BAB 6 ANALISIS PERSEKITARAN PEMASARAN

3y ago
325 Views
7 Downloads
252.07 KB
7 Pages
Last View : Today
Last Download : 3m ago
Upload by : Eli Jorgenson
Transcription

BAB 6ANALISIS PELUANG PEMASARANUNIT 2ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARANBAB 6ANALISIS PERSEKITARAN PEMASARANPENGENALANApabila sesebuah syarikat mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan yang statikatau tidak berubah. Syarikat berada dalam satu persekitaran yang lebih besar. Dalampersekitaran ini wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal yang akanmemberikan peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat untuk terus beroperasi.Persekitaran merujuk kepada faktor yang boleh memberi kesan positif atau negatif kepadakeupayaan syarikat untuk terus beroperasi dan berkembang di samping mengekalkan urusniaganya dengan pembeli dan pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalampersekitaran dan ia boleh berlaku secara perlahan atau mendadak serta tidak menentu. Inimampu memberikan kesan yang mendalam dan mengejut kepada syarikat.Dalam pemasaran, persekitaran terbahagi kepada persekitaran makro dan mikro. Persekitaranmakro adalah persekitaran yang di luar kawalan syarikat tetapi syarikat perlu sentiasamengawasinya kerana persekitaran ini akan memberikan peluang atau ancaman kepadasyarikat. Manakala persekitaran mikro pula merujuk kepada persekitaran yang agak hampirdengan syarikat. Secara umumnya, elemen dalam persekitaran mikro boleh dikawal olehpemasar untuk memastikan objektif pemasaran dapat dicapai.OBJEKTIFDi akhir bab ini, anda seharusnya dapat:1. memahami peranan dan pengaruh persekitaran pemasaran kepada syarikat;2. memahami perbezaan antara persekitaran mikro dengan makro; dan3. memahami peranan dan pengaruh persekitaran mikro dengan makro.6.1PERSEKITARAN MAKROApakah pengaruh persekitaran ke atas kehidupan anda hari ini? Misalnya,adakah perubahan ekonomi memberi kesan kepada kuasa membeli anda?Adakah perubahan teknologi juga turut mempengaruhi kehidupan anda?Persekitaran makro adalah elemen di luar persekitaran mikro syarikat. Semua elemen inimembentuk peluang dan ancaman kepada syarikat. Walaupun elemen ini adalah di luarkawalan syarikat, syarikat haruslah sentiasa mengawasi perkembangan serta perubahanyang berlaku dalam persekitaran makro ini agar dapat membantu syarikat merancang jenistindak balas yang sewajarnya. Rajah 6.1 menunjukkan 6 elemen persekitaran makro.80OUM

UNIT 2ANALISIS PELUANG PEMASARANBAB 6ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARANKebudayaanRajah 6.1: Elemen-elemen persekitaran makro6.1.1DemografiDemografi berkait rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan, lokasi, umur, jantina,bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi dan statistik lain yang berkaitan dengan populasi.Kajian serta pengawasan terhadap persekitaran adalah demografi penting kerana populasimembentuk pasaran. Statistik faktor demografi agak mudah diperoleh kerana ia adalah datapungutan kerajaan dan boleh digunakan secara langsung.6.1.2EkonomiPersekitaran ekonomi merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa membeli dan polapembelanjaan pengguna. Kuasa membeli pengguna bergantung kepada pendapatan semasa,harga, tabungan serta kredit. Pemasar harus mengawasi pola utama pendapatan danperubahan pola perbelanjaan pengguna. Sebarang perubahan positif atau negatif dalampembolehubah utama ekonomi seperti pola pendapatan, kos hidup, kadar faedah, simpanandan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran.Sila lawat laman web Jabatan Perangkaan Negara dihttp://www.statistics.gov.my/Bahasa/pageDP.htm untuk mendapatkanmaklumat tentang persekitaran demografi dan pola perbelanjaan penggunadi Malaysia.6.1.3 TabiiPersekitaran tabii melibatkan pelbagai sumber semulajadi yang diperlukan oleh pemasar.Secara umumnya, sumber semulajadi pada hari ini semakin berkurangan tetapi kosmendapatkan sumber-sumber ini semakin meningkat. Ini adalah kerana sumber tersebutseperti minyak asli memakan masa untuk diganti semula sementara permintaan terhadapsumber berkenaan semakin meningkat ekoran pertambahan populasi.OUM81

