KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGARAH DAN HUBUNGANNYA .

2y ago
178 Views
9 Downloads
220.10 KB
14 Pages
Last View : 7d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Maxine Vice
Transcription

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.comKEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGARAH DANHUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN ORGANISASIPENSYARAH KOLEJ VOKASIONALPRINCIPAL TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP PRACTICES ANDITS RELATIONSHIP TO LECTURERS’ COMMITMENT INVOCATIONAL COLLEGENorlaily Bajiru1Mohd Izham Mohd Hamzah212Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia, (E-mail: norlailybajiru@gmail.com)Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia, (E-mail: izham@ukm.my)Article historyReceived dateRevised dateAccepted datePublished date::::22-3-202023-3-202014-10-202015-10-2020To cite this document:Norlaily and Mohd Izham (2020). KepimpinanTransformasional Pengarah Dan HubungannyaDengan Komitmen Organisasi Pensyarah KolejVokasional. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial(JOSSR), 3(8), 28 – 41.Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepimpinan transformasional pengarah danhubungannya dengan komitmen organisasi pensyarah kolej vokasional di negeri Perak. Kajianini dijalankan menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan.Populasi kajian terdiri daripada 725 orang pensyarah kolej vokasional di seluruh negeriPerak. Seramai 248 orang pensyarah telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Data yang telahdikumpul menggunakan borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0.Analisis deskriptif (kekerapan, peratus dan min) digunakan untuk mengukur tahap kepimpinantransformasional pengarah dan komitmen organisasi pensyarah. Korelasi Peasron jugadigunakan dalam kajian ini. Manakala analisis MANOVA digunakan untuk melihat perbezaanpersepsi terhadap kepimpinan transformasional pengarah dengan komitmen organisasipensyarah. Secara keseluruhannya tahap kepimpinan transformasional pengarah menurutpersepsi pensyarah berada pada tahap tinggi (min 4.03, SP .576). Tahap komitmenorganisasi pensyarah kolej vokasional di negeri Perak berada pada tahap tinggi (min 3.82,SP .536). Selain itu, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepimpinantransformasional pengarah menurut persepsi pensyarah berdasarkan umur dan tidak terdapatperbezaan yang signifikan dalam kepimpinan transformasional pengarah menurut persepsipensyarah berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Manakala terdapatperbezaan yang signifikan dalam komitmen organisasi pensyarah berdasarkan faktordemografi. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positifantara kepimpinan transformasional pengarah dengan komitmen organisasi pensyarah dengannilai r 0.478 dan sig .000, (p .01). Implikasi kajian menunjukkan kepimpinantransformasional yang diamalkan pengarah sangat penting kepada komitmen organisasipensyarah di kolej.Kata Kunci: Kepimpinan Transformasional, Komitmen Organisasi, Kolej Vokasional28

