PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA .

3y ago
53 Views
3 Downloads
347.13 KB
36 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Alexia Money
Transcription

PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAANBAHASA INGGERIS DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIANURUL HAINI BINTI ZAKARIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIABORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL :PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHASAINGGERIS DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIASESI PENGAJIAN : 2007/2008SayaNURUL HAINI BINTI ZAKARIA(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1.2.Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi MalaysiaPepustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinanuntuk tujuan pengajian sahaja.Pepustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara InstitusiPengajian TinggiSila tandakan ( / ) **3.4. SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam AKTA RASMI 1972)TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)TIDAK TERHADDisahkan Oleh(TANDATANGAN PENULIS)(TANDATANGAN PENYELIA)Alamat Tetap :NO 36, JALAN LUMPIT 11,TAMAN TERATAI,81110 JOHOR BAHRU, JOHORPROF.MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHADNama PenyeliaTarikh:Tarikh:CATATAN :* Potong yang tidak berkenaan.**Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengari menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tcsis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan sayakarya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan IjazahSarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.Tandatangan: Nama Penyelia: Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin ArshadTarikh:

iiPERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAANBAHASA INGGERIS DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIANURUL HAINI BINTI ZAKARIALaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi SebahagianDaripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains SertaPendidikan (Kimia)Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi MalaysiaAPRIL 2008

iii“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.Tandatangan: .Nama Penulis: Nurul Haini Binti ZakariaTarikh: .

ivDEDIKASIKu tujukan khas sekalung budi buat keluarga kuIbunda yang dikasihi, HAJJAH NOOR HAYATI BINTI HAJI OTHMANAyahanda yang disayangi, HAJI ZAKARIA BIN ABU ZARIMAdinda yang diingati, NURUL HANA BINTI HAJI ZAKARIASegala jasa, pengorbanan, pandangan dan doa kalian akan ku kenang selalu dalamlipatan kenangan hidup kusertaBuat yang teristimewa, WAFIQ BIN MOHD YUSUF, segala dugaan dancabaran yang ku tempuhi bersama mu dan kata-kata semangat yang seringdiberikan ketika ku berada di dalam keadaaan yang sukartidak lupasahabat tersayang, NURUL IZZAH BINTI SHARIF, KASMALIZI BINTIABDULLAH, NOOR RAFIDAH BINTI HAJI DOLLAH dan SITI HAJARBINTI ALIAS, segala nasihat serta pandangan anda akan ku kenang buatselamanya.Kejayaan yang dicapai adalah milik kita semua.Terima Kasih

vPENGHARGAANSyukur ke hadrat Illahi kerana di atas restu dan limpah kurnia-Nya,penulisan Projek Sarjana Muda ini dapat saya laksanakan dengan jayanya. Diatas kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepadasemua pihak yang telah turut membantu serta berganding bahu bersama sayasepanjang tempoh penyelidikan tesis ini dibuat terutama kepada FakultiPendidikan, Universiti Teknologi Malaysia atas kebenaran yang diberikan untukmenjalankan penyelidikan ini.Ucapan jutaan terima kasih dan perhargaan ikhlas ditujukan kepadapenyelia saya, Prof. Madya. Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad atas segalabimbingan, tunjuk ajar beliau dan dorongan yang diberikan tanpa rasa jemusepanjang kajian ini dijalankan.Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada para pelajar yangtelah mengambil bahagian dalam menyelesaikan penyelidikan ini serta temanteman seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi teguran yang ikhlas,semangat dan juga perangsang kepada saya dalam menghadapi cabaran sepanjangmenyiapkan Projek Sarjana Muda ini.Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama adasecara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek penyelidikanini.

viABSTRAKKajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi terhadap penggunaanbahasa Inggeris di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UniversitiTeknologi Malaysia, Skudai. Terdapat tiga aspek kajian telah dikemukakan olehpenyelidik iaitu persepsi responden terhadap minat dan motivasi, pengajaranpensyarah dan persekitaran yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris.Responden kajian melibatkan sejumlah 157 orang yang terdiri daripada pelajartahun satu dan tahun dua yang berlainan kursus di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.Borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data berkaitan dengankajian ini. Data dianalisis dengan mengira bilangan frekuensi, nilai min danperatusan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science(SPSS) Version 11.5 For Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawaresponden memiliki tahap yang sederhana dari aspek minat dan motivasi,pengajaran pensyarah dan juga persekitaran terhadap penggunaan bahasaInggeris. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan dari segi aspek minat danmotivasi, pengajaran pensyarah dan juga persekitaran bagi responden lelaki danperempuan berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan. Perbincangan berkaitandengan hasil dapatan data dan cadangan dikemukakan pada bahagian akhirperbincangan.

viiABSTRACTThe objective of this study is to determine the perceptions about the usageof English among students in Faculty of Electrical Engineering, UniversitiTeknologi Malaysia, Skudai. There are three aspects of this study presented bythe researcher, i.e interest and motivation of respondents, teachings by lecturersand the environment that influences the usage of English. Respondents for thisstudy consist of 157 students from first and second year students from the Facultyof Electrical Engineering that were randomly chosen. A set of questionnaire wasused to obtain data for this study. Data was analysed by Statistical Package ForSocial Sciences (SPSS) Version 11.5 For Windows to determine the frequencies,means and percentages. The findings of this study showed that students had amedium perception in terms of interest and motivation, teachings by lecturers andthe environment that influences the usage of English. There was no difference interms of interest and motivation, teachings by lecturers and the environment formale and female respondents. This is based on the t-test conducted. Discussionregarding the findings of this study and proposals were stated at the end of thisthesis.

viiiKANDUNGANBABBAB 1PERKARAMUKA SURATPENGAKUAN PENYELIAiHALAMAN JUDULiiPENGAKUAN iiKANDUNGANviiiSENARAI JADUALxiiiSENARAI SINGKATANxvSENARAI LAMPIRANxviiPENDAHULUAN11.1Pengenalan11.2Latar Belakang Masalah51.2.1 Kementerian Pelajaran51.2.29Dasar Pelaksanaan Bahasa Inggeris1.2.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris13

ixBAB 21.3Pernyataan Masalah151.4Objektif Kajian161.5Persoalan Kajian161.6Hipotesis Kajian171.7Rasional Kajian181.8Kepentingan Kajian181.8.1 Pelajar181.8.219Fakulti1.9Skop Dan Batasan Kajian191.10Definisi Operasional201.10.1 Minat211.10.2 Motivasi21SOROTAN PENULISAN222.1Pengenalan222.2Sejarah Bahasa Inggeris232.3Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua252.4Masalah Bahasa272.5Dasar Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam28Pengajaran Dan Pembelajaran Sains DanMatematik (PPSMI)2.6Sikap, Minat Dan Motivasi Pelajar302.7Pendedahan Pelajar332.8Pengajaran Pendidik352.9Penguasaan Bahasa Inggeris Pendidik402.10Ibubapa Dan Keluarga422.11Rakan Sebaya442.12Kesimpulan45

xBAB 3METODOLOGI KAJIAN473.1Pengenalan473.2Reka Bentuk Kajian473.3Populasi Dan Sampel Kajian483.4Huraian Latar Belakang Responden493.4.1 Tahun Pengajian493.4.2Kursus503.4.3 Jantina513.4.451Keputusan Peperiksaan MalaysianUniversity English Test (MUET)BAB 43.5Instrumen Kajian523.6Prosedur Kajian553.7Kajian Rintis563.8Analisis Data563.9Kesimpulan57KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN594.1Pengenalan594.2Analisis Soal Selidik Dan Perbincangan604.2.160Tahap Penggunaan BahasaInggeris Dari Segi Minat DanMotivasi Pelajar4.2.2Tahap Penggunaan BahasaInggeris Dari Segi PengajaranPensyarah65

