PERSEPSI TERHADAP PENGALAMAN PRAKTIKUM DALAM KALANGAN GURU .

3y ago
52 Views
3 Downloads
404.67 KB
22 Pages
Last View : 18d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Grady Mosby
Transcription

PERSEPSI TERHADAP PENGALAMAN PRAKTIKUM DALAMKALANGAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM DIUNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANUAbdul Hakim Abdullah1, Mustafa Che Omar2, Rahimah Embong2, Ilni SuhadaIsmail2 ,Nor Suhaily Abu Bakar31Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam/ Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti SultanZainal Abidin2Pusat Pengajian Tamadun dan Pendidikan Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan ZainalAbidin3Fakulti Sains Sosial & Gunaan, Universiti Sultan Zainal AbidinAbstrak. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih Ijazah Sarjana MudaPendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu terhadappengalaman praktikum dari aspek pembangunan sikap, peningkatan kemahiran profesionaldan permasalahan semasa yang dihadapi. Kajian ini bersifat kuantitatif dan menggunakan soalselidik sebagai instrumen pengumpulan data. Responden terdiri daripada semua pelajar IjazahSarjana Muda Pendidikan Islam tahun akhir seramai 55 orang (N 55) yang telah menjalanipraktikum di 19 buah sekolah bagi tempoh 4 bulan. Data dianalisis dengan perisian StatisticalPackage for Social Sciences (SPSS) versi 7.5. Ujian “Realibility Analysis-Scale Alpha” telahdijalankan ke atas semua item soal selidik dan keputusannya ialah 0.86 menunjukkankebolehpercayaan yang tinggi. Kajian mendapati semua responden berpendapat pengalamanpraktikum telah berjaya memperkembangkan sikap positif dalam diri mereka dan jugamempertingkatkan kemahiran profesional mereka. Selain itu, kajian ini juga mendapatibahawa mereka tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang tempoh praktikum mereka.Justeru, kajian ini menyarankan supaya pihak UniSZA dapat meneruskan usaha dalam latihanbakal guru dan berkongsi kepakaran dengan agensi-agensi latihan guru yang lain bagi melatihguru pendidikan Islam yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa negara.

Kata Kunci: Pendidikan Islam, Profesionalisma Keguruan, Latihan Praktikum, PendidikanGuru1 PENDAHULUANFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk melaksanakan pendekatanbersepadu dalam sistem pendidikan negara. Pendekatan bersepadu menekankanpengembangan potensi insan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. MenurutNur Hafizoh Idris & Rohana Hamzah (2013), pendekatan bersepadu mampumendidik bukan sahaja akal, tetapi juga hati sehingga para pelajar mengakui adanyaPencipta, menundukkan sifat-sifat ego dan membolehkan mereka membangunkansifat kehambaan hanya kepada Pencipta. Banyak kritikan terhadap golongan gurudiutarakan seperti Tajul Ariffin & Nor’Aini (2002) menegur bahawa ramai guru lupatentang tugas mendidik adalah satu ibadah sehingga mereka dicemari denganmengejar kekayaan, kemegahan, pangkat serta banyak masa dihabiskan denganperkara-perkara yang tiada kaitan dengan pendidikan. Manakala, Siddique (2006)pula melahirkan rasa kurang berpuas hati dengan tahap profesionalisme dalamperkhidmatan awam dan menganggap ia terus mengalami kemerosotan. Tidak dapatdisangkalkan lagi, FPK dan pendekatan bersepadu menuntut kualiti yang baik dalamkalangan guru yang bakal dilahirkan. Oleh yang demikian, institut latihan guru perlumemberi penekanan kepada pembangunan nilai dan pengembangan kemahiranprofesionalProfesion perguruan telah diakui sebagai profesion yang memberi tekanan yangtinggi (Borg, Riding & Falzon, 1991; Beer & Beer, 1992). Ini memandangkan padadewasa ini, peranan dan tanggungjawab guru sangat kompleks dan mencabar, olehitu, bakal guru perlu menjalani latihan yang komprehensif dan mencukupi. Dikebanyakan negara, latihan perguruan terdiri daripada perkuliahan di kampus danjuga latihan mengajar di sekolah atau disebut sebagai praktikum. Praktikummerupakan komponen paling penting dalam latihan perguruan (Funk & Hoffman,1982; Glickman & Bey, 1990; Haigh & Tuck, 2000; Hill & Brodin, 2004). Semasapraktikum, bakal guru akan dilatih dan perlu melalui sosialisasi dalam semua aspekyang berkaitan dengan profesion perguruan sama ada di dalam mahupun luar bilikdarjah sebelum mereka menjadi guru sebenar. Mereka akan melalui pengalaman

