RELEVANSI PENGGUNAAN UMUR BULAN SEBAGAI SYARAT ALTERNATIF .

2y ago
55 Views
3 Downloads
202.29 KB
29 Pages
Last View : 7d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Ophelia Arruda
Transcription

RELEVANSI PENGGUNAAN UMUR BULAN SEBAGAI SYARATALTERNATIF DALAM KRITERIA IMKANUR RUKYAHSIRNA BINTI ANWARUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RELEVANSI PENGGUNAAN UMUR BULAN SEBAGAI SYARATALTERNATIF DALAM KRITERIA IMKANUR RUKYAHSIRNA BINTI ANWARTesis ini dikemukakansebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazahSarjana Sains (Kejuruteraan Geomatik)Fakulti Geoinformasi dan Harta TanahUniversiti Teknologi MalaysiaJUN 2016

iiiKhas buat ayah, ibu serta suami tersayang.

ivPENGHARGAANPertama sekali, penulis ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.tatas limpah dan izinnya, akhirnya tesis ini berjaya disiapkan. Penulis inginmengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah yang banyak memberikanbantuan dari pelbagai aspek, PM Kamaludin Mohd Omar, Tn. Hj. Mohamad SaupiChe Awang, Encik Rusli bin Othman dan juga Dr. Tajul Ariffin Musa.Penghargaan juga ingin diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yangbanyak memberi dorongan dan kerjasama. Akhir kata, terima kasih kepada semuapihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sehingga terhasilnyatesis ini.

vABSTRAKKriteria Imkanur rukyah dapat diertikan sebagai syarat minimum jangkaankenampakan hilal bagi penentuan awal bulan Hijrah. Di Malaysia, kriteria ini telahdigunapakai dalam pembangunan kalendar Hijrah sejak tahun 1992. Berdasarkankriteria ini, hilal dianggap boleh kelihatan apabila altitud bulan ketika matahariterbenam sekurang-kurangnya 2o dan jarak lengkung antara bulan dengan mataharisekurang-kurangnya 3o atau apabila bulan terbenam, umur bulan sekurangkurangnya 8 jam. Penetapan syarat minimum altitud 2o dan jarak lengkung antarabulan dan matahari 3o didapati berasal daripada data kenampakan hilal negaraIndonesia, manakala tidak ada sumber bertulis yang jelas tentang asal usul kriteriaumur bulan 8 jam. Penggunaan kriteria umur bulan sebagai alternatif terhadapkriteria geometri didapati boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya kedua-duakriteria memberikan keputusan yang berbeza. Oleh itu, kajian ini dibuat bagimengkaji relevansi penggunaan umur bulan sebagai syarat alternatif dalam kriteriaImkanur rukyah di Malaysia. Kajian ini menggunakan data hitungan kedudukanmatahari dan bulan, waktu matahari terbenam, waktu bulan terbenam dan waktuberlaku ijtimak (bulan baru). Data-data ini dihasilkan dengan membangun sebuahprogram hitungan falak yang dinamakan sebagai i-Hijri. Berdasarkan analisispenetapan tarikh Hijrah dari tahun 1996 hingga 2015, didapati percanggahan antarakriteria umur bulan dan kriteria geometri berlaku sebanyak 22 kali, di mana 5daripadanya berlaku bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Keadaan inimenunjukkan bahawa umur bulan tidak sentiasa setara dengan kriteria geometri.Oleh itu, penggunaan umur bulan sebagai kriteria alternatif dalam penentuan tarikhawal bulan Hijrah adalah tidak relevan dan harus dikaji semula.

