PSIKOLOGI USAHAWAN: PERANAN MOTIVASI KEPADA PENCIPTAAN .

3y ago
64 Views
4 Downloads
309.37 KB
11 Pages
Last View : 1d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Dani Mulvey
Transcription

Journal of Business and Social DevelopmentVolume 5 Number 1, March 2017: 49-59ISSN: 2289-2915 Penerbit UMTPSIKOLOGI USAHAWAN: PERANAN MOTIVASI KEPADA PENCIPTAANPERNIAGAAN BAHARU E-DAGANG(INDIVIDUAL PSYCHOLOGY OF ENTREPRENEUR – ROLE OF MOTIVATION OF NEWBUSINESS START UP IN E-COMMERCE)AHMAD FIRDAUSE MD FADZIL DAN MOHD RAFI YAACOB*Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan.*Corresponding author: rafi@umk.edu.myAbstrak: Kajian berkenaan psikologi usahawan sebagai salah satu komponenmenyumbang kepada bidang keusahawanan melalui proses penciptaan perniagaan baharue-dagang tidak banyak diketengahkan oleh penyelidik lepas. Kebelakangan ini terdapatbeberapa pendekatan penyelidikan yang melihat psikologi usahawan berkaitan kognitif,personaliti, dan motivasi yang dikaitkan dengan penciptaan perniagaan baharu. Matlamatkajian ini adalah untuk mengenal pasti bagaimana motivasi memainkan peranan dalamproses penciptaan perniagaan baharu e-dagang di Malaysia. Menggunakan pendekatansecara kajian kes, seramai sembilan usahawan e-dagang yang telah berjaya ditemu bual.Kajian lapangan bermula pada bulan Mei 2013 dan berakhir Jun 2014. Hasil kajianmenunjukkan motivasi usahawan untuk berjaya dalam perniagaan menjadi pendorongkuat kepada justifikasi penciptaan perniagaan baharu e-dagang. Maka, pemegang taruhberkaitan mahupun kerajaan berperanan dalam menggalakkan aktiviti keusahawanandi Malaysia perlu menerapkan elemen motivasi melalui aktiviti-aktiviti yang dapatmemupuk minat keusahawanan agar mampu meningkatkan pembangunan ekonominegara melalui kemunculan perniagaan e-dagang yang menjanjikan pasaran besar dikemudian hari.Kata kunci: Keusahawanan, psikologi, motivasi dan e-dagang.Abstract: Research pertaining to psychology of entrepreneur as one of main componentsthat contributes to entrepreneurship especially new venture creation is still limited andnot much have been explored and revealed. Lately, a few approaches that look at therole psychology of an entrepreneur related to cognitive, personality and motivationthat indeed responsible for new venture creation have been developed. The aim of thisresearch is to understand how motivation of e-commerce entrepreneur that responsiblefor business start-up in the business in Malaysia. Using a case study approach, ninesuccessful e-commerce entrepreneurs were interviewed. Fieldwork began in May 2013and ended in June 2014. A result of the study showed motivation to succeed in thebusiness was the main reason that justified new business venture in e-commerce. Hence,relevant stakeholders and the government are responsible to boost entrepreneurshipactivities to instill element of entrepreneurial motivation in order to contribute to theeconomy through the establishment of e-commerce that deems to have huge potentialmarket in the future.Keywords: Entrepreneurship, psychology, motivation and e-commerce.PengenalanIstilah berkenaan keusahawanan telah muladiperdebat semenjak dahulu lagi. Ini disebabkanterdapat beberapa isu yang telah diketengahkanmempunyai kepelbagaian definisi dan perspektifyang berbeza tentang kemunculan perniagaanbaharu. Daviddson (2005) telah merujuk kepadabeberapa definasi berkenaan keusahawananseperti kemasukan baharu (Lumpkin dan Dress,1996), penciptaan perusahaan baharu (Low danMacMillan, 1988), penciptaan organisasi baharu(Gartner, 1988) dan proses penciptaan sesuatuyang mempunyai nilai berbeza (Hisrisch danPeters, 1989).Dalam kajian ini, definisi keusahawananmerujuk kepada penciptaan organisasi baharuJournal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 49-59

