TEKNOLOGI MARA Jur„.,lN0VASI - UiTM IR

3y ago
101 Views
2 Downloads
3.07 MB
17 Pages
Last View : 5d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Elisha Lemon
Transcription

SIAINSTITUT KUALITI dan PENGEMBANGAN ILMU (InQKA)

JURNAL INOVASI MALAYSIA (JURIM)Ketua EditorProf. Dr. Hjh Roziah JanorUniversiti Teknologi MARA, MalaysiaKetua Editor EksekutifDr. Aida Firdaus Muhammad Nurul AzmiUniversiti Teknologi MARA, MalaysiaTimbalan Ketua Editor EksekutifDr. Nik Azlin Nik AriffinUniversiti Teknologi MARA, MalaysiaPengurusan JurnalPn. Nor NazifahAbd. Jamil, UniversitiTeknologi MARA, MalaysiaLembaga EditorProf. Madya Dato' Dr. Milmi Ab. Rahman, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaDr. Thuraiya Mohd, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaEn. Darus Kasim, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaEn. Mohd Ehsan Amin, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaEn. Shamsol Shafie, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaTn. Hj Anuar Hashim, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaUst. Husaini Ab Razak, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaEn Abdul Manap Desa, TELEKOM, MalaysiaDr. Zulhasni Abdul Rahim, Universiti Teknologi MalaysiaEn. Razif Dasiman, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaPewasitTn. Hj Poazi Rosdi, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaDr. Nurul Nadwan Aziz, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaDr. Teh Hong Siok Universiti Teknologi MARA, MalaysiaDr. Ahmad Sufian Abdullah, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaEn. Nik Hazlan Nik Hashim, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaPn. Sairah Saien, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaPn. Noraflza Mohd Hardi, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaPn. Zaidatulhusna Mohd Isnani, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaPn. Suzanna Yusof, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaPn. Fatin Nadzirah Zakaria, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaEn. Rasdi Deraman, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaEn. Al Bakri Mohammad, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaPM Dr. Zailani Abdullah, Universiti Malaysia Kelantan, MalaysiaEn. Budiman Ikhwandee Fadzilah, Universiti Malaysia Perlis, MalaysiaPn. Siti Lydiawati Sahmat, Universiti Malaysia Sarawak, MalaysiaDr. Noor Aflza Badaluddin, Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaDr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaFotografikEn. Mohd Suhaimi Juhan, Universiti Teknologi MARA, MalaysiaLaman SesawangPn. Siti Nor Juhirniza Mior Mohd Tahir, Universiti Teknologi MARA, Malaysia Penerbit UiTM, UiTM 2018ISSN 2600-7606Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi da isikandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UiTM,Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.E-mel: penerbit@salam.uitm.edu.myJurnal Inovasi Malaysia (JURIM) adalah jurnal dari Unit Inovasi dan Kreativiti, Institut Kualiti dan PengembanganIlmu (InQKA), Blok A, Tingkat 5, Bangunan Akademik 2, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan. E-mail: KIK UiTM@salam.uitm.edu.myPandangan pendapat dan cadangan teknikal yang dinyatakan oleh penyumbang dan pengarangadalah dari penulis sendiri dan tidak semestinya mencerrninkan pandangan para editor, penerbit danuniversiti.

jurnallNOVASI(JURM)MALAYSIAINSTITUT KUALITI dan PENGEMBANGAN ILMU (InQKA)Edisi 2 No. 1November 2018ISSN 2600-76061.Aplikasi Didik Hibur Tajwid al-Quran (Teroka1Tajwid): Kajian Awal Persepsi Pengguna(Edutainment Application of al-Quran Tajweed (TerokaTajwid): A Purview Study on the Users' Perception)Sulaiman Mahzan, Siti Fairuz Nurr Sadikan,Mohd Ab Malek Md Shah, Mohd Harun Shahudin, Shamsol Shafie,dan Mohamad Hafidz Rahmat2.CSETT Memudahkan Proses Penyediaan JadualWaktu Kuliah(Class Timetable Preparation Gets Easier with CSETT)Zaimi Mohamed, Suhaily Maizan Abdul Manaf,Sholehah Abdullah, Siti Fatimah Mardiah Hamzah,Salwani Affandi, Nur Azwani Mohamad Azmin,NikNoorAfizah Azlan, Hapiza Omar dan Fathiyah Ismail3."IMMOLIMB " Penyelesaian Masalah kepada Imej31Prosedur Angiografi Anggota Bawah yang Kurang Optimum("IMMOLIMB " Problem Solving Methodfor Low QualityImage of Lower Limb Angiography Procedure)Halmi Shamsudin, NikAzuan NI, Norman Nordin, Sa 'don SamianHafiz Salahudin, Azrul AB, Norhafizan Nordin, Meriam IsmailRohaida Has si m, Wan Shoriya AWE dan Salwa Sap 'eJurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 11715/2/2019 11:22:45 AM