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.comAbstract: This study aims to examine the transformational leadership of the director and itsrelationship to the commitment of the vocational college lecturer organization in the state of Perak.This study was conducted using quantitative design using survey method. The study populationconsisted of 725 vocational college lecturers throughout the state of Perak. A total of 248 lecturerswere sampled in this study. Data collected using the questionnaire were analyzed using SPSS 23.0software. Descriptive analysis was used to measure the transformational leadership level of thelecturer and the organizational commitment of the lecturer. Meanwhile, the MANOVA analysis wasused to detect differences in perceptions of directors' transformational leadership and theorganizational commitment of lecturers. Pearson correlations were also used in this study. Overall,the transformational leadership level of the directors according to the perception of the lecturerswas high (min 4.03, sp .576). The commitment level of vocational college lecturers in Perakwas high (min 3.82, sp .536). In addition, the study found that there was a significant differencein the transformational leadership of the teachers according to the perceptions of the lecturersbased on age and that there was no significant difference in the transformational leadership of thedirectors according to the perceptions of the lecturers based on academic qualifications andteaching experience. While there are significant differences in the organizational commitment oflecturers based on demographic factors. Correlation analysis showed that there was a significantand positive relationship between the transformational leadership of the lecturer and theorganizational commitment of the lecturer with values of r 0.478 and sig .000, respectively (p .01). The implication of this study is that based on this study, it is clear that transformationalleadership is crucial to the college's organizational commitment to lecturers.Keywords: Transformational Leadership, Organizational Commitment, Vocational CollegePengenalanPengarah kolej vokasional merupakan individu bertanggungjawab bagi memastikanpelaksanaan dasar dan matlamat yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dapat dicapai. Perubahan yang berlaku dalam sistem kolej vokasional menyebabkankepentingan kepimpinan transformasional meningkat. Hal ini disebabkan kepimpinantransformasional dianggap sebagai kepimpinan yang sangat bersesuaian bagi menghadapiperubahan sistem pendidikan yang bersifat dinamik dan cabaran penstrukturan semula kolejvokasional (Arumugam et al., 2015). Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pemimpintransformasional merupakan ejen perubahan yang menjadi penentu kejayaan sesebuahorganisasi (Faridah & Khadijah, 2018). Kajian ini memberi sokongan tambahan kepada kajianlepas bahawa kepimpinan transformasional sangat penting sebagai amalan yang dominan dalamsektor awam terutama sekali dalam sektor pendidikan (Bass, 1985; Bass, 1998; lowed angardner, 2001; Collins dan Holton, 2004).Jazmi (2009) dalam kajiannya mencadangkan pengarah perlu mengamalkan kepimpinantransformasional kerana pengarah merupakan individu yang sering berurusan dengan wargakolej yang memerlukan hubungan antara manusia yang tinggi seperti pensyarah, stafpentadbiran dan pelajar. Menurut pandangan Faridah dan Khadijah (2018) menyatakankepimpinan transformasional dapat memberikan keyakinan, kekuatan dan sumber inspirasikepada guru-guru. Amalan kepimpinan transformasional yang bersesuaian dengan situasiorganisasi dapat membantu pengarah mengubah tumpuan subordinat ke arah matlamatorganisasi dan dapat mengelak daripada tersasar dari misi dan visi kolej (Baharin et al. 2017).Menurut Mareena et al. (2011) kepimpinan yang berkesan dapat membantu organisasi untuk29

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.commenggaras matlamat dan dapat menaikkan komitmen subordinat. Menurut Lokman danKhadijah (2011) menyatakan pensyarah yang komited terhadap sekolah bukan sahaja denganmenunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugas tetapi mereka sanggup mengorbankanmasa dan hal peribadi apabila mereka diperlukan oleh organisasi. Kuean et al. (2010)menyatakan individu yang memiliki komitmen terhadap organisasi tidak meninggalkanorganisasi. Subordinat yang memiliki komitmen yang rendah terhadap organisasi akanmeninggalkan organisasi.Kegagalan pemimpin dan pihak pentadbir sekolah untuk mengekalkan komitmen guru disekolah memberi kesan negatif yang besar kepada organisasi di sekolah (Hallinger & Heck2010). Komitmen yang rendah dalam kalangan guru menjadi punca guru mempunyai tingkahlaku negatif di sekolah. Keadaan ini tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin dan perluditangani dengan baik supaya guru-guru dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik disekolah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang pemimpin untuk menentukan gaya kepimpinanyang bersesuaian yang dapat mempengaruhi sikap dan seterusnya dapat menangani masalahkomitmen organisasi yang rendah dalam diri guru.Sehubungan dengan itu, kajian ini perlu dijalankan kerana penyelidik mendapati terdapatlompang pada kajian lepas. Kajian-kajian lepas banyak melibatkan kajian yang dilakukan disekolah-sekolah harian sahaja. Selain itu, tidak banyak kajian dijalankan mengenai kepimpinantransformasional dan komitmen organisasi di kolej vokasional. Antaranya seperti kajian MohdRadzi et. al (2014) di sekolah rendah SBT di Selangor, Siti Nazatul (2016) di sekolah menengahdi daerah Gua Musang, dan Nur Sherrima dan Mohd Izham (2017) di sekolah menengah didaerah Dalat. Penyelidik mendapati kajian berkaitan kepimpinan transformasional dankomitmen organisasi kurang dijalankan di kolej vokasional.Kajian ini memberi fokus kepada kepimpinan transformasional pengetua mengikut persepsipensyarah-pensyarah dan tahap komitmen organisasi pensyarah. Pengetua yang menunjukkankepimpinan transformasional dengan baik dapat meningkatkan komitmen organisasipensyarah. Kajian daripada Noraazian dan Khalip (2016) mengesahkan bahawa kepimpinantransformasional mempunyai kaitan yang positif dengan komitmen organisasi guru.Tujuan kajianKajian ini bertujuan untuk mengkaji kepimpinan transformasional pengarah dan hubungannyadengan komitmen organisasi pensyarah kolej vokasional.1.2.3.4.5.Objektif kajianMengenal pasti tahap kepimpinan transformasional pengarah menurut persepsipensyarah.Mengenal pasti tahap komitmen organisasi pensyarah kolej vokasional.Mengenal pasti perbezaan tahap kepimpinan transformasi pengarah menurut persepsipensyarah berdasarkan faktor demografi pensyarah (umur, kelayakan akademik danpengalaman mengajar).Mengenal pasti perbezaan tahap komitmen organisasi berdasarkan faktor demografipensyarah (umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar).Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional pengarahdengan komitmen organisasi pensyarah.30