Ahmad Firdause Md Fadzil dan Mohd Rafi Yaacobbersandarkan kepada Gartner (1988) bagimenjawab persoalan bagaimanakah organisasiitu wujud. Merujuk kepada Segal, Borgia,dan Schoenfeld (2005), motivasi memainkanperanan penting kepada proses penciptaanperniagaan baharu oleh usahawan terlibat.Terdapat dua faktor utama yang sering dikaitkandengan motivasi usahawan iaitu faktor penolakdan faktor penarik. Faktor penolak bermaksudsituasi persekitaran luaran yang negatif sepertiketidakpuasan kerja, kesukaran mendapatkanpeluang pekerjaan, gaji tidak setimpal danketidaktentuan masa bekerja telah mendorongseseorang itu menjadi usahawan denganmembuka perniagaan baharu. Manakala faktorpenarik pula melihat kepada kecenderunganyang kuat seseorang menjadi usahawandisebabkan oleh keinginan kepada kebebasan,kepuasan kendiri dan mencari kekayaan.Kajianberkenaankeusahawananterutamanya berkenaan penciptaan perniagaanbaharu e-dagang masih kurang disentuh olehkebanyakan kajian lepas di Malaysia bagimengetahui bagaimana perniagaan ini muncul.Oleh itu, matlamat kajian ini bertujuan mengenalpasti peranan motivasi usahawan sebagaisalah satu elemen yang menyumbang kepadapenciptaan perniagaan baharu e-dagang diMalaysia. Definisi Dheeriya (2009) berkenaanperniagaan e-dagang bermaksud “any ventureconducted solely on the internet or the worldwide web” dan merangkumi aktiviti yang samadengan perniagaan biasa dengan mod operasiadalah berasaskan teknologi. Oleh itu, perniagaane-dagang adalah berbeza jika dibandingkandengan perniagaan biasa (brick-and-mortar)terutamanya mengenai platform perniagaanadalah berasaskan teknologi internet dansistem komputer. Menurutnya lagi, konseptualberkenaan keusahawanan e-dagang masihbelum dibangunkan secara rasmi sehingga kiniberbanding dengan model keusahawanan biasa.Menurut Gartner (1985), proses penciptaanperniagaan baharu berkemungkinan berbezamengikut jenis perniagaan ditubuhkan, industriyang terlibat, ataupun mengikut usahawantertentu yang mempengaruhi kemunculankepada perniagaan baharu. Oleh itu, wujudnya50keperluan penyelidik bagi mengetahui perananmotivasi para usahawan yang boleh dikaitkankepada penciptaan perniagaan baharu e-dagang.Berdasarkan beberapa kajian lepas, jelasmenunjukkan bahawa fenomena keusahawananmerupakan faktor yang menyumbang kepadapembangunan ekonomi di sesebuah negara(Carree dan Thurik, 2005; Wennekers danThurik, 1999). Fenomena keusahawanan telahmemberikan impak kepada aktiviti pasaran atausistem ekonomi (Davidsson, 2008, m/s. 10)melalui penciptaan kekayaan atau penciptaansesuatu nilai (Drucker, 1985; Morris, 1998) dantelah menggalakkan aktiviti keusahawanan bagipenciptaan sesuatu produk dan perkhidmatan(Shane, 2003). Sumbangan keusahawanansecara e-dagang juga tidak dapat dinafikanapabila ia dapat mencuri berbilion dolar USDdaripada rantaian perniagaan tradisional kini,dan menjadi komponen signifikan terhadapjualan global hasil pertumbuhan firma tersebut(Dheeriya, 2009). Memetik keratan akbarSinar Harian pada 30 Julai 2013 hasil temubual bersama En. Azizan Mohd Afindi iaituKetua Sekretariat Perancangan dan KoordinasiSKMM telah menjelaskan nilai dagangan secarae-dagang di Malaysia pada tahun 2010 sehingga2011 mencatatkan hampir dua billion ringgitdan turut berlaku peningkatan kepada tigabilion ringgit pada tahun 2012 (Mohd FirdausHashim, 2013). Bersandarkan angka tersebut,kemunculan perniagaan baharu e-dagangdi Malaysia amat memberangsangkan danberpotensi besar untuk diterokai.Memandangkan fenomena keusahawananmerupakan enjin pertumbuhan ekonomisesebuah negara (Baron, Shane, 2008, p. 8;Gartner dan Bellamy, 2009, m/s. 34) melaluipenciptaan perniagaan baharu, kewujudanpeluang pekerjaan dan inovasi, ramai penyelidikdi negara-negara maju telah berminat untukmenerokai berkenaan keusahawanan bagimengetahui kenapa usahawan memutuskanuntuk memulakan perniagaan baharu dan tidakkepada mereka yang lain (Townsend, 2010).Oleh itu, timbul minat penyelidik melihatkepada peranan motivasi usahawan sebagaiJournal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 49-59

