GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN .

2y ago
129 Views
4 Downloads
477.83 KB
13 Pages
Last View : 20d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Cade Thielen
Transcription

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN HUBUNGANNYA51Jurnal Teknologi, 34(E) Jun 2001: 51–64 Universiti Teknologi MalaysiaGANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DANHUBUNGANNYA DENGAN TEKANAN KERJA DANKEPUASAN KERJAISHAK MAD SHAH & LAI LEE CHINGAbstrak. Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk dan pelaku gangguan seksual dansejauhmana hubungannya dengan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Gangguan seksual diukurmenggunakan soal selidik Sex And The Workplace, manakala tekanan kerja dan kepuasan kerja,masing-masing diukur dengan Job Related Tension Index dan Brayfield-Rothe Index. Seramai 100orang operator pengeluaran wanita yang berpengalaman diganggu seksual dipilih sebagai subjekkajian menggunakan persampelan tujuan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif daninfrensi. Keputusan kajian menunjukkan bentuk gangguan yang kurang serius lebih kerap berlakudan pelaku utamanya ialah rakan sekerja dan ketua atau penyelia. Keputusan juga menunjuk-kanterdapat hubungan yang signifikan bersifat positif dengan tekanan kerja dan bersifat negatif dengankepuasan kerja. Beberapa cadangan untuk kajian hadapan turut dinyatakan dalam kajian ini.1.0PENGENALANGangguan seksual di tempat kerja merupakan satu pengalaman yang amat mengerikan dan menyeksa perasaan mangsanya. Mangsa akan menghadapi perasaan tertekan,benci, marah, cemas, gelisah, sugul, terhina dan hilang pertimbangan sehinggamenjejaskan emosi, psikologikal, kesihatan dan fizikal mereka. Namun kajian meluasmengenai topik ini belum begitu banyak dijalankan di negara ini. Kajian inimerupakan satu tinjauan tentang persepsi pekerja wanita di bahagian pengeluaranyang pernah menjadi mangsa gangguan seksual mengenai bentuk-bentuk tingkahlaku gangguan seksual yang kerap berlaku di tempat kerja dan sejauhmanahubungannya dengan kepuasan kerja dan tekanan kerja.2.0DEFINISI GANGGUAN SEKSUALMaksud gangguan seksual adalah subjektif. Ini menyebabkan ramai yang masihkabur tentang maksud konsep ini. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawagangguan seksual adalah perbuatan berbau seksual yang bukan berlandaskan sukarelamangsa kepada golongan yang dominan di tempat kerja. Terdapat juga usaha sesetengah pertubuhan untuk mendefinisikan konsep ini. Misalnya Kongres KesatuanSekerja Malaysia (Zaiton, 1990) mentafsirkan gangguan seksual sebagai segalapertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsurseksual di tempat kerja. Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badanUntitled-295102/16/2007, 17:19

52ISHAK MAD SHAH & LAI LEE CHINGyang tidak diingini, paksaan mengadakan dating, dan pujuk rayu supaya melakukanhubungan seks atau menampalkan gambar-gambar lucah di tempat kerja. DalamKod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja(Persekutuan Majikan Malaysia, 1999) termaktub definisi gangguan seksual sebagaipengenaan syarat berbentuk seksual sehingga menjadikan mangsanya tidak selesadan tenteram dalam persekitaran pekerjaannya atau istilahnya dinamakan quid proquo. Working Women United Institute (Backhouse & Cohen, 1981) pula mentakrifkangangguan seksual sebagai segala tingkah laku yang bercorak seksual yang dilakukansecara berulang-ulang yang ingin dihindari oleh mangsa. Tingkah laku tersebut termasuklah pandangan, cadangan atau dampingan fizikal sama ada secara paksaanatau tanpa dipersetujui, yang dirasakan patut dibantah atau dipertahankan keranaia menyebabkan mangsa berasa tidak selesa di tempat kerja.Pengertian konsep ini boleh dirumuskan, seperti yang dinyatakan oleh EqualEmployment Opportunity Commission – EEOC (1980) bahawa gangguan seksual sebagaigerak-geri seksual yang tidak disenangi, permintaan untuk kelakuan seksual danciri-ciri seksual yang bersifat lisan dan fizikal apabila:(i)Penghujahan kelakuan yang dibuat secara eksplisit atau implisit dalam pekerjaanindividu.(ii) Penghujahan atau penolakan kelakuan seseorang individu yang menggunakannya sebagai asas keputusan pengambilan pekerja.(iii) Kelakuan yang memberi kesan dengan mengganggu prestasi kerja seseorangatau mencipta satu tempat kerja yang menakutkan dan menyakitkan seseorang.Antara tingkah laku yang diklasifiksikan sebagai gangguan seksual ialah:Secara lisan – gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan danbunyi yang bersifat seksual.Bahasa isyarat – isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkanperlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikansebagai gangguan seksual.Secara visual – gangguan secara visual pula ialah menunjukkan bahanbahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual sertamendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi.Secara psikologi – gangguan secara psikologi ini boleh muncul dalambentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secaraberterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.Secara sentuhan fizikal – terdapat gangguan secara sentuhan yang tidakdiingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk,mencium dan serangan seksual seperti meraba.Untitled-295202/16/2007, 17:19