4.Inovasi 'Solat Alert Software' (SAS) sebagai Satu51Kaedah Menggalakkan Pengguna Komputer MenunaikanSolat diAwalWaktu(Solat Alert Software as a Method of Encouraging ComputerUser to Perfom Prayer at the Beginning ofPrayer Time)Azizon Salleh, Huzaimah Ismail, Kamariah Yusoff, Azizah Zakariadan Ahmad Faizar Jaafar5.Pembelajaran Efektif Menggunakan PenunjukNewton's Free Body Diagram (FBD)(Effective Learning using Newton's Free BodyDiagram (FBD) Ruler)Amin Aadenan, Siti Zaubidah Abdullah, Nor Fadhlin Jaafardan Nurulizzati Makhtar6.Sistem Maklumat Penyakit Tuberkulosis Berasaskan75Geospatial untuk Mengurus Penyakit Bawaan Udara(Geospatial Tuberculosis Information System for Airborne DiseaseManagement)Abdul Rauf Abdul Rasam, Noresah Mohd Shariff, Jiloris F. Donydan Saiful Aman Sulaiman7.Pangkalan Data EzLocate sebagai Penyelesaian89Masalah Pencarian Maklumat untuk Pelajar(Ez Locate as a Solution for Students to Find Information)Noraizah Abu Bakar, AhmadMarzuki Amiruddin Othman,Zarina Abu Bakar, Mohammad Albar Bakar, Norhidayah Abdullah,Norfizah Othman, Nor Hafizah Abd Mans or, Nadzirah Yahaya,Syed Khusairi Tuan Azam, Mohd Halim Kadri,dan Nini Suhana Mastini Razi8.Inovasi Pengajaran untuk Menarik Minat Pelajar105Bermain Bola Tampar(Teaching Innovation to Attract Students' Interest in PlayingVolleyball)Jamiaton Kusrin, Mohamad Nizam Mohamed Shapie, SharifahAliman,Faridah Mohamad Halii dan Zarrul Hayat Mohd Yusof61iiJurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 215/2/2019 11:22:45 AM

Inovasi Pengajaran untuk Menarik MinatPelajar Bermain Bola TamparTeaching Innovation to Attract Students'Interest in Playing VolleyballJamiaton Kusrin1, Mohamad Nizam Mohamed Shapie1, Sharifah Aliman2,Faridah Mohamad Halil3 dan Zarrul Hayat Mohd Yusof'Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, 2Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur,UiTMShahAlam 40450 Shah Alam, Selangor4SMK PuncakAlam, Bandar PuncakAlam 42300 Kuala Selangor, SelangorE-mel: jamiaton@salam.uitm.edu.myTarikhTerima: 28 Februari 2018Tarikh Diluluskan: 7 December 2018ABSTRAKGuru Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah mengalami kesukaran untukmenarik minat pelajar melakukan aktiviti sehingga menyebabkan pelajarberasa bosan untuk bermain semasa kelas PJ kerana masa pengajaranyang singkatdan jumlah permainan yang perlu dipelajari pelbagai sifatnya.Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah pengajaranberasaskan model TGfU terhadappelajar sains sukan menerusi Kem BolaTampar 2016 (KBT2016). KBT2016 melibatkan Fakulti Sains Sukan &Rekreasi (FSR), UiTM dengan kerjasama SMK Puncak Alam. Pemilihanresponden adalah secara persampelan bertujuan melibatkan 31 orangpelajar Sains Sukan yang mengambil subjek Acquisition of MovementSkills (SPS465). Responden dibahagikan kepada empat kumpulan iaitudua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. KBT2016 menerimamaklum balas positif daripada responden yang terlibat. Semua respondendapat mempelajari kemahiran asas bola tampar dengan teknikyang betuldalam situasi yang menyeronokkan.Kata Kunci: TGfU, KBT2016, pedagogi tak linear, sukan, penguasaankemahiranJurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 10515/2/2019 11:22:53 AM

