PENGARUH KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL TERHADAP STRES DAN .

2y ago
81 Views
2 Downloads
356.64 KB
21 Pages
Last View : 7d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Asher Boatman
Transcription

PENGARUH KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL TERHADAP STRESDAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH ZON UTARARosnani KamanAhmad Hanizar Abdul HalimMaimunah HusienNorleha IbrahimAmran MahadiZuraidi Che YaAbdul Zubir Abdul Ghani, PhD (Mentor)Nor Asikin Salleh, PhD (Mentor)Institut Aminuddin Baki Cawangan UtaraABSTRAKKajian ini bertujuan mengenal pasti stail pengaruh kepimpinan transformasionalterhadap stres dan kepuasan kerja guru sekolah menengah di negeri Perlis, Kedahdan Pulau Pinang. Instrumen kajian yang digunakan ialah instrumen The PrincipalLeadership Questionnaire (PLQ) oleh Jantzi dan Leithwood (1996) untuk mengukurkepimpinan transformasional pengetua. Instrumen Teacher Stress Inventory (TSI)oleh Schutz dan Long (1988) digunakan bagi mengukur stres guru, manakalainstrumen Teaching Satisfaction Scale (TSS) oleh Chung dan Wing (2006)digunakan bagi mengukur kepuasan kerja guru. Tiga set instrumen yang digunakantelah melalui proses penterjemahan (back translation), analisis penerokaan faktor(exploratory factor analysis-EFA), dan pengujian kesahan serta kebolehpercayaanoleh pengkaji sebelum ini. Item yang dipilih adalah yang mempunyai nilai pemberatfaktor (factor loading- FL) melebihi 0.5 (FL 0.5 ) dan indeks kebolehpercayaan(Cronbach Alpha) melebihi 0.7 (α 0.7). Unit analisis kajian adalah guru matapelajaran. Data dianalisis secara kuantitatif, melibatkan 341 orang guru matapelajaran yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah di 60 buahsekolah menengah cemerlang. Data kajian dianalisis menggunakan analisis modelpersamaan berstruktur (Struktural Equation Modeling-SEM) untuk mengukurpengaruh antara pemboleh ubah. Keputusan kajian ini dapat membantu InstitutAminuddin Baki (IAB) dalam aspek penambahbaikan program latihan, membantupemimpin sekolah dalam aspek penambahbaikan pengurusan sekolah sertapengurusan sumber guru yang akan memberi kesan langsung terhadap pencapaianprestasi murid dan kecemerlangan sekolah.Kata kunci: Kepimpinan transformasional, Stres, Kepuasan kerja1

1.PendahuluanKeberkesanan pengurusan sekolah bergantung kepada kualiti kepimpinan pemimpinutama iaitu pengetua dan guru besar. Pengetua adalah pemimpin utama sekolah dankepimpinan pengetua telah lama dikenal pasti sebagai faktor penting penentukejayaan sesebuah sekolah. Kepimpinan juga bukan hanya semata-mata kualitiperibadi seseorang pemimpin, tetapi peranan yang dimainkan oleh pemimpinmeliputi gaya pengurusan, hubungan dengan wawasan, nilai dan matlamat sekolahserta pendekatannya dalam proses melaksanakan perubahan (Ishak 2001; Ishak,2004).Remy (1999) mendapati stail kepimpinan pengetua memberi pengaruh terhadaptahap stres dalam kalangan guru. Stres guru akan menyebabkan pelbagai akibatnegatif, kesan terhadap fizikal, psikologinya, tingkah laku, masalah emosi sepertikeletihan, sakit, tidak hadir kerja, pelaksanaan kerja merosot, pengambilan dadahdan arak, mengurangkan kepuasan kerja, mengurangkan komitmen dan mencetusburnout (Ray & Miller, 1991). Kyriacou (1987) berpendapat bahawa stres yangberpanjangan boleh melemahkan keupayaan mental dan fizikal, yang seterusnyaakan memberi kesan kepada prestasi kerja guru yang akan pula memberi impakkepada prestasi para pelajar.Hal sedemikian berlaku kerana stres menjejaskankualiti pengajaran dan kepuasan kerja guru (Kyraicou, 1987). Masalah yang selaludihadapi dalam sesebuah organisasi ialah bagaimana untuk mendorong pekerja untukbekerja dengan lebih produktif dan meningkatkan kepuasan kerja.2