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN HUBUNGANNYA3.053PERNYATAAN MASALAHGangguan seksual timbul sejak kaum wanita menceburi diri dalam pekerjaan. Sehingga menjelang akhir tahun 1970-an, isu ini mula disuarakan oleh sekumpulanpekerja-pekerja wanita yang melibatkan diri dalam pergerakan wanita di negaranegara Barat (Brewer & Berk, 1982). Pada tahun 1974 misalnya, sekumpulan pembantu rumah di New York bekerjasama menerbitkan notis dalam New York WeeklyJournal bagi menentang tindakan seksual majikan mereka. Antara kenyataan merekaberbunyi:We think it reasonable we should not be beaten by our Mistresses Husband[s].They being too strong and perhaps may do tender women mischief.(Fitzgerald, 1993:1070)Menurut Gibbs (1991), ramai mangsa gangguan seksual adalah pekerja wanita.Jumlahnya, hasil dari kajian-kajian, dianggarkan 40% hingga 70% (Silverman, 1981;Curran & Renzetti, 1987; Beauvais, 1986; Fain & Anderton, 1987; Persekutuan MajikanMalaysia, 1999). Di Amerika Syarikat, dalam tempoh dua tahun sahaja, lebih kurang12,000 orang pekerja wanita adalah mangsa perkosaan atau cubaan merogol olehpenyelia dan rakan sekerja mereka (U.S Merit Systems Protection Board, 1981 dalamFitzgerald, 1993). Namun begitu belum ramai lagi yang berani tampil ke hadapanuntuk mendapatkan pembelaan. Mereka hanya saling berkongsi pengalaman dankemarahan sesama mereka sahaja. Sebahagian daripada mereka telah mula mempersoalkan sama ada perhatian daripada majikan atau penyelia adalah satukeuntungan atau kerugian kepada mereka.Keprihatinan masyarakat kepada masalah ini kerana ia boleh memberi kesanyang negatif mangsa. Misalnya Corne dan DeVane, dua orang pekerja wanitaberjawatan kerani di syarikat Baush & Lomb, di Arizona, Amerika Syarikat terpaksameletakkan jawatannya kerana tidak tahan dengan perlakuan gangguan seksualdari penyelia lelaki. Mereka menyatakan bahawa mereka menerima gangguan seksualberupa usikan lisan dan fizikal secara berulang-ulang daripada penyelia lelaki yangmenjadikan suasana kerjanya menyeksakan sehingga memaksa mereka berhentikerja (Connell dalam Peteru, 1983). Coles (1986) melaporkan bahawa 50 peratusdaripada kaum wanita yang membuat aduan mengenai gangguan seksual di California telah dipecat dan 25 peratus lagi meletakkan jawatan akibat tekanan yangdialami semasa proses aduan dan kejadian gangguan seksual itu sendiri.Kesan gangguan seksual dalam konteks pekerjaan bukan setakat mangsa meletakkan jawatan tetapi termasuklah keruntuhan moral, ponteng kerja, ketidakpuasankerja dan kegagalan hubungan interpersonal. Hesson-McInnis dan Fitzgerald (1992)melapurkan dan kesihatan fizikal dan mental mangsa turut terganggu akibat dariperlakuan Gangguan seksual. Ini kerana mereka sentiasa mengalami perasaanbimbang, murung, sakit kepala, gangguan tidur, pertambahan atau kekurangan beratUntitled-295302/16/2007, 17:19