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.comKerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian ini adalah untuk menggambarkan secara menyeluruh kajiantentang kepimpinan transformasional pengarah dan hubungannya dengan komitmen organisasipensyarah kolej vokasional. Ianya berasaskan kepada model kepimpinan transformationalSlocum dan Hellriegel (2007) dan model komitmen organisasi Meyer dan Allen (2004).Rajah 1: Kerangka Konseptual KajianSumber: Kerangka Konseptual yang Diadaptasi daripada Model Slocum dan Hellriegel (2007) dan Meyer danAllen (2004)Kajian LiteraturKepimpinan TransformasionalTeori Kepimpinan Slocum dan Hallriegel (2007) menjadikan model Bass sebagai asas kepadapenghasilan teori kepimpinan transformasional. Kepimpinan transformasional mempunyaiempat dimensi iaitu menyediakan motivasi berinspirasi, membina rangsangan intelektual,memupuk pengaruh yang ideal, dan menunjukkan pertimbangan berasaskan individu. Slocumdan Hallriegel (2007) menyatakan pemimpin mempengaruhi subordinat melalui gelagatkepimpinan yang boleh diterima oleh subordinat. Kesemua dimensi ini dapat meningkatkanusaha, meningkatkan produktiviti, mengurangkan ketidakhadiran dan pusing ganti kerja danmeningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan tugas yang diberikan (Hallinger &Heck, 2010). Khalip Musa et al. (2014) menyatakan kepimpinan transformasionalmenggalakkan pengikut berinovasi dan berfikir secara kreatif dan kritis dalam melaksanakantugasan. Di samping kepimpinan pengarah kolej yang efektif, komitmen organisasi juga31

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.commerupakan elemen penting dalam perkembangan sesebuah kolej. Rajah 2 menunjukkandimensi-dimensi yang terdapat dalam teori kepimpinan Slocum dan Hallriegel (2007).Menyediakan Motivasi BerinspirasiKepimpinan transformasional yang diamalkan oleh pemimpin mencetuskan inspirasi kepadasubordinat melalui perbuatan dan kata-kata yang ditunjukkan oleh pemimpin. Pemimpintransformasional menjadikan diri mereka sebagai sumber inspirasi kepada subordinat melaluiperbuatan dan kata-kata supaya melakukan tugas dengan baik dan dapat mencapai matlamatorganisasi. Pemimpin transformasional akan membimbing pengikut dengan cara memberikesedaran terhadap cabaran dan makna dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Subordinatakan diberikan bimbingan dalam menjalankan tugas, menyelesaikan masalah dan ketikamenghadapi cabaran.Membina Rangsangan IntelektualAmalan kepimpinan pemimpin menggalakkan subordinat untuk berfikir secara luar biasa untukmenjadi lebih kreatif dan berinovatif. Kepimpinan ini menggalakkan pemimpin untukmenyatakan persoalan berkaitan andaian-andaian yang dikemukakan untuk mencari idea-ideadan kaedah baru serta melihat masalah dengan cara yang baru. Pemimpin transformasionalsanggup untuk mengubah status quo untuk membawa perubahan dalam organisasi bagimemastikan matlamat organisasi tercapai. Pemimpin transformasional mendorong subordinatmenjadi lebih kreatif, menggunakan pendekatan yang rasional dalam menyelesaikan masalahdan mengembangkan pemikiran dan intelektual subordinat.Memupuk Pengaruh Yang IdealPemimpin menjadi sumber inspirasi dan tingkah laku pemimpin menjadi ikutan subordinat.Pemimpin lebih mementingkan keperluan subordinat berbanding dengan keperluannya.Pemimpin transformasional sanggup untuk melepaskan keinginan mereka untuk memenuhikeperluan subordinat. Pemimpin tidak akan menggunakan kuasa yang ada dengan sepenuhnyatetapi mereka menggunakan kuasa yang ada pada diri mereka untuk bekerjasama dengansubordinat dalam melaksanakan tugas. Pengaruh yang dibawa oleh pemimpin dibinaberdasarkan karisma yang ditunjukkan oleh pemimpin transformasional. Sikap positif yangdipamerkan oleh pemimpin menyebabkan pemimpin transformasi dikagumi, dihormati dandipercayai.Menunjukkan Pertimbangan Berasaskan IndividuPertimbangan individu bermaksud pemimpin peka terhadap keperluan setiap subordinat yangberbeza-beza dan menghormati kepelbagaian subordinat dalam organisasi. Keadaan ini bolehmewujudkan ikatan dan persetujuan dalam kalangan pemimpin, dan subordinat untuk mencapaimatlamat yang disasarkan. Rajah 2 menunjukkan model kepimpinan transformasional Slocumdan Hellriegel (2007).32