xi4.2.3Tahap Penggunaan Bahasa71Inggeris Dari Segi Persekitaran4.3Perbezaan Yang Mempengaruhi77Penggunaan Bahasa Inggeris DikalanganResponden Lelaki Dan Perempuan DariAspek Minat Dan Motivasi, PengajaranPensyarah Dan Persekitaran4.3.1 Hipotesis 178Tidak Terdapat Perbezaan Yang SignifikanAntara Yang Mempengaruhi PenggunaanBahasa Inggeris Terhadap ProsesPembelajaran Dalam Mata Pelajaran SainsDan Matematik Di Kalangan RespondenLelaki Dan Perempuan Dari Aspek MinatDan Motivasi4.3.2 Hipotesis 2Tidak Terdapat Perbezaan Yang SignifikanAntara Yang Mempengaruhi PenggunaanBahasa Inggeris Terhadap ProsesPembelajaran Dalam Mata Pelajaran SainsDan Matematik Di Kalangan RespondenLelaki Dan Perempuan Dari AspekPengajaran Pensyarah79

xii4.3.3 Hipotesis 380Tidak Terdapat Perbezaan Yang SignifikanAntara Yang Mempengaruhi PenggunaanBahasa Inggeris Terhadap ProsesPembelajaran Dalam Mata Pelajaran SainsDan Matematik Di Kalangan RespondenLelaki Dan Perempuan Dari AspekPersekitaran4.4BAB 5KesimpulanRUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN8283KAJIAN LANJUTAN5.1Pengenalan835.2Rumusan Dan Implikasi845.3Cadangan865.3.1 Pelajar865.3.2 Pensyarah875.3.388Fakulti5.4Cadangan Kajian Lanjutan895.5Kesimpulan91RUJUKAN92LAMPIRAN100

xiiiSENARAI JADUALNO. JADUALTAJUKMUKA SURAT3.1Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian493.2Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian503.3Taburan Responden Mengikut Jantina513.4Taburan Responden Mengikut Keputusan Malaysian52University English Test (MUET)3.5Jadual Penentuan Item Berdasarkan Objektif Kajian533.6Jadual Markat Skor563.7Julat Min Dan Tahap Persetujuan Bagi Item Skala57Persetujuan Likert4.1Taburan Responden Mengikut Peratusan Dan Min Bagi60Faktor Minat Dan Motivasi Pelajar4.2Taburan Responden Mengikut Peratusan Dan Min Bagi66Faktor Pengajaran Pensyarah4.3Taburan Responden Mengikut Peratusan Dan Min BagiFaktor Persekitaran71

xiv4.4Analisis Perbezaan Aspek Minat Dan Motivasi Pelajar78Antara Responden Lelaki Dan Perempuan4.5Analisis Perbezaan Aspek Pengajaran Pensyarah79Antara Responden Lelaki Dan Perempuan4.6Analisis Perbezaan Aspek PersekitaranAntara Responden Lelaki Dan Perempuan81

xvSENARAI SINGKATANDPP-Dana Pembangunan PengajaranELTC-English Language Training CentreETA-English Teacher AssistantGPMS-Gabungan Pelajar Melayu SemenanjungICT-Teknologi Maklumat dan TelekomunikasiIEEE-SB-The Institute Of Electrical And Electronics Engineers,Student BranchIPTA-Institusi Pengajian Tinggi AwamIPTS-Institusi Pengajian Tinggi SwastaIT-Teknologi MaklumatKPM-Kementerian Pelajaran MalaysiaLCD-Liquid Crystal DisplayNGO-Pertubuhan Bukan KerajaanMUET-Malaysian University English TestOBE-Pendidikan Berasaskan HasilPIPP-Pelan Induk Pembangunan PendidikanPMR-Penilaian Menengah RendahPPK-Pusat Perkembangan KurikulumPPSMI-Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik DalamBahasa Inggeris

xviSPM-Sijil Pelajaran MalaysiaSPSS-Statistical Package For Social ScienceSTPM-Sijil Tinggi Pelajaran MalaysiaTELTTraC-Pusat Pengajaran Dan Latihan Bahasa InggerisUKM-Universiti Kebangsaan MalaysiaUNITAR-Universiti Tun Abdul RazakUPSR-Ujian Penilaian Sekolah RendahUTM-Universiti Teknologi Malaysia

xviiSENARAI LAMPIRANLAMPIRANTAJUKMUKA SURATABorang Soal Selidik Untuk Pelajar100BKeputusan Analisis Alfa Bagi Borang Soal106Selidik PelajarCSurat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia107