praktikal dan sistematik yang berasaskan sekolah. Dalam proses ini, guru pelatihdapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran profesional, kemahirangenerik serta membentuk sikap dan ciri-ciri sahsiah sesuai dengan profesion guru(Heppner, 1994; Cameron, Lovett & Berger, 2007).2 LATAR BELAKANG KAJIANMajlis Dekan Pendidikan Institsi pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan satubadan yang ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan semua aspek asas dalampenawaran program pendidikan di semua IPTA Malaysia. Ahli-ahli kepada Majlis iniialah semua dekan fakulti pendidikan IPTA atau ketua jabatan pendidikan bagiuniversiti yang tidak mempunyai fakulti pendidikan. Sehingga kini terdapat 13 buahIPTA yang menawarkan program pendidikan guru iaitu Universiti Pendidikan SultanIdris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UniversitiSultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti UtaraMalaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tun HusseinOnn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).2.1 Teras Utama dan Hala Tuju Majlis Dekan Pendidikan IPTAKesemua IPTA terlibat telah bertekad untuk menjadikan teras utama Majlis DekanPendidikan IPTA sebagai panduan ke arah meningkatkan peranan Fakulti/ JabatanPendidikan iaitu:i.Pembinaan budaya ilmu dan budaya intelek (beradab, menyeluruh,imbangan teknologi-budaya-agama)ii.Kepintaran berkhidmat sambil bermasyarakat (Berasaskan ilmu,berpasukan-berintegrasi, celik teknologi, celik sejarah, berjalinanberangkaian)iii.Mempamerkan kepimpinan yang utuh dan cemerlang (berasaskan ilmu,kepelbagaian kemahiran dan upaya, peka, mesra dan berhemah)iv.Bertanda aras antarabangsa (bersifat global, berfokus universal,

v.bersendikan nilai dan norma tempatan, berasaskan tradisi keilmuan)Integriti dan berinovasi (berasaskan penyelidikan, komersial dan paten)(Kajian Hala Tuju Bidang Pendidikan IPTA, 2011)Majlis Dekan Pendidikan IPTA juga telah menggariskan sebanyak 17 hala tujunyabagi memperkasakan agenda melahirkan guru yang kompeten dan berkualitimenerusi penambahbaikan kurikulum program pendidikan guru, program latihanmengajar, kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran, ambilan pelajardan penempatan graduan, kelayakan akademik, kepakaran dan tahap profesionalismestaf fakulti pendidikan IPTA, aktiviti akademia dalam kalangan staf akademik IPTA,hubungan dengan industri dan komuniti, mengantarabangsakan program pendidikanguru dan program pegembangan profesionalisme guru. 17 Hala Tuju sebagaimanayang termaktub dalam Kajian Hala Tuju Bidang Pendidikan IPTA (2011) adalahsebagaimana berikut:Hala Tuju 1: Fakulti Pendidikan IPTA akan terus menawarkan program Ijazah SarjanaMuda Pendidikan (ISMP) berkualiti dan relevan bagi melahirkan guru yangprofesional dan bersahsiah unggul (towering personality) untuk memenuhi keperluanpendidikan negara. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum pendidikan guru akan terusdirekayasa selari dengan kehendak Malaysia Qualification Agency (MQA) danKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di samping merujuk kepada amalanterbaik antarabangsa.Hala Tuju 2: Melaksanakan kaedah pentaksiran yang menekankan perkembanganholistik pelajar meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.Hala Tuju 3: Melahirkan guru yang berupaya merancang, melaksanakan danmemantau secara efektif aktiviti ko-kurikulum di sekolah.Hala Tuju 4: Memperkasa program latihan mengajar/ praktikum dari segiperancangan, pelaksanaan dan pentaksiran bagi melahirkan guru yang mantap danberkualiti dari segi pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.Hala Tuju 5: Memantapkan penyeliaan latihan mengajar supaya lebih sistematik danberkesan ke arah pengembangan pengetahuan dan kemahiran pengajaran sertakemahiran insaniah guru.