Kajian lalu menunjukkan bahawa stail kepimpinan transformasional mempengaruhikepuasan pengikut di sesebuah organisasi (Ishak, 2004). Di samping itu kepimpinantransformasional juga mempunyai pengaruh terhadap stres dan kepuasan kerja guru(Ray & Miller, 1991; Remy, 1999). Sokongan pengetua juga didapati berupayamengurangkan tahap stres guru (Dick & Wagner, 2001). Oleh itu, kajian berkaitanamalan kepimpinan pemimpin, stres gurudan kepuasan kerja guru wajardilaksanakan ke arah penambahbaikan pengurusan organisasi sertapengurusansumber manusia di sekolah.2.Pernyataan MasalahKepimpinan transformasionaldisarankan diamalkan oleh pengetua keranapendekatan ini memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran,persekitaran, iklim dan pengurusan sekolah. Pemimpin yang mengamalkankepimpinan transformasional merupakan pemimpin perubahan (Burns, 1978),mempengaruhi kepuasan kerja pengikut (Bass, 1985; Griffith, 2004; Leithwood,Jantzi & Steinbach, 2006; Joriah, 2009) di samping mengurangkan stres (Leithwood,Jantzi & Steinbach, 2006). Pendapat ini sepadan dengan dapatan kajian Yousef(2002), yang mengemukakan bahawa kepuasan kerja merupakan pengantarahubungan yang mencetus komitmen serta mengurangkan stres.Bagaimana pun, pengaruh kepimpinan transformasional pernah ditemui tidaksignifikan di negara-negara seperti India, Colombia, Jordan dan Arab Saudi (Pillai,Scandura & William, 1999). Keputusan kajian lalu juga mendapati terdapat hubungannegatif antara kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja di Saudi Arabiadan Amerika Syarikat (Almutairi, 2011).3

Demikian juga dengan keputusan kajian Othman dan Ishak (2008) yangmenunjukkan hanya dimensi karisma dalam kepimpinan transformasional yangmempengaruhi kepuasan kerja guru, manakala dimensi-dimensi lain tidakmempengaruhi kepuasan kerja guru.Walau pun para sarjana berpendapat kepimpinan transformasional merupakan modelkepimpinan yang berkesan dalam pengurusan sekolah, tetapi kajian empirikal tetapdiperlukan untuk menjelaskan tentang kesan kepimpinan ini terhadap tingkah lakuguru (Leithwood et al., 2006). Saranan ini selaras dengan beberapan penemuankajian yang mendapati tahap kepuasan kerja guru masih di tahap sederhana(Teaching and Learning International Survey,TALIS, 2009; Zulkifli, 2002).Yukl (2006) pula menyatakan bahawa dapatan-dapatan kajian tentang kepimpinantransformasional masih tidak konsisten. Lebih-lebih lagi teori kepimpinantransformasional belum diuji sepenuhnya dalam alam persekolahan di Malaysia(Ibrahim,1999).Oleh kerana terdapat dapatan-dapatan yang berkonflik, makaadalah sukar untuk dibuat kesimpulan secara menyeluruh. Di sini timbul pula isuseterusnya dalam alam persekolahan, iaitu adakah kepimpinan transformasionaldapat mempertingkatkan kepuasan kerja serta mengurangkan stres dalam kalanganguru? Oleh itu, adalah wajar satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti hubunganstail kepimpinan transformasional dengan stres dan kepuasan kerja guru. Dapatankajian ini diharap dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam bidangkepimpinan pendidikan di Malaysia, khususnya dalam aspek pembangunan guru.4

3.OBJEKTIF KAJIANTujuan utama kajian ini ialah untuk memeriksa sejauh manakah kepimpinantransformasional pengetua mempengaruhi stres dan kepuasan kerja. Tujuan kajianini disimpulkan sebagai berikut, iaitu untuk mengenal pasti:3.1Mengenal pasti tahap amalan stail kepimpinan transformasional pemimpinsekolah, tahap stres dan tahap kepuasan kerja guru.3.2Mengenal pasti hubungan stail kepimpinan tranformasional dengan stres dankepuasan kerja guru.3.3Mengenal pasti pengaruh kepimpinan transformasional terhadap stres dankepuasan kerja guru.3.4Untuk menguji sama ada model persamaan berstruktur (structural equationmodeling-SEM) cadangan, sepadan (good fit) dengan data kajian.4.SOALAN KAJIAN4.1Apakah tahap amalan stail kepimpinan transformasional pemimpin sekolah,tahap stres dan tahap kepuasan kerja guru?4.2Adakah terdapat hubungan stail kepimpinan tranformasional dengan stresserta kepuasan kerja guru?4.3Adakah terdapat pengaruh kepimpinan transformasional terhadap stres dankepuasan kerja guru?4.4Sejauh manakah model persamaan berstruktur (structural equation modelingSEM) cadangan sepadan (good fit) dengan data kajian?5

