Keterangan Melalui Kitābah: Menurut Fiqh Dan Undang-Undang .

3y ago
123 Views
2 Downloads
226.27 KB
12 Pages
Last View : 2d ago
Last Download : 1y ago
Upload by : Anton Mixon
Transcription

(2013) 17 JUUM 1 - 11Keterangan Melalui Kitābah: Menurut Fiqh dan Undang-Undang Semasadi Malaysia(Evidence Through Kitābah: According to Fiqh and Current Malaysian Laws)WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAILHJ ZULFAKAR RAMLEEABSTRAKKitābah atau dokumen sebagai kaedah pembuktian amat banyak diperbincangkan dalam undang-undang sivil dandiamalkan secara yang meluas di Mahkamah-Mahkamah Sivil. Namun konsep serta pemakaian kitābah di MahkamahSyariah tidak banyak diperbincangkan secara terperinci dalam undang-undang syariah sungguhpun kitābah dinyatakansecara jelas di dalam al-Qur’an dan Sunnah sebagai kaedah pembuktian. Artikel ini cuba untuk merungkaikan konsepdan skop kitābah dari segi syarak dan perbandingannya dengan undang-undang di Malaysia. Segala bahan, maklumatdan data dalam artikel ini diperoleh dari pemerhatian serta temu bual-temu bual yang dilaksanakan ke atas pengamalundang-undang di Mahkamah Sivil dan Syariah di Malaysia. Maklumat juga turut diperolehi dari buku-buku dan artikelartikel perundangan di dalam dan luar negara. Hasilnya, faktor kemudahan dan keadaan semasa telah memainkanperanan yang penting terhadap konsep dan pemakaian kitābah itu sendiri.Kata kunci: Kitabah, muharrar, asnad, hujaj, auraq dan dokumenABSTRACTKitābah or the tendering of documents as evidence in court trial is very much discussed under the civil law and iswidely practiced in the Civil Courts. However the concept and application of kitābah in the Syariah Courts have neverbeen discussed in detail under syariah law eventhough kitābah is clearly stated in the Qur’an and Sunnah as a methodof proof. This article attempts to look into the concept and scope kitābah in Islam and compare them with the laws ofMalaysia. All materials, informations and data in this article are obtained from observations and interviews conductedon legal practitioners in Civil and Syariah Courts in Malaysia. Materials and informations are also obtained from booksand articles from local and abroad. This article finds that convenience and circumstantial factors play important rolesin shaping up the concept and application of kitābah.Keywords: Kitābah, muharrar, asnād, hujaj, aurāq and documentJUUM 1.indd 1PENDAHULUANKITĀBAH SECARA UMUMPerundangan Islam diturunkan melalui lisan junjunganNabi Muhammad SAW adalah bertujuan untuk memeliharalima prinsip yang merupakan satu kemestian di dalamkehidupan manusia. Prinsip-prinsip yang dimaksudkanialah memelihara agama, memelihara akal, memeliharajiwa atau nafsu, memelihara keturunan dan jugakehormatan serta memelihara harta. Setiap syariatAllah SWT diturunkan, kesemuanya adalah bertujuankemaslahatan manusia dan menjauhkan dari segalabentuk kezaliman, membela pihak yang dianiayai danmenghukum pihak yang zalim. Selain daripada syahadah,ikrar, sumpah qarinah dan seumpamanya sebagai kaedahpembuktian dalam proses pensabitan dan penafian dalamsesuatu dakwaan, kitābah juga tidak kurang pentingnya.Bahkan pada hari ini kitābah menjadi satu kaedahterpenting berbanding kaedah-kaedah pembuktian yanglain.Kitābah atau dinamakan juga sebagai ‘dokumen’merupakan kata terbitan () kataba,katban, kitāban, kitāban yang bermaksud tulisan (khat).Terdapat juga di kalangan ulama seperti imam al-Qurafi,ibn Qayiim dan lain-lain menyatakan kitābah adalahtulisan (khat), ia merupakan salinan ucapan lisan dariseseorang dengan menggunakan huruf-huruf tertentu.1Kenyataan mereka merujuk kepada perkataanpada hadis Rasulullah SAW:Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang bolehdiwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turutmelainkan dia menulis wasiat di sisinya.227/01/2014 14:45:43

