HUBUNGAN MOTIVASI GURU DENGAN PENGGUNAAN ICT DALAM .

3y ago
115 Views
4 Downloads
1.05 MB
12 Pages
Last View : 12d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Laura Ramon
Transcription

Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054ISSN. 2548-6160International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016,Universiti Utara Malaysia, Malaysia.Available online: http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrsArticle DOI: N MOTIVASI GURU DENGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DI SJK(T) DAERAH KUALA MUDA YANTalirkodi A/P Vinathantalir suria@yahoo.comUniversiti Utara MalaysiaABSTRAK: Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap motivasi guru-guru SJK (T) di daerah Kuala MudaYan (KMY) dalam penggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan untukmengukur hubungan antara tahap motivasi guru dengan masalah penggunaan ICT. Analisis koleksi literaturyang dibaca oleh pengkaji menunjukkan kebanyakan kajian ICT telah dibuat dari aspek sikap, kemahiran dankepercayaan guru. Oleh yang sedemikian, pengkaji telah menitikberatkan aspek motivasi sebagai faktorkajian ini. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan soal selidik. Responden adalah seramai150 orang guru dari 5 buah sekolah di Daerah Kuala Muda Yan, Kedah. Bagi menganalisis data perisian SPSS(Statistical Package for the Social Sciences) telah digunakan. Kaedah seperti statistik deskriptif untuk melihatciri-ciri demografi responden dan korelasi telah digunakan untuk melihat hubungan antara tahap motivasiguru dan penggunaan ICT. Untuk mengkaji tahap motivasi dan pencapaian ICT taburan min dan sisihanpiawai secara keseluruhan telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan tahap motivasi guru adalah tinggitetapi tahap penggunaan ICT pula rendah disebabkan oleh beberapa masalah seperti kekurangan kemahiranICT guru, jaringan internet yang lambat, kemudahan ICT dan sokongan teknikal pihak sekolah yang rendahdan kekurangan masa. Berdasarkan hasil kajian lagi didapati tahap motivasi guru adalah berhubungan negatifdengan masalah penggunaan ICT. Jadi, sokongan pihak sekolah, KPM dan guru itu sendiri amatdititikberatkan untuk mengintegrasikan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).KATA KUNCI: Motivasi, Penggunaan ICT, Pendekatan Pengajaran dan pengajaran.PENGENALANMotivasi dianggap suatu kuasa dorongan yang membantu setiap individu menjayakan tugasan, kerjaya danaspirasi hidup (Agnes Chigona, 2014). Dalam sistem persekolahan, motivasi memainkan peranan pentingdalam menentukan keberkesanan pengajaran oleh guru. Para guru perlu bermotivasi untuk menggunakanICT dalam bilik darjah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (Agnes Chigona, 2014). Motivasiguru adalah sangat penting kerana ia meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dan secara langsungmempengaruhi pencapaian prestasi murid-murid di dalam bilik darjah (Mustafa et. al., 2010). Ini disokongoleh pendapat Cave dan Mulloy (2010) yang mengatakan guru yang bermotivasi tinggi adalah lebihcenderung untuk melibatkan diri dalam melaksanakan program yang berinovatif untuk meningkatkanprestasi pembelajaran murid-murid.Gagne (2005) pula menyatakan bahawa kurikulum yang direka dalam bidang pendidikan tidak akan berjayajika guru tidak mempunyai motivasi yang tinggi dalam melaksanakannya. Kini peranan guru bukan sahajasetakat menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara ‘chalk and talk’ sahaja, malahan berterusandalam pelbagai aspek lain dengan penggunaan komputer dan internet. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitupenggunaan komputer, bahan elektronik, ‘liquid crystal display’ (LCD), kamera video digital dan lain-laindalam bilik darjah (Zanzali et. al., 2010).1043

