PENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAH DALAM MENANGANI REMAJA .

3y ago
22 Views
2 Downloads
335.82 KB
11 Pages
Last View : 26d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Jayda Dunning
Transcription

Jurnal Hadhari 7 (2) (2015) 63-73www.ukm.my/jhadhariPENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAH DALAM MENANGANIREMAJA BERISIKO: FOKUS PENDEKATAN BIMBINGAN JIWA(Psychology of Da’wah to Deal Adolescents at Risk: Focusing on SpiritualCounselling)FARIZA MD SHAMAZYYATI MOHD NAZIM1Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi,Selangor, Malaysia.2Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi,Selangor, Malaysia.3Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, Malaysia.1, 23ABSTRAKPeringkat remaja, zaman penuh dengan risiko hasil perubahan dari aspek psikologi,biologi dan sosial. Perubahan ini, kadang-kadang memberi cabaran dan tekanankepada remaja yang kurang bersedia dengan kehadirannya. Mereka tidak berupayamenyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut. Kesan daritekanan dan ketegangan emosi, remaja menunjukkan sikap yang agresif, mudahmemberontak, marah yang tidak dapat dikawal dan terlibat dalam masalah sosial.Remaja seperti ini tergolong dalam kumpulan remaja yang berisiko. Oleh itu, remajaberisiko perlu diberi bimbingan pada peringkat awal, agar mereka tidak terjerumuske dalam jenayah yang lebih berat. Bimbingan jiwa merupakan salah satu pendekatandalam psikologi dakwah bagi menangani permasalahan remaja berisiko. Oleh itu,penulisan ini akan membincangkan tentang pendekatan psikologi dakwah menanganipermasalahan remaja berisiko dengan memfokuskan kepada kaedah bimbingan jiwa.Terdapat tiga kaedah bimbingan jiwa iaitu, kaunseling secara langsung, bimbingansecara berkelompok, bimbingan keluarga dan perkahwinan. Bimbingan jiwa yangberasaskan ajaran agama Islam, mampu menangani permasalahan remaja berisiko.Kata kunci: Remaja berisiko; psikologi dakwah; bimbingan jiwa; kaunseling; agama.Corresponding author: Fariza Md Sham, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 43600UKM Bangi, Selangor, Malaysia, mel-e: farisham@ukm.edu.myDiserahkan: 14 April 2015Diterima: 7 Jun 201563

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73ABSTRACTAdolescence, age fraught with risks from changes in terms of psychology, biology andsocial. This change, sometimes a challenge and pressure on those who are less readywith his presence. They were not able to adjust or easily accept changes in their life.As a result of emotional stress and tension, aggressive adolescents showed attitude,easy rebellious, uncontrollable anger and engage in social issues. Such adolescentsbelong to a group of teenagers at risk. Therefore, adolescents at risk should begiven guidance at an early stage, so that they do not fall into the more severe crime.There are three methods of counselling psychologist, direct counselling, counsellingin group and family counselling and marriage. Based on spiritual counselling, iscapable of handling the problems of adolescents at risk.Keywords: Adolescents at risk; psychology of da’wah; spiritual counselling;counselling, religion.PENGENALANDaripada perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkansebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman,antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja, berlakuperubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi sertaperubahan tanggungjawab dan peranan. Untuk mengimbangi perubahan-perubahanini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik. Dengan sebabitu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja.Bagi remaja yang bersedia dengan kehadiran masalah dan sanggupmenerimanya dengan hati terbuka, mereka berjaya menerima perubahan-perubahanitu sekalipun kadang kala pahit baginya. Tetapi bagi sesetengah remaja pula, tidakberupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut, lalumenunjukkan gangguan psikologi pada dirinya. Keadaan ini boleh menimbulkanketegangan dan tekanan kepada emosi remaja. Akibat dari tekanan yang dialami,remaja mungkin menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yangtidak dapat dikawal, kemurungan dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok,lumba haram dan dadah bagi melepaskan rasa tertekan.Bagi mengatasi permasalahan ini, pencegahan awal perlu dilakukan. Antarakaedah pencegahan awal ialah mengenal pasti ciri-ciri remaja berisiko. Apabila ciriciri remaja berisiko dapat dikesan, maka proses intervensi dapat dilakukan lebihawal agar remaja dapat mempersiapkan diri menjadi lebih kuat dari sudut jiwa danpsikologi mereka dalam menghadapi cabaran dunia remaja.64