PSIKOLOGI INDIVIDU USAHAWAN: MOTIVASI SEBAGAI PENYUMBANG PENCIPTAANelemen yang mempengaruhi kepada prosespenciptaan perniagaan tersebut di Malaysia.Metodologi PenyelidikanTerdapat sembilan usahawan telah ditemu bualseperti yang diketengahkan oleh n dilakukan secara pensampelanbertujuan yang mana mempunyai kepelbagaianvariasi seperti jenis sektor perniagaan diceburi,jantina, lokasi dan sejarah latar belakangperniagaan tersendiri. Kesemua sembilanusahawan yang ditemu bual adalah dikategorikansebagai usahawan perusahaan kecil dansederhana (PKS) mempunyai jumlah pekerjatidak melebihi 75 orang ataupun jumlah kitaranjualan tidak melebihi RM 15 juta setahun. Parausahawan juga terdiri daripada mereka yangbergiat secara aktif dalam perniagaan e-dagangsecara sepenuh masa dan beroperasi antarasetahun sehingga enam tahun.Proses temu bual dijalankan secara separaberstruktur iaitu berdasarkan protokol temu bualbagi menjawab persoalan kajian yang dibina.Setiap transkripsi informan yang ditemu bualdianalisis dan dibina tentatif kategori atau temabagi menjawab persoalan kajian. (Merriam,2009, p. 171). Pada peringkat awal analisisdata dibuat, penyelidik telah mencari tematentatif yang muncul secara induktif bagi setiapinforman yang ditemu bual bagi menjawabpersoalan kajian. Setelah tema dibina, penyelidikmembuat analisis data secara perbandingantema yang muncul dalam kalangan usahawandalam kategori tersebut. Meriam (2009)menjelaskan bahawa terdapat beberapa langkahbagi menganalisis data secara induktif bermuladengan proses pengekodan terbuka (opencoding) iaitu membuat pengekodan (coding)pada ayat dalam transkrip temu bual yang dikenalpasti mempunyai hubung kait bagi menjawabpersoalan kajian. Selepas itu, pengekodantersebut dirangkumkan menjadi kategori(the grouping of open code) atau dipanggilpengekodan paksi (axial coding) seperti manateknik analisis oleh Corbin dan Strauss (2008).Proses analisis data bermula apabila penyelidik51secara terperinci menjelaskan bagaimanakemunculan tema berlaku melalui proses secarainduktif dan komparatif atau metod komparatiftetap. Kaedah metod komparatif tetap telahmula diperkenalkan oleh Glaser dan Strauss(1967) bagi pembinaan grounded theory yangmana telah digunakan dengan begitu meluasdalam kajian kualitatif (Merriam, 2009, p. 175).Dapatan KajianHasil temu bual terhadap sembilan usahawantelah mengenal pasti elemen motivasi sebagaikeinginan untuk berjaya telah mendokong kuatkepada justifikasi penciptaan perniagaan baharue-dagang di Malaysia.Tema motivasi bagi keinginan untukberjaya adalah merujuk kepada bagaimanausahawan melihat keadaan tertentu sebagaipendorong motivasi untuk mencapai sesuatukejayaan. Rangsangan kepada keinginan untukberjaya oleh informan pertama (P1) wujudapabila melihat sejarah hidup dan situasi semasayang telah berlaku. Berbekalkan sikap inginmaju dan ingin mengubah nasib hidup telahmenjadi rangsangan yang cukup kuat kepada P1untuk mengubah nasib hidup melalui peluangperniagaan. Di samping itu, lokasi perniagaanterletak di kawasan pedalaman yang terpenciltelah memberi rangsangan kepada P1 untukmaju bagi menerokai cara perniagaan baharuyang dikatakan lebih meluas. Berikut petikan P1bagi menggambarkan situasi ini;“Sikap ingin maju. mengubah tarafhidup. daripada susah kita hendakjadi senang .keluarga miskin” (P1)“. pertama kali cuba tengok kawasanpedalaman ni. cara orang berniaga.adakah boleh maju? kawasanpedalaman ni. jual bantal macamni adakah maju?. satu tajuk untukmendorong motivasi diri saya.” (P1)Bagi konteks situasi semasa pula, motivasiterhasil apabila P1 merujuk kepada kejayaanbapa saudara dalam perniagaan kini telahberkembang sehingga di pasaran luar negara.Melihat kepada potensi yang besar dalamJournal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 49-59

