Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Di Bawah .

3y ago
52 Views
2 Downloads
643.02 KB
14 Pages
Last View : 11d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Rosemary Rios
Transcription

Jurnal Pembangunan Sosial (Edisi Khas) Policy & Profesional Development: 87-100Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di bawahDasar Warga Emas Negara(Effectiveness of the Older Person Activitiy Center (PAWE) Under TheNational Policy for Older Person)NORAIDA IBRAHIM, ZARINA MAT SAAD & FATIMAH ZAILLYAHMAD RAMLYPusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja SosialUniversiti Utara MalaysiaE-mel: aida adea@ymail.comAbstrakPenuaan penduduk merupakan satu fenomena yang bakal melanda Malaysiapada abad ke-21 kelak. Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2007 menyatakan penduduk warga emasdi Malaysia dijangka meningkat daripada 7 peratus kepada 14 peratuspada tahun 2030 dan ianya hanya mengambil masa selama 28 tahun sahajaberbanding negara Sweden yang telah mengambil masa selama 112 tahununtuk perubahan yang sama. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menggubalDasar Warga Tua Negara pada tahun 1995 dan kemudiannya telah ditambahbaik menjadi Dasar Warga Emas Negara (DWEN) pada 5 Januari 2011.Pusat Aktiviti Warga emas (PAWE) merupakan program pembangunan yangtelah diwujudkan di bawah DWEN sejak tahun 2001. Pengwujudan PAWEdilihat sebagai satu alternatif bagi menangani isu dan cabaran warga emaspada masa kini dan akan datang. Satu kajian mengenai keberkesanan PAWEterhadap tahap kesejahteraan warga emas telah dijalankan kepada 78 orangwarga emas yang telah hadir mengikuti aktiviti di PAWE yang berada di NegeriSelangor. Kajian ini mengunakan kaedah soal selidik dan menggunakan teknikpersampelan mudah. Hasil kajian mendapati tahap kesejahteraan respondenberada pada tahap yang tinggi dan membuktikan keberkesanan PAWE dapatmembantu warga emas menjalani hidup lebih sejahtera. Ini secara langsungdapat membantu pihak kerajaan untuk menambahbaik program yangdijalankan di PAWE.Kata kunci: Penuaan, Dasar Warga Emas Negara, warga emas, Pusat AktivitiWarga Emas, tahap kesejahteraan.

88Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 19, Keluaran Khas (Bil 3)AbstractPopulation aging is a phenomenon that will hit Malaysia in the 21st century.According to the United Nations (UN) in a report issued in 2007, older personin Malaysia are expected to increase from 7 percent to 14 percent in 2030 within28 years as opposed to the country Sweden, which took 112 year for the samechange. Recognizing this, the Government has formulated the National Policyfor the Elderly in 1995. Later this policy and plan has been improved on 5January 2011 as a Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Older Person ActivityCenter (PAWE) is a development program that has been established underDWEN program since 2001. The establishment of PAWE seen as an alternativeto address the issues and challenges of older persons in the present and future.A survey was conducted to see effectiveness PAWE to level of wellbeing among78 elderly people who were present at the following activities PAWE locatedat Selangor. This study uses interview and convinience sampling technique.Results show that the respondents level of wellbeing is at a high level and proveeffectiveness PAWE can help well-being of the older persons in Malaysia. Thisdirectly helps the government to improve the programs in PAWE.Keywords: Aging, National Policy for Older Person, older person, olderperson activity center, well-being.PengenalanJabatan Perangkaan Malaysia (2010) menerusi laporan Banci Penduduk danPerumahan Malaysia telah melaporkan seramai 2,251,216 orang warga emasdi Malaysia iaitu sebanyak 8.0 peratus daripada keseluruhan penduduk diMalaysia. Angka ini dijangka meningkat dan menurut Nurizan Yahaya, SitiSuhailah Abdullah, Yadollah Abolfathi Momtaz, Tengku Aizan Hamid (2010),Malaysia telah mencatatkan 7% daripada warga emas berumur 60 tahun danke atas pada tahun 2005, dan angka ini dijangka meningkat kepada 14% pada2028. Situasi ini hanya mengambil masa selama 23 tahun lagi bagi Malaysiadikenali sebagai negara menua.Jadual 1Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia rga Emas2,251,216(%)7.9(sambungan)

Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)LokasiJumlahPenduduk89JumlahWarga EmasPerak2,352,743280,118Pulau erlisMelakaNegeri SembilanSarawakJohorPahangKuala 29.49.08.88.58.37.97.67.56.14.34.01.3Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (2010).Isu penuaan penduduk kini menyentuh setiap aspek dalam kehidupan sama adaindividu, masyarakat dan negara. Situasi yang dialami di peringkat usia emaskelak bergantung kepada perancangan kehidupan pada peringkat awal lagi(Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2011). Di Malaysia istilah bagi usia 60 tahundan ke atas digunakan sebagai takrifan warga emas sejajar dengan takrifanyang digunakan oleh United Nations World Assembly on Ageing pada tahun1982 di Vienna. Maka takrifan ini telah diguna pakai bagi merancang dasarserta program pembangunan kepada warga emas di Malaysia.Menyedari isu serta cabaran berkaitan penuaan yang bakal dihadapikelak maka, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakatmelalui agensi pelaksana Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menggubalDasar Warga Tua Negara pada tahun 1995 dan Pelan Tindakan Dasar WargaTua Negara 1999. Seterusnya dasar dan pelan ini telah ditambah baik padatahun 2011 dan dinamakan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan PelanTindakan Warga Emas Negara (PTWEN).

90Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 19, Keluaran Khas (Bil 3)Dasar Warga Emas Negara (DWEN)Bagi mengatasi isu serta cabaran berkaitan penuaan, Dasar Warga EmasNegara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) dilihatsebagai komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari,bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melaluipenuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkankesejahteraan hidup dalam pembangunan negara (Dasar Warga Emas Negara,2011). Namun begitu bagi menjayakannya, pelbagai usaha telah dilaksanakandan antaranya dengan mewujudkan sistem sokongan kepada keluargaagar warga emas dapat terus hidup di dalam komuniti (Jabatan KebajikanMasyarakat, 1995). Usaha ini dilakukan adalah kerana isu penuaan pendudukmerupakan fenomena yang bakal terjadi pada abad ke 21. Ia merupakan saturealiti yang perlu diberikan perhatian khusus dan sejauh mana negara bersediauntuk menghadapinya kerana ia akan mendatangkan impak kepada negarakelak (Dasar Warga Emas Negara, 2011).Dalam merealisasikan DWEN, penilaian semula telah dibuat terhadapDasar Warga Tua Negara (1995), Perlembagaan Persekutuan, Dasar KebajikanMasyarakat Negara (1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991), DasarSosial Negara (2003), Dasar Kesihatan Warga Emas (2008) dan Wawasan 2020serta Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia. Maka pada 5 Januari2011, DWEN dan PTWEN telah diluluskan oleh Kabinet bagi menggantikandasar serta pelan tindakan yang terdahulu. Penambahbaikan ini dilihat telahmenyentuh setiap aspek berkaitan isu penuaan hidup sama ada kepada individu,masyarakat dan negara. Falsafah DWEN adalah untuk mengiktiraf wargaemas sebagai warganegara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang danpengalaman, mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormatidan boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara. Prinsip DWENpula telah diadaptasi daripada prinsip PBB ke atas warga emas dan MadridInternational Plan of Action on Ageing (MIPAA) seperti berikut :1.2.3.4.5.6.7.Menggunakan pendekatan perkembangan sepanjang hayat;Mengiktiraf hak untuk mendapat keperluan asas yang berkualiti;Mengutamakan kesaksamaan peluang untuk mengakses pelbagaisumber;Meningkatkan martabat diri dan berdikari;Mengeratkan hubungan antara generasi;Meningkatkan penyertaan dan penglibatan; danMengukuhkan kerjasama dan perkongsian tanggungjawab.Matlamat DWEN adalah untuk mendayaupayakan individu, keluarga danmasyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yangcekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh danmembantu supaya warga emas hidup sejahtera. Selain itu, DWEN diwujudkan

Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)91adalah bertujuan untuk membangunkan masyarakat prihatin terhadap fenomenapenuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua danuntuk memudahkan akses pembelajaran sepanjang hayat dalam kalanganwarga emas, keluarga dan masyarakat serta menjamin warga emas hidupselamat dan dilindungi. DWEN juga ditambah baik agar dapat membentuksistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepaduserta meningkatkan penglibatan warga emas dalam masyarakat pelbagaiumur. Objektif terakhir DWEN adalah untuk menggalakkan penggunaan hasilpenyelidikan sebagai asas dalam perancangan, pemantauan dan penilaianprogram warga emas.Terdapat enam (6) strategi yang dibentuk di bawah DWEN sebagai pendekatanuntuk mencapai objektif DWEN. Berikut merupakan enam strategi DWENiaitu :1. Promosi dan AdvokasiStrategi ini memberi tumpuan kepada usaha yang berterusan untuk memupukkesedaran berkaitan isu dan cabaran penuaan dalam kalangan semua lapisanmasyarakat. Selain itu, warga emas juga akan dipromosi sebagai aset negarayang boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara.2. Pembelajaran Sepanjang HayatStrategi ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap generasi terutamanyawarga emas melengkapkan dan meningkatkan potensi diri dengan ilmupengetahuan serta kemahiran untuk hidup secara aktif dan produktif dalamkeluarga dan masyarakat. Fokusnya adalah kepada pelaburan modal insanyang memberi tumpuan kepada persediaan awal dan tindakan pencegahanserta usaha untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan masyarakat bagimeningkatkan kesejahteraan warga emas masa kini dan masa hadapan.3. Keselamatan dan PerlindunganStrategi ini pula adalah berkaitan keutamaan kepada isu keselamatan danperlindungan warga emas dalam semua aspek tanpa mengira latar belakangmereka. Warga emas disediakan akses kepada keperluan asas, keselamatansosial dan perlindungan serta bebas daripada isu pengabaian, penganiayaan,dan penderaan dengan adanya jaminan perundangan.4. Tadbir Urus dan Perkongsian TanggungjawabStrategi ini mengutamakan tadbir urus yang berkesan dalam mentadbir insan,pelaksanaan program, penyediaan kemudahan dan perkhidmatan untuk

92Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 19, Keluaran Khas (Bil 3)merealisasikan dasar di pelbagai peringkat dan agensi. Akauntabiliti dalampengurusan dan kewangan menjadi teras kepada penyampaian perkhidmatandan kemudahan untuk meningkatkan faedah secara langsung kepada wargaemas.5. Penglibatan dan Kesepaduan antara GenerasiStrategi ini memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat inklusifberlandaskan kepada penglibatan secara berterusan dalam sektor ekonomi dansosial. Strategi ini turut memfokus kepada usaha memupuk dan mengeratkanhubungan saling melengkapi melalui aktiviti/program pengukuhan hubungandan perpaduan dalam kalangan warga emas dan antara pelbagai generasi.Aspek warisan dan hubungan saling menghormati dan bantu-membantu antaragenerasi perlu diketengahkan dalam aktiviti/program.6. Penyelidikan dan PembangunanAkhir sekali adalah strategi yang memberi tumpuan penyelidikan sertapembangunan dalam semua proses perancangan, pelaksanaan dan penilaianprogram yang melibatkan warga emas. Strategi ini juga dilihat mampumeningkatkan kerjasama serta penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan(stakeholders) dan keberkesanan penyampaian dasar di pelbagai peringkatdalam menghasilkan program yang menyeluruh dan berterusan.Melalui strategi yang telah dinyatakan ini maka wujud ruang dan peluang bagiwarga emas untuk mendapatkan akses kepada perlindungan, keselamatan sertadapat menyumbang dalam program pembelajaran dan pengajaran, perkongsianpengalaman dan penyampaian ilmu serta kemahiran. Ia perlu diutamakansupaya peranan dan status mereka dapat dikekalkan dalam masyarakat(DWEN, 2011).PAWE merupakan salah satu program yang diwujudkan di dalam PelanTindakan Warga Tua (1995) dan kesinambungan program ini telah diteruskandi dalam PTWEN. PAWE alah tempat kepada warga emas untuk mendapatkanperkhidmatan dan menjalankan aktiviti harian serta menyumbang kepadausaha kesejahteraan warga emas di dalam komuniti. Di samping memperolehipengetahuan dan kemahiran daripada program/aktiviti yang diadakan, wargaemas juga dapat menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat (JabatanKebajikan Masyarakat, 1995).

Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)93Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)Kerajaan telah mewujudkan sebanyak 22 buah Pusat Jagaan Harian Warga Tua(PJHWT) sejak tahun 2001 sebagai satu tempat untuk warga emas menjalankanaktiviti seharian di dalam komuniti setempat melalui peruntukan RancanganMalaysia Ke 8 dan 9 di seluruh negara. Sehubungan itu, satu Garis PanduanPerlaksanaan PJHWT telah diluluskan pada Disember 2002 dan menetapkansebanyak RM33,330 bantuan geran penyelenggaraan kewangan tahunandiberikan Kerajaan kepada NGO yang mengendalikan PJHWT (JabatanKebajikan Masyarakat, 2002). Pada tahun 2012, PJHWT telah dijenamakansemula kepada kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bersesuaiandengan konsep untuk menggalakkan warga emas menjalankan aktiviti denganaktif dan bukannya berkonsep jagaan harian. (Jabatan Kebajikan Masyarakat,2012).PAWE yang ditubuhkan mensasarkan warga emas yang sihat dandapat menguruskan diri dan melibatkan kerjasama strategik antara KPWKMdengan agensi kerajaan yang lain (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1995).Ini juga adalah selaras dengan PTWEN yang mengambilkira pembangunanpotensi yang ada pada golongan warga emas dari segi keupayaan mereka yangmasih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaranmereka kepada komuniti setempat (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2011).Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut:a.Sebagai panduan kepada organisasi pelaksana dalam pengurusan danpengendalian sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas.b.Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenaiprogram Pusat Aktiviti Warga Emas.c.Menentukan pengurusan Pusat Aktiviti Warga Emas menepati kualitiperkhidmatan yang ditetapkan demi manfaat warga emas.Konsep PAWE pula adalah seperti berikut:a)PAWE bertujuan untuk memberi satu kemudahan kepada warga emasmenjalankan aktiviti terutama bagi mereka yang tinggal keseorangansemasa ketiadaan ahli keluarga yang keluar bekerja. Dengan cara ini,warga emas dapat terus hidup dengan keluarga dan mendapat khidmatsokongan dalam jagaan warga emas yang lebih terjamin.b) PAWE sebagai tempat menjalankan aktiviti bagi membolehkan wargaemas belajar berdikari, berinteraksi sesama mereka dan menjalankanaktiviti bersama dengan masyarakat tempatan, memperolehi

94Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 19, Keluaran Khas (Bil 3)pengetahuan dan kemahiran serta terus dapat menyumbang khidmatsukarela kepada masyarakat.c)Pelaksanaan program ini dipertanggungjawabkan kepada pertubuhansukarela kebajikan yang memainkan peranan penting dalammemenuhi keperluan golongan warga emas di negara ini.d) Masyarakat tempatan juga digalakkan untuk melibatkan dirisecara aktif atau memberi apa jua sumbangan supaya program diPusat Aktiviti Warga Emas ini benar-benar dapat mencerminkanpenglibatan menyeluruh semua pihak dalam menjamin kebajikan dankesejahteraan golongan warga emas.PAWE menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan untuk beriadah,menjalankan program atau aktiviti berbentuk masakan, kraftangan, bersukan,beribadah dan sebagainya. Jika dilihat daripada senario di negara-negara Asia,contohnya di Taiwan, penjagaan warga emas telah disediakan melalui institusidi dalam komuniti dan terdapat kesan positif daripadanya (Huang & Soong,2013). Manakala di Myanmar pula pusat aktiviti juga dibuat berasaskan komunitiyang mana ianya dianggap sesuai dalam konteks masyarakat kerana kos yangefektif dan sesuai untuk orang Myanmar (Han, 2012). Ini menunjukkan wargaemas mempunyai keupayaan untuk bersosial dan mengambil bahagian dalamaktiviti-aktiviti yang berbeza dalam masyarakat dan menjadikan persekitaransalah satu aspek yang memberi kesan kepada kehidupan mereka (Elsawahli,Ahmad, & Ali, 2012).Terdapat kajian yang dilakukan di barat untuk mengenal pasti faktoryang mendorong penyertaan aktif warga emas di usia tua. Satu daripada faktoryang dikenal pasti adalah hubungan sosial sebagai motivasi dan pendorongutama kepada warga emas untuk mengambil bahagian dan mengenalikawan-kawan baru serta menyumbang khidmat kepada masyarakat. Faktorini didapati menjadi penyumbang utama kepada penuaan yang berjaya iaitupenuaan yang produktif (Sharan dan Mazanah, 2000). Namun begitu tiadakajian ilmiah dibuat berkaitan keberkesanan pengwujudan PAWE terhadapwarga emas yang menjalankan aktiviti di PAWE. Ditambah pula kini, PAWEtelah meningkat daripada 22 buah kepada 50 buah pada tahun 2015. Ekorantimbulnya persoalan tersebut, maka kajian ini dibuat dan objektif kajian adalahuntuk mengkaji keberkesanan PAWE terhadap tahap kesejahteraan warga emasyang hadir mengikuti program di PAWE.MetodologiKajian ini mengkaji keberkesanan PAWE kepada warga emas yang hadir kePAWE. Ini bertepatan dengan salah satu objektif penubuhan PAWE di bawah

Keberkesanan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)95PTWEN iaitu untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas selari dengankonsep warga emas aktif dan produktif. Tahap kesejahteraan akan dilihatdaripada dimensi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)iaitu dimensi kesihatan, hubungan sosial, berdikari, kebebasan & kawalan keatas kehidupan, persekitaran, psikologi, kewangan dan aktiviti masa lapang.Ia juga hampir menyamai dimensi kesejahteraan yang dinyatakan di dalamDWEN iaitu kesihatan, kerohanian, persekitaran, ekonomi dan sosial (DWEN,2011).Kajian ini dijalankan di PAWE yang terletak di Negeri Selangor iaitu PAWEJenjarom, PAWE Sungai Buloh dan PAWE Sabak Bernam. Pemilihan inidibuat untuk melihat warga emas yang mewakili kawasan bandar dan luarbandar. Populasi kajian ini terdiri daripada 78 orang warga emas yang berusia56 tahun dan ke atas dan menjadi sebagai ahli berdaftar di PAWE serta hadirmenjalani aktiviti di PAWE. Kajian ini menggunakan persampelan mudah(convenience sampling di mana ia merujuk kepada tatacara pemilihan sampeldengan mengandaikan setiap unsur dalam populasi bersifat homogen denganciri setiap unsur atau individu adalah sama. Maka kaedah persampelan initelah dipilih dan responden kajian ini yang menepati kriteria yang ditetapkaniaitu berusia 56 tahun dan ke atas, berdaftar sebagai ahli PAWE serta hadirmenjalani aktiviti di PAWE pada hari soal selidik diedarkan.Data kuantitatif merangkumi 11 soalan berkaitan demografiresponden, 37 soalan yang diambil dan diterjemah ke Bahasa Malaysia darisoal selidik Older Person Quality of Life (OPQOL-35) bagi mengukur tahapkesejahteraan warga emas. Kesejahteraan menurut World Health Organizationmerangkumi dimensi kesihatan, hubungan sosial, berdikari, kebebasan dankawalan ke atas kehidupan, persekitaran, psikologi, kewangan, aktiviti masalapang dan agama/budaya (Gobbens, Van Assen, Luijkx & Schols, 2012).Tambahan dua soalan telah dibina oleh penyelidik bagi dimensi agama danbudaya. Hasil kajian dianalisis menggunakan Statistical Package For SocialScience (SPSS) 17.0. Data yang didapati akan dianalisis bagi mengenal pastitahap kesejahteraan hidup responden seterusnya membuktikan keberkesananPAWE dalam meningkatkan tahap kesejahteraan hidup responden.Kesemua set soalan tersebut perlu diuji kebolehpercayaannya terlebihdahulu. Satu kajian rintis telah dijalankan dengan memilih seramai 30 orangresponden iaitu warga emas yang hadir menjalankan aktiviti di PAWE CherasBaru, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2014. Sampel dalam kajian rintis inimempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel yang hendak dikaji. Hasil kajianrintis dianalisis untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik dan mendapatikeputusan nil