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko:Fokus Pendekatan Bimbingan JiwaREMAJA BERISIKODalam menjelaskan dan menerangkan siapakah remaja terdapat pelbagai pendapat.Ulama’ fukaha melihat dari sudut kanak-kanak yang telah mencapai umur balighadalah sebagai remaja. Kebanyakan ulama’ fukaha berpendapat umur baligh tersebutadalah antara 15 hingga 18 tahun (Muhammad Abu Zahrah t.th.). Namun begitu,terdapat juga kanak-kanak yang mencapai umur baligh lebih awal, berdasarkantanda-tanda baligh seperti keluar air mani apabila dia bermimpi bagi kanak-kanaklelaki dan keluar darah haid bagi kanak-kanak perempuan.Mu’jam Ilmu al-Nafs (Fakhir ‘Akil 1985), disebut sebagai murahaqahiaitu bermula dari baligh dan berakhir apabila mencapai umur dewasa. Menurutkebanyakan ahli psikologi Barat, penetapan remaja adalah berdasarkan umur antara15 hingga 18 tahun dan juga tanda-tanda fizikal (Fariza Md Sham 2013).Oleh itu, berdasarkan takrif yang dinyatakan, dapat dibuat kesimpulan bahawaremaja merupakan salah satu peringkat dalam proses perkembangan manusia. Iamerupakan peringkat peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.Peringkat perkembangan ini merangkumi aspek fizikal seperti perubahan padatubuh badan dan aspek psikologi seperti perubahan mental dan emosi. Perubahanyang berlaku kepada aspek fizikal dan psikologi ini pula, akan turut mempengaruhiperkembangan sosial dan moral individu.Remaja berisiko pula, ialah remaja yang menghadapi masalah perlakuan atauremaja yang terdedah kepada faktor-faktor berisiko akan menjadi lemah dan peluanguntuk berdepan dengan perlakuan bermasalah adalah tinggi (Azyyati Mohd Nazim2014).Manakala dari aspek istilah, Kamus Dewan (1999) mendefinisikan risikosebagai “ kemungkinan menemui bahaya, kerugian atau kecederaan”. Istilahberisiko pula didefinisikan sebagai “ diancam oleh kemungkinan kerugian,kegagalan dan dalam keadaan bahaya”. Ringkasnya, kebanyakan kamus lebih sukamengaitkan perkataan risiko dengan tema bahaya.Faktor yang menyebabkan remaja berada dalam berisiko adalah pelbagai.Antaranya, faktor keluarga, rakan sebaya, sekolah dan budaya (Azyyati Mohd Nazim2014). Berteraskan kepada pendekatan ekologikal, perlakuan-perlakuan bermasalahdi peringkat remaja adalah berhubung rapat dengan masalah perkembangan remajaitu sendiri. Justeru, dalam kajian (Baruch & Stutman 1994; Wozniak & Fischer 1993)menunjukkan faktor persekitaran luar negatif seperti proses dalam keluarga, kumpulanrakan sebaya, sokongan sosial dan sumber-sumber komuniti, keselamatan jiran, mutukehidupan dan institusi-institusi tertentu begitu rapat hubungannya dengan prosesperkembangan perlakuan di kalangan remaja (Mohammad Nasir Bistaman 2006).65