Ahmad Firdause Md Fadzil dan Mohd Rafi Yaacobperniagaan e-dagang kini telah memberikanmotivasi kepada P1 untuk lebih berjayaterutamanya bagi aspek pemasaran produk;“Macam saya kata daripada mula,pemasaran. tekankan pemasaran. Jadikita dapat memperkenalkan barangankita, pelanggan pun ada” (P1)Menurutnya lagi, untuk bergerak majudalam perniagaan maju usahawan perlu mencarijalan bagi memasarkan produk dijual. Olehitu, usahawan perlu sentiasa berusaha mencaripasaran baru agar tanpa tidak terlalu bergantungkepada pasaran sedia ada;“Untuk meningkat maju, kita kena jualbarang kita. Jadi kalau kita tak jualbarangan kita, macam mana kita nakdapat untung? Cara dia pasar.macammana cara pasar (online).” (P1)“Jadi kita memperluaskan pemasarankita. Jadi kita tak boleh bergantungkepada sedia ada (tradisional). Jadikita perlukan “update” pada dirikita untuk memberikan pemasaran.Tekankan pemasaran ni dulu. Jadi,makna kata pentingnya jadi seorangpeniaga ni, pemasaran” (P1)Melalui perniagaan e-dagang, peluangpasaran dikatakan sangat luas dan tidak terbatasyang mana menarik minat kepada P1 menjualproduk secara e-dagang hasil perkembanganteknologi yang berlaku kini;“Kalau tak buat (perniagaan secaraonline)rasanyaperkembanganpengedaran pasaran tu kurang.Jadi kita perlukan memperkenalkanbarang. Kita perlu sebab barangni penting untuk dipasarkan. Jadiperubahan zaman sekarang ni adayang menggunakan online ni adalahsatu langkah yang baik” (P1)Bagi informan kedua (P2), rangsangankepada keinginan untuk berjaya muncul apabilamelihat sejarah hidup dan situasi perniagaan padaketika itu. P2 telah dilahirkan dalam kalangankeluarga susah yang mana telah merangsang52minda untuk nekad menjadi kaya kelak denganmembuka perniagaan sendiri. P2 melihatbekerja dengan orang lain atau makan gajitidak mempunyai masa depan yang menjaminkepada kehidupan selesa apabila mengambiliktibar daripada mereka yang lain telah gagalmengubah nasib hidup sehingga pencen denganmengharapkan kerja hanya sebagai makan gaji.Sebaliknya P2 mendapati menjadi usahawanboleh membuatkan seseorang itu menjadi kayaraya berdasarkan sejarah orang di kampungnya;“Sebab saya memang dari kecik sayaminat bisnes. memang dari kecik.Lepas tu family saya kiranya macamorang susahlah. Jadi saya memangdetermine dari kecik saya nak jadi kayasebab saya taknak lagi hidup susahkan? Jadi lepas grad saya kerja makangaji. Masa dari kecik saya dah set dahlagu mana saya. Saya tak nak makangaji sebab saya tahu makan gaji takkanke mana pun. Bila pencen pun bawakkereta proton biasa je. Bukanlah nakmenghina, tapi saya nampak.darikecik saya nampak. Kalau nak betulbetul kaya, kena bisnes. Family sayatakde bisnes pun. Jadi saya tahu daridarjah 2 saya ingat masa kecik dulu,dekat kampung tu ada orang baru bukastesen minyak Mobil kot. Lepas tu sayaingat kat kampung tu, orang tu palingkaya. Masa tu saya darjah 2, jadi sayanampak kalau nak kaya macam diakena bisnes. Tu yang saya nampaklah.” (P2)Oleh itu, telah timbul minat P2 sejak kecillagi untuk menjadi usahawan berjaya walaupunpada ketika itu masih belum wujud perniagaane-dagang dan tidak mengetahui apakah jenisperniagaan yang akan diceburi kelak. Namunsetelah timbulnya trend baharu dalam perniagaane-dagang pada tahun 2008 merupakan satupeluang yang tidak harus dilepaskan;“Bisnes sebenarnya. Saya buat onlinetu cuma saya. masa tahun 2008 tu,kebetulan time tu tengah naik trendblogshop. Jadi saya ambil peluang tu.Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 49-59

