KESEDIAAN PELAJAR SISWAZAH MENGGUNAKAN MOOC DALAM .

3y ago
88 Views
10 Downloads
236.96 KB
16 Pages
Last View : 2d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Dahlia Ryals
Transcription

KESEDIAAN PELAJAR SISWAZAH MENGGUNAKANMOOC DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMd Yusoff Daud1, Farah Nurshahira Zulkifli2, Mohd Jasmy Abd Rahman3 & Fariza Khalid41Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan malaysiamdyusoffdaud@ukm.edu.my, 2farahnurshahira92@gmail.com, 3mjas@ukm.edu.my, 4fariza.khalid@ukm.edu.myABSTRAKPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 telah mendokumentasikan 10 lonjakan yangdijangka dapat melonjak penggunaan teknologi dalam arus perdana negara-negara maju di peringkat global.Perkembangan demi perkembangan dalam era teknologi moden secara tidak langsung turut memberi kesan danperubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam peringkat pengajian tinggi. PenggunaanMOOC merupakan satu platform yang mula diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam pengajaran danpembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti (i) kesediaan siswazah menggunakan MOOC dalampengajaran dan pembelajaran berasaskan model UTAUT yang telah dibangunkan oleh Venkatesh et al. (2003) merujukkepada empat konstruk iaitu (a) jangkaan prestasi (JP), (b) jangkaan usaha (JU), (c) pengaruh sosial (PS), dan (d)keadaan kemudahan (KK), (ii) halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar siswazah dan (iii) hubungan antara tahapkesediaan dan halangan dalam penggunaan MOOC. Responden kajian terdiri daripada 306 pelajar siswazah FakultiPendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dapatan kajian menunjukkan pelajar siswazah mempunyaikesediaan yang tinggi dalam menggunakan MOOC sebagai platform pembelajaran yang baharu (min 3.87). Kesemuaitem dalam Jangkaan Prestasi mencatat tahap jangkaan kesediaan tinggi manakala kesemua item dalam Jangkaan Usahamencatatkan min tahap kesediaan yang sederhana. Nilai min tertinggi dalam Pengaruh Sosial adalah 4.01 berdasarkanpernyataan “Orang yang mempengaruhi tingkah laku saya berpendapat saya perlu belajar dengan menggunakan MOOC.”Manakala min yang paling rendah iaitu 3.64 berdasarkan pernyataan “Orang yang pandangannya saya hargai, sukaapabila saya menggunakan MOOC”. Manakala aspek Keadaan Kemudahan dengan nilai min tertinggi adalah 3.94 adalahberdasarkan bantuan yang boleh diperoleh daripada orang lain apabila menghadapi kesukaran menggunakan MOOC. Halini menunjukkan penggunaan MOOC yang mesra pengguna dan dilengkapi dengan kemudahan yang baik sangatmembantu. Akhirnya halangan utama yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan MOOC adalah dari aspek kelancaranakses kepada MOOC dan wajaran peruntukan markah dalam penilaian. Pekali korelasi bagi pembolehubah