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73Oleh itu, faktor persekitaran luar negatif tersebut dianggap sebagai faktorfaktor berisiko yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidaklangsung kepada perlakuan bermasalah terutamanya pada peringkat remaja. Kanakkanak atau remaja yang terdedah dengan persekitaran sosial berisiko dianggapsebagai kanak-kanak atau remaja berisiko (Garmezy 1991). Kajian tentang kanakkanak dan remaja berisiko telah dijalankan secara menyeluruh dan melibatkanpelbagai metodologi sama ada kaedah kajian kes secara sejarah individu atau kajianrentas (cross-sectional) dalam jangka pendek dan jangka panjang.Dalam kajian Psikologi Abnormal (Egeland et. al 1996; Harper 2000;Popper et. al 2000) terutamanya perkembangan psikopatologi, ramai pengkaji telahmengaitkan antara punca awal kekacauan adalah melibatkan faktor berisiko sepertipersekitaran keluarga, rakan sebaya, kejiranan, persekolahan dan kemiskinan sertapengalaman awal ketika peringkat kanak-kanak dan remaja. Kekacauan awal iniberkesudahan dengan tingkah laku yang bermasalah seperti ketagihan dadah danalkohol, gengsterisme, masalah melibatkan seksual (pelacuran dan serangan seks)dan depresi sehingga membawa kepada masalah membunuh orang atau bunuh diripada peringkat remaja atau dewasa (Mohammad Nasir Bistaman 2006).Remaja berisiko juga dikaitkan dengan faktor perkembangan psikologiremaja. Menurut pakar psikiatri dan psikologi, didapati bahawa remaja yangmengalami gangguan psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan yang berlakudi peringkat awal sekolah rendah memberi kesan kepada masalah perlakuan yangsama pada peringkat remaja. Contohnya, jika semasa kanak-kanak mereka mengalamimasalah perlakuan antisosial, turut meningkatkan risiko kepada perlakuan antisosialpada peringkat remaja (Azyyati Mohd Nazim 2014).CIRI-CIRI REMAJA BERISIKOCiri-ciri remaja berisiko boleh dikenal pasti melalui peringkat perkembangan, statussosio-ekonomi dan jantina. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Azyyati, Fariza& Salasiah (2013), mendapati antara ciri-ciri kanak-kanak dan remaja bermasalahadalah berlatarbelakangkan sistem keluarga yang tidak berfungsi, kemiskinan,kehidupan yang dilalui penuh dengan kekacauan dan terlepas dari ikatan kekeluargaandan kasih sayang serta pemerhatian. Selain itu, yang berada dalam keadaan ketakutanpada peringkat awal kanak-kanak (Achenbach & Edelbrock 1981), suka membantah,bertumbuk, biadab, menghadapi masalah persekolahan pada peringkat awal remaja,mengalami kemurungan, ponteng (Edelbrock 1989) dan penyalahgunaan dadah padaperingkat akhir remaja (Mohammad Nasir Bistaman 2006).Kanak-kanak dan remaja dari SES (sosioekonomi status) rendah didapatilebih cenderung menghadapi masalah (Achenbach & Edelbrock 1981; Achenbachet.al 1991), kurang cekap (Achenbach et.al 1991), menghadapi masalah bersifat66

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko:Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwaluaran (externalizing behaviors) seperti merosakkan barang-barang orang lain danbertumbuk (Achenbach & Edelbrock 1981) berbanding dengan remaja daripadaSES lebih tinggi. Masalah yang dihadapi oleh remaja daripada SES sederhana pulalebih bersifat dalaman (internalizing behaviors) seperti ketakutan dan kemurungan(Achenbach & Edelbrock 1981). Kanak-kanak dan remaja juga lebih bermasalahapabila kurang berhubung dengan orang dewasa di rumah, datang daripada pasanganyang bersekedudukan, ibu bapa yang tinggal berasingan atau bercerai, tinggalbersama keluarga yang mempunyai pembantu rumah dan tinggal bersama ahlikeluarga yang menghadapi masalah mental (Achenbach et.al 1991). Di samping itu,kajian Achenbach & Edelbrock (1981), remaja lelaki lebih tinggi ciri-ciri bermasalahberbanding remaja perempuan (Mohammad Nasir Bistaman 2006).Berdasarkan kepada bukti-bukti daripada pelbagai kajian dan berteraskankepada pendekatan ekologikal yang telah dibincangkan di atas, jelas menunjukkanfenomena remaja berisiko berkait rapat dengan masalah perkembangan remaja. Iamelibatkan persekitaran luar yang negatif atau faktor-faktor berisiko seperti prosesdalam keluarga, kumpulan rakan sebaya, sokongan sosial dan sumber-sumberkomuniti, keselamatan kejiranan, mutu kehidupan dan melibatkan institusi-institusiberkaitan seperti sekolah. Faktor-faktor berisiko ini menjadi penyebab terhadapperlakuan bermasalah dalam kalangan remaja (Azyyati Mohd Nazim 2014).PENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAHZaman remaja yang penuh risiko amat memerlukan pendekatan dakwah yangberhikmat dalam proses memberi bimbingan kepada golongan ini. Amat serasisekiranya pendekatan psikologi dakwah digunakan terhadap golongan ini. Ini keranapendekatan psikologi dakwah menumpukan terus kepada pemulihan dari aspek jiwadan rohani remaja tersebut.Psikologi dakwah merupakan dua gabungan perkataan iaitu psikologi dandakwah yang saling mempunyai hubungan antara keduanya. Bagi menjelaskanhubungan ini, dipetik penjelasan yang diberikan oleh Abdul Aziz Mohd Zin (1999).Beliau menjelaskan psikologi dakwah sebagai dakwah mengikut cara psikologi,penggunaan psikologi dalam dakwah, dakwah melalui pendekatan psikologi dankajian jiwa manusia untuk dakwah.Seterusnya psikologi dakwah diertikan juga sebagai ilmu pengetahuan yangbertugas mempelajari dan membahaskan tentang segala gejala hidup kejiwaanmanusia yang terlibat dalam proses kegiatan dakwah (H.M Ariffin 1977). Manakalamenurut Jamaluddin Kafie (1993) dalam bukunya Psikologi Dakwah, telahmengkategorikan psikologi dakwah termasuk dalam pembicaraan metode dakwahyang menggabungkan antara ilmu psikologi dan dakwah.67

