PEMBELAJARAN KOLABORATIF MELALUI APLIKASI TELEFON PINTAR .

2y ago
231 Views
7 Downloads
1.04 MB
21 Pages
Last View : 14d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Allyson Cromer
Transcription

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASIrmc.kuis.edu.my/jpi/e-ISSN 2289-7909KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGORVOL. 4 NO. 1 (APRIL 2017): pp 43-63PEMBELAJARAN KOLABORATIF MELALUI APLIKASI TELEFON PINTAR DALAMPEMBELAJARAN NAHUCollaborative Learning Through Application of Smartphones in Learning GrammarNormah Husin, Nor Azhan Norul ‘Azmi, & Mariam Mat Daudnormah@kuis.edu.my, norazhan@kuis.edu.my, & mariam.mdaud@kuis.edu.myKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)ABSTRAKKajian ini memfokuskan kepada peranan aplikasi telefon pintar dalam pembelajaran nahu sebagai satubentuk pembelajaran kolaboratif. Ia adalah pembelajaran berbentuk kolaboratif dengan berkonsepkan“bimbingan rakan” di antara pelajar dengan pelajar dan pensyarah dengan pelajar. Objektif kajian iniadalah: 1. Mengenalpasti masalah pelajar menggunakan aplikasi WhatsApp dalam pembelajaran mayadan 2. Mengenalpasti penggunaan WhatsApp dalam meningkatkan motivasi pelajar melaluipembelajaran kolaboratif. Kajian ini dijalankan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) dengan membabitkan 60 orang pelajar daripada Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab.Kajian tindakan ini menggunakan aplikasi WhatsApp di mana pensyarah menggunakan kaedahkuantitatif dan berperanan sebagai moderator dalam kumpulan yang dibentuk daripada aplikasitersebut. Ia dijalankan semasa cuti semester selama satu bulan dengan memberi fokus kepada pelajarbidang bahasa Arab sahaja. Hasil kajian mendapati pelajar lebih gemar dan bermotivasi untukmempelajari tajuk nahu dengan bantuan aplikasi WhatsApp berbanding latihan dalam kuliah rasmi.Implikasi kajian juga menunjukkan bahawa pembelajaran kolaboratif menjadi lebih meluas dengantelefon pintar di mana ia tidak berlaku di luar kuliah atau bilik tutorial sebelum ini.Kata kunci: Aplikasi telefon pintar, Pembelajaran kolaboratif, Bimbingan rakan, Motivasi,Kepelbagaian aplikasi.Diserahkan: 8 November 2016Diterima: 9 Mac 201743

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASIVOL. 4 NO.1APRIL 2017ABSTRACTThis study focuses on the role of smart phone applications in collaborative learning for the purpose oflearning Arabic grammar. It is a form of collaborative learning based on "peer learning" concept,and between lecturers and students. The objectives of this study are: 1. Identify problems faced bystudents while using WhatsApp application in virtual learning and 2. Identify the usage of WhatsAppapplication in enhancing the motivation of students through collaborative learning. The study wasconducted at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), which involved 60 students fromthe Department of Arabic Language and Linguistics. This action research used quantitative researchmethod where lecturers serve as moderators in the created WhatsApp groups. It is carried out duringthe semester break for a month focused only on students of Arabic language studies. The study foundthat, students are preferred and motivated to learn grammar based on titles with the help of theWhatsApp application compared to formal lectures. Implication of the study also showed thatcollaborative learning is becoming more widespread with the use of smart phone where it does notapply outside of lectures or tutorials before.Keywords: smart phone application, collaborative learning, peer learning, motivation, variousapplications.44

Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon PintarDalam Pembelajaran Nahu1.0PENDAHULUANDalam era teknologi dan ICT (Information, Communication & Technology) yang pesat membangun,pendidikan juga telah mengalami revolusi di mana semua bidang di bawahnya mengalamipembaharuan teknologi sama ada di peringkat kementerian melalui dasar seterusnya di sekolahsekolah dan di institusi-institusi pengajian tinggi. Pembaharuan ini termasuklah teknik dan kaedahyang digunakan melalui pembelajaran mobile atau dkenali sebagai m-learning. Menurut Norliza(2013) tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaianpenggunaan pembelajaran mudah alih dan tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran mudahalih adalah berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing dengan skor min 3.92, 3.98 dan 3.83.Mengikut pendapat Ahmad Taufiq Ma’mun (2015), aplikasi WhatsApp bukan sahaja untukkomunikasi tetapi juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Jadi penggunaannya bukan terhadkepada komunikasi dan perniagaan malah boleh diadaptasi ke dalam sistem pengajaran danpembelajaran. Dengan adanya attachment untuk dikongsi dalam aplikasi WhatsApp seperti kontak,gambar, lokasi, video dan audio maka tugas pengajaran dan pembelajaran PdP menjadi lebih mudah.Bahasa Arab diangkat sebagai bahasa komunikasi dunia setanding dengan bahasa-bahasaantarabangsa yang lain. Manakala penulisan bahasa Arab menjadi antara wadah terpenting selainkemahiran membaca, mendengar dan bertutur. Peranan aplikasi telefon pintar dalam pembelajarannahu sebagai satu bentuk pembelajaran kolaboratif yang diketengahkan dalam kajian ini berkonsepkan“bimbingan rakan” di antara pelajar dengan pelajar dan pensyarah dengan pelajar yang mampumeningkatkan penguasaan pelajar dan memperbaiki mutu kemahiran menulis pelajar.Perkataan “kolaborasi” dan “kolaboratif” berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu collaboration dancollaborative. Berdasarkan kamus bahasa Inggeris, collaboration bermaksud “kerjasama”, manakalacollaborative bermaksud sesuatu yang bersifat kerjasama. Kedua-dua sebenarnya membawa maksudyang sama, iaitu kerjasama tanpa menyatakan kerjasama ke arah kebaikan atau sebaliknya. Perbezaansebenar antara kedua-dua perkataan tersebut hanyalah dari segi golongan kata. Kolaborasi ataucollaboration berada dalam golongan kata nama (KN), manakala kolaboratif atau collaborative beradadalam golongan kata adjektif (KA).Kajian ini memfokuskan kepada peranan aplikasi telefon pintar dalam pembelajaran nahu sebagai satubentuk pembelajaran kolaboratif. Ia adalah pembelajaran berbentuk kolaboratif dengan berkonsepkan“bimbingan rakan” di antara pelajar dengan pelajar dan pensyarah dengan pelajar. Kajian yangdijalankan dalam tempoh sebulan ini memfokuskan empat tajuk iaitu Idhafah, Sifat Mausuf, Tarkib

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASIVOL. 4 NO.1APRIL 2017Wazifiy dan Hamazaat. Keempat-empat tajuk ini merupakan tajuk mudah yang memerlukan pelajaruntuk mengulangkaji semula tajuk ini dengan cepat dan mudah. Ini kerana, kajian ini memfokuskankepada pembelajaran kolaboratif yang wujud dalam aplikasi WhatsApp secara maya.2.0PERMASALAHAN KAJIANKepesatan teknologi komunikasi telah membawa kepada kepesatan dalam penggunaan telefon pintardengan aplikasinya yang tersendiri. Ia juga dikenali sebagai pembelajaran mobile atau pun MLearning (Saedah Siraj, 2003). Sebagai pensyarah dalam bidang bahasa, pengkaji cuba untukmeneroka faedah yang mampu diperoleh daripada aplikasi telefon pintar yang semakin popular padamasa kini. Walaupun aplikasi WhatsApp dianggap sangat biasa dalam penggunaannya, akan tetapidalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ia masih boleh dipraktikkan sebagai pelaksanaandalam pembelajaran kolaboratif. Kajian oleh Kessler (2012), mendapati terdapat kelemahan dalampembelajaran kolaboratif apabila melibatkan pelajar lebih daripada dua orang. Kessler jugamenganggap bahawa konsep bilik kuliah harus diterjemahkan kepada persekitaran yang baharu keranabidang pendidikan telah berubah seiring dengan perubahan teknologi semasa. Justeru, kajian ini cubauntuk a) menyediakan satu platfom kepada pelajar dalam pembelajaran kolaboratif di luar kuliahrasmi, b) memperluaskankan penggunaan aplikasi telefon pintar dalam pembelajarn bahasa Arab.Antara permasalahan yang dikenalpasti berlaku dalam bidang bahasa Arab dan tercetusnya kajian iniadalah seperti berikut:a. Masalah kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional yang mengundang kepadakebosanan pelajar mengikuti kuliah.b. Masalah kelemahan tadbir urus E-Pembelajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yangterkini.c. Kurangnya panduan penggunaan E-Pembelajaran adalah merupakan salah satu masalah yangdi hadapi dalam bidang pendidikan.3.0OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dijalankan adalah untuk:a. Mengenalpasti masalah pelajar dalam penggunaan aplikasi WhatsApp melalui pembelajaranmaya.b. Mengenalpasti penggunaan WhatsApp dalam meningkatkan motivasi pelajar dalampembelajaran kolaboratif.46

Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon PintarDalam Pembelajaran Nahuc. Menentukan kepelbagaian aplikasi lain dalam telefon pintar yang boleh digunakan untukpembelajaran nahu.4.0METODOLOGI KAJIANKajian ini dijalankan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan membabitkan60 orang pelajar daripada Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab, Fakulti Pengajian PeradabanIslam. Kajian tindakan ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan aplikasi WhatsAppdi mana pensyarah adalah moderator dalam kumpulan yang dibentuk daripada aplikasi tersebut.Sebanyak empat kumpulan dalam WhatsApp Group dipilih daripada semester dua hingga lima terdiridaripada pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua dan pelajar Sarjana Muda BahasaArab (Terjemahan). Ia dijalankan semasa cuti semester selama satu bulan bermula pada 4 April 2016(Isnin) sehingga 29 April 2016 (Jumaat) dengan memberi fokus kepada pelajar bidang bahasa Arabsahaja melalui metode soal jawab menggunakan kaedah WhatsApp. Pelajar akan diberikan satu latihansetiap hari selama lima hari sahaja dalam seminggu, manakala dua hari lagi diperuntukkan untukpelajar berehat. Sesi taklimat pra-kajian dilaksanakan supaya pelajar mematuhi masa menjawab dantidak berbincang jawapan sebelum sesi tersebut dimulakan. Moderator akan memberi latihan tersebutmulai jam 8.00 pagi dan masa untuk menjawab adalah sehingga 1.00 petang. Selepas itu, sesiperbincangan terus diadakan sehinggalah jam 5.00 petang.Tajuk nahu yang dikemukakan dalam kajian ini adalah Idafah, Sifat, Tarkib Wazifiy dan Kitabah AlHamazaat. Tajuk Idafah, Sifat, Tarkib Wazifiy dikemukakan melalui terjemahan teks supaya pengkajimendapat hasil dapatan daripada ayat yang berfokus kepada tajuk tersebut sahaja. Manakala bagiKitabah Al-Hamazaat ia disalurkan melalui audio yang dirakam oleh moderator sendiri. Pengkajimenggunakan kedua-dua pilihan dalam aplikasi WhatsApp ini berdasarkan kepada kebolehupayaanaudio untuk menguji imlak dan teks untuk menguji pembinaan ayat berdasarkan tajuk nahu.Penggunaan seperti gambar, video, kontak, lokasi, dokumen, kamera dan galeri tidak digunakankerana pengkaji akan mendapat hasil ayat yang bebas dan tidak memberi fokus kepada perkataan yangdikehendaki. Penyertaan pelajar bagi pembelajaran kolaboratif dikira berdasarkan entri pelajar bagisetiap tajuk dalam seminggu dan juga perbincangan yang dibuat. Dapatan kajian diperolehi olehpengkaji dengan menganalisa keputusan dari jawapan pelajar untuk setiap soalan yang dikemukakanberdasarkan keempat-empat tajuk yang diberikan dalam masa sebulan. Markah diberikan untuk satuskor jawapan yang tepat.