halanganhalangan dalam penggunaan MOOC dan kesediaan siswazah terhadap MOOC adalah rendah dengan nilai pekali korelasisebanyak 0.38, ini menunjukkan bahawa kesediaan penggunaan MOOC adalah tinggi. Sebagai rumusan, menunjukkanpenggunaan MOOC diperingkat institusi pengajian tinggi memberikan indikator yang postif yang seharusnya digarapbersama-sama dalam usaha untuk memantapkan integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Kata Kunci: MOOC, Model UTAUT, Teknologi pendidikanABSTRACTThe Malaysian Education Development Plan (Higher Education) 2015-2025 has documented the 10 surges expected tosurge the use of technology in the mainstream of developed countries globally. Developments for development in themodern era of technology indirectly affect the teaching and learning system, especially in tertiary education. The use ofMOOC is a platform that has begun to be introduced as one of the approaches in teaching and learning. The purpose ofthis study is to identify (i) the readiness of graduates to use MOOC in teaching and learning based on the UTAUT modeldeveloped by Venkatesh et al. (C) the social influence (PS), and (d) the condition of the facility (KK), (ii) the constraints,Obstacles faced by graduate students and (iii) the relationship between level of readiness and barriers in the use ofMOOC. Respondents of the study consisted of 306 graduate students of the Faculty of Education, Universiti KebangsaanMalaysia (UKM). The findings show that graduate students have a high level of readiness in using MOOC as a newlearning platform (mean 3.87). All items in Performance Expected are high expectation expectations while all items inthe Business Expenditures record a mean level of moderation. The highest mean value in Social Influence is 4.01 basedon the statement "People who influence my behavior think I need to learn by using MOOC." While the lowest mean of3.64 is based on the statement "People whose views I appreciate, like when I use MOOC". While the Facility Conditionwith the highest mean value of 3.94 is based on the help that can be obtained from others when it is difficult to useMOOC. This shows that the user-friendly MOOC and equipped with good facilities is very helpful. Finally, the mainobstacle faced by students in the use of MOOC is the aspect of smooth access to MOOC and the weighted allocation ofscores in the assessment. Correlation coefficients of the barrier variables in the use of MOOC and the graduatereadiness to MOOC are low with a correlation coefficient of 0.38, indicating that MOOC's readiness to use is high. Tosummarize, the use of MOOC at higher education institutions provides a postive indicator that should work together inan effort to strengthen the integration of technology in teaching and learning.Keywords: MOOC, UTAUT Model, Educational Technology636

PENDAHULUANPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 telah mendokumentasikan 10 lonjakan yangdijangka dapat melonjak penggunaan teknologi dalam mengejar status negara maju seiring dengan negara-negara besar diperingkat global. Terdapat pelbagai maklumbalas yang diterima oleh pihak kementerian daripada pakar-pakar pendidikanMalaysia dan antarabangsa, pemimpin Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan masyarakat umum sepanjang tempoh2013 sehingga 2015 (KPM, 2013). Tujuan penghasilan Pelan Pendidikan Tinggi adalah sebagai panduan dan inisiatifyang dibangunkan oleh rakyat Malaysia, kepada rakyat Malaysia bagi memacu nama negara mencapai status negara majuberpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.MOOC merupakan satu inovasi pembelajaran di mana akses terhadap kursus yang ditawarkan adalah secara terbuka danpercuma (Norazah et al., 2015; Patrick et al., 2015; Sandra, 2015; Jan, 2014; Lindsie, 2013) secara atas talian secarabesar-besaran yang merangkumi 10,000 sehingga 100,000 orang pelajar dalam satu-satu masa (Ravista, 2015). MOOCdibina oleh pembangun-pembangun mahir dalam teknologi pendidikan. MOOC berkemungkinan tidak menjadi sebuahteknologi pendidikan yang paling penting dalam jangka masa 200 tahun akan datang (Regalado, 2012), berkemungkinanjuga tidak begitu gah seperti era kegemilangan e-pembelajaran oleh Bill Gates (Grossman, 2013), namun konsep MOOCyang diperkenalkan ini jelas telah mengkaji semula kaedah pembelajaran dalam talian di peringkat institusi pengajiantinggi (Marshall, 2014). Pelbagai jenis kursus yang ditawarkan menerusi MOOC dalam suasana pembelajaran yangfleksibel, di mana ia bergantung kepada rentak pembelajaran pelajar itu sendiri (Cripps, 2014; Helmi Norman et. Al,2015). Kursus-kursus yang dijalankan juga tidak terikat dengan masa (Cripps, 2014), di mana setiap pelajar bolehmengakses pendidikan di mana-mana tanpa mengira jurang waktu dan tempat.LATAR BELAKANG KAJIANMOOC telah berkembang dengan pantas menjadi satu fenomena baru untuk pembelajaran dalam talian. MOOC telahberkembang ke arah ruang institusi-gobal yang semakin menonjol sebagai institusi elit dan bilik darjah global(Firmansyah et.al., 2016) di mana kursus yang lebih seragam telah ditawarkan kepada peserta yang mengikuti MOOC(Rodriguez 2013). Kursus pertama yang diperkenalkan dalam MOOC adalah pada tahun 2008 dari University ofManitoba (Manallack et.al., 2016; Jan, 2014; Lindsie, 2013).Istilah Massive Open Online Courses (MOOC) diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dariUniversity of Prince Edward Island dan Bryan Alexander dari National Institute for Technology in Liberal Education(Michael et.al., 2016) untuk menggambarkan teori Connectivism and Connective Knowledge (CCK08) oleh GeorgeSiemens dan Stephen Downes (Lindsie, 2013; Siemens, 2012).Seterusnya, MOOC terus berkembang maju pada tahun 2012 sehingga digelar ‘Tahun untuk MOOC’ pada tahunberkenaan (Pappano, 2012). Terdapat banyak perbualan dan perbincangan mengenai peranan dan impak MOOC sejakperkembangan pesat daripada tahun 2012 apabila tiga platform pembelajaran MOOC dari luar negara iaitu Coursera,EDX dan Udacity, mula menawarkan kursus pendek percuma di seluruh dunia (Michael, 2012). Platform-platform initelah digunapakai oleh universiti terkemuka dunia.Perkembangan MOOC di MalaysiaSelaras dengan kemajuan perkembangan MOOC, Kementerian Pendidikan Malaysia memulakan pelaksanaan MOOC diMalaysia dengan kerjasama keempat-empat universiti awam tersebut sebagai pemaju kandungan MOOC. Dengansokongan KPM, institusi pendidikan tinggi di Malaysia telah mula membangunkan MOOC Malaysia. Pada bulanSeptember 2014, Kementerian Pelajaran telah melancarkan empat kursus MOOC dengan empat universiti yang terbabitsebagai pembangun kandungan. Kursus-kursus yang merupakan kursus wajib bagi setiap mahasiswa dalam institusipengajian tersebut.Kursus-kursus yang ditawarkan tersebut adalah:i. Hubungan Etnik di Malaysia (UKM)ii. Tamadun Asia dan Islam (UPM)iii. Pengenalan kepada kursus Keusahawanan (UiTM)iv. Kompetensi ICT (UNIMAS)Kursus-kursus yang ditawarkan merupakan kursus asas yang perlu diambil oleh para pelajar di universiti-universiti diMalaysia. Kesemua pengajar yang mengajar empat kursus tersebut telah disyorkan untuk memanfaatkan penggunaanMOOC sebagai kandungan pembelajaran dalam mod pembelajaran ‘blended learning’ di universiti masing-masing(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). OpenLearning adalah platform pembelajaran yang dipilih untuk pelaksanaanMOOC di Malaysia dan kursus-kursus yang ditawarkan boleh dicapai di https://www.openlearning.com/malaysiamoocs.637

