Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan Pengenalan

3y ago
637 Views
28 Downloads
1.44 MB
65 Pages
Last View : Today
Last Download : 3m ago
Upload by : Julius Prosser
Transcription

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanPengenalan1.0 Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan atau secara ringkasnya RP ialah sebuahdokumen bertulis yang memberi keterangan berkaitan perniagaanatau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh. RPyang juga dikenali sebagai kertas kerja, kertas projek ataupelan perniagaan adalah merupakan satu dokumen perancanganyang membentangkan segala maklumat yang hendak dicapaidan bagaimana hendak mencapainya dalam jangka masa yangditetapkan.2.0 Penyediaan Rancangan PerniagaanUntuk menulis RP yang baik usahawan atau koperasi perlu menilaisetiap aspek perniagaan yang bakal dilaksanakan. Begitu jugadalam menyediakan satu rancangan perniagaan, perkara-perkaraberikut patutlah dielakkan:1.2.3.4.RP yang tidak bertaipKesilapan ejaan dan ayat dalam rancangan perniagaanMenyediakan rancangan kewangan tanpa andaian tertentuMengabaikan pesaing11

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan5.Menyatakan produk/perkhidmatan anda adalah unik danterhebat di pasaran.3.0 Bahagian Utama Dalam Rancangan PerniagaanSuatu rancangan perniagaan mengandungi beberapa bahagianutama yang boleh dikategorikan seperti berikut:1.2.3.4.5.6.7.8.9.Pengenalan Rancangan PerniagaanTujuan Rancangan PerniagaanLatar Belakang Perniagaan/KoperasiLatar Belakang Pemilik/Pengurus KoperasiLatar Belakang ProjekAspek PemasaranAspek Pengeluaran/Rancangan OperasiAspek KewanganTeknik Kaedah Penilaian Projek12

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanBAB 1Rancangan PerniagaanBahagian ini perlu memberi gambaran secara ringkas dan spesifikberkenaan aktiviti-aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumatberkaitan dengan projek atau perniagaan. Maklumat-maklumat yangseharusnya dimuatkan adalah seperti berikut :-1.1Jenis Perniagaan Yang Diceburi.Peniaga perlu menyatakan jenis perniagaan atau projek yangingin mahupun yang akan dijalankan. Ini perlu dinyatakan didalam kertas rancangan perniagaan itu sendiri. Ini bertujuan agarpembaca ataupun pihak yang ingin membiayai projek tersebutdapat mengenal pasti jenis perniagaan yang ingin mahupun projekyang akan diceburi oleh koperasi tersebut.Contoh : Koperasi B ingin menjalankan perniagaan baru di manakoperasi ingin membekal, membuat, dan mengedar perabot bagipasaran terbuka, tender-tender kerajaan dan badan berkanunkerajaan1.2 Nama Perniagaan Dan Lokasi Atau Alamat Perniagaan.Nama dan lokasi tempat koperasi perlu dinyatakan dengan jelas didalam rancangan perniagaan. Ini akan memudahkan pelanggan13

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaanataupun pihak lain yang ingin berurusan dengan koperasi tersebutmengenal pasti di mana dan dengan siapa mereka berurusan.Contoh :Nama Koperasi : Koperasi Perabot Willey Sdn BhdAlamat: No 4, Jalan Kechil, Sungai Baru, Selangor.1.3 Tarikh Perniagaan Mula BeroperasiTarikh mula beroperasi sesebuah koperasi perlulah dinyatakan agarmudah bagi pihak ketiga yang membaca rancangan perniagaantersebut mengenal pasti atau menilai perkembangan serta prestasikoperasi.1.4Visi, Misi dan Objektif KoperasiVisi, misi dan objektif koperasi merupakan elemen yang pentingyang menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah koperasi. Iamerupakan satu elemen pelengkap bagi merancang masa depandan sekali gus sebagai arah tuju kepada pencapaian prestasi yanglebih cemerlang. Oleh yang demikian visi, misi serta objektifkoperasi perlulah selari dan jelas agar mudah difahami oleh setiaporang terutamanya pekerja-pekerja. Di samping itu ia memberipanduan kepada umum tentang arah perkembangan koperasi.Secara umumnya sesuatu pernyataan misi yang lengkapmempunyai elemen-elemen seperti berikut : Pelanggan – Siapakah pelanggan koperasi? Keluaran atau perkhidmatan – Apakah produk atauperkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi? Pasaran – Dalam pasaran manakah koperasi bersaing? Menggambarkan pegangan asas, nilai, aspirasi dankeutamaan falsafah koperasi.14

