jawlah Lughawiyyah kepada parapelajar. Sebagai contoh, galakan membawa kamus sepanjang aktiviti ini dijalankan perlu diberikankepada para pelajar. Kamus yang boleh digunakan meliputi kamus bahasa Arab penuh atau dalambentuk dwi bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu.Langkah 3: Pengumpulan maklumat berkaitan tugasan (aktiviti berkumpulan)Pada langkah ini, pelajar akan menjalankan aktiviti luar bilik darjah. Contoh aktiviti yang dijalankanadalah seperti aktiviti lawatan ke muzium, tempat bersejarah, perpustakaan, pusat sains, tamanhaiwan, bengkel kraf tangan dan seumpamanya. Tempat-tempat seperti ini menjadi pilihan untukaktiviti Jawlah Lughawiyyah kerana terdapat banyak perbendaharaan kata yang boleh diperolehi olehpelajar sama ada dalam bentuk kata nama (ism) atau kata kerja (fi’l). Pembentukan suasana belajaryang melibatkan penggunaan panca indera insan dalam situasi tertentu di luar ruang bilik darjahmemberi banyak manfaat kepada pelajar terutama dalam proses pemerolehan perbendaharaan kata.Dengan perbendaharaan kata yang mencukupi, ia akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkantahap penguasaan kemahiran berbahasa terutama kemahiran bertutur dan menulis. Pengajardicadangkan membahagikan tugasan dalam bentuk kumpulan dengan tidak meletakkan pelajar daritahap yang sama.Aktiviti seperti ini dicadangkan agar pelajar lemah boleh belajar daripada pelajar yangcemerlang di samping memperkukuhkan kemahiran pelajar cemerlang melalui perkongsian ilmusesama rakan. Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat yang boleh didapati daripada pemerhatian,pembacaan, penghayatan, sentuhan, pendengaran dan lain-lain ketika aktiviti

positif dalam peningkatan pemerolehan bahasa. Aktiviti ini telah dijalankan ke atas para pelajar bukan penutur jati di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Agama Khairiah, Terengganu. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata

Related Documents:

mengenalkan kosa kata terlebih dahulu. Dengan banyaknya kosa kata yang anak miliki maka memudahkan anak dalam berbicara dan membaca. Suhartono (2005: 15) mengemukakan bahwa anak pada umumnya mempunyai kosa kata yang terbatas pada kosa kata yang pernah ia dengar dari orang-orang yang ada disekelilingnya, terutama orang tuanya sendiri.

a. Untuk mengetahui penerapan permainan bahasa tusuk kata dalam meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Arab pada siswa kelas IV di MI Ma’arif Singosaren Ponorogo. b. Untuk mengetahui peningkatan penguasaan kosa kata Bahasa Arab melalui permainan bahasa tusuk kata pada siswa kelas IV di MI Ma’arif Singosaren Ponorogo. E. Manfaat Penelitian

kata dalam pembelajaran bahasa Arab (Harun & Maimun Aqsha Lubis, 2015), dan aspek saiz dalam pembelajaran kosa kata (Harun & Zawawi, 2014). Aspek pengajaran kosa kata Arab pula didapati kurang diberi tumpuan meluas berbanding bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Kajian pengajaran kosa kata juga banyak dijalankan

kesulitan dalam menghafal kosa kata bahasa Arab. Peserta didik ramai sendiri, konsentrasi belajar kurang serta kurangnya penggunaan media pembelajaran yang menarik khususnya pada materi kosa kata bahasa Arab, yang mengakibatkan kemampuan menghafal kosa kata peserta didik rendah. Untuk menyikapi

2. melihat peningkatan kosa kata murid dalam penulisan karangan. KAJIAN LEPAS Semua pendidik bahasa dan ahli linguistik pasti setuju bahawa penguasaan kosa kata merupakan antara faktor penting dalam proses pembelajaran murid untuk menjadi lebih fasih dalam bahasa tersebut, dari segi tulisan mahupun lisan.

PENINGKATAN PENGUASAAN KOSA KATA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DENGAN PENGGUNAAN MEDIA GAMBAR (Penelitian Tindakan Kelas pada Siswa Kelas VII A Kulliyatul Mu’allimin Al-Islamiyyah Pondok Pesantren Ta’mirul Islam Tegalsari Surakarta Tahun Pelajaran 2015/2016)

Kabupaten Banjar, diketahui bahwa siswa disana dalam penguasaan kosakata bahasa arab rendah. Hal ini dapat dilihat minimnya kosa kata yang mereka miliki, kurang bersemangat dalam menghafal kosa kata dan mengikuti pelajaran Bahasa Arab, karena metode yang digunakan kurang menarik.

The school quality measurement method used in this study is the Malcolm Baldrige Education Criteria for Performance Excellence (MBECfPE), which is one part of the Malcolm Baldrige National Quality Award / MBNQA assessment criteria. Malcolm Baldrige National Quality Award / MBNQA is a formal quality management system that applies in the United States. MBNQA was first created by U.S. Congress .