KOMPETENSI GURU PELATIH DALAM PENULISAN RANCANGAN .

3y ago
243 Views
5 Downloads
353.93 KB
8 Pages
Last View : 27d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Elise Ammons
Transcription

KOMPETENSI GURU PELATIH DALAM PENULISAN RANCANGANPENGAJARAN HARIAN BAHASA ARABNoor Shamshinar ZakariaMohd Salihin Hafizi Mohd FauziZakiah HassanJulia MadzalanHaslina HamzahKolej Universiti Islam Antarabangsa SelangorABSTRAKKajianini membincangkan tentang kompetensi guru pelatih dalampenulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bahasa Arab. Kaedahyang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisisdokumenterhadap penulisan RPH yang dilakukan oleh guru pelatih. Aspek-aspekyang dibincangkan ialah, (a) aspek bahasa dan (b) aspek perancanganpengajaranyang merangkumi pengetahuan sedia ada murid, penentuanhasil pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, gabung jalindan rentasan ilmu, kemahiran berfikir, penerapan nilai-nilai murni danpenyediaan bahan bantu mengajar.Hasil dapatan menunjukkan gurupelatih masih lemah dalam penulisan RPH bahasa Arab terutamanya dariaspek bahasa. Banyak kesilapan tatabahasa yang terdapat dalampenulisan RPH yang dilakukan. Terdapat juga beberapa kesalahan ejaandan penggunaan istilah yang tidak tepat.Dari aspek perancanganpengajaran, guru pelatih masih belum menguasai perancangan yang rapidan tersusun sepertitidak mempelbagaikan kaedah pengajaran,aktivitiaktiviti yang kurang menarik dan merangsang minat murid, tidakmenyediakanBahan Bantu Mengajar (BBM) yang kreatif, penulisan nilainilai murni yang tiada kaitan dengan tajuk pengajaran dan kurangmenekankan kemahiran berfikir aras tinggi.Berdasarkananalisis penulisanRPH bahasa Arab ini diharapkan tidak akan timbul lagi masalahkelemahan guru pelatih dalam aspek penulisan RPH bahasaArabsekaligus mengubah persepsi guru pelatih tentang kesukaranmelaksanakan penulisan RPH. Justeru, RPH bahasa Arabini akanmenjadikan guru pelatih lebih kompeten, bertanggung jawab danmemainkan peranan yang penting sebagai perancang dan pelaksanaproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.Kata Kunci: Kompetensi, Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Bahasa ArabPENGENALANProses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses membolehkan seseorang individuiaitu pelajar memperolehi dan menggunakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dankemahiran-kemahiran tertentu secara berterusan. Justeru, guru memainkan peranan pentingdalam mendidik dan melahirkan pelajar yang berjaya serta generasi yang hebat pada masaakan datang.

