Kajian Terhadap Aktiviti-Aktiviti Di Masjid Al-Hasanah .

3y ago
144 Views
4 Downloads
335.74 KB
15 Pages
Last View : 9d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Rosa Marty
Transcription

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 7 BIL 2 (2020)e-ISSN: 2289-8042Kajian Terhadap Aktiviti-Aktiviti Di Masjid Al-Hasanah Bandar BaruBangi Ke Arah "Masjid Mesra Remaja"Research On Activities At Masjid Al-Hasanah Towards “Youngsters FriendlyMosque”Mohd Idris Bin Mohd Yussoff1, Dr. Syarul Azman Bin Shaharuddin2Terima18 OGOS 2020Wasit16 OKTOBER 2020Muat Naik e-Jurnal27 OKTOBER 2020ABSTRAKMasjid tidak boleh sekadar menjadi tempat ekslusif berkumpulnya warga emas dan golonganpesara, akan tetapi ianya perlu menjadi tempat beraktiviti semua lapisan masyarakattermasuklah golongan remaja. Institusi ini perlulah memainkan fungsi yang sebenar agarkembali berperanan dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera. Justeru, faktor-faktoryang mendorong golongan remaja untuk turut serta dalam pengimarahan masjid perlu diberiperhatian terutamanya berkaitan perancangan aktiviti-aktiviti sesuai yang melibatkangolongan ini. Bandar Baru Bangi yang penduduknya majoriti Muslim dan dikenali sebagai“bandar ilmu” perlu menjadi contoh bandar terbaik di Malaysia. Masjid al-Hasanah yangmerupakan antara masjid utama dan awal di Bandar Baru Bangi perlu menjadi model dalammenguruskan golongan remaja. Kajian ini ingin mengesahkan sejauh mana pihakjawatankuasa masjid melibatkan golongan remaja dalam aktiviti masjid serta merancangaktiviti untuk mereka. Kajian memfokuskan keterlibatan remaja dalam menggerakkan aktivitimasjid, program pendidikan yang disusun, aktiviti pengimarahan masjid dan aktiviti luar yangmelibatkan golongan ini. Kajian secara kualitatif ini adalah melalui temubual separaberstruktur bersama nazir, ketua biro pemuda, ketua biro pendidikan dan beberapa ahlijawatankuasa masjid. Kajian mendapati, Masjid al-Hasanah telah menyusun pelbagai aktivititerhadap golongan remaja. Masjid ini boleh menjadi model “masjid mesra remaja” kepadamasjid dan surau-surau yang lain di negara ini. Hal demikian agar institusi ini benar-benarmemaksimumkan peranan terhadap masyarakat terutamanya remaja yang merupakanharapan negara dan ummah pada masa akan datang.Kata kunci : masjid, mesra, remaja, aktivitiABSTRACTMosques are not places exclusively for old folks or retiree people, but they are places for allages to spend their time at includes the youngsters. This institution should resuscitate its mainrole which is to shape a peaceful community. Thus, all the effective factors that can encouragethe youngsters to get involve in mosques activities should be taken into consideration especiallythe planning for the effective and suitable activities for the youngsters. Bandar Baru Bangi hasa Muslim majority and also known as “knowledge city”, should be the example of the best cityin Malaysia. Masjid al-Hasanah as one of the prime and pioneer mosque in Bandar BaruBangi, should be taken as a model to manage the youngsters in mosque. This research aims toevaluate the role of mosque committees in order to involve them and planned the activities forthem. This research is focusing on the involvement of youngsters in carrying out the mosque1Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Calon Master (KUIS), Degree (UKM), Diploma (DQ JAKIM). Calon Sarjanadi Jabatan Dakwah & Pembangunan Komuniti, FPPI, KUIS. Emel: idrisbangi@gmail.com.2Syarul Azman Shaharuddin, PhD Dakwah (UKM), Master Dakwah (UM), Degree Dakwah (Indonesia).Pekerjaan: Pensyarah di Jabatan Dakwah & Usuluddin, FPPI, KUIS. Email: syarulazman@kuis.edu.my161