54ISHAK MAD SHAH & LAI LEE CHINGbadan, mual, dan ketidakfungsian organ seksual. Mangsa juga turut mengalamiketakutan (phobia) dan mempunyai tahap penghargaan-kendiri yang rendah(Fitzgerald, 1993). Sesetengahnya pula dihantui dengan perasaan malu dan tersingkirdaripada masyarakat dan kadang kala membawa kepada penceraian suami danisteri (Zaiton, 1990).Kesan negatif yang dialami oleh pekerja wanita tersebut menyebabkan merekaberasa stres di tempat kerja. Crull (1981) telah menjalankan kajian ke atas seramai262 orang pekerja wanita yang telah menulis surat atau menghadiri sesi kaunselingdi Working Women's Institute di mana didapati bahawa 75 peratus menyatakan prestasikerja mereka terencat akibat daripada masalah gangguan seksual. Manakala 90peratus subjek pula melaporkan masalah ini telah membawa kepada wujudnyasimpton-simpton tekanan psikologikal. Hampir 12 peratus daripada mereka memintabantuan doktor atau ahli psikoterapi untuk meredakan tekanan yang dihadapi.Keputusan kajian Crull (1981) disokong oleh Hadjifotiou (1983) yang menyatakanbahawa gangguan seksual merupakan faktor utama wujudnya tekanan kerja. Dalamerti kata lain tingkah laku gangguan seksual itu mengurangkan tahap kepuasan kerjadan mengganggu prestasi kerja pekerja wanita. Produktiviti mereka menurun, sebaliknya meningkatkan kadar cuti sakit dan ponteng kerja. Sesetengah dari mangsa pulamembuat pilihan untuk berhenti kerja (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999).Keseluruhannya boleh dikatakan bahawa gangguan seksual merupakan satupenghinaan terhadap mangsa dan menempatkan mereka sebagai golongan kelaskedua di tempat kerja. Pelaku-pelaku gangguan seksual seolah-olah memandang pekerja wanita sebagai barang mainan dan perlu mengorbankan maruah dirinya demikerja mereka. Dalam keadaan ini, gangguan seksual dilihat sebagai suatu tindakandiskriminasi jantina yang bertentangan dengan prinsip layanan saksama dalampekerjaan di antara lelaki dan wanita. Fenomena ini menghalang perkembanganbudaya masyarakat penyayang dan masyarakat adil. Di samping itu, masalah inijuga boleh membantut hasrat kerajaan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalampasaran buruh (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999).Berdasarkan permasalahan di atas, pengkaji berhasrat untuk mengenal pasti bentukbentuk gangguan seksual yang paling kerap berlaku di tempat kerja dan siapa pelakugangguan seksual. Selain daripada itu, pengkaji juga berminat untuk mengkajisejauhmana terdapat hubungan antara gangguan seksual dengan tekanan kerja dankepuasan kerja dalam konteks kerja. Untuk objektif kedua, dua hipotesis kajiandibina iaitu;Hi potesis kajian 1:Hi potesis kajian 2:Untitled-2954Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara gangguanseksual di tempat kerja dengan tekanan kerja.Tidak terdapat hubungan yang positif dan signifikan antaragangguan seksual di tempat kerja dengan kepuasan kerja.02/16/2007, 17:19

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN HUBUNGANNYA554.0 METODOLOGI KAJIANKajian ini bertujuan, mengenal pasti bentuk-bentuk tingkah laku gangguan seksualdan pelakunya, dan hubungan antara gangguan seksual di tempat kerja dengantekanan kerja serta kepuasan kerja. Untuk itu kajian ini menggunakan kajian lapangansebagai reka bentuk kajian. Kaedah ini dipilih berdasarkan kesesuaiannya untukmenerangkan fenomena gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja.4.1Subjek KajianSeramai 100 orang operator pengeluaran wanita di sebuah kilang elektronik kawasanperindustrian Senai yang pernah menerima gangguan seksual dipilih secara rawaksebagai subjek kajian ini. (Lihat Jadual 3.1)Jadual 3.1 Taburan subjek kajian mengikut faktor 6–35 tahun35 tahun ke atas71297129100MelayuBukan Melayu53475347100BujangBerkahwin58425842100Sekolah RendahSekolah MenengahSTPM/Di ploma atau lebih8652786527100Instrumen KajianSoal selidik yang digunakan untuk memungut data mengandungi lima bahagian,iaitu demografi, bentuk-bentuk tingkah laku seksual dan pelakunya, pengalamangangguan seksual, tekanan kerja dan kepuasan kerja. Bahagian bentuk-bentukgangguan seksual dan pengalaman seksual di tempat kerja dipetik dan diubahsuaidaripada soal selidik Sex And The Workplace yang dikemukakan oleh Gutek (1985).Bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk tingkah laku gangguan seksual yangpaling kerap berlaku di tempat kerja. Responden diminta memilih 4 daripada 8tingkah laku gangguan seksual yang dianggap kerap berlaku. Tingkah laku yangpaling kerap terpilih menjelaskan bentuk tingkah laku gangguan seksual yangpaling kerap berlaku di tempat kerja. Kaedah yang sama juga digunakan untukmengenal pasti pelaku utama gangguan seksual. Responden dikehendaki memilihdua dari empat pilihan yang disediakan.Untitled-295502/16/2007, 17:19