SOROTAN KAJIANKemajuan ICT sedang membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan. Perubahan yang paling ketara kini ialahpeningkatan dalam aspek ilmu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama dan keterbukaan di mana sumber-sumber ilmuini boleh diakses secara percuma oleh komuniti global. Konten, bahan akademik dan sumber ilmu yang tersedia secaraterbuka di Internet yang boleh diakses secara percuma untuk semua peringkat dan semua lapisan masyarakat. MeskipunMOOC bersikap terbuka, namun ciri-ciri keterbukaan itu adalah terhad dari segi pendaftaran dan sumber kandungan(Atenas, 2015). Sumber kandungan yang dikongsikan dalam platform MOOC adalah terbuka kepada pelajar yangmendaftar sahaja.MOOC merupakan satu akses pendidikan yang mengintegrasikan rangkaian sosial dengan koleksi sumber dalam talianyang boleh diakses secara bebas, dibangunkan oleh tenaga mahir atau pakar dalam bidang pengajian tertentu. MOOCdikenali sebagai sumber pembelajaran terbuka dalam talian secara besar-besaran (Sandra, 2015). Secara ringkasnya,MOOC merupakan gabungan Open Educational Resource (OER) dengan Open Course Ware (OCW) yang terdapatdalam jaringan internet yang disertakan dengan komunikasi serta interaksi antara pengajar dan pelajar di manaberlakunya proses pentaksiran di hujung kursus.Jenis-jenis MOOCTerdapat dua kategori MOOC iaitu c-MOOC dan x-MOOC (Lindsie, 2013; Andrew et.al., 2015; Norazah et.al., 2016). cMOOC menggunakan pendekatan connectivisme (Lindsie, 2013; Andrew et.al., 2015; Norazah et.al., 2016) manakala xMOOC pula menggunakan pendekatan behaviourisme (Lindsie, 2013; Andrew et.al., 2015; Norazah et.al., 2016).c-MOOCc-MOOC atau Connectivist MOOC (Lindsie, 2013) memperihalkan teori connectivisme yang diperkenalkan oleh GeorgeSiemens telah menjelaskan lagi penggunaan c-MOOC melalui pembelajaran dalam talian yang sesuai dengan era digital.c-MOOC mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cornier bagi menjelaskan lagi teori connectivisme (Jan, 2014).Akses kepada bahan kurikulum dan aktiviti yang disediakan adalah secara terbuka yang sedia ada di laman sesawang(Lindsie, 2013). Teori connectivisme yang digunapakai dalam c-MOOC juga membantu proses menjana danmenghubungkan pengetahuan antara pelajar. Konsep ini adalah bersifat terbuka di mana pelajar boleh menyertai kursusyang terdapat dalam MOOC secara sukarela. Namun, terdapat juga kelemahan yang didapati melalui kerangka c-MOOCini apabila kajian mendapati bukan sahaja motivasi pelajar untuk terus kekal dalam sesebuah kursus tersebut semakinmenurun, bahkan pelajar juga didapati keliru dengan sumber pembelajaran terbuka yang begitu luas kepada mereka(Norazah et.al., 2016). Hal ini adalah disebabkan teknologi itu sendiri muncul sebagai penghalang bagi sesetengahpelajar untuk terus kekal yakin tanpa perlu berselindung di sebalik perkembangan teknologi (Lindsie, 2013).x-MOOCx-MOOC atau Extension MOOC (Lindsie, 2013) merupakan satu pendekatan yang mendukung teori behaviourisme(Norazah et.al., 2016). x-MOOC menjurus kepada sumber pembelajaran yang lebih tertutup di mana segelintir daripadastruktur sumber pembelajaran disediakan untuk pelajar yang berdaftar dalam kursus MOOC (Norazah et.al., 2016).Konsep pembelajaran yang diperkenalkan dalam x-MOOC ini adalah lebih kepada kelas tutorial yang dijalankan di alammaya. Guru atau pengajar dianggap sebagai pengguna yang berpengetahuan tinggi di mana terdapat perkongsianpendapat, perbincangan dan idea antara pengajar dengan pelajar (Norazah et.al., 2016). x-MOOC juga menekankanpembelajaran yang menumpukan kandungan pembelajaran di mana impak terhadap pembelajaran dapat dijana olehindividu yang mengikutinya (Sanches-Vera et.al., 2015). Namun, cabaran dalam membangunkan kursus dalam x-MOOCini dapat dikesan apabila pereka atau pembangun kursus perlu peka terhadap masalah yang mungkin dihadapi pada masaakan datang bagi memastikan pelajar terus kekal berada dalam sesebuah kursus sehingga kursus tersebut tamat (Lindsie,2013).OBJEKTIF KAJIANi.ii.iii.iv.Mengenalpasti kesediaan siswazah menggunakan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran.Mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan MOOC.Membangunkan satu kursus dalam MOOC; Mari Belajar Adobe Photoshop.Menilai kandungan dari aspek isi kandungan dan reka bentuk kursus.1.METODOLOGISuatu kaedah dan teknik tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan dalam sesebuah kajian digelar reka bentuk kajian.Reka bentuk kajian merupakan sebuah panduan bagi mendapatkan jawapan yang jelas terhadap persoalan kajian yang dilakukan diawal perancangan kajian (Kerlinger, 1973). Satu kajian tinjauan deskriptif akan digunakan dalam pelaksanaan kajian ini denganmenggunakan instrumen soal selidik.638