Hala Tuju 6: Fakulti Pendidikan IPTA perlu mempertingkatkan standard kemudahaninfrastruktur, peralatan dan persekitaran pembelajaran berdasarkan amalan terbaik(best practices).Hala Tuju 7: Fakulti Pendidikan IPTA akan bekerjasama dengan KPM dalammenyediakan unjuran keperluan guru yang lebih tepat di Malaysia meliputi semuaperingkat pendidikan iaitu pra sekolah, rendah, menengah dan tertiari.Hala Tuju 8: Fakulti Pendidikan IPTA akan memantapkan proses pemilihan,pengambilan dan memperluas sumber ambilan pelajar menepati unjuran keperluanguru KPM dan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dengan latihanpembangunan modal insan. Memastikan hanya calon yang memiliki atribut dan minatyang bertepatan dengan keperluan profesion keguruan dipilih melalui prosespengambilan yang sistematik.Hala Tuju 9: Mewujudkan program pembiayaan yang adil dan saksama bagi semuapelajar yang mengikuti program latihan pendidikan guru di Malaysia.Hala Tuju 10: Mewujudkan penyelarasan dan pemantapan proses serta prosedurberkaitan penempatan graduan guru lepasan Fakulti Pendidikan IPTA, InstitutPendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Hala Tuju 11: Fakulti Pendidikan IPTA komited mempertingkatkan bilangan stafakademik yang berkelulusan kedoktoran dalam bidang (niche) masing-masing sertamempertingkat kepakaran dan tahap profesionalisme staf akademik melalui pelbagaiprogram pengembangan profesionalisme berterusan (continuous professionaldevelopment).Hala Tuju 12: Fakulti Pendidikan IPTA komited memperkasa budaya dan amalanpenyelidikan serta mempertingkat penglibatan penyelidikan secara konsultasi dalamkalangan staf akademik fakulti pendidikan.Hala Tuju 13: Fakulti Pendidikan IPTA komited memperkasa budaya dan amalanpenerbitan akademik dalam jurnal berwasit berimpak tinggi dalam kalanganpensyarah fakulti pendidikan IPTA.Hala Tuju 14: Fakulti Pendidikan IPTA komited menghasilkan dan menggunakaninovasi dalam engajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarahnya.

Hala Tuju 15: Fakulti Pendidikan IPTA memperluas hubungan dua hala denganpelbagai pihak yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dalammenawarkan khidmat kepakaran dalam bidang pendidikan kepada industri dankomuniti.Hala Tuju 16: Fakulti Pendidikan IPTA akan membantu universiti masing-masingdalam mempertingkat reputasi dan juga ranking universiti di persada antarabangsadan meletakkan program pendidikan guru di persada antarabangsa melalui jaringanyang strategik.Hala Tuju 17: Fakulti Pendidikan IPTA mengoptimumkan perkongsian kepakaranpensyarah melalui usaha kolaborasi dengan Bahagian Pendidikan Guru, KPM untukmerancang, menawarkan dan melaksanakan pelbagai program/ kursus dan programpegembangan profesionalisme berimpak tinggi.Lima Teras utama dan 17 hala tuju di atas telah menjadi panduan penyelarasanyang jelas kepada semua fakulti/ jabatan pendidikan di Malaysia dalam membuatperancangan, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan yang ditawarkan.Perbicangan yang berterusan dalam kalangan ahli Majlis Dekan Pendidikan IPTAtelah memberi impak yang berkesan dalam usaha smemperkasakan penghasilan guruyang baik serta memperbaiki kelemahan yang dihadapi. Setiap persetujuan yangdihasilkan dalam mesyuarat telah dilaksanakan dengan baik oleh semua fakulti/jabatan pendidikan di IPTA dan suasana ini turut memperlihatkan kerjasama dansemangat kekitaan dalam kalangan staf.2.2 Strategi Pelaksanaan Praktikum Majlis Dekan Pendidikan IPTABeberapa keputusan telah dipersetujui secara muafakat dan dijadikan sebagai strategipelaksanaan program pendidikan di seluruh fakulti/ jabatan pendidikan di IPTA (lihatMajlis Dekan Pendidikan IPTA 2011). Berkaitan dengan praktikum, hala tuju ke-4telah memberi fokus kepada bentuk pelaksanaan praktikum manakala hala tuju ke-5pula memberi fokus kepada pemantapan penyeliaan latihan mengajar. Strategipelaksanaan berkaitan dengan praktikum telah dilaksanakan secara bersama olehsemua fakulti/ jabatan pendidikan di IPTA. Kemajuan dan permasalahan yangdihadapi dalam pelaksanaan program pendidikan selalu dibentang oleh setiap wakildalam mesyuarat Majlis Dekan Pendidikan IPTA bagi memastikan setiap yang telah