2Beberapa definisi yang diberikan oleh para ulamamengenai kitābah sama ada ulama terdahulu sepertiIbn Abidin dan juga ulama kontemporari antaranyaMuhammad al-Zuhailiyy3. Namun rata-rata para ulamamemberi gambaran yang agak sempit mengenai kitābahiaitu mengaitkannya tulisan zahir yang dapat dibacadengan penglihatan semata-mata. Kenyataan mereka iniberkemungkinan terkesan dengan kemudahan yang adapada waktu itu dan ia amat berlainan dengan suasanasemasa.Merujuk kepada kemudahan dan teknologi yangsemakin berkembang serta pengamatan yang dibuat,kitābah boleh ditakrifkan sebagai:Menjelaskan atau menyifatkan sesuatu dengan menggunakantulisan atau lakaran atau salinan yang berbentuk zahir samaada secara klasik seperti menggunakan kertas, kayu danseumpamanya atau secara moden seperti penggunaan disket,cakera padat, internet dan seumpamanya.Definisi ini menunjukkan kitābah tidak disyaratkanmenggunakan alat-alat tertentu, yang penting ialah iadapat difahami dan ia bersifat fizikal sama ada ia bolehdifahami secara terus atau dengan menggunakan peralatantertentu. Ini bermakna rakaman suara, kaset, cakera padadan seumpamanya juga termasuk dalam kategori kitābahkerana ia dapat difahami kandungan sekalipun denganmenggunakan alat-alat tertentu.4 Oleh itu, kitābah perludilihat dalam skop yang lebih luas iaitu dari segi fungsikitābah itu sendiri dan bukan hanya pada bentuk kitābahserta peralatan yang digunakan semata-mata, apa yangpenting ialah maklumat yang hendak disampaikan dapatdifahami.5Takrif ini bertepatan dengan definisi dokumenseperti dalam seksyen 3, Akta Keterangan 1950 dokumendiertikan sebagai: “Apa-apa huruf, tanda, nombor,simbol atau isyarat yang dinyatakan, diperihalkan, ataubagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda,bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yangterkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atauapa jua pun peranti (alat atau perkakas) lain.” Dalamundang-undang maksud kitābah yang lebih luas dapatdilihat dalam kes R v Masqud Ali, yang mana mahkamahrayuan berpendapat tidak terdapat perbezaannya antararakaman melalui gambar dan suara yang boleh diterimasebagai bahan bukti. Begitu juga dalam kes Pendakwaraya lwn Jawan Empaling dan Pendakwa raya lwnDatuk Haji Sahar Arpan, mahkamah berpendapat salinanfaks dan mikrofilem termasuk di bawah definisi kitābahseperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 3 AktaKeterangan 1950.Di dalam kes Mohd Ali Jaafar v Public Prosecutor,mahkamah telah mensabitkan dakwaan rasuah terhadaptertuduh melalui pita rakaman. Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) menggunakan pita rakamanperbualan tertuduh sebagai bukti bagi mensabitkandakwaan. Setelah penelitian pengesahan kesahihanpita rakaman tersebut, Mahkamah telah menerima pitarakaman sebagai bahan bukti bagi mensabitkan dakwaanJUUM 1.indd 2Jurnal Undang-undang & Masyarakat 17rasuah terhadap tertuduh kerana pita rakaman suara jugadianggap sebagai dokumen atau kitābah.6Di Mahkamah Sivil, pita rakaman boleh dijadikanbahan bukti sekiranya telah melalui prosedur-prosedurberikut, iaitu: Melalui pemeriksaan yang terperinci danyakin pita tersebut tidak diubah dari yang asal, Alatrakaman yang digunakan masih dalam keadaan baikdan masih boleh digunakan dengan sempurna. Pihakpihak yang mengemukakan pita rakaman hendaklahmengulangi rakaman tersebut bagi mengenal pasti pihakpihak yang terlibat dan menyalin rakaman tersebut untukdikemukakan kepada mahkamah.7Kenyataan ini dikuatkan dengan kenyataan al-Tihamiseorang pakar undang-undang kontemporari yang manakitābah dibahagikan kepada dua kategori, pertama:kitābah Sawtiyyah (secara sebutan) iaitu huruf atauperkataan yang boleh ditulis dan dilafazkan seperti yangdigunakan panda hari ini. kedua: kitābah dalam bentuktanda atau simbol-simbol tertentu yang hanya difahamioleh pihak-pihak yang tertentu sahaja seperti yangdigunakan di dalam kod-kod rahsia dan sebagainya samaada ia boleh difahami secara terus atau menggunakan alatalat tertentu untuk membacanya. Kedua-dua bahagianini termasuk di dalam definisi kitābah menurut undangundang. Di sini jelas menunjukkan kitābah dari segiperundangan lebih luas berbanding dengan kitābah yangterdapat di dalam kitab-kitab fikah.8PERBEZAAN PENGGUNAAN ISTILAH KITĀBAHSecara amnya tidak terdapat perbezaan ketara antarakitābah, muharrar, asnād, hujaj dan juga aurāqkesemuanya memberi maksud dokumen. Namun jikadilihat kepada peruntukan di beberapa buat negara Islam,mereka menggunakan istilah asnād seperti di Syria,Lubnan dan Iraq serta al-hujaj di Tunisia. Manakala diMesir pula waraqah dan muharrar digunakan berbandingkitābah dan Saudi pula menggunakan istilah adillahKitābiyyah. Namun sesetengah pengamal undangundang menyatakan istilah isnād tidak sesuai bagimenggambarkan maksud kitābah, ia memberi maksudyang sempit bagi kitābah. Isnād hanya merujuk kepadadokumen yang bersifat formal semata-mata sepertidokumen yang terdapat tandatangan pihak-pihak yangterlibat, sedangkan kitābah di sini memberi maksud yanglebih luas dari itu iaitu melibatkan dokumen yang bersifatformal atau tidak formal.Istilah hujaj juga tidak sesuai untuk menggambarkankitābah kerana ia tidak bersifat menyeluruh dan hanyatertumpu kepada dokumen yang berbentuk tulisan.Menurut sesetengah pengamal undang-undang, istilahyang paling sesuai untuk menggambar kitābah ialahmuharrar atau waraqah kerana ia lebih umum danmelibatkan semua bentuk dokumen sama ada rasmi atautidak rasmi.9 Bagi penulis, kitābah, muharrar, asnād,hujaj dan juga aurāq adalah sama kesemuanya memberimaksud dokumen.27/01/2014 14:45:47