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , guru diingatkan supaya mengambil kirafaktor penggunaan teknik penyampaian pengajaran yang dapat menarik perhatian danmerangsang minat pelajar sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.Guru perlu melakukan perancangan pengajaran yang sebaiknya agar hasil pembelajarandapat dicapai dengan tepat.LATAR BELAKANGPenulisan RPH dilihat sebagai salah satu kewajipan guru dalam menentukan keberkesananpengajaran kerana guru terlebih dahulu telah memahami dan menilai semua aspek yangakan dilaksanakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.PenyediaanRPH yang rapi dan tersusun sudah pasti dapat membantu pelajar menerima dan memahamiisi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Guru pula sudah pasti mempunyaikompetensi yang tinggi dalam penulisan RPH.Kompetensi guru diperlukan di dalam melaksanakan kurikulum dan lebih lagi diperlukanuntuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana tanpa tahap kompetensikemampuan guru untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai. Inidijelaskan oleh Mohammed Sani Ibrahim, Ahmad Zabidi dan Husaina Banu (2015) yangmenegaskan kejayaan ataupun kegagalan proses pengajaran pembelajaran di dalam kelasbergantung sepenuhnya kepada tahap kompetensi guru. Memandangkan kepentingan setiapguru memiliki tahap kompetensi, maka guru perlu mempunyai rasa tanggungjawab untukmelaksanakan semua aspek yang berkaitan dengan tugasnya bagi mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran yang diingini.Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan RPH sebagai satu dokumen perancanganpengajaran yang mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatupengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru. Penyediaan RPH dikatakan nadi utama yangmenggerakkan seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran denganbaik dan berkesan.Selain itu, penyediaan RPH adalah untuk membantu guru dalammelaksanakan pengajaran bagi mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi asas penilaiankualiti pengajaran pembelajaran dan merancang tindakan susulan untuk melaksanakanpenambahbaikan pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan garis panduan kepada gurubukan sahaja ketika mengajar malah sebelum dan selepas mengajar.Penyediaan RPH mempunyai banyak kepentingan terhadap guru di antaranya RPHmemberi idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang haritersebut. Guru perlu menyediakan RPH bagi setiap subjek yang diajarnya walaupun subjekyang diajar adalah sama tetapi berbeza dari segi tahap pelajar. Hal ini kerana guru perlumeyediakan RPH yang sesuai dengan tahap pelajar seperti melakukan aktiviti pengajaranyang berbeza di anatara satu kelas dengan kelas yang lain. Sebagai contoh, gurumelakukan aktiviti menerang secara langsung kepada pelajar yang berada di tahapcemerlang dan melakukan aktiviti permainan bahasa kepada pelajar yang berada di tahapyang lemah bagi tujuan mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Penerimaan pelajarterhadap penyampaian guru berbeza di antara pelajar di tahap cemerlang dan pelajar ditahap yang lemah. Guru tidak boleh melakukan aktiviti yang sama kerana sudah pastipelajar di tahap yang lemah tidak dapat menerima penerangan guru secara langsung.Mereka perlu diajar dengan cara bermain atau nyanyian supaya minda mereka dapat

memahami setiap butiran isi pelajaran yang disampaikan oleh guru kepada mereka danmenumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran tersebut.Keberkesanan pengajaran bahasa Arab sangat berkait rapat dengan penulisanRPH.Gurudapat mengetahui semua aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran di bilikdarjah dan bagaimana guru menyesuaikan pengajaran mereka dengan pendekatan, kaedah,teknik dan strategi yang tepat. Mengikut Ismail Sini (1980), guru adalah pelaksana kepadapendekatan. Pendekatan tidak lahir begitu saja tanpa persediaan dan perancangan rapi olehguru.Justeru, aspek pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran guru bahasa Arab perludisesuaikan dengan kehendak pelajar bagi membantu mereka memahami setiap isipelajaran yang diajar serta menarik minat mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab.Oleh yang demikian,kajian ini akan memfokuskan kepada kepentingan penyediaan RPHdalam kalangan guru kerana penyediaan RPH sangat berkait rapat dengan semua aspekyang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan bagaimana gurumenyesuaikan pengajaran mereka dengan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yangtepat serta kemahiran-kemahiran pengajaran yang lain.OBJEKTIF KAJIANMengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dalam penulisan Rancangan PengajaranHarian bahasa Arab.METODOLOGI KAJIANKajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen terhadap penulisan RPHbahasa Arab yang dilakukan oleh guru pelatih. Aspek-aspek yang dibincangkan ialah (a)aspek bahasa dan (b) aspek perancangan pengajaran yang merangkumi pengetahuan sediaada murid, penentuan hasil pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, gabungjalin dan rentasan ilmu, kemahiran berfikir, penerapan nilai-nilai murni dan penyediaanbahan bantu mengajar.ANALISIS DAPATANDalam dapatan ini akan membincangkan dua 2 (aspek) iaitu (a) aspek bahasa dan (b) aspekperancangan pengajaran.(a) Aspek BahasaHasil dapatan analisismemperlihatkan guru pelatih masih lemah dalam penulisanRPH bahasa Arab terutamanya dari aspek bahasa. Banyak kesilapan tatabahasa danbeberapa istilah yang tidak tepat yang terdapat dalam penulisan RPH yang merekalakukan. Di antara kelemahan yang agak ketara ialah,(i)Kelemahan penulisan hasil pembelajaran, seperti :: يتم ّكن التالميذ من ، في آخر الحصّة . كلمات من أسماء الحيوانات بعد االستماع إلى قراءة المعلّم 5َ يَ ْن ِطق / ق ََ َ نَط : المستوى األول . كلمات من أسماء الحيوانات قراءة صحيحة 5َ يَ ْق َرأ /َ قَ َرَأ : المستوى الثاني . كلمات من أسماء الحيوانات كتابة واضحة 5َ يَ ْكتب / َب ََ َكت : المستوى الثالث