Talirkodi Vinathan/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054Bester & Brand, (2013) menyatakanprofesion pengajaran kini mendapat pelbagai peluang yang baru melaluipenggunaan ICT kerana ICT membangunkan kemahiran kognitif para murid untuk berfikir secara kritikal.Penyelidikan antarabangsa juga menunjukkan bahawa penggunaan ICT merupakan cara yang berkesan bagimembangunkan kemahiran aras tinggi para murid (UNESCO, 2011). Oleh itu, para pendidik digesa supayamelengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan, teknik dan kemahiran yang berteraskan teknologimaklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini ( Abd Aziz & Siti Fauziah, 2007).2.0 LATAR BELAKANG KAJIANGlobalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat,konsep pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku (Nesbit & Adesope, 2006). Selain itu,Zaphiris (2005) menyatakan pembelajaran berbantukan komputer (PBBK) semakin popular dan menarikminat sektor pendidikan. Sesungguhnya cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakanteknologi dalam pengajaran harian mereka (Lee & Winzenreid, 2009).ICT telah membawa anjakan perubahan sistem pendidikan di negara-negara yang sedang membangunseperti Malaysia. Misalnya, di Malaysia bermula pada tahun 1997, penggunaan ICT secara beransur-ansurdiselitkan dalam bidang pendidikan untuk mengurus dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Pengisian data secara elektronik dibuat oleh guru data di peringkat sekolah melalui aplikasi yangdibangunkan khas oleh pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) sertaKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (NurhafizahYaacob, 2009). Semua data berkenaan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid serta guru diproses dan disimpan melalui online. Misalnya, laman web SistemAnalisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk pengisian markah murid, e-Operasi sebagai sistem maklumatguru, EMiS (Educational Management Information System) untuk menyimpan maklumat pengurusanpendidikan, e-PANGKAT untuk urusan kenaikan pangkat guru dan banyak lagi laman rasmi kementerianpendidikan sedang digunakan demi memudahkan urusan pendidikan dan untuk bersaing dalam aruspembangunan pembelajaran global.Dalam zaman ledakan "Dunia Bermaklumat" (Information Age) ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkankomputer di sekolah-sekolah seluruh negara bagi menerapkan pembelajaran berkonsepkan "SekolahBestari", iaitu pengajaran dan pembelajaran berteraskan ICT. Cabaran baharu dunia pendidikan dalam erateknologi maklumat (ICT) mengharapkan motivasi guru-guru dalam menggunakan teknologi semasamenjalankan pengajaran dan pembelajaran (Chung et. al., 2011). Kajian Nico, Ruttena dan Wouter (2012)pula menunjukkan bahawa penggunaan ICT oleh para guru tidak akan berjaya jika guru tidak mempunyaikemahiran dalam bidang ICT.3.0 PERNYATAAN MASALAHKebanyakan kajian-kajian yang telah dijalankan dalam penggunaan teknologi komputer di kalangan guruguru berfokus kepada sikap, kemahiran dan kepercayaan guru dan mendapati bahawa kajian motivasiterhadap penggunaan ICT adalah kurang. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap motivasi guruguru SJK (T) di KMY dalam penggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telahmemandang serius terhadap isu ini kerana motivasi guru dalam penggunaan ICT bukan sahaja memantapkanpengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah malahan ia akan membangunkan bidang perguruan secarakeseluruhan.Namun kini, masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru adalah kekurangan motivasi dalam penggunaanteknologi. Ini kerana kemahiran serta pengetahuan guru tentang penggunaan internet kurang dan merekajuga menghadapi kesulitan dalam mencari dan mengenal pasti maklumat tertentu. Hal ini menghambat1044