6.1.4ANALISIS PELUANG PEMASARANUNIT 2ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARANBAB 6TeknologiKadar perubahan teknologi adalah amat cepat pada masa kini. Banyak teknologi baru diciptauntuk menggantikan teknologi lama. Dengan adanya perubahan dan inovasi teknologi ini,lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, teknologibaru turut menyumbang kepada peningkatan peruntukan kewangan terhadap aktivitipenyelidikan dan pembangunan (R&D). Ini menyebabkan lebih tumpuan ke atas modifikasikecil terhadap produk sedia ada berbanding produk baru kerana kos berkaitan teknologi adalahamat tinggi untuk produk baru.Pemasar harus mengawasi sebarang perubahan teknologi dan mengesan kegunaan teknologiuntuk membantu mengisi keperluan manusia agar produk yang lebih inovatif dapat diciptadan diterima oleh pasaran sasaran.6.1.5PerundanganPersekitaran ini merujuk kepada perlaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh pihakkerajaan, pengaruh agensi kerajaan serta kumpulan pendesak (pressure group) yangmempengaruhi dan mampu menghadkan peranan organisasi pemasar baik individu mahupunorganisasi dalam sesuatu persekitaran. Pemasar harus mengawasi persekitaran yangberkaitan perundangan agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang masalahperundangan.Perlaksanaan undang-undang telah meningkat, tahun demi tahun, atas keperihatinan pihakberkuasa terutama pihak awam dan ini mewujudkan persaingan yang sihat dalam industri.Adalah penting bagi pemasar untuk terus mengawasi persekitaran ini dalam perancanganproduk serta program pemasaran syarikat.6.1.6KebudayaanPersekitaran ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi,keutamaan serta gelagat sesuatu masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam sesuatukelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka berdasarkan normamasyarakat tersebut. Masyarakat mempunyai pandangan tersendiri tentang perhubungandalam masyarakat mereka dengan masyarakat lain. Pemasar harus peka terhadappersekitaran kebudayaan ini kerana persekitaran ini mempengaruhi bukan setakat seorangindividu sahaja tapi masyarakat itu sendiri.82OUM

UNIT 2ANALISIS PELUANG PEMASARANBAB 6ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARANLatihan 6.11.Bilangan wanita yang berkerjaya masa kini semakin meningkat.Ini adalah maklumat.A.B.C.D.2.Saiz keluarga yang semakin kecil pada masa sekarang adalahcontoh Kumpulan petindak adalah contoh elemen nomiPerabot pada hari ini banyak yang berasaskan besi. Perabot kayusudah dikategorikan sebagai perabot mahal. Ini adalah contohperubahan omikebudayaanperundanganpelangganpesaing83

6.2ANALISIS PELUANG PEMASARANUNIT 2ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARANBAB 6PERSEKITARAN MIKROPersekitaran mikro adalah persekitaran dalaman atau berdekatan dengan syarikat. Dalamusaha menyediakan tawaran yang menarik kepada pasaran sasaran, syarikat harusberhadapan dan bertindak balas dengan persekitaran mikronya. Persekitaran ini bolehmempengaruhi keberkesanan usaha syarikat dan kejayaan syarikat secara keseluruhan.Rajah 6.2 menunjukkan lima faktor persekitaran mikro syarikat. Faktor persekitaran mikro inisecara langsung atau tidak, boleh dikawal oleh syarikat dalam usahanya mencapai objektifperniagaan serta pemasarannya.PersekitaranDalaman SyarikatPembekalPersekitaran MikroPesaingPenggunaPihak AwamRajah 6.2: Elemen-elemen persekitaran mikro6.2.1Persekitaran Dalaman SyarikatSecara umumnya, sesebuah syarikat terdiri daripada beberapa jabatan. Setiap jabatan initidak boleh berdiri dengan sendirinya. Untuk mencapai objektif syarikat, setiap jabatan salingbergantungan antara satu sama lain. Tanpa kerjasama dalaman ini objektif dan misi syarikattidak dapat dicapai. Persekitaran dalaman syarikat mesti diurus dengan cekap agar syarikatmempunyai kekuatan secara keseluruhan untuk berhadapan dengan cabaran di luarpersekitaran dalamannya.6.2.2PembekalPembekal terdiri daripada firma dan individu yang menyediakan sumber untuk membolehkansyarikat meneruskan operasi pengeluaran produk atau perkhidmatannya kepada pasaransasarannya. Bekalan daripada pembekal terdiri daripada bahan mentah, barang separa siapataupun barang siap. Pemasar haruslah mengambil tahu sebarang perkembangan dalamindustri dan kredibiliti pembekalnya. Ini kerana, bekalan yang tidak sampai pada waktu yangditetapkan akan menjejaskan operasi pemasar dan seterusnya menjejaskan tawaran danimej syarikat kepada pasaran.Keperihatinan pemasar terhadap apa yang berlaku dalam industri pembekal boleh membantupemasar mengambil langkah untuk menentukan bekalan yang diperlukan sampai pada tempohyang ditetapkan.84OUM