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan Menitikberatkan imej umum.Menitikberatkan pekerja.Menitikberatkan kewujudan dan pertumbuhan koperasi.1.5 Carta Organisasi KoperasiCarta organisasi koperasi menggambarkan struktur yangmenunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuahkoperasi. Struktur atau carta koperasi dapat membantu pihakpengurusan membuat perancangan dan strategi-strategiberkaitan dengan operasi koperasi. Carta koperasi ini juga dapatmemudahkan pihak ketiga seperti pelanggan dan pembaca kertasrancangan perniagaan ini memahami kedudukan dan susunankakitangan di dalam koperasi tersebut.Rajah 1 : Contoh Carta Organisasi Koperasi yang menjalankanperniagaan membuat kerepek15

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan16

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanBAB 2Tujuan PenyediaanRancangan PerniagaanPenyediaan RP adalah penting bagi sesebuah perniagaan. Biasanya RPini disediakan dengan tujuannya supaya:1.Usahawan dapat melihat dengan sendiri dan menilai idea atauprojek perniagaan yang dicadangkan dengan teliti, kritikal danpraktikal.2.Dapat memberi gambaran sama ada projek yang dirancangusahawan berdaya maju atau tidak.3.Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumberperniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik. Pengagihansumber perlu dilakukan dengan baik supaya memperoleh hasilyang optimum. Sumber-sumber yang ada dalam koperasi adalahseperti sumber kewangan, sumber manusia, peralatan, bahanbahan dan juga masa adalah terhad dalam sesuatu jangka masatertentu.4.Rancangan perniagaan boleh diumpamakan sebagai petaperjalanan yang memberi garis panduan tentang perjalanan untukmenuju ke destinasi tertentu. Ia memberi maklumat terperinci danmenerangkan setiap langkah yang harus diambil.17

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanRP juga berguna kepada orang luar seperti bank dan juga bakal pelabur.Dokumen ini merupakan sokongan untuk memperoleh pinjamandaripada institusi-institusi kewangan atau mendapatkan rakan kongsiuntuk membuat pelaburan. RP dapat memberi jawapan kepada persoalanyang sering dibangkitkan oleh orang luar, antaranya:1.2.3.4.5.6.Apakah perniagaan dan idea yang dicadangkan ini berpotensi?Apakah terdapat sesuatu yang unik tentang produk/ perkhidmatanyang dicadangkan berbanding dengan apa yang ada di pasaranpada masa kini?Apakah pasarannya telah dikenal pasti?Apakah pengunjuran kewangan boleh dipercayai?Apakah pasukan pengurusan dan kakitangan teknikal mempunyaipengalaman yang sesuai dan rekod yang baik?Apakah RP itu memperincikan bagaimana pinjaman itu akandilunaskan?18

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanBAB 3Latar BelakangPerniagaan / KoperasiSecara ringkas sejarah operasi koperasi termasuklah apa-apa kejadiansignifikan yang terjadi dalam beberapa tahun yang lampau mestilahditerangkan. Bahagian ini mestilah menjelaskan bila dan kenapakoperasi ditubuhkan dan bagaimana ia telah berkembang sertaapakah visi usahawan/koperasi untuk masa hadapan. Ia juga mestilahmenunjukkan pencapaian objektif masa lampau dan menyampaikanimej koperasi yang ingin ditonjolkan dalam pasaran. Maklumat yangperlu dijelaskan di dalam bahagian ini termasuklah:1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.Nama PerniagaanAlamat Tetap PerniagaanNo. Telefon / FaksTaraf PendaftaranTarikh Pendaftaran PerniagaanNo. PendaftaranJenis PendaftaranModal AsalTarikh Mula BerniagaLain-Lain LesenNama BankNo. Akaun Bank19

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan20

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanBAB 4Latar BelakangPemilik / Pengurus KoperasiKekuatan individu yang menerajui perniagaan khususnya penguruskoperasi perlu dinyatakan dalam RP. Nyatakan juga kebolehan dankepakaran pengurus berserta dengan pengalaman dan penglibatanpengurus di dalam dunia perniagaan dan seterusnya penglibatannyadalam aktiviti-aktiviti yang memanfaatkan masyarakat umum.Maklumat-maklumat latar belakang pengurus atau pemohon akanmembolehkan pihak-pihak yang berkaitan menilai keberkesanankoperasi ataupun usahawan yang terlibat. Butiran maklumat yangdiperlukan adalah seperti berikut:1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.Nama Pengurus KoperasiNo. Kad PengenalanAlamat TetapAlamat Surat MenyuratNo Telefon / FaksTarikh LahirUmurJantinaTaraf PerkahwinanKelayakan AkademikKursus Yang Pernah Dihadiri21