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.comRajah 2: Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007)Sumber: Slocum dan Hellriegel (2007)Model Allen dan Meyer (2004)Model tiga komponen merupakan komponen yang sering digunakan dalam kajian mengenaikomitmen organisasi. Antara komponen dalam model komitmen organisasi ialah komitmenafektif, komitmen normatif dan komitmen berterusan (Meyer & Allen, 2004).Komitmen AfektifKomitmen yang wujud disebabkan keinginan mereka sendiri untuk melakukan tugas yangdiberi. Komitmen jenis ini juga ditafsirkan sebagai seseorang yang mempunyai sikap positifuntuk terlibat dengan organisasi. Komitmen terhadap organisasi ditunjukkan oleh subordinatmelalui sumbangan dan mempunyai identiti organisasi, dan sikap terhadap organisasi.Subordinat membantu organisasi capai matlamat jika bersetuju dengan matlamat. Ia jugamerujuk kepada penerimaan dan sokongan yang ditunjukkan subordinat untuk mencapai misidan matlamat organisasi melebihi mencapai matlamat peribadi mereka.Komitmen NormatifKomitmen yang wujud disebabkan mereka merasakan mereka perlu lakukan tugasan tersebut.Semakin tinggi komitmen seseorang itu, menyebabkan semakin tinggi perasaan yang merekaperlu kekal bekerja di organisasi tersebut. Mereka melaksanakan tugas melebihi kepentinganperibadi. Individu yang mempunyai komitmen ini boleh mengubah pemikiran seseorangdaripada negatif kepada positif.Komitmen BerterusanMeyer et al. (1993) mengenal pasti bahawa terdapat dua sub-dimensi komitmen berterusan iaitukomitmen berterusan disebabkan alternatif pekerjaan dan komitmen berterusan disebabkankesan-kesan yang perlu ditanggung jika mereka meninggalkan organisasi.Komitmenberterusan berkait rapat dengan kesedaran atau pengetahuan seseorang tentang kesan yangmereka perlu tanggung jika meninggalkan organisasi (Meyer & Allen, 1997). Ia disebabkanfaktor luaran seperti pencen faedah-faedah yang akan diperoleh jika mereka bersara.33

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.comMetodologiKajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dan ia dijalankan secara tinjauan iaitu dengan melihatpersepsi pensyarah terhadap kepimpinan transformasional pengarah di kolej vokasional. Soalselidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada responden dalam kajian ini. Soalselidik dibina berdasarkan model kepimpinan transformasional Slocum dan Hellriegel (2007)dan model komitmen organisasi Allen dan Meyer (2004).Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian A merupakan demografiresponden yang iaitu umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Bahagian B untukmengenal pasti kepimpinan transformasional pengarah berdasarkan persepsi pensyarah yangmengandungi 44 item. Seterusnya Bahagian C merupakan soal selidik untuk mengenal pastikomitmen organisasi pensyarah dan mempunyai 23 item. Setiap item terdiri daripada limajawapan yang menunjukkan darjah persetujuan menggunakan skala likert lima mata. Skalalikert lima mata yang digunakan ialah 1 Sangat tidak setuju, 2 Tidak setuju, 3 Kurang setuju,4 Setuju dan 5 Sangat setuju.Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.0.Analisis deskriptif bagi mengenal pasti tahap kepimpinan transformasional pengarah menurutpersepsi pensyarah dan tahap komitmen organisasi pensyarah. Jadual 1 menunjukkan skalainterpretasi min bagi kepimpinan transformasional pengetua dan tahap komitmen organisasipensyarah.Jadual 1: Skala Interpretasi Min Bagi Kepimpinan Transformasional Pengetua danTahap Komitmen Organisasi PensyarahMinInterpretasi1.00 - 2.33Rendah2.34 - 3.66Sederhana3.67 - 5.00TinggiSumber: Mohd Aderi dan Rohani Ahmad (2009)Analisis korelsi pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinantransformasional pengarah dengan komitmen organisasi pensyarah. Jadual 2 menunjukkan saizpekali korelasi dan kekuatan korelasi.Jadual 2: Saiz Pekali Korelasi dan Kekuatan KorelasiSaiz Pekali KorelasiKekuatan korelasi 0.0 – 0.2Sangat lemah 0.2 – 0.4Lemah 0.4 – 0.7Sederhana 0.7 – 0.9Kuat 0.9 – 1.0Sangat kuatSumber: Zawiyah dan Norli (2010)Populasi dan Sampel KajianPopulasi kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah di 10 buah kolej vokasional di negeriPerak. Pemilihan sampel kajian berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah supaya setiappensyarah mempunyai peluang untuk terlibat dalam kajian ini. Jumlah sampel ditentukandengan menggunakan jadual penentuan saiz sampel Krejie dan Morgan (1970). Berdasarkan34