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)ABSTRACTPhysical Education (PE) teachers in schools have difficulties in attractingstudents to participate in activities that cause students to feel bored toplay during the PE class due to the short time of teaching and the numberof games to be learned in various ways. This study aims to evaluate theeffectiveness of teaching methods based on the TGfU model towards sportsscience students through the Volleyball Camp 2016 (KBT2016). KBT2016involves the Faculty of Sports & Recreation Science (FSR), UiTM incollaboration with SMKPuncakAlam. The respondents were selected basedon sampling involving 31 Sports Science students taking the Acquisitionof Movement Skills (SPS465) subject. Respondents were divided into fourgroups: two male groups and twofemale groups. KBT2016 receivedpositivefeedbacks from respondents. All respondents were able to learn the basicsskills of volleyball with the right techniques in exciting situations.Keywords: TGfU, KBT2016, non-linear pedagogy sport, skill acquisitionPENGENALANRamai guru Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah mengalami kesukaran untukmenarik minat pelajar melakukan aktiviti kerana pelajar tidak mempunyaikemahiran asas sesuatu permainan sehingga menyebabkan pelajar berasabosan untuk bermain semasa kelas PJ. Tambahan pula, masa pengajaranyang singkat dan jumlah permainan yang perlu dipelajari pelajar pelbagaisifatnya. Ini menimbulkan persoalan pendekatan mengajar yang bagaimanalebih efektif untuk pelajar belajar bagaimana bermain (Memmert et al.2015). Dalam konteks permainan dan sukan, perolehan dan penguasaankemahiran asas yang kukuh disertai pendekatan yang bersesuaian dalamsesuatu permainan membantu pelajar maju ke tahap seterusnya denganpenuh keyakinan. Hal ini memerlukan kebijaksanaan dan kreativiti gurumengajar kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan dan alatanyang mencukupi. Memandangkan objektif utama kelas PJ adalah untukmembekalkan pengetahuan, sikap dan kemahiran kepada kanak-kanak danremaj a supaya mereka boleh memilih gaya hidup yang sihat sebagai amalanhidup menuju kedewasaan, maka sebagai guru, mereka perlu menunjukkancontoh, amalan, nilai murni dan penampilan diri yang baik sebagai modelcontoh kepada para pelajar.106Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 10615/2/2019 11:22:53 AM

Inovasi Pengajaran untuk Menarik Minat PelajarKajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatanpengajaran berasaskan model Teaching Games for Understanding (TgfU)terhadap pelaj ar sains sukan menerusi Kem Bola Tampar 2016 (KBT2016).KBT2016 diadakan hasil penggabungan Pendidikan Sukan dan TGfUmembentuk model 'Klinik Bermain' yang menekankan pendidikan pelajardalam sukan untuk meningkatkan prestasi bermain serta boleh digunakansepenuhnya oleh para peserta program (Alexander & Penney, 2005). Padaawalnya, pendekatan TGfU dibangunkan oleh penyelidik United Kingdomuntuk menarik minat kanak-kanak bermain khususnya di peringkatawal pembelajaran permainan. Pendekatan TGfU wujud dalam bidangkejurulatihan, namun kurang digunakan dalam pengajaran PJ. TGfU amatsesuai digunakan oleh tenaga pengajar pada peringkat awal pembelajaranpermainan kanak-kanak untuk menarik minat dan mengekalkan momentumbelajar serta pemain yang telah maju dalam semua kemahiran permainanyang diperlukan.KAJIAN LITERATURTerdapat pelbagai pendekatan pengajaran berasaskan model dalam PJ dansalah satu pilihan penyelidik ialah Teaching Games for Understanding(TGfU). Matlamat TGfU untuk menjana kefahaman mendalam dalampelbagai aspek permainan di samping meningkatkan tahap aktiviti fizikal,keterlibatan, motivasi dan keseronokan dalam kelas PJ (Forest et al., 2006).Aspek keseronokan dalam sesi latihan merupakan tarikan utama kepadapemain baru (Theunissen, 2008). Walau bagaimanapun, cara bermainsesuatu permainan memerlukan kepelbagaian aktiviti bermain. TGfUmerupakan pendekatan pengajaran berasaskan permainan yang berbezadaripada pengajaran konvensional yang menekankan latih tubi, sebaliknyabermain merupakan fokus utama dalam pengajaran TGfU. Kemajuanpermainan dicapai melalui taktik kepada kemahiran bukan taktik ataukemahiran (Griffin et al., 1997; Mitchell et al., 2013; Thorpe & Bunker,1986).Objektif utama TGfU adalah membangunkan kebolehan pemaindengan penekanan berbeza menerusi pelbagai fasa pembangunan prestasiberdasarkan konsep main - latih tubi, main - latih tubi. Hal ini turut disokongoleh Griffey & Housner, (2007) yang menekankan tiga sebab utama TGfU107Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 10715/2/2019 11:22:53 AM