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan12.13.14.Pengalaman Yang BerkaitanKemahiranPerniagaan Lain Yang Pernah Diceburi22

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanBAB 5Latar BelakangProjekDalam bahagian ini usahawan/koperasi perlu menerangkan denganterperinci tentang projek yang hendak dijalankan. Penjelasan perludiberi khususnya yang berkaitan dengan perkara berikut:-5.1 Kelulusan5.1.1Lesen dan lain-lain kebenaran untuk menjalankan projekdaripada pihak-pihak yang berkuasa. (Salinan surat-suratkelulusan yang berkaitan perlu disertakan bersama-samadengan RP)5.2 Lokasi Tapak Projek5.2.15.2.2Nyatakan lokasi projek yang dijalankan ataupun yangakan dijalankan. (Pelan lokasi hendaklah disertakan)Lokasi tapak projek yang merangkumi maklumatberkaitan keluasan tapak projek serta tunjuk arah ketapak projek perlulah jelas dan mudah difahami.5.3. Kedudukan Fizikal Projek5.3.1Kedudukan fizikal projek perlu dijelaskan denganmenyediakan pelan kedudukan projek tersebut.23

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanSeandainya projek yang akan dijalankan bukan daripadajenis pembuatan maka nyatakan lokasi kedai ataupunpejabat di tempat mana perniagaan akan beroperasi.5.4 Bangunan5.4.1Di dalam RP perlu dinyatakan jenis, struktur, keadaan,bentuk, ukuran dan nilai bangunan (sediakan pelanbangunan). Jika menyewa nyatakan kadar sewa, syaratsyarat sewaan (lampiran) jika berkenaan, serta nyatakanjuga siapa pemilik bangunan terlibat.5.4.2Di samping itu, usahawan perlu menyatakan bentukbangunan yang dipilih sama ada rumah kedai, bangunankilang, ruang di dalam kompleks membeli belah, bengkelatau sebagainya.5.5 Kemudahan Asas5.5.1Nyatakan kemudahan asas yang ada seperti telefon,elektrik, air, jalan raya dan lain-lain. Jika tiadahuraikan langkah-langkah yang akan diambil untukmendapatkannya dan bila masanya kemudahan inidijangka diperoleh.5.6. Projek Yang Dicadangkan5.6.1Penerangan mengenai projek yang akan dilaksanakanperlu diberikan huraian dengan jelas dan teliti. Initermasuklah apakah perancangan sebenar koperasi dankepentingannya di dalam menjalankan projek perniagaantersebut.24

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanBAB 6Aspek PemasaranAspek pemasaran merupakan satu strategi yang amat penting danmemerlukan perhatian yang lebih. Koperasi perlu mengambil berattentang aspek-aspek yang berkaitan dengan strategi pemasaran yangberkemungkinan dapat memberi impak positif di dalam menjadikanprojek yang dirancang sesuatu projek yang berdaya maju dan berdayasaing.Tiga bahagian penting di dalam aspek pemasaran yang perlu dijelaskandengan teliti adalah:-6.1 Analisis PemasaranTujuan analisis ini ialah untuk membuat ramalan yang baiktentang apa yang diperlukan oleh pelanggan, menentukan saizpasaran dan keunikan barangan atau perkhidmatan yang hendakditawarkan.6.1.1Trend PasaranUsahawan yang terlibat perlu membuat penyelidikanterhadap pasaran yang ingin dimasukinya. Ini adalahbertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangansemasa industri yang ingin diceburi. Perlu dinyatakan25

