FAKTOR ERGONOMIK DAN KEPUASAN KERJA: KAJIAN KES DALAM .

3y ago
166 Views
8 Downloads
260.48 KB
9 Pages
Last View : 20d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Abby Duckworth
Transcription

The 2nd International Conference On Business Management2nd ICBM 2016Hotel Millenium, Jakarta Indonesia19 - 21 AUGUST 2016FAKTOR ERGONOMIK DAN KEPUASAN KERJA: KAJIAN KES DALAMKALANGAN OPERATOR PENGELUARANZuraida Bt. Hassanᵃ, Nur Asilah Mohd. TaibᵇSchool of Business ManagementᵃᵇCollege of Business University Utara Malaysiah.zuraida@uum.edu.myAbstrakPersekitaran fizikal tempat kerja merupakan keadaan fizikal di sesebuah organisasi yang dikongsi bersamadalam kalangan pekerja bagi mendapatkan keseronokan, keselesaan, dan kepuasan kepada seseorangpekerja. Ia juga memberikan kesan terhadap prestasi kerja seseorang individu. Ia dibuktikan mempunyaipengaruh yang signifikan ke atas kepuasan kerja. Antara faktor yang menyumbang kepada kepuasan kerjaialah pencahayaan, bunyi bising, pengudaraan, susun atur, ruang kerja dan sebagainya. Persoalannya,adakah faktor yang sama wujud di semua tempat kerja dan menyumbang secara signifikan ke ataskepuasan kerja? Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepadakepuasan kerja dalam kalangan operator pengeluaran di sebuah kilang pembuatan berteknologi tinggi diBukit Kayu Hitam, Kedah. Sebanyak 300 soal selidik telah diedarkan kepada responden. Hanya 288 soalselidik digunakan untuk penganalisisan data. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan PakejStatistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan keputusan bagi mencapai objektif kajian. Kajian initelah membuktikan hanya faktor susun atur dan ruang kerja mempunyai pengaruh yang signifikan ke ataskepuasan kerja dalam kalangan operator pengeluaran, manakala faktor pengudaraan, bunyi bising danpencahayaan tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kepuasan kerja dalam responden kajian.Ini bermakna tempat kerja yang selesa dan teratur mampu mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorangindividu semasa bekerja. Aspek ini perlu diberikan penekanan oleh majikan dalam mereka bentukpersekitaran kerja yang positif bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan pekerjamereka.Kata kunci: ergonomik, kepuasan kerja dan operator pengeluaranPENDAHULUANErgonomik meliputi aspek seperti manusia (kedudukan tubuh badan, kesihatan), perkakas(peralatan yang sesuai, membaik pulih), ruang (kerusi sewaktu bekerja, reka bentuk ruang kerja) danpersekitaran (pengudaraan, sistem akustik, pencahayaan, kerja shif dan tempoh masa bekerja) (Zafir &Fazilah, 2007). Keberkesanan reka bentuk stesen kerja merupakan persekitaran pekerjaan yangmenyokong keperluan pekerja serta membolehkan mereka menjalankan tugasan dalam persekitaran yangkondusif mengikut kebolehan mereka. Perkara ini boleh direalisasikan sekiranya organisasi berupaya untukmempelbagaikan proses kerja mengikut kebolehan individu yang dipertanggungjawabkan bagimelaksanakan tugas. Kenyataan di atas merupakan matlamat utama ergonomik yang mana kajian sainsbertindak sebagai pereka bentuk kerja mengikut kesesuaian pekerja, berbanding memaksa fizikal pekerjamengikut reka bentuk kerja (Dempsey, McGorry, & O’Brien (2004) dalam kajian Zafir, Durrishah & Mat Rebi2007). Kini, konsep ergonomik dalam persekitaran fizikal pekerjaan bertambah relevan dalam bidangpekerjaan sejak pembangunan mencakupi kehidupan manusia bagi mendapatkan keseronokan,