UNIT 2ANALISIS PELUANG PEMASARANBAB 6ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARAN6.2.3Saluran PengedaranAktiviti pengedaran dilakukan oleh firma pengedaran di mana tugas utama firma adalah menjualdan mengagihkan produk keluaran syarikat kepada firma perantaraan lain atau penggunaakhir. Firma perantaraan ini dikenali sebagai orang tengah. Firma perantaraan terdiri daripadapemborong, peruncit, firma pengagihan fizikal, agensi servis pemasaran dan salurankewangan.Kini terdapat pelbagai jenis firma pengedaran yang menawarkan pelbagai servis sampinganselain tugas utama mengedarkan produk kepada pengeluar. Contohnya, firma pengagihanfizikal yang membantu syarikat pengeluar menyimpan stok dan seterusnya mengagihkanproduk kepada pengguna akhirnya.6.2.4PelangganPelanggan merujuk kepada pelanggan akhir dan pelanggan organisasi. Kedua-dua pelangganini adalah dua kumpulan pelanggan yang berbeza keperluannya. Pelanggan akhir membeliproduk dan servis untuk kegunaan sendiri atau keluarga dalam kuantiti yang kecil.Pelanggan organisasi pula membeli dalam kuantiti yang besar dan biasanya berlakuperundingan harga untuk pembelian tersebut. Pelanggan perniagaan terdiri daripada syarikatperdagangan, penjual semula, kerajaan dan institusi serta pasaran antarabangsa.Setiap jenis pelanggan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang perlu dikaji oleh pemasar.6.2.5PesaingPesaing bermaksud pesaing kepada pengeluar dalam menawarkan produk kepada pasaransasaran. Terdapat pesaing yang rapat dan pesaing yang jauh. Kewujudan pesaing adalahbaik kerana ia memberi cabaran kepada syarikat untuk memberi yang terbaik kepada pasaran.Walau bagaimanapun, terdapat juga pesaing yang tidak beretika yang sering cuba menjatuhkanpesaing lain melalui tindakan yang tidak sihat. Oleh itu pemasar harus mengawasi tindakanpesaing agar sebarang pengubahsuaian terhadap strategi pemasaran boleh dilakukan. Iniadalah perlu dalam usaha menawarkan produk yang terbaik kepada pasaran sasaran.6.2.6AwamPihak awam adalah kumpulan yang mempunyai minat atau kepentingan sebenar yang bolehmempengaruhi keupayaan organisasi untuk mencapai objektifnya. Pihak awam terdiri daripadapihak kewangan, media, kerajaan, petindak awam rakyat, orang awam tempatan, orang awam,dan kakitangan dalaman sesebuah syarikat.Sebagai seorang pemasar berikan dua pendekatan yang akan anda gunakanuntuk mengawasi aktiviti pesaing syarikat anda.OUM85