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)menggunakan kaedah taktik sebelum pendekatan kemahiran. Pertama,pengajaran permainan tradisional memerlukan masa yang panjang tanpaberpeluang mengaplikasikan kemahiran ke dalam situasi mirip permainan.Kedua, pelajar diletakkan dalam situasi taktikal berupaya menghargaimatlamat atau tujuan permainan dan membangunkan kesedaran taktikallebih awal dalam proses pengajaran. Ketiga, pendekatan TGfU menjangkastrategi dan taktik boleh dipindahkan dari satu permainan dalam kategoripermainan yang sama mahupun kategori permainan yang berbeza.Pendekatan ini lebih praktikal kepada pemain yang mempunyai keinginanbermain yang tinggi dan siri permainan latih tubi merupakan intipati pentingdalam sesuatu program latihan.Walau bagaimanapun, kefahaman pendekatan pengajaran TGfU lebihsesuai digunakan oleh pelajar yang matang sebab mereka memerlukankemahiran pemerhatian dan analisis, menyoal dan memprovok untukmembolehkan pengetahuan taktikal digunakan dengan jayanya Asquith(1989) dalam (McNeill et al., 2004). Kemahiran bertanya soalan dankefahaman merupakan komponen terpenting dalam model TGfU dan salingberkait dengan prestasi (Pearson & Webb, 2008). Model TGfU menekankankefahaman tujuan atau matlamat klasifikasi permainan (Permainan Serangan,Permainan Jaring/Dinding/Gelanggang, Permainan Pukulan/Padang danPermainan Sasaran), strategi am (perubahan kelajuan, bertebaran di padang,mengeksploitasi kelemahan lawan) dan taktik (bergerak ke kawasan terbuka.mendahului pihak penerima). Kebiasaannya, ia boleh diaplikasi merentaspermainan sama ada dalam klasifikasi permainan yang sama atau berbeza(Remy et al., 2003). Penyelidik memilih permainan bola tampar kerana iasalah satu jenis permainan dalam klasifikasi Permainan Jaring/Dinding/Gelanggang.Pendekatan terkini TGfU cenderung kepada pendekatan bertemadalam mengajar permainan. Berbanding dengan mengajar unit sukansecara spesifik, misalnya (unit bola tampar, unit bola sepak), kanakkanak, remaja dan belia boleh memperoleh kemahiran dan pengetahuanuntuk diaplikasikan dalam sukan yang berbeza dengan bermain pelbagaipermainan yang ditunjukkan pada Raj ah 1: Kategori Am Permainan besertapenerangan ringkas seperti di bawah iaitu:1.Permainan Sasaran - peserta melayangkan objek dengan darjahketepatan yang tinggi menuju sasaran.108Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 10815/2/2019 11:22:53 AM