(ii)(iii)(iv)(b)Kesalahan tatabahasa : pembinaan ayat, jumlah ismiyyah dan jumlahfi’liyyah :Mengenai pembinaan ayat, guru masih keliru dengan penggunaan katakerja dan kata nama di dalam ayat ketika membina ayat berkaitan aktivitipengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh :. يشيرَالمعلّمةالصور إلى التالميذ . يطلب المعلّم التالميذَأنَيقرأالكلمات . يأمر المعلّم التالميذ أنَيتقدمَإلى األمام . قد عرفواَالتالميذَالدرس السابق َ ر . كتابة الحروف علىَالسبّورة يوم االربعاء / يوم الثالث نتاج التعليم المالحظةَالمعلمالمساعد . ، في أخرالحصّة . يستشيرالمعلّم الصور إلى التالميذ بالقاتالكلمات دقائق 30 األقالم المكتوبة ربط الدرس بالكيماألخالقيّة قد قراء الخطوة الثالث Kesilapan ejaanَdan istilah, seperti :Kesalahan ayat secara keseluruhan, seperti :. هذهَاألشيأ . ورةَفرد . اقولَكلمةَعرضَفيَالصورة . رقةَبصحيحَاالجابة . الصور َ. َم ّراتَمعَالصور 3َ َينطقوؤاَالمعروضة َAspek Perancangan PengajaranDari aspek perancangan pengajaran, kebanyakan guru pelatih masih lagi kurangmelakukan perancangan dan persediaan yang rapi dan tersusun ketika menulis RPH.Guru seakan-akan ambil mudah tentang tugasan yang dipikul dan menulis RPHdengan sambil lewa.Semakan yang dilakukan terhadap tugasan penulisan RPHmenunjukkan pelbagai kekurangan dan kelemahan dalam penulisan RPH seperti :(a) tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran,(b) aktiviti-aktiviti yang kurang menarik dan merangsang minat murid,(c) hasil pembelajaran tidak tercapai,(d) tidak menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai dan kreatif,