5.KEPENTINGAN KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk memeriksa dan mengkaji hubungan antara stailkepimpinan transformasional dengan stres dan kepuasan kerja guru. Dari segi tubuhilmu, kajian ini diharap akan menyumbang kepada pertambahan khazanah ilmuberkaitan kepimpinan pendidikan dan pengurusan sumber manusia dalam alampersekolahan di Malaysia.6.LIMITASI KAJIANKajian dan keputusan kajian ini terbatas kepada kejujuran responden memberirespons. Respons terhadap instrumen kajian pula hanya melibatkan guru-guru matapelajaran yang sedang berkhidmat di sekolah menengah yang dipilih sebagairesponden kajian sahaja. Pengertian bagi setiap pemboleh ubah hanya terhad kepadapentakrifan yang dikemukakan dalam definisi operasional sahaja.7.DEFINISI OPERASIONALKepimpinan TransformasionalIalah pemimpin yang menggerakkan pengikut supaya lebih komited terhadapusaha untuk mencapai matlamat melalui penetapan hala tuju yang jelas,membangunkan sumber manusia serta melakukan perubahan di sekolah (Jantzi& Leithwood, 1995).StresStres kerja guru merujuk kepada keadaan yang berkaitan dengan perbezaanantara jangkaan guru tentang peranan mengajar dan pengalaman bekerjasebenar. (Schutz & Long,1988). Stres kerja guru ialah emosi negatif yangdialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas (Kyriacou, 1987).6

Kepuasan KerjaKepuasan kerja merujuk kepada emosi yang menyenangkan, hasil daripadapenilaian terhadap pencapaian kerja, peranan kerja yang jelas dan persekitaranmengajar yang menyeronokkan (Chung & Wing, 2006).8.KERANGKA KAJIANPemboleh ubahPemboleh ubahBebas (IV)Bersandar (DV)StresKepimpinanTransformasionalKepuasan KerjaRajah 1.1 : Kerangka Kajian9.METODOLOGI KAJIAN9.1Reka bentuk KajianKajian yang dijalankan ini merupakan kajian korelasi berbentuk tinjauan rentasan(cross sectional). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk melihatmengumpul data kajian.9.2Pensampelana.Populasi dan Saiz SampelPopulasi kajian ini terdiri daripada guru mata pelajaran yang sedang berkhidmat di60 buah sekolah menengah di Zon Utara.Guru mata pelajaran yang menjadipopulasi kajian ini adalah guru-guru yang sedang mengajar di sekolah kajian, tetapitidak termasuk lapan (8) orang pihak pengurusan dan guru-guru mata pelajaran yangmengajar kurang daripada setahun di sekolah kajian.7

Kaedah pensampelan rawak mudah digunakan bagi memilih responden yangmemberi respons terhadap soal selidik kuantitatif. Responden yang dipilih pulaadalah dalam kalangan guru mata pelajaran yang sudah berkhidmat di sekolahberkenaan melebihi setahun bagi memperoleh data yang relevan seperti yangdisarankan (Bass, 1985).Soal selidik skala Likert merupakan instrumen utama diedarkan di 60 sekolahmenengah cemerlang yang dikenal pasti. Bagi setiap sekolah, seramai 6 respondendipilih dalam kalangan guru mata pelajaran. Oleh itu, sebanyak 360 borang soalselidik telah diedarkan secara serahan langsung dan pungutan langsung. Jumlahresponden ini adalah mencukupi seperti yang dicadangkan oleh Comrey dan Lee(1992) dalam Pett, Lackey dan Sullivan (2003), iaitu jika jumlah sampel sebanyak 50adalah sangat lemah, 100 adalah lemah dan 200 adalah mencukupi.Berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) pula,bagi jumlah populasi seramai 3488, sejumlah 346 responden disarankan. Bagaimanapun, sejumlah 360 set soal selidik telah diedarkan ke sekolah bagi mengelakkeciciran instrumen dan kemungkinan respons yang tidak lengkap. Jumlah tersebutadalah memenuhi saranan iaitu dalam analisis SEM, bilangan responden yangdiperlukan adalah antara 150 hingga 400 orang (Hair, Black, Babin, Anderson &Tatham, 2006).8