The 2nd International Conference On Business Management2nd ICBM 2016Hotel Millenium, Jakarta Indonesia19 - 21 AUGUST 2016keselesaan, kepuasan dan keselamatan semasa bekerja. Ergonomik, umumnya memberi kesan yangbesar kepada kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Penyakit pekerjaan seperti gangguan traumakumulatif (CTDs) merupakan salah satu isu yang dihadapi oleh organisasi seluruh dunia. Ia menjadisemakin serius apabila kadar penyakit pekerjaan yang melibatkan kecederaan otot di tempat kerjadilaporkan meningkat tahun ke tahun, dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kos sertaproduktiviti organisasi (Zafirah & Maimunah, 2013). Aplikasi ergonomik dalam persekitaran pekerjaan dinegara membangun amat dititikberatkan kerana masalah persekitaran kerja yang tidak kondusif dankelemahan mengatasi isu-isu kecederaan serta ketidakselesaan di tempat kerja, menyumbang kepadapeningkatan kecederaan dan kemalangan ketika bekerja (Stannack, 1996). Karwowski (2005) dalampenulisannya menyatakan seseorang yang menyedari tentang ergonomik memiliki pengetahuan untukmembuat pilihan dan langkah bagi mengadaptasikan ergonomik berbanding mereka yang tidak mempunyaikesedaran tentang ergonomik. Berdasarkan pernyataan di atas, kajian ini dijalankan bagi menganalisishubungan antara aspek ergonomik, iaitu berkaitan dengan persekitaran fizikal tempat kerja dan kepuasankerja. Aspek ini meliputi pengudaraan, bunyi bising, pencahayaan, susun atur dan ruang kerja. Kajian inidijalankan dalam kalangan operator pengeluaran di sebuah kilang pembuatan.SOROTAN LITERATURMenurut Shaliza (2007), kepuasan bekerja bermaksud sikap individu terhadap pekerjaannya.Apabila seseorang pekerja itu mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi, maka pekerja tersebut akanmerasa positif terhadap kerjayanya. Kepuasan kerja menunjukkan sedalam mana seseorang pekerjameminati pekerjaannya. Umumnya, ia boleh diterangkan sebagai keselesaan dan pengalaman yang positifterhadap pekerjaan. Kepuasan kerja dapat mempengaruhi perlakuan bekerja dan seterusnya prestasiorganisasi (Bakotic, Danica & Tomislav, 2013). Konsep kepuasan kerja disifatkan sebagai tingkah lakuindividu terhadap rutin kerja dan hubungannya dengan motivasi pekerja. Justeru, motivasi tidak akanmuncul tanpa kepuasan kerja dalam individu (Siti Zawiah & Zahari, 2005).Pekerja merupakan sumber yang penting dalam pelbagai industri bagi penghasilan produktiviti.Pengurusan tenaga kerja sangat kritikal berbanding faktor lain kerana manusia mempunyai pelbagai sifatdan gelagat yang turut boleh mempengaruhi kepuasan kerja (Muna & Atasya, 2013). Matlamat sesebuahorganisasi tentulah ke arah memperoleh keuntungan yang maksimum. Justeru, terdapat aspek yangmempengaruhi pencapaian hasrat tersebut seperti aspek kepuasan bekerja dalam kalangan pekerja.Tuntasnya, aspek kepuasan kerja menjadi isu hangat dalam organisasi. Dengan kata lain, di sampingteknologi, peralatan, kewangan dan masa, sifat pekerja itu sendiri mempengaruhi kepuasan kerja mereka.Demi mencapai misi sesebuah organisasi, pekerja mestilah memperolehi kepuasan bekerja agar dapatmempertingkatkan semangat, motivasi dan prestasi ke arah penghasilan produktiviti yang maksimum(Brahmasari & Suprayetno, 2008).Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kepuasan kerja, salah satunya adalahfaktor persekitaran fizikal tempat kerja atau lebih dikenali sebagai faktor ergonomik (Leblebic, 2012).Ergonomik dalam pekerjaan merujuk melibatkan rekabentuk pekerjaan yang berasaskan kepada konsepfisilogi manusia, kejuruteraan, fizik, dan sebagainya (Zafir & Fazilah, 2007). Persekitaran kerja yang berciriergonomik memberi kepuasan yang maksimum ketika bekerja (Fassoulis, & Alexopoulos, 2015). Secaraumumnya, kebanyakan organisasi kurang memberikan penekanan kepada faktor ergonomik walaupundiketahui yang faktor ini boleh meningkatkan motivasi atau memberi kepuasan kerja kepada pekerja(Brahmasari & Suprayetno, 2008). Tumpuan hanya diberikan apabila masalah seperti penurunanproduktiviti dan kualiti perkhidmatan wujud akibat daripada faktor ketidakselesaan di tempat kerja (Ilhaamie,2005). Kualiti persekitaran fizikal tempat kerja juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kebolehanorganisasi untuk mengambil dan mengekalkan pekerja mereka (Ruchi & Surinder 2014). Bekerja dalamkeadaan yang tidak selesa boleh mengakibatkan penurunan prestasi dan meningkatkan risiko penyakitpekerjaan serta turut mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemberhentian pekerja.Beberapa faktor dalam persekitaran fizikal tempat kerja seperti reka bentuk ruang kerja yang kondusif,