(e) penulisan nilai-nilai murni yang tiada kaitan dengan tajuk pengajaran dan(f) kurang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi.TAHAP KOMPETENSI GURU PELATIH DALAM PENULISAN RPH BAHASAARABSecara amnya, tahap kompetensi guru pelatih dalam penulisan RPH bahasa Arab adalahsederhana. Walaupun guru pelatih dilatih untuk bersikap professional sebagai seorang gurudan pendidik, namun masih terdapat sebilangan guru pelatih yang gagal memenuhi ciri-ciriguru yang baik. Mereka masih lagi tidak merasakan tentang kepentingan menulis RPH dimana sebilangan guru pelatih tidak mengambil peduli tentang kelemahan yang mereka ada.Mereka tidak cuba berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut malah mereka memberipelbagai alasan menyatakan penulisan bahasa Arab adalah sangat susah.Guru pelatih perlu berusaha untuk menambah dan meningkatkan lagi ilmu bahasa Arabdari semasa ke semasa. Dalam usaha untuk memantapkan dan menguasai kemahiranmenulis bahasa Arab, guru pelatih perlu meneroka ilmu-ilmu asas bahasa Arab danmengembangkan kecekapan, merancang dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaikbaiknya.Guru pelatih perlu sedar bahawa menulis RPH dengan sempurna sangat pentingsebelum waktu pengajaran berlangsung di dalam bilik darjah.Menurut Mohd Ali Hasan, Presiden Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) dalamUtusan Online, (2004) bahawa guru-guru sekolah sekarang ini semakin hilang kreativitidalam menarik minat pelajar. Walaupun zaman sudah berubah, malah teknologi maklumatjuga sudah semakin maju, tetapi kita dapat lihat bahawa kebanyakan guru di negara kitamasih di takuk lama. Mereka masih lagi bersikap seperti katak di bawah tempurung.Berdasarkan kenyataan ini, guru pelatih yang masih berada di dalam kursus perguruanperlu didorong supaya mengubah sikap dan minda mereka dengan melakukan persediaanpersediaan yang berkaitan dengan tanggungjawab sebagai seorang guru.PERBINCANGANBerdasarkan kepada hasil analisis terhadap penulisan RPH bahasa Arab dalam kalanganguru pelatih ini menunjukkan kebanyakan guru pelatih masih kurang mempunyaipersediaan dan perancangan yang rapi tentang penulisan RPH sebagai persediaan merekamelaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, sudah sampai masanya gurupelatih bertindak melakukan perubahan kendiri supaya amalan menulis RPHmenjadi satukewajipan dan tanggugjawab dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran yangefektif. Kita ingin sekali melihat guru pelatih mempunyai potensi yang tinggi dan mampumelaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dengan baik walaupun gurupelatih ini bukan daripada bidang opsyen mereka.Bagi membincangkan isu penulisan RPH seperti dalam dapatan, beberapa pandangandibincangkan sepertimana yang berikut:1.Perubahan kendiri: Sikap tidak memperdulikan akan kepentingan penulisan RPHmenyebabkan kebanyakan guru pelatih tidak melakukan perancangan danpersediaan yang rapi dan tersusun. Pelbagai isu timbul akibat sikap sambil lewayang ditunjukkan oleh guru pelatih seperti malas berfikir, tidak melakukan semakanbeberapa kali bagi memastikan ketepatan idea, aktiviti dan kaedah yang sesuai,kesilapan ejaan dan istilah serta hasil pembelajaran yang tidak dapat dicapai. Alasan

tidak mahir menulis dan lemah dalam bahasa Arab perlu diatasi kerana ia dapatmeninggalkan kesan yang tidak baik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.Oleh itu, guru pelatih perlu memandang berat tentang kepentingan penulisan RPHketika mereka menjalani latihan dan kursus di dalam bidang perguruan lagi. Merekaperlu mempunyai intensif diri seperti mencari peluang dan menceburkan diri denganaktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kompetensi diri menulis RPH bahasaArab.2.Persediaan dan Perancangan yang Rapi: Guru pelatih perlu mempunyaipersediaan yang rapi untuk menulis ayat-ayat di dalam bahasa Arab ketika menulisaktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu mempersiapkan diri denganilmu asas bahasa Arab yang kukuh dengan cara mengulangkaji terlebih dahuluperkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan ayat, bertanya dan berbincangdengan pensyarah dan melakukan semakan terhadap ayat yang dibina berulangkali.Tidak dinafikan sekiranya guru pelatih tidak melakukan persediaan-persediaantersebut, sudah pastimereka akan menghasilkan ayat-ayat bahasa Arab yang salahdari aspek tatabahasa dan lain-lain. Sepatutnya guru pelatih berperanan melakukanpersediaan agar penulisan ayat bahasa Arab menjadi lebih baik dan tepat sekaligusmewujudkan perasaan seronok dan suka terhadap hasil penulisannya.Dari aspek perancangan pula, guru pelatih hendaklah serius memikirkanperancangan perancangan yang rapi dan tersusun supaya dapat membantu gurumelaksanakan proses PdP dengan lebih seronok dan berkesan. Guru perlu mencabardiri mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti yang luar biasa atau yang memberikepuasan kepada diri. Maslow (1970) telah menyatakan realisasi-diri atau hasratingin menjadi diri yang kita idam-idamkan adalah sumber kepuasan yang palingtinggi. Setiap orang boleh menikmati kepuasan itu kerana kita cuma perlu mencapaiapa yang kita sendiri mahu. Jadi, realisasi-diri ialah usaha mencapai apa yangterbaik yang mampu kita capai. Di sinilah pentingnya guru pelatih meningkatkanpotensi diri dan intelektual diri seperti melihat contoh-contoh penulisan RPH danperancangan pengajaran bahasa Arab yang berkesan di samping membaca bahanbahan ilmiah atau mengetahui hal-hal berkaitan pengajaran dan pembelajaran yangterkini. Dengan cara ini akan dapat meningkatkan lagi kompetensi guru pelatihterutama dalam melakukan perancangan pengajaran yang efektif.3.Kosa Kata dan Kemahiran-kemahiran Bahasa Arab: Tahap penguasaan yangrendah terhadap kosa kata Arab serta kemahiran-kemahiran bahasa merupakanhalangan kepada guru pelatih dalam penulisan RPH bahasa Arab. Hal ini dapatdiatasi sekiranya guru pelatih mempunyai minat dan iltizam yang tinggi untukmengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Dengan sifat ini, guru pelatih tanpadipaksa akan terus belajar, mencari, menerokai, mendalami dan mempelajari ilmubahasa Arab dengan lebih berkesan (Ismail Hj. Ibrahim & Mohd. Sahril AbdulRahman, 1994). Di samping itu, dengan adanya usaha yang berterusan segalakelemahan yang dialami tersebut dapat diatasi dan dapatlah guru membinakeyakinan diri dalam kemahiran menulis RPH bahasa Arab dan melakukanperancangan pengajaran dengan baik.