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaansama ada industri tersebut sedang berkembang, menurunatau dalam keadaan yang stabil. Berikan statistik jika adabagi menyokong kenyataan yang dibuat. Penyelidikansecara berterusan di dalam mengenal pasti perubahanterhadap keinginan dan cita rasa pengguna juga perludijalankan untuk mengetahui perubahan cita rasa semasadan perubahan cita rasa di masa akan datang. Ini dapatmembantu dalam meramalkan jualan.6.1.2Sasaran PasaranKoperasi khususnya usahawan tersebut perlu terlebihdahulu mengenal pasti siapakah sasaran pasaran yangakan menggunakan produk ataupun perkhidmatanyang ditawarkan oleh koperasi. Sasaran pasaran bolehditafsirkan sebagai pengguna ataupun pelanggan.Usahawan perlu menerangkan dengan jelas profilpelanggan yang ingin disasarkan dari segi:1Demografi Umur Jantina Pendapatan Pekerjaan Taraf pendidikan Bilangan ahli keluarga2Psiko grafik Keinginan Cita rasa Ego Status26

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan6.1.3Saiz PasaranSaiz pasaran ialah jumlah keluasan pasaran atau lebihtepat lagi, jumlah potensi pasaran untuk satu-satukawasan dan dalam jangka masa setahun. Dalammengira saiz pasaran, beberapa faktor perlu diambil kiradi antaranya ialah :Tidak mengambil kira/mengira pembahagianmengikut pesaing di dalam pasaran yang luas.Saiz pasaran perlu dinyatakan di dalam bentuk unitatau Ringgit Malaysia (RM).Jadual 1: Contoh pengiraan bagi menentukan saiz pasaranContoh: Menentukan Saiz PasaranKoperasi Keropok Segera Amin Sdn. Bhd.:Pasaran sasaran sekitar 20 km persegi dari lokasi perniagaan. Duakumpulan pembeli utama :1. Murid sekolah rendah pembeli utama2. 3000 keluarga bermastautin di kawasan yang samaHasil kajian: Murid sekolah Pembelian RM 500.00 seminggu atau RM2,000.00 sebulan Keluarga Pembelian RM 4,000.00 sebulanBerdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 Tahun) RM 24,000 (2000 x 12) RM 48,000 (4000 x 12) RM 72,000.00Saiz Pasaran RM 66,000.00 setahun (ambil kira cuti sekolah)6.1.4Mengenal Pasti Kekuatan Dan Kelemahan PesaingUsahawan perlu menerangkan keadaan sebenar yangberlaku di pasaran. Di samping itu usahawan perlumengenal pasti siapa pesaing yang menawarkan barangan27

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaanataupun perkhidmatan yang serupa mahupun baranganpengganti kepada kumpulan pelanggan yang sama.Seandainya terdapat pengeluar-pengeluar lain yang telahdan akan mengeluarkan barang-barang yang serupa,nyatakan keupayaan pengeluaran masing-masing, kualitikeluaran pesaing, harga jualan pesaing serta kekuatandan kelemahan pesaing.6.1.5Syer PasaranSyer pasaran merupakan satu anggaran yang perludibuat oleh koperasi di dalam mengenal pasti bahagian(syer) pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan didalam sesuatu pasaran yang ingin diceburi. Di dalammengenal pasti syer pasaran koperasi perlu mengambilkira beberapa aspek penting. Di antaranya koperasi perlumengambil kira keseluruhan saiz pasaran dan syer pasaranbagi setiap pesaing yang terdapat di dalam industri yangsama. Syer pasaran biasanya dinyatakan di dalam bentukperatusan(%).Di dalam mengenal pasti syer pasaran, kaedah yangselalu dikaitkan ialah konsep ‘sharing of cake’, di manapasaran itu sendiri dianggap sebagai sekeping kekyang perlu dipecah-pecahkan mengikut pasaran yangberlainan. Setiap perniagaan mempunyai pasarannyatersendiri. Perniagaan yang mempunyai bahagian yangbesar dikenali sebagai pemimpin pasaran atau ‘marketleader’.28

Siri Pengurusan Rancangan PerniagaanJadual 2: Mengenal pasti syer pasaranContoh syer pasaran:Koperasi Ternakan Ayam Daging Bagus Berhad merupakan sebuahperniagaan yang menjalankan perniagaan menjual daging ayam.Selain daripada koperasi ini terdapat empat pesaing utama yangmenjalankan perniagaan yang sama. Pecahan syer pasaran mengikutpesaing adalah seperti :Pesaing APesaing BPesaing CPesaing D::::40 %30 %15 %15 %Koperasi ini baru ingin memulakan perniagaan, oleh kerana itukoperasi belum mempunyai syer pasaran. Oleh yang demikiankoperasi perlu menganggarkan berapa syer pasaran denganmengambil kira kekuatan dan kelemahan koperasi berbandingdengan pesaing. Setelah mengambil kira kesemua faktor koperasitelah menganggar syer pasaran sebanyak 10%. Pecahan syer pasaranyang baru adalah seperti berikut :Pesaing APesaing BPesaing CPesaing DKoperasi:::::39 %27 %12 %12 %10%6.2 Ramalan JualanPegawai pemasaran yang terlibat perlu menyediakan pengunjuranjualan bulanan untuk tahun pertama dan anggaran jualan untuk29