Talirkodi Vinathan/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054mereka untuk menerapkannya dalam pengajaran dan pembelajaran (Yunus & Wekke, 2009). Menurut Rye(2009), guru-guru juga mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat dengan menggunakan internetdan ada guru-guru yang masih tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam melayari internet.Mereka juga rasa takut dan malu kerana kelemahan mereka akan diketahui oleh pelajar. Sesetengah orangguru pula mendakwa bahawa kehadiran teknologi dalam bilik darjah menyebabkan tekanan kepada dirimereka dan memerlukan tahap penggunaan ICT yang cekap dan berkesan (Sang et. al., 2011).Di samping itu, halangan-halangan seperti kebolehcapaian terhadap peralatan, kekangan masa, kekuranganmentor dan peluang untuk berkongsi penerapan sesama rakan sejawat juga memberi kesan kepada motivasiguru untuk menggunakan ICT (Slaouti & Barton, 2007). Tambahan pula beban tugas guru dan pengurusanmasa telah menjadi penghalang perlaksanaan PdP berbantukan komputer di bilik darjah (Guha, 2000).Oleh yang sedemikian, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap motivasi guru-guru SJK (T) di daerah KMYdalam penggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan kajian ini juga masalahmasalah yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan ICT akan dapat dikenalpasti. Ini untukmeningkatkan motivasi para guru dalam penggunaan ICT pada masa akan datang.OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk mengkaji :1. Untuk mengenalpasti tahap motivasi guru-guru SJK (T), di daerah KMY dalam penggunaan ICT demimemantapkan pengajaran dan pembelajaran.2. Mengukur hubungan antara tahap motivasi guru dengan masalah penggunaan ICT.3. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru SJK (T) di daerah KMY dalampenggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran.PERSOALAN KAJIANKajian ini adalah untuk melihat jawapan kepada beberapa soalan. Berikut merupakan persoalan-persoalantersebut:1. Apakah tahap motivasi motivasi guru-guru SJK (T) di daerah KMY dalam penggunaan ICT demimemantapkan pengajaran dan pembelajaran?2. Apakah hubungan antara tahap motivasi guru dengan masalah penggunaan ICT?3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru SJK (T) di daerah KMY dalam penggunaan ICTdemi memantapkan pengajaran dan pembelajaran?KERANGKA KAJIANPengkaji juga telah menyatakan teori-teori motivasi dan model-model ICT yang telah digunakan untukmenyokong kajian ini.1045

Talirkodi Vinathan/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054 Teori X dan teori YTeori Motivasi KesihatanTeori PengharapanTeori Penetapan MatlamatTeori KeperluanTAHAPMOTIVASIGURU Model PenerimaanTeknologi (TAM) Model Unified Theoryof Acceptance and Useof Technology (UTAUT) Integrasi TeknologiPENGGUNAANICT7.0 METODOLOGI KAJIAN7.1 Persampelan150 orang guru dari 5 buah sekolah SJKT di daerah KMY telah dipilih untuk kajian ini. Nama sekolah-sekolahdi KMY telah dicatat mengikut urutan dan lima buah sekolah yang berada dalam nombor ganjil pertama telahdipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Jumlah sampel ini dipilih berdasarkan Jadual Penentuan Saiz SampelKrejcie & Morgan, 1970. Sekolah-sekolah yang dipilih tersebut adalah sekolah SJK(T) Saraswathy, SJK(T)Kalaimagal, SJK(T) Mahajothi, SJK(T) Ladang Perbadanan dan SJK(T) Bedong. Setiap sekolah masing-masingtelah menerima sebanyak 30 helai soal selidik untuk dijawab.7.2 Instrumen kajianData diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada kajian Ying-Ying Kuo (2003) yangmempunyai Cronbach Alpha bagi itemnya sebanyak 0.812. Soal selidik kajian ini terbahagi kepada tigabahagian iaitu A, B dan C. Bagi mengukur tahap motivasi dan masalah penggunaan ICT oleh guru, skala Likertlima mata digunakan. Kebolehpercayaan soal selidik kajian ini telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintisyang diadakan dari dua buah Sekolah Tamil dari daerah Kuala Muda Yan (KMY). Hasil kajian rintis didapatitahap kebolehpercayaan instrumen bagi motivasi guru dalam penggunaan ICT telah menunjukkan nilai alphayang tinggi iaitu 0.822.8.0 ANALISIS DAPATANTahap kebolehpercayaan instrumen bagi motivasi guru dan penggunaan ICT telah menunjukkan nilai yangtinggi. Nilai tersebut ditunjukkan dalam Jadual 8.1.1046