Kosa kata merupakan aset penting dalam kemahiran bahasa asing seperti bahasaArab. Kemahiran menulis dalam bahasa Arab bergantung kepada penguasaan kosakata yang baik. Mengikut Rosni Samah (2009), pengajaran dan pembelajaran bahasaArab pada hari ini kurang berjaya disebabkan guru kurang menguasai kosa kata.Oleh yang demikian, bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab dengan baik,penguasaan kosa kata hendaklah diutamakan.4.Penyediaan Bahan Bantu Mengajar yang Sesuai: Penyediaan Bahan BantuMengajaryang jelas, menarik dan sesuai adalah kunci kepada keberkesananpengajaran guru. Melalui BBM yang sempurna dan sesuai dapat membantu guruserta memudahkan guru kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat disempurnakandengan baik dan teratur. Ia juga membolehkan guru memotivasikan murid dalamproses pembelajaran sekaligus menarik minat mereka terhadap penyampaian guru.Maka tanggungjawab seorang guru adalah menyediakan BBM yang terbaik danterancang.Atan Long (1981) membahagikan BBM kepada tiga kumpulan, iaitu alatpendengaran, alat pandangan dan alat pandang dengar. Noraziah Abdul Hamid(1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu media elektronik danmedia bukan elektronik. Bagi Kamaruddin Hj Hussin (1997) pula, BB miniterbahagi kepada tiga peringkat :i.Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,filem jalur, slaid, pita, video, pita rakaman dan lain-lain.ii.Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara,gambar, carta, model, bahan maujud, surat khabar, kad imbasan dan lainlain.iii.Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin,lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.Oleh itu, penyediaan BBM yang pelbagai dan sempurna amat penting untukmelancarkan penyampaian pengajaran guru malah murid mudah mengikutipengajaran guru dan tertarik terhadap apa yang disampaikan oleh guru.5.Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Kemahiran berfikir aras tinggimerupakan satu elemen utama dan sangat penting dalam proses pengajaran danpembelajaran. Ia membolehkan pelajar mendapat latihan berfikir secara kritis dankreatif serta dapat menghasilkan suatu inovasi yang membantu mereka membuatkeputusan mahupun menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak. Mereka juga akanlebih terkehadapan dan bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkanalasan dan bukti serta berani memberi pandangan dan kritikan yang bernas terhadapsesuatu isu yang dikeluarkan (Mohd Izzuddin, Mohd Faeez.et, 2016).Oleh itu, bagimencapai hasrat tersebut, guru pelatih perlu bersedia serta memainkan peranankhususnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sertaamalan-amalan baru pengajaran dan pembelajaran yang relevan denganperkembangan dan keperluan abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas semuadisiplin ilmu dalam kalangan murid perlu diberi keutamaan.