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaantahun kedua dan ketiga. Di dalam menyediakan ramalan jualanpegawai perlu mengkaji beberapa faktor penting iaitu: Kesedaran pelanggan tentang barangan atau perkhidmatanyang ditawarkanMengambil kira musim perayaan, cuti sekolah, perubahancuacaMengenal pasti jenis perniagaan atau projek yang ingindijalankan sama ada dalam sektor perniagaan atau industri,penternakan ataupun perladangan.Formula di dalam menentukan ramalan jualan: Tentukan saiz pasaranKenal pasti siapa pesaingMenganggarkan syer pasaranMeramal jualanPengunjuran jualan bulanan perlu disediakan untuk tahun pertamadan anggaran jualan tahun kedua dan ketiga juga perlu disediakan(Lampiran 1).6.3 Strategi PemasaranElemen produk, tempat, harga dan promosi adalah merupakanunsur pemasaran yang digabungkan dan dibentuk menjadi strategipemasaran koperasi. Empat elemen ini dikenali juga sebagaicampuran pemasaran:6.3.1Produk Produk merupakan elemen utama dalam campuranpemasaran. Produk adalah apa sahaja yang30

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan 6.3.2ditawarkan oleh koperasi kepada sasaran pasaranataupun pengguna. Pengguna selalunya bukansetakat mahukan produk, mereka mencari beberapamanfaat yang dapat memenuhi keperluan dankehendak mereka. Mewujudkan nilai bermaksudkoperasi memahami apa yang diperlukandan dikehendaki oleh pengguna dan koperasimenawarkan nilai tersebut kepada pengguna, olehitu tawaran produk koperasi mestilah merangkumiproduk utama ditambah lain-lain manfaat yang bolehmenarik dan memujuk pengguna untuk membeli.Di samping itu, koperasi perlu memastikan kualiti,reka bentuk, prestasi barangan yang ditawarkanbenar-benar mencapai piawaian yang telahditetapkan.Dari segi pembungkusan koperasi perlu memastikancara pembungkusan yang digunakan memenuhi ciriciri keselamatan, sesuai dan menarik. Pengguna masakini sudah mula mencari produk ataupun keluaranyang mempunyai bungkusan dan pelabelan yangmenarik. Ini adalah kerana terlalu banyak baranganyang terdapat di pasaran yang menawarkan fungsiyang sama. Oleh yang demikian koperasi perlubijak di dalam menarik minat pelanggan denganmemastikan pembungkusan selari menepati ciri-ciriasas dapat menunjukkan perbezaan dengan ketaradengan produk pesaing.Promosi Promosi ialah strategi berkomunikasi antarapengguna dan pemasar atau peniaga. Ianyamelibatkan proses komunikasi dua hala daripada31

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan peniaga kepada pengguna dan daripada penggunakepada peniaga. Tujuan komunikasi ialah supayapemasar boleh menyampaikan mesej kepadapengguna dan mengetahui maklum balas penggunaterhadap tawaran koperasi.Strategi promosi merangkumi strategi pengiklanan,promosi jualan, jualan perorangan, perhubunganawam dan publisiti dan pemasaran langsung.Objektif utama promosi ialah memberitahu,mengingatkan dan memujuk pengguna dan/ataupengguna berpotensiDi dalam strategi promosi pemasar perlu: Menetapkan objektif (AIDA) Konsep AIDA selalu ditekankansemasa objektif sesuatu strategipromosi dirangka. Konsep AIDA bolehditakrifkan sebagai: A (Attention) – Koperasi perlumemikirkan sesuatu yang bolehmenarikperhatianpenggunamahupun sasaran pengguna melihatatau memperhatikan aktiviti promosiyang dijalankan oleh emilihiklan percetakan yang berwarna,menggunakan watak kartun sekiranyakoperasi ingin menarik minat kanakkanak dan sebagainya.I (Interest) – koperasi perlu pandaimenarik minat pelanggan dengan32