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 7 BIL 2 (2020)e-ISSN: 2289-8042activities, the educational programs, lively-mosques activities and outdoor activities thatinvolve the participation of youngsters. A qualitative study was conducted through halfstructured interview with naazir, the head of youth bureau, and the head of educational bureauand some of the mosque committees. This research has shown that Masjid Al-Hasanah hadalready developed and arranged a lot of activities for the youngsters. Consequently, thismosque could be a model of ‘youngsters’ friendly mosque’ to other mosques and surau all overthe country. Hence, this institution can maximize its roles toward the community especially tothe youngsters, which will be the leader of the nation in the future.Keywords : mosque, friendly, youngsters, activityPendahuluanPelan pembentukan masyarakat yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah bermuladengan masjid. Kepelbagaian fungsi masjid telah membawa perubahan kepada masyarakatMadinah ketika setelah peristiwa hijrah. Masyarakat Islam pada masa kini telah memberikantanggapan yang sempit terhadap fungsi masjid yang sebenarnya. Menurut Miqdad et al.(2016), masyarakat beranggapan bahawa masjid hanya menjadi tempat ibadah khusussemata-mata seperti solat jemaah, solat Jumaat, solat tarawih, wirid, zikir, doa, tempatmerayakan hari kebesaran Islam serta aktiviti nikah kahwin. Menurut Mohd Mohadis(1997), antara faktor masjid-masjid di Malaysia tidak berfungsi dengan baik adalah keranaketiadaan perancangan dan penyelarasan yang menyeluruh, program pengimarahan yangterbatas serta pembangunan dan kemudahan yang terhad. Remaja merupakan golongan yangsedang aktif dengan perkembangan semulajadi seksual, fizikal dan mental. Mereka berhadapandengan perubahan biologi yang dramatik, pengalaman dan tugasan baru (Santrock 2008).Kehadiran golongan remaja ke masjid pada hari ini perlu diberi perhatian. Kajian oleh RoslanMohamad (2002), Rizam & Maimun (2010) menyatakan, ahli jamaah veteran atau golonganpesara lebih mendominasi kehadiran jamaah ke masjid berbanding dengan golongan remajadan anak muda. Pada pandangan Mohd Asri (2013), terdapat masjid yang tidak mesra remaja.Golongan ini merasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang-orang masjid kepadamereka. Hal demikian melibatkan pihak jawatankuasa dan jemaah yang hadir ke masjid.Firdaus Mokhtar (2017) berpandangan, salah satu faktor masyarakat termasuk remaja menjauhimasjid adalah kerana pengurusan aktiviti yang lemah. Kelemahan menguruskan aktivitipengimarahan ini akan menyebabkan masyarakat tidak berminat untuk ke masjid.Jamilia et al. (2017) mengetengahkan beberapa perkara dalam menjadikan masjid mesraremaja. Antaranya ialah keterlibatan golongan remaja dalam menggerakkan aktiviti masjid.Potensi dan kelebihan yang ada pada mereka haruslah dimanfaatkan sebaiknya terutamanyadalam menguruskan teknologi pada hari ini. Kajian beliau juga turut menyentuh berkaitanperanan masjid sebagai pusat pendidikan. Kajian yang dibuat oleh Ezad et al. (2010) berkaitanMasjid Assyafaah, Sembawang, Singapura misalnya menunjukkan bagaimana institusi inimenjadi pusat pendidikan bagi remaja. Masjid perlu menganjurkan aktiviti dan program yangmenarik selari dengan rentak dan naluri remaja. Mereka mempunyai tenaga yang banyak sertaberkecenderungan kepada bermain dan bereksplorasi tidak dapat duduk diam dengan dudukdan mendengar ceramah (Jamilia et al. 2017). Kajian oleh Husna et al. (2011) berkaitanpembangunan potensi remaja melalui institusi masjid di lima buah masjid di WilayahPersekutuan Kuala Lumpur mendapati, pelbagai aktiviti menarik yang dilaksanakan untukmenarik minat dan membentuk golongan tersebut termasuklah aktiviti luar seperti sukan,dakwah kepada masyarakat, lawatan sambil belajar dan lain-lain lagi.162