Keterangan Melalui Kitābah: Menurut Fiqh dan Undang-Undang Semasa di MalaysiaPENSYARIATAN KITĀBAHPensyariatan kitābah telah termaktub di dalam al-Quran,sunah dan ijmak. Firman Allah SWT:Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankansesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberikan tempohsehingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamumenulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklahseorang penulis di antara kamu yang menulisnya dengan adil(benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulissebagaimana Allah telah mengajarkan. Oleh itu, hendaklah iamenulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan(isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertakwakepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatupun dari hutangnya itu. Kemudian jika orang yang berhutangitu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendakmerencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakanoleh walinya dengan adil (benar);Hasil penelitian dari kedua-dua pandangan, pendapatkedua yang mengatakan menjadikan kitābah dapatdijadikan sebagai kaedah pembuktian lebih relevan. Inikerana:1.Surah al-Baqarah (2): 282Nabi SAW bersabda:Tidak ada hak seorang Muslim yang mempunyai suatu barangyang diwasiatkan, yang bermalam dua malam, kecuali wasiatnyaitu ditulis (disaksikan) di sisinya.10Hadis ini secara jelas menyatakan pentingnya kitābahdalam wasiat. Sekiranya kitābah tidak boleh dijadikansebagai kaedah pembuktian, maka apa faedahnyaRasulullah SAW menyuruh seseorang itu menuliswasiatnya.11 Menurut Ibn Hajar al-cAsqalāni, sekiranyasesuatu maklumat itu penting, maka hendaklah ia ditulis,kerana tidak ada cara terbaik untuk menjaganya melainkandengan cara menulis.12 Ijmak ulama menyatakan, kitābahtelah menjadi amalan sejak di zaman khulafa’ rāsyidīndan pemimpin zaman silam lagi.132.PANDANGAN FUQAHA MENGENAI STATUSKITĀBAH SEBAGAI KAEDAH PEMBUKTIANPara ulama fikah dan hadis bersepakat mengatakan bolehberpegang kepada kitābah dalam periwayatan hadis,pengumpulan hukum hakam dan seumpamanya. Walaubagaimanapun mereka berselisih mengenai penerimaankitābah kaedah pembuktian.14Menurut jumhur ulama (Hanafi, Maliki dansesetengah pengikut Syafei dan Hanbali), kitābah tidakdapat dijadikan kaedah pembuktian.15 Hujah jumhurialah kitābah hampir sama antara satu sama lain danberkemungkinan akan terdedah kepada pemalsuan. Nassecara jelas menyebut hanya ikrar, kesaksian dan sumpahsahaja yang dapat diterima sebagai kaedah pembuktian.Sekiranya kitābah diterima sebagai salah satu kaedahpembuktian bermakna akan berlaku penambahan terhadapnas.16 Manakala mazhab Maliki, setengah riwayat Ahmaddan sesetengah ulama muta’akhirīn,17 kitābah merupakankaedah pembuktian yang dibenarkan syarak.18JUUM 1.indd 333.Kekuatan hujah yang telah dikemukakan olehpendapat kedua dan keperluan manusia terhadapkitābah itu sendiri. Sekiranya kitābah tidak dapatdijadikan sebagai kaedah pembuktian ia akanmenyusahkan dan menyulitkan urusan harian sepertijual beli dan seumpamanya. Keadaan ini akanmenyebabkan ada pihak-pihak akan mengambilkesempatan terhadap hak-hak orang lain, keranatidak semua urusan mampu dilaksanakan dengankesaksian sebagai bukti. Keadaan ini sebenarnyamenyalahi prinsip-prinsip umum syarak iaitumemudahkan dan mengangkat kesulitan bagi tujuanmenjaga hak-hak diganggu. Menurut Syeikh AhmadIbrahim: “Para ulama terdahulu amat menitik beratmengenai kitābah dalam penulisan hukum-hakamsahaja kerana ia bersesuaian dengan suasana ketikaitu. Namun pada hari ini, peranan kitābah bukansetakat untuk penulisan hukum-hakam bahkanlebih daripada itu seperti kaedah pembuktiankhususnya berkaitan urusan muamalat. Selaindaripada itu, kepakaran yang ada hari ini mampuuntuk membezakan tulisan palsu atau asli. Ini akanmenambahkan lagi keyakinan terhadap kitābahsebagai kaedah pembuktian yang kuat apabiladihadapkan ke mahkamah.”19Kitābah juga dianggap sebagai satu qarinah yang kuatdalam pembuktian seperti kitābah yang terdapat padadinding, tembok dan seumpamanya. Imam Ahmadpernah diajukan pertanyaan: “ketika tentera Islammembuka negara yang sebelumnya dikuasai tenterakafir, terdapat di pintu rumah atau tanah tertulis ‘iniadalah diwakafkan’, maka Imam Ahmad menjawabia adalah benar kerana tulisan yang terdapat di situmerupakan satu qarinah yang kuat.”20Kaedah fikah ada menyebut ()kitābah sama dengan lafaz dalam menzahirkankehendak dan niat di hati. 21 Pepatah Arab adamenyebut, tulisan merupakan salah satu dari dualidah manusia, oleh yang demikian kitābah bolehdijadikan hujah dalam pembuktian.22SYARAT-SYARAT KITĀBAHBagi memastikan kitābah dapat diterima dalampembuktian, ia hendaklah memenuhi syarat-syaratyang telah ditetapkan. Para ulama bersepakat menerimakitābah ‘al-Mustabīnah wa al-Marsūmah’ 23 dalampembuktian, Namun mereka berselisih berkaitan dengankitābah ‘al-Mustabīnah wa Ghair al-Marsūmah’. 24Walau bagaimanapun para ulama bersepakat menolakkitābah ‘Ghair al-Mustabīnah’ sebagai bahan bukti dalampendakwaan.2527/01/2014 14:45:48