9.3InstrumenDalam kajian ini terdapat tiga pemboleh ubah utama iaitu stail kepimpinantransformasional, stres dan kepuasan kerja. Instrumen kajian ini terdiri daripadaempat bahagian. Bahagian A ialah instrumen The Principal LeadershipQuestionnaire (PLQ) oleh Jantzi dan Leithwood (1996) digunakan untuk mengukurkepimpinan transformasional pengetua. Bahagian B ialah instrumen Teacher StressInventory (TSI) oleh Schutz dan Long (1988) bagi mengukur stres guru. Bahagian Cialah instrumen Teaching Satisfaction Scale (TSS) oleh Chung dan Wing (2006)bertujuan mengukur kepuasan kerja guru.Bahagian D pula mengandungi itemberhubung demografi responden dan latar belakang anpengukuranskalapemeringkatan satu hingga lima (1 - 5), iaitu “1 Sangat Tidak Setuju” hingga “5 Sangat Setuju”.Responden dikehendaki memilih skala jawapan yang telahdisediakan seperti dalam Jadual 1 berikut.Jadual 1 : Skala Pemeringkatan Instrumen PLQSkorSingkatan SkalaPenerangan Skala1STSSangat Tidak Setuju2TSTidak Setuju3ASTSAntara Setuju dan Tidak Setuju4SSetuju5SSSangat Setuju9

10.Kajian RintisSebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis telah dijalankan bertujuan mengujikesahan dan kebolehpercayaan item-item instrumen. Kajian rintis telah ditadbirdalam kalangan guru mata pelajaran di tiga buah sekolah menengah cemerlang diDaerah Kubang Pasu. Sejumlah 120 soal selidik telah diedarkan semasa kajianrintis. Jumlah tersebut mencukupi untuk analisis faktor kerana memenuhi saranan(Hair et al., 2006).10.1Kebolehpercayaan InstrumenKebolehpercayaan instrumen diukur berdasarkan pekali Cronbach Alfa.Indekskebolehpercayaan Cronbach Alfa (α) adalah antara .00 hingga 1.00. Nilai pekaliCronbach kurang .60 adalah dianggap rendah dan tidak diterima, manakala nilaimelebihi .80 adalah dianggap baik (Sekaran, 2003).Keputusan kajian rintis menunjukkan nilai inter-item correlation instrumenkepimpinan transformasional, stres dan kepuasan kerja yang diuji adalah melebihinilai .30.Indeks kebolehpercayaan (α) konstruk kepimpinan transformasionalberada antara julat .85 hingga .86, konstruk stres antara julat .85 hingga .89, dankepuasan kerja .87. Keputusan kajian rintis ini membuktikan bahawa instrumenkajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan (α) yang diterima pakai bagimembolehkan instrumen diguna untuk kajian sebenar. Keseluruhan indekskebolehpercayaan instrumen kajian ini diperakui secara empirikal mempunyai nilaikebolehpercayaan yang tinggi seperti yang disarankan (Nunnally, 1978).10

11.Interpretasi Skor MinInterpretasi skor min 1.00 hingga 1.80 menunjukkan tahap sangat rendah, skor min1.81 hingga 2.60 menunjukkan tahap rendah, skor min 2.61 hingga 3.40menunjukkan tahap sederhana, skor min 3.41 hingga 4.20 menunjukkan tahap tinggi,dan skor min 4.21 hingga 5.00 menunjukkan tahap sangat tinggi. Jadual 2 berikutmenunjukkan interpretasi skor min bagi pemboleh ubah dalam kajian ini.Jadual 2 : Interpretasi Skor MinSkor Min12.Interpretasi Skor Min1.00 hingga 1.80Sangat Rendah1.81 hingga 2.60Rendah2.61 hingga 3.40Sederhana3.41 hingga 4.20Tinggi4.21 hingga 5.00Sangat TinggiInterpretasi Skor Pekali KorelasiJulat beta antara /- .91 hingga /- 1.00, menunjukkan pengaruh yang sangat kuat,nilai /- .71 hingga /- .90 menunjukkan pengaruh yang kuat, nilai /- .41 hingga /- .70 menunjukkan pengaruh yang sederhana, nilai /- .21 hingga /- .40menunjukkan pengaruh yang lemah tetapi jelas dan nilai /- .01 hingga /- .20menunjukkan pengaruh yang sangat lemah serta hampir tiada pengaruh (Hair et al.,2006). Jadual 3 berikut menunjukkan interpretasi kekuatan hubungan.Jadual 3 : Interpretasi Kekuatan HubunganJulat PekaliKekuatan Hubungan .91 hingga 1.00Sangat Kuat .71 hingga .90Kuat .41 hingga .70Sederhana .21 hingga .40Lemah tetapi hubungannya jelas .01 hingga .20Sangat lemah, hampir tiada hubungan11