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan 6.3.2memberikandiskaunataupunpendorong yang negatif menarikpelanggan melihat kepada iklanmahupun promosi yang dijalankan.D (Desire) – Faktor ini sering dikaitkandengan faktor dalaman iaitu sejauhmana koperasi dapat menanamkanrasa keinginan pengguna untukmencuba ataupun untuk membeliproduk yang kita tawarkan.A (Action) – langkah yang terakhirsekiranya pengguna akan terusmembeli produk tersebut sekiranyamereka berminat dan berkeinginanmemilikinya.Menentukan sasaran penggunaMereka bentuk mesej yang ingin disampaikanMemilih media yang hendak dijadikan saluranpenyampaian mesejMenyediakan kos promosiPenilaian terhadap aktiviti promosi yangdijalankanHarga Harga adalah didefinisikan sebagai nilai yang harusdibayar oleh pengguna/pembeli kepada peniagasebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkanoleh perniagaan. Beberapa faktor perlu dipertimbangkan di dalammenetapkan harga barangan yang ditawarkan olehkoperasi. Di antaranya ialah: Jumlah harga kos sebenar produk yang33

Siri Pengurusan Rancang

Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan 12 5. Menyatakan produk/perkhidmatan anda adalah unik dan terhebat di pasaran. 3.0 Bahagian Utama Dalam Rancangan Perniagaan Suatu rancangan perniagaan mengandungi beberapa bahagian utama yang boleh dikategorikan seperti berikut:-1. Pengenalan Rancangan Perniagaan 2. Tujuan Rancangan Perniagaan 3.

Related Documents:

(BUSINESS PLAN) LEARNING OUTCOME AKHIR KELAS INI, PESERTA DAPAT Memahami kepentingan rancangan perniagaan Komponen-komponen penting dalam rancangan perniagaan Menyediakan satu rancangan perniagaan Fahami cara terbaik pembentangan rancangan . PowerPoint Presentation Author: HP-8200

BAB 4: PERNIAGAAN ANTARABANGSA Maksud Perniagaan Antarabangsa - Perniagaan antarabangsa ialah kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain. - Ia melibatkan import, eksport dan entrepot. - Kedua-dua perniagaan import dan eksport terdiri daripada import dan eksport nyata dan tak nyata.

2.5 Pengurusan Stres 38 2.5.1 Model Pengurusan Stres: Diagnosis dan Intervensi 40 2.5.2 Mekanisme Menghadapi Stres 41 2.5.3 Dimensi Untuk Pengurusan Stres 44 2.6 Pengurusan Stres dan Peranannya Dalam Prestasi 46 2.7 Kesan Pengurusan Stres dalam Hubungan antara Persaingan Kerja Kompetitif dan Prestasi 48

29 kursus pengurusan tanah peg. bidang khas 29-31 mac 2021 30 kursus mandatori: pengurusan tanah siri 1 peg. pert. daerah 31 mei -3 jun 2021 8-11 mac 2021 31 kursus mandatori: pengurusan tanah siri 2 peg. pert. daerah 5-8 jul 2021 2-5 ogos 2021 16-19 ogos 2021 32 kursus mandatori: pengenalan biosekuriti tumbuhan

Melatih peserta dengan input teknikal pengurusan perniagaan kecil Memberi kemahiran ICT dalam perniagaan Pendedahan kepada peserta berkaitan Aplikasi Google Web & Laman Sosial (Facebook, blog, Youtube dan lain-lain) Membina kemahiran teknikal peserta sebagai persediaan menjalankan perniagaan Elaun selama 2 bulan akan diberikan

SIRI 1 PENGURUSAN AKTIVITI BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT SUBSIDIARI 2012 JABATAN AUDIT NEGARA . Kreatif Dan Warisan serta Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan manakala Kampus Jeli menempatkan Fakulti Agro Industri Dan Sumber Asli. Rancangan pembangunan kampus telah dibuat secara berperingkat dimulakan dengan Fasa 1 yang .

Pengenalan Pencapaian MDS 4 6 - 7 1.3 1.4 Carta Organisasi Punca Kuasa 8 9 . Mengeluarkan lesen-lesen perniagaan dan permit-permit yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu perniagaan. . Menyelaras penyediaan Rancangan Tempatan Dan Rancangan Kawasan Khas.

Asset management is a critical component in helping us comply with our licence and the road investment strategy. The Department for Transport (DfT) sets out what we must do, and provides funding through 5-year ‘Road Periods’. The Office of Rail and Road monitors how we deliver our strategic business plan, including key performance indicators, and Transport Focus represents our customers .