viABSTRACTThe Imkanur rukyah criteria can be defined as the minimum limits forexpecting the new moon’s visibility to determine the beginning of Hijri months. Ithas been used in Hijri calendar development of Malaysia since 1992. According tothe criteria, the new moon is considered visible if the altitude at sunset is at least 2oand elongation between moon and sun is at least 3o, or at moonset, the age of themoon is at least 8 hours. The altitude limit of 2o and elongation limit of 3o indeedwas determined according to the observation data of new moon visibility made inIndonesia, whereas there is no clear written source of 8 hours moon’s age. The use ofmoon’s age criterion as an alternative to geometry criteria can lead to confusion ifboth conditions give different results. Therefore, this study was performed to assessthe relevance of using moon’s age as an alternative in Imkanur rukyah criteria usedin Malaysia. The study utilize the data of sun and moon’s positions, time of sunset,time of moonset and also time of conjunction (new moon). These data are calculatedby developing a program named i-Hijri. Based on the analysis for determining Hijridates from 1996 to 2015, there are 22 discrepancies found between the moon’s ageand geometry criteria, in which 5 of them occur for the month of Ramadan, Syawaland Zulhijjah. This condition shows that moon’s age criterion is not alwaysconsistent to geometric criteria. Therefore, the use of moon’s age as an alternativecriterion for determining the beginning of Hijri month is considered irrelevant andshould be reviewed.

viiISI KANDUNGANBAB1TAJUKHALAMANPERAKUAN iISI KANDUNGANviiSENARAI JADUALxSENARAI RAJAHxiiiSENARAI SIMBOLxvSENARAI RINGKASANxviSENARAI LAMPIRANxviiPENGENALAN11.1Latar Belakang Kajian11.2Penyataan Masalah21.3Tujuan Kajian41.4Objektif Kajian51.5Persoalan Kajian51.6Skop Kajian61.7Kepentingan Kajian71.8Struktur Tesis7

viii2KAJIAN LITERATUR92.1Pengenalan92.2Sejarah Pembentukan Takwim Hijrah102.3Asas Penentuan Awal Bulan Hijrah102.4Kronologi Penetapan Tarikh Hijrah Di Malaysia142.4.116Asal-usul Kriteria Imkanur RukyahMalaysia32.5Kaedah Rukyah dan Hisab162.6Faktor-faktor Mempengaruhi Kenampakan Hilal172.7Parameter Kriteria Kebolehnampakan Hilal182.7.1Lag192.7.2Umur Bulan202.7.3Altitud202.7.4Azimut Relatif202.7.5Jarak Lengkung232.8Permasalahan Matlak242.9Rumusan25METODOLOGI KAJIAN263.1Pengenalan263.2Kaedah Kajian273.3Konsep Rekabentuk Program i-Hijri283.4Pembangunan Program i-Hijri303.4.1Efemeris Matahari373.4.2Efemeris Bulan453.4.3Waktu Terbit dan Terbenam47Bagi Matahari dan Bulan3.4.43.6Waktu IjtimakRumusan5154

ix4HASIL DAN ANALISIS KAJIAN554.1Pengenalan554.2Analisis Kejituan Program i-Hijri564.2.1Perbandingan Berdasarkan MICA564.2.1.1 Efemeris Matahari564.2.1.2 Waktu Matahari Terbit dan58Terbenam4.2.24.2.1.3 Efemeris Bulan594.2.1.4 Waktu Bulan Terbit dan Terbenam604.2.1.5 Komponen Sudut Serong614.2.1.6 Waktu Ijtimak62Perbandingan Berdasarkan 12- years63Planetary Ephemeris NASA4.2.34.34.2.2.1 Efemeris Matahari634.2.2.2 Efemeris Bulan644.2.2.3Waktu Ijtimak65Perbandingan HitunganTarikh Hijrah65Analisis Percanggahan Umur Bulan dengan68Kriteria Geometri4.3.1Penetapan Tarikh Bagi Ramadan,70Syawal dan Zulhijjah4.4Analisis Korelasi Umur Bulan dengan73Kriteria Geometri4.5Perbandingan Relatif Kriteria Umur Bulan74dan Kriteria Geometri4.65Rumusan78KESIMPULAN DAN CADANGAN795.1Kesimpulan Kajian795.2Cadangan81BIBLIOGRAFI82Lampiran A - C86-104