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73Mengenai sumbangan psikologi dakwah terhadap penyelesaian kepadapelbagai masalah manusia pernah dibentangkan oleh Norazlan Hadi Yaacob dariUniversiti Pendidikan Sultan Idris dalam Persidangan Psikologi Malaysia 2003.Beliau menyatakan bahawa pendekatan psikologi dakwah mampu menyelesaikanmasalah dalam pembangunan manusia yang bersifat menyeluruh dan seimbangsesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Norazlan Hadi Yaacob 2003).Daripada pelbagai penjelasan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjanadalam bidang dakwah, dapat dibuat kesimpulan bahawa psikologi dakwah merupakansatu pendekatan atau metode dalam dakwah yang menggabungkan antara disiplinpsikologi dan dakwah. Dari segi psikologi, dakwah dalam prosesnya dilihat sebagaipembawa perubahan atau suatu hasil. Manakala dari segi dakwah pula, psikologibanyak memberikan jalan kepada perumusan dakwah, pemilihan medium dakwah,pemahaman jiwa sasaran dakwah (manusia) dan penentuan metodenya. Oleh itu,psikologi dakwah merupakan satu alat bantu atau satu pendekatan dakwah yangboleh digunakan oleh para pendakwah dalam membantu menyelesaikan masalahyang berkaitan dengan manusia.Antara pendekatan psikologi dakwah yang boleh digunakan oleh parapendakwah untuk golongan remaja berisiko, antaranya pendekatan kaunseling,pendekatan emosi, pendekatan menggerakkan minda, pendekatan motivasi (Fariza MdSham 2013) dan bimbingan jiwa (Azyyati Mohd Nazim 2014). Dalam perbincanganini hanya menumpukan kepada pendekatan bimbingan jiwa (al-irsyad) sahaja.BIMBINGAN JIWA REMAJA DAN BELIATerdapat beberapa pendekatan dalam kaedah bimbingan dan kaunseling. Matlamatbimbingan dari aspek jiwa adalah untuk membantu para remaja yang berisikomenyelesaikan masalahnya terutama jika jenis masalah itu didorong oleh faktorperibadi atau personaliti. Pengertian personaliti oleh al-Ghazali (2005) adalahmerangkumi keseluruhan diri individu. Diri individu itu pula meliputi dua aspek iaitujasmaniah (luaran) dan rohaniah (dalaman). Oleh itu, remaja perlu dibimbing dariaspek jasmani dan rohani. Manakala kefahaman mengenai kesedaran diri seorangremaja adalah menerusi tugasan yang dilakukan oleh manusia dalam pelbagaiperingkat usia. Bimbingan dari aspek jiwa adalah merujuk kepada kepelbagaiandorongan emosi dan jiwa. Terdapat tiga kaedah bimbingan dan kaunseling dalammenangani remaja (al-Zarrād 1995).Pertama: Bimbingan Secara Langsung (Directive Counseling)Kaedah ini digunakan untuk mengkaji individu, mengetahui tahap kemampuannyadan maklumat lazim seperti pekerjaan, pembelajaran atau pengkhususan bagi68