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI5.0VOL. 4 NO.1APRIL 2017KAJIAN LITERATURSatu kajian oleh Law, Lee & Chow (2002), berkaitan dengan ciri-ciri amalan pembelajaran yangberkesan pada abad ke-21 menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru yang membawa kepadapembaharuan terhadap pembelajaran telah dijalankan. Dapatan kajian mereka membuktikan pelajarbersikap lebih positif iaitu mereka lebih berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat denganmenggunakan internet, berupaya untuk berfikir secara kritis, berupaya belajar dari pelbagai sumberserta berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling menghormati idea di antara satu sama lain.Jika ditinjau berkaitan dengan konsep pedagogi didapati bahawa konsep pedagogi dari semasa kesemasa semakin kompleks. Dari perspektif pedagogi, M-Learning merupakan dimensi baru yangmenyokong proses pembelajaran (Harvey, 2003).Di samping itu M-Learning juga menawarkan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian untukmembantu aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar kelas (Fleischman, 2001). Sistem pengajaran danpembelajaran bercorak konvensional bukanlah merupakan kaedah paling baik di zaman moden inimemandangkan ia boleh diubahsuai kepada bentuk yang lebih canggih dan relevan dengan situasipendidikan semasa (Jonassen, 2000). Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelemahan pembelajaranyang dijalankan secara konvensional. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah sepertiinteraksi yang lemah, pembelajaran dilakukan dalam mod yang sehala, kekurangan sumberpembelajaran dan kurang maklum balas daripada pelajar-pelajar lemah (Narayanansamy & Ismail,2011).Selain itu apabila pensyarah menyampaikan kuliah dengan menulis di papan hitam, pelajar pula hanyamengambil nota. Perkara seperti ini menyebabkan pelajar kurang berfikir dan bertindak malah hanyamenyalin nota daripada pensyarah. Oleh yang demikian, kaedah berfikir secara kreatif dan kritis tidakdapat dicapai. Menurut Devinder & Abdullah (2006), interaksi pelajar dan pensyarah menjadi kurangsemasa di dalam bilik kuliah. Hal ini disebabkan oleh kerana interaksi pelajar bersama pensyarahterhad di dalam bilik kuliah yang besar. Kelazimannya di dalam bilik kuliah yang besar sesipembelajaran berlaku di dalam keadaan mod tidak seragam iaitu pelajar yang aktif menyampaikanmaklumat dan pelajar yang pasif hanya memerhati. Kadang kala pembelajaran juga berlaku secaraindividu (Devinder & Abdullah, 2006). Di samping itu pembelajaran konvensional juga menyebabkanberlaku kekurangan sumber rujukan di dalam bilik kuliah. Hal ini kerana pelajar hanya mengharapkannota yang telah disediakan oleh pensyarah.48

Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon PintarDalam Pembelajaran NahuAkses kepada maklumat terkini tidak dapat dijalankan untuk membantu pelajar bagi memahamisesuatu subjek dengan lebih jelas. Perkara ini mengakibatkan pelajar yang lemah tidak bergerakseiring dengan penyampaian oleh pensyarah dan seterusnya kurang maklum balas daripada pelajarkepada pensyarah di dalam penyampaian kuliah. Selain itu pengetahuan dan pemahaman tentangpedagogi kian berkembang dan bersepadu (Baharun, 2002). Sebelum ini, kajian awal mengenaipengajaran tertumpu kepada pengurusan dan organisasi bilik darjah sahaja tetapi pada masa kini,kesesuaian M-Learning dalam proses pembelajaran juga perlu diberi perhatian. Menurut Atan (1980),konsep pembelajaran merupakan hasil tingkah laku atau pengalaman seseorang rentetan daripadaaktiviti pengolahan pemikiran ke atas ransangan-ransangan yang diterima. Rangsangan-rangsangan initerdiri daripada bunyi, 15 warna, gambar, bentuk rasa dan juga gabungan pelbagai unsur tersebut.6.0HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN6.1Hasil Kajian Berdasarkan Minggu dan TajukPada minggu pertama, pelajar diberikan latihan untuk membina ayat yang mengandungi Idhafah.Hasil daripada 283 penyertaan daripada pelajar dengan memperoleh jawapan betul sebanyak 96 danjawapan salah sebanyak 187. Jadual 1 ialah contoh latihan dan ayat yang dikemukakan olehmoderator.Jadual 1: Contoh Latihan dan Ayat oleh Moderator kepada Pelajar.NOAYAT MELAYUAYAT ARABIdhafah1Telah datang dua orang guru Bahasa Arab.2Pemandu pelancong itu seperti duta kecil kepadanegara.3Rasulullah SAW idola kita dalam kehidupan.4Fatimah sedang bermain bola jarring dengankawan-kawan perempuannya.5Kemahiran bertutur adalah kemahiran terpentingdalam Bahasa Arab. ﷺ

