HUBUNGAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN .

3y ago
101 Views
6 Downloads
317.50 KB
15 Pages
Last View : 2d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Emanuel Batten
Transcription

Volume: 4 Issues: 31 [June, 2019] pp.116-130]International Journal of Education, Psychology and CounselingeISSN: 0128-164XJournal website: www.ijepc.comHUBUNGAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESARDENGAN KOMITMEN KERJA GURU DALAM KALANGANGURU-GURU SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAANCINA (SJKC) DI DAERAH HILIR PERAKTHE RELATIONSHIP OF HEADMASTER TRANFORMATIONALLEADERSHIPWITH TEACHER’S WORK COMMITMENTAMONG THE PRIMARY SCHOOL TEACHER INDISTRICT OF HILIR PERAKZahari Hashim, PhDUniversiti Pendidikan Sultan Idris(Email: zahari@fpe.upsi.edu.my)Accepted date: 05-03-2019Published date: 07-07-2019To cite this document: Hashim, Z. (2019). Hubungan Kepimpinan Transformasi Guru Besardengan Komitmen Kerja Guru dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah JenisKebangsaan Cina (SJKC) di Daerah Hilir Perak. International Journal of Education,Psychology and Counseling, 4 (31), 116-130.DOI: 10.35631/IJEPC.4310011Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasi gurubesar dengan komitmen kerja guru dalam kalangan guru-guru sekolah rendah jeniskebangsaan cina (SJKC). Kajian ini khusus untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubunganyang signifikan antara dimensi-dimensi dalam kepimpinan transformasi guru besar dengankomitmen kerja guru. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian berbentuk kuantitatifdeskriptif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama untuk mengumpul data daripadaresponden kajian. Seramai 196 orang guru dari 20 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuantelah dipilih untuk menjawab soalan selidik ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakankaedah statistik deskriptif untuk menentukan frekuensi, peratus, min dan sishan piawai sertakaedah statistik inferensi iaitu pekali kolerasi Pearson bagi menguji hipotesis. Keputusanujian kolerasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan yang tinggi di antarakepimpinan transformasi guru besar dengan komitmen guru-gurudi sekolah-sekolah yangterlibat. Oleh itu, amalan kepimpinan transformasi Guru Besar pada tahap yang tinggi dapatmeningkatkan komitmen guru terhadap tugasnya di sekolah.Kata Kunci: Kepimpinan Tranformasi, Komitmen Kerja GuruAbstract: The purpose of this study is to determine the relationship between headmaster’stransformational leadership behaviour on teachers' work commitment among primary schoolteachers (SJKC )in district of Hilir Perak.This study focuses on determining the significantrelationship between those variable. The study design used is descriptive quantitative study.Questionnaires were used as the main instrument to collect data from respondents. A total116