xSENARAI JADUALNO. JADUAL4.1TAJUKPerbandingan koordinat ekliptik ketarabagi matahari berdasarkan MICA4.259Perbandingan koordinat jarak hamal ketarabagi bulan berdasarkan MICA4.758Perbandingan koordinat ekliptik ketarabagi bulan berdasarkan MICA4.657Perbandingan waktu matahari terbit danterbenam berdasarkan MICA4.557Perbandingan koordinat horizon ketarabagi matahari berdasarkan MICA4.457Perbandingan koordinat jarak hamal ketarabagi matahari berdasarkan MICA4.3HALAMAN59Perbandingan koordinat horizon ketara bagibulan berdasarkan MICA60

xi4.8Perbandingan waktu bulan terbit dan terbenamberdasarkan MICA4.961Perbandingan komponen sudut serongberdasarkan MICA624.10Perbandingan waktu Ijtimak berdasarkan MICA624.11Perbandingan bagi koordinat jarak hamal ketaramatahari berdasarkan 12- Years Planetary Ephemeris4.12Perbandingan bagi koordinat jarak hamal ketara bulanberdasarkan 12- Years Planetary Ephemeris4.136364Perbandingan waktu ijtimak berdasarkan12-Years Planetary Ephemeris654.14Perbandingan tarikh Hijrah bagi tahun 2013664.15Perbandingan tarikh Hijrah bagi tahun 2014664.16Perbandingan tarikh Hijrah bagi tahun 2015674.17Perbandingan tarikh Hijrah bagi tahun 2016684.18Percanggahan antara kriteria umur bulandengan kriteria geometri4.194.269Keputusan tarikh awal bulan bagi Ramadan,Syawal dan Zulhijjah secara hisab71Umur bulan berbanding altitud 2o-3o75

xii4.3Umur bulan berbanding jarak lengkungbulan ke matahari 3o– 4o4.476Altitud dan jarak lengkung berbanding umur bulan 8-9 jam 77

xiiiSENARAI RAJAHNO. JADUAL1.1TAJUKStesen rujukan rasmi bagi penentuanHALAMAN6tarikh kalendar Hijrah2.1Peristiwa ijtimak122.2Sfera samawi menunjukkan keadaan ijtimak132.3Geometri parameter ramalan kenampakan hilal212.4Extrapolasi kriteria altitud hilal berdasarkan azimut222.5Beza altitud dan relatif azimuth berdasarkanpengamatan mata kasar dan alat optik233.1Kaedah kajian273.2Konsep penentuan tarikh Hijrah berdasarkankriteria Imkanur rukyah293.3Carta alir utama program i-Hijri323.4Carta alir hitungan efemeris matahari33

xiv3.5Carta alir hitungan efemeris bulan3.6Carta alir hitungan waktu terbit dan terbenam34bagi matahari dan bulan353.7Carta alir hitungan waktu ijtimak364.1Korelasi umur bulan dan altitud734.2Korelasi umur bulan dan jarak lengkung73

xvSENARAI SIMBOLSk-Jarak lengkung ketarahk-Altitud ketaraSD-Semi-diameter matahari A-Azimut relatifJDE-Hari Julian efemerisT-Masa dalam abad Julianλ-Longitud ekliptikβ-Latitud ekliptikRA-Jarak hamalε-Oblikuitiδ-DeklinasiØ-Latitud setempat

xviSENARAI RINGKASANJAKIM-Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaMABIMS-Menteri-menteri Agama (Brunei, Indonesia, Malaysiadan Singapura)

xviiSENARAI LAMPIRANLAMPIRANTAJUKHALAMANARekabentuk antara-muka bagi paparan program i-Hijri86BContoh hasil hitungan program i-Hijri89CData analisis penentuan tarikh HijrahTahun 1996 – 201594