Inovasi Pengajaran untuk Menarik Minat Pelajar2.3.4.Permainan Jaring/Dinding/Gelanggang - peserta melayangkanobjek ke udara untuk menyukarkan pihak lawan membalas kembali.Permainan Pukulan/Padang - peserta memukul objek sejauhmungkin daripada pihak lawan di dalam gelanggang.Permainan Serangan - peserta menceroboh wilayah pihak lawanuntuk menang.Kategori Am Permainan r-i' GelanggangSola Keranjang, BolaJ a ringJaring/ Dinding/Gelanggangr /*\tW PadangSepaktakraw, Squash,Bala Baling, BolaSepak Amerikaj BolaBadminton,Tenia, Ping Pong,Sepak, Ragbi, Hoki,Bola Tampar, JombolaJV r Kriket r Sofbol,Baseball, RoundersFutsal, LacrosseMerentasGarisanv Frisbi, Ragbi SentuhPukulan/Padang /,JITa riding;Boling Padang, BolingTen PinI irl-i!f Tanding:Dart, Memanah,MenembakjGolf, Snooker, Billard,PetanqjeJRajah 1: Kategori Am Permainan (Ophea, 2014)Pengasas TGfU Bunker dan Thorpe, (1982) membangunkan TGfUberdasarkan konsep mengajar permainan kanak-kanak dengan bermainpermainan tersebut. Menariknya, Butler (2005) telah mengenal pasti enam(6) konsep asas TGfU:1.2.3.4.5.6.Mengajar permainan menerusi permainan.Membahagikan permainan kepada format ringkas dan meningkatkankerumitan.Pesertamerupakanperformer yang bijak dalam permainan.Setiap pelajar adalah penting dan terlibat.Peserta perlu tahu subjek tersebut.Perlu diselaraskan kemahiran peserta dengan cabaran.TGfU merupakan pendekatan berpusatkan pelajar iaitu guru atautenaga pengaj ar bertindak sebagai fasilitator dan peserta mengadaptasi tahap109Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 10915/2/2019 11:22:53 AM

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)cabaran dan keseronokan. Beberapa langkah berikut merupakan elemenutama pendekatan TGfU antaranya:1.2.3.4.5.Penghargaan aktiviti - bermain aktiviti dalam kumpulan kecil.Kesedaran taktik - membangunkan kefahaman bagi elemen yang samadan taktik yang diperlukan untuk berjaya.Membuat keputusan - tindakan membuat keputusan dan pembelaj arandalam situasi yang berbeza.Kemahiran aplikasi - mengenal pasti dan mempraktikkan kemahiranyang diperlukan untuk bermain.Prestasi - menggabungkan kemahiran aplikasi, membuat keputusandan taktik dalam situasi permainan.METODOLOGIReka bentuk kajian kualitatif menjadi pilihan dalam kajian ini keranapenyelidik ingin memahami secara mendalam keberkesanan pendekatanTGfU yang digunakan dengan turut terlibat. Penglibatan sedemikian,memudahkan penyelidik saling berhubung dan menggalakkan respondenbertindak sebagai pembantu penyelidik. Kajian kes sangat penting untukmemahami permasalahan dengan mendalam dan menggalakkan perubahandengan mengkaji secara mendalam disebabkan sempadan yang tidak jelasantara fenomena dan konteks kajian (Bartlett & Burton, 2006). Dalamkonteks metodologi penyelidikan, pendekatan kajian kes berdasarkanpemerhatian dijalankan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR),UiTM untuk menyelidik penguasaan kemahiran asas bola tampar dikalangan pelajar. Kaedah pengutipan data dijalankan menggunakan kaedahpemerhatian, maklum balas pelajar dan analisis dokumen.KBT2016 melibatkan FSR, UiTM dengan kerjasama SMK PuncakAlam telah diadakan pada 16 November 2016 bertempat di Dewan BungaTanjung, Seksyen 19 Shah Alam. Pemilihan responden adalah secarapersampelan bertujuan melibatkan 31 orang pelajar Sains Sukan yangterdiri daripada 12 pelajar perempuan dan 19 pelajar lelaki yang mengambilsubjek Acquisition of Movement Skills (SPS465) semester 2 program SR243bagi sesi September2016 - Januari 2017. Parapelajardibahagikankepadaempat kumpulan iaitu dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan.110Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM).indd 11015/2/2019 11:22:53 AM