BAB IPENDAHULUAN1.1PengenalanSebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar demokrasi dan jugasistem pendidikan moden, Malaysia mempunyai hubungan pendidikan dengannegara-negara luar dan hubungan serta kerjasama pendidikan sangat diperlukandalam memajukan pendidikan negara. Tambahan pula ekonomi negara dan duniatelah berganjak dari ekonomi pembuatan kepada ekonomi yang berpaksikanpengetahuan (K-ekonomi), seiring dengan revolusi teknologi maklumat dantelekomunikasi (ICT).Hampir keseluruhan situasi ini berlaku denganmenggunakan bahasa sebagai medium bagi tujuan komunikasi khususnya bahasaInggeris.Bahasa memainkan peranan yang pelbagai dalam kehidupan manusia.Antaranya, sebagai alat komunikasi antara manusia dan kerana itulah, bahasamerupakan alat yang paling maju, canggih dan berpengaruh. Menurut Azhar

2(2006), terdapat lapan fungsi bahasa.Antaranya ialah sebagai alat sapaan,tindakan, penyimpanan rekod, penyampai perintah, mempengaruhi orang,mencurahkan rasa hati dan juga sebagai wadah pemikiran. Pada peringkat yanglebih tinggi, bahasa digunakan untuk memperoleh kecekapan dan kemahiranbelajar dan mengajar, iaitu menerima dan menyampaikan pengetahuan.Pembinaan bahasa merupakan proses yang berterusan berdasarkan kepadaperubahan dan juga kemajuan yang dicapai dan dinikmati oleh sesuatu bangsaselaras dengan anjakan paradigma mereka bagi melambangkan identiti bangsayang maju serta mencerminkan kekuatan pegamatan intelektual di masa kini.Mengukur kemajuan bahasa dan kesan bahasa tersebut akan memberikan maklumbalas dan petunjuk akan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai sama ada kitamampu berdiri dan meletakkan diri di barisan dan kelompok bangsa yang kuat,maju, bermaruah, berintegriti dan cemerlang, ataupun sebaliknya.Menurut Ahmad Tajudin (1997), setelah Malaysia melewati masa resisiekonomi pada akhir delapan puluhan, timbul keresahan dan kegusaran dikalanganpara pegawai tinggi kerajaan dan para majikan tentang merosotnya penguasaanbahasa Inggeris dikalangan para graduan lulusan Institusi Pengajian Tinggi danjuga pelajar yang masih berada di bangku persekolahan.Rasa prihatin iniacapkali diucapkan oleh golongan atasan atas permintaan tenaga buruh yangmenuntut rakyat khususnya golongan muda iaitu bakal pemimpin negaramenguasai pelbagai bahasa dan ia merupakan satu bonus bagi menaklukikecanggihan zaman yang seringkali beredar mengikut putaran masa dan jugapeluang pekerjaan.Kenyataan ini lebih ketara lagi apabila bahasa Inggeris diiktiraf sebagaialat perantaraan dan alat perhubungan yang digunakan oleh semua masyarakat di