BAB 1PENGENALAN1.1Latar Belakang KajianPeranan kalendar Hijrah dalam kehidupan Muslim adalah sangat jelas iaitusebagai rujukan bagi mendapatkan tarikh yang tepat untuk menjalankan ibadahseperti puasa dan haji. Begitu juga untuk menyambut hari-hari kebesaran Islamseperti hari raya, awal Muharram, Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul, Nuzul Quran danseumpamanya. Kalendar Hijrah adalah kalendar Qamari di mana penentuannyaadalah berasaskan kepada kenampakan anak bulan (hilal). Firman Allah di dalam AlQuran yang bermaksud:“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yangpadanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadiketerangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan menjelaskan perbezaanantara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa diantara kamu yangmenyaksikan anak bulan (hilal) Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklahdia berpuasa ”(Surah Al-Baqarah; ayat 185)

2Bergantung kepada kenampakan hilal tempatan, maka kalendar Hijrahberbeza dari satu kawasan dengan kawasan yang lain (Bentchikou et al, 2011).Kaedah penetapannya juga berbeza-beza bergantung kepada badan-badan yangbertanggungjawab bagi sesebuah Negara. Di Malaysia, penentuan kalendar Hijrahdibuat menggunakan kaedah rukyah dan hisab. Berdasarkan kaedah ini, rukyahadalah penentu utama. Tetapi jika cerapan tidak berjaya dilakukan atas faktor-faktorseperti keadaan cuaca dan keadaan langit yang berawan, maka hisab akan menjadipenentu. Kaedah rukyah dan hisab diamalkan bersama kriteria kebolehnampakanatau dikenali juga sebagai kriteria Imkanur rukyah. Ia merupakan batas minimakeadaan di mana hilal dianggap boleh kelihatan. Sejak tahun 1992, Malaysiamenggunapakai kriteria Imkanur rukyah berdasarkan (Azhari, 2012):(i)altitud hilal ketika matahari terbenam sekurang-kurangnya 2o danjarak lengkung antara bulan dan matahari sekurang-kurangnya 3o,atau(ii)1.2umur bulan selepas ijtimak melebihi 8 jam ketika bulan terbenam.Pernyataan MasalahKriteria Imkanur rukyah mula diperkenalkan pada Muktamar Hilal diIstanbul pada tahun 1978. Malaysia telah menerimapakai Kriteria Istanbul padatahun 1984 hingga tahun 1991 iaitu ketinggian hilal pada waktu matahari terbenamtidak kurang 5o dan jarak lengkung antara bulan dan matahari ketika matahariterbenam tidak kurang 8o. Malaysia menerimapakai kriteria ini dengan tambahankriteria umur bulan tidak kurang daripada 8 jam ketika bulan terbenam (AbdulHamid, 1991). Pada 23 November 1990, Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa danHari Raya telah mengambil keputusan kriteria Imkanur rukyah yang menjadi dasar

3Majlis Raja-raja ini dikaji semula. Pada 1 Jun 1992, bertempat di Labuan, pertemuantidak rasmi Menteri-menteri Agama bagi Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura(MABIMS) telah membuat keputusan untuk mengubahsuai kaedah Imkanur Rukyahsedia ada iaitu ketinggian hilal apabila matahari terbenam tidak kurang 2o dan jaraklengkung bulan-matahari tidak kurang 3o apabila matahari terbenam, atau umurbulan tidak kurang 8 jam ketika bulan terbenam (Azhari, 2012).Kriteria umur bulan ini didapati dikekalkan seperti sebelum ini. Berdasarkankepada kajian literatur yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa penetapansyarat minimum altitud 2o dan jarak lengkung antara bulan dan matahari 3oditentukan secara relatif berdasarkan nilai 8 jam, walhal tidak ada sumber bertulisyang jelas tentang asal usul syarat umur bulan 8 jam. Beberapa persoalan timbulseperti bagaimana parameter geometri dan parameter umur bulan boleh menjadialternatif antara satu sama lain? Atau, adakah parameter umur bulan 8 jam adalahmencukupi untuk membuktikan bahawa hilal ada di atas ufuk dan boleh kelihatan?Penggunaan kriteria umur bulan sebagai alternatif dapat menimbulkankekeliruan dalam keputusan (iaitu apabila hisab menjadi penentu) sekiranya didapatibercanggah dengan kriteria geometri. Hal ini mungkin tidak memberi kesansekiranya hilal mudah dirukyah kerana keputusannya adalah mutlak. Dalam amalanpenyusunan data kalendar Hijrah Imkanur rukyah, sekiranya syarat tinggi hilalterpenuhi tetapi syarat jarak lengkung tidak terpenuhi (atau sebaliknya), maka syaratumur bulan boleh digunakan. Begitu juga sekiranya syarat umur bulan tidakterpenuhi tetapi parameter geometri (kedua-dua altitud dan jarak lengkung)terpenuhi, maka keadaan itu juga boleh diterima.Secara harfiahnya, kriteria geometri iaitu altitud dan jarak lengkung dapatmenggambarkan kedudukan relatif antara matahari dan bulan ketika matahariterbenam dengan jelas. Sebagai contoh, sekiranya altitud menunjukkan nilai negatifbermaksud bulan sudah berada di bawah ufuk ketika matahari terbenam dan