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 7 BIL 2 (2020)e-ISSN: 2289-8042Masjid perlulah kembali memainkan fungsi yang sebenar agar menjadi institusi pentingdalam pembentukan masyarakat termasuklah golongan remaja. Dalam memastikan golonganremaja yang menjadi harapan masyarakat dan negara sentiasa mendekati tempat suci ini,faktor-faktor yang mendorong golongan remaja untuk turut serta dalam pengimarahan masjidperlu diberi perhatian. Hal demikian, termasuklah berkaitan perancangan aktiviti-aktiviti yangsesuai dan melibatkan golongan ini bagi menarik minat mereka mendekati masjid danmembentuk remaja bertaqwa. Masjid al-Hasanah yang terletak di Bandar Baru Bangi yangdikenali sebagai “Bandar Ilmu” perlu menjadi model kepada seluruh negara. Kajian inidijalankan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti masjid yang khusus kepada golongan remaja. Antaraperkara yang menjadi fokus utama kajian ini ialah berkaitan keterlibatan remaja dalammenggerakkan aktiviti-aktiviti masjid, pendidikan sistematik yang disusun secara khusus untukgolong remaja, aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid untuk remaja dan aktiviti luar yangdilaksanakan oleh pihak masjid untuk golongan remaja. Selain itu, kajian ini turut dijalankanbagi mencadangkan penambah baikan yang boleh dilaksanakan, agar Masjid al-Hasanah terusmenjadi masjid mesra remaja.Metodologi KajianKajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui temubual mendalam secarabersemuka bagi mendapatkan data. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, 6 orang informandipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan merujuk kepadapersampelan yang melibatkan informan yang mempunyai karakteristik serta ciri-ciri tertentudan kumpulan sasaran yang tertentu sahaja bagi mendapatkan maklumat seperti yangdiinginkan oleh pengkaji (Ahmad Mahdzan 2005). Pemilihan 6 orang informan tersebutberdasarkan jawatan mereka di masjid. Informan-informan tersebut terdiri daripada seorangnazir, seorang imam serta ketua-ketua daripada beberapa biro iaitu Biro Pemuda, BiroPendidikan, Biro Sukan dan Biro Kebajikan.Sepanjang temubual dijalankan, sebanyak lima soalan dikemukakan kepada informan disamping pecahan-pecahan soalan kecil yang terdapat dalam soalan utama bagi mendapatkanmaklumbalas yang lengkap dan terperinci daripada informan. Soalan-soalan tersebut sepertiberikut:(1) Bagaimana sambutan remaja terhadap aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh ahlijawatankuasa Masjid al-Hasanah?(2) Apakah aktiviti masjid yang melibatkan remaja sebagai penggerak bersama?(3) Apakah program pendidikan yang disusun secara sistematik khusus kepada golonganremaja?(4) Apakah aktiviti pengimarahan masjid khusus kepada remaja?(5) Apakah aktiviti luar yang disusun untuk golongan remaja?Dapatan Dan Analisa KajianKajian ini mendapati, pihak jawatankuasa Masjid al-Hasanah menerima baik kehadiran danketerlibatan remaja dengan aktiviti-aktiviti masjid. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang disusunoleh pihak jawatnkuasa masjid kebanyakannya mendapat sambutan yang baik daripadagolongan remaja. Terdapat empat perkara yang menjadi fokus dalam kajian ini. Antaranyaialah :163