The 2nd International Conference On Business Management2nd ICBM 2016Hotel Millenium, Jakarta Indonesia19 - 21 AUGUST 2016penggunaan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan fisiologi pekerja dan penggunaan automasidalam proses kerja boleh dianggap sebagai kunci utama yang mempengaruhi produktiviti, moral, tahapkepuasan serta hubungan sesama pekerja. (Leblebici, 2012).Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelumnya berjaya membuktikan kaitanfaktor ergonomik di tempat kerja dalam yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja, sebagai contoh, kajianyang dijalankan oleh Siti Zawiah, Zubaidah dan Zahari (2006), Zafir dan Fazilah (2007), Zafir, Durrishahdan Mat Rebi (2007), dan Zafirah dan Maimunah (2013) yang menjalankan kajian mereka dalam kalanganresponden dan skop pekerjaan yang berbeza. Kajian oleh Sarimah dan Faridatul Akmar (2010) misalnyamendapati pekerja akan merasakan ketidakpuasan kerja sekiranya wujud faktor keadaan cahaya yangmalap, jarak antara pekerja terlalu rapat dan terlalu ramai pekerja di dalam pejabat.Shikdar dan Sawaqed (2003) turut menemui beberapa faktor persekitaran yang mengakibatkankelesuan badan dan ketidakpuasan kerja. Faktor utama adalah kepanasan dan kebisingan di tempat kerja.Faktor-faktor lain pula adalah persekitaran yang berdebu dan tahap pencahayaan yang malap. Leaman(1995) menyatakan keutamaan perlu diletakkan terhadap suhu dan pencahayaan di tempat bekerja bagimeningkatkan prestasi kerja dan meminimumkan masalah kesihatan pekerjaan. Di samping itu, majikanjuga perlu melaksanakan pemantauan berterusan terhadap sistem bunyi bising, pengudaraan danpencahayaan dalam meningkatkan kepuasan kerja dan tahap kesihatan individu (Shirom, 1982 dalamkajian Zafir & Fazilah, 2007).Danielsson (2005) dalam kajiannya mendapati pekerja yang mempunyai ruang kerja persendirianlebih berpuas hati dengan ruang kerja mereka berbanding pekerja yang tidak mempunyai ruangpersendirian semasa bekerja. Kajian yang dijalankan oleh Roelofsen (2002) pula mendapatipenambahbaikan dalam persekitaran tempat bekerja memberi kesan terhadap pengurangan aduan danketidakhadiran pekerja serta meningkatkan produktiviti dan prestasi.Perkara ini disokong oleh Weiss (1999) yang menyatakan kepuasan persekitaran tempat bekerjamenyumbang kepada kepuasan kerja. Konfigurasi lantai dan susun atur perabot turut mempunyaipengaruh langsung kepada prestasi dan kepuasan pekerja (Vischer, 2007). Pengubahsuaian peralatanyang sesuai dengan pekerja dalam menjalankan tugas mereka dapat mengurangkan penyakit pekerjaandan memberi keselesaan kepada mereka. Ini akan membawa kepada peningkatan produktiviti dan kualitidalam pekerjaan (Wicken, Lee, Liau & Becker, 2004).Walau pun telah banyak kajian terdahulu yang berjaya membuktikan wujudnya hubungannya yangsignifikan antara faktor ergonomik dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pekerja dari skoppekerjaan dan industri yang berbeza, namun, pengkaji merasakan penting untuk kajian ini dilaksanakankerana setiap kajian kes mempunyai ciri-ciri dan faktor-faktor penyebab yang berbeza. Adalah menjadikeperluan kepada pengkaji untuk mengkaji permasalahan ini di organisasi kajian disebabkan wujudnyamasalah kadar lantik henti yang tinggi dalam kalangan operator pengeluaran yang kebanyakannyamerupakan warga tempatan (Nor Asilah, 2015). Hasil temu bual awal bersama pegawai sumber manusiadi organisasi kajian membuktikan wujudnya masalah ketidakpuasan kerja dalam kalangan operatorpengeluaran di organisasi kajian. Masalah ini menyumbang kepada penurunan motivasi untukmelaksanakan tugas, peningkatan kadar pemberhentian kerja dan seterusnya mengakibatkan penurunankepada produktiviti kilang (Nor Asilah, 2015). Temu bual bersama beberapa orang pekerja di organisasiberkenaan juga mendapati wujud masalah kelesuan dan ketidakselesaan dalam melaksanakan tugasakibat keadaan persekitaran dalam organisasi mereka yang ada kalanya tidak mencapai tahap yangmemuaskan (Nor Asilah, 2015). Oleh yang demikian, tujuan utama kajian ini adalah mengkaji hubunganantara faktor ergonomik dalam persekitaran fizikal pekerjaan terhadap tahap kepuasan kerja dalamkalangan operator pengeluaran di sebuah kilang pembuatan.