Volume: 3 Issues: 8 [September, 2020] pp. 28 - 41]Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)eISSN: 2637 -0956Journal Website: www.jossr.comjadual tersebut populasi seramai 725 orang pensyarah dan bilangan responden yang diperlukanialah seramai 248 orang pensyarah.Dapatan kajianHasil kajian dianalisis bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk.Persoalan kajian 1: Apakah tahap kepimpinan transformasional pengarah menurutpersepsi pensyarah?Jadual 3 menunjukkan tahap kepimpinan transformasional pengarah menurut persepsipensyarah. Secara keseluruhannya tahap kepimpinan transformasional pengarah menurutpersepsi pensyarah berada pada tahap tinggi (min 4.03, SP .576). Hasil kajian inimenunjukkan pengarah mengamalkan semua dimensi kepimpinan transformasional dalamkepimpinannya. Dapatan kajian ini mendapati kebanyakan pensyarah menyatakan bahawapengarah menunjukkan dimensi menyediakan motivasi berinspirasi kepada pensyarah untukmencapai matlamat organisas

Amalan kepimpinan transformasional yang bersesuaian dengan situasi . mewujudkan ikatan dan persetujuan dalam kalangan pemimpin, dan subordinat untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Rajah 2 menunjukkan model kepimpinan transformasional Slocum dan Hellriegel (2007). 33

Related Documents:

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

B (amalan kepimpinan transformasional) adalah 0.967 manakala nilai pekali kebolehpercayaan bagi item soal selidik Bahagian C (efikasi kendiri guru) adalah 0.920. 4 Dapatan 4.1 Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Hasil analisis deskriptif merumuskan dapatan kajian seperti di jadual 3 menjawab persoalan

3.3 Mengenal pasti pengaruh kepimpinan transformasional terhadap stres dan kepuasan kerja guru. 3.4 Untuk menguji sama ada model persamaan berstruktur (structural equation modeling-SEM) cadangan, sepadan (good fit) dengan data kajian. 4. SOALAN KAJIAN 4.1 Apakah tahap amalan stail kepimpinan transformasional pemimpin sekolah,

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

(2013), menerangkan bahawa, perlunya transformasional dalam konteks kepimpinan. Contohnya, dalam konteks perkhidmatan awam, pemimpin dilihat memerlukan gaya kepimpinan yang lebih transformatif agar dapat meningkatkan semangat dan perasaan pengikut untuk memberikan komitmen yang baik) dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi organisasi .

Kepimpinan Transformasi Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Mengikut Dimensi Motivasi Berinspirasi Soalan Kajian : Adakah Terdapat Perbezaan Persepsi Guru Mengikut Aspek Demografik Terhadap Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Sekolah Menengah Daerah Saratok Kesimpulan BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan

berkaitan dengan kepimpinan etika. Kepimpinan servant adalah diasaskan oleh ahli falsafah barat, Robert Greenleaf pada tahun 1970 dalam bukunya yang bertajuk “Servant Leadership”. Kepimpinan Najib juga boleh dikaitkan dengan model kepimpinan servant yang mempunyai sepuluh

6 Introduction to Linguistic Field Methods :, We have also attempted to address the lack of a comprehensive textbook that p.resents the rudiments of field methodology in all of the major areas of linguistic inquiry. Though a number of books and articles dealing with various aspects offield work already exist esee for example Payne 1951, Longacre 1964, Samarin 1967, Brewster 1982, and other .