4sebaliknya. Nilai jarak lengkung pula menunjukkan jarak ketara arka antara bulandan matahari.Parameter altitud hilal dapat menggambarkan aspek kecerahan langit di ufukbarat ketika matahari terbenam. Manakala aspek pencahayaan fizik sabit hilal secaratidak langsung diwakili oleh parameter jarak lengkung (Djamaludin, 2010;Abdurrahman, 2014).Umur bulan pula dapat didefinisikan sebagai tempoh masa selepasberlakunya ijtimak, iaitu fenomena di mana bulan berada pada satu garisan longitudekliptik yang sama dengan matahari. Semakin tua umur bulan, semakin besar saizsabit hilal. Namun, posisinya tidaklah konsisten bagi setiap bulan bergantung kepadakedudukan dan pergerakannya dalam orbit ketika ijtimak berlaku. BerdasarkanSchaefer (1996), penggunaan parameter umur bulan atau tempoh bulan terbenamsemata-mata menghasilkan ramalan yang lemah kerana tidak mengambil kira aspekkecerahan langit dan pencahayaan sabit hilal.1.3Tujuan KajianTujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji relevansi penggunaan umurbulan dalam kriteria Imkanur rukyah khususnya di Malaysia.

51.4Objektif KajianObjektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:(i)Untuk mengenalpasti percanggahan antara kriteria geometri dengan kriteriaumur bulan.(ii)Untuk menilai hubungan korelasi antara kriteria umur bulan dengan kriteriageometri.1.5Persoalan KajianBerdasarkan objektif-objektif di atas, beberapa persoalan kajian yangdikenalpasti adalah seperti berikut.Sub-objektif 1:(i)Pernahkah berlaku percanggahan data antara kriteria geometri dengan kriteriaumur bulan?(ii)Apakah keputusan tarikh yang dibuat sekiranya berlaku pertikaian tersebut?Sub-objektif 2:(iii)Bagaimanakah umur bulan berubah terhadap kriteria geometri?

61.6Skop KajianDalam kajian ini, data-data yang diperlukan adalah maklumat hitungankedudukan bulan dan matahari iaitu waktu ijtimak, waktu matahari terbenam, waktubulan terbenam, serta azimuth dan altitud matahari dan bulan ketika matahariterbenam. Data-data ini dihitung dengan membangunkan sebuah program hitunganastronomi untuk tujuan aplikasi kalendar Hijrah yang dianamakan sebagai i-Hijri.Program i-Hijri dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2010Express Edition.Analisis kriteria dibuat berdasarkan tahun 1996 hingga 2015. Ini keranaselepas tahun 1995, pembentukan dan penetapan tarikh Hijrah di Malaysia bagisemua bulan Hijrah ditentukan dengan kaedah Imkanur rukyah. Data dihitungmerujuk kepada lokasi Tanjung Chinchin, Langkawi (6 o 26’ 10” Utara, 99o 38’ 30”Timur) iaitu stesen paling barat bagi lokasi rasmi dalam hitungan penentuan tarikhHijrah di Malaysia (Rajah 1.1). Secara astronomi, bagi kawasan di sebelah barat,bulan akan lebih lambat terbenam menyebabkan umur bulan menjadi lebih tua danaltitudnya adalah lebih tinggi. Oleh itu, kebarangkalian untuk hilal kelihatan adalahlebih besar.Rajah 1.1 : Stesen rujukan rasmi bagi penentuan tarikh kalendar Hijrah(Sumber : JAKIM, 2011)