Kaedah tinjauan ini digunakan bagi memperoleh maklumat secara pantas dan ringkas melalui sekali kutipan data yang dijalankanmelalui soal selidik. Kaedah tinjauan merupakan antara kaedah yang mudah dijalankan kerana sampel kajian akan diberikan instrumenyang merangkumi maklumat dan persoalan yang berkaitan dengan kajian. Seterusnya, maklumat tersebut diproses mengikut kaedahanalisis yang dirancang oleh pengkaji. Keadah tinjauan juga dilaksanakan bagi mendapatkan data dari sampel bersaiz besar (MohdNajib, 2013). Kaedah tinjauan dalam kajian pendidikan deskriptif melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat daripada pelajar,pengajar atau individu yang terlibat dalam sistem pendidikan (Gay, 1981). 300 pelajar siswazah yang mengikuti jurusan Pendidikanakan dipilih untuk sebagai sampel kajian yang menggunakan instrumen soal selidik.POPULASI KAJIANPopulasi adalah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Populasi kajian adalah terdiri daripadasiswazah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Berdasarkan sumber dari laman web FakultiPendidikan sendiri, sebanyak 22 program Sarjana dan 24 program Doktor Falsafah yang ditawarkan di FakultiPendidikan. Berdasarkan statistik enrolmen pelajar Fakulti Pendidikan sesi pembelajaran 2016/2017, seramai pelajarsiswazah yang mengikuti program pasca siswazah.SAMPEL KAJIANPersampelan merupakan strategi penyelidikan apabila pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasidaripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tesebut. Sebahagian individu yang diambil melaluipersampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. Maklumat yang didapati daripada sampelboleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi yang dikaji. Daripada sampel, penyelidik bolehmenganggar parameter populasi seperti min, varians dan sisihan piawai.Pengkaji akan memilih sampel kajian melalui sampelan rawak berlapis. Sampel rawak berlapis merupakan satu sampelyang diambil dengan mengasingkan terlebih dahulu unsur-unsur asas dalam populasi berkenaan kepada kumpulankumpulan atau kategori-kategori yang tertentu supaya ianya tidak bertindihan antara satu sama lain. Setiap kategoridikenali sebagai lapisan atau stratum dan darinya dicabutkan satu sampel rawak mudah daripada tiap-tiap lapisan (Azhar& Nawi, 2014).INSTRUMEN KAJIANInstrumen merupakan alat yang bertujuan untuk mendapatkan data. Pengkaji akan menggunakan instrumen soal selidikbagi mendapatkan data dalam kajian ini. Teknik soal selidik adalah teknik pengutipan data yang popular dengan persolanatau item yang memudahkan responden memberikan jawapan. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan instrumenberbentuk soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Soal selidik merupakan instrumen yangdigunakan untuk mengukur tingkah laku responden. Menurut Marshall dan Rossman (1999), soal selidik mempunyaikekuatan tersendiri untuk mendapatkan maklum balas kajian antarabangsa, mudah untuk memanupulasi danmenkategorikan data untuk dianalisis, mengurus dan mentadbir data dengan mudah dan berkesan, mudah untuk membuatgeneralisasi, mudah menganalisis, menguji kesahan dan membuat trigulasi.Model UTAUTThe Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) adalah model yang digunakan dalam kajian ini.Model UTAUT telah disahkan apabila diuji pada data yang terdahulu daripada pengkaji Teory Acceptance Model (TAM)(Venkatesh et al., 2003). Model UTAUT adalah bertujuan untuk menjelaskan penerimaan teknologi, adalah berdasarkanlapan teori penerimaan teknologi atau model.Model UTAUT mencipta empat pemboleh ubah langsung (Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial danKeadaan Kemudahan) bagi menentukan maksud tingkah laku penggunaan teknologi dan penentu langsung tingkah lakupenggunaan dalam memudahkan keadaan. Model tersebut mengintegrasikan empat penyederhanaan faktor (jantina,umur, pengalaman, dan kesukarelaannya) yang mempunyai pelbagai kesan mempengaruhi konstruk utama.Kesimpulannya, model UTAUT adalah gabungan dari 32 pemboleh ubah yang dijumpai dalam lapan model sedia adakepada empat kesan utama dan empat faktor sederhana.Rajah 1 menunjukkan model UTAUT yang mengumpulkan semua pemboleh ubah yang ditemui pada lapan model yangwujud dan subset tertentu pada konstruk tambahan, kemudiannya mengesahkan model tersebut menggunakan kedua-duadata yang sedia ada, dari kajian TAM sebelumnya, dan data yang diperoleh daripada dua kaji selidik yang baru.639