dirancang dapat dijayakan dengan optimum dan efisien.Antara perkara yang diputuskan secara sepakat dan dijadikan strategipelaksanaan praktikum ialah menetapkan pelaksanaan Rancangan Orientasi Sekolah(ROS), Praktikum dan Seminar Pasca Latihan Mengajar dalam modul praktikum.fakulti/ jabatan pendidikan menetapkan secara bersama bahawa ROS adalah wajibdilaksanakan oleh guru pelatih bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 minggu. Ia bagimemberi pendedahan awal kepada bakal guru tentang sistem dan budaya di sekolah.Pihak Majlis telah secara bersepakat menetapkan sekurang-kurangnya 10 jamkredit program praktikum yang turut merangkumi ROS dan 16 minggu latihanmengajar. Ditetapkan juga bahawa 8%-10% jumlah jam kredit program ISMP diIPTA adalah daripada praktikum di sekolah. Praktikum yang dilalui oleh guru pelatihmestilah melibatkan dengan minimum 8-12 waktu beban pengajaran seminggu.Praktikum boleh dijalankan dalam semester pengajian atau semasa cuti panjangsemester dimulakan dengan ROS atau dijalankan secara berasingan. Bagimemastikan penilaian praktikum yang menyeluruh, Majlis Dekan Pendidikan IPTAtelah menetapkan bahawa pentaksiran praktikum dibuat secara komprehensifmeliputi pelbagai aspek; keupayaan melaksanakan pengajaran, penglibatan dalamaktiviti ko-kurikulum, penguasaan kemahiran insaniah dan sikap. Pelarasanaspek-aspek yang ditaksir tersebut dan wajaran markah perlu dilakukan dalamkalangan IPTA.Telah menjadi tradisi program latihan perguruan di IPTA bahawa apabila sesipraktikum berakhir, fakulti/ jabatan pendidikan akan menganjurkan satu SeminarPasca Latihan Mengajar atau ada juga yang menamakannya sebagai RefleksiPraktikum. Semasa seminar ini, semua guru pelatih, penyelia dan pihak pengurusanfakulti/ jabatan akan mengadakan sesi post mortem. Guru pelatih dan penyelia akanmengimbau kembali pengalaman masing-masing semasa sesi praktikum bagimeneliti unsur-unsur positif atau sebaliknya. Segala yang dibangkitkan adalahpenting untuk direkodkan dan diambil perhatian untuk menambahbaik sesipraktikum serta mengelak masalah daripada berulang.Bagi memastikan penyeliaan dapat memberi kesan yang optimum kepada gurupelatih semasa praktikum, Majlis Dekan Pendidikan IPTA telah menetapkan bahawasemua fakulti/ jabatan pendidikan memperkasa penyeliaan secara klinikal bagimembantu perkembangan guru pelatih. Panduan dan latihan perlu diberikan kepadapensyarah penyelia dan guru pembimbing. Taklimat mestilah dilakukan mengenaipelaksanaan dan tatacara penyeliaan praktikum kepada pensyarah, guru pembimbingdan guru pelatih. Semua fakulti/ jabatan pendidikan bersetuju untuk menetapkan