ANALISIS PELUANG PEMASARANUNIT 2ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARANBAB 6Latihan 6.21.Cuba anda terangkan apakah maksud persekitaran?2.Apakah yang dikatakan dengan persekitaran makro pemasaran untuksyarikat? Cuba anda huraikan elemen-elemennya.3.Senaraikan elemen persekitaran mikro pemasaran untuk syarikat.RUMUSANSetelah anda membaca bab ini anda telah mengetahui peranan dan pengaruh persekitarankepada syarikat. Terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung yang boleh memberikanpeluang dan ancaman, menjadikan syarikat semakin kukuh atau sebaliknya, bergantung padatindakan dan pendekatan yang diambil oleh pemasar.Persekitaran makro merujuk kepada elemen-elemen seperti demografi, ekonomi, semulajadi, teknologi, perundangan dan kebudayaan. Syarikat perlu mengawasi sebarang perubahanyang berlaku dalam elemen-elemen tersebut. Ini adalah kerana faktor tersebut berada di luarkawalan syarikat. Syarikat tidak boleh melakukan sesuatu untuk memperbaiki ataumengekalkan keadaan sedia ada. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi untuk syarikatuntuk sentiasa mengawasi apa yang sedang dan yang dijangka akan berlaku kerana ia akanmemberi kesan langsung dan tidak langsung kepada syarikat baik untuk jangka waktu pendekataupun panjang.Persekitaran mikro pula merujuk kepada elemen-elemen yang agak rapat dengan syarikatseperti persekitaran dalaman syarikat, pembekal, saluran pengedaran, pelanggan, pesaingdan pihak awam. Kesemua faktor ini mempunyai kesan secara langsung dan sebahagianbesar boleh dikawal oleh syarikat. Syarikat mampu melakukan sesuatu untukmempertingkatkan keadaan semasa atau memperbaiki keadaan sekiranya keadaan semasabermasalah atau boleh memberi ancaman kepada syarikat.86OUM

ANALISIS PERSEKITARAN PAMASARAN BAB 6 6.1.4 Teknologi Kadar perubahan teknologi adalah amat cepat pada masa kini. Banyak teknologi baru dicipta untuk menggantikan teknologi lama. Dengan adanya perubahan dan inovasi teknologi ini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, teknologi

Related Documents:

Modul 1 Konsep Pemasaran dan Proses Manajemen Pemasaran Drs. M. Tjiptadi M odul 1 ini akan membahas konsep pemasaran dan proses manajemen pemasaran. Pokok bahasan yang akan diulas, antara lain (1) konsep pemasaran yang menyangkut tentang pengertian pemasaran, keadaan permintaan dan tugas-tugas pemasaran, pengertian konsep pemasaran,

Pembiayaan pemasaran adalah penyediaan dan investasi modal terhadap produk dan fasilitas-fasilitas yang diperlukan dalam proses pemasaran. Besar kecilnya biaya pemasaran (produk pertanian) TERGANTUNG DARI besar kecilnya kegiatan lembaga pemasaran dan jumlah fasilitas yang diperlukan dalm proses pemasaran

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .

berbasis syari’ah, tentu dibutuhkan manajemen pemasaran. Manajemen pemasaran dalam hal ini bauran pemasaran jasa yang terdiri dari product, price, place, promotion, people, process, dan physical evidence. Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh bauran pemasaran yang terdiri dari product, price, place,

Pembelian online dilakukan mungkin dipengaruhi oleh bauran pemasaran. Konsep bauran pemasaran secara tradisional (traditional marketing mix) terdiri dari 4P yaitu product (produk), price (harga), place (tempat), dan promotion (promosi). Sedangkan untuk pemasaran jasa (non-traditional marketing mix) terdapat 3P yaitu orang, bukti fisik dan proses. Bauran pemasaran jasa akan

Konsep Pemasaran Julian Adam Ridjal PS Agribisnis Universitas Jember . pemasaran, tingginya biaya pemasaran, dan kegagalan pasar. Secara umum, efisiensi pemasaran dapat diukur berdasarkan rasio antara input dan output, input meliputi te

menyeluruh, terpadu dan menyatu di bidang pemasaran, yang memberikan panduan tentang kegiatan yang akan dijalankan untuk dapat tercapainya tujuan pemasaran suatu perusahaan. (Sofjan Assauri, 2010:168). Gambar 2.5. Proses Pemasaran (Sofjan Assauri, 2010:168) Analisis peluang/kesempatan pasar Pemilihan/penetapan sasaran pasar

3 CLEFS The clef, a symbol that sits at the leftmost side of the staff, specifies which lines and spaces belong to which notes. In a sense, the clef calibrates or orients the staff to specific notes. The three most common clefs are: The Treble clef for high range notes The Bass clef for low range notes The Alto clef for middle range notes The Treble clef (also called the G Clef because it .