56ISHAK MAD SHAH & LAI LEE CHINGBahagian pengalaman seksual mengandungi 8 item yang diukur mengunakanskala ‘Ya’ , ‘Tidak Pasti’, dan ‘Tidak’ di mana ‘Ya’ diberi skor 3, ‘Tidak Pasti’ skor2, dan ‘Tidak’ skor 1. Kebolehpercayaan instrumen ini ialah Alpha 0.83.Data mengenai tekanan kerja diperolehi dari soal selidik Job Related TensionIndex (JRTI) yang dibentuk oleh Kahn, Wolfe, Quinn, Shoek & Rosenthal (1964).Soal selidik ini diterjemahkan secara terjemahan balik. Skala Likert lima markatyang diberikan skor 1 hingga 5 digunakan bagi tujuan pemarkatan. Nilaikebolehpercayaan instrumen ini ialah Alpha 0.91.Ukuran kepuasan kerja yang diperkenalkan oleh Brayfield & Rothe (1951) digunakan dalam kajian ini. Soal selidik ini mengandungi 18 item dan diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu secara terjemahan balik. Setiap item adalah satu pernyataanyang meliputi perasaan pekerja terhadap pekerjaan dan tempat kerjanya. Respondendikehendaki menyatakan setakat mana mereka bersetuju dengan pernyataan tersebutdengan membulatkan angka-angka berkenaan pada skala lima markat Likert. 9 itemdalam skala ini adalah pernyataan positif manakala 9 item yang baki adalah pernyataan negatif. Item negatif ini dikodkan secara songsang dari item positif. Kebolehpercayaan alat ini ialah Alpha 0.87.5.0KEPUTUSAN KAJIANBerikut dibentangkan hail penemuan kajian.5.1Bentuk-bentuk Tingkah Laku SeksualRajah 4.1 menerangkan bentuk-bentuk tingkah laku gangguan seksual yang kerapdilakukan di tempat kerja.Jadual 4.1 menunjukkan bahawa 26% mangsa gangguan seksual menyatakansentuhan yang tidak bermaksud seksual adalah paling kerap berlaku di tempat kerja,manakala tingkah laku paksaan mengadakan hubungan seks adalah yang kurangJadual 4.1 Kekerapan bentuk gangguan seksual di tempat kerja1.2.3.4.5.6.7.8.Untitled-29Jenis Gangguan SeksualSentuhan yang tidak bermaksud seksualKata-kata berunsur seksual yang bermaksud memujiKata-kata berunsur seksual yang bermaksud mencaciPandangan atau isyarat seksual yang bermaksud mencaciPandangan atau isyarat seksual yang bermaksud memujiPaksaan mengadakan datingSentuhan yang bermaksud seksualPaksaan mengadakan hubungan seks5602/16/2007, 17:19%2620161210754