bilangan guru pelatih yang diselia oleh seorang pensyarah tidak melebihi 8 orang dantidak melebihi 2 orang guru pelatih bagi setiap guru pembimbing supaya penyeliaandapat diberikan dengan baik dan menepati keperluan guru pelatih semasa praktikum.Jumlah penyeliaan pensyarah bagi setiap guru pelatih ditetapkansekurang-kurangnya 4 kali iaitu 2 kali untuk subjek major dan 2 kali untuk subjekminor manakala jumlah penyeliaan guru pembimbing bagi setiap guru pelatih ialahsekurang-kurangnya 3 kali untuk subjek major dan 3 kali untuk subjek minor. Jikaterdapat keperluan, fakulti/ jabatan pendidikan IPTA boleh berkongsi perkhidmatanpenyeliaan dengan IPG supaya masalah kekurangan pensyarah penyelia dapatdiatasi.3 PERNYATAAN MASALAHBernaung di bawah Majlis, UniSZA telah melaksanakan program Ijazah SarjanaMuda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan menerapkan teras utama dan hala tujumajlis Dekan Pendidikan IPTA ke dalam kurikulum yang berkenaan. Sebelumpraktikum, guru pelatih melalui sesi perkuliahan tutorial dan mengadakan aktivitipembelajaran seperti pembentangan, penyelesaian masalah, kertas projek, forum,perbincangan, main peranan dan sebagainya. Mereka juga dibimbing untuk aktifdalam aktiviti persatuan supaya kualiti kepimpinan dan kemahiran insaniah gurupelatih dapat dipertingktkan dari semasa ke semasa. Mereka digalakkan untuk aktifberinteraksi sesama mereka, dengan pensyarah dan masyarakat. Kesemua ini diharapdapat mempertingkatkan sikap-sikap positif ke dalam diri guru pelatih di sampingmemantapkan kemahiran-kemahiran profesional mereka sebelum menjadi guru yangsebenar kelak. Semasa praktikum, usaha memantapkan ilmu, kemahiran profesionaldn sikap diterus dipupuk. Penyeliaan yang dibuat oleh pensyarah dan gurupembimbing diharap dapat memperkukuhkan lagi pencapaian dan perkembanganguru pelatih dalam kesemua aspek yang diperlukan oleh seorang guru yangcemerlang dan berwibawa. Fokus utama diberikan dalam pegembangan ilmupengetahuan, sikap-sikap positif dan kemahiran-kemahiran profesional.Sebagaimana IPTA yang lain, UniSZA juga menganjurkan sesi refleksi yangdilakukan selama 3 hari bagi membuat post mortem tentang praktikum yang dilalui,bagaimana pelajaran yang diberikan sebelum praktikum dapat dipraktikkan olehguru pelatih semasa praktikum dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh

mereka semasa sesi praktikum.Guru perlu menampilkan contoh yang baik dari aspek sikap dan kemahiranprofesional. Kegagalan membentuk sikap positif dan mempertingkatkan kemahiranprofesional boleh menjejaskan matlamat yang ingin dicapai oleh sistem pendidikannegara. Semasa menjalani latihan perguruan, para guru pelatih perlu berusahadengan gigih dan ikhlas untuk menjadi seorang guru yang berwibawa apabilabertugas nanti. Latihan perguruan harus memberi peluang yang sebaiknya kepadaguru pelatih untuk membina kualiti peribadi yang melibatkan pembangunansikap-sikap positif dan kemahiran-kemahiran profesional. Sikap-sikap positifmerangkumi amanah, bertanggungjawab, tekun, bersikap adil, berketrampilan,berfikiran rasional, berdisiplin, bijak mengurus masa, mudah menyesuaikan diri,tahan menghadapi cabaran, bekerjasama dan lain-lain lagi. Manakalakemahiran-kemahiran profesional merangkumi kemahiran-kemahiran yangberkaitan memperoleh serta mempraktikkan ilmu yang diajar dankemahiran-kemahiran pedagogi.Memandangkan latihan praktikum sangat penting, pihak pentadbiran agensilatihan guru yang terlibat akan merencanakan beberapa langkah untuk memastikanlatihan praktikum dapat mencapai objektifnya. Justeru, beberapa program telahdilakukan sebelum, semasa dan selepas praktikum. Sebelum praktikum, guru pelatihdibekalkan dengan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang berkaitan denganmata pelajaran, pedagogi, kurikulum sekolah, falsafah dan prinsip-prinsippendidikan negara. Mereka juga akan menjalankan satu kajian (Rancangan OrientasiSekolah) di sekolah terpilih yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepadamereka mengenai komuniti, sistem dan budaya sekolah. Mereka juga dilatih secaraamali menerusi pengajaran mikro untuk memberi kesungguhan dan keyakinan diridalam menguasai ilmu pendidikan yang dipelajarinya.Menjelang praktikum, guru pelatih akan diberi taklimat yang terperinci tentangpraktikum yang merangkumi persediaan mental, tanggungjawab, disiplin dan formatpenilaian. Semasa praktikum, mereka akan diselia, dibimbing dan diberi pemarkahansetiap kali selesai pencerapan. Dalam konteks Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA), pencerapan akan dilakukan sebanyak 6 kali oleh 2 orang penyelia. Gurupembimbing yang terdiri daripada guru senior di sekolah praktikum yang terlibat