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko:Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwamembantu individu terbabit dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jenisjenis kaunseling adalah seperti kaunseling komuniti, keluarga, perkahwinan, agama,rawatan, akhlak, pemulihan, kesihatan dilakukan secara perjumpaan (interview) danpemerhatian (observation). Dalam kaedah pemerhatian, ujian psikologi digunakansebagai pengukuran. Terapi analisa ringkas (Brief analytical therapy) digunakan untukmemberi peluang kepada individu menceritakan sendiri permasalahannya. Dalamsituasi ini, ujian psikologi seperti T.A.T, ujian IQ, ujian projektifseperti ujian Roscharchdigunakan (al-Zarrād 1995).Kaedah kaunseling dan dakwahdigunakan untuk membimbingindividu dalam aspek keimanan kepada Allah dan pegangan akidah dalam merawatpermasalahan individu (al-Zarrād 1995). Setiap manusia melaksanakan tugasan yangbersesuaian dengan kemampuannya. Seterusnya setiap orang akan melakukan perananyang sesuai dalam kehidupan. Hasil dari itu, seseorang akan merasai harga dirinyadan kesungguhan dalam menjalani kehidupan setelah menyedari matlamatnya. Olehyang demikian, usia remaja ialah waktu yang sangat sesuai untuk dibimbing dandiberi tunjuk ajar dalam memikul tanggungjawab apabila sudah sampai akil baligh(al-Nughaymishi 1414 H).Menurut pandangan pakar rawatan berkonsepkan agama mengenai faktorpaling utama yang membawa kepada penyakit yang berkaitan dengan jiwa manusiaialah kesesatan dan kehidupan yang jauh dari agama, kelemahan iman, lemah ukurandan nilai akhlak dan agama, tidak melaksanakan dan mengamalkan suruhan ibadat,lemah dalam kawalan hawa nafsu, melakukan maksiat kepada Allah, menyekutukanAllah, berfikiran bebas iaitu tidak mempercayai kewujudan Allah, konflik antara nilaikebaikan dan keburukan, halal dan haram, hak dan batil. Kesemua faktor tersebutmembawa sifat kebimbangan dalam diri manusia dan menghantui jiwa dalamannyadan menyakitinya. Kesannya membuatkan manusia tiada penyesuaian dari aspekjiwa, pemikiran, sosial dan membuatkan rasa berdosa dan akhirnya terjebak kepadatingkah laku yang menyeleweng dan menyimpang (al-Zarrād 1995).Oleh yang demikian, rawatan dalam bentuk keagamaan sangat menekankankepada pembinaan sahsiah mengikut garis panduan agama selain menggunakanpendekatan akal dan logik. Pakar psikoanalisis meyakini bahawa faktor agamasangat utama dalam mengembalikan ketenangan jiwa, keamanan dalam diri individu.Agama dapat memperbaiki situasi dirinya dan menjadikannya lebih mampu untukmenghadapi permasalahan hidup dan penyelesaiannya. Dalam rawatan berasaskanagama, ia bergantung kepada proses mengenali diri sendiri, agama, nilai-nilai rohanidan akhlak. Seterusnya, individu dapat membebaskan diri dari perasaan berdosa danmembantu dalam menerima diri sendiri dan memenuhi keperluan dirinya dengan rasaaman. Inilah pendekatan agama yang boleh dilaksanakan oleh pakar rawatan jiwa, ahlipendidik, ibu bapa dan ahli agama dalam menjalankan proses kaunseling agama yangmenjadikan seseorang dapat melihat jauh lebih mendalam dimensi permasalahannya69

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73dan mengenali sebab dan punca kesengsaraan serta dorongan yang membawa ke arahitu (al-Zarrād 1995). Dalam rawatan berkonsepkan agama, manusia menjadi saksiatas segala tingkah lakunya. Walaupun pelbagai alasan diberikan tetapi manusia yangmenerima dirinya menyedari hakikat dan rahsia ketuhanan ke atas sesuatu kejadianyang berlaku. Firman Allah SWT (al-Qiyāmah: 14):Terjemahan: Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.Dalam pendekatan bimbingan dan kaunseling agama, individu yang terlibatakan memperoleh hala tuju, pemikiran, nilai baru dan menjadi lebih mampumengawasi diri, mengawal tingkah laku, meringankan derita perasaan, membersihkanjiwa dan memohon taubat dan keampunan kepada Allah SWT. Hal ini selari denganperintah Allah seperti dalam Firman Allah SWT (al-Taḥrim: 8):Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepadaAllah dengan taubat yang semurni-murninya.Sehubungan ini, pendekatan bimbingan dan kaunseling agama digunakandalam merawat permasalahan remaja dan golongan muda khususnya terhadappermasalahan yang melibatkan emosi dan psikologi seperti gangguan personaliti- personality disorders), penyakit berkenaan neurotik(() seperti masalah ketagihan, penyimpangan seksual, kebimbangan,ketakutan, was-was, histeria, hypochondria (), tingkah laku agresifdan lain-lain jenis masalah sosial. Pendekatan yang digunakan ialah psikoterapitingkah laku kognitif (Cognitive Behavioral Psychotherapy) dan kesedaran diri(self assertive). Pendekatan sebegini diakui oleh sebilangan bes