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN HUBUNGANNYA57kerap berlaku iaitu 4%. Lain-lain tingkah laku gangguan seksual kerap berlaku ialahkata-kata berunsur seksual yang bermaksud memuji (20%), kata-kata berunsur seksualyang bermaksud mencaci (16%), pandangan atau isyarat seksual yang bermaksudmencaci (12%), pandangan atau isyarat seksual yang bermaksud memuji (10%),paksaan mengadakan dating (7%), dan sentuhan yang bermaksud seksual (5%).5.2Pelaku Gangguan SeksualJadual 4.2 menunjukkan peratusan individu yang melakukan gangguan seksual.Keputusan menunjukkan 47% gangguan seksual dilakukan oleh rakan sekerja dan34% dilakukan oleh penyelia/ketua. Lain-lain pelaku gangguan seksual ialah majikan(12%) dan pelanggan (7%).Jadual 4.2 Keputusan deskri ptif individu yang kerapmelakukan gangguan seksual1.2.3.4.5.3Pelaku Gangguan SeksualRakan sekerjaPenyelia/ketuaMajikanPelanggan organisasi%4734127Hubungan Gangguan Seksual dengan Tekanan Kerja danKepuasan KerjaHipotesis pertama meramalkan bahawa terdapat hubungan positif antara gangguanseksual dengan tekanan kerja. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapathubungan positif yang signifikan di antara gangguan seksual dengan tekanan kerja(r 0.674, p 0.01). Ini bermakna individu yang mengalami gangguan seksual akanmenghadapi tekanan. Semakin banyak pengalaman seseorang terhadap gangguanseksual semakin tinggi tekanan yang dihadapinya.Hi potesis kedua pula mengandaikan tiada hubungan antara gangguan seksualdengan kepuasan kerja. Keputusan yang menunjukkan terdapat hubungan yngsignifikan bersifat negatif antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut di manar –0.504, p 0.01. Ini bermakna semakin kerap seseorang pekerja itu mengalamigangguan seksual, kepuasan kerja semakin mengurang.Jadual 4.3 Hubungan kolerasi Pearson “r” antara gangguan seksualdengan tekanan kerja dan kepuasan kerjaPembolehubahGangguan SeksualTekanan Kerja.674**Kepuasan Kerja–.504**** aras signifikan p 0.01Untitled-295702/16/2007, 17:19

58ISHAK MAD SHAH & LAI LEE CHING6.0 PERBINCANGAN6.1 Bentuk-bentuk Tingkah Laku dan Pelaku Gangguan SeksualDalam mengenal pasti bentuk gangguan seksual yang paling kerap berlaku di tempatkerja, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa bentuk-bentuk gangguan seksualyang kurang serius seperti sentuhan, pandangan atau isyarat, kata-kata yang memujidan mencaci kerap berlaku di tempat kerja berbanding dengan bentuk gangguanseksual yang serius seperti paksaan mengadakan dating dan paksaan mengadakanhubungan seks. Ini menjelaskan gangguan seksual yang berlaku belum sampai ketahap yang tidak boleh dibendung lagi. Oleh itu pihak berkuasa perlu memikirkanlangkah-langkah pencegahan supaya tidak mencapai tahap yang lebih serius.Dari keputusan yang diperolehi, boleh menafikan lapuran yang sering mengaitkanketua sebagai pelaku utama gangguan seksual di tempat kerja. Keputusan kajian inimenunjukkan pelaku utama gangguan seksual di tempat kerja ialah rakan sekerjalelaki iaitu 47%. Ini kemungkinan disebabkan hubungan interpersonel pekerja lelakidan perempun di kilang agak bebas. Rakan sekerja lelaki beranggapan sentuhansentuhan ringan seperti mengusik sama ada secara lisan atau perbuatan seperti mencubit, menepuk, memegang, menampar dan sebagainya dengan pekerja perempuanadalah perkara biasa atau sebagai gurauan. Sebenarnya tingkah laku itu menyebabkanpekerja perempuan berasa tidak selesa dan mengganggu tugasnya. Gangguan seksualdari ketua atau penyelia juga kerap berlaku iaitu 34%. Perkara ini telah sering dibincangkan, malah telah isu negara. Oleh itu tidaklah boleh dinafikan keterlibatanketua atau penyelia dalam isu gangguan seksual. Lain-lain pelaku gangguan seksualialah majikan (12%) dan pelanggan organisasi (7%).6.2 Hubungan Gangguan Seksual dengan Tekanan Kerja danKepuasan KerjaDengan mengkaji hubungan antara gangguan seksual di tempat kerja dengan tekanankerja, didapati kedua-dua pemboleh ubah ini mempunyai hubungan yng signifikandan positif. Ini bermakna individu yang mempunyai pengalaman terhadap gangguanseksual merasa tertekan sama ada secara fizikal, psikologikal, dan emosi. Keputusankajian ini menyokong Model Organisasi (Tangri, Burt & Johnson, 1962). MengikutModel Organisasi, mangsa gangguan seksual akan rasa kehilangan mobiliti kerja.Mereka juga akan mengalami tekanan dari segi fizikal dan psikologikal. Oleh keranapekerja wanita biasanya merupakan kumpulan minoriti dalam organisasi dan sesetengahnya amat bergantung kepada pekerjaan untuk menyara hidup, merekamengambil tindakan mendiamkan diri. Jika mereka mempunyai pilihan, makamereka akan kurang bertolak ansur dengan tingkah laku gangguan seksual yangberlaku ke atas dirinya.Hasil kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian Silverman (1981), Crull(1981), Konrad & Gutek (1986), Salisbury, et al. (1986), Gutek (1985), HamiltonUntitled-295802/16/2007, 17:19