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 7 BIL 2 (2020)1.e-ISSN: 2289-8042Kebersamaan remaja dalam menggerakkan aktiviti masjidKajian mendapati, terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan remaja bersama dalammenggerakkan aktiviti yang dirancang. Pihak jawatankuasa terbuka menerima keterlibatangolongan ini. Walau bagaimanapun, beberapa aktiviti tersebut tidak meletakkan sasarantertentu terhadap keterlibatan golongan remaja kerana aktiviti tersebut terbuka kepada seluruhjemaah secara umum terutamanya golongan dewasa. Golongan remaja tidak dihalang, bahkandialu-alukan menyertai aktiviti tersebut bersama golongan dewasa.Jadual 1 : Kebersamaan Remaja Dalam Menggerakkan Aktiviti kkansasaran khususremaja3 – 30 n khususremajamasjid Tidakmeletakkansasaran khususremaja20 fasilitatorTenaga sukarelawan program- Ihya Ramadhan- Pengajian Tafaqquh fi al-Din- Sukarelawan hari Jumaat- Karnival-Pegawai masjid-Biro Pendididkan-Biro DakwahGotong-royong- Pembersihan kawasan masjid- Memasak dalam majlis keraiantertentuGuru JTN- Guru dihantar ke flat-flat untukmengajar al-Quran-Pegawai masjid-Biro Pembangunan20 – 30 remajaterlibat-Pegawai(nazir)2 orang guru dikalangan remajaFasilitator program-Biro Pemuda- Dipilih dan dilatih menjadifasilitator program kanak-kanakdan remaja selepasnyaPertanian bandar (akan datang)-Biro Kebajikan- Remajamembantu -Biro Pendidikanmenguruskan aquaponik18 fasilitator20remaja BelumterlibatdilaksanakanmembantuMenurut informan 1, golongan remaja diberi ruang dan kepercayaan untuk terlibatdalam aktiviti kesukarelawanan. Antaranya ialah sukarelawan Program Ihya’ Ramadhan,Pengajian Tafaqquh fi al-Din , membantu Siak Masjid terutamanya hari Jumaat serta karnivalseperti Bangi Berselawat. Program Ihya’ Ramadhan yang padat sepanjang Ramadhanmemerlukan ramai sukarelawan terutamanya ketika majlis berbuka puasa yang melibatkankehadiran sekitar 1500 orang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Menurut informan 4, bagiprogram Pengajian Tafaqquh fi al-Din, kebiasannya melibatkan pada hari Ahad setiap minggukedua, ketiga dan keempat setiap bulan. Remaja membantu menguruskan kitab-kitab, susunatur untuk belajar bagi peserta dan urusan minum waktu rehat. Menurut informan 1 daninforman 2, selepas solat Jumaat, kebiasannya ada remaja yang akan membantu siak masjidutntuk urusan pengumpulan tabung dan urusan pengiraan sumbangan. Menurut informan 1,bagi karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak masjid, remaja kebiasaanya diberi ruangmebantu tugas-tugas teknikal sepanjang program berlangsung. Bagi program gotong-royongkebersihan yang diuruskan oleh Biro Pembangunan, tenaga remaja turut menyumbang disamping golongan dewasa. Begitu juga sekiranya ada majlis-majlis kenduri seperti AqiqahPerdana dan Rumah Terbuka Aidilfitri, golongan remaja turut membantu di pusat sembelihan,dapur dan tempat hidangan jamuan.164

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 7 BIL 2 (2020)e-ISSN: 2289-8042Menurut infrorman 1 lagi, salah satu program bersifat kebajikan melalui pendidikanyang dianjurkan ialah program Jom Turun Ngaji (JTN). Program di bawah pemantauan nazirini memfokuskan kawasan-kawasan flat yang kebiasaan penduduknya di kalangan merekayang berpendapatan rendah. JTN ialah program kelas al-Quran percuma kepada anak-anakpenduduk flat tertentu. Kini, telah ada 5 cawangan kelas JTN di seksyen 3, seksyen 4, seksyen7, seksyen 9 dan seksyen 16. Golongan remaja yang mempunyai kemahiran dan ilmu al-Qurandiberi ruang untuk menjadi guru yang dihantar ke kelas-kelas ini di samping guru-guru dikalangan mahasiswa sekitar dan golongan dewasa. Bagi remaja-remaja yang pernah menjadipeserta program atau mengikuti program remaja di masjid, terdapat unit khas di bawah BiroPemuda yang akan menyimpan data maklumat mereka. Ada di kalangan mereka kemudiannyadipilih dan diberi latihan untuk menjadi fasilitator. Tenaga dan kelebihan mereka dimanfaatkandalam program-program selepasnya sama ada program kanak-kanak atau program untukremaja yang lebih muda dari mereka.Menurut informan 4 pula, Biro Kebajikan akan menguruskan aktiviti pertanian bandardi Masjid al-Hasanah. Program ini bertujuan bagi membantu golongan berpendapatan rendahmengurangkan kos seharian di samping sebagai pendapatan tambahan untuk keluarga. Aktivitipertanian bandar ini menggunakan sistem aquaponik moden iaitu sistem yang menggabungkanternakan ikan dan tumbuhan bersama secara bersepadu. Aktiviti yang mensasarkanpenghasilan sayur-sayuran dan ikan air tawar ini telah mendapat bantuan pihak kerajaan bagimembantu golongan tersebut. Selain masyarakat sekitar yang berpendapatan rendah, aktivitiini akan turut dibantu oleh golongan remaja, terutamanya pelajar Tahfiz Masjid al-Hasanahdan remaja yang tinggal berdekatan masjid.Hasil maklumat daripada informan-informan, kajian mendapati pihak Masjid alHasanah terbuka menerima keterlibatan remaja dalam menggerakkan aktiviti masjid. Walaubagaimanapun, kebanyakan aktiviti-aktiviti tidak meletakkan sasaran khusus keterlibatangolongan ini. Pendekatan Biro Pemuda dalam melatih fasilitator daripada remaja yang pernahmengikuti program-program sebelumnya adalah satu kaedah pembangunan sumber manusiayang baik. Potensi remaja-remaja terpilih digilap untuk berkhidmat sebagai pemudah caradalam program-program akan datang. Kepercayaan yang diberikan oleh Biro Kebajikankepada remaja untuk sama-sama mengusahakan program pertanian bandar juga membukaruang kepada remaja berkhidmat kepada masyarakat terutamanya golongan memerlukan.2.Program Pendidikan Sistematik Untuk RemajaTerdapat program pendidikan yang disusun secara sistematik khusus kepada golongan remajadi Masjid al-Hasanah. Program ini mensasarkan remaja berumur 13 hingga 17 tahun.Jadual 2 : Program Pendidikan Sistematik Untuk RemajaAktivitiTindakanTahfiz Masjid al-Hasanah- Bermula April 2018- 35 pelajarKAFA menengah- Belum dilaksanakankekurangan bilik kelasSasaranPencapaian-Biro Pendididkan20pelajarkhatam 30 juzal-Quran pada20202 pelajar telahkhatamdalamtempoh 1 tahun,1 bulan-Biro 165