Talirkodi Vinathan/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054Jadual 8.1 Nilai Kebolehpercayaan (Alpha) Soal SelidikBahagianBahagian B (Motivasi)Bahagian C (Penggunaan ICT)Nilai Kebolehpercayaan(Alpha)0.760.90Berdasarkan Jadual 8.2 didapati responden kajian adalah lebih ramai guru wanita berbanding lelaki, di manabilangan responden perempuan ialah 110 orang (73.33%) dan bilangan responden lelaki hanya 40 orang(26.7%).Jadual 8.2 Taburan Jantina RespondenJantinaLelakiPerempuanJumlahKekerapan (n)40110150Peratus (%)26.773.3100.0Taburan kekerapan bagi pengalaman mengajar pula menunjukkan bilangan responden yang terbanyakadalah dalam kalangan guru yang mempunyai pengalaman lebih dari 14 tahun. Jadual 8.3 menunjukkantaburan kekerapan pengalaman mengajar guru.Jadual 8.3 Kekerapan Pengalaman Mengajar GuruPengalamanMengajar1-4 tahun5-9 tahun10-14 tahunLebih daripada 14 0.046.0100.0Jadual 8.4 menunjukkan taburan kekerapan pengalaman menggunakan komputer oleh guru. Responden darikategori pengalaman lebih dari 8 tahun mencatat jumlah yang tinggi iaitu 85 orang (56.7%).Jadual 8.4 Kekerapan Pengalaman Menggunakan KomputerPengalamanMenggunakan KomputerKurang dari 2 tahun3-5 tahun6-8 tahunLebih daripada 8 26.756.7100.01047

Talirkodi Vinathan/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054Jadual 8.5 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi jantina, pengalaman mengajar dan pengalamanmenggunakan komputer para guru. Min jantina adalah 1.73. Min pengalaman mengajar adalah 3.23. Inibermakna kebanyakan responden adalah mempunyai pengalaman mengajar dalam lingkungan 10 hingga 14tahun. Manakala min pengalaman menggunakan komputer pula 4.32. Ini bererti kebanyakan respondenmempunyai pengalaman menggunakan komputer dalam lingkungan 6 hingga 8 tahun.Jadual 8.5 Min dan Sisihan Piawai Bagi Jantina, Pengalaman Mengajar dan Pengalaman MenggunakanKomputerJantinaMinSisihan Piawai1.730.44PengalamanMengajar3.230.90Pengalaman MenggunakanKomputer4.340.888.1 Tahap Motivasi Guru-Guru SJK (T) KMY Dalam Penggunaan ICT Demi Memantapkan PengajaranDan Pembelajaran (PdP)Jadual 8.6 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai tahap motivasi secara keseluruhan. Min dan sisihanpiawai bagi motivasi adalah masing-masing 4.02 dan 0.735. Dapatan min keseluruhan menunjukkankebanyakan responden berada dalam aras persetujuan dalam soal selidik.Jadual 8.6 Min dan Sisihan Piawai MotivasiMinValid N (listwise)NMin1501504.02Sisihan piawai.735Jadual 8.7 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi 10 item motivasi. Berdasarkan dapatan tersebutdidapati kebanyakan item motivasi berada dalam min 4 iaitu dalam aras setuju. Item yang mendapat mintertinggi adalah yang menyatakan ICT dapat membangunkan bidang professional saya iaitu mendapat minsebanyak 4.14 (.751). Manakala min terendah pula untuk item yang menyatakan saya lebih kerapmenggunakan ICT apabila menjalankan PdP. Minnya adalah sebanyak 3.58 (.877) yang bermaksud semuaguru berada dalam aras sederhana. Ini menunjukkan mereka kurang menggunakan ICT apabila menjalankanPdP.Jadual 8.7 Min dan Sisihan Piawai bagi Item-item Tahap MotivasiBilItem-Item Motivasi13.58Saya lebih kerap menggunakan ICT apabila menjalankan PdPSaya merasa seronok dan lebih berminat untuk4.01menggunakan ICT dalam PdPSaya berasa yakin menggunakan ICT dalam PdP3.93Bagi saya alat komputer adalah mudah untuk digunakan4.33Penggunaan ICT dalam PdP memberikan motivasi pada saya3.95untuk mengikuti setiap sesi pengajaran23451048MinSisihan Piawai.877.807.774.761.805