4Jurnal Undang-undang & Masyarakat 17JENIS-JENIS KITĀBAHMenurut ulama fikah atau undang-undang, kitābahdapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kitābahrasmiyyah (dokumen awam) dan kitābah curfiyyahatau ghair rasmiyyah (dokumen persendirian). Kitābahawam merupakan dokumen yang dikeluarkan olehpihak kerajaan atau pihak-pihak yang diberi kuasa olehpemerintah untuk mengeluarkannya dan ia mengandungisyarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Manakalapembahagian kedua ialah dokumen persendirian, yangmana ia di keluar oleh pihak-pihak persendirian yangtidak menepati syarat-syarat yang ada pada dokumenawam. Sebenarnya pembahagian dokumen menurutulama fikah atau undang-undang adalah hampir sama,cuma perbezaan antara keduanya dari segi istilah danbeberapa syarat kecil sahaja.PEMBAHAGIAN KITĀBAH MENURUT ULAMA FIKAHKitābah yang dikeluarkan oleh kerajaan (kitābahRasmiyyah atau Muharrar Rasmiyy) Al-Barā’āt) merupakan satual-Sultaniyyah (arahan atau maklumat bertulis yang dikeluarkan olehpemerintah, berkaitan dengan kepentingan awam secarakeseluruhannya atau arahan yang ditujukan kepadapihak-pihak yang tertentu. Arahan atau maklumat iniperlu mengandungi cap rasmi dan ditandatangani olehkerajaan atau pihak-pihak yang diwakil oleh pihakkerajaan. Kitābah jenis ini terkawal dari segala bentukpenipuan atau pemalsuan.26Kitāb al-Qādi ila al-Qādi ()Kitāb al-Qādi ila al-Qādi ialah maklumat yang dituliskanoleh hakim berdasar apa yang diperolehinya sepertikesaksian, pengakuan atau sesuatu hukuman yangdijatuhkannya terhadap seseorang. Hasil penghakimanyang telah dibuat, maka dihantarkan kepada hakim ditempat lain supaya ia membantu peghakiman di tempatlain atau dilaksanakan seperti yang tercatat. Kitāb al-Qādiila al-Qādi27 juga disebut sebagai dokumen penghakiman(al-Kitāb al-Hukmiyy).2829Diwān al-QādiImam al-SyarbiniDiwān al-Qādi juga dipanggil “Diwān al-Hukmī.”Diwān al-Qādi ialah ruangan yang mengandungi failfail berkaitan dengan maklumat seseorang, di dalamnyaterdapat dokumen-dokumen seperti surat wasiat, suratsurat tuntutan, dokumen perjanjian berkaitan nafkah, hakpenjagaan anak dan sebagainya.” Dokumen-dokumendisimpan bertujuan memudahkan pihak mahkamahmembuat rujukan ketika ia diperlukan.30KITĀBAH YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAKPERSENDIRIAN (KITĀBAH GHAIR RASMIYYAHATAU KITĀBAH CURFIYYAH)Menurut para fuqaha’, terdapat beberapa bentuk kitābahyang dikeluarkan oleh pihak persendirian antaranya ialah:JUUM 1.indd 4Kitābah yang mengandungi kesaksian dan pengakuan(ikrar), kitābah yang mengandungi hak-hak dan hutanghutang dengan seseorang serta kitābah berbentuk resitatau surat jual beli.Adapun kitābah yang mengandungi kesaksian danpengakuan (ikrar) mempunyai tiga bentuk iaitu kitābahyang mengandungi kesaksian penulis dokumen itusendiri terhadap orang lain,31 kitābah yang mengandungikesaksian orang yang telah meninggal dunia ataupunorang yang tidak dapat dikesan terhadap orang lain32dan kitābah yang mengandungi ikrar penulis dokumen.33Manakala kitābah yang mengandungi hak-hak danhutang-hutang dengan seseorang pula pada kebiasaannyaterdapat dua bentuk iaitu buku catatan jual beli (Dafātiral-Bayā’, al-Sorāf dan al-Simsār)34 termasuklah bukutiga lima yang banyak digunakan oleh peniaga-peniagapada hari ini dan surat-menyurat.35 Dokumen ini jugadinamakan sebagai “Ilmu al-Wasā’iq” dan “Ilmu alSyurūt.” Apabila berlaku sesuatu pertelingkahan antarapihak-pihak, maka surat ini dapat dijadikan sebagai buktidi hadapan mahkamah.36JENIS-JENIS KITĀBAH MENURUT UNDANG-UNDANGManakala kitābah menurut perundangan dipecahkankepada dua bahagian iaitu Dokumen Awam (Kitābahrasmiyyah) dan Dokumen Persendirian (KitābahcUrfiyyah) seperti yang telah termaktub dalam seksyen74 dan 75 Akta Keterangan 1950. Namun di Malaysiatidak begitu banyak rujukan yang menjelaskan secaradetil mengenai Dokumen Awam (Kitābah rasmiyyah)dan Dokumen Persendirian (Kitābah cUrfiyyah).Dokumen awam (kitābah rasmiyyah), syarat-syarat dankekuatannya dalam pembuktian Sekalipun dokumenawam terdapat beberapa definisi, tetapi ia boleh dikatakansebagai dokumen yang telah dibuat atau diterbitkanoleh penjawat awam atau pihak-pihak yang dilantikpemerintah mengenai perkara-perkara di bawah bidangkuasanya dan selepas ditandatangani oleh pihak pegawaitersebut.Menurut seksyen 74 Akta Keterangan 1950,Dokumen Awam ialah (a) dokumen yang mengandungitindakan atau rekod tindakan - (i) kuasa pemerintahberdaulat; (ii) badan rasmi dan tribunal; dan (iii) pegawaiawam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, samaada bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi mana-manabahagian lain Komanwel atau bagi sesuatu negara asing;dan (b) rekod awam mengenai yang disimpan di Malaysiamengenai dokumen persendirian.Berdasarkan kepada definisi Dokumen Awam yangdinyatakan di atas, Dokumen Awam perlu memenuhitiga syarat, iaitu:1.Dokumen Awam hendaklah dikeluarkan olehpenjawat awam atau pihak-pihak yang dilantik khasoleh pihak kerajaan. Yang dimaksudkan denganpenjawat awam di sini ialah individu-individu27/01/2014 14:45:48