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 7 BIL 2 (2020)e-ISSN: 2289-8042Menurut informan 1 dan informan 4, Program Tahfiz Masjid al-Hasanah telah bermulasejak April 2018 dengan secara sepenuh masa dan berasrama. Setakat ini, pengajian ini telahdigerakkan oleh 5 orang guru bagi membimbing 35 orang pelajar. Fasiliti yang belummencukupi menyebabkan pihak masjid hanya mengambil remaja dalam bilangan yang terhad.Pihak masjid meletakkan sasaran program ini dalam tempoh 2 tahun bagi para pelajarmenghafaz 30 juz al-Quran. Sehingga September 2019, program tahfiz ini telah berjayamelahirkan 2 pelajar yang tamat menghafaz al-Quran dalam tempoh 1 tahun, 1 bulan. Programtahfiz ini memfokuskan hafazan al-Quran sepenuh masa di samping Kelas Fardhu Ain (Aqidah,Fiqh dan Akhlak).Bagi informan 4, jika di peringkat sekolah rendah, terdapat banyak Kelas Asas FardhuAin (KAFA) yang telah dijalankan sama ada di sekolah, masjid dan premis lain. Namun,KAFA menengah dilihat masih kurang dijalankan. Menyedari keperluan ini, Biro Pendidikanmerancang untuk mengadakan Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) di peringkat menengah pula.Walau bagaimanapun, kekurangan fasiliti seperti bilik kelas kerana bertembung dengan KAFAperingkat rendah dan aktiviti-aktiviti pengajian lain menyebabkan usaha ini ditangguhkan buatsementara waktu sehingga pembangunan fasiliti masjid untuk fasa seterusnya dapat dijalankansebaiknya.Hasil penelitian daripada maklumat-maklumat melalui temubual mendapati, programprogram yang pelbagai di Masjid al-Hasanah menyebabkan program pendidikan khusus bagiremaja tidak dapat dijalankan semaksimanya. Bilik-bilik darjah digunakan sebagai kelasKAFA bagi pelajar peringkat rendah. Program Pengajian Tafaqquh fi al-Din yang melibatkangolongan dewasa dan warga emas pula misalnya banyak menggunakan ruang dan kemudahandi sini. Peserta yang melebihi 600 orang menyebabkan banyak ruang di masjid ini termasuklahruang solat di tingkat atas menjadi tempat bagi kelas-kelas untuk para peserta. Biro Pendidikanantara biro yang aktif dalam melaksanakan aktiviti di masjid ini. Justeru, perancanganpembangunan akan datang sangat diperlukan agar aktiviti pendidikan remaja dapat diluaskanlagi.3.Aktiviti Pengimarahan Masjid Untuk RemajaKajian ini mendapati, terdapat pelbagai aktiviti yang telah disusun khususnya untuk golonganremaja bagi mengimarahkan lagi Masjid al-Hasanah. Kebanyakan aktivtiti ini dijayakan olehBiro Pemuda yang bertanggungjawab mengajak golongan remaja mendekati masjid. Aktivitipengimarahan masjid yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti-aktviti yang dilaksankan dalamkawasan masjid.Jadual 3 : Aktiviti Pengimarahan Masjid Untuk RemajaAktivitiTindakanProgram Lepasan SPM-Biro Pemuda- Program membangunkan potensi- Bimbingan memilih bidang untukmelanjutkan pengajian166SasaranPencapaian40 remaja sertai 20 remaja sertai