KESIMPULANBagi menjamin kualiti penulisan Rancangan Pengajaran Harian bahasa Arab, guru pelatihperlu mempunyai persediaan dan perancangan yang rapi dan tersusun termasuklahpersediaan minda terhadap pengajaran bahasa Arab.Guru pelatih digalakkan menguasaikompetensi dalam beberapa aspek seperti ilmu asas sebagai seorang guru, ilmu asastatabahasa Arab yang mantap, menguasai keseluruhan kandungan mata pelajaran bahasaArab, melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan dan afektif sesuai dengan keperluanpendidikan masa kini serta menerapkan nilai-nilai murni dan kemahiran berfikir aras tinggidalam pelaksanaan pengajarannya. Guru pelatih juga perlu menunjukkan kesediaanterhadap cabaran-cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sampingkeupayaan untuk meningkatkan kesan berterusan di dalam proses pembelajaran danperkembangan pe

pelbagai alasan menyatakan penulisan bahasa Arab adalah sangat susah. Guru pelatih perlu berusaha untuk menambah dan meningkatkan lagi ilmu bahasa Arab dari semasa ke semasa. Dalam usaha untuk memantapkan dan menguasai kemahiran menulis bahasa Arab, guru pelatih perlu meneroka ilmu-ilmu asas bahasa Arab dan

Related Documents:

KISI-KISI SOAL UKG TAHUN 2015 PENDIDIKAN JASMANI, OLAHRAGA, DAN KESEHATAN JENJANG SD STANDAR KOMPETENSI GURU KOMPETENSI KOMPETENSI GURU Indikator Esensial/ INTI GURU MATA PELAJARAN/ Indikator Pencapaian Kompetensi (IPK) . 8.6.2 Melakukan analisis hasil penilaian pembelajaran penjasorkes di sekolah dasar.

ini guru-guru dikenali sebagai guru pelatih yang didedahkan pelbagai kaedah pengajaran dan teori-teori proses pembelajaran. Sehingga kini lulusan guru pelatih telah mencapai 385, 531 orang dari 27 buah maktab perguruan di seluruh negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009). Seterusnya guru-guru

c) Tinjauan atau temubual atau lebih seorang bagi kumpulan yang berikutan: pelatih-pelatih, pengarah mereka, pekerja bawahan mereka, dan orang lain yang sering memerhati tingkah laku para pelatih dalam kerja. d) Memilih 100 orang pelatih atau satu pensampelan yang sesuai. e) Mengulangi penilaian pada masa yang sesuai.

KISI – KISI DAN SOAL UKA GURU MAPEL TEKNIK KIMIA Kompetensi Utama Standar Kompetensi guru Kompetensi Dasar Indikator Esensial Kompetensi Inti Kompetensi Guru Mapel /Guru Kelas Pe

1. Surat iringan ditandatangan Ketua Bahagian pelatih ditempatkan. 2. Menyatakan nama pelatih dan laporan bulanan berapa. 3. Laporan cuti pelatih : a) Dimaklumkan bahawa pelatih telah mengambil cuti sebanyak satu (1) hari menggunakan kelayakan bulan Januari. b)

memisahkan kompetensi dasar yang sudah dikuasai dari kompetensi yang belum dikuasai mahasiswa 5. Memberi nomor setiap kompetensi dasar, dimulai dari kompetensi yang paling awal yang harus dikuasai mahasiswa (dimulai dengan nomor 1) 6. Memberi tanda panah pada kompetensi dasar dimulai dari kompetensi yang paling awal disampaikan ke kompetensi .

Kompetensi Dasar dikembangkan dari Kompetensi Inti, sedangkan pengembangan Kompetensi Inti mengacu pada Struktur Kurikulum. Kompetensi Inti merupakan kompetensi yang mengikat berbagai Kompetensi Dasar ke dalam aspek sikap, keterampilan, dan pengetahuan yang harus dipelajari peserta didik untuk suatu jenjang sekolah, kelas, dan mata pelajaran. .

Archaeological Research & Consultancy at the University of Sheffield Research School of Archaeology West Court 2 Mappin Street Sheffield S1 4DT Phone 0114 2225106 Fax 0114 2797158 Project Report 413h.1 Archaeological Evaluation of the Upper Loading Bay, Castle Market, Sheffield April 2002 By Glyn Davies and James Symonds With Contributions by Chris Cumberpatch, Jennie Stopford, Hugh Willmott .