number of 196 teachers from primary school in the district of Hilir Perak, Perak DarulRidzuan under the adminstration of Hilir Perak Education Office has been been selected toanswer the questionnaire. The data is analysed by using the descriptive statistics method tofind out the frequency, percentage, mean and the irrelevant factors while the inferentialstatistics method is used to test the hypotheses throught Pearson correction. The resultsshowed that there is high relationship between the tranformastional leadership amongheadmasters and level of commiment work teachers in the school involved. Therefore, theheadmaster who is pratice in transformational leadership will give a big impact in improvingthe commitment work of the teacher to his/her duties at the school.Keywords: Transformational Leadership, Work Comittment and HeadmasterPengenalanDalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara kita, KementerianPendidikan Malaysia (KPM) berperanan penting untuk menyediakan kepimpinan hala tujudasar dan juga memberi sokongan yang sangat tinggi bagi mencapai matlamat tersebut. Selainitu, KPM juga perlu berdepan dengan cabaran-cabaran pendidikan dan juga perlu melakukantransformasi terhadap susunan bahagian-bahagiannya serta caraberoperasi supayameminimakan jurang antara pembentukan dasar dan keupayaan pelaksanaan.Menurut Jamilah dan Yusof (2011), sesebuah organisasi atau sekolah mencapai kejayaanbergantung kepada keberkesanan seluruh sistem, kepercayaan, nilai sertakebudayaan yangdipraktiskan oleh semua warga sekolah iaitu murid, staf sokongan, guru-guru dan pihakpentadbir. Sebagai pemimpin sekolah, guru besar memberi pengaruh yang tinggi terhadapkecemerlangan dan kejayaan sekolah tersebut. Secara langsungya, mereka bertanggungjawabdalam melaksanakan semua aktiviti dan program pendidikan di sekolah.Peranan guru besar selaku pemimpin yang tertinggi di sekolah rendah perlulah memastikantransformasi pendidikan dalam sesebuah sekolah rendah mencapai objektif yang seperti manayang dihasratkan. Tugas-tugas atau tanggungjawab guru besar seperti mentadbir, mengurus,menyelia, mengarah, menyelaras, menilai, menjadi pewakil, pemudahcara, pemberangsangdan lain-lain. Kemampuan seseorang guru besar dapat diketahui dengan melihat perananmereka di sekolah dengan cara menguruskan sekolah tersebut sama ada berjaya atausebaliknya.Guru besar di sekolah memegang tanggungjawab yang paling utama terhadap segala aktivitiyang dijalankan. Kebolehan dan amalan menginterpretasikan perubahan serta melaksanakaninovasi gaya kepimpinan harus ada pada guru besar supaya dapat menggerakkan danmemotivasikan semua guru dan kakitangan ke arah mencapai matlamat sekolah. Tranformasidi sekolah perlu diberi perhatian bukan sahaja diperlukan untuk melakukan perubahanteknologi, tetapi juga dalam membina semula organisasi sekolah yang akan menyokongkepada perubahan tersebut.Pernyataan MasalahPada masa kini, guru besar secara logiknya sudah memiliki kompetensi yang diperlukan.Namun begitu, kompetensi yang sedia ada pada seorang guru besar boleh dipertingkatkanlagi. Biti Salwana, Ahmad Basri, Ramlee dan Mohammed Sani (2010) mengatakan bahawakecekapan guru besar dalam pengurusan dan pentadbiran merupakan unsur utama yangmenentukan keberhasilan dan keunggulan sesebuah organisasi. Dapatan kajian beliau yang117