The 2nd International Conference On Business Management2nd ICBM 2016Hotel Millenium, Jakarta Indonesia19 - 21 AUGUST 2016Persoalan KajianTerdapat tiga persoalan kajian utama dalam kajian ini seperti mana yang dinyatakan di bawah:1. Apakah tahap kepuasan kerja dalam kalangan operator pengeluaran di organisasi kajian?2. Apakah tahap persepsi pekerja terhadap persekitaran fizikal tempat kerja?3. Adakah terdapat hubungan antara faktor ergonomik dalam persekitaran fizikal tempat kerja dengankepuasan kerja?Objektif KajianObjektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara faktor persekitaran fizikaltempat kerja dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan operator pengeluaran. Di bawah merupakantiga objektif khusus dalam kajian ini iaitu:1. Untuk mengukur tahap kepuasan kerja dalam kalangan operator pengeluaran di organisasi kajian.2. Untuk menentukan tahap persepsi pekerja terhadap persekitaran fizikal tempat kerja.3. Untuk mengenal pasti hubungan antara faktor ergonomik dalam persekitaran fizikal tempat kerjadengan kepuasan kerja.METODOLOGI KAJIANReka bentuk KajianKajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan teknik pensampelan bertujuan (purposive)dan telah dijalankan di sebuah kilang pembuatan berasaskan teknologi tinggi di kawasan PerindustrianBukit Kayu Hitam, Kedah. Jumlah keseluruhan populasi kajian adalah 754 orang, dengan saiz sampel yangdicadangkan sebanyak 256 orang (Krejcie & Morgan, 1970). Unit analisis kajian adalah secara individu dimana responden kajian merupakan operator pengeluar di kilang berkenaan. Bagi memastikan peratusanmaklum balas yang tinggi, pengkaji telah mengedarkan sejumlah 300 borang soal selidik kepadaresponden dengan menggunakan bantuan penyelia lini di kilang tersebut. Sebanyak 288 borang soal selidiklengkap telah diterima kembali setelah tamat proses pengumpulan data yang mengambil masa selama 10hari bekerja. Jumlah ini mewakili 98 peratus bagi kadar maklum balas. Data yang diperoleh kemudiannyadianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Antara analisis statistik yangdijalankan adalah korelasi Pearson, Ujian-t dan Regresi Berganda.Alat PengukuranTerdapat 38 soalan di dalam soal selidik kajian ini yang terbahagi kepada tiga bahagian. BahagianA merupakan soalan berkenaan profil demografi responden yang mengandungi 8 soalan berskala nominaldan ordinal. Bahagian B pula mengandungi soalan berkenaan faktor ergonomik yang terdiri daripada 25soalan yang diadaptasi daripada kajian Zafir dan Durrishah (2009). Manakala Bahagian C menyoal limasoalan berkenaan kepuasan kerja yang diadaptasi daripada kajian Sarimah & Faridatul Akmar (2010).Soalan-soalan di bahagian B dan C menggunakan skala Likert tujuh poin. Satu kajian rintis dijalankansebelum proses pengumpulan data sebenar dilaksanakan. Kajian rintis ini bertujuan untuk memastikansetiap item kajian mempunyai tahap kebolehpercayaan (Cronbach alpha) yang tinggi dengan memastikannilai kebolehpercayaannya melebihi 0.6. Kesemua item kajian ini telah dibuktikan mempunyai nilaikebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai melebihi 0.7 (Sekaran & Bougie, 2010).