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN HUBUNGANNYA59et al. (1987), Rayburn (1986), Bursten (1985, 1986) dan Kesatuan Sekerja BayanLepas (dalam Zaiton, 1990). Berdasarkan kajian-kajian lalu ini, mangsa kepadagangguan seksual akan menghadapi pelbagai bentuk tekanan dalam kerjanya.Terdapat juga mangsa yang terpaksa mendapatkan bantuan perkhidmatan d

juga boleh membantut hasrat kerajaan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999). Berdasarkan permasalahan di atas, pengkaji berhasrat untuk mengenal pasti bentuk-bentuk gangguan seksual yang paling kerap berlaku di tempat kerja dan siapa pelaku gangguan seksual.

Related Documents:

Kekerasan seksual yang serius, yaitu dengan memperlihatkan adegan seksual pada anak, berhubungan badan di depan anak, menyuruh anak untuk memegang alat kelaminnya, atau melakukan kegiatan seksual terhadap anak akan tetapi belum mencapai hubungan kelamin dalam arti persetubuhan. c. Kekerasan seksual yang cukup serius, yaitu dengan membuka baju .

Kekerasan seksual tampil di media bagai dua mata pisau, pada satu sisi pemberitaan terkait kekerasan seksual ini bermaksud untuk memberikan efek jera bagi pelaku, namun di sisi lain gambaran berita kekerasan seksual pada media menjadikan korban kekerasan seksual menjadi korban untuk kedua kalinya saat diberitakan media.

kerja terlalu padat, lingkungan kerja kurang bersih, berisik, tentu besar pengaruhnya pada kenyamanan kerja (Tanjung, 2016). Dari uraian mengenai beban kerja dan lingkungan kerja, dapat saya simpulkan bahwa pengaruh beban kerja dan lingkungan kerja terhadap kinerja karyawan sangat berpengaruh, dimana pemberian beban kerja

PENGARUH BISING TERHADAP TENAGA KERJA 1. Gangguan fisiologis 2. Gangguan psikologis 3. Gangguan komunikasi 4. Gangguan keseimbangan 5. Gangguan terhadap pendengaran . Kelemahan : intensitas cahaya tidak tetap & menghasilkan panas Jendela-jendela besar atau dinding kaca minimal 1/6 dari luas lant ai. PENCAHAYAAN

Pelecehan seksual apabila ditinjau dari Kitab Undang-Undang Hukum Pidana merupakan delik aduan, sehingga harus ada pengaduan dari korban atau pihak yang mengetahui, bentuk-bentuk pelecehan seksual yang mengarah pada delik aduan sebagaimana KUH Pidana antara lain : 1. Kekerasan dengan paksaan untuk melakukan persetubuhan (Pasal 285) 2.

kekerasan yang dilakukan bukan merupakan pasangan hidup dan kekerasan yang tekait dengan eksploitasi. 2. Kekerasan seksual dan psikologis yang terjadi dalam komunitas berupa perkosaan, penganiayaan seksual, pelecehan dan intimidasi seksual ditempat kerja, institusi pendidikan, tempat umum dan lainnya, perdagangan perempuan dan pelacur paksa. 3.

kekerasan seksual dengan anak-anak yang mempunyai kedekatan secara fisik dan berada di sekitar pelaku, dengan bujukan atau rayuan atau tipu muslihat atau paksaan dan sebagian besar korban merupakan tetangga rumah pelaku. Pada kasus Bagas Sanjaya diindikasikan mempunyai penyimpangan seksual incest karena berhubungan seksual .

The facts and extensive procedural history of Albert Woodfox’s case have been recounted time and again, but they bear repeatingsince they factored into theunconditional writ granted by the district court On April 17, 1972, . Correctional Officer Brent Millerof the Louisiana State Penitentiary in , Angola, Louisiana, was found murderedin the prison dormitory , havingbeen stabbed 32 times. The .