Jangkaan Prestasi:Jangkaan Usaha:Performance Expectancy (PE)Effort Expectancy (EE)Model UTAUTPengaruh Sosial:Keadaan Kemudahan:Social Influence (SI)Facilitating Conditions (FC)Rajah 1 Model UTAUTEmpat konstruk yang diuji dalam model UTAUT merangkumi Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial danKeadaan Kemudahan.Rajah 2 Konstruk dalam Model UTAUT1. Jangkaan Prestasi - Performance Expectancy (PE)Jangkaan Prestasi ditakrifkan sebagai tahap di mana pelajar mempercayai bahawa denganmenggunakan MOOCakan dapat membantu mereka untuk menyelesaikan tugasan akademik yangpelbagai di universiti. Venkatesh et al.,(2003) mengatakan bahawa Jangkaan Prestasi merupakankonstruk yang paling berpengaruh dalam empat konstrukdalam model beliau. Teori ini disokong oleh penerbitan

kesediaan yang tinggi dalam menggunakan MOOC sebagai platform pembelajaran yang baharu (min 3.87). Kesemua item dalam Jangkaan Prestasi mencatat tahap jangkaan kesediaan tinggi manakala kesemua item dalam Jangkaan Usaha mencatatkan min tahap kesediaan yang sederhana. Nilai min tertinggi dalam Pengaruh Sosial adalah 4.01 berdasarkan

Related Documents:

keseluruhannya tahap kesediaan guru (min 3.67) menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi secara bererti (t 4.01, p 0.01) berbanding dengan tahap kesediaan pelajar (min 3.44) menggunakan komputer dalam

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning dengan min sebanyak 4.14 dan sikap pelajar terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning adalah positif dengan min sebanyak 3.67 tetapi tahap motivasi pelajar adalah pada tahap yang sederhana iaitu dengan min sebanyak 3.38.

1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN KEGIATAN PELAJAR 1.0 TUJUAN Garis panduan menerangkan tatacara pengurusan kewangan kegiatan pelajar. 2.0 GLOSARI HEP-UKM Pusat Hal Ehwal Pelajar iSTAR Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti & Resume Pelajar UKPEL Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari PTJ Pusat Tanggungjawab – HEP-

penggunaan satu set instrumen kesediaan literasi ICT melibatkan pelajar orang asli di Mantin, Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan majoriti pelajar orang asli mempunyai tahap pegetahuan dan kemahiran literasi ICT yang rendah. Dapatan kajian membawa implikasi kepada keperluan penggunaan ICT dalam

min, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajar terhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskan

guru tentang PAK 21, kemahiran ICT guru dan kesediaan infrastruktur sekolah dengan tahap kesediaan guru melaksanakan PAK 21 di dalam kelas mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan melibatkan 200 orang guru di 55 buah sekolah rendah.

BAHAGIAN B: JAWAB SEMUA SOALAN Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan keadaan enrolmen pelajar antarabangsa di beberapa IPTS di Malaysia. Nyatakan juga masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar IPTS di Malaysia. ENROLMEN PELAJAR ANTARABANGSA DI IPTS MENGIKUT NEGARA ASAL DARI TAHUN 2011 HINGGGA TAHUN 2014 .

CUERPOS Y ROSTROS Alfredo López Austín lnstituto de Investigaciones Antropológicas - UNAM En una reseña allibro Literatura náhuatl de Arnos Segala,r Miguel León-Portilla se refiere a dos afi¡maciones que aparecen en mi li- bro Cuerpo humano e ideología:z en una ocasión para criticar mi interpretación filológica de la palabra tlacatl y en otra para contes-