The 2nd International Conference On Business Management2nd ICBM 2016Hotel Millenium, Jakarta Indonesia19 - 21 AUGUST 2016ANALISIS DATAMaklumat DemografikMajoriti responden adalah lelaki (67.4%) berbanding perempuan (32.6%), berumur di antara 18hingga 35 tahun (65.2%), diikuti responden yang berumur di antara 36 hingga 45 tahun (26.7%). Lebih 60peratus responden merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 81.3 peratus berbangsa Melayu.Min dan Sisihan PiawaiNilai min dan sisihan piawai diperoleh daripada analisis deskriptif dilaporkan seperti mana dalamjadual di bawah. Berdasarkan nilai min di bawah, majoriti responden melaporkan mereka mempunyai tahapkepuasan kerja yang berada pada tahap sederhana. Majoriti responden juga menyatakan merekamempunyai persepsi yang berada tahap sederhana terhadap kesemua sub faktor yang berada di bawahpemboleh ubah faktor ergonomik.Jadual 1. Min dan sisihan piawai pemboleh ubah kajianPemboleh ubahPengudaraanBunyi bisingPencahayaanSusun aturRuang kerjaKepuasan kerjaMin3.634.353.704.454.404.30Sisihan Piawai1.241.050.900.660.540.60Hasil analisis korelasi Pearson dipaparkan dalam Jadual 2. Secara keseluruhannya, pemboleh ubahpengudaraan, bunyi bising dan pencahayaan tidak signifikan dengan kepuasan kerja kerana nilai p 0.05.Hanya faktor susun atur dan ruang kerja sahaja mempunyai korelasi signifikan dengan nilai 0.05.Jadual 2. Nilai korelasi (r) bagi setiap pemboleh ubahKepuasan kerjaPengudaraanBunyi bisingPencahayaanSusun aturRuang kerja** p 0.01 .225**1.251**1Jadual 3 memaparkan keputusan nilai-R, R², dan perubahan nilai-R². Nilai-R dalam jadualberkenaan adalah 0.741, menunjukkan hubungan linear yang kuat antara pemboleh ubah. Nilai-R² pulaadalah 0.550. Nilai ini menunjukkan bahawa 55 peratus daripada varian dalam kepuasan kerja bolehdijelaskan oleh hubungan antara setiap pemboleh ubah bebas yang dikaji dalam kajian ini. Jadual 4 pulamemaparkan persamaan regresi bagi setiap sub faktor yang signifikan dengan kepuasan kerja di kalanganresponden.

The 2nd International Conference On Business Management2nd ICBM 2016Hotel Millenium, Jakarta Indonesia19 - 21 AUGUST 2016Model1R0.741R²0.550Jadual 3. Rumusan ModelPerubahan R² Std. Error of the Estimate0.542.40736Jadual 4. Persamaan regresi dan statistik )PengudaraanBunyi bisingPencahayaanSusun aturRuang kerjaStandardizedModel CoefficientsBStd. 49216.5603.178.032.745.281.137.000.002a. Pemboleh ubah bersandar: kepuasan kerjaPERBINCANGAN DAN KESIMPULANKajian ini bertujuan untuk menyiasat hubungan antara faktor ergonomik dalam persekitaran fizikaldi tempat kerja dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan operator pengeluaran di sebuah kilangpembuatan. Secara umumnya, tahap kepuasan kerja dalam kalangan responden kajian adalah pada tahapsederhana, di mana 51.7 peratus responden bersetuju bahawa persekitaran pekerjaan yang selesamenjamin tahap kepuasan kerja mereka. Hanya 37.2 peratus responden melaporkan mereka berasaseronok apabila berada di tempat kerja yang selamat dan selesa. Hasil analisis Korelasi dan RegresiBerganda mengesahkan bahawa hanya pemboleh ubah susun atur dan ruang kerja sahaja yangmempengaruhi pemboleh ubah kepuasan kerja. Manakala faktor ergonomik yang lain seperti pengudaraan,bunyi bising dan pencahayaan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja dalamkalangan responden.Penemuan ini adalah selari dengan pendapat Stallworth dan Kleiner (1996), Sekar (2011), Shikdardan Sawaqed (2003), dan Vischer (2007) yang bersetuju bahawa faktor susun atur dan ruang kerja yangselesa dalam sesebuah organisasi dapat memaksimumkan produktiviti, peningkatan prestasi sertakepuasan kerja. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan saturuangan kerja yang mempunyai susun atur yang baik dan berciri ergonomik dapat dilaksanakan dalamorganisasi mereka bagi menjamin tahap keselesaan yang optimum dalam kalangan pekerja seterusnyamampu meningkatkan kecekapan serta kepuasan kerja. Majikan juga digalakkan untuk membentuk satupolisi keselamatan berkaitan ergonomik di tempat kerja. Ia bertujuan sebagai alat penyataan komitmenmajikan dan peranan yang bakal dilaksanakan dalam mewujudkan tempat kerja yang selamat. Di sampingitu juga, majikan perlu sentiasa terbuka untuk mendengar maklum balas daripada pihak pekerja tentangmasalah berkaitan ergonomik melalui sesi dialog atau peti cadangan. Latihan tentang budaya kerja secaraergonomik juga boleh dilaksanakan di tempat kerja dengan penyertaan pekerja dari pelbagai jabatan danpekerjaan.

