Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Hubungannya .

3y ago
140 Views
7 Downloads
629.28 KB
9 Pages
Last View : 11d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Konnor Frawley
Transcription

Kepimpinan Transformasional Guru Besar danHubungannya dengan Tahap Efikasi Kendiri GuruKalaivani A/P Muniandy and Azlin Norhaini Binti MansorFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.Abstrak. Kejayaan transformasi pendidikan yang dilancar oleh kerajaan Malaysia pada2014, banyak bergantung kepada daya kepimpinan di institusi pendidikan.Tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti tahap kepimpinantransformasional guru besar dan hubungannya dengan tahap efikasi kendiriguru daerah Hulu Langat. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif daninferensi dengan mengggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakaninstrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya.Kajian ini melibatkan populasi seramai 136 orang guru yang berkhidmat di 7buah Sekolah Rendah SJKT yang dipilh secara rawak dari daerah Hulu Langat.Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji persoalankajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences(SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinantransformasional guru besar SJKT daerah Hulu Langat adalah pada tahapsederhana. Manakala tahap efikasi guru SJKT daerah Hulu Langat adalahpada tahap sederhana. Terdapat hubungan rendah, positif yang signifikanantara kepimpinan transfomasional guru besar dengan tahap efikasi kendiriguru di SJKT Hulu Langat. Dapatan kajian ini memberikan implikasi kepadaguru besar supaya memperbaiki amalan kepimpinan supaya memastikankakitangan sederap dengan matlamat dan halatuju organisasi. Dapatan ini jugasangat berguna bagi membolehkan guru menilai dan meningklatkan tahapefikasi kendiri. Kesimpulannya, kepimpinan guru besar memainkan perananyang penting dalam menbina tahap efikasi kendiri guru.Kata kunci: Kepimpinan transformasional, efikasi kendiri guru1 PengenalanKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai transformasi dalamsistem pendidikan sejak 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum danpembangunan sahsiah murid. Transformasi kerajaan sukar dicapai tanpa kerjasama pihaksekolah terutamanya guru besar dan guru-guru.Sidra et al (2012), organisasi yang efektif memerlukan kepimpinan yang mantap.Menurut Hussein (2008), pencapaian sesebuah sekolah bergantung kepada gaya kepimpinanyang diamalkan dalam sekolah tersebut. Efikasi kendiri guru dirujuk sebagai kepercayaanguru terhadap kebolehannya diri sebagai guru. Bandura (1986), menjelaskan efikasikendiri sebagai kepercayaan terhadap kebolehan diri seseorang dalam mengatasi masalahpembelajaran murid melalui kesungguhan, komitmen dan sikap guru dalam pengajarannya.Khairunesa (2013), menerangkan bahawa perlunya transformasional dalam kontekskepimpinan kerana gaya ini dapat meningkatkan semangat dan perasaan pengikut untukmemberikan komitmen yang baik serta memberi kesan kepada prestasi organisasi.

Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap EfikasiKendiri GuruSejak kebelakangan ini, pelbagai isu berkaitan dengan guru dalam kerjaya merekadiutarakan oleh pelbagai media. Kajian yang dijalankan oleh Ishak (2001) dalam Ku Sahida(2016) telah melaporkan bahawa guru sering hilang keyakinan diri atau efikasi kendiri danhilang tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyebabkankompetensi pengajaran lemah (Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Yussof, RamleeMustapha& Mohammed Sani Ibrahim, 2007).Dapatan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh OECD TALIS(2009) yang menunjukkan bahawa efikasi guru di Malaysia adalah pada aras sederhana.Banyak kajian membuktikan bahawa amalan kepemimpinan transformasional telahmenunjukkan perubahan yang positif kepada keberkesanan sekolah dan meningkatkanefikasi kendiri guru.Afsar, Badir dan Saeed (2014), pula mendapatibahawa kepimpinantransformasional yang diamalkan oleh pemimpin memberi kesan yang baik kepadatingkah laku pekerja yang merangkumi penjanaan idea dan pelaksanaan idea. Di sampingitu, hasil kajian Samuel Novian (2013), menyatakan di antara kepimpinan yang diamalkandalam pentadbiaran, kepimpianna tranfomasi, efikasi kendiri dan harga diri palingberpengaruh terhadap kepusaan kerja kerana pekerja terikut dengan motivasi dari pemimpindengan cara mensasarkan perkerjaannya untuk kepentingan organisasi.Oleh kerana terdapat kelonggaran yang berlaku dalam kepimpinan guru besar,wujud kurang efikasi kendiri dalam kalangan guru. Berdasarkan permasalahan yangdinyatakan, kajian ini akan memberi fokus kepada kepimpinan transformasional denganefikasi kendiri guru. Justeru, kajian ini mengkaji gaya kepimpinan transformasional gurubesar dengan efikasi kendiri guru dalam kalangan guru di daerah Hulu Langat1.1 Objektif KajianObjektif khusus bagi kajian ini ialah untuk:i.Mengenal pasti tahap amalan kepemimpian transformational guru besar.ii.Mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru.iii.Mengenal pasti hubungan terhadap amalan kepemimpinan transformationalguru besar dengan efikasi kendiri guru.2 Kajian Literatur2.1 Model Kepimpinan Transformasional Burns (1978), Bass (1985)Burns (1978) dan Bass (1985), mengemukakan empat dimensi dalam model mereka yangterdiri daripada pengaruh ideal atau karismatik, motivasi berinspirasi, rangsangan intelektualdan pertimbangan berasaskan individu. Dimensi-dimensi dalam model ini amat memerlukansatu sama lain dan perlu diamalkan secara seimbang untuk memastikan matlamat kepimpinandicapai.a. Pengaruh yang Ideal atau karismatikBass mengenalkan dimensi pengaruh ideal yag mengandungi dua unsur iatu pengaruhsifat dan pengaruh tingkah laku. Pengaruh sifat berlaku apabila pemimpin mendapatkepercayaan daripada pengikutnya. Manakala pengaruh tingkah laku merujuk kepada114

Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap EfikasiKendiri Gurutingkah laku pemimpin yang mengakibatkan pengikut menjadikan pemimpin sebagi idolaSlocum (2007) dalam Thalahuddin (2016).b. Membina Ransangan IntelektualMenurut Burns (1978), rangsangan intelek adalah proses yang mengaitkan pemimpintransformasional memberi sokongan atau rangsangan pengikutnya secara intelek.Kepimpinan transformasional menggalakkan subordinat berfikir di luar kotak atau di luarkebiasaan dengan menjadi lebih inovatif dan kreatif (Slocum & Hellriegel, 2007).c. Motivasi BerinspirasiMenurut Bakhtiar Mansor (1993) dalam Ku Sahida (2016), motivasi berinspirasi bermaksudpemimpin transformasi membimbing subordinat meningkatkan potensi mereka ke tahap yanglebih tinggi.d. Pertimbangan Berasaskan IndividuSlocum dan Hellriegel (2007) menerangkan dimensi pertimbangan berasaskan individusebagai satu prinsip kepimpinan transformasi yang menuntut kepekaan pemimpin terhadapahli organisasi sebagai seorang2.2 Model Efikasi Kendiri GuruModel Efikasi Kendiri Guru telah dibina oleh Tschannen-Moran & Hoy (2001). TschannenMoran dan Hoy (2001), mendefinisikan efikasi kendiri guru sebagai pertimbangan guruterhadap keupayaannya untuk mencapai hasil yang diharapkan. Model ini mempunyai tigadimensi iaitu dimensi strategi pengajaran, dimensi pengurusan bilik darjah dan dimensipenglibatan pelajar. Dimensi-dimensi efikasi kendiri guru adalah seperti berikut:a. Strategi pengajaranStrategi pengajaran merujuk kepada kaedah guru merancang, mengendalikan danmengawal proses pengajaran mereka. Startegi pengajaran mempengaruhi kebolehan guruberhadapan dengan pelajar yang berbeza pencapaian serta penerimaan dan menggunakanpelbagai strategi pentaksiran dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat pengajaran yangditentukan.b. Pengurusan bilik darjahEfikasi terhadap pengurusan bilik darjah merujuk kepada keupayaan guru untukmenguruskan bilik darjah dengan berkesan, mengatasi masalah disiplin pelajar,keupayaan mengawal tingkah laku pelajar yang mengakibatkan gangguan dalam bilik darjahdan memastikan pelajar mematuhi peraturan dalam bilik darjah yang ditetapkan.c. Penglibatan pelajarEfikasi terhadap penglibatan pelajar merujuk kepada efikasi kendiri guru dalammeningkatkan penglibatan pelajar dalam sesi pembelajaran yang dipamerkan melaluipelbagai tingkah laku dan emosi. Penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaranmerupakan aspek yang penting dalam mencapai objektif pembelajaran.3 MetodologiKajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dan inferensi dengan mengggunakan kaedahtinjauan. Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dalam kajian mampu menberipenjelasan secara kuantitatif ke atas sesuatu populasi dengan hanya mengakaji sampel dari115

Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap EfikasiKendiri Gurupopulasi berkenaan (Cresswell, 2009). Data bagi kajian ini diperolehi melalui instrumen soalselidik yang diadaptasi dan diubah suai mengikut kesesuaian kajian.Kerangka konsep kajian dibina berasaskan model kepimpinan transformasionalSlocum dan Hellregel (2007) dengan empat dimensi. Merujuk Rajah 1, kajian ini mempunyaidua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar.Rajah 1. Kerangka konsep kajian (Pemboleh ubah bebas)KEPIMPINANTRANSFORMASIONALPengaruh ideal atau karismatikMotivasi berinspirasiRangsangan intelektualPertimbangan berasaskan individu(Pemboleh ubah bersandar)EFIKASI GURU Strategi Pengajaran Pengurusan Bilik Darjah Penglibatan Pelajar.Kajian ini melibatkan populasi seramai 136 orang guru yang berkhidmat di 7 buah SekolahRendah SJKT yang dipilh secara rawak dari daerah Hulu Langat. Instrumen yang digunamengandungi 3 bahagian iaitu bahagia A, B dan C. Bahagian A, mengandungi maklumat 3item berkaitan demografi responden manalaka bahagian B mengandungi 20 item soalanberkaitan kepimpinan transformasional guru besar yang diubahsuai an diadaptasi dari MultiFactor Leadership Questinaire (MLQ) (Thalahuddin, 2016). Bahagian C, efikasi kendiriguru pula mengandungi, 15 item yang digubal dengan merujuk kepada instrument TeachersSence of Efficacy Scale (TSES) yang telah diadaptasi dari kajian Nik Aida (2016).Analisis deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinantransformasi guru besar dan efikasi kendiri guru yang melibatkan kekerapan, peratusan, mindan sisihan piawai. Tahap interpretasi skor min ditafsirkan seperti dijustifikasikan olehNunnaly & Bernstein (1994). Perincian interpretasi skor min tersebut seperti jadual 1Skor min1.00 – 2.002.01 - 3.003.01 - 4.004.01 – 5.00Jadual 1. Interpretasi Skor MinTahap pelaksanaan (interpretasi)Sangat rendahRendahSederhanaTinggiStatistik infrensi pula digunakan bagi mengenal pasti hubungan terhadap amalankepemimpinan transformational guru besar dengan efikasi kendiri guru. Bagi membuattafsiran tahap hubungan daripada ujian kolerasi, jadual interpretasi koefisien korelasi yangdicadangkan oleh Sugiyono (2007) digunakan seperti jadual 2. Aras singnifikan yangditetapkan dalam kajian ini ialah 0.005 (p 0.005).Jadual 2. Interpretasi Koefisien KorelasiInterval koefisien0.00-0.19990.20-0.39990.40-0.5999Tahap hubunganSangat rendahRendahSederhana116

Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap EfikasiKendiri Guru0.60-0.79990.80-1.000KuatSangat kuatBerdasarkan analisis dan nilai pekali kebolehpercayaan bagi item soal selidik BahagianB (amalan kepimpinan transformasional) adalah 0.967 manakala nilai pekalikebolehpercayaan bagi item soal selidik Bahagian C (efikasi kendiri guru) adalah 0.920.4 Dapatan4.1 Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru BesarHasil analisis deskriptif merumuskan dapatan kajian seperti di jadual 3 menjawab persoalankajian yang pertama.Jadual 3: Skor Min dan Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar SJKTdaerah Hulu Langat mengikut dimensiDimensiSkor minS.P.TahapPengaruh yang Ideal atau karismatik3.76250.192SederhanaRansangan IntelektualMotivasi naPertimbangan Berasaskan Individu3.68750.255SederhanaKepimpinan transformasional3.67810.062SederhanaSecara keseluruhannya, didapati bahawa amalan kepimpinan transformasional gurubesar SJKT daerah Hulu Langat adalah pada tahap sederhana (min 3.6781; s.p. 0.062).Hal ini kerana setiap dimensi masing-masing mencatat tahap pengamalan yang sederhana.Dimensi pengaruh yang ideal atau karismatik menunjukkan tahap pengamalan yang tinggiiaitu (min 3.7625; s.p. 0.192) diikuti dengan dimensi pertimbangan berasaskan individu(min 3.6875; s.p. 0.255), dimensi motivasi berinspirasi (min 3.6375; s.p. 0.178)manakala dimensi ransangan intelektual adalah dimensi yang paling rendah diamalkan (min 3.6250; s.p. 0.217).4.2 Analisis Tahap Efikasi Kendiri GuruHasil analisis deskriptif merumuskan dapatan kajian seperti di jadual 4 menjawab persoalankajian yang kedua.Jadual 4. Skor Min dan Tahap efikasi kendiri Guru SJKT daerah Hulu Langat mengikutDimensiDimensiSkor minS.P.TahapStrategi pengajaran3.68800.059SederhanaPengurusan bilik darjah3.65600.066SederhanaPenglibatan pelajar3.73800.074Sederhana117

Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap EfikasiKendiri GuruEfikasi kendiri guru3.69400.041SederhanaSecara keseluruhannya, didapati bahawa tahap efikasi guru SJKT daerah Hulu Langatadalah pada tahap sederhana (min 3.6940; s.p. 0.041). Hal ini kerana setiap dimensimasing-masing menunjukkan tahap efikasi kendiri yang sederhana. Dimensi penglibatanpelajar mencatat tahap efikasi kendiri yang tinggi iaitu (min 3.7380; s.p. 0.074 ) diikutidengan strategi pengajaran (min 3.6880; s.p. 0.059) manakala dimensi efikasi kendiri gurupengurusan bilik darjah adalah dimensi yang paling rendah (min 3.6560 ; s.p. 0.066).4.3 Analisis Hubungan Kepimpinan Trasformasional Guru Besar DenganEfikasi Kendiri GuruHubungan kepimpinan transformasional guru besar dengan tahap efikasi kendiri guru diSJKT daerah Hulu Langat ialah r 0.271 pada tahap signifikan 0.001 (p 0.01). Oleh keranatahap signifikan lebih kecil daripada 0.01, maka dapat dirumuskan bahawa terdapathubungan yang rendah, positif yang signifikan antara kepimpinan transfomasional guru besardengan tahap efikasi kendiri guru di SJKT Hulu Langat. Berdasarkan jadual interpretasikoefisien kolerasi Sugiyono (2007), kekuatan hubungan ini adalah pada tahap rendah.5 Perbincangan5.1 Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru BesarKonsep kepimpinan transformasional dapat dikesan dalam amalan kepimpinan guru besarSJKT daerah Hulu Langat. Data kajian ini yang dianalisis daripada persepsi guru didapatiguru besar SJKT daerah Hulu Langat yang dikaji mempraktikkan kepimpinantransformasional pada tahap sederhana dalam kesemua dalam kepimpinan transformasional.Hasil kajian ini telah memperkukuhkan lagi dapatan ini dengan kajian Abdul Kudus(2000) dan Aiah et.al (2005) terhadap 93 orang guru di dua buah sekolah kluster di sebuahnegeri Utara Semananjung Malaysia mendapati kepimpinan transformasional pegetua beradapada tahap sederhana. Selain itu, keputusan kajianKajian Mohamad Radzi et al. (2014) melibatkan sekolah rendah dan Ramli danMoganeswari (2011) di SJKT telah menunjukkan guru besar di sekolah berkenaanmengamalkan kepimpinan transformasional pada tahap yang tinggi. Mohamad Faisal et al(2016) dalam kajiannya menunjukkan bahawa pengetua PST KPM mengamalkankepimpinan transformasi secara bersederhana sahaja kerana keempat-empat ciri amalankepimpinan transformasi pengetua adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Walaubagaimana pun terdapat juga kajian yang menunjukkan scenario yang sebaliknya sepertikajian-kajian yang dilaksanakan mengenai amalan kepimpinan transformasional mendapatiamalan transformasional pengetua berada pada tahap tinggi. (Mohd Aziz 2008; MohamadZabidi 2009; Habib dan Zaimah 2012; Nor Hanim 2013; Rosmawati 2013; Nor Fadhilah danAzlin Norhaini 2014; Mohamad Radzi et al. 2014; Thalahuddin dan Azlin Norhaini 2015).5.2 Tahap Efikasi Kendiri Guru118

Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap EfikasiKendiri GuruKepemimpinan guru besar atau pemimpin sekolah menjadi faktor penyumbang kepadahubungannya dengan efikasi guru. Hoy, Wayne, Woolfolk dan Anita (1993) dalam kajiannyamendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara iklim sekolah dengan efikasiguru. Hasil kajianya kepimpinan, pertimbangan, integriti organisasi, moral dan penekanterhadap akademik mendapati bahawa kepimpinan dan penekanan terhadap akademikmemberikan kesan kepada efikasi guru.Efikasi kendiri guru adalah antara aspek penting diri guru yang sering dikaitkan dengansumbangan mereka dalam meningkatkan keberkesanan sekolah. Beberapa kajian lainmenyokong kajian ini dimana tahap efikasi kendiri guru berada pada tahap sederhana dalamketigatiga dimensi. Gibson dan Dembo (1994), mengukur efikasi kendiri guru di Kedah,beliau mendapati efikasi kendiri guru hanya pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini selaridengan Hipp (1996) mendapati guru mempunyai efikasi kendiri di tahap sederhana sahaja.Jelas kelihatan guru-guru yang dikaji adalah cenderung untuk lebih komited dalampengajaran, lebih bermotivasi serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkanprestasi yang lebih baik.5.3 Hubungan Kepimpinan Trasformasional Guru Besar dengan EfikasiKendiri GuruTidak banyak kajian berkaitan dengan kepimpinan guru besar dan efikasi kendiri guruterutamanya dalam organisasi SJKT. Berdasarkan analisis dapatan kajian ini, secarakeseluruhannya terdapat hubungan rendah, positif yang signifikan antara kepimpinantransfomasional guru besar dengan tahap efikasi kendiri guru di SJKT Hulu Langat.Penemuan ini bertepatan dengan kajian Habib & Zaimah (2012) menyatakan bahawakepimpinan transformasional berupaya meningkatkan tahap kepercayaan dalam diri danefikasi kendiri guru-guru untuk melontarkan idea-idea baharu terhadap penambaikanorganisasi.Demir (2008) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan yang signifikan antarakepimpinan transformasional pengetua dengan efikasi kendiri guru. Kajian ini membuktikanbahawa kepimpinan transformasional mempengaruhi subordinat secara langsung dengankolektif efikasi dan berkait secara tidak langsung dengan kolektif efikasi melalui efikasikendiri guru dan budaya kolaboratif sekolah.Pemimpin yang mengamalkan kepemimpinan transformasional, akan mempengaruhidan meningkatkan efikasi kendiri guru. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahappengamalan kepimpinan transformasional guru besar SJKT daerah Hulu Langat adalah padatahap sederhana dan tahap efikasi guru SJKT daerah Hulu Langat adalah pada tahapsederhana.5 RumusanSecara keseluruhannya, didapati bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besarSJKT daerah Hulu Langat adalah pada tahap sederhana dimana pengaruh yang ideal/karismatik merupakan dimensi yang paling banyak diamalkan oleh mereka. Tahap efikasiguru SJKT daerah Hulu Langat adalah pada tahap sederhana dimana tahap efikasi kendiri119

Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap EfikasiKendiri Guruguru pada dimensi pengibatan pelajar adalah tinggi. Secara telus dapat dilihat bahawakepemimpinan guru besar mempengaruhi tahap efikasi kendiri guru dimana dalam kajian inimenunjukkan terdapat hubungan rendah, positif yang signifikan antara kepimpinantransfomasional guru besar dengan tahap efikasi kendiri guru.RujukanAbdul Ghani Abdullah .2005. Kepimpinan Transformasi Pengetua dan PenggantianKepimpinan Sebagai Penentu Komitmen Terhadap Organisasi dan Perlakuan WargaOrganisasi Pendidikan. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.20,53-68,2015Abdul Kudus Abu Bakar.2000.Kepimpinan Tranformasi: Hubungan Dengan Kepuasan KerjaDan Motivasi Guru. Tesis Sarjana. Universiti Sains MalaysiaAfsar. B, Badir. Y. F, Saeed. B. (2014). Transformational leadership and innovative workbehavior. Industrial Management & Data Systems. Vol. 114 Iss 8 pp. 1270 – 1300Bandura, A. 1986.The Explanatory and Predictive Scope Of Self-Efficacy Theory. Jounal ofSocial And Clinical Psychology 28: 117-148Bass, B.M. and Avolio, B.J. (1990). Transformational Leadership Development: Manual forMultifactor Leadership Questionnaire. Palo Alto: California: Consulting PsychologistPress Inc.Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani Ibrahi

B (amalan kepimpinan transformasional) adalah 0.967 manakala nilai pekali kebolehpercayaan bagi item soal selidik Bahagian C (efikasi kendiri guru) adalah 0.920. 4 Dapatan 4.1 Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Hasil analisis deskriptif merumuskan dapatan kajian seperti di jadual 3 menjawab persoalan

Related Documents:

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

3.3 Mengenal pasti pengaruh kepimpinan transformasional terhadap stres dan kepuasan kerja guru. 3.4 Untuk menguji sama ada model persamaan berstruktur (structural equation modeling-SEM) cadangan, sepadan (good fit) dengan data kajian. 4. SOALAN KAJIAN 4.1 Apakah tahap amalan stail kepimpinan transformasional pemimpin sekolah,

i. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional (pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, ransangan intelek dan motivasi berinspirasi) dalam kalangan guru besar di sekolah rendah, Kota Belud ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah, Kota Belud. iii.

Amalan kepimpinan transformasional yang bersesuaian dengan situasi . mewujudkan ikatan dan persetujuan dalam kalangan pemimpin, dan subordinat untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Rajah 2 menunjukkan model kepimpinan transformasional Slocum dan Hellriegel (2007). 33

Kepimpinan Transformasi Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Mengikut Dimensi Motivasi Berinspirasi Soalan Kajian : Adakah Terdapat Perbezaan Persepsi Guru Mengikut Aspek Demografik Terhadap Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Kesimpulan BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan

dengan komitmen kerja guru dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Daerah Hilir Perak. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasiguru besar berdasarkan persepsi guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Hilir Perak. 2.

HB9DUJ hb9duj@uska.ch HB3YFM hb3yfm@hb9g.ch Comité 2003-2004. REDACTION HB9AFP HB9G-94 PAGE 3 Calendrier 2004 18 septembre Journée porte-ouverte 10 octobre Chasse au renard, à partir de 11 heures, rendez-vous à Soral, lieu du Field-Day. 21 octobre Elaboration fichier ORNI 18 novembre Stamm spécial oscilloscope 20 novembre Gastro annuel au local: traditionnelle râclette offerte par le .