Keterangan Melalui Kitābah: Menurut Fiqh dan Undang-Undang Semasa di Malaysia2.3.atau badan-badan yang diberikan autoriti untukmelaksanakan sesuatu tugas atau mengeluarkansesuatu dokumen tertentu untuk kesejahteraanawam sama ada ia dibayar gaji ataupun sebaliknya.Contohnya pegawai yang diberikan tanggungjawabuntuk mengeluarkan sijil kelahiran, kad pengenalan,pasport, surat sumpah dan seumpamanya.37Dokumen Awam hendaklah dikeluarkan oleh pegawaiyang mempunyai bidang kuasa yang khusus mengenaidokumen yang dikeluarkan. Seorang penjawat awamtidak boleh mengeluarkan semua dokumen rasmi,kerana setiap pegawai mempunyai bidang kuasakhas masing-masing. Arahan penghakiman misalnyahanya layak dikeluarkan oleh hakim-hakim yangdilantik mengendalikan kes-kes tertentu, pasporthanya layak dikeluarkan oleh pegawai dari jabatanimigresen, surat kelahiran dan kematian hanya b

(2013) 17 JUUM 1 - 11 Keterangan Melalui Kitābah: Menurut Fiqh dan Undang-Undang Semasa di Malaysia (Evidence Through Kitābah: According to Fiqh and Current Malaysian Laws) WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL HJ ZULFAKAR RAMLEE ABSTRAK Kitābah atau dokumen sebagai kaedah pembuktian amat banyak diperbincangkan dalam undang-undang sivil dan diamalkan secara yang meluas di Mahkamah-Mahkamah Sivil.