13.Analisis Data dan Dapatan Kajian13.1Profile RespondenData yang dianalisis dalam kajian ini melibatkan 341 soal selidik (N 341). Jumlahini adalah memenuhi kehendak seperti yang diusulkan oleh Tabachnick dan Fidell(2007). Profil responden berdasarkan jantina menunjukkan jumlah guru wanitaseramai 231 orang, mewakili 68% daripada jumlah responden. Manakala jumlahguru lelaki pula seramai 110 orang, mewakili 32% daripada jumlah responden. Profilresponden berdasarkan tempoh perkhidmatan pula menunjukkan seramai 138 orang(41%) berkhidmat melebihi 16 tahun, 122 orang (35%) berkhidmat antara 11 hingga15 tahun, 65 orang (19%) berkhidmat antara enam hingga 10 tahun, dan hanya 16orang (5 %) sahaja yang tempoh perkhidmatan antara satu hingga lima tahun.Seterusnya profil responden berdasarkan latar belakang akademik pula menunjukkan56 orang (16%) berkelulusan ijazah sarjana, 273 orang (80%) berkelulusan ijazahpertama dan 12 orang (4%) adalah berkelulusan diploma. Profil respondenberdasarkan umur pula menunjukkan 62 orang (18%) berumur 50 tahun ke atas, 79orang (23%) berumur antara 45 hingga 49 tahun, 94 orang (28%) berumur antara 40hingga 44 tahun, 73 orang (21%) berumur antara 35 hingga 39 tahun, 26 orang (8%)berumur antara 30 hingga 34 tahun dan 5 orang (2%) berumur antara 25 hingga 29tahun, serta dua orang (1%) berumur kurang daripada 24 tahun.12

13.2Analisis Statistik DeskriptifAnalisis statistik deskriptif kajian ini diaplikasikan bagi menjawab soalan kajianpertama, iaitu melalui penilaian skor min (M) dan sisihan piawai (SP) setiappemboleh ubah.Soalan kajian pertamaApakah tahap amalan stail kepimpinan transformasional pemimpin sekolah, tahapstres dan tahap kepuasan kerja guru?13.2.1 Tahap Amalan Kepimpinan TransformasionalKeseluruhan amalan kepimpinan transformasional pemimpin sekolah kajiandiamalkan pada tahap tinggi, dengan skor min (M 4.18) dan sisihan piawai (SP .34). Tahap stres juga pada tahap tinggi (M 3.53, SP .18). Demikian juga tahapkepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi (M 4.19, SP .52). Jadual 4 berikutmenjelaskan skor min, sisihan piawai dan tahap pemboleh ubah yang dikaji.Jadual 4: Tahap Pemboleh ubahDimensiMinSisihan 4.19.52TinggiSecara keseluruhannya, keputusan ini menjelaskan bahawa pengetua sekolahmenengah yang dikaji mengamalkan stail kepimpinan transformasional pada tahaptinggi. Tahap stres dan kepuasan guru juga berada pada tahap tinggi.13

14.Analisis Model Persamaan Berstruktur (SEM)Keputusan analisis ini menjawab soalan kajian kedua, ketiga dan keempat.Soalan kajian keduaAdakah terdapat hubungan stail kepimpinan tranformasional dengan stres sertakepuasan kerja guru?Soalan kajian ketigaAdakah terdapat pengaruh kepimpinan transformasional terhadap stres dan kepuasankerja guru?Soalan kajian keempatSejauh manakah model persamaan berstruktur (structural equation modeling-SEM)cadangan sepadan (good fit) dengan data kajian?Keputusan analisis model persamaan berstruktur (Structural Equation ModelingSEM) menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalankepimpinan transformasional dengan tahap stres guru (r .11, C.R 1.48 ; p .137,p .05). Ini kerana sesuatu pemberat itu dikatakan signifikan jika nisbah kritikal(critical ratio - C.R) bagi pemberat tersebut nilainya melebihi 1.96 (C.R 1.96) iaitupada aras signifikan .05 (Byrne, 2001). Dalam hubungan ini, oleh kerana nilainisbah kritikal (C.R. 1.48) adalah kurang daripada 1.96 (C.R. 1.96), lankepimpinantransformasional pula mempunyai pengaruh secara signifikan terhadap kepuasankerja guru (r .42, C.R 6.35). Keputusan analisis kajian ini menjelaskan bahawaamalan kepimpinan transformasional tidak menyumbang kepada peningkatan tahapstres guru. Sebaliknya amalan kepimpinan transformasional menyumbang kepadapeningkatan tahap kepuasan kerja guru di sekolah kajian. Jadual 5 dan Rajah 2berikut menunjukkan pengaruh langsung (direct effect) pemboleh ubah kajian ini.14