PSIKOLOGI INDIVIDU USAHAWAN: MOTIVASI SEBAGAI PENYUMBANG PENCIPTAANSaya tahu online ni pun satu bisnesjugak. So, saya buat. It’s not aboutonline business, it’s about businessla sebenarnya saya buat tu. Nampakmasa depan dia” (P2)Usahawan ketiga (P3) pula melihatmotivasi diri hadir apabila melihat kepadapotensi bagi menjana pendapatan yang lumayanhasil menjalankan perniagaan e-dagang.Melihat kepada kos sara hidup yang tinggiterutama bagi yang tinggal di negeri Selangormerupakan sesuatu kekangan yang besar jikahanya bekerja sebagai makan gaji. Pendapatanyang diperoleh adalah statik dan bolehdikategorikan sebagai golongan miskin bandarsekiranya memperoleh gaji bulanan kurangRM3000. P3 berpendapat perniagaan e-dagangmampu menjana pendapatan lumayan sekiranyamereka mengetahui strategi perniagaan denganbetul bagi memasarkan produk dihasilkan.Pendapatan yang diperoleh boleh berlipat kaliganda jika dibandingkan dengan hanya makangaji;“Duit, sebab apa saya nampak potensiuntuk you dapatkan duit yang orangcakap banyaklah. Bukan nak katamudah sangat, tapi kita nampak mudahdan maksudnya kita tahu, kita bolehbuat let say macam ni, sebelum sayasetup office, saya bekerja daripadarumah dan kalau kita study daripadastatement kerajaan negeri Selangor,statistik yang dia bagi tahun 2011 ke2010” (P3)Usahawan keempat (P4) telah meletakkansasaran pencapaian dalam kehidupan sebagaiukuran penting bagi mencapai kejayaan yangdiinginkan. P4 berpendapat perbelanjaan bagikehendak diinginkan merupakan salah satupengukuran terhadap kejayaan dalam kehidupanwalaupun terpaksa menanggung komitmen yangtinggi setiap bulan. Komitmen yang tinggi telahmemberikan motivasi kepada P4 agar sentiasaberusaha dengan lebih keras bagi memenuhikomitmen tersebut;“Bisnes ni kan, kalau macam saya,saya ada target sendiri. Pada awal-53awal dulu habis belajar, saya macammacam impian la kan. Contohnya kitanak buat majlis perkahwinan grand ke,nak beli kereta mewah ke. Benda tubila kita dah ada matlamat kita, secaratak langsung kita akan berusaha kearah tu” (P4)Oleh itu, bagi menampung segala komitmendengan menanggung perbelanjaan tersebutP4 telah mendapati perniagaan e-dagangmerupakan satu platform yang tepat bagimenjana pendapatan yang tidak terhad;“Online ni dia unlimited. Kalau bisnesjual burger la kan, sehari 100 biji,esok 150 biji, lusa 120 biji. dia dukaverage. Sebab dia kawasan tu je.Kalau online, kalau Allah nak bagi kitarezeki 100 ribu sehari, 100 ribu mari.Dia unlimited. Kalau Dia tak nak bagirezeki, satu hari tu takde langsung,takde langsung lah. Itu seronoknyaonline ni. kita takde average. Satu haricontohnya 20 ekor (teddy bear), 20ekor lah. Kalau satu hari sekor, sekorlah.dia unlimited” (P4)Usahawan kelima (P5), merupakan seorangwanita meletakkan tanggung jawab diri bagimembantu suami mencari pendapatan tambahantelah mendorong beliau untuk menjalankanperniagaan e-dagang. Oleh itu, memilikikemahuan bagi membuktikan sebagai suri rumahjuga tidak menghalang P5 menjadi usahawanyang berjaya jika mempunyai keinginan untukberubah;“Pertama sekali saya nak buktikanlah sebagai seorang suri rumah,maksudnya bukan penghalang untuksaya buat benda yang lain sikitdaripada tugas seorang suri rumah.Daripada rumah punkita bolehgenerate income untuk family. Sebabsekarang macam bila kata sebut surirumah je, mesti kata duk rumah lah.something yang common la, yangbiasa. Bila orang tanya saya buatapa, saya cakap saya suri rumah yangbekerja dari rumah” (P5)Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 49-59