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI6Ini urusan saya dan kamu.7Wahai ibu doakan saya!8Saya telah melihat 5 orang jururawat perempuan.9Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.10Hobi saya memancing ikan pada masa lapang.VOL. 4 NO.1APRIL 2017Hasil dapatan menunjukkan pelajar masih lagi tidak dapat menggunakan Idhafah dengan betul,sebagai contoh penggunaan alif lam masih lagi ada pada mudhof, sesetengah daripada mereka masihlagi keliru antara Idhofah dan Sifat Mausuf. Masih ada lagi respondan yang menghimpunkan alif lamdan dhamir dalam perkataan contohnya (). Antara kesalahan yang paling ketara adalahapabilah perkataan muthanna disandarkan kepada mudhof ilaih, rata-rata respondan masihmengekalkan huruf nun contohnya (Jadual 2: Penyertaan Pelajar dalam Minggu Pertama (Tajuk: bincanganKumpulanPenyertaanJumlah134331i- Pelajar bertanya apakah21195168sebab dibuang ‘nun’ dan322616‘alif lam’41083672- jawapan yang diberikanadalah kerana‘mudhof’dandibuang‘nun’ kerana ‘musanna’.50

Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon PintarDalam Pembelajaran Nahuii-Pelajarapakahsebabbertanyadibuang‘alif lam’- jawapan yang diberikanadalahkerana‘mudhof’28396187Pada minggu kedua, pelajar diberikan latihan untuk membuat ayat dengan menggunakan kata Sifatdan Mausuf. Kajian mendapati terdapat sebanyak 245 penyertaan daripada pelajar denganmemperoleh jawapan betul sebanyak 135 dan jawapan salah sebanyak 118. Jadual 3 ialah contohlatihan dan ayat yang dikemukakan oleh moderator.Jadual 3: Latihan dan Ayat oleh Moderator.NOAYAT MELAYUSifat mausuf1Ahmad mempunyai rumah yang besar.2Kereta-kereta yang cantik itu berada di tempatletak kereta.3Ramai pensyarah yang bijak pandai di universitikami.4Fatimah makan dua biji epal kecil.5Pelajar-pelajar yang rajin tu Berjaya.6Dua orang askar yang berani tu telah berjumpaketua mereka.AYAT ARAB

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI7VOL. 4 NO.1APRIL 2017Ayah membeli sebuah apartment mewah untukkakak.8Dua pokok yang lama tu berada di hadapanuniversiti.9Hotel tu mempunyai tingkap yang banyak.10Saya jumpa wanita-wanita muslim yang solehah.Hasil dapatan menunjukkan pelajar masih lagi tidak dapat menggunakan Sifat dengan betul sepertikesalahan pada bilangan Mausuf iaitu jama’ muannath Salim dan sifat iaitu mufrad muannath. Antaralain ialah kekeliruan pelajar terhadap tajuk Sifat dengan Idafah di mana responden menambah LamTa’rif pada kata sifat. Masih ada responden yang membuat kesalahan pada hukum muzakkar danmuannath pada kata sifat. Dan selebihnya terdapat kesalahan dalam penggunaan jama’ yang tidakdigunapakai seperti (), kesalahan imlak () dan masdar (Jadual 4 menunjukkan adaperbincangan selepas sesi latihan tamat dengan soal jawab terhadap jar dan zarf serta perbezaanmakna bagi beberapa perkataan seperti ((dan (Ini jugadisusuli dengan respon dari moderator mengenai gabungan sifat mufrad muannath dengan jama’ghair aqil serta pembinaan ayat dengan menggunakan khabar muqaddam melalui harf jar.Jadual 4: Penyertaan pelajar dalam minggu kedua (Tajuk: mengenai fungsi3191215zarf dan harf jar4803842ii-Pelajar bertanyaPerbezaanmakna qaabaladan laqiya52

Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon PintarDalam Pembelajaran Nahuiii-Beza (iv-Beza (v-Beza (vi-Ayat muladengan harf jarvii-Kesalahan padaejaan طلبات viii-Jamak muannathghair aqil