Inovasi Pengajaran untuk Menarik Minat PelajarSebelum KBT2016 bermula, satu sesi taklimat ringkas diberikantentang permainan bola tampar, bagaimana ia dimainkan, kemahirankemahiran asas yang diperlukan, undang-undang asas yang boleh dantidak boleh dilakukan dan bagaimana menentukan pemenang. Pengajarankemahiran asas dilakukan dengan pendekatan TGfU secara kaedah main latih tubi, main - latih tubi bagi menarik minat dan mengekalkan tumpuanpelajar sepanjang program berlangsung.Dua (2) gelanggang bola tampar telah digunakan sepenuhnya dalamprogram ini iaitu satu (1) gelanggang untuk pemain wanita dan satu (1)gelanggang untuk pemain lelaki. Bola tampar menjadi pilihan kerana iamerupakan salah satu permainan yang wujud di bawah klasifikasi permainanJaring/Dinding/Gelanggang. Di samping itu, komposisi pemain yangmajoriti mempunyai asas kemahiran dalam permainan lain membolehkanpelajar yang pandai membantu rakan yang kurang pandai untuk majudalam pembelajaran mereka. Penekanan diberikan kepada pembelajarankemahiran asas bola tampar dengan menggunakan pendekatan pengajaranberasaskan model TGfU. Seorang tenaga pengajar dari SMK Puncak Alamtelah dijemput untuk mengendalikan kem tersebut.KEBERHASILAN PROJEKPendekatan TGfU dalam KBT2016 menyediakan satu platform untuk parapelajar mempelajari dan menguasai kemahiran asas bola tampar dalamsituasi yang menyeronokkan. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yangdij alankan amat berkesan dan berupaya mengekalkan tumpuan pelaj ar untuktempoh masa yang telah ditetapkan iaitu dua jam bagi lima (5) kemahiran.Secara keseluruhan, dua jenis kemahiran yang telah dipelajari oleh parapelajar iaitu kemahiran asas bola tampar dan kemahiran mendengar.Berdasarkan pemerhatian penyelidik, semua pelajar berupayamelakukan kemahiran asas yang dipelajari dengan betul mengikut undangundang standard dan menunjukkan kemajuan yang baik. Hanya seorangpelajar yang tiada pengalaman bermain bola tampar sebelumnya perlukanpeneguhan di bahagian kemahiran asas. Turut ditekank

Aplikasi Didik Hibur Tajwid al-Quran (Teroka 1 Tajwid): Kajian Awal Persepsi Pengguna . dan Nini Suhana Mastini Razi 8. Inovasi Pengajaran untuk Menarik Minat Pelajar 105 . Perancangan & Ukur, UiTMShahAlam 40450 Shah Alam, Selangor 4SMK PuncakAlam, Bandar PuncakAlam 42300 Kuala Selangor, Selangor

Related Documents:

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi da isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UiTM,

c. Jawatankuasa Induk Pembangunan Sumber Manusia (JKI PBSM) d. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) e. Jawatankuasa Induk Pelan Penggantian (JKI PP) f. Jawatankuasa Induk Klinik Panel (JKI KP) 12 Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA 13 Tadbir Urus 1UiTM:Multisistem Tadbir Urus Sumber Manusia

Mohamad Hisyam Izzudin Mohd Rafi Faculty of Information Management, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana Campus, UiTM Selangor, Malaysia Abstract The aims of this paper are to show and to educate the students on how to manage their financial. This research paper will not just to be use by the students but to be use by all

1. Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) 2. 35Jawatankuasa Pelaburan Universiti (JPU) 3. Jawatankuasa Induk Pemeriksaan Bajet Universiti (JKPBU) 4. Jawatankuasa Induk Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) 5. Lembaga Perolehan UiTM 6. Jawatankuasa Induk Pengurusan Aset Kerajaan UiTM (JPAKU) 7. 52Jawatankuasa Sebut Harga UiTM (JKSH)

ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARAN BAB 6 6.1.4 Teknologi Kadar perubahan teknologi adalah amat cepat pada masa kini. Banyak teknologi baru dicipta untuk menggantikan teknologi lama. Dengan adanya perubahan dan inovasi teknologi ini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, teknologi

D. Peranan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pendidikan / 37 E. Manfaat Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pendidikan / 42 F. Memanfaatkan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pembelajaran / 46 G. Kemampuan Mengembangkan Teknologi Informasi dan Komunikasi / 48

PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Perkembangan teknologi informasi khususnya teknologi dibidang multimedia dewasa ini telah berkembang pesat. Contoh perkembangan teknologi tersebut mudah ditemui, misalnya penggunaan teknologi multimedia dalam pembuatan film. Yang kita ketahui, film indonesia banyak yang berciri genre horor, drama,

Accounting Standard (IAS) terminology and requiring pre sentation in International Standard format. Approach – These qualifications were designed using Pearson’s Efficacy Framework. They were developed in line with World-Class Design principles giving students who successfully complete the qualifications the opportunity to acquire a good knowledge and understanding of the principles .