71.7Kepentingan KajianSeperti yang telah dijelaskan dalam bahagian pernyataan masalah, perkara inimungkin tidak begitu kritikal sekiranya merukyah hilal adalah sesuatu yang mudah.Namun berdasarkan analisis penulis terhadap data rekod cerapan hilal bagipenentuan tarikh awal Ramadan dan awal Syawal Pejabat Penyimpan Mohor BesarRaja-raja, didapati hilal berjaya dicerap sebanyak 14 kali sahaja bersamaan dengan12%, berbanding keseluruhan tarikh yang terlibat iaitu 114 tarikh. Ini bermakna,sebahagian besar melebihi 80% daripada penetapan awal Ramadan dan Syawal diMalaysia adalah berdasarkan hisab, dan menyebabkan keperluan terhadap set kriteriaImkanur rukyah yang meyakinkan adalah kritikal.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji relevansi penggunaan umurbulan sebagai syarat alternatif dalam kriteria Imkanur rukyah. Berdasarkan analisis,tarikh-tarikh yang mengalami percanggahan antara parameter geometri danparameter umur bulan dapat diketahui dan dibincangkan. Seterusnya, korelasi antarakriteria umur bulan dengan kriteria geometri dapat diketahui samada sentiasa setaraatau tidak syarat 8 jam umur bulan dengan syarat altitud 2o dan jarak lengkung 3o.1.8Struktur TesisBab 1 : PengenalanBab ini adalah bab pengenalan bagi kajian ini, di mana dalam bab ini dijelaskantentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan dan objektif-objektifkajian, skop, serta kepentingan kajian ini dijalankan.

8Bab 2 : Kajian LiteraturDi dalam bab ini dijelaskan tentang literatur yang berkaitan dengan topik kajian.Antaranya adalah konsep penentuan awal bulan Islam dari sudut fiqh dan astronomi,kaedah-kaedah penentuan, serta asal-usul kriteria Imkanur rukyah di Malaysia.Bab 3 : Metodologi KajianBab ini menjelaskan tentang kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif-objektifkajian. Ini termasuklah langkah-langkah pembangunan program hitungan astronomiseperti konsep, rekabentuk dan model matematik yang digunakan.Bab 4 : Hasil dan Analisis KajianBab ini memfokuskan kepada hasil dan analisis kajian. Bahagian ini dapatdibahagikan kepada dua iaitu yang pertama, analisis data hitungan astronomi yangdihasilkan. Ini bagi memastikan hitungan tersebut mencukupi untuk digunapakaidalam analisis yang kedua iaitu analisis kriteria Imkanur rukyah.Bab 5 : Kesimpulan dan CadanganBab ini adalah bab terakhir dalam tesis ini. Bab ini merumuskan hasil dan analisiskajian secara menyeluruh. Bab ini turut mengandungi cadangan-cadanganpenambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang.

82BIBLIOGRAFIAbdul Hamid Tahir (1991). Permasalahan Dalam Penentuan Awal Puasa dan HariRaya. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.Abdul Hamid Tahir (1997). Kajian Kearah Pembentukan Takwim Hijrah ImkanurRukyah Bagi Negara Malaysia. Himpunan Kertas Kerja Falak 1997. JAKIM.Abdurrahman Ozlem (2014). A Simplified Crescent Visibility Criterion. Diambilpada 29 November 2014, dari http://www.icoproject.org/.Al-Qur’an Tafsir Darul Iman (2011). Pustaka Darul Iman, Kuala Lumpur.Adnan Daud (1997). Kearah Keseragaman Takwim Islam Nusantara. HimpunanKertas Kerja Falak 1997. JAKIM.Azhari, M. (2012). Penetapan Awal bulan Hijriah: Ramadan, Syawal dan Zulhijjah1433 H/ 2012 M. NRE Executive Discourse. 18 Mei 2012.Bentchikou, A