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASIVOL. 4 NO.1APRIL 2017-41245135118Manakala pada minggu ketiga, pelajar diberikan latihan untuk membina ayat yang mengandungiTarkib Wazifiy. Hasil daripada 191 penyertaan daripada pelajar dengan memperoleh jawapan betulsebanyak 46 dan jawapan salah sebanyak 145. Jadual 5 ialah contoh latihan dan ayat yangdikemukakan oleh moderator.Jadual 5: Latihan dan Ayat oleh Moderator.NOAYAT MELAYUAYAT ARABTarkib Wazifiy1Muhammad bersifat dengan sifat-sifat yangterpuji.2Temuduga itu memerlukan sijil-sijil yang diiktiraf.3Laila mendapat keputusan yang cemerlang.4Guru-guru perempuan sedang berbincng tentangminit mesyuarat.5Ali telah menyertai pertandingan membaca alQuran.6Fitnah membawa kepada kerosakan.7Umat Islam berpegang kepada al-Quran dan alSunnah.8Ibu mengambil berat akan tentang anak-anaknya.9Rukun-rukun Islam terdiri daripada 5 perkara.10Jangan kamu bangga dengan harta kekayaan.Hasil dapatan menunjukkan respondan masih lagi keliru penggunaan Tarkib Wazifiy, pertanyaan yangsering diajukan adalah justifikasi meletakkan huruf jar selepas feel, jawapan yang diberikan oleh54

Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefon PintarDalam P

(2013) tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih dan tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran mudah alih adalah berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing dengan skor min 3.92, 3.98 dan 3.83.

Related Documents:

wawancara, dan kuesioner. Hasil aplikasi ini yaitu aplikasi dilengkapi dengan gambar, suara, dan kuis. Serta pengguna bisa menggunakan aplikasi dengan mudah. Aplikasi diimplementasikan menggunakan software eclipse [3]. Ali dan Patambongi (2016) memuat aplikasi pembelajaran kepada anak-anak tentang ilmu pembelajaran membaca. Aplikasi .

raportaţi numărul de telefon. De asemenea, puteţi raporta numere de telefon proactiv pe pagina „Detalii” a unui număr. · Corectarea numerelor de telefon raportate. În cazul în care constataţi că s-au atribuit informaţii incorecte unui număr de telefon, le puteţi corecta în pagina „Detalii” a numărului de telefon. 6

Membuat Aplikasi Implementasi Dengan Cara pembuatan aplikasi dijelaskan secara detail disertai gambar. Bermanfaat untuk programer pemula yang ingin mengetahui dan belajar tentang aplikasi database Disertai CD Master Intaller, Program Aplikasi jadi, Source Code Aplikasi serta Kamus IT Dipakai Dalam Lingkungan

2 Design mode - untuk membangun aplikasi Run mode - untuk menjalankan aplikasi Break mode - aplikasi berhenti sementara dan debugger muncul Form Window merupakan pusat untuk membangun aplikasi Visual Basic. Tempat dimana kita menggambar aplikasi kita. Toolbox adalah menu yang berisi kontrol-kontrol yang digunakan di dalam aplikasi kita. Properties Window digunakan untuk menempatkan .

A. Pengertian Multimedia dalam desain pembelajaran B. Elemen – elemen multimedia dalam desain pembelajaran C. Aplikasi multimedia dalam pelaksanaan desain pembelajaran III. EVALUASI A. Pre test B. Tugas C. Post test IV. DAFTAR BACAAN Azhar Arsyad,.1997. Media Pembelajaran, Jakarta: CV Rajawali Arief S. Sadiman,dkk, .1986.

audara pokok bahasan Hakikat Strategi Pembelajaran Bahasa ini merupakan materi awal pengajaran keterampilan berbahasa. Pokok bahasan ini mencakup: (1) konsep umum strategi pembelajaran, (2) pendekatan pembelajaran, (3) metode pembelajaran, (4) teknik pembelajaran, dan (5) teori yang melandasi berbagai strategi pembelajaran bahasa.

Pembelajaran dapat dipandang sebagai suatu sistem, pembelajaran terdiri dari sejumlah komponen yang terorganisi antara lain tujuan pembelajaran, materi pembelajaran, strategi dan metode pembelajaran, media pembelajaran atau alat 7 Ibid, h. 27, 8 Hamdani, Op.Cit., h. 23.

An Offer from a Gentleman novel tells Sophie’s life in her family and society. Sophie is an illegitimate child of a nobleman having difficulty in living her life. She is forced to work as a servant because her stepmother does not like her. One day, Sophie meets a guy, a son of a nobleman, named Benedict. They fall in love and Sophie asks him to marry her legally. Nevertheless Benedict cannot .