Related Documents:

2 Valve body KIT M100201 KIT M100204 KIT M100211 KIT M100211 KIT M100218 KIT M300222 7 Intermediate cover (double diaphragm) - - - KIT M110098 KIT M110100 KIT M110101 4 Top cover KIT M110082 KIT M110086 KIT M110092 KIT M110082 KIT M110082 KIT M110082 5 Diaphragm KIT DB 16/G KIT DB 18/G KIT DB 112/G - - - 5 Viton Diaphragm KIT DB 16V/S KIT

Dewan Syariah Nasional menetapkan aturan tentang mura bah}ah sebagaimana tercantum dalam Fatwa DSN MUI Nomor 04/DSN-MUI/IV/2000 tertanggal 1 April 2000.12 3. Rukun dan Syarat Mura bah}ah Dalam melaksanakan suatu perikatan, terdapat suatu rukun dan syarat yang harus dipenuhi. Secara bahasa, rukun adalah “yang harus dipenuhi

Unit B/Chapter 6 Pages B46-B50 Recount the story of how Al-Ka’bah was built Specify who built Al-Ka’bah and why Explain why Al-Ka’bah is a holy place for Muslims Define Al-Hajj Pages 38-40 Week 5 Unit C/Chapter 1 Pages C2-C12 Define and understand what Hajj is Describe how a Muslim performs Hajj Clarify the wisdom behind the Hajj rituals

Carb.3. Repair Kit Carburetor Assembly Walbro WA226 #530069754 Zama C1U--W7 #530069971 1 2 Gasket/3. Dia. Kit 3 KIT D KIT D KIT D KIT D KIT KIT KIT KIT Kit -- Carburetor Assembly No. 530071630 -- C1U--W7D Note: No Repair kits are available for this carburetor, please order the complete assembly part number 530--071630 (C1U--W7D)

17 sinus lift kit/implant prep kit 18 implant prep kit pro/implant prep kit starter 19 mini implant kit/extraction kit 20 explantation kit/periodontal kit 21 resective perio kit/retro surgical kit 22-23 indications 24 trays 25-27 implant prep inserts 28 mini dental implant

Table 3 Additional Ion kits used with the Ion 16S Metagenomics Kit Description Cat. no.[1] Quantity Ion Plus Fragment Library Kit 4471252 1 kit Ion Xpress Barcode Adapters 1-16 Kit[2] 4471250 1 kit Ion PGM Hi‑Q OT2 Kit A27739 1 kit Ion PGM Enrichment Beads 4478525 1 kit Ion PGM Hi‑Q Sequencing Kit (use with Ion PGM .

D. MENENTUKAN BENTUK FUNGSI KUADRAT Keterangan-keterangan yang diketahui pada sketsa grafik fungsi kuadrat seringkali mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri itu diantaranya adalah sebagai berikut : 1. Grafik fungsi kuadrat memotong sumbu x di A(x 1, 0) dan B(x 2, 0), serta melalui sebuah titik tertentu. Persamaan fungsi

repair genes) in the datasets created in this research are as follows: ageing-related DNA repair genes‟ protein products tend to interact with a considerably larger number of proteins; their protein products are much more likely to interact with WRN (a protein whose defect causes the Werner‟s progeroid syndrome) and XRCC5 (KU80, a key protein in the initiation of DNA double-strand repair .