berbentuk kualitatif iaitu secara temu bual telah menunjukkan bahawa kompetensi guru besarmasih memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua warga sekolah agar pengurusandan pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.Kemahiran kepimpinan guru besar membawa kesan yang tinggi kepada komitmen danmotivasi kerja guru dalam memastikan keberkesanan sesebuah sekolah (Hishamuddin Shah,Mohd Rizal & Supian, 2013). Cabaran dalam penstrukturan semula sekolah serta persekitaranyang sentiasa mengalami perubahan, memerlukan guru besar mengubah corak kepimpinantradisional mereka kepada yang lebih fleksibel supaya semua subordinat mereka dapatbertingkahlaku selari dengan hasrat organisasi (Amar, 2004).Menurut Shariffah, Mohammed Sani dan Mohd Izham (2010), guru besar perlu meningkatkanilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pengurusan sumber manusia bagi melahirkanguru-guru yang kompeten dan berkualiti yang mempunyai hubungan positif denganpencapaian murid. Selain itu, terdapat kritikan berhubung dengan segelintir guru besar yangtidak berfungsi dengan sebaiknya. Guru Besar dikritik tidak menunjukkan tingkah laku danciri-ciri personaliti yang positif sebagai seorang pemimpin di sekolah. Menurut kajianLeithwood dan Levin (2010), mereka mengatakan bahawa guru besar masih belum bersediauntuk menerima cabaran dan membuat perubahan secara holistik bagi menyelesaikanmasalah-masalah yang timbul dalam situasi-situasi tertentu.Kajian Md Fadli, Dadan Ahmad Fadli dan Yohana Kartawijaya (2012) menyatakan bahawakomitmen kerja dan komitmen organisasi seseorang individu dipengaruhi oleh kompetensiyang dimilikinya sendiri. Menurut kajian Cashin et. al (2000) mendapati fakta tentangkepimpinan guru besar yang wujud berbentuk traditional di sekolah merupakan kepimpinanyang bersifat dominan dan memberi arahan. Kepimpinan ini juga boleh dimaksudkan semuaguru hanya mengikut arahan atau tanggungjawab yang dipimpin oleh guru besar disekolah.Terdapat tiga matlamat utama kepimpinan transformasi harus menjadi satu budayakepimpinan di sekolah. Matlamat pertama ialah kepimpinan tranformasi dapatmembangunkan semua guru dan juga budaya kerja kolaboratif dapat dikekalkan di sekolah.Matlamat kedua ialah kepimpinan tranformasi dapat mewujudkan situasi kerja yangberprofesional di sekolah. Matlamat ketiga pula, melalui kepimpinan transformasi dapatmemimpin guru-guru menghadapi cabaran-cabaran dengan berkesan.Tujuan KajianKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasi guru besardengan komitmen kerja guru dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Jenis KebangsaanCina (SJKC) di Daerah Hilir Perak.Objektif KajianObjektif kajian ini adalah seperti berikut:1. Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasiguru besar berdasarkan persepsiguru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Hilir Perak.2. Mengenalpasti tahap komitmen kerja guru-guru di Sekolah Rendah Jenis KebangsaanCina di Daerah Hilir Perak.3. Mengenalpasti samaada terdapat hubungan antara dimensi kepimpinan transformasiguru besar dengan komitmen kerja guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina diDaerah Hilir Perak.Soalan kajian118

Beberapa persoalan yang akan cuba dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut:1. Apakah tahap kepimpinan transformasi guru besar berdasarkan persepsi guru?2. Sejauh manakah tahap komitmen kerja guru-guru di sekolah?3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan transformasi gurubesar dengan tahap komitmen kerja guru?Hipotesis KajianHipotesis nol yang dibentuk adalah seperti berikut:Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensitransformasi guru besar dengan tahap komitmen kerja guru di sekolah.kepimpinanKepentingan KajianDapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh guru besar bagi meninjau, mengkaji serta menilaikelemahan dan kekuatan dalam melaksanakan kepemimpinan di sekolah masing-masingterutamanya dalam usaha menjana komitmen guru-guru bagi menjayakan matlamat sekolah.Diharap juga kajian ini dapat menambah pengetahuan guru besar berhubung dengankepemimpinan terutamanya yang berkaitan dengan amalan transformasi dan komitmen kerjaguru. Selain itu, kajian ini amat berguna bagi menilai tahap gayakepimpinan diri denganpandangan sudut positif terhadap gaya kepimpinan diri mengikut edaran masa sertakesesuaian untuk merealisasikan matlamat sekolah.Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia, kajian inipenting kerana ia dapat memberi idea atau input yang sesuai supaya pihak berkenaan dapatmengenalpasti dan menilai masalah yang dihadapi oleh guru besar sekolah rendah. Ia jugaboleh dijadikan asas untuk memperincikan usaha ke arah meningkatkan keupayaankepimpinan dan profesionalisme guru besar.Batasan KajianKajian ini hanya merangkumi maklumat tentang amalan kepimpinan transformasi guru besarterhadap komitmen kerja guru di sekolah jenis kebangsaan cina daerah Hilir Perak sahajamaka ia menghadapi kekangan dari segi kesimpulan dan generalisasi yang dibuat.Selain itu, batasan kajian ini iaitu kaedah kuantitatif yang digunakan melibatkan halanganmasa, tugasan kerja dan kerjasama dalam kalangan guru dan guru besar untuk menjawab soalselidik kajian. Disebabkan faktor-faktor ini menyebabkan guru-guru kurang memberikanperhatian yang sepenuhnya semasa mengisi borang soal selidik dan ini akan menjadikesukaran pengkaji mengumpul semua borang soal selidik yang diedarkan. Menurut Aini(2007), alat pengukur dan alat perantaraan pengkaji dengan respondenadalah dinamakansebagai instrumen. Apabila responden menghadapi batasan ketikamengisi borang soal selidikmaka ia menjadi satu kekangan kepada pengkaji untuk membuat pengukuran.RumusanSecara kesimpulannya, sekolah yang cemerlang amat memerlukan kepimpinan yang terbaikdan kerjasama dan hubungan yang erat antara guru besar dengan guru-guru. Usaha daripadakedua-dua pihak ini dapat menentukan kejayaan dan keunggulan sesebuah sekolah. Demimencapai matlamat sekolah, guru besar hendaklah memiliki kepimpinan seperti kepimpinantransformasiiaitu memiliki pengetahuan, kemahiran, sikap, motif serta nilai dan kepercayaanbagi meningkatkan komitmen guru-guru dalam melaksanakan tugasnya di sekolah. Ini adalahpenting memandangkan seorang guru yang mampu memberikan komitmen tinggi dalamtugasnya biasanya dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.119