Ahmad Firdause Md Fadzil dan Mohd Rafi YaacobUsahawan keenam (P6) telah mengaitkansejarah ahli keluarga yang terdiri daripada merekamenjalankan perniagaan telah mendorong beliauuntuk mengikut jejak mereka yang lain. Perananbapa yang sentiasa memberi sokongan kepadaanak-anak menjadi usahawan berjaya telahmemainkan peranan sangat penting, walaupunterdapat di kalangan keluarga mereka yangdahulunya pernah menjadi kakitangan awam.Pada pandangan mereka bekerja sendiri menjadikebanggaan keluarga dan beranggapan bahawabekerja bergaji tetap di sektor kerajaan hanyalahbersifat sementara walaupun menjadi usahawantidak menjamin ketentuan pada masa hadapan.Oleh itu, dengan bermatlamatkan mencaripendapatan yang lumayan berbanding hanyamakan gaji telah mendorong P6 mengusahakanperniagaan pertukangan senjata walaupun padaperingkat awal tidak mengetahui berkenaanpotensi perniagaan tersebut;“Lepas tu, sebab saya atas dasarnak mencari suatu pendapatanlah(lumayan).Tapi nak katakan sayausaha parang ni sebab saya betul-betuldah berniat nak buat, bukan!. Sebabini salah satu percubaan saya tadiatau step yang saya cari ni. buat stepni bukan, step ni bukan.buat parangni makin menjadi. Jadi kita teruskanlah”. Namun, berbekalkan nasihatyang diberikan oleh bapanya yangmengatakan bahawa bekerja sendiriadalah lebih baik jika dibandingkandengan makan gaji telah menguatkansemangat beliau untuk daktentuandalamperniagaan “Mac