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 7 BIL 2 (2020)Back to School-Biro Kebajikan- Program kebajikan kepada -Biro Wanitagolongan memerlukan-Biro Pemuda- Pengisian turut diberikankepada ibu bapa dan pelajaryang menerima bantuanTadarus al-Quran remajaProgram sempena Ihya’ RamadhanBond Mission- Program berkala remaja- Motivasi, pembentukan sahsiahdan potensi diri- Dibantu mahasiswaKelas Muraja’ah- Program cuti sekolah untuk pelajaraliran tahfiz- Kelas intensif ulangan hafazanhafazan al-Quran lepasNadwah Kepimpinan RemajaProgramlatihandikalangankepimpinan pelajar sekolah-sekolahmenengah sekitarPerkongsian Pengalaman tberkongs

Masjid tidak boleh sekadar menjadi tempat ekslusif berkumpulnya warga emas dan golongan pesara, akan tetapi ianya perlu menjadi tempat beraktiviti semua lapisan masyarakat termasuklah golongan remaja. Institusi ini perlulah memainkan fungsi yang sebenar agar kembali berperanan dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera.

Related Documents:

1.2 Permasalah Kajian 4 1.3 Kajian Terdahulu 8 1.4 Skop Kajian 21 1.5 Objektif Kajian 21 1.6 Kepentingan Kajian 22 1.7 Metodologi Kajian 26 1.7.1 Sumber-Sumber Primer 27 1.7.2 Sumber-Sumber Sekunder 28 1.7.3 Metode Analisis Data 28 1.8 Huraian Istilah Tajuk Kajian 29 .

6.1.2 Status Pekerjaan Graduan dan Aktiviti Ko-Kurikulum 67 6.1.3 Pendapatan Bulanan Mengikut Keaktifan dalam Aktiviti Ko-Kurikulum 68 6.1.4 Persepsi Graduan Terhadap Penglibatan dalam Aktiviti Ko-Kurikulum 70 BAB 7 LATIHAN INDUSTRI (LI) 7.0 Pendahuluan 72 7.1

5. SKOP AUDIT Skop audit adalah berdasarkan kepada sebelas (11) senarai semak seperti yang berikut: a) Sistem Pengurusan Kualiti b) Aktiviti Farmasi Logistik c) Aktiviti Farmasi Ambulatori d) Aktiviti Farmasi Pesakit Dalam e) Aktiviti Penyediaan Farmaseutikal & Pembungku

Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar di tiga sekolah agama Kerajaan . 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 10 2.2 Kajian Literatur 10 2.3 Teori dan Konsep 21 . 6 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 22 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Kerangka Teoretikal 22 .

diterima, manakala nilai 0.8 ke atas adalah terbaik. Menurut Kerlinger (1973), satu kajian yang amat tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai ciri-ciri yang stabil, ketekalan, keramalan dan ketepatan. KAJIAN LITERATUR Banyak kajian-kajian yang berkaitan dengan isu-isu perpaduan kaum telah dilakukan di Malaysia. Namun,

0.4 Objektif Kajian 3 0.5 Kepentingan Kajian 3 0.6 Skop Kajian 4 0.7 Huraian Tajuk 4 0.8 Kajian Literatur 6 0.9 Metodologi Kajian 8 0.10 Sistematika Penulisan 12 . BAB SATU: PENGENALAN TERHADAP METODOLOGI MUHADD

Caterino & Polak (1999) dan untuk memiliki kesan positif terhadap pencapaian akademik anak-anak, kesediaan akademik, dan kemahiran persepsi (Sibley & Etnier, 2003). Ini perlu diberi perhatian bahawa ramai orang muda tidak melakukan aktiviti fizikal secukupnya dan kehilangan manfaat yang sepatutnya (Feldman et al., 2003).

This asset management policy provides the framework for the care and control of IT assets through their life cycle. The 5 life cycle phases cover acquisition, deployment, operation and maintenance through to decommissioning (retirement) and disposal of assets. The primary purposes of asset management are to: Support delivery of IT services in line with customers’ business plans .