Talirkodi Vinathan/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054678910Penggunaan ICT berguna untuk membangunkan bidang4.14profesional sayaICT menyebabkan hasil kerja saya lebih cekap dan kreatif4.10Saya berpuas hati apabila menggunakan ICT dalam PdP4.03ICT menyenangkan saya dalam menyelesaikan aktiviti PdP 4.00Saya akan terus menggunakan ICT dalam PdP pada masa4.10akan datang.751.792.835.8278.2TahapPenggunaan.792ICT oleh Guru-Guru SJK (T) KMY Demi Memantapkan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)Jadual 8.8 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai tahap penggunaan ICT secara keseluruhan. Min dansisihan piawai bagi penggunaan ICT adalah masing-masing 2.40 dan 0.853. Dapatan min keseluruhanmenunjukkan kebanyakan responden berada dalam aras 2 iaitu tidak setuju dalam soal selidik.Jadual 8.8 Min dan Sisihan Piawai Tahap Penggunaan ICTMinValid N (listwise)NMin1501502.40Sisihan piawai.853Jadual 8.9 menunjukkan min, sisihan piawai bagi item-item penggunaan ICT. Sembilan daripada sepuluh itempenggunaan ICT berada dalam lingkungan min 2. Min tertinggi iaitu 3.26 (1.308) telah mendapat bagi itemyang menyatakan kelajuan internet di sekolah saya lambat.Jadual 8.9 Min dan Sisihan Piawai bagi Item-item Tahap Penggunaan ICTBilItem-Item Penggunaan ICT1Saya tidak mempunyai kemahiran ICT yang mencukupiBagi saya alat komputer adalah tidak mudah untuk2.07digunakanSaya tidak mempunyai kemudahan komputer/ komputer2.09riba di sekolah sayaSaya tidak mendapat sokongan teknikal yang mencukupiuntuk menggunakan komputer/ komputer riba di sekolah2.29sayaKelajuan internet di sekolah saya adalah lambat3.26Beban kerja yang tinggi menyebabkan saya tidak dapat2.86menggunakan ICT dalam PdPPenggunaan internet melambatkan kerja saya2.39Saya berasa bimbang apabila menggunakan ICT dalam PdP 2.29Saya berasa tertekan dan cemas apabila menggunakan ICT2.20dalam PdPICT menjadikan pengurusan bilik darjah lebih sukar2.172345678910MinSisihanPiawai2.37 8.3 Hubungan antara Tahap Motivasi Guru dengan Masalah Penggunaan ICTJadual 8.10 menunjukkan Ujian Korelasi antara tahap motivasi dan masalah penggunaan ICT oleh guru SJK(T)daerah KMY. Hubungan tahap motivasi guru adalah negatif dan didapati signifikan (r -.276, p .05) dengan1049

Talirkodi Vinathan/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054masalah penggunaan ICT. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap motivasi guru, semakin rendahmasalah penggunaan ICT dan sebaliknya semakin rendah tahap motivasi guru maka semakin tinggi masalahpenggunaan ICT.Jadual 4.10 Hubungan antara Min motivasi dan Min Penggunaan ICTMin MotivasiMin MotivasiMin Guna ICTPearson CorrelationSig.(2-Tailed)NPearson CorrelationSig.(2-Tailed)N1150-.276**.001150Min Guna ICT-.276**.0011501150**.Correlation Is Significant At The 0.05 Level (2-Tailed).8.4 Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Guru-Guru SJK (T) di Daerah KMY dalam Penggunaan ICTdemi Memantapkan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)Salah satu masalah yang dinyatakan oleh guru-guru adalah kekurangan bilangan komputer di sekolah.Menurut mereka bilangan komputer yang telah disediakan oleh pihak sekolah tidak mencukupi untuk semuamurid. Jadi, perkara ini menghalang guru yang ingin menggunakan kemudahan komputer sebagai bahanpengaplikasian ICT di dalam pembelajaran.Selain itu, ada guru yang menyatakan kekurangan panduan dalam bidang ICT merumitkan mereka untukmenggunakan ICT dalam PdP. Kekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi jugamenjadi beban dan masalah kepada guru-guru yang kurang berkemahiran dalam pengguaan ICT.Tambahan lagi faktor kurikulum yang samar juga menjadi halangan kepada mereka. Ini kerana, kurikulumpada masa kini tidak mengaplikasikan secara keseluruhan kaedah ICT dalam pelajaran. Jadi, ini menimbulkanhalangan kepada guru yang ingin menggunakan ICT dalam proses PdP mereka. Guru-guru juga mengatakanpihak sekolah mengambil sikap lepas tangan dan kurang memberi sokongan kepada para guru dalampenggunaan ICT juga mematikan semangat guru.9.0 PERBINCANGANDapatan hasil kajian menunjukkan tahap motivasi guru dengan masalah penggunaan ICT adalahberhubungan negatif yang sederhana. Ini bermaksud apabila masalah-masalah ICT meningkat maka tahapmotivasi guru dalam penggunaan ICT akan menurun dan sebaliknya.Berdasarkan dapatan tahap motivasi guru didapati kesemua responden yang menjawap soal selidik rataratanya bersetuju dan bermotivasi untuk mengguna ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapatdibuktikan dengan dapatan 7 daripada 10 item yang berada dalam aras 4 iaitu setuju. Ini menunjukkan guruguru lebih bermotivasi dan berminat untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Inikerana, ICT memudahkan kerja mereka, meyakinkan, membuatkan hasil kerja cekap dan kreatif. Ini disokongdengan hasil dapatan