Selangor. Kajian ini mengunakan kaedah soal selidik dan menggunakan teknik . penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara (Dasar Warga Emas Negara, . sebanyak RM33,330 bantuan geran penyelenggaraan kewangan tahunan

Related Documents:

dan warga emas; dan (b) satu draf Garis Panduan Perancangan Fizikal Bagi Warga Emas telah disediakan dan kini sedang dikemas kini sebelum dimuktamadkan. Secara umumnya, dasar kewangan yang sedia ada tidak pernah mendiskriminasikan golongan warga emas. Faktor umur bukan kriteria utama dalam pemberian pinjaman.

dan 1. Untuk menyediakan perkhidmatan jagaan dan aktiviti warga emas secara harian Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing ), UPM. 2. Menggunakan sistem teknologi terbantu, modul penjagaan yang bersesuaian dengan warga emas 3. Mewujudkan satu platform untuk ‘translational research’ Allahyarham suami beliau, Ir. Abdul Rahman Yaakob

badan dan emosi serta penuaan dan berkait rapat dengan penyakit. Kualiti hidup warga tua atau lebih dikenali sebagai warga emas sering dikaitkan dengan masalah kesihatan, kesukaran pergerakan, keupayaan fizikal dan perubahan emosi yang mendadak. Perubahan penuaan yang paling ketara ialah proses komunikasi yang terbatas akibat

saja hak dan kewajiban warga negara itu? Untuk mendapat jawaban atas pertanyaan ini, kita akan mempelajari terkait pembahasan aspek kewajiban warga negara yang sekaligus dapat menjawab pertanyaan terkait apa saja yang menjadi hak warga negara. Secara spesifik, kewajiban warga negara akan difokuskan pada masalah kewajiban membayar pajak sebagai .

5. SKOP AUDIT Skop audit adalah berdasarkan kepada sebelas (11) senarai semak seperti yang berikut: a) Sistem Pengurusan Kualiti b) Aktiviti Farmasi Logistik c) Aktiviti Farmasi Ambulatori d) Aktiviti Farmasi Pesakit Dalam e) Aktiviti Penyediaan Farmaseutikal & Pembungku

Masjid tidak boleh sekadar menjadi tempat ekslusif berkumpulnya warga emas dan golongan pesara, akan tetapi ianya perlu menjadi tempat beraktiviti semua lapisan masyarakat termasuklah golongan remaja. Institusi ini perlulah memainkan fungsi yang sebenar agar kembali berperanan dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera.

in implementing EMAS? This case study shows the importance of employee participation and illustrates different ways to succeed at it. Involving employees is a requirement of the EMAS Regulation. The amended annexes published in August 2017 clarify how employees should be involved in the im-plementation of EMAS.

AS 8 PROTEIN SYNTHESIS QUESTIONSHEET 10 (b) (i) genetic code on DNA is copied into mRNA; double helix of DNA unwinds (in region to be copied); complementary nucleotides line up along coding strand of DNA; A to U and C to G; assemble together to make a complementary strand of mRNA; under influence of RNA polymerase; mRNA unzips from DNA template and passes to ribosomes; max 5 (ii) ATP provides .