Jadual 5 : Pengaruh Langsung (Standardized Total Effcet)StresKepuasan KerjaKepimpinanTransformasional.11.42Criticalratio - C.R1.486.35Tahap signifikan (p).137P .001R2 .01%KIr .11KTR2 .18%r .42KMR2 Regresi bergandaNota: *p 0.05; **p 0.01; ***p 0.01 (N 341 guru)(Petunjuk dan terma ralat tidak termasuk dalam penjelasan)Rajah2 : Keputusan Analisis PengaruhBerdasar Rajah 2 di atas, menunjukkan pengaruh kepimpinan transformasionalterhadap variasi kepuasan kerja adalah sebanyak 18%. Keputusan kajianmenunjukkan 18% varian dalam kepuasan kerja guru diterangkan oleh enam dimensikepimpinan transformasional. Pengaruh langsung ini bermaksud bahawa tahapkepuasan kerja guru mata pelajaran akan meningkat jika pemimpin sekol

3.3 Mengenal pasti pengaruh kepimpinan transformasional terhadap stres dan kepuasan kerja guru. 3.4 Untuk menguji sama ada model persamaan berstruktur (structural equation modeling-SEM) cadangan, sepadan (good fit) dengan data kajian. 4. SOALAN KAJIAN 4.1 Apakah tahap amalan stail kepimpinan transformasional pemimpin sekolah,

Related Documents:

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

B (amalan kepimpinan transformasional) adalah 0.967 manakala nilai pekali kebolehpercayaan bagi item soal selidik Bahagian C (efikasi kendiri guru) adalah 0.920. 4 Dapatan 4.1 Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Hasil analisis deskriptif merumuskan dapatan kajian seperti di jadual 3 menjawab persoalan

Amalan kepimpinan transformasional yang bersesuaian dengan situasi . mewujudkan ikatan dan persetujuan dalam kalangan pemimpin, dan subordinat untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Rajah 2 menunjukkan model kepimpinan transformasional Slocum dan Hellriegel (2007). 33

2.5 Pengurusan Stres 38 2.5.1 Model Pengurusan Stres: Diagnosis dan Intervensi 40 2.5.2 Mekanisme Menghadapi Stres 41 2.5.3 Dimensi Untuk Pengurusan Stres 44 2.6 Pengurusan Stres dan Peranannya Dalam Prestasi 46 2.7 Kesan Pengurusan Stres dalam Hubungan antara Persaingan Kerja Kompetitif dan Prestasi 48

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

Kepimpinan Transformasi Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Mengikut Dimensi Motivasi Berinspirasi Soalan Kajian : Adakah Terdapat Perbezaan Persepsi Guru Mengikut Aspek Demografik Terhadap Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Kesimpulan BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan

(2013), menerangkan bahawa, perlunya transformasional dalam konteks kepimpinan. Contohnya, dalam konteks perkhidmatan awam, pemimpin dilihat memerlukan gaya kepimpinan yang lebih transformatif agar dapat meningkatkan semangat dan perasaan pengikut untuk memberikan komitmen yang baik) dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi organisasi .

pengantar anatomi dan fisiologi ami rachmi 15 juli 2011 doc.ami.prodi tw.2011. peraturan 1. toleransi waktu 10 menit 2. hp vibrasi 3. tidak makan dan minum 4. pakaian rapih, sopan, tidak memakai sandal 5. bila tidak hadir memberitahu langsung dosen, surat doc.ami.prodi tw.2011. anatomi berasal dari bahasa latin yaitu, * ana : bagian, memisahkan * tomi (tomie) : iris/ potong anatomi adalah ilmu .