The 2nd International Conference On Business Management2n

Ini bermakna tempat kerja yang selesa dan teratur mampu mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang individu semasa bekerja. Aspek ini perlu diberikan penekanan oleh majikan dalam mereka bentuk

Related Documents:

nimbulkan kepuasan kerja yang tinggi. Iklim kerja yang positif menunjukkan ko-relasi yang akrab antara satu sama lain-nya. Dan untuk variabel motivasi kerja memiliki pengaruh terhadap kepuasan kerja sebesar 29.2%. motivasi kerja meli-puti kebutuhan fisiologis, kebutuhan ke-selamatan dan keamanan, kebutuhan 89

Judul Skripsi : Analisis Pengaruh Kepuasan Kerja dan Stres Kerja terhadap Kinerja Karyawan dengan Beban Kerja sebagai Variabel Moderating Studi Pada RSUD Pangkep Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh kepuasan kerja dan stres kerja terhadap kinerja karyawan yang dimoderasi oleh beban kerja pada

Pengaruh Kepuasan Kerja, Stres Kerja, dan Lingkungan Kerja terhadap Turnover Intention pada karyawan CV. Aneka Ilmu Semarang benar-benar hasil karya saya . mengakibatkan organisasi menjadi tidak efektif, kehilangan karyawan berpengalaman dan perlu melatih karyawan baru. Kepuasan kerja yang tinggi serta lingkungan kerja yang baik akan .

Dwiningtyas. 2015. “Pengaruh Kepuasan Kerja, Stres Kerja, dan Lingkungan Kerja Terhadap Turnover Intention pada karyawan CV. Aneka Ilmu Semarang” Skripsi. Jurusan Manajemen, Fakultas Ekonomi, Universitas Negeri Semarang. Pembimbing Dr. Ketut Sudarma, M.M. Kata Kunci : Kepuasan Kerja, Lingkungan Kerja, Stres Kerja, Turnover Intention

terhadap kinerja karyawan, karena terjadi peningkatan pengaruh variabel budaya organisasi, iklim kerja dan fasilitas kesejahteraan terhadap kinerja karyawan sebesar 16,12% jika melalui variabel kepuasan kerja. Kata kunci: budaya organisasi, iklim kerja, fasilitas kesejahteraan, kepuasan kerja, kinerja karyawan . UNIVERSITAS MEDAN AREA

A. Kepuasan Kerja 1. Pengertian Kepuasan Kerja Kepuasan kerja merupakan suatu perasaan positif tentang pekerjaan, yang dihasilkan dari suatu evaluasi pada karakteristik-karakteristiknya. Seseorang dengan tingkat kepuasan kerja yang tinggi memiliki perasaan yang positif mengenai pekerjaannya,

materi pekerjaan, jaminan kerja, dan promosi. Sedangkan menurut Stephen P. Robbins (1996) yang dikutip oleh Badeni (2013:44), faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja adalah pekerjaan itu sendiri, gaji, rekan sekerja, atasan, promosi, lingkungan kerja.

Sharma, O.P. (1986). Text book of Algae- TATA McGraw-Hill New Delhi. Mycology 1. Alexopolous CJ and Mims CW (1979) Introductory Mycology. Wiley Eastern Ltd, New Delhi. 2. Bessey EA (1971) Morphology and Taxonomy of Fungi. Vikas Publishing House Pvt Ltd, New Delhi. 3. Bold H.C. & others (1980) – Morphology of Plants & Fungi – Harper & Row Public, New York. 4. Burnet JH (1971) Fundamentals .