turut dipilih untuk membantu guru pelatih. Selepas praktikum, satu program refleksidiadakan oleh UniSZA yang bertujuan untuk membuat penilaian terhadappencapaian dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi sepanjang tempohpraktikum. Sesi ini melibatkan semua penyelia dan guru pelatih. Pihak pentadbiranakan mengambilkira segala cadangan yang dirumuskan daripada program di atasbagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan.Satu perkara yang penting kepada pentadbiran program latihan perguruan ialahsejauhmanakah pengiktirafan para guru pelatih Ijazah Sarjana Muda PendidikanIslam, UniSZA ter

staf fakulti pendidikan IPTA, aktiviti akademia dalam kalangan staf akademik IPTA, hubungan dengan industri dan komuniti, mengantarabangsakan program pendidikan guru dan program pegembangan .

Related Documents:

Praktikum Biologi Sel merupakan salah satu praktikum yang mendasari praktikum pada mata praktikum yang lain seperti Praktikum Teknik Analisa Biologi Molekuler, Praktikum Kultur Jaringan dan Sel Hewan serta Praktikum Imunologi. Petunjuk Praktikum Biologi Sel ini disusun sejak tahun akademik 2004/2006 yang saat itu hanya memuat tiga materi.

BAB II TINJAUAN PUSTAKA A. Persepsi 1. Pengertian persepsi Persepsi merupakan suatu proses dimana individu melakukan pengorganisasian terhadap stimulus yang diterima dan menginterpretasikan, sehingga seseorang dapat menyadari dan mengerti apa yang diterima dan hal ini juga dapat di pengaruhi oleh pengalaman-

3.3.2 Pengaruh Persepsi Masyarakat terhadap Minat Nasabah dalam Memilih Menabung pada Bank Syariah Variabel persepsi masyarakat berpengaruh terhadap minat nasabah dalam menabung pada bank syariah. Hal ini ditunjukkan pada nilai t hitung t tabel (3,378 1,985 yang menunjukkan bahwa terdapat pengaruh antara persepsi masyarakat terhadap

terhadap persepsi masyarakat. Sedangkan secara parsial . tingk. at pelayanan . pengaruhnya tidak signifikan terhadap persepsi masyarakat pada perbankan syariah, sehingga hipotesis ke-1 pada penelitian ini tidak teruji kebenarannya. Tingkat . fasilitas berpengaruh . signifikan. terhadap persepsi masyarakat pada perbankan . syari

persepsi dan sikap, ruang lingkup dari teori yang digunakan adalah berasal dari teori perbankan syariah dan ilmu sosial. Teori ini mencakup tentang persepsi-persepsi masyarakat Kelurahan Pasar Muarasipongi terhadap perbankan syariah yang berbeda-beda, dan akan dibahas sesuai dengan persepsi yang ditemukan peneliti dilapangan.

Persepsi Masyarakat Terhadap Bank Syariah (Studi Pada Desa Bakti Kecamatan Ponrang Selatan Kabupaten Luwu), Skripsi Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam (di Bimbing oleh Dr. Rahmawati, M.Ag dan Hendra Safri, SE.,M.M) Kata Kunci: Persepsi, Masyarakat, Bank Syariah Penelitian ini membahas tentang Persepsi Masyarakat Terhadap Bank

menunjukan bahwa persepsi masyarakat terhadap produk perbankan syariah masyarakat masih sangat kurang. Adapun Faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap produk perbakan syariah adalah faktor pengetahuan, sikap, minat dan kebutuhan. Kata Kunci: Persepsi, Masyarakat, Produk-Produk Perbankan syariah di Bank BNI Syariah.

persepsi apoteker serta dokter terhadap apoteker dan mengetahui karakteristik apoteker serta dokter yang dapat mempengaruhi persepsi apoteker dan dokter terhadap apoteker dalam menjalankan pekerjaan kefarmasian di Rumah Sakit Umum Pusat Dr. Sardjito Yogyakarta. Penelitian ini berupa penelitian deskriptif