dalam penggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan kajian ini juga masalah- masalah yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan ICT akan dapat dikenalpasti. Ini untuk meningkatkan motivasi para guru dalam penggunaan ICT pada masa akan datang. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji : 1.

Related Documents:

Guru dalam hal ini dituntut harus mempunyai kemampuan komunikasi yang baik untuk membangun motivasi belajar peserta didik. Motivasi sangat diperlukan dalam kegiatan pembelajaran. Motivasi akan menyebabkan terjadinya suatu perubahan energi yang ada pada diri manusia, sehingga akan bergayut dengan persoalan gejala kejiwaan, perasaan dan juga .

hubungan antara penggunaan media massa dengan tingkat pengetahuan kesehatan reproduksi pada siswa kelas X SMAN 7 Jombang. Semakin tinggi penggunaan media sosial maka tingkat pengetahuan kesehatan reproduksi semakin tinggi pula. Kata Kunci: Remaja, Penggunaan media sosial, Tingkat pengetahuan kesehatan reproduksi.

the Gurus after Sri Guru Nanak Dev Ji are also called 2 nd-Nanak, 3 rd-Nanak 10 th-Nanak. Sri Guru Gobind Singh Ji placed the same ‘Guru Jot’ into Sri Guru Granth Sahib Ji. Sri Guru Granth Sahib Ji is our living eternal Guru. Here are some references from Sri Guru Granth Sahib Ji, that “Jot Roop God” Himself was called Sri Guru Nanak .

dengan komitmen kerja guru dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Daerah Hilir Perak. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasiguru besar berdasarkan persepsi guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Hilir Perak. 2.

HUBUNGAN KETERAMPILAN MENGAJAR GURU DENGAN HASIL BELAJAR . peserta didik yang diperoleh dari buku nilai guru pendidikan agama Islam. Teknik analisis data yang digunakan adalah teknik analisis dekskriptif kuantitatif dengan . pendidikan dasar, dan pendidikan menengah.2 Guru sebagai tenaga p

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

didik. Motivasi belajar peserta didik memiliki pengaruh yang kuat terhadap keberhasilan proses maupun hasil belajar peserta didik. Salah satu indikator kualitas pembelajaran adalah adanya minat belajar yang besar dan motivasi yang didapatkan baik dari diri sendiri maupun dari guru. Motivasi memiliki pengaruh

Andhra Pradesh State Council of Higher Education w.e.f. 2015-16 (Revised in April, 2016) B.A./B.Sc. FIRST YEAR MATHEMATICS SYLLABUS SEMESTER –I, PAPER - 1 DIFFERENTIAL EQUATIONS 60 Hrs UNIT – I (12 Hours), Differential Equations of first order and first degree : Linear Differential Equations; Differential Equations Reducible to Linear Form; Exact Differential Equations; Integrating Factors .