2.3 Asas Penentuan Awal Bulan Hijrah 10 . 2.4 Kronologi Penetapan Tarikh Hijrah Di Malaysia 14 . 2.4.1 Asal-usul Kriteria Imkanur Rukyah 16 . Malaysia . 2.5 Kaedah Rukyah dan Hisab 16 . 2.6 Faktor-faktor Mempengaruhi Kenampakan Hilal 17 . 2.7 Parameter Kriteria Kebolehnampakan Hilal 18 . 2.7.1

Related Documents:

Berdasarkan hasil observasi pendahuluan di Kelurahan Teluk Lerong Ilir terdapat tiga pola pemberian MP-ASI dari 20 bayi 6-12 bulan pada ibu etnis Banjar, yaitu ditemukan bayi mendapatkan MP-ASI tradisional, buatan pabrik (instan) dan kombinasi. Dari 20 bayi umur 6-12 bulan hanya 4 bayi (20%) yang diberi MP-ASI

dehidrasi berat yang di rawat jalan kelompok umur 1-4 tahun pada bulan Januari 2015 berjumlah 18 orang, bulan Februari berjumlah 8 orang dan bulan Maret berjumlah 7 orang. Faktor-faktor risiko secara umum yang mempengaruhi penyakit diare antara lain adalah kese

Hukum sebagai ilmu pengetahuan 2. Hukum sebagai disiplin 3. Hukum sebagai kaedah 4. Hukum sebagai tata hukum 5. Hukum sebagai petugas (hukum) 6. Hukum sebagai keputusan penguasa 7. Hukum sebagai proses pemerintah 8. Hukum sebaga perikelakuan yang ajeg atau sikap tindak yang teratur 9. Hukum sebagai jalinan nilai-nilai

koperasi syariah. Variasi deposito mudharabah ini diklasifikasikan ke dalam deposito: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, dan 12 bulan. Berdasarkan fatwa dewan syariah nasional (DSN) NO.03/DSN-MUI/IV/2000. Menyatakan deposito dengan akad mudharabah mutlaqah adalah investasi tidak ter

Skripsi ini bertujuan untuk (1) menjelaskan relevansi ensiklik Laudato Si sebagai suatu inspirasi bagi upaya merevitalisasi kerusakan ekologi di Paroki Ratu Para . Karenanya kerusakan lingkungan hidup adalah persoalan yang menjadi tanggung jawab bersama. Paus Fransiskus mengajak semua orang untuk menyelamatkan bumi sebagai rumah bersama .

d. Penggunaan deiksis persona kedua bentuk jamak kalian 20 penemuan. e. Penggunaan deiksis persona ketiga bentuk tunggal dia 50 penemuan, ia 42 penemuan, dan – nya 377 penemuan. f. Penggunaan deiksis persona bentuk jamak mereka 75 penemuan. Penggunaan deiksis persona

3. Apakah kepercayaan memiliki pengaruh terhadap minat penggunaan pada aplikasi OVO? 1.2 Tujuan Penelitian Tujuan yang diharapkan dalam penelitian ini adalah 1. Untuk mengetahui pengaruh persepsi manfaat terhadap minat penggunaan pada aplikasi OVO. 2. Untuk mengetahui pengaruh kemudahan penggunaan terhadap minat penggunaan pada aplikasi OVO. 3.

D K Jain : Company Law Procedures, Bharat Law House 5. Taxmann : Companies Act, 2013 with Rules and Forms and SEBI Rules/Regulations/ Guidelines (Set of 3 volumes) JOURNALS 1. Chartered Secretary : ICSI Publication 2. Student Company : ICSI Publication Secretary 3. Corporate Law Adviser : Corporate Law Advisers, Post Bag No. 3, Vasant Vihar, New Delhi. 4. Company Law Journal : L.M. Sharma .