Ahmad Firdause Md Fadzil dan Mohd Rafi Yaacob 50 bersandarkan kepada Gartner (1988) bagi menjawab persoalan bagaimanakah organisasi itu wujud. Merujuk kepada Segal, Borgia, dan Schoenfeld (2005), motivasi memainkan peranan penting kepada proses penciptaan perniagaan baharu oleh usahawan terlibat. Terdapat dua faktor utama yang sering dikaitkan

Related Documents:

Buku Psikologi Sastra ini berisikan tentang (1) studi psikologi dalam studi sastra, (2) psikologi kepribadian, (3) psikologi sosial, (4) psikologi perkembangan, (5) psikologi komunitas, (6) psikologi konsumerisme, (7) psikologi ekologi, dan (8) teknik penyusunan proposal peneliti

psikologi dan sastra, juga di bagian mana kedua disiplin ilmu itu akan bertemu, sehingga melahirkan pedekatan atau tipe kritik sastra yang disebut psikologi sastra. B. Hubungan antara Psikologi dan Sastra 1. Psikologi Sebelum menguraikan hubungan antara psikologi dan sastra, yang melahirkan pendekatan psikologi sastra,

KATA PENGANTAR DEKAN FAKULTAS PSIKOLOGI Dengan memanjatkan puji dan syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, maka telah dapat diterbitkan Buku Pedoman Pendidikan Doktor Psikologi, . PSC721 Psikologi Klinis Anak dan Remaja 2 Konsentrasi Psikologi Klinis 6. PSC722 Psikologi Klinis Komunitas 2 7. PSC723 Stres dan Kecemasan 2 8. PSC724 Psikologi .

Pengantar Psikologi : . Cabang dari psikologi yang perhatiannya tertuju pada penyelidikan perilaku dalam setting kerja dan penerapan prinsip-2 psikologi utk mengubah perilaku kerja tersebut Psikologi Industri & organisasi : . Psikologi klinis . Psikologi Industri dan Organisasi

psikologi sosial. Tahun 1970 dan 1980-an merupakan puncak masa pendewasaan psikologi sosial. Ragam topik penelitiannya meluas. Misalnya, kita temui atri- busi, sikap, perbedaan gender, psikologi lingkungan, psikologi massa, psikologi

Kesehatan Mental dan Psikologi Abnormal 14 7. Kewarganegaraan 6 8. Kode Etik Psikologi 7 9. Konstruksi Alat Ukur Psikologi 14 10. Metode Studi Quran dan Hadits 5 11. . Pengantar Psikologi Perkembangan Anak dan Remaja 2 20. Psikologi Industri dan Organisasi 14 21. Psikologi Anak Berke

Pengantar Psikologi Eksperimen PT21203 Psikologi Fisiologi (9 Jam Kredit) PT31503 Psikologi Abnormal PT31703 Ujian dan Pengukuran Psikologi (6 Jam Kredit) PT31603 Psikologi Sosial PT31803 Psikologi Pembelajaran & Kog

An Introduction to Conditional Random Fields Charles Sutton1 and Andrew McCallum2 1 EdinburghEH8 9AB, UK, csutton@inf.ed.ac.uk 2 Amherst, MA01003, USA, mccallum@cs.umass.edu Abstract Often we wish to predict a large number of variables that depend on each other as well as on other observed variables. Structured predic- tion methods are essentially a combination of classi cation and graph-ical .