ketegangan dan tekanan kepada emosi remaja. Akibat dari tekanan yang dialami, remaja mungkin menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, lumba haram dan dadah bagi melepaskan rasa tertekan.

Related Documents:

Buku Psikologi Sastra ini berisikan tentang (1) studi psikologi dalam studi sastra, (2) psikologi kepribadian, (3) psikologi sosial, (4) psikologi perkembangan, (5) psikologi komunitas, (6) psikologi konsumerisme, (7) psikologi ekologi, dan (8) teknik penyusunan proposal peneliti

POLA DAKWAH TRANSFORMASIONAL PADA ORGANISASI FORUM PEMUDA CINTA DAKWAH SKRIPSI Diajukan Sebagai Salah Satu Syarat Untuk Memperoleh Gelar Sarjana Sosial (S. Sos) Dalam Ilmu Manajemen Dakwah Oleh: NURHASANAH NIM. 151 633 0042 PROGRAM STUDI MANAJEMEN DAKWAH JURUSAN DAKWAH FAKULTAS USHULUDDIN ADAB DAN DAKWAH INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI BENGKULU

psikologi dan sastra, juga di bagian mana kedua disiplin ilmu itu akan bertemu, sehingga melahirkan pedekatan atau tipe kritik sastra yang disebut psikologi sastra. B. Hubungan antara Psikologi dan Sastra 1. Psikologi Sebelum menguraikan hubungan antara psikologi dan sastra, yang melahirkan pendekatan psikologi sastra,

Pengantar Psikologi : . Cabang dari psikologi yang perhatiannya tertuju pada penyelidikan perilaku dalam setting kerja dan penerapan prinsip-2 psikologi utk mengubah perilaku kerja tersebut Psikologi Industri & organisasi : . Psikologi klinis . Psikologi Industri dan Organisasi

KATA PENGANTAR DEKAN FAKULTAS PSIKOLOGI Dengan memanjatkan puji dan syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, maka telah dapat diterbitkan Buku Pedoman Pendidikan Doktor Psikologi, . PSC721 Psikologi Klinis Anak dan Remaja 2 Konsentrasi Psikologi Klinis 6. PSC722 Psikologi Klinis Komunitas 2 7. PSC723 Stres dan Kecemasan 2 8. PSC724 Psikologi .

Ahmad Furqon (1401026016), Strategi Dakwah Habiburrahman El Shirazy Pada Film “Dalam Mihrab Cinta”. Skripsi, Program Studi Televisi Dakwah, Jurusan Komunikasi dan Penyiaran Islam, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang, 2018. Strategi dakwah merupakan salah satu faktor penunjang yang .

ANALISIS PSIKOLOGI DAKWAH DALAM TRADISI ISTIGOSAH DI KUBURAN PADA KOMUNITAS ISLAM KEJAWEN Oleh KUKUH MELATI NPM 1503060091 Jurusan : Komunikas Dan Penyiaran Islam Fakultas :Ushuluddin, Adab, dan Dakwah KEMENTRIAN AGAMA RE

dan Konsep Dakwah menurut Imam Al-Ghazali. 1. Gagasan Imam Al- Ghazali Tentang Dakwah Pengaruh keluarga khususnya dari sang ayah dalam membentuk pribadi Imam al-Ghazali sebagai seorang da’i memberikan pengaruh besar kepada beliau dalam memaknai dakwah dan sepak terjang beliau dalam kancah berdakwah, Imam al-Ghazali merupakan seorang ulama yang