3seluruh dunia terutama dalam era globalisasi dan juga era teknologi maklumat dankomunikasi pada hari ini seperti sebagai bahasa perdagangan, sains, teknologi,perubatan dan lain-lain lagi.Bidang pengurusan antarabangsa pula akanmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komersial disamping menggunakanbahasa lain yang boleh membantu dan memahami interaksi antara rakan-rakanniaga bagi melicinkan sebarang urusan yang agaanSyarikat korporatantarabangsaturutmenggunakan bahasa perniagaan antarabangsa yang popular seperti BahasaInggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin dan Kantonis serta Bahasa Jepun.Menyedari bahasa Inggeris adalah begitu penting pada masa kini, makakeperluan untuk menguasai bahasa tersebut semakin mendesak untuk melayakkankita bersaing di peringkat global sekaligus meletakkan kita sebaris dengan negaranegara maju menjelang tahun 2020 akan datang. Tambahan pula, penggunaanbahasa Inggeris telah digunakan lebih dari 100 buah negara di seluruh duniasebagai bahasa kedua. Oleh yang demikian, kejayaan melaksanakan pendidikanSains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasapenghantar merupakan langkah yang tepat bagi pelajar sebagai persediaan untukberhadapan dengan cabaran-cabaran dunia luar. Tambahan pula, ia merupakanasas bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.Menurut Mayzura (2004), pendidikan Sains yang terawal di negara kitaadalah sekitar tahun 1931 di mana ia hanya melibatkan Kurikulum Sains Asas diNegeri Melayu Bersekutu. Walaupun pelaksanaan program Sains ini terhentiekoran kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, KurikulumSains Am telah dilaksanakan semula di sekolah-sekolah termasuklah di sekolahmenengah setelah tamatnya perang iaitu pada tahun 1945.

4Menurut Armin (2002), rentetan sejarah dunia pendidikan NegaraMalaysia menunjukkan dasar bagi sistem pelajaran kebangsaan telah dirangkamelalui Penyata Razak 1956 di mana bahasa kebangsaan sebagai bahasapenghantar utama dalam sistem pendidikan negara. Selaras dengan kemunculanPenyata Razak 1956 ini, kurikulum pendidikan negara telah menjadi seragam.Dasar ini dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasarasmi diperteguhkan lagi dengan Laporan Rahman Talib 1961. Bukan itu sahaja,malah Akta Pelajaran 1961 turut memperkukuhkan lagi kedudukan bahasaMelayu ini.Sepuluh tahun kemudian, bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasakebangsaan yang tunggal di Malaysia melalui Akta Bahasa Rasmi 1971.Kemuncak bagi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar digunakanuntuk mengajarkan semua mata pelajaran, kecuali bahasa Inggeris, dalam bahasakebangsaan adalah pada tahun 1970 apabila kesemua sekolah kebangsaanmemulakannya bagi proses pengajaran dan pembelajaran.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam sistempendidikan pada masa dahulu ekoran kurangnya pelajar yang berkebolehanmenguasai asas mata pelajaran Sains dan Matematik dan ada segelintir daripadamereka yang tidak tahu membaca. Oleh itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979ditubuhkan dan mengesyorkan agar kurikulum pendidikan negara memberikanpenekanan dan penegasan pendidikan terutamanya dalam bidang 3M iaitumembaca, menulis dan mengira. Bukan itu sahaja, malah melahirkan ramai guruguru yang berkebolehan dalam bidang Sains dapat menangani masalah pelajaryang tidak dapat menguasai kemahiran asas ini.Begitu juga dari aspekkemudahan infrastruktur sekolah di mana ianya diberikan tumpuan yang lebihterutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

51.2Latar Belakang Masalah1.2.1Kementerian PelajaranMenteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmenyatakan bahawa kuasa bahasa Inggeris sebagai paksi bahasa ilmuantarabangsa dan universal di mana kepantasan sebarannya tidak akan dapatdisaingi oleh bahasa Melayu. Justeru itu pada Julai 2002, Mesyuarat JemaahMenteri telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan keputusan bagimelaksanakan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris (PPSMI) di mana ia akan diajar bagi pelajar tahun satu, tingkatansatu dan juga tingkatan enam mulai tahun 2003.Antara agenda yang terkandung di dalam mesyuarat khas Jemaah Menteriadalah seperti:a) Setiap kelas dan juga tingkatan di sekolah menengah dan juga rendah,adalah digalakkan pelajar-pelajar diajar akan mata pelajaran Sains danMatematik dalam bahasa Inggeris.b) Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akanmemulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik didalam bahasa Inggeris bermula pada tahun 2004.c) Bagi pusat pengajian teknikal khususnya Politeknik, sesi Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik akan bermula pada tahun 2008

6iaitu selepas pelajar kumpulan pertama yang mengambil Sijil PelajaranMalaysia (SPM) sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007.d) Peperiksaan sepenuhnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematikakan dijalankan dalam bahasa Inggeris terutama dalam Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2008, Penilaian MenengahRendah (PMR) pada tahun 2005, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) padatahun 2007 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sertaMatrikulasi pada tahun 2004.e) Peperiksaan awam akan diadakan dalam dwibahasa bermula mulaipada tahun 20

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 47 3.1 Pengenalan 47 3.2 Reka Bentuk Kajian 47 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 48 3.4 Huraian Latar Belakang Responden 49 3.4.1 Tahun Pengajian 49 3.4.2 Kursus 50 3.4.3 Jantina 51 3.4.4 Keputusan Peperiksaan Malaysian 51 University English Test (MUET) 3.5 Instrumen Kajian 52

Related Documents:

1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN KEGIATAN PELAJAR 1.0 TUJUAN Garis panduan menerangkan tatacara pengurusan kewangan kegiatan pelajar. 2.0 GLOSARI HEP-UKM Pusat Hal Ehwal Pelajar iSTAR Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti & Resume Pelajar UKPEL Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari PTJ Pusat Tanggungjawab – HEP-

terhadap persepsi masyarakat. Sedangkan secara parsial . tingk. at pelayanan . pengaruhnya tidak signifikan terhadap persepsi masyarakat pada perbankan syariah, sehingga hipotesis ke-1 pada penelitian ini tidak teruji kebenarannya. Tingkat . fasilitas berpengaruh . signifikan. terhadap persepsi masyarakat pada perbankan . syari

persepsi dan sikap, ruang lingkup dari teori yang digunakan adalah berasal dari teori perbankan syariah dan ilmu sosial. Teori ini mencakup tentang persepsi-persepsi masyarakat Kelurahan Pasar Muarasipongi terhadap perbankan syariah yang berbeda-beda, dan akan dibahas sesuai dengan persepsi yang ditemukan peneliti dilapangan.

keberkesanan pengajaran terhadap penyalahgunaan dadah di kalangan murid . 7 Profesor Madya, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Pengajaran Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat : . fungsi otak dan minda. Jenis ketiga adalah bahan-bahan yang dipanggil

Persepsi Masyarakat Terhadap Bank Syariah (Studi Pada Desa Bakti Kecamatan Ponrang Selatan Kabupaten Luwu), Skripsi Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam (di Bimbing oleh Dr. Rahmawati, M.Ag dan Hendra Safri, SE.,M.M) Kata Kunci: Persepsi, Masyarakat, Bank Syariah Penelitian ini membahas tentang Persepsi Masyarakat Terhadap Bank

3.3.2 Pengaruh Persepsi Masyarakat terhadap Minat Nasabah dalam Memilih Menabung pada Bank Syariah Variabel persepsi masyarakat berpengaruh terhadap minat nasabah dalam menabung pada bank syariah. Hal ini ditunjukkan pada nilai t hitung t tabel (3,378 1,985 yang menunjukkan bahwa terdapat pengaruh antara persepsi masyarakat terhadap

menunjukan bahwa persepsi masyarakat terhadap produk perbankan syariah masyarakat masih sangat kurang. Adapun Faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap produk perbakan syariah adalah faktor pengetahuan, sikap, minat dan kebutuhan. Kata Kunci: Persepsi, Masyarakat, Produk-Produk Perbankan syariah di Bank BNI Syariah.

BAB II TINJAUAN PUSTAKA A. Persepsi 1. Pengertian persepsi Persepsi merupakan suatu proses dimana individu melakukan pengorganisasian terhadap stimulus yang diterima dan menginterpretasikan, sehingga seseorang dapat menyadari dan mengerti apa yang diterima dan hal ini juga dapat di pengaruhi oleh pengalaman-