Tinjauan LiteraturKepimpinan TransformasiKepimpinan tranformasi diasaskan oleh James Mac Gregor Burn (1978) dalam bukunya yangbertajuk “Leadership” telah menjelaskan bahawa,“.Leadership as leader inducing followers to act for certain goals that represent the valuesand motivations-the wants and the needs, the aspirations and expectations of both leaders andfollowers, and the genius of leadership lies in the manner in which leaders see and act ontheir own and their followers values motivations”.Maksud yang dibawa tentang transformasi merupakan perubahan atau mengubah sesuatukeadaan kepada bentuk yang lain. Di bawah kepimpinan transformasi, kebolehan seseorangpemimpin mendorong pengikutnya melakukan perubahan dari segi nilai dan tingkah laku agardapat memberikan komitmen yang tinggi. Menurutnya lagi, apabila seseorang pemimpindapat mengubah sikap pengikutnya daripada sikap mementingkan diri sendiri kepadamengutamakan kepentingan kelompok, pemimpin ini boleh dikatakan sebagai seorangpemimpin transformasi.Bass (1990) pula menyatakan kepimpinan transformasi sebagai kepimpinan yangmenunjukkan kecemerlangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan danmengembangkan minat subordinat dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadaptujuan dan misi kumpulan. Pemimpin ini juga mempunyai kebolehan membangunkan minatsubordinat, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui minat peribadi subordinat itu sendiri.Komitmen Kerja GuruMenurut O’Mailley (2000), komitmen boleh bermaksud seseorang yang dikehendakimenunaikan kewajipan atau gesaan ke atas perasaannya untuk melakukan sesuatu. Seseorangyang komitmen akan merasa penglibatan serta hubungannya dalam sesuatu perkara danmempunyai motivasi untuk mengekalkan hubungannya.Komitmen kerja guru merupakan sikap dan tingkah laku yang mengambarkan inisiatif gurudalam tugasnya dan tanggungjawab peribadi dalam bilik darjah (Louis, 1998; Kurz, 2006).Seseorang yang komitmen pada kerjanya akan berasa bangga dengan kerjaya yangdiceburinya maka komitmen boleh dikatakan sebagai kecenderungan dalaman yang positif(Flecther, 2007). Menurut Park (2005), komitmen adalah kekuatan yang datang dari dalamandiri seseorang guru itu sendiri di mana mereka memerlukan akauntabiliti yang berat dancabaran dalam mengendalikan kerjayanya.Teori Kepimpinan Transformasi Bass & Alovio (1994)Rose (2010) memetik Bass (1985) menyatakan terdapat tiga proses kepimpinan untukmencapai matlamat kepmpinan tranformasi iaitu pemimpin meningkatkan tahap kesedaranpengikutnya tentang kepentingan mencapai hasil yang diharapkan, pemimpin juga menggesapengikutnya untuk mengubah fokus kepentingan diri kepada kepentingan kumpulan danpemimpin merangsang pengikutnya untuk mencapai keperluan yang lebih baik.Menurut Judge dan Piccolo (2004), kepimpinan transformasi didapati menjadi penanda arasyang kuat dalam kepimpinan berkesan. Menurut Bass (1985) pula, teori kepimpinan klasiksudah tidak sesuai lagi bagi memenuhi perubahan matlamat dan amalan kepimpinan semasa.120

Oleh itu, kepimpinan transformasi adalah satu keperluan dalam sesuatu organisasi.Beliau jugamelihat kepimpinan transformasi amat penting dalam menanggani perubahan tersebut.Berdasarkan Avolio dan Bass (2004) dalam Rose (2010), terdapat empat dimensi yanngberkaitan dengan kepimpinan transformasi iaitu pengaruh yang ideal, pertimbanagan individu,motivasi berinspirasi dan rangsangan intelek. Rajah 1 menunjukkan keempat-empat dimensiberdasarkan model transformation Bass dan Avolio (1994).Rajah 1: Model Kepimpinan Transformasi Bass & Avolio (1994)Dimensi IPengaruh IdealDimensi IIPertimbangan IndividuDimensi IIIMotivasi BerinspirasiDimensi IVRangsangan IntelekDimensi pengaruh ideal di mana pemimpin dilihat sebagai role model yang dikagumi dandiikuti oleh pengikut-pengikutnya. Pemimpin berupaya untuk menjelaskan visi dengantingkah laku unggulnya hingga subordinat dipengaruhi supaya sama-sama berusaha mencapaivisi yang ditetapkan.Dimensi pertimbangan individu iaitu pemimpin memberi tumpuan kepada keperluan danpotensi yang ada pada subordinatnya, ini berlaku kerana rasa selesa dan berkeyakinan dalamkalangan subordinat yang wujud di atas galakan dan sokongan oleh pemimpin transformasi.Dimensi ketiga ialah motivasi berinspirasi. Ia merujuk kepada keupayaan dan tingkah lakupemimpin untuk memotivasikan subordinatnya agar lebih komited dan bersungguh-sungguhmencapai visi organisasi.Dimensi yang terakhir iaitu rangsangan inteletual di mana pemimpin transformasimembimbing subordinatnya supaya mampu bertindak dengan kreatif dan inovatif semasamenyelesaikan masalah. Subordinat dididik agar lebih berani dan dapat memikirkan cara baruapabila menghadapi cabaran lama.Menurut Nursuhaila Ghazali (2007), amalan kepimpinan transformasi ini menunjukkanbahawa kepimpinan seperti ini memberi manfaat baik kepada pemimpin, subordinat danorganisasi. Kesan amalan kepimpinan ini ialah melalui budaya kerja berpasukan, matlamatorganisasi dapat dicapai, ilklim sekolah yang kondusif dapat diwujudkan, moral danparadigma guru juga dapat ditingkatkan serta kerjasama antara ahli organisasi juga dapatdilihat.121

Teori Komitmen OrganisasiTeori Allen & Meyer (1991)Menurut Allen dan Meyer (1991), komitmen organisasi menunjukkan hubungan antarapekerja dengan organisasi dan mempunyai pengaruh dalam keputusan untuk tetapmemberikan perkhidmatan di dalam organisasi tersebut. Keinginan dan kesanggupanseseorang pekerja memberikan tenaga dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik bagimempertahankan kejayaan sebuah organisasi. Individu akan mempertimbangkan kesesuaiannilai dan tujuan mereka dengan organisasi. Justeru itu, komitmen organisasi yang tinggi akanditunjukkan dengan keyakinan yang kuat dan penerimaan terhadap nilai-nilai serta tujuan dariorganisasi tersebut. Hal ini disebabkan hubungan anggota organisasi dengan organisasimencerminkan perbezaan diantara ketiga-tiga dimensi iaitu komitmen afektif, komitmenberterusan dan komitmen normatif.Terdapat tiga komponen dalam komitmen organisasi Allen dan Meyer (1991). Komitmenyang pertama iaitu komitmen afektif menunjukkan seseorang individu yang bersediamembantu organisasinya untuk mencapai objektif yang dapat memenuhi matlamatperibadinya sendiri. Ia berhubungkait dengan emosi individu, kerelaan seseorang individu ituterlibat dalam program organisasi secara aktif demi mencapai objektif yang sama. Komitmenyang kedua iaitu komitmen berterusan merupakan kekuatan seseorang pekerja tetapberkhidmat di sebuah organisasi disebabkan tiada alternatif lain serta mempertimbangkanrisiko kerugian dan manfaat semasa yang ada sekiranya meninggalkan organisasi tersebut.Ketiga, komitmen normatif pula dikatakan sebagai perasaan seseorang pekerja tentangkewajiban dan tanggungjawab yang seharusnya diberikan kepada organisasi denganberdasarkan pengalaman sosialnya.Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan teori komitmen organisasi yang dikemukakanoleh Allen dan Meyer (1990) untuk mengenal pasti komitmen guru di sekolah. Menurut Allendan Meyer (1990), komitmen organisasi terdiri daripada tiga aspek iaitu komitmen afektif,komitmen berterusan dan komitmen normatif. Oleh itu, komitmen yang ditunjukkan olehseseorang guru akan dapat dinilai dan diukur melalui tiga aspek komitmen yang dirumuskanoleh Allen dan Meyer (1990).Kajian Lepas yang Berkaitan dari Dalam dan Luar NegaraSebagai seorang pemimpin, guru besar bertanggungjawab keatas orang yang dipimpinnyaiaitu guru-guru, staf sokongan dan pelajar. Ab. Aziz Yusof (2003) menyatakan bahawakejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada di kalanganpemimpin dan kesediaan subordinat meberikan komitmen yan

dengan komitmen kerja guru dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Daerah Hilir Perak. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasiguru besar berdasarkan persepsi guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Hilir Perak. 2.

Related Documents:

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan kurang murid gemilang tujuh segamat, johor hishamuddin shah bin mokri manamia_15@yahoo.com mohd rizal bin atan nabiluqail@yahoo.com.my supian bin hashim sufiansegamat@gmail.com universiti teknologi malaysia (utm) abstrak

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua

Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi pengetua Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua mengikut dimensi-dimensi amalan kepemimpinan transformasi, iaitu pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual dan memupuk pengaruh yang ideal. Jadual 2 menunjukkan purata skor dan sisihan piawai

2. Mengenalpasti tahap komitmen guru di dua buah sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di daerah Kuala Lipis. Skop Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gambaran awal ketekalan instrumen kajian dalam mengkaji amalan kepimpinan multidimensi dalam kalangan guru besar dan komitmen kerja guru di dua buah sekolah Program .

transformasi Fourier - Jika ingin mengetahui informasi tentang kombinasi skala dan frekuensi kita memerlukan transformasi wavelet Transformasi citra, sesuai namanya, merupakan proses perubahan bentuk citra untuk mendapatkan suatu informasi tertentu Transformasi bisa dibagi menjadi 2 : - Transformasi piksel/transformasi geometris

event—Christmas Day. On the two Sundays before Christmas, the Cradle Roll Choir is ready to sing “Away in A Manger.” The actors for the Christmas play are waiting in the wings for the rise of the curtain. The Cathedral Choir is waiting to sing “Silent Night,” “Hark the Herald Angels